Pages

Showing posts with label YES. Show all posts
Showing posts with label YES. Show all posts

23 July 2015

Edisi Langkah Penjimatan [Potong Line Internet]

Ha.. skrg ni kena berjimat cermat lah uols.
Apa yang tak penting kita potong..kita potong..kita potong.
Last year, aiols dah nekad buang satu kad kredit. Jadi, settle dah satu hal.
Now, tgh berpikir utk settle kan satu lagi. Sbb dah tak berapa nak banyak. Kad kredit ni pun kekadang berguna juga. Esp kalau utk kereta lah. Cuma nak clear kan tu kemain susah nau. 

Kemudian, langkah seterusnya yang telah dibuat adalah downgrade pakej Astro.
Dari superpack yang beratus tu jadi puluh ja.
Ingat nak downgrade terus yg biasa2 ja. Tapi, takde HD pulak. Yang pakej HD paling murah dalam RM80++. Sokay lah. At least dalam 40% dah jimat.

Seterusnya penggunaan data internet.
Dah kenapa nak banyak2 line kan.

Now dah ada Umobile - 3GB. Sebelum ni Umobile ni 1GB ja. Tup tup dia upgrade jadi 3GB dengan harga yang sama. Wah. Cukup bagus. Thanks lah Umobile walau kat kampung line mmg terjejas teruk lah. Tetiba jadi "roaming". Kau dah kenapa kan. Tapi, tak kesah lah. Kat kg kami guna wifi streamyx. Abg aku siap buat password skrg nih. Hihi.

And line utama yang aku guna adalah Digi- yang ni mmg dah 3GB pun kan. Takde hal nih. Sbb penggunaan kat cikepal6 tu mmg utk w.app and IG sahaja. Ada la install FB, tapi ai kan dah aktif FB. So, takde hal lah 3GB tu kan. Dan kekadang tgk internet cari resepi ja.

Untuk penjimatan seterusnya - potong wifi YES. Ni kira satu kesilapan jugak lah aku pi sambung pakai YES lepas proton punya promo habis tu ari. Rugi. Tapi, nasib baik takde terikat dengan kontrak ke apa.
Dah la YES skrg ni pakai kejap pun dah habis. Dah kenapa kan. Aku baru pakai 2 hari kot. Dah habis dah 100% reached kredit limit. Kejadahnya. Aku tak bukak youtube apa pun. Takat buka porem ja. Takkan la abis. Pelik aih. Dah la dgn GST segala dah jadi dari RM48 terus jadi 50++.

Masa aku pergi kiosk YES kt KLCC, tanya cemna nak terminate dia kata kena pergi yg kat KL Sentral punya. Kiosk tak buleh buat. Dia kata kenapa nak terminate. Aku cakap dah mahal sbb ada GST. Dia cakap, yang lain pun ada gak.
Dia ni tak faham kot.
Yang lain, macam Digi ke Umobile ke apa seme ni, mmg sejak azali dah ada caj. Dulu kan mmg ada caj apa entah namanya tu. Tp skrg dah jadi nama GST. So,takde dah la caj yang itu. Tapi, YES ni, masa kita daftar adalah RM48 sahaja tanpa ada caj lain. Tup2 bila dah ada GST kau caj trus. Betul lah sbb skrg dah ada GST, tapi patut nya bagi tahu lah yg harga tu dah jadi RM52. Takyah mention GST lah kan sbb before ni pun kau tak kenakan caj macam operator lain tu. 
Bosan. Mahal. Dan cepat nau abis kredit limit, better terminate.
Jimat RM50++. Buleh simpan dalam tabung, nanti buleh gi Cappodicia. Eh?

Lepas ni apa lagi yang buleh kita potong lagi.
Banyak menda yg sepatutnya tak perlu tapi kita sengaja ada ada kan.
Tu yg jadi perbelanjaan mcm banyak nau.
Mana yang buleh potong kita potong. Mana yang tak penting pun potong ja.
Utama kan yang lebih utama.
Mari lah kita berjimat cermat.

20 May 2015

Banyak Guna Data Plan Bulan ni

Huwaa... semua pakat dah antar reminder
Ini jarang2 berlaku.
Padahal now lagi lah tkde view FB bagai.
Aku masih belum deactivate FB. Sebulan lebih dah.
Jangan lupa password sudah.
Entah. Rasa okay je kot tak bukak FB.
Tapi, tu lah, rasa susah bila ada homestay ke yg guna FB sebagai medium utk tgk promotion dia. 

Awal lagi nih. Tapi seme dah guna nak sampai 100% dah.
Huwa... sangap la pas nih...

YES.



Ini mmg cam pepelik sket.
Aku pun cam eh, baru pakai kejap dah telan abis 80%.
Yang ni mmg jarang pakai sbb nak kena on kan dia nyer  huddle bagai tu. 
Macam leceh kan.
Tapi tu lah. Guna kejap2 pun cepat nau abis.
Rasa macam 2GB dia nya data plan.
Takkan habis begitu cepat.
Berkira kira nak terminate sebenarnya. Dah la skrg ada GST bagai.
Tapi cam rasa dia back up plak if data plan lelain dah abis. Tapi, dia pun abis dulu.
Acena?
Terminate je lah kot kan. Okay, will be consider.


DIGI.

Ini mmg jarang lah hantar reminder.
As aku guna line ni kat cikepal6 ja.
Situ ada w.app n instagram ja pun.
Data plan kat Digi ni 3GB.
Jarang view laman web lain kat situ. 
Ni agaknya sbb donlod apps tu ari masa boring kat bilik intebiu tu ari kot.
Mihihi :D

UMobile

Ini sebenarnya mmg takde kegunaan dah.
Tapi, tak buleh nak watpe sbb phone besau tu mmg guna nombor nih.
Takkan nak terminate. Nombor tu nak guna.
Nak taknak, kena lah teruskan.
Ini aku dah downgrade kan. Hanya 1GB je tinggal.
Tapi, mmg selalu gak lah abis cepat since sini aku selalu meng-google dan baca forum dan baca blog orang kalau kt rumah. Hiwhiw.

So, total internat aku guna 6GB rupanya.
MyDH kata "tak cukup? Awak nak guna berapa? 10GB?"
Amboi bangggg... pedas tauuuu...

23 December 2014

YES, akhirnya

Well..well..well..
Sebulan je bertahan rupanya.
Lepas tu hazab.. dah terasa ketidakcukupan talian internet.
Lalu terpaksa meng-register semula.
Cis!

Now, dah register semula YES.
Setahun guna secara free, Proton kasik. Terima kasih Proton.
Pastu dah terbiasa, maka terasa jugak lah bila dah takde.

Maka, carik lah pakej yang mana sesuai.
Tak boleh yang mahal sgt sbb dah ada data line UMobile (1GB), Digi (1GB).
Jadi, pilih RM48 utk 2GB sahaja.

Udah la susah nak carik Yes Store/kiosk nih.
Memula pergi kat dealer dia kat Ampang Park tu. Tak boleh katanya.
So, pergi carik kiosk YES yang kat Festival City.
Entah. Dulu masa riki2 katanya terus sambung je akaun lama.
Ni kata tak boleh pulak. Kena ada kontrak apa semua.
Tah pehapa tah. Mungkin sbb masa free tu prepaid. Kot. Entah la.

Tapi takpe lah, register je lah akaun baru.
Bila nak register dia suruh pulak amik pakej skali ada menda wifi besar gabak kaler itam tu (gateway namanya)

Katanya lebih untung.

Tapi, kau nampak tak permainan dia di situ. Kau ada nampak untung ke?
Memang lah bayar RM98 dapat 10GB instead of sebenarnya 6GB. Tapi, kejadah hapa nak amik lagi gateway tu. Kan aku dah huddle.
Katanya boleh pakai ramai2 ni.
Aku kata yang huddle lama tu nak buat apa? Buang?
Pastu dia cam rungsing.. dia suruh staff dia lak terangkan. Gitu gini gitu gini.
Eh.. tak kuasa lah aih.
Kat rumah tu ada 2 manusia je. Dan sorang manusia tu ada 2 phone dah dgn data yg ada 2GB. Pastu sorang lagi manusia pulak guna tak smpai 1GB walau dia ada 2GB data kat phone dia. So, kejadah apa nak suruh kita ambik dan state "untung kalau u amik ni.. untung..untung"
Yang aku tahu untung kat kau lah. Dah la contract 2 tahun. Pandai lah.
Nak tolak pujukan dia tu kemain payah. Sampai asben aku kata "kita sudah bayar bil telefon, bil Astro semua - macam bayar duit kereta kancil bulan bulan tahu". Itu pun duk cakap lagi untung... untung. Heii.. aku sekeh jugak kang. Tak faham bahasa - orang taknak..taknak la.

Fed up giler. Jadi, kalau uols nak pergi ambik menda2 camni, uols tegas je. Lantak lah. Dia pikir untung dia je. Untung kita? Kedarah apa nak banyak2 internet. Orang lagi pikir nak downgrade line, nak downgrade Astro package bagai dia pikir nak menambah pulak.  Aku pun, dek kerana ada huddle yg proton bagi tu je. Kalau tak.. tak kuasa lah aih aku nak amik YES ni plak. Tak kuasa...!

Jadi, tetap lah amik RM48 utk 2GB saja.
Dulu masa free, line YES ni okay. Tgk u-tube pun okay. Tkde masalah.
Ni tatau lah kalau dah bayar ni dia jadi hampagas pulak kan.
Kalau hampagas aku terminate kan je since takde contract period (walau dia kata ada - tapi bila tgk dokumen yang YES emel kan - takde kontrak).

Dan selepas itu, dapat password - masukkan password - tapi tak boleh nak connect pulak.
Aiyark.
Next, ai buat entry bagaimana nak configure balik huddle dengan akaun dan password yang berbeza nih.

1 December 2014

Yes Or No?

Orang urban kata Yay or Nay? Khen?
#villagepeople kata Yes or No je. Hihi.

Okay lah. Bukan nak pertikaikan pasal yes no orait nih.
Ni ha...


Ai dapat device ni (yang dipanggil huddle) masa ai beli chemerah last year.
Huddle beserta line wifi secara percuma selama setahun.
Sebulan 2GB. Percuma ya.
Sapa tak suka barang percuma kan.

Jadi, I guna lah. Dan sejak itu ai dah downgrade kan semua data plan kat phone ai.
Umobile I ambik 1GB sahaja. Dan Digi - supplementary dari asben - dapat 500GB (but bebaru ni DIGI naikkan jadi 1GB. Huyee...)

Sepanjang ai guna setahun ni, ai puas hati lah. Kat bandar2 besar je lah. Kalau bwk balik kg mmg apa pun tak guna. 
Takde masalah nak tgk youtube. Takde tersekat sekat. Ai macam  nak hashtag #puanstoberisuka. Tapi ai tak berani meletakkan harapan tinggi. Nanti lelama ai tukar hashtag hampagas pula kan. Macam Umobile tu. Hiwhiw.

Jadi, selepas menyambut anniversary chemerah yang "ke-pertama", maka berakhirlah perkhidmatan percuma ni.


Tu yang ai fikir fikir sekarang. Ai nak sambung or not.
Ai pi tanya kat kiosk YES ni dia kata kalau ai nak sambung, ai cuma bayar bulanan sahaja. Kalau nak guna 2GB, bersamaan RM48/mth. Sbb ai dah ada huddle ai takde kontrak. Kalau takde device yang kena kontrak. 2 tahun kalau tak silap. Takde kontrak, mean kalau kelakuannya hampagas maka ai buleh terminate je lah.

So, hendak ke tak hendak?

Kat phone tu macam tak cukup. Sbb entah. Lembap je. Pakai sket je dah lembap. Pakai sket je dah ada SMS kata dah 80% usage. Apa ntah. Utk phone kecik (digi) ai guna utk w.app ngan instagram je. Phone ciknote (umobile) yang ai guna utk lebih sket. Tu pun hanya IG n FB ja. Tu pun cepat je abisnya. Bosan giler. Ai dah jimat sehabisnya. Kalau malam I off kan data network mode. 

Cemna eh? Ai sebenarnya malas nak bergantung sgt kat internet nih.
Sbb ai rasa ai nak kembali kepada hobi lama iaitu membaca.
Novel melambak2 tak baca lagi ni. Begitu juga buku yang beli masa Big Bad Wolf dulu. Tu tak masuk lagi buku2 motivasi. Ai ada habit suka beli buku, dan patut ai baca lah kan. Tapi, ai tak baca sbb ai leka dengan internet. Ha.. tu lah.

So, tu lah. Try dulu lah sebulan dua ni.

Kalau rasa cam menggigil tak tahan nak juga pakai, bulan Januari lah baru register balik.
Tak kesah pun kan, asal huddle tu dalam keadaan baik.
Ai suka jugak sbb kalau kat hway (PLUS), mmg lancar je line dia. Mmg yang proton punya ni katanya khas utk dalam perjalanan. Kalau jammed kat hway tu ai bergumbira je tgk utube.

Kalau uols nak tgk plan YES ni [link : YES]
Tapi, takyah la pakai reramai, kang line jadi lembap pulak.
Eh? Haha.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign