Pages

4 November 2016

Kalau Tak Plan Mesti Jadi

Semalam - 3 November 2016 ada course kat Dorsett Putrajaya.
Course berkaitan HR lah. Byk kali dah ci ngelat takmo pegi course lepas masuk kerja ni, ini kali lah kita kena pergi lah. Hihi.

1st time being there.
Mula cam celah mana lah hotel Dorsett ni.
Depa dok kata area masjid besi tu je.
Ye lah, area situ, tapi kat mana.
Pergi ngan driver ofis, so takde la risau2 sgt.
Dah la pagi tu, sebelum pergi, masuk ofis jap. Lif ofis rosak - hujan - jammed.
Lewat sket lah sampai Putrajaya nya.

Rupanya hotel Dorsett ni celah2 pejabat kerajaan tu.
Takde signage langsung nak menghala ke hotel tu.
Dia kalau dari masjid besi tu, kena la tgk belah kanan. Nanti nampak lah "Dorsett"

Pulak tu hujan, driver nak carik lah lobby.
Skali drop off point je yg ada. Kereta ke apa tak blh masuk.
Hah. Berlari lah kau dalam hujan nak masuk hotel tu.
Huk aloh!
Bawah hotel ni ada supermarket Hero.
Kira hotel dan shopping complex lah konsep nya.
Ada Toys R Us segala.

Tapi, kira selesa jugak lah hotel ni.
Apa apa hal kita tanya surau dulu sbb nati waktu break kudapan pagi tu kita ada "urusan rasmi".
Tanya pekerja situ, dia tunjuk lah. Oh. Lega. Sama aras je dgn bilik kursus.
Tak perlu nak pergi tempat lain.
Alhamdullilah. Dipermudahkan utk 1st time pump on the go ni. Huhu.
Surau pun wangi je lagi. Maklum lah. Baru lagi kan.
Yang best masa second session pumping waktu zohor tu, ramai lak plak dari jabatan lain yg dok pump skali. Siap blh sembang2. Hihi.
Dah la ada sorang tu pam dia sama brand. Siap dia gitau nanti carik spare part gini gini utk senang masuk dalam storage bottle lain apa semua. Hihi. Best lah.
Seronok plak pump secara berjemaah camni.

Gini lah daily routine EBM mom kan. 
Mujur dah beli bag yg sesuai bawak gi course. Sebelum ni guna bagpack Alegra. Macam susah sket lah nak bawak kalau ada meeting ke course ke. Ha.. ni senang.

Dalam tu blh sumbat ice pack, double electric pump, muat semua.
Suka lah GABAG ni.
Ice pack pun okay je tak cair sgt smpai petang.
Kira sejuk je lah (lagi pun cuaca smlm mmg mendung n kat hotel sejuk giler).



Okay, back to the title.
"kalau tak plan mesti jadi"
Citer punya panjang, isi utama masih tak masuk lagi. Hihi.
Ni sebenarnya sbb nak jumpa kawan aku sorang ni.


Yang baru balik dari Taiwan ni.
Baru tak baru lah. Berapa lama dah dia balik. Before aku deliver lagi.
And dia nak jumpa utk pass gift utk dak Rizq.
Bila dia napak status aku kat FB yg aku kata aku kat Dorsett terus dia w.app.
Dia keja area area situ gak. So, senang dia drop by jap.
Dia nak jumpa and pass adiah tu.
Senang camni. Kalau plan plan harus entah tahun bila plak nak jumpa kan.
Jumpa dia jap kat lobi.

Oh ya.
Makan sedap juga kat Dorsett ni.
Ok lah gak.
Pastry dia sedap!


Aunty Sue.. Aunty Sue..
Maceh bagi kapten reindeer ni.
Kapten shuke sbb boleh gigit gigit tinger ngan tanduk iyer.
Hihi.


2 November 2016

Petua Kurangkan Rambut Gugur

Normal lettew kan.
Orang lepas bersalin mostly la akan ada problem ni.

And for me, memang prob ni jadi double disebabkan memang jenis rambut rontok senang gugur. Sebelum pregnant pun memang gitu.
Yang paling best masa pregnant. Takde rambut gugur. Wiie.
Tapi, sekarang.
Nah.. penuh tangan masa syampoo.
Dah la rambut memang sket dan nipis. Kang langsung tinggal sehelai dua je kang.
Lagi satu, risau sungguh takut si kapten tertelan rambut since dia semua pun nak masuk mulut skrg ni.

Meh kita tanya kat babycenter masalah kita ni. Postpartum hair loss namanya :

Many new moms are surprised to find themselves shedding more hair than usual in the first few months after giving birth, but it's perfectly normal. And there's no need to panic: You won't go bald. In fact, your hair should be back to normal by your baby's first birthday. (setahun?? woi mak.. lama tu)

Here's what's going on. Normally, about 85 to 95 percent of the hair on your head is growing and the other 5 to 15 percent is in a resting stage. After the resting period, this hair falls out — often while you're brushing or shampooing it — and is replaced by new growth. An average woman sheds about 100 hairs a day.

During pregnancy, increased levels of estrogen prolong the growing stage. There are fewer hairs in the resting stage and fewer falling out each day, so you have thicker, more luxuriant tresses.

After you give birth, your estrogen levels take a tumble and a lot more hair follicles enter the resting stage. Soon you'll have more hair coming out in the shower or on the brush. This unusual shedding will taper off and your hair will be back to its pre-pregnancy thickness about six to 12 months after you give birth.

By the way, not all women notice dramatic changes in their hair during pregnancy or the postpartum period. Among those who do, it tends to be more obvious among women with longer hair.

**
So, normal. Tapi, jenuh.
Tsk.
Jumpa petua ini. Di sini [notawanita]

Nampak senang2 je petua ni.
Nanti nak try.

6 Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

1) Minyak Lavender – Selain membantu mengatasi masalah rambut gugur, minyak lavender juga dapat membantu merawat rambut yang rosak. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sapukan sedikit minyak lavender pada rambut dan urut bahagian kulit kepala secara perlahan. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Minyak Lavender akan membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

2) Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun – Kedua-dua minyak ini memang cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, anda perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.

3) Makanan Tinggi Protein – Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan lebat, subur dan sihat. Bila kita mengamalkan makanan yang tinggi kandungan protein, rambut bukan sahaja yang tumbuh dengan lebat tetapi dapat juga mengelak dari berlakunya kerosakan rambut.

4) Santan Kelapa – Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.

5) Yogurt – Selain santan, yogurt juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama sejam dua sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

6) Kacang Hijau – Selain elok untuk kulit muka, kacang hijau juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Anda perlu mengambil secawan kacang hijau dan merendamkannnya terlebih dahulu. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign