Pages

16 December 2009

~Aku dan Jemputan~

Amik ko. 3 entry utk satu mlm. Haha. Puas ati aku.
Mmg sindrom PMS lah aku nih dicampo dgn kegeraman tak dpt cuti. Bongokkkkksss!!!

Okeh. Skang aku tgh sibuk mencarik menu dan menjemput rerakan baik melalui facebook,msg n blog.

Jemputan tak la ramai mana. Hanya kengkawan terdekat shj. Org2 opis pun hnya unit aku je la. Pehtu ada la 2,3 org unit lain yg close ngan aku [and unit my dear too].

Tujuan jamuan ni adalah lebih kpd menjamu rakan2 makan. Aku sker buat masak2 ni, pehtu kasik kawan2 makan. Dr aku bujang lagi dah. Walo aku tau, aku ni idak la reti mana masak pun. Takat laksa tu lepas la kan.

So, nya sekali ni menjemput lagi la rerakan, baik rakan lama mahupun baru. Style aku kalo jemput melalui SMS aku mesti letak nama derang kat dpn. Contoh : "Salam Aima, nati jemput dtg eh umah aku ahad ni, dari kul 3-6pm. Ada wat makan2 sket" Ha. Mmg saja sbb aku tak berapa gemar cara "send 2 many" tu. Lagipun bkn byk nau jemputannya pun kan. Boleh la aku retype sorang demi sorang.

Adat menjemput dan dijemput. Memcm balasan la yg dpt. Ada yg tk dpt dtg, ada yg kata nak dtg. Tp..aku tk pernah minta la org berjanji nak dtg. Dlm menjemput nih ada 2 perkara la yg buat aku annoying, iaitu :
satu, org gitau "aku tak brani la nak janji nak dtg ke tak.."
dua, jawapan "aku takut ada plan lain ari tu.."

Okeh, ada rasional utk mengatakan mengapa aku annoying.

Utk yg pertama - apsal lak plak timbul soal berani ke takut nak janji nih. Aku tak mintak pun ko berjanji sehidup semati utk dtg umah aku. Tk usah ckp la berani ke takut ke. Kalo tak buleh kata je tak buleh. Abis cerita.

Utk yg kedua - okeh, mungkin jwpn ini bias sbb ketika ini ber hormon sindrom PMS. Tetiba aku rasa mcm aku ni kecilllll [eh, mmg kecil pun kan] je kan. Macam rasa aku ni entah sesapa je pd mata mereka. Sng ckp bkn berkepentingan pun. Sbb nyer undangan aku sudah jatuh sbg 2nd option. Dia pikir kalo da buntu sesgt takde plan baru ke umah aku. Ha..camtu la. Sbb perkataan "ada plan lain" tu aku definisi kan sbg belum ada plan sewaktu menerima undangan aku. Kalo da tau mesti da ckp ada agenda lain kan.
Tak buleh kah ckp "Insyaallah, kalo takde aral melintang buleh la dtg" Ha..aku tak kesah pun, aku tk anggap pun ini janji.
Aku tak kesah ok kalo org yg aku undang tu da mmg sedia ada plan. Contoh mcm SHAH [haha. jgn claim royalti ke aku shah.. :P ] Awal2 aku ajak dia, dia kata dia tak buleh sbb every wiken dia kena balik Rembau, lgpun nak kena teman mak mentua dia gi kenduri. [walhal aku tau, kalo tak teman mentua ko pun ko namo jumpa aku kan..kan..kan...bluekkkk :P ] So, aku tau la beliau sudah ada agenda sblm jemputan aku, jd utamakan lah dulu agenda yg tahu dari awal. Ini bg jawapan seolah2 nak carik plan lain pehtu kalo da takde baru nak memenuhi undangan aku. Sedey aku tau.

Berckp soal "takut2 ada plan ni kan" aku nak citer pasal undangan majlis kenduri 2 minggu lps yg masa aku pi Temerloh tu. 2 ari sebelum nak ke Temerloh tu my dear kata kawan dia ajak kenduri kawen kat Melaka. Pd ari yg sama kenduri di Temerloh. My dear mcm kecewa tak dpt pegi kenduri kawen kwan dia. Jd aku jelaskan kat dia, sapa yg jemput kita dulu. Dan siapa lak lebih berkepentingan pada kita [dlm hal ini si pengantin Temerloh adalah kawan seopis kami, mean kawan aku n kawan my dear, which on d other side, si pengantin adalah kawan my dear shj] Dah tentu lah kawan Temerloh aku tu menjemput dulu then dia juga kawan kpd kami berdua. Nak tknak kita kena penuhi undangan dia jugak. Lagipun kalo betul ikhlas kawan my dear nak jemput kenapa 2 ari sebelum nak kawen baru nak menjemput. Nak kata tatau no tipon cam mustahil lah. Di zaman mukabuka, zaman blog ni ada ke org tatau cemana nak jejaki kawan lama. Call je lah opis ato umah. Kata tu kawan masa sekolah.

Lepas tu plak, aku slalu ingatkan my dear, jika ada org menjemput kita, kalo da ada plan, jgn la ckp "Insyallah, kalo takde apa2 hal" Sbb mmg kita da ada hal. Bagitau je lah. Tkde la dia kata "ala, tk sudi memenuhi undangan dia". Mcm retu masa gi umah adik my dear kat Sepang tu, masa tu gak ada opismet ajak befday anak dia ke apa ke tah. Dia ajak melalui my dear. My dear bg jawapan tu lah. Kalo takde apa2 hal tu. Aku kata kat my dear, bgtau je lah kata nak ke umah adik. Ini utk mengelakkan juga nati kalo dtg opis kena tnya plak kenapa tak dtg. Haa.. gitu.

Itu aku lah. Dan dari pandangan peribadi juga. Bagi aku mengundang dan memenuhi undangan ni adalah sesuatu yg ikhlas dan bukan tgkp muat je. Seboleh2 kalo takde agenda yg dah dirancang, aku akan cuba memenuhi undangan, tp kalo tkde lagi plan aku namo la jwb "tgk lah kalo takde plan lain" [kecuali mmg aku menyampah nak dtg umah org tu sbb aku je asik dtg umah dia, dia takmo dtg umah aku.tau la umah aku kecik.tggu la mansion aku siap nati..ha, tepi pool aku wat party..tk hingin aku ajak ko. Nganga je la ko tgk gmbr kat facebook, masa tu kalo ko kata "smpai ati tak ajak aku.." mmg la aku remove trus dr friend list. Haha. Cam bongok je aku ni kan mlm ni. ]

So, amacam. Jgn la pulak ada yg tak mahu menjemput aku nati. Jemput je. Aku ni mmg sker je nak memenuhi jemputan org. Sbb tu masa raya aku tak buat open house sbb aku mmg khaskan utk pegi ke umah org shj. Aku slalu buat bukan time raya.

Dah la. Lagi byk kang lagi memacam aku merepek. Ingat yer, org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa [ke terbalik ke tah]. Kalo on purpose namo dtg umah aku kan..nxt open house tkyah ajak aku dah tau sbb aku taknak dtg umah ko. Haha.

Pnstoberi : Timbal balas. Itu shj

2 juta komen

oooh terharu plak aku...

uwaaaa......>_<

haha. nak gelak. nak gelak :P

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign