Apa kome ingat baju bajan, pampes segala je buleh beli kat shopee.
Menda lain pun buleh tau.
Termasuk ikan bilis.
Haha.
Sebelum ni, makRizq beli ikan bilis online juga.
Kat org yg jual kt FB. Pastu dah 2x beli. Sebab macam mahal dah.
Setiap kali beli, setiap kali naik harga.
So, tgk kat Lazada pun ada org jual ikan bilis.
Try tgk kat Shopee. Eh. Ada.
Lagi murah pulak tu.
Terus zasss order.
Hari Isnin order, Rabu dapat. Settle.
MakRizq dah hampir2 nak carik hotel kat Pangkor tau.
Konon nak pergi bercuti di Pangkor.
Padahal misi utama nak carik ikan bilis.
Haha.
MakRizq memang beli ikan bilis dari Sabah, Pangkor atau Langkawi saja.
Memang tak pernah lah beli kat tempat lain. Kalau ada kat pasar tani, tulis dari Pangkor tu pun cam was was ja. Entah iyer entah tidak. Tapi kalao iyer pun, harga - dkt nak $100/kg tu.
Tapi tu ari, masa pergi Sabah, beli kat Sabah - sangat kecewa lah.
Kejap je jadi macam hapak. Pastu kaler dia dah cepat kuning. Dah la beli 3kg terus.
Either memang lama atau ikan bilis sabah dah tak best.
Sbb ada juga boss beli di Sabah. Pun jadi camtu gak. Cepat hapak.
Jadi, lps ni stick ngan ikan bilis Pangkor je lah.
Nak beli kat Langkawi, lambat lagi pulak nak ke Langkawi. Bulan 9 sok.
Eh. Uols nak beli, search je kt shopee "ikan bilis mata biru Pangkor"
Pasti jumpa. Ramai juga yang jual.
Tapi carik yang ni. RM75/kg. Pastu dia takde pre-order. Memang ready stock.
Ada setgh tu, harga sama tapi pre-order.
Sedap.
Bersih.
Rangup.
Rizq pun suka ikan bilis ni. Dia ratah ja.
2 juta komen
hahahaha tak pernah terfikir pun nak beli ikan bilis online sebab rosak. tapi saya pernah rasa nk beli air mineral dekat situ. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 103
terima kasih singgah :D
Terima kasih atas komen anda :)