Pages

Showing posts with label gas. Show all posts
Showing posts with label gas. Show all posts

5 March 2015

Tukar Gas Setahun Sekali

Uols tukar gas (memasak) berapa tahun sekali?
Ada orang kata dia tukar gas hampir 2 tahun sekali.

Maknanya, aku tukar gas setahun sekali ni normal lah, kan?
Utk orang yg part-time housewife dan duduk berdua rasanya mmg standard lah ni.


Ya. Semenjak duk KSU kami gunakan khidmat Gas Petronas Home Delivery saja.
Sebabnya kat area sini tak banyak kedai jual gas petronas.
Rata2 gas kuning (shell). Pastu ada gas brand Mira (?). Tahpehapalahntah.

Dulu masa memula gas habis, merata carik. Pastu siap nak kena order dulu lah bagai kalau nak gas Petronas. Eh. Menyusahkan saja lah.
Then, google - pastu try call 1 - 300 - 888 - 427


Senang.
Rasanya harga mahal sket kot dari beli kedai.
Sebab dulu masa duk rumah lama, pakcik tu hantar tak sampai lah harga camni. Rasanya lah. Entah. Tak ingat. Tapi, alah, kalau pakai setahun, berbaloi sangat. Lebih kurang 2ringgit lebih je sebulan. Kihkihkih. Jimat giler. Oh. I pakai tabung 12kg tu ja. Kalau guna 14kg mahu hampir 2 tahun kot.



Beli direct ni harga pun standard. Memana kau duduk pun ini lah harganya.
Duduk rumah tinggi ke rendah ke, mmg ini harganya. Sbb dah termasuk RM3 caj untuk penghantaran. Mudah, kan?

Tong gas dia pun cantik. Bersih (ini pun aku ambil kira sbb tak suka tong gas cam selekeh2 tu).
Lepas tu kalau dah biasa guna perkhidmatan ni, kalau call 1-300 tu, terus dia tahu siapa caller sbb mmg nama kita dah direkodkan. Rasanya boleh dapat mesra point skali kot. Tak tahu lah yang itu sbb tugas meng-call ni tugas myDH. 

Aiols mmg guna ni je. Takde kuasa lah ai nak call kedai ke apa hantar.
Tapi, dia tak boleh hantar memalam buta.
Dulu suruh hantar 7.30ptg buleh lagi.
Now, dia kata sampai pukul 5 je pulak.
Okay lah. Takpe lah. Bisa di atur tu.
Kalau nak baca detail pasal gas petronas home delivery ni klik [link]

Sebenarnya pun, kalau takde gas, takde lah aku susah hati libang libu bagai.
Tu hari tgh rebus jagung. Pastu tetiba gas habis.
Pastu alih je lah  kat dapur induction.
Mujur lah tgh rebus jagung.
Kalau tgh goreng mi, hazab jugak lah sbb manade kuali besar kalau nak guna kat induction cooker. Induction cooker ni guna frying pan. Takkan nak goreng mi dalam frying pan. Bersembur2 lah mi terkeluar kang.

Huhu. Ini pun salah satu sebab jugak lah gas aku setahun sekali je tukar.
Aku guna induction cooker jugak. Kalau takat masak megi ke, buat sup2/goreng sayur ke, buat kari ayam ke, boleh je guna induction. Aku guna gas utk masakan yang guna magic pan tu, atau goreng2 mi ke mihun ke nasik goreng je. 
Tapi, guna induction pun aku tgk elektrik tak byk pun.

Ke sebenarnya, mmg aku yang malas masak?
Haha.
*sama statement kat instagram*
*bukan iklan berbayar promote Petronas*

18 May 2013

Edisi Gas Oh Gas

Aku pun lupa dah bila aku tukar gas ni.
Hangkut gas ni dari rumah lama dulu. Aku duk rumah ni dari bln 9 thn lps. Jadi, dah 9 bulan kat rumah ni. Makna, mungkin dah setahun kot gas ni. Haha. Giler ko, setahun baru tukar gas. Eh. Oke gak la. Ada orang setahun setgh baru tukar. Normal la kan. Setahun skali tukar gas yg 12kg. Lagipun skang kalo nak masak sket2 tu guna induction cooker ja. Gas ni back up atau masak yg big portion ja.

Pastu tu ari tgh nak masak spegeti bawak ke ofis, gas habis plak. Mmg salu camtu. Geram je. Mujo skang oke, sbb dah ada induction cooker. Jadi, bila habis, buat cam tatau je. Tapi, tak buleh gak la nak fully guna induction cooker. Since aku pun takde pan yg beso, kalo nak goreng mi ke, mihun ke cam payah gak. Kena gak masak atas dapur gas.

Aku guna Petronas. Kat rumah lama dulu takde masalah sbb mmg mostly kedai jual Petronas. Call je kedai Pakcik err...pakcik apa tah. Lupa la plak. Maklum la..sethn sekali baru tukar gas. Haha. Mmg dia hantar je terus ke rumah. 

So, dah pindah rumah baru ni, udah tak tahu mana nak beli gas. Sbb sini mostly jual yg Shell punya plak. Pastu yg brand Mira pun ada. Huhu. Mira halanya. Mmg la boleh je kalo nak tukar gas hijau ke gas kuning tu. Tapi, cam sayang kot. Ada satu kedai jual, tp kena reserved plak. Bila tanya je dia kata dah ada orang cop gas Petronas tu. Oke lah. So, cemana?

Solution - google. Sbb aku rasa Petronas buleh buat home delivery. Am I right? Ya.. right. Call je Hotline dia (kat web dia ada la tulis pukul berapa penghantaran, hari apa semua lah)
Selama ni mmg tak hirau pun sbb ye lah, pakcik tu bleh hantar. Tapi delivery ni tatau la dia cover ke tidak area rumah aku ni. Tapi takkan la takde. Tetgh bando kot. Lain la kut umah kg aku sanun. Haha. Itu pun senang je, lori yg bawak gas petronas tu lalu, boleh je tahan. 
So, try call. Oke. Done. Lagipun buleh dapat point Mesra jugak kan. Dia kata tunggu dlm 1-2jam. Tp kurang sejam da sampai. Dah settle. Bkn je McD, pizza je kita buleh delivery. Gas pun buleh delivery. Mudahnya hidup. Hoho.

p/s : Gas naik harga ke? Takde lah. Sama je kot. Cuma bila Petronas Delivery ni dia ada up sket la. 12kg - RM25.80. Dulu kat umah lama RM24, kalo tak silap. Alah, tak kesah la. Setahun skali je kot. Dlm 2inggit camtu ja sebulan. Hoho.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign