Pages

Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

2 August 2017

Mommy Outfit

Tetiba rasa comot bebeno skrg ni.
Tetiba macam sempoi bebeno asyik mengenakan nursing blouse.
Badan pun dah slim slim ni, mari lah kita try carik fashion best best.

So, I need revamp!
Eceh!
Sebelum revamp meh kita carik idea.
Senang je nak carik idea.

Gi jengok kat pinterest.
Melambak lah keluar.




Cantik.
Jaket tu takyah la.
Tak sesuai dgn iklim kita ni.
Hehe.
Kemeja putih mmg my (and my husband) favourite.


Berkenan kasut tu.
Henbeg pun lawa.


Kasut cantik.


Kemeja jeans. Cantik.


Berangan itu percuma.
Bertuah lah nak dpt look camni kan.
Haha.

Aku selalu fikir, tops jeans tak boleh nak pair 
dgn pants yg jeans jugak.
Tapi ni okay ja.
Baik. Kita cuba.

Seluar merah.
Ai is not berani nak pakai seluar merah lagi.
Hihi.

Kemeja jeans, seluar jeans.
Smart je kan.
Santai camni.
Okay. Tick yang ni.

Cewah.
Again.
Berangan itu percuma.
Hewhew


Yang ni simple.
Tapi takmo jeans ripped tu.

Smart.
Smart.
Smart.
Tunggu. Tak lama lagi boleh pakai camni.
Ke nak buat photoshoot lagi. Ngeee.


13 June 2014

KL International Hijab Fair 2014



Ada sesapa dah pergi?
Mulanya nak pergi waktu rehat tadi.
Tapi, kengkawan semua ada hal.

Takpe lah.
Esok pun buleh pergi.
Apadahal. Dokek yo umah ngan pwtc tu.
MyDH sure tobat lahum takmoh pergi.
Suh beliau hantar je atau drop kat lrt pun buleh nih.
Byk gak seller best yg masuk ni.

List yg bukak booth buleh tgk sini
http://www.klihf.com/exhibitions.html

11 April 2014

Topik Hangat : Isu Tudung

Selamat Tengahari. Eh. Selamat Petang dah pun kot kan.
Ada lagi 45minit rehat. Jadi, boleh sembang2 jap. Pagi tadi pagi ke JPA, Putrajaya. 3 jam kat situ. Discussion. Sampai ofis jam 1.20. Memang 'berat' kepala buat kerja ni. Tp takpe. Saya suka. Maka, saya rasa seronok nak buat kerja nih. Sbb tu nampak segalanya macam dipermudahkan. Alhamdulillah. Moga-moga nati ada hasil yg baik utk organisasi ni (walau, ai tahu je akan ada la orang lain yg dpt 'cdt'. Takpe. Kerja kerana Allah kan... )

Terpikir nak buat entry ni bila rakan se-grup w.app bagi msg camni "Reen..oo.. Reen (dlm grup ni mmg saya Reen bukan Ida mahupun Kekda. Hihi), aware tak topik hangat arini, jawapan mawar fareeda, kalau nak berfesyen, tengok la kemampuan diri"

Hihihi.
Aku ikuti topik ni dari awal minggu tu ari. Walau tak follow i.g Fizo tu, tp tu hari ada aku ter 'selak' jap IG dia. Ada gmbr dia ngan Mawar masa kat KPDNKK tu. Yang gambar camni. Ni aku amik dari laman web sini http://www.currentlife2u.com/2014/04/08/biodata-mawar-abd-karim-isteri-fizo-omar/
Kredit : Here

So, cemna dengan statement tu.

Huhu. Susah nak kata - kalau kata aku setuju ngan statement Fareeda ni, kang mampuih aku kena kecam kata bongkak, angkuh dsb nya. 

Aku tgk, cerita ni melarat sbb dari isu rampasan produk tiruan tu. Lps tu melarat larat larat. Kemampuan la, tudung pendek la, orang gomen je pakai la, makcik kantin la, begitu begini.
Susah nak kata sbb ini adalah kuasa pembeli. Ada permintaan, ada penawaran.
Lps tu ada orang jenis tak kesah nak beli tiruan, ada orang kisah tentang ini.

Aku?
Huhu. Kalau nak cakap, nanti nampak aku berlagak pulak, tp aku mmg pilih barang tak tiruan.
Mungkin nampak cam berlagak kan. Tapi, hakikatnya, aku pegang - biar tak bergaya, asal jangan papa. Buleh faham?. Cenggini la. Cam beg LV tu kan - berlambak kot kat pasaran - gred AAA la apa la tu kan - aku tak beli, sbb aku tahu, aku tak mampu ber beg LV, jadi biar lah aku ber beg Carlo Rino saja. Dah tak mampu kan. Cam kat Rantau Panjang tu hari - beg Coach tu cantik - RM150 saja. Mmg aku berkenan tapi, tu lah, nanti orang tahu kita pakai fake - aku tak suka - jadi, better aku beli beg yg mmg ori - walau brand biasa2 - dengan harga yang sama tu. Biar lah tak pakai Coach ke apa pun.
Itu aku. Jangan laharin atau kecam plak. 
Tapi ada orang tak kesah. Ah, lantak pi lah aku nak beli tak ori pun katanya. Gucci ke apa ke kan.
Husband aku tahu ni. Cam kat ofis ada orang jual tudung awning ni ke, cam Fareeda ni ke, orang tu suruh dia bagitahu aku, kot2 aku nak beli. Tp dia sesiap cakap - mmg aku takkan beli. Mmg la orang akan rasa 'ei, cam bebagus lah sangat bini kau kan'. Lor.. kalau menda lain aku beli, tp menda aku tak suka, takkan aku nak beli kan. 
Cam perfume la. Orang jual 40inggit camtu kan kt online. Ori from Dubai la apa la. Mmg ada rasa cam nak beli tapi kadang aku terpikir, aku rasa kat pasar malam orang jual 20inggit je. Tentah yg tu. Jadi, adalah lebih baik aku pergi terus kaunter dia, beli yg ori. Alah, bukan buat minum. Sebotol tu pakai dekat nak setahun kot. Beli lah time nak Krismas, nak Valentine. Masa tu kan siap dapat gift bagai kan. Atau beli kat airport ke. At least murah la sikittttt.....

Aku ada tudung Fareeda ni. Tak la banyak. Ada aku baca orang tu ada beratus2 tudung Fareeda dia. Dan aku tidak la obses smpai nak tido kaki lima nak tggu kedai tu bukak. Kau nak terai dapat terajang kaki lima dari laki aku, try lah mintak pergi tunggu situ. Haha. Biasa aku beli dari reseller online je pun. Dan harga aku beli tu mmg tak lebih RM200 pun. 
Mmg aku rasa fabric dia kualiti. Bawah awning yg keras tu pun dia letak fabrik lain. Bukan sama atas bawah. Cuma, aku tak tahu la semeter berapa fabric camni. Boleh compare la fabric tu dengan fabric orang jual tiruan ni. Mmg lain. Tapi, tu lah, mungkin aku tak jumpa yg sebijik sama dan aku tak rajin nak ukur jalan utk masuk satu kedai ke satu kedai nak carik yg mmg sama. Nanti macam cerewet giler. 

Tu aku kata, manusia bukan sama taste dan kehendak.
Cam tudung awning pulak - mmg aku pakai Ariani. Mmg penuh lemari aku dengan Ariani (yg aku dah nak let go sbb tak pakai dan tak terpakai). Bukan kata berlagak. No. No. No. Sbb aku pernah beli tudung awning biasa, tk pernah yg elok terletak spti Ariani. Mungkin aku tak tahu kat mana nak dpt yg sama sebijik camtu, dengan harga jauh lebih murah. Alah, aku beli pun masa derang buat sale je. Selesa. Tu je yg aku nak. Bakpe kalau beli sepoloh ringgit pun nati kemot kemot awning dia tu. Mmg ada yg elok, tp tu aku kata - aku tak jumpa yg tu. Dan aku tak rajin nak ukur jalan nak carik camtu.

Orang tiru ni bkn sbb mahal ke murah. Tu Aidijuma (AJ), pun tak la mahal nau, pun orang tiru gak. Lps pada tu AJ keluarkan White Label. Sblm tu Black Label sahaja. White Label ni murah sket. Tak silap aku RM10 pun ada. Tapi, tetappppp la orang tiru kan. Abis cemna? Pada aku, dah ada murah ni, baik la aku beli bebetul brand AJ. Bukan la nak beritahu 'hoi orang kampung, aku pakai AJ'. Idak la camtu - tapi dah rega lebih kurang atau sama, better la beli brand AJ je. 

Shawl pulak. Yg ni aku takde specific brand nak pakai. Cuma, haaaa... cuma, kalau chiffon, aku suka carik kain yg 'jatuh'. Yg ni biasa orang jual dalam 40-60 camtu la. Tapi, ada juga cotton aku beli kat jalan TAR seploh hinggit ja. Mudah bentuk. Aku suka. Jadi, utk shawl, aku tak kesah beli kat mana, just aku cerewet jenis fabrik nya. 

Cuma Fareeda ni, kalau tak kena gaya mmg nampak 'clown' sket la. Haha. Aku ada kenal sorang, mmg buyer Fareeda ori la (eh, mana buleh tak ori, dia ni mmg standed tak buleh tgk orang lebih dari dia. Haha). Udah la tudung tu kalerful kan, baju, skirt pun camtu. Haha. Dia up gmbr dalam FB, Instagram kadang tu rasa cam kesian pun ada. Tapi, lantak la. Pada dia, dah lawa tu. Tudung Fareeda ni aku beli warna safe je. Mau tempik dek laki aku kang kalo beli warna striking tu. Plus, aku pun tak minat kaler ala-ala K-POP tu. Being me yg mmg petite, tudung ni dapat cover dada. Pasal tudung pendek ni aku malas nak komen. Cam dia kata tu la - derang ada je tudung labuh, nak ngan taknak je nak beli. Kau taknak beli, takpe lah, tapi, aku tgk yg tiruan tu pun ada yg pendek gak. Kalau buat labuh, tudung tingkat2 ni mmg nampak buruk. Huhu. Maaf cakap la - nak labuh, kau pakai je la tudung awning biasa, atau bawal tu je. Bawal pun aku tgk ada jugak orang buat selepang, tersembul jugak la dada tu kannnn.... Alah... kalau nak hentam memacam.

Ha, kan dah panjang aku berbicara. Jadi, tu lah. Kesimpulannya, terpulang lah. Kau nak beli yg tiruan - go on. Nak beli yg ori pun go on. Kehendak dan keperluan manusia lelain. Kau tak boleh pulak nak mintak semua manusia ikut kemahuan kau. Dan, aku rasa isu utama Fareeda is hakcipta - jadi, takyah meleret2. Skrg ni orang dah meleret, sykt tu pun dah melatah memacam. Tapi, takpe lah. At least - orang Islam kita dah ramai nak bertudung :)

5 February 2014

Edisi Camouflage Long Skirt

kredit : Here
kredit : Here
Haha.
Sebenar nya aku tak berapa nak berkenan design camo nih.
Seluar ke apa ke. Mmg takde rasa nak beli pun.
Walau arwah ayah ku dahulu bekas askar, tp aku takde plak rasa ke-askar-ian dalam jiwa nih. Hihi.

Tapi, bila napak skirt Camouflage ni, eh, cam bes plak.
MyDH pun kata oke.
Jadi. Beli. Haha.
Masa tu gi kat Busana Bazaar depan bangunan Mara yg baru tu.
RM30.

Cuma cemana nak disuai pakai kan yer.

camo skirt
kredit : Here
Gini oke kut kan. Lagipun aku suka pakai cardigan. Pastu aku baru beli hi-cut sneaker. Hihihi.
Tapi kalau bertudung, lagi plak shawl, tak serabut ke nengoknya?

Gini pun oke kan. Sweet ja. Boleh dipertimbangkan.
skirt design askar
kredit : Here
Masa tu ada gak dia jual kaler camni.

kredit : here
Takpe. Nati kita mix n match kan yer.
Hihihi. Hi cut sneaker pun dah ada. Beli murah2. Online sajork. Sbb aku bukan reti nak pakai kasut sgt. Asyik bersandal saja.
Hujung mggu ni Insyaallah ke Melaka jap.. jadi boleh la pakai gi jalan2 cari Coconut Shake. Hihiw.

26 December 2013

Siapa Wak Doyok?

Lepas kenal Syasya Solero, mari kita kenal Wak Doyok plak.
Fenomena gak nih.
Siapa ni? Kenapa nama dia Wak Doyok?

Kenal?
Huhu.

Aku tak la berapa mengenali dia.
Follow instagram dia pun tak.
Tapi tahu la sket sket.
(bila citer ngan myDH dia cakap pasal Kadir dan Doyok plak -_-" )

Baca sket pasal beliau kat sini - Metro

Artis pun ramai terikut trend Wak Doyok ni.
Antaranya
Wak Zizang. Huhu.

In a way, bagus gak trend fesyen camni.
Kemas je. Takde la rambut hampir nak tutup mata cam KPop tu.



Aku suh myDH pakai camni.
Tak cakap apa dia. Malas nak layan.
Dan terus memandang kaca tv -  drama Bukan Kerna Aku Tak Cinta (T___T)

**Kredit gambar : Instagram Wak Doyok

29 November 2013

Edisi Skirt Labuh : Soalan Dini

Sementara nak kuarkan entry East Coast, meh la kita sembang - sembang jap.
Tu hari Dik Dini ada tanya :

Mixed-family in da house.... said...
kak, akak beli skirt kt mana? online ke? rasa macam skrg nak ubah fesyen sikit arhhh, byk pakai seluar je...nak lah jugak berskirt...hehehehhe...tapi saya suka shoping online...kalau akak ada kedai online yg best2, share eh. TQ

Oraitz. Sebenarnya mmg aku dah addict tengok skirt. Tengok je cam nak beli. Nak beli je cam tengok skirt. Begitu lah. Kalau jejalan memang aku dah tak pakai seluar jeans dah. Sejak operation tu ari lah. Ada takde pun, khakis tu ada la. Tu pun tak berapa nak selesa. Now selesa dgn skirt labuh saja. Atau pun dress.

Jawapan utk Dini. 

Kalau skirt ni akak jarang beli online. Selain dari akak suka nak rasa material dia camna, akak juga kena tgk saiz. Maklum lah... saiz comel2 (hak tuiii) nih susah sket. Kang ada yg kena potong tang bawah kaki tu. Jadi, jalan mudah, beli kat kedai saja. Ala, selalu je ada kat booth2 skrg ni org jual skirt kan. Kalau KL ni, nak lagi bes, Kenanga (KWC) lah. Lagiiii besttttt.... Murah2 ja. Kadang RM50 dapat 2 pasang. Yg camtu siap bule bawak g ofis jugak. Pakai ngan blouse. 

Lagi satu jenis akk suka pakai yg cam kembang2 skit tu. Takde la kembang payung plak. Kang angin terangkat plak kain tu cam Marilyn Monroe kan. Hiwhiwhiw.

google.
Kalau kembang2 tu camni la lebih kurang.
kredit : Here
Yang biasa akak gayakan dengan cardigan. Pakai t-shirt lengan pendek pun buleh dah. Sarung cardigan. Pakai shawl. Dah oke dah. Tapi yg ni agak kasual. Jadi mmg tak bawak ke ofis lah. Yang ni murah. Kat Wakaf Che Yeh tu ari RM18 saja :)

Kalau nak bawak pergi ofis hok gini oke
Lycra, skirt labuh, skirt lycra
kredit : Here

Itu lah skirt2 yg akak selalu beli. Dan mmg jarang beli online. Kalau dress tu, ada la online. Cuma tu lah.. mostly kena potong la tang kaki  bawah tu sbb tak cukup inci. Hiwwhiwi.. Kalau cam Dini oke kut nak beli online sbb stdkan.. boleh google je long skirt. Macam gmbr atas ni pun rasanya online shop jual skirt gak nih.

Tapi kan, cuma satu lah kan. Kalau berdress labuh  ni, better pakai kain tebal dalam tu. Buat cam kain dalam lah kiranya. Sbb dress ni jarang walau ada lining dia. Tu ari, tunggu tren kat PWTC. Ada sorang tu pakai dress (Zalora rasanya), jarang wehhh... aku plak rasa termalu bila myDH cakap, jarang la skirt dia tu. Adoi... jadi, berhati2 ya.. dari bersopan, terus lain plak jadinya.

8 May 2013

Edisi J Luxe By Jovian

Sapa follow instagram tau la tetiba aku meroyan kat J Luxe nih plak.
Ala, lama dah. seminggu ke 2 minggu lepas kot.


Dalam byk2 tu aku paling tertarik dgn ini purple ini. Masih menduduki carta kaler feveret ever aku lah purple walau ia telah di over shadow dgn barangan stoberi. Huhu.

Giler smart!
Mmg smart. Aku tak kata cantik. Sbb, ye lah bila pakai kat model ni, elok terletak je kan. Smart lah tu. Yer, kemudian ce tgk aku pakai plak. Haha. Baju buleh masuk kot. Kain labuh me-lepa. Huhu.

Dia jual kat Fashionvalet. Dia bukak pre-order seminggu kalo tak silap. Dlm minggu lepas.

Kerana ini juga aku terus register kat Fashionvalet. Oh. Cantik2 juga baju kat situ yer.
Sama lebih kurang Zalora jugak. Tp Zalora dah glamer kan.

Tapi last week kan kelam kabut sket aku nyer peng-online-nan. Dgn masalah TAC segala. Pastu sebuk nak ke Pesta Buku la apa la. Balik kg mengundi bagai.
Lagipun dari FB Jovian pun dia kata mmg ada poblem sket nak beli masa tu sbb ramai orang kut order. Susah nak log in dan nak beli.

Dan kesudahannya, tak beli lah. Haha.
Jimat duit mak hencik. 
Eh. Nak beli bebetul kah? Haha.
Giler. Pastu nak pakai g mana?
Raya?
Dah ada dah baju.
Pastu mana lah tau pregnant ke apa sok, dah kena simpan 9 bulan.
Eh. Berani cakap pasal pregnant ya. Haha. Hampunnn......


p/s : Anda tunjukkan lifestyle begini, nak beli itu beli ini. Tayang gambar kat FB makan kat tempat mahal2, tayang gambar makan eskrem mahal, mampu beli tudung mahal, mampu pakai phone/tab yang paling terkini, kereta besar menjalar, baju tak pernah tak branded. Bersesak2 bila ada sale kat memana. Tup2 mahu barang turun harga, mahu itu ini murah. Hahai. Tak konsistenlah, permintaan anda itu dgn gaya hidup anda itu. 
Bala ni. Memang bala. Hahahaaai...

Kbaiii..baiii..baii... 

10 January 2013

Edisi Half Moon Shawl

Sebenarnya aku tak berapa nak pakai shawl2 ni. Aku mudah pakai tudung bawal n tudung awning tu je. Kalo ber shawl tu kengkadang 'pengkritik tetap' kat rumah tu kata napak rimas la apa. Eh. Dia pulak yg rimas kan. Tp mmg betul pun. Kang tak smpat smpai kul 1pm aku dah rimas kat ofis tu. Lagi jadi satu hal lain.

Tp sesekali pakai lah. Ikut mood kata orang tu.
Walo orang kata mudah, tak payah iron bagai, tp bagi aku, tetap rasa susah. Kena mood pagi tu bebtul baik dan ceria baru buleh pakai. Kalo takkkk....
Shawl panjang tu, oleh kerana aku ni jenis tak pakai anak tudung, pastu plak mmg muka aku tak kena kalo pakai anak tudung yg melekap kat dahi tu, maka aku pkai shawl panjang dgn tudung Ariani yg pendek tu.
Mudah je sebenarnya, tp jgn dibuat la kalo nk p meeting ke apa. Nati rimas.
Kalo mmg hari tu takde kemana2. Duk diam je setempat, so then, okay, leh pakai g ofis.
Kalo nak bawak jejalan pun tak penah. Tp g kenduri ada gak la. Walo rimas dan panasss.... ku tahan jebattt... (T___T_

Half moon ni plak, ada la dengar2 gak. Lama dah kut tudung/shawl jenis ni kuar.
Kat Radiusite pun ada. Tp tak pernah nak beli pun.
Kalo google tutorial shawl half moon memacam gaya derang ni buat.

Antaranya begini.

Lawa betul bila tgk derang pakai gini. Tp mmg idak la aku reti pakai camtu gaya.

So, half moon shawl yg aku beli dari Poplook tu, aku pakai style biasa je.
Pakai cam tudung bawal. Pastu kemas2 kan bahagian depan tu.
Cumanya, aku pakai ngan tudung Ariani yg kecik tu lah. Aku mmg kumpul byk tudung Ariani pendek ni. Saja beli masa murah2 dia jual dulu tu.
Jadi, takde masalah nak pakai gi ofis. Waktu kerja. Tak rimas pun. Elok je dia terletak dgn tudung awning Ariani tu. Hihiw. Mix n match la kononnya. 
Tp sebenarnya halfmoon ni bagus gak sbb dia boleh labuhkan untuk tutup dada. Ala2 Dr. Muhaya pakai bila pakai dgn tudung Ariani tu kalo dilabuhkan :)

Sesekali buleh la.. time mood ceria, buleh digayakan. Kalo mood malas... aptb.
Muahaha.

Gmbr aku pakai tu ada aku jaja kat instagram.

10 June 2012

Edisi Sunday : UlangTahun InTrend ke-7

Entry panas panas goreng pisang lagi. Balik je trus zup apdet. Haha. Napak nau sangap di tengahari Sun-Day ni kan. Eh. Mmg "Sun" day hari ni. Pagi tadi cam mendung, tp naik tghari, ha... panasss...


Hari ni gi ke Festival City Mall Danau Kota sanun. Ada event ulangtahun ke7 InTrend. Gigih uols. Saja je benarnya. Takde nak buat apa. Ekceli nak g smlm lagi dah. Tp lewat bgn. Malas la. Kang sebok nak carik paking la apa la. 

So, reni awal2 dah kuar. Breakfast dulu kat kodai mamak area situ gak. Aku pun paking kat Platinum Walk tu.  Makan dulu.


Ah. Tak dap ah roti canai sini. Roti canai Syed gak sedap.
Baru kul 11 dah masuk dlm mall tu. Haha. Orang pun tak ramai lagi. 

Takde pun besau sgt event nya.
Aku pun saja nak ke situ nak tgk tudung Aidijuma. Ketinggalan gak la kiranya sbb semorang pun dah ada tudung tu kan.
Murah2 gak la. Kalo plain RM7. Yg ada tone RM15. Aku amik 2 pasang.
Mata ni mmg tertarik yg kaler purpleeee je. Takpun pink. Isk.
Last2 amik kaler coklat tone, ngan merah hati tone. tu pun nak ke purple purple gak. Haish.


Oke. Goodies bag dari InTrend. 


Nak dpt goodies bag ni kena ada bawak majalah InTrend. Kalo takde, boleh beli kt situ. Aku mmg peminat InTrend. Awal2 dah beli. Jadi, bawak je lah. Banyak isinya, berbaloi amat kot. Segala biskut seme pun ada.

Lps tu terjebak beli sabun Palmolive ni. 

Rega takde la murah, tp dpt percuma pouch beg + mani-pedi set. Sokak la. Lagipun mmg sabun kat umah dah habis. Sokay la pun kan.

Suppose ptg/tghari ada la artis seme. Tp malas nak tggu. Bkn per, aku jalan2 dlm tu, benti satu kedai ada je menda aku nak beli. Tu pun nyaris tak ter tgk wayang. Haha. Kat atas tu beli satu lagi tudung. Yg jenis awning lembut (sbb dah ada selai tu ari kan, cam oke jugak, jadi beli selai lagi). Yg tu takde gmbr. Nati dah pakai baru jaja yer. Haha. Bes gak. RM35 saja. Laki aku secara halus meng advise 'dah 3 pasang ni awak beli tudung hari ni'. Hihi. Tweheheee.. oke dah. 

Jom balik.

16 February 2012

Perihal Skirt Feminin Ku

Aku ada gak la 2,3 psg skirt2 feminin neh.
Pun sker jugak makainya.
Cuma jarang pakai. Sbb aku tak reti nak mix n match kannya.

Since aku nak buat sesuatu yg 'spesel' sempena ari yg 'spesel', nak la try pakai 'lain' sket kan. Asik la ber jeans n shirt je. Lelama "jin" pun da takde suar dah. 
Contoh skirt yg aku ada.
*Pinjam gambo yer tuan blog. Ai kredit tu.
Kredit : here
Abis idea dah. Aku pakai je ngan baju belang kegemaran aku tu. Haha.
*harus kena beli baju baru dah ni. Aku tgk gmbr kat FB, mmg mostly gmbr pakai baju ne. Hahaha. Sangappp.
Aku sker je skirt kat Jusco tu. Brand Arcadea tu. Sbb dia tak labuh sgt. Sesuai la ngan org kemetot cam haku ni kan. Errk.. Huhu.
Na, akak interprem kan Nana jap yer. Huhu.
So, fashionista out there..... gimme an idea please...
Apa yg sesuai dipakai ngan skirt ini. Yg napak anggun serta bersopan.
Nak menyambut ari istimewa seseorang lah katanya. Aww... gedik kan....

Tp tgk kat sini cam bleh dpt idea la
Polyvore
Ni mmg sesuai utk santai2. Ngan beg beso. Glass.

Eh. Gaya ni cam aku pakai kat atas tu. Huhu.
Oke, kasut tu gi opis sesuai.

This one cam too formal kot. Gi opis sesuai kan.

Oh. Cakap pasal handbag ni. Tetiba terminat lak beg besar ni. Tote bag ke namanya. Tp tote bag cam besar lagi kan. Ni sbb aku da guna beg "juruletih" yg beli kat HK tu ari ler. Cam bes lak.
Tgk lak FB CR. Nak carik. Nak carik. Eh. Bkn retu kata setahun takmo beli hbag kah?
Credit : FB Carlo Rino
Kehendak je seme ni. Kehennndakkkk..... Arghhh... sambil tarik2 rambut. Hohohooo.....
Err.....




Gaji SBPA bile keluar?? Dgn pelarasan lagi neh. Bip.bip.bip *GPS bawak arah ke Butik Carlo Rino berhampiran. Miahahahha (-_-")

5 October 2011

Not so WW : Cantik Luar, Cantik Dalam

Dah lama nak buat entry ni.

Napak Ros buat entry ni baru teringat.

Maka, carik yang lain-lain ini juga.





*Dalam usaha untuk mensempurnakan 'di luar' dan juga 'di dalam'. Insyaallah.

7 September 2011

~Wordless Wednesday :Cinta Elysa~

Kredit : Suhanpost
Kredit : Imageshack
Kredit : Porem cari
Kredit : here
kredit : Here


P/S : Sori la pada sesapa yg tak minat Fasha Sandha ni. Ai oke je. Hihi.
P/S/S : Suka tgk gmbr Fasha pakai skirt tu.  Kasut n skirt di matching dan girlie girlie gitu. Nak carik la gak. Hihi.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign