Rasanya semua orang, mak mak terutamanya terkesan dgn berita ni.
Petang smlm balik kerja dah nampak berita ni.
Allahu.
Tak kena kat kita, memang senang bercakap.
"Mak cuai"
"Cemna bleh lupa"
"Teruk sgt ke kerja sampai lupa anak. Anak tu.. anak"
"Eleh. Handphone tak lupa. Anak pulak boleh lupa"
Allahu.
Korang.
Kita ni, bila Allah nak jentik hati kita, sekejapan je.
Ce kalo korang accident - mesti kita sendiri tertanya-tanya - cemna bleh jadi camtu, jadi cemni.
Benda dah nak jadi.
Mustahil seorang ibu sengaja tinggalkan anak.
Mustahil seorang ibu mudah terlupa.
Anak. Anak kot. Bukan anak patung ke hapa.
Sudah sudah lah kita menyalahkan ibu nya.
Anak nya itu sebaya dengan Rizq.
Anak seumur 2 tahun yang tengah keletah. Yang buat kita "geram" je ngan keletah dia.
Yang dah faham arahan.
Yang juga dah pandai "arah" kan kita plak (ambik..ambik.. dak Rizq mmg suka cakap ni, suruh ambik toys dia yg jatuh).
Yang dah mula pandai nak makan suap sendiri. Taknak orang suapkan.
Yang dah mula pandai pasang aircond sendiri (Rizq la tu.. masuk bilik ja, da minta remote aircond - nak pasang).
Yang dah boleh di ajak bersembang.
Mesti ibu nya asyik terbayang-bayang.
Allahu.
Dalam kita terbayang bagaimana anak sekecil itu menghadapi jam jam terakhirnya,
cuba kita bayang kan pula rasa ibu nya itu. Esp kaum wanita (not to mention kaum ibu/mak sbb orang tkde anak bukan takde empati - been there, so taknak kata orang takde anak takde perasaan ni). Cuba korang bayangkan kita di tempat ibu tu.
Cuai?
Stress?
Asyik fikir kerja?
Menghadapi hari hari mendatang dengan 1001 satu kekesalan kesalahan.
Ada pula yang menangguk di air yang keruh. Memandai kata ibu ni memang pemalas sbb tak mandikan anak segala (sbb dia tgk anak masih berbaju tidur).
Pulak. Serba tak kena di mata uols, kan?
Kadang memang ada pengasuh yang kata tak payah mandikan anak pagi2. Mmg derang ni mandi di rumah pengasuh. Rizq sendiri, nenek asuh dah kata tak perlu mandikan dulu. Tapi, kalau Rizq da besar sket, memang kiterang akan mandikan lah. Kita pun takde lah nak bagi kat babysitter anak dalam keadaan busuk masam. Pandai pulak kata "ni lah jenis mak2 yang tak tukar pampes anak bila anta anak ke taska" Pandai je kome ni kan.
Kadang memang ada pengasuh yang kata tak payah mandikan anak pagi2. Mmg derang ni mandi di rumah pengasuh. Rizq sendiri, nenek asuh dah kata tak perlu mandikan dulu. Tapi, kalau Rizq da besar sket, memang kiterang akan mandikan lah. Kita pun takde lah nak bagi kat babysitter anak dalam keadaan busuk masam. Pandai pulak kata "ni lah jenis mak2 yang tak tukar pampes anak bila anta anak ke taska" Pandai je kome ni kan.
Rizq memang tak mandi sesiap. Tp diapers nya kami tukar sebelum keluar rumah. Kita basuh muka dia.
So?
Jangan lah kita nak pandai2 buat andaian.
Tak memasal bertambah "saham."
Bila Allah kata nak jadi tu, jadi lah ia.
Mesti kita tertanya tanya.
Mesti kita tertanya tanya.
Cemana ibu langsung tak teringat.
Kenapa takde seorang pun yang lalu lalang di sekitar kereta si ibu yang nampak. Sbb anak 2 tahun dah pandai ketuk2.. da pandai meronta2.
Kenapa tiada pula pengasuh call tanya kenapa tak hantar (which ni mmg nenek asuh Rizq selalu buat. If kita tak hantar, dan sblm 8.30pg tak bagitahu, mesti nenek akan call dulu tanya).
Kenapa si ayah takde nak anta w.app tanya anak cemana ke apa.
Bila fikir ni semua - secara logik sepatut mesti ada salah satu yang akan terjadi - tapi satu pun tak terjadi. Jadi, memang dah suratan.
Allah dah pilih si ibu ni.
Allah pilih hambaNya yang boleh menghadapi ujian dari Dia.
Atau Allah pilih supaya kita mendapat tempat tertinggi di akhirat esuk sekiranya kita bersabar dengan ujian dari Dia.
Asbab anak nya itu lah, boleh menarik ibu nya ke syurga kerana anak itu, tempatnya pasti di syurga.
Ayah dan ibu nya insan terpilih.
Al-Fatihah utk adik Aufa.
Dan letakkan lah empati kita pada kes ini.
Dan letakkan lah empati kita pada kes ini.
Kita doakan mereka dan keluarga mereka sentiasa berada dalam keadaan baik sahaja.