Pages

26 January 2010

~PnStoberi ke Kuala Lipis~

Kejadian di ujung minggu lepas [23-24 Jan].
Short notice shj. Ptg Jumaat tu my dear kata ayah dia ajak balik kg. Owh! bak kata Che Sue dlm komennya dgn 1 word utk men describe aku. Katanya aku ni detail. So, org detail2 ni tak buleh kalo short2 notice nih. Mmg terpaksa rela je rasa. Bukan dekat2 okeh. Kuala Lipis sanun. Aku baru ingat nak rileks2 aje kat umah ujung minggu tu.

Tp takpe. Ikut kan je. Lagipun aku tk penah pegi sana pun [ingat lg dlu, masa sekolah la kan.. suma negeri kat Semenanjung ni aku dah pegi, cuma Pahang je tak berpeluang. Lps masuk keja baru aku dpt outstation ke sana. Skali ter kawen ngan org yg kg nyer kat Pahang. So, akurrr].
Pegi sana ada kenduri kawen sudara belah ayah my dear. Smpai sana dlm 12.45pm. Just nice la kan. Trus makan.
Lps tu melepak kat umah Mak Su my dear [umah pusaka family derang]. Keadaan mmg 100% kg lah. Umah pun 100% umah kg lah. Lama dah aku tak naik umah kayu ni kan. Pulak tu ada lembu2 meragut rumput di dpn umah.

Tp yg bes nyer kat kg ni ada jalan keretapi n stesen ketapi kecik. Wuii..ini kalo outdoor kawen ni cantek nih. Tp rasa pengantin yg sedara my dear tu tak buat kut outdoor p/shot. Jd, biarlah kami si pengantin 'lama' ni yg ber outdoor di sini. Ada jematan ketapi lagik. Tp jgn harap la aku nak bergambar atas tu. Giler gayat wes [owh! pemandangan ini juga ada di kg aku di Kuala Kgsr sanun]
Stesen ketapi mini ni nama dia Anak Bukit Betong. My dear kata dulu ada ketapi benti. Dia kata gak sblm jematan yg keta leh lalu tu dibina [ceh..bina tu..ayat buku], derang cross sungai ni guna jematan ketapi. Wah..gigih..siap pikul2 beg lalu kut situ. Oh! tidak..mujur aku takde pengalaman sebegitu rupa. Jalan ketapi ni menghubungkan laluan ke Gua Musang. Stesen ketapi besar dia adalah Kuala Lipis [pegi gak pekan K.Lipis ni tp tak amik gmbr la kat stesen tu]

Esoknya kami awal2 da bertolak balik [yeszaa...]aku sanggup je mandi sesejuk pepagi tu [air disimpan dlm kolah telaga..mmg sejuk giler. Ni dulu kat umah aku pun ada..tp skang dah nan ado]. Aku pun tgkp gmbr ala-ala budak mcm tak penah duk kg [okeh..aku mmg org kg, tp umah aku takde dah tingkap gaya gini].


Err..masa tido mlm tu kan, dlm kul 2 mcm tu aku dgr bunyi lembu mengeroh [ye ke mengeroh?] tah la..tp mcm seram gak la sbb aku tk penah dgr bunyi lembu mcm tu. tp dek kerana mengantuk giler..bebuat tatau dan tido je tnpa pikir2 lelebih]. Mungkin lembu tu nak carik kawan dia lagi 2 ekor yg da jadi korban kenduri kawen tu. HuHu.

On d way balik, ibu mertua ku mau ke pekan sehari di Benta. Oh. Sebelum tu kami bekpas di pekan Kuala Lipis. Tkde gmbr. Malu nak act as pelancong poyo kat pekan tu.

Ya! Pertama kali aku dgr nama Benta ni. Ada jual sayur2 kg [ada antaranya aku tk penah tgk..ye, kt pasar tani kat Kuala Kgsar tu tak penah pun aku tgk]. Mak mertua beli memacam lah. Aku beli jagung je.


Tu kelihatan mak mertua sedang membeli..emm..apa ke tah masa tu. Gmbr kat bwh dlm pinggan tu pun mmg aku tk penah tgk kat pasar tani tpt aku. Itu adalah rebung yg da campur belulang [ye ke belulang tah. kulit lembu kata mak mentua ku]. Buat masak apa yer. Tah..tk tnya plak. Yg gmbr sebelah tu aku tak penah jumpa jugak kat pasar tani sini. Apa ke mak mentua aku kata, kemahang, kembahang..tah..gitu la lebey kuang namanya. Dia mcm daun keladi la. Mak mentua aku beli 2.

Sesuatu yg menarik. Itu la org kata jauh perjalanan luas pemandangan dpt pengalaman kan?? Owh. gmbr pengantin ada. Tu dlm kamera. Blum aplod. Nati lah yer.

PnStoberi : malas tul!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign