Pages

Showing posts with label 9 Julai. Show all posts
Showing posts with label 9 Julai. Show all posts

9 July 2011

~Pasal Sana Sini Roadblock~

Sana sini org merungut pasai roadblock kat KL.
Nak wat cemana?
Tu dah tugas polis. Kang jadi huru hara lagi korang bengang. Jadi, ikutkan je lah.
Menda ni takde la menyusahkan kalo kita plan.
Unless mmg time tu hang mmg da emergency sesgt, contoh mcm ada member nak bagi pinjam 1juta. Kena dtg gak KL mlm ni, kut tak, tak dpt sejuta tu.. so, terpaksa la ko hadap jem segala tu kan.
Ni mmg da tau, akan dan pasti punya byk road block.
KL mmg byk road block dr last week.
Ari Sabtu/Ahad heli da start berlegar2.
Makanya mmg kita tau, jalan akan havoc. 
Menda leh plan maa.

Aku pun nak balik kg, even mmg tak kacau la kan sbb nak keluar KL, pun aku buat plan A n plan B. Plan A aku adalah balik kg pepagi buta ari Sabtu sbb aku tau aku takkan leh lolos kuar jalan Tun Razak tu even aku berdesup balik on time kul 5. Paling2 tidak aku akan tett-cecah TnG Jalan Duta dlm kul 7 atau mungkin lebih.
Pagi buta di sini adalah kul 4.30pagi yg bila mana aku citer kat mak aku, mak aku kata 'ye ke'. Dan bila aku citer kat adik2 opis pun derang kata "ye la tu Kekda".
Okeh, oleh sbb derang ni tidak mempercayai keyakinan aku utk bangun sesubuh sepei'e (dan aku sendiri pun tak yakin benarnya. Bahahahha),maka kita harus ada plan B.

Plan B adalah, mintak kat boss balik awal. Boss pun paham keadaan jalan.
Maka kelulusan diberikan, jadi kiterang balik kul 3.30pm dari KL. Alhamdulillah...sewaktu jam 5, mendengar berita di radio mmg la yakin keadaan ketika itu membengangkan pengguna yg baru nak balik keja.

Jadi, kalo takde kepentingan, duk je la umah balik dari opis tu. Takyah kot nak kuar2 lagi utk meraikan malam minggu. Minggu ni je pun kena korban. Mggu2 dpn lantak kau lah situ. So, bila da ter stuck tu, pepandai la kan. Abis2 pun, tinggalkan je keta tu. Jalan kaki. Bahahahaha.

Iyer. Mmg aku bercakap senang sbb aku da tinggalkan KL sejauh lebih kurang 200km. Tapi, aku pun simpati pada yg ter stuck tu. Sabo ye kome... 

*smpai je umah abg aku kata 'ha..ni nak lari dari Bersih la ni'. Huhu. Huhu. Huhu.

7 July 2011

~Pasal Jalan Kena Tutup~

Pitam. Mmg pitam.
Tengok Buletin Utama tadik. Wah. Kemain byk jalan masuk KL kena tutup.
Boleh dikatakan kalo tetiba nak dtg melawat aku di umah yg aku duk skang ni mmg la tak kesampaian sbb seme jalan nak masuk ke area tpt aku ni ditutup.

Lps tu dgn bas-bas seme pun kena shift.
   Date        :     Saturday, 9 July 2011
    Sanctioned Hours:      0001 to 2200 Hrs

    Express buses will shift to these stations:

        * Puduraya and Pekeliling bound express buses (except KL-Seremban route) will shift temporarily to Hentian Duta.
        * Hentian Putra (PWTC) and KL-Seremban express buses will shift temporarily to Terminal Bersepadu Selatan (Bandar Tasik Selatan)

    Stage buses will stop at these rail stations:

        * Titiwangsa – Buses from Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching and Jalan Duta
        * Dato Keramat – Buses from Jalan Ampang
        * Maluri – Buses from Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras
        * KL Sentral Monorail – Buses from Federal Highway (to use Jalan Bangsar – Jalan Travers – Jalan Tun Sambanthan) and buses from Jalan Damansara
Tu mmg aku dgr dlm tibi tadi.

Ni plak aku google. Tatau la btul ke tak. Tp aku rasa mmg btul pun. Ni seme jalan arah2 Pusat Bandar. Pitam. Mmg pitam. 

Bos, saya hafday ye bos... jalan byk tutup neh. Teheheheh :D

Road closure on Saturday -9 July 2011-

• Lebuh Ampang
• KLCC
• Bank Negara
...• Dataran Merdeka
• Sogo
• Chow Kit
• Menara Sultan Ismail
• Masjid Negara
• Jalan Raja Chulan
• Jalan Ipoh
• Sentul
• Jalan Tuanku Abdul Rahman
• Jalan P.Ramlee
• Jalan Bandar
• Subang Jaya (Near Segi)
• Sunway Pyramid and Subang Parade
• The Federal Highway
• LDP
• Seremban Highway

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign