Normal lettew kan.
Orang lepas bersalin mostly la akan ada problem ni.
And for me, memang prob ni jadi double disebabkan memang jenis rambut rontok senang gugur. Sebelum pregnant pun memang gitu.
Yang paling best masa pregnant. Takde rambut gugur. Wiie.
Tapi, sekarang.
Nah.. penuh tangan masa syampoo.
Dah la rambut memang sket dan nipis. Kang langsung tinggal sehelai dua je kang.
Lagi satu, risau sungguh takut si kapten tertelan rambut since dia semua pun nak masuk mulut skrg ni.
Meh kita tanya kat babycenter masalah kita ni. Postpartum hair loss namanya :
Many new moms are surprised to find themselves shedding more hair than usual in the first few months after giving birth, but it's perfectly normal. And there's no need to panic: You won't go bald. In fact, your hair should be back to normal by your baby's first birthday. (setahun?? woi mak.. lama tu)
Here's what's going on. Normally, about 85 to 95 percent of the hair on your head is growing and the other 5 to 15 percent is in a resting stage. After the resting period, this hair falls out — often while you're brushing or shampooing it — and is replaced by new growth. An average woman sheds about 100 hairs a day.
During pregnancy, increased levels of estrogen prolong the growing stage. There are fewer hairs in the resting stage and fewer falling out each day, so you have thicker, more luxuriant tresses.
After you give birth, your estrogen levels take a tumble and a lot more hair follicles enter the resting stage. Soon you'll have more hair coming out in the shower or on the brush. This unusual shedding will taper off and your hair will be back to its pre-pregnancy thickness about six to 12 months after you give birth.
By the way, not all women notice dramatic changes in their hair during pregnancy or the postpartum period. Among those who do, it tends to be more obvious among women with longer hair.
**
So, normal. Tapi, jenuh.
Tsk.
Jumpa petua ini. Di sini [notawanita]
Nampak senang2 je petua ni.
Nanti nak try.
6 Cara Atasi Masalah Rambut Gugur
1) Minyak Lavender – Selain membantu mengatasi masalah rambut gugur, minyak lavender juga dapat membantu merawat rambut yang rosak. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sapukan sedikit minyak lavender pada rambut dan urut bahagian kulit kepala secara perlahan. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Minyak Lavender akan membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.
2) Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun – Kedua-dua minyak ini memang cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, anda perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.
3) Makanan Tinggi Protein – Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan lebat, subur dan sihat. Bila kita mengamalkan makanan yang tinggi kandungan protein, rambut bukan sahaja yang tumbuh dengan lebat tetapi dapat juga mengelak dari berlakunya kerosakan rambut.
4) Santan Kelapa – Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.
5) Yogurt – Selain santan, yogurt juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama sejam dua sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.
6) Kacang Hijau – Selain elok untuk kulit muka, kacang hijau juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Anda perlu mengambil secawan kacang hijau dan merendamkannnya terlebih dahulu. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.
1 juta komen:
thanx ida..saya pun dalam kategori bermasalah rambut gugur..dah tak tau nak guna syampu apa...
Terima kasih atas komen anda :)