Pages

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

15 October 2015

Gurau Kemudian Perlekeh

Environment selalu camtu kan?
Gurau-gurau lepas tu perlekeh.
Esp office yg ramai lah (a.k.a - gomen).

Takde lah. Kadang cam annoying kan.
Dia yg bergurau. Pastu kita jawab. Pastu dia balik perlekeh kita.
Hek ele. Macam kan kita plak yang mulakan sembang tu.
Entah. Orang camni, bagi aku pemikiran memang sempit!
Malas nak layan.

Biasanya mmg nak elak la tempat 'sempit-dan-tak-boleh-nak-escaped'.
Ko tahu kat mana, kalau kat office ni.
Lif!
Tak tau la mmg aku yang perangai kolot agaknya.
Nasib la office aku tingkat tak banyak.
Kalau mendapat macam tingkat 48 ke, tingkat 60 ke. Naya betul aku nak hadap orang2 yg suka bergurau pastu perlekehkan orang ni.

Tak suka la. Cukup la tegur2 sekadar berbasi basi. 
Takyah la nak melalut.

Kadang menda ni terjadi dalam meeting.
Melalut menda bukan2.
Aku tak tahu dalam meeting org private cemna.
Tapi, kalau meeting kami - mmg lah ada kes melalut.
Esp kalau meeting adhoc nak buat majlis ke apa ke.
Ya hampun... sorry to say, mmg aku meluat.
Kadang smpai bergurau lucah segala. Bayangkan dalam meeting, bergurau jenis lucah2 tu. Boleh hadam? Memang la orang tu tak cakap direct, tapi kita ni bukan bodoh nak tafsir lawak2 lelucon tu. Dia ingat syok agaknya. 
Sorry, orang lain mungkin suka, but not me. Tu kadang mmg aku buat muka seriyes je dlm meeting. Eh. Meeting kot. Yg pegi melalut tah tentu hala macam orang hilang pertimbangan pasai apa. 

Bukan lah aku nak seriyes 24jam, tapi tgk keadaan lah.
Takyah la nak melalut macam hapa je.
Buleh je bergurau, tapi berpada pada kata orang tu.
Kalau dalam meeting pun asyik nak bergurau, asyik nak ketawa, sampai bila plak nak abis meeting nya. Tak pe lah nak gurau pun, tapi jangan lah melalut. Melalut yg mmg jenis kita akan rasa cam apa menda la bergurau mengarut sangat ni. Rasa macam better aku keluar je dari meeting ni. Tapi, kang perlekeh pulak kita. Ingat kita good good bagai. Dah pulak..........
Kadang dah macam mesyuarat JKKK plak. Mesyuarat JKKK pun takde camni.
Itu yang menyebabkan meeting buleh drag 3,4 jam tu.
Hai.. pening tau keadaan camni. 
Nama je duk tgh kota metropolitan, tapi perangai... 

Selalu yg buat perangai tu yg umur pertengahan 40-an. Lps tu dah ada yg baya2 kita (esp lelaki), ngikut juga. Gurau lucah. Hantar whats app berunsurkan sindiran/gurau/lawak lucah. (ini aku pernah buat entry dulu). Eh. Please la wey. Dah nak masuk tahun 2020 dah sket lagi wey, takkan lah hidup asik nak bergurau lucah, bergurau perlekehkan orang ni. Cukup cukup la wey. Jaga la standard tu sket. 

Ye lah, aku faham lah, kalau seriyes 24jam pun buleh stress.
Tapi, tak semestinya nak ilangkan stress tu kau bergurau lucah, kau gurau perlekehkan orang.
Elok stress kau ilang, orang lain plak stress.
Kau nak ilangkan stress pergi bawak2 baca Quran. Pergi bawak2 bercuti kat pantai. Pergi tengok negara orang ke apa. Habis2 pergi bawak anak2 gi Legoland.
Ini duk terperuk je kat ofis - pastu balik rumah. Life boring, patut lah bergurau mengarut2 dengan orang. Sick!

Entah lah. Apa menda tah aku bebel nih.
Orang masuk tahun baru ni cakap yg elok2 je.
Ini aku bebel entah hapa hapa plak.
Mohon maaf zahir batin lah yer.
Komen disable. Hanya untuk membebel. Haha.

29 September 2014

Don't Judge People


Betul tak?
Kadang kita ni judge orang cam kan kita kenal orang tu luar dalam. Yang laki bini pun tak tentu lagi kenal luar dalam, apatah lagi orang yg jumpa hanya di waktu pejabat.





Orang buat sesuatu, sure dia dah pikir panjang pendek. Pikir masak masak.
Yang kita pi sebok, asyik tak puas hati dengan apa keputusan dia amik apahal pulak kan.

Aku teringat satu situasi ni. Lama dah pun. Tapi, ada kaitan la pasal judge2 nih.
Masa tu memang aku terlibat secara langsung jugak lah dalam situasi tu.
Ada orang tu kata "kita ni selalu terlebih belanja kan. Perbelanjaan melebihi pendapatan. Ikut2 orang. Tukar kereta besar, pakai TV besar, rumah besar"
Aku sentap oke masa tu. Walau aku tak pakai kereta besar, TV besar hatta rumah besar. Sbb orang tu cakap masa aku bebetul baru 2,3 minggu tukar kereta. Mungkin dia tak cakap untuk aku. Tapi, mungkin juga dia perli aku. Apa pun mmg aku rasa annoying dan sentap dengan statement orang tu. Like, dah kenapa kau nak buat contoh tukar kereta bagai tu kan. Eh. Aku tak tukar kereta lah. Aku "tambah" kereta je. Haha.

Sebenarnya macam ni lah.
Kita tukar kereta ke, beli TV beso panggung wayang ke, apa semua tu, ada ke kita meminta minta, mengemis?
Ada ke menyusahkan semua orang. 
Ada ke sampai nak bergolok gadai minjam sana sini, buat personal loan bagai.
Kalau rasa takde, jangan nak perli perli lah. Jaga je periuk nasi sendiri.

Aku tahu, orang pandang serong dgn 'kesenangan' kami becoz of position my husband lebih rendah dari aku.
So, they wonder lah - how come that 'laki bini' boleh pakai kereta baru (mujo Preve je uols, if Honda Accord, aku tak tahu langit ketujuh mana derang nak jaki kan), how come they can pergi jalan2 every year. Siap naik cruise bagai. Siap buleh buat operation kt klinik swasta guna duit sendiri. Gaji laki dia bukan besar pun. Cemna nih? Cemna? Ha.. begitu runsing agaknya.





Tu lah. "Don't judge people before you truly know them"
Kengkadang, apa yg orang ada, dan kita takde, ada lah satu hikmah juga untuk kita (mana yg faham, faham lah).
Aturan Allah itu cantik. Dah cantik sangat.
Dia tahu apa terbaik utk kita.

Tapi, tu lah. Orang lain pula risau bebeno. Takut sungguh dia kalau kita berbelanja lebih dari gaji diterima. Eleh, macam lah kita nak mintak duit dia beli beras kalau gaji tak cukup. Takyah risau la. Kita tau la nak manage. Takde lah aku sampai tak makan, takde duit nak beli beras, lauk segala.

Aku ni pun, kadang tgk majalah DAPUR ke Apartment ke apa tu, ada le terdetik, eh, apa le kerja orang ni, muda muda lagi dapat buat dapur smpai 50k semua kan. Dapur aku 5k je. Rumah pulak tahap banglo setengah juta kan. Aku ni dapat rumah tepi highway je pun. 
Tapi, muhasabah sket. Memasing ada rezeki memasing. Entah2 orang tu mak pak dia bagi tanah ke, kebun kelapa sawit berhektar2 ke, rumah sewa berlonggok ke. Tetiap bulan kutip hasil je. Tak usik pun gaji. Ha. Kita tahu ke tu semua tu?. Tak kan. Tapi, kita je takut sendiri. Eh, tgk..dia tu, tukar kereta, pergi oversea, mesti bergolok gadai minjam. Rela gaji abis. Me mannnn daiiii je tau.

Kalau ikutkan, nak aje aku "hek ele" kan orang yg risau tak memasal pasal hal rumah tangga orang nih.





Dah kenapa? Aku taknak la judge dia kata jeles ke apa. Sbb aku pun takde "truly know them" (in fact, tak kuasa aih nak truly know - buang masa kot).
Sbb kalau kata jeles, aku tgk rezeki dia lagi 'besar' dari aku.
Ke, masa time umur aku ni orang tu tak dapat camtu.

Takyah pertikai la pasal gaji orang ni.
Aku ni ha, tetiap hari kot sign pengesahan majikan utk orang nak buat personal loan.
Kadang tu sampai paras hidung pun ada, tetap gak nak buat loan. Walau yg buleh potong singgit setengah je (oke, ni aku exaggerate je. Haha). 
Kadang cam risau juga, kenapa la nak buat loan ni. Apa nak makan, apa nak bayar rumah semua kan.
Tapi, takkan kita nak rengsa dan resah sangat.
Eh. Tak kuasa lah nak resah. Biar dia lah.
Dia tahu la nak manage kewangan dia.

Selagi tak menyalahi undang-undang, biarkan.
Kalau dia berhutang along ke apa tu, ha..tu ye lah. Majikan pun kena masuk campur dah.
Ni, takat dia pakai Preve, takat umah dia yg bersaiz 877kps tu, takat dia pi bercuti sekali sekala, usah la dok risau perbelanjaan melebihi pendapatan.
Tau la orang tu manage. Tetiap bulan kita mana tahu orang tu potong berapa kat Tabung Haji, potong berapa ASB, apa target dia ada. Bukan kita tahu pun jumlah dalam akaun orang tu ada berapa kan.

So, jangan lah resah.
Jangan lah simply judge kata boros ke apa.
Aku pun, kalau boleh by umur 45 aku mmg target utk financial freedom.
Takde nak bayar loan2 lagi dah (kecuali rumah la kan. Itu smpai pencen). Now pun dah lega amat bila PTPTN dah settled 2 tahun lepas.
And by umur 50 boleh dah nak pencen awal ke apa.
Itu lah rough plan lah. Plan saja saja kata orang tu.

Oh aku lupa.
Kalau nak perbelanjaan melebihi pendapatan, tapi pendapatan sentiasa mencukupi, jaga lah keberkatan pendapatan tu.
Setiap bulan sucikan lah pendapatan. Ada beberapa % dari gaji tu bukan milik kita, maka ketepikan lah sesiap. Akhir tahun, laksanakan lah yg sepatutnya pada pendapatan tu.
Makanya, walau nampak perbelanjaan melebihi pendapatan, tetapi hakikatnya pendapatan melebihi perbelanjaan. Rezeki dari Allah, kan...
Cuba lah. Dan jangan buruk sangka.

Peace.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign