Pages

Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

2 January 2014

Edisi Tahun 2014 - Entry Sulung

kredit : Here
2 Januari 2014 - 30 Safar 1435

Entry pertama tahun baru.
Masih dalam mood warming up kiranya kan.
Macam tak tau nak tulis apa lak. Haha.
Sebenarnya tahun ni, antara azam aku adalah;
mahu kurangkan cerita2 di laman sosial termasuk instagram.

Hurm. Mmg rasa agak sukar lah sbb aku mmg 'kaki' instagram (setakat 31.12.2013 gambar telah dimuat naik 1499 - starting awal tahun 2012)
Bak kata orang - instagrammer tegar. Wah. Gitew.
Tapi, azam kan. Kita cuba lah.
Dan mulai malam tadi aku dalam proses men delete gmbr2 yg dirasakan tak perlu.
Belum habis lagi. Maklum la, gmbr dkt 2k dalam tu. Aku nak kurangkan smpai ratus2 ja.
Lepas tu aku akan public kan semula. Dah. Lantak la. Sapa nak follow ke stalk ke apa ke. Silakan lah. Tp mmg amik masa ni. Sbb ada yg dah delete, pun toing...ada balik gmbr tu. Ceh! Buat penat ja.

Tahun lepas pun, aku dah kurangkan entry kat blog.
Hanya 463 entry berbanding tahun 2012 - 682 entry.
Tu tak kata tahun 2011 - 846 entry.
Fuh. Giler la. Amenda la aku repekkan yer.

So, cukup2 la tu kan.
Biar lah orang tak tahu dari tahu.
Sbb kalau tahu banyak sangat pun, banyak yang tak elok dari yang elok.
Maka, mana buleh kita kurangkan - kita kurangkan.
Kalau boleh buat entry berilmiah sket (tp nati kurang reader la kan. SR skrg ni salu nak skodeng cerita cerita life aku ni. Haha. Aaaaaa.... ayok..ayok..)


1 January 2012

1 Jan 2012 : Azam

1.1.2012.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

*Panggg....!*

Kasik penampau sedas bagi sedar sket. Haha. Motip nak bersatu satu Malaysia plak nih.
Entry pertama ke utk reni? Ke smlm tu yg pertama.
Tah. Malas nak semak. Tp da siang ni, kira yg pertama lah yer.

Sana sini duk wish Slmt Tahun Baru, baik di blog, FB dan ada la 1,2 di SMS. Aku nak buat smlm, tp tak smpat. Apa yg tk sempat entah. Aku bukan buat apa pun smlm. Just kemas2 dapo, buang segala menda yg aku simpan entah berapa tahun. Huhu. Skali jumpa tepung beras yg xpired nya bulan Julai tahun 2007. Diulangi tahun 2007 yer. Haha. Sbb aku guna sesudu 2 je kot tepung tu, buat apa ntah lps tu tersadai dia dlm gobok tu. Punya la lama. Sblm tunang, kawen lagi. Mujo takde anak, kut ada, anak aku pun leh tgk tepung tu. Haha. Tp dia takde lak ulat2 tu. Apa namanya. Bubuk ke apa tah tu. Tapi bkn bermakna dari tahun 2007 aku tak kemas dapo. Itu bukan melampau itu da penyakit sampau. Haha. Nak kemas nih. Nati nak pindah. Haha. 400 kali dah kata nak pindah, tak pepindah. Motip owh. Mencik!

Oke. Oke. Takde sapa nak baca bebelan aku di hari cuti neh.
So, direct ke topic.

Nak cakap pasal azam nih. Aku selak entry thn lps pasal azam. Oh. Tiada azam panjang2. Aku berazam mahu mensucikan hati saja. Simple. Tercapai tak? Haha. Haha. Haha. Sesket bleh, banyak2 tu tak bleh. Tgk orang upload gmbr beli itu ini dlm FB, mula rasa cam eh dia ni nak show off ke apa. Tak bleh nya nak suci hati. Padahal aku sendiri pun ada upload gmbr2 camtu. Gi Ariani sebuk nak upload, gi makan nasik goreng pun sebok nak upload, lagi mau annoying kat org. Aku pang jugak kang kat diri sendiri. Lps tu org lak rasa annoy kat aku. Eleh, makan nasik goreng pun nak upload, eleh makan eskrem pun nak upload. Hey, biar la FB aku kot. Ko susah apsal. Haaa... sbb tu la  perlu suci hati. Hidup bagai putaran roda. Haha. 

Tp sedikit2 tu ada la menjurus ke arah suci hati tu. Cam tetiba rasa nak annoy tu cpt2 kata, eh..taperlu kut annoy2 apa org tulis, apa org buat ni.  Kita suci hati sudah. Cam kat opis pun camtu. Malas nak tau gosip2, dan cuba utk bercakap bila perlu. Mmg rasa cam 'suck' gak la kengkadang sbb tatau menahu gosip terkini kat opis tu, tp takpe lah. Kata ada 'kabel beso'. Kita gosip2 kecik tak main, tp gosip beso ada. Dan itu lah pun perlunya aku bercakap bila perlu. Takde geng gosip2 kat opis. Kalo rasa cam gatal lidah nak bergosip, aku carik member bukan dari opis. Safe n secure. Dan aku jugak mengamalkan konsep - Lantak derang lah nak kata apa, yg aku tau, aku dtg kerja carik rezeki kerana Allah utk bantu suami aku dan berikan sedikit khidmat pada yg memerlukan. Itu je nawaitu nyer. Lantak kau lah nak kata aku QC laki aku ker, aku tak beranak ke apa ke.  Aku sakit ati, ko yg dpt dosa FOC sbb menyakitkan hati orang tak memasal. Aku tatau kenapa, aku da tak kecoh2 pun, dah senyap ontok ontok kat tpt sendiri pun, tak kacau orang pun, ada gak 'laknatullah' yg sebok kacau aku.

Eh... eh... kata tadi nak suci hati. Apa cakap camtu tu?? Takmau...takmau... 

Jadi tahun ni, aku cuba lagi utk menambahkan percent suci hati ni yer. Sbb bila kita suci hati ni, dia akan merebak2 ke tpt lain juga. Bagus tu kerana hati la punca segalanya. *ye lah.. patut otak la kan, tp takpe la. Cliche la sket*

Then, thn ni juga aku nak belajar jadi seorang yg Istiqamah. Yer, bunyinya juga agak cliche dan poyo. Tp aku mahu cuba. Apakah istiqamah? 


Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

-Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
-Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
-Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
-Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
-Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Dipetik dari Al-Azim.com. Bleh baca situ konsep Istiqamah yg diterangkan secar ringkas.

Dan aku penah gak dgr ustaz kata Istiqamah ni adalah berterusan. Atau dlm erti kata lain - konsisten. Ya. Konsisten juga agak cliche bunyinya, tp aku tau diri aku cemana. Buat satu menda tak pernah konsisten. Makan ubat - satu botol cukup terus benti. Makan pil - satu dua hari makan, lps tu buat2 lupa. Dah setahun baru satu botol abis, padahal kena abiskan sebulan jer. Buat treatment - tetiba nak tangguh. Apa kes?. Dapat buah zuriat berbiji biji, rebus sepasang je-yg lain simpan peti ais. Ada setahun da kut buah tu. Kalo tanam sure tak lama lagi dpt hasil. Pakai losyen taknak bagi tumit pecah - 2 hari pakai tgk da oke, bagus ni, campak entah mana, tk perlu ulang pakai. Jadi??  Aku perlu Istiqamah, aku perlu konsisten.

Juga ada la beberapa lagi azam yg tak bleh di reveal kan. Sbb nati tak buat, jadi poyosss sgt. Tp seme tu ada kaitan ngan suci hati n Istiqamah juga. Cuba sedikit demi sedikit walau pun lambat. 

Memetik kata Imam Muda Asyraf dalam twitter nya *eh, aku folo twitter IMAsyraf?? Iyer saya. Hihi*
Setiap datangnya Tahun Baru, bermakna semakin hampir kita utk kembali bertemu dgn Allah SWT..
Lps tu ada yg lebih Istiqamah pulak yg reply 'bukan setiap tahun baru je ustaz, setiap hari yg berlalu pun mmg kita hampir dgnNya' Oh. Betul la tu. Tp yg IMAsyraf tu cakap sbb nak kaitkan dgn kedatangan tahun baru ni. Tp tkpe. Suci hati. Suci hati.

Jadi, itu sahaja. Akan selak semula entry ini pada 31.12.2012 nati, sekiranya dipanjangkan umur oleh Allah. Berapa percent yg dapat dicapai.

Apa pun moga Allah membuka pintu hati kita menjadi muslimah yg terbaik. :)

Sblm tu nak 'teaser' dulu gmbr menytim kan diri sempena pertukaran tahun :)

Restoran Steamboat MAEPS


31 December 2010

~Wrap Up 2010 : Tercapaikah Azammu~

Heaven kan? Dpt cuti pree ari ni. Kalo tak becinta nak iron baju suma. Pastu mlm ni sure sendat org kat merata tpt sbb sumorang dpt cuti. Kat dashboard keta blog pun sendat gak citer khairul fahmi dan awek's nya oleh suma blogger. Kira mcm aku ni tak up-to-date eh kalo tak citer gak. Tkpe lah. 

Dan utk wrap terakhir, mari kita selak semula kain azam Puanstoberi utk tahun 2010. Hahahaha.
Source : Here
Nak tau apa azamnya. Hahaha. Aku sendiri segan nak gitau. Hahahahaha. Siap ada masuk kategori mungkin di capai la apa la. Ada ke tah yg tercapai. Hahahahaha. Boleh ke link sini-azam 2010. Awal tu buat tu. Thn 2009 da pasang azam. Hahahahhaaha.
Yelah, nati tak berazam mcm tak bukak buku baru plak kan.

Yg bahagian boleh dicapai tu..Ah..poyo je nak joging suma. Mmg poyo. Hasilnya..berapa kali ek aku joging tahun ni. Okeh..carry forward suma azam tu utk tahun 2011. Hahahahaha. Dah kata.

Then bahagian mungkin akan dicapai. Ummm...ini berat sket la. Ada yg perlu carry forward. Ada yg perlu di list out. Utk yg carik keja lain tu aku kena list out. Sbb? Sbb aku da capai lah yg ni. Walo keja tpt yg sama tp post dah lain. Kira mcm tercapai la kut. Huhu... So, utk smbg study n dapatkan anak tu juga carry forward thn 2011. Hahahaha.

Jadi utk tahun 2011, azam adalah selesaikan azam tak lepas thn 2010 neh. Hahaha. Nxt year check balik samada KPI ni capai ke tak. Hahahahhaa. Tp aku ada satu je azam yg pasti akan memukul rata semua azam yg lain. Apa dia. Just one!

Utk mensucikan hati. That's it.  Skang pun dlm proses ke arah itu juga. Moga dipermudahkan Allah kerana yg hati yang suci akan menjadikan semua azam lain akan tercapai (tetiba tingat tagline iklan Top ke apa ke tu-yg jumpa anak kucing pastu basuh jadi putih tu-basuh dgn sabun basuh kain ke hapa???).

Insyaallah.

Untuk semua, selamat tahun baru- langkah lah dgn hati hati ke angka 11 esuk neh :))
p/s : Mlm ni da ada plan ngan adik2 opis. Then esuk plan karoke ngan Dee kansel. So, duk umah je lah esuk. Umm...masak laksa pun besh nih. teheheeheh :P

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign