Uols mesti dah pergi Farm In The City (FITC), kan?
Weols je lah baru terkedek2 nak pergi.
Ku sangka kan besar lah tempatnya.
Rupanya dalam sejam pun blh cover.
Ahaha.
Naseb baik lah tiket beli masa Matta Fair. Murah sket.
Okay. Kiterang pegi 10th February 2018.
Tak blh tangguh lagi dah sbb tiket kena redeem before 28 Feb.
Mana masa lagi. Kan?
Dengan cuti CNY lah apa lah.
Ada masa, baik pergi ja.
Keluar dari rumah pun dah pukul 9 lebih. Sampai sana dah nak panas dah. Takde parking dalam dah. Kena lah parking kat luar2 tu.
Nak pergi senang je rupanya.
Ingat kot tah kat memana.
Guna MEX ja. Keluar Seri Kembangan. Sampai traffic lite, ambik kanan - terus je. Nanti nampak Jusco, Pasar Borong, apa semua, pastu ada trafik lite lagi masuk kiri plak. Sampai lah.
Menarik tak FITC ni?
Menarik lah juga. Konsep petting zoo kan.
Anak aiols si Rizq Iskandar kan pencinta hewan.
Makanya dia mmg seronok.
Tapi deme ni kedekut daun la pulak.
Ada kangkung bagi sehelai je.
Mintak lagi ~ siap orang tu kata "yang ni last".
Mau tak mengamuk anak iols. Jenuh nak pujuk.
Ye lah tahu.. aiols tahu, kena gak bagi peluang kat orang lain sama.
Tapi, kalau kedekut pun, jual je lah. RM1 ke, RM2 ke.
Jadi, kalau anak2 uols pencinta haiwan, sila bawa kangkung dari rumah.
Ke takut haiwan ni terlampau kenyang.
Eleh, haiwan ni pun tau lah. Kalau kenyang depa tak makan lah.
Macam kan kami pergi rabbit farm kat Kundasang tu - beli pallete nak bagi arnab tu makan - tapi arnab2 buat muka like "i dun care" ja sbb da kenyang (rolling eyes).
Same goes to masa kami pergi wildlife park kat Perth.
Free je pallete nak bagi kanggaro. Ambil lah banyak mana pun.
Ada kanggaro nak makan, makan. Ada yang taknak, depa buat2 tido ja.
Entah pehapa tah. Nak bagi orang mesra dengan haiwan, petting zoo bagai konsepnya, tapi kedekut nak bagi makanan. Baik tak payah suruh bagi makan. Suruh orang tengok je.
Better lagi kat Safari Park, Bukit Gambang tu. Dia jual carrot dalam cup kecik tu RM5. Walau mahal, tapi anak aiols seronok sgt dapat bg makan rabbit puas puas.
Bukan macam kat sini bercatu bagai.
Kami habiskan masa dalam 2 jam.
Tempat bersih - tak panas.
Itu pun kami break jap beli n makan jagung sambil ditemani ayam2 kat tempat makan tu. Tapi situ ada la macam taik ayam jugak. Not nice sebenar biar ayam2 tu berkeliaran tempat makan, walo nak "hidupkan suasana mesra alam" tu.
Dak Rizq memang sgt seronok.
Ada orang tu suruh pegang ular sawa bola ~ dia dah usha je dari jauh. Rasa kalau suruh pegang mau dia pegang tu. Haha.
Burung antu yg mata bulat tu bleh pusingkan kepala dia 360darjah. Seram uols. Haha. |
Aci tengok gambar je lah.
Utk bagi makan racoon ni uols kena beli pallette dia. Ada mesin. RM2.
Tp kena panjat sket nak bagi.
Comel tau dia makan.
Dia kaup guna tangan dia dari tapak tgn kita.
Alah alah... kuku dia tak panjang pun.
Dan dak Rizq seboleh2 nak bagi gak. Mana nak sampai nak oiiii.
Lepas dah habis, kiterang lepak makan ABC tak halus.
Ada aircond. Duk kejap lepak.
Pastu beli gambar RM22.
Itu je lah.
Settle citer.
Okay lah. Sapa ada anak2 tak takut binatang - boleh pergi. Bagi derang ber mesra2 sket dgn haiwan. Tapi jaga-jaga takut terkena cengkenit ke kutu ayam ke apa ke.
Pastu tangan kena basuh sentiasa. Mmg ada disediakan paip dan air sabun tp better bawa wet tissue jugak.
Seeloknya nak dtg sini bukan hari cuti sekolah lah. Sbb tempat ni bkn lah besar sgt walkway dia. Kalau ramai mesti padat dan jadi tak best. Pastu sebaiknya bawa anak yg dah pandai jalan. Nak bawak stroller tu macam tak berapa nak smooth jln dia.
Pergi weekend biasa je. Tak ramai orang. Cuma ada rombongan budak sekolah je lah.
Terima kasih atas komen anda :)