Pages

10 September 2019

Pesta Sukan 2019 : Kuching, Sarawak (1)

Ini kali ke3 turut bawa Rizq bersukan.
Kali pertama di Pahang. Kedua, last year di Langkawi dan tahun ni di Kuching.
Usung la Rizq sekali.
Nak tinggal mana udah mak paknya memang satu office.
Beliau ni kan anak kraf.
Haha.

Kami pergi hari Khamis - 29. Ogos. 
Flight suppose 9.10am.
Tapi diawalkan. Jadi pukul 8.10 am. Sebab ada rehearsel Merdeka di Putrajaya.
Laluan udara ditutup pada jam 9pagi.
So, kena la sedia dari awal.
Kul 3.30pagi dah gerak.
Tak mahu lagi kejadian macam last year nak pergi Terengganu terjadi lagi.
Berhambat marathon nak pergi gate sbb da lambat boarding.
Acap (anak buah) amik dari KSU. Mudah. Dia mmg buat Grab, so kita grab dia je lah.
Kul 4.30pagi dah sampai KLIA2. Hambik kau.
Takpe, kita rilek2 je. Takde nak rush2.
Sampai, terus ja print luggage tag. Sekarang ni semua kena buat sendiri.
Print tag. Pastu bawa ke kaunter. Naikkan bag kat atas carousel tu (carousel eh panggil menda yg gerak tu). Scan boarding pass, scan bag. Settle.
Sbb tu kena pergi awal. Kalau tak lagi kita kalut.
Then kiterang malas nak tunggu kat luar, terus masuk dalam ja. Senang nanti.
Lepak kat depan gate terus.


Ramai juga seofis dalam flight tu.
Kami pergi dulu sbb petang ada meeting MBJ.
Sampai Kuching sekitar jam 10 lebih.
Masih awal.
Ada bas pick up kiterang.
Terus di bawa ke Cawangan.
Lepak2 sana. Kul 11 lebih baru gerak utk lunch.

Office cawangan bawa makan kt Kriung apa ke ntah.
Lepas tu baru ke hotel utk check in.
Kami stay di Waterfront Hotel.
Agak lama juga menunggu utk check in.
Kesian pada dak Rizq ni ja. Walo dia takde la cranky ke apa. Sbb dia tak mandi!
Awal pagi keluar jam 3.30pagi tu terus je pikul dia ke airport.
Kat airport baru tukar baju dia.
Jadi, masa kat hotel tu dah dekat pukul 2ptg. Melangas rasa. Comot nau tgk dia.

Dapat ja kunci terus mandikan dia.
Dah segar2 tu, dia tido. Jam 4pm - meeting MBJ (pre-council).
Balik kui 6, tgk dia tido lagi. Ha kau.. penat.
Kul 7 turun dinner.
Ayah Rizq dinner sendiri sbb dia bukan ahli MBJ. Kalau dia ahli, siapa pula nak pegang / jaga Rizq. Naseb baik. Bawah hotel tu ada food court. Senang.

Malam meeting lagi bersama Pengurusan pulak.
Naseb KP nak abiskan awal. Dalam jam 10 camtu settle.
Malam tu juga orang hantar kereta. Suppose nak ambik esuk. Hari Jumaat. Tapi dia kata nak hantar awal. Okay lah. Kami booking Axia, tapi dapat Myvi. Takde caj tambahan. Okay lah tu kan. Harga RM100/day.

Selesai hari pertama di Kuching.
Hari pertama hanya meeting. Sukan belum start.

Hari kedua - Jumaat- 30 Ogos - bermula dengan meeting sukan. AGM. Lantikan utk Pengerusi, AJK etc etc. Buat di Cawangan Sarawak. Dalam 15minit dari hotel.


Daftar tapi tak masuk pun meeting. Rizq tak suka tgk orang ramai2 tu.
Lepak2 luar dewan ja. 
Lps abis meeting, kembali ke hotel.
Lepas tu lepak McD kat mall bawah hotel.
Haha.
Senang idop.

Petang dah mula acara.
Aiols masuk lawn bowls.


Not bad. 
Kami team wilayah dapat no 2. Silver medal.


Best la main lawn bowls ni.
Ada masa, nanti aiols cerita pasal peraturan lawn bowls ni.
Biasa tgk kat tv macam bosan je kalau ada lawan sukan ni kan.
Tapi, sebenarnya ia sukan yg bagus. 
Otak dan minda kena fokus.

Masa ni juga, ayah Rizq ada game.
Agak jenuh juga nak meng-handle Rizq seorang.
Ke hulu ke hilir usung dia sambil main lawn bowls.
Adoi! Memang lawak.

Ayah Rizq main bola sepak 9 sebelah.
Kena main sbb dalam tu kena ada orang veteran.
Ayah Rizq kategori veteran dah. Haha. Umo 40 tahun.

Game ayah Rizq lagi lama. Kui 7 baru habis.
Kiterang ni dah comot giler dah.
Malam tu, ayah Rizq beli McD ja kat bawah.
Tak larat dah nak keluar memana.
Settle hari kedua.
Hari kedua ni takde makan2 makanan Sarawak pun.
Just makan McD ja. Haha.
Nanti kita sambung hari ketiga pulak.

2 juta komen

Saya tak pernah naik kapal terbang hahaha..

Irtiyah :
Takpe..mana tahu, 1 hari direzeki dapat naik kapal terbang utk menunaikan umrah. Siapa tahu.. :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign