Ini bukan wish list nak beli barang apa.
Ye lah. Dah jadi mak kertu ni rasa macam takde apa dah barang nak di wish list.
Selain dari rasa menyemak rumah je.
Ada byk menda weh aku beli (online) yg elok tak buka dari kotak lagi.
Salah satu nya - noodle maker.
Haha.
Okeh. Lupakan.
Ini wish list dari dulu lagi.
Iaitu..
Ngeh ngeh ngeh.
Maaf kan lah mak kertu ini.
Dah umur nak masuk 39 tahun baru tahu erti nak belajar swimming.
Mujur lah belum masuk 40 dapat di realisasi kan.
Mak memang suka swim.
Mak memang suka xtvt air.
Tapi, mak tak reti berenang.
Even, orang suruh snorkeling pun takut2.
Failed!
Nak belajar swim. Tapi kena pergi kelas yg rasa macam tak dapat nak commit.
Tapi dream come true bila member tag ada kelas buat kat rumah.
Yey!
Trus je w.app tanya nombor yg tertera samada dah full ke belum.
Naseb belum full.
Mak start belajar on 20hb Januari tu ari.
Ada 4 sesi kelas semuanya.
Mak dah settle 3 kelas. Makna ada satu lagi.
Tapi cikgu kata, kalau ada macam tak pandai je lagi, dia bagi je extra 1 class.
Kena pakai swimming suit and goggle.
Swimming suit memang ada dah. Yang muslimah tu. Tapi goggle takde. Hari 1st kena pinjam goggle cikgu. Tapi lps tu terus pi Sogo - beli goggle and baju swimming yang baru.
Ha. Kat Sogo, brand Ogival n Arena tu pun banyak dah baju renang muslimah.
Ha. Kat Sogo, brand Ogival n Arena tu pun banyak dah baju renang muslimah.
Saiz pun kecik2 ja. Tkde la besar gabak. Harga pun okay ja.
Sangat best okeh.
Cikgu ajar breast stroke technique.
Kami berlima. 3 orang memang residen KSU and 2 orang luar.
Pastu cikgu (coach) nya umur 56 yg mmg master lah berenang.
Memang international qualified teacher.
Cikgu kata kelas sejam setgh tapi kami biasa melarat dkt 3 jam.
Sejuk giler weh.
Dah 3 kali kelas ni, cikgu kata mak okay semua bab tangan, tapi bab kaki masih failed.
So, kena banyak practice lagi.
Baik cikgu.
Apa lah guna rumah ada kolam renang saiz olimpik tapi bila masuk pool tu berjalan dgn kaki. Hahaha.
Mak kena kemaskan lagi stroke tu then mak nak try juga berenang tempat yg mak tak jejak kaki supaya mak bleh berenang kat open sea. Wah. Itu cecita mak tau. Cikgu kata kalau nak pergi belajar tmpt tak jejak kaki, kena pi kat UIA. Okay, dah pandai nanti nak pergi sana lah pulak.
Best juga sbb dapat kenal kawan2 baru.
Yang sama residen tu pun baru kenal. Padahal sorang tu blok mmg sama.
Pastu yang sorang tu - blok C - Doktor kat emergency HKL.
See.. bila ada xtvt ni baru networking kita luas sket.
Kolam renang ni luas dan besar. Tp kami guna hujung ja. |
Sebenarnya mak nak antar Rizq untuk swimming class juga.
Dah deal apa semua dgn coach dari last year.
Tapi, maleh bebeno nak pergi ke tmpt orang tu.
Tgk lah nanti. Kot mak buat kt rumah juga ke cemna.
Carik orang then dapat lah murah sket. Kan?
Oh. Mak belajar swimming dengan Bidadari Ladies Swimming.
Kalau rumah uols ada pool, then uols nak belajar berenang, just contact je no tu. Nanti derang akan iklankan carik orang lagi utk cukupkan.
Fees apa semua blh tanya kat cikgu tu nanti.
Selain dari tu, cikgu ada buat kelas kat Batu 9 Gombak juga.
Best la swimming uols.Suka lah sangat. In love. Hiks :D
Tq Marliza yang tag akak tu ari tau.
2 juta komen
salam ziarah..wah bestnya rumah ada kolam besar..
tapi sy ni memang takkanla belajar swimming.
memang penakut air tahap 7 petala langit.
masuk kolam pun dah terjerit jerit :)
yang masuk kolam renang sambil berjalan tu saya...hehehe..bestnyalah akk dapat belajar berenang.....
Terima kasih atas komen anda :)