Pages

14 November 2017

Drop And Milk Booster

Naa... its not a commercial milkbooster (MB) ya.
Being a bf mom baru lah kita tahu term2 bf ni.
Dulu masa TTC, dgn TTC abbreviation nya.
Seronok, kan?
Allah bagi kita peluang merasa ujian dan nikmat ini.

Ya.
Breastfeeding is not a simple "task" though.
Tapi, as a mother, ini adalah tanggungjawab kita kepada anak kita.
Saya tak mahu bercakap panjang soal ini. Sbb nanti akan membawa kepada kecaman.
Cuma nya, sy perlu tekankan sekali lagi bf bukan hanya selak dan nah..minum.
Ianya ada lah ilmu yang perlu kita belajar.
Saya bersyukur kerana pada awal kelahiran Rizq saya dah masuk support group bf. Banyak ilmu yang dapat. Tahu cemna nak handle ebm, cemna nak pam, cemana nak pam kt office, jadual pam, cemana nak bawa ebm ke babysitter, berapa banyak baby patut minum and so on.

Bila dah tahu, memang kita akan "shift" dari kebiasaan orang lain.
Memang kita akan didesak dari pelbagai pihak.
Memang ramai yang akan kata anak kita tak cukup susu.
Memang ramai yang akan pelik cemna orang "keding" berat tak sampai 45kg boleh fully breastfeeding hingga anaknya berumur 17bulan!
Tapi - betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Sekarang ni lagi mudah. Dah ada lactation consultant (LC), ada breastfeeding peer counselor (PC). Apa2 hal boleh tanya dengan derang ni. Saya pun ada juga PM derang ni. Derang jawab baik je. Jangan risau.
Cuma nya jgn tersilap cari sudah. 
Jangan tatau sy pernah juga beli buku dari somebody. E-book katanya.
Tapi, bila dapat - rasa cam not worth langsung dgn harga. Semua tu boleh dapat kat google. Pulak tu gambar macam copy paste. Rasa cam hoiiii... 
Tapi, nak buat cemna. Sendiri yang silap.
Better lah beli buku betul kat kedai tu. Contoh buku - "kenapa susu saya sikit". Baru berapa ringgit ja. Tu pun dari LC dari tak silap.
Please don't la ebook ebook ni.
Atau google saja - berlambak okeh artikel orang barat pasal breastfeeding ni. 

Mak mertua sehingga kini akan bertanya "banyak susu lagi"
Dan dari dulu jawapan saya "tak la banyak, tapi cukup untuk anak. Alhamdulillah"
Mak mertua saya memang no idea pun cemna kita handle ebm.
Sbb anak2 dia memang tak bf anak derang selepas masuk kerja.
Jadi, mak mertua can't imagine cemna kita pam, berapa banyak dan cemna kita bawa ke rumah babysitter.
Sama macam mak sendiri gak. Cumanya, opah Rizq ni selalu datang rumah. So, dia tgk cemana kita pam, berapa byk dapat kalau pam, cemna nak bawa ke rumah babysitter. 
Memang mak sendiri pun kadang2 suruh top up formula.
Tapi, buat tak tahu saja.
Mereka ni ingat - semakin anak besar - semakin banyak kuantiti susu yang diperlukan.
Tu memang dah termaktub dalam kepala semua orang, kan.
Jadi, sekali lagi betulkan yang biasa - biasakan yang betul.
Real food adalah yang terbaik.
Ya. Me masef pun dulu masa kecik byk minum formula jugak. Dumex. Jangan tak tahu, akak minum botol smpai umo 6 tahun ya. Haha. Dan lps tu akak jadi tak suka susu sampai lah sekarang dah boleh minum dah.

Anak tak cukup kalsium?
Hehe.
Rizq umo 6 bulan dah naik 4 batang gigi.
Badan pun tidak lah kurus. Cuma.. ya.. dia mmg jenis kecik.
Ate kome.. mak pak pun kecik, cemana tetiba anak nak beso. Kan?
Tapi, khasiat susu ibu tu tak dapat dinafikan.
Alhamdulillah, immune system Rizq baik. Masa bawah umo setahun dia jarang demam. Kalau ada pun yg mild2 ja. Bawa klinik, dalam 2 hari, Alhamdulillah baik.
Masuk sethn, dia pernah demam sbb tonsil bengkak. Tapi, masa tu dia still ada selera makan dan menyusu. Tu pun dalam 2,3 hari settle. Makin dia membesar, dia perlu lebih banyak nutrisi utk bina immune dia. Sebab tu real food yang berkhasiat penting utk dia. Bukan susu formula.


Eh. Sebenarnya nak citer pasal susu drop.
Ke lain plak halanya.
Semua mak mak bf mmg ada fasa drop ni.
Saya pun ada lah 2,3x gak mengalami.
Tapi, kali ni mmg agak getir. Sbb stok ebm frozen dah tinggal 2,3 ketui ja.
Takut dak??
Dulu wat lek wat pis sbb stock ada.

Ya. Walau yield saya tak banyak, tp stock frozen saya mmg sentiasa ada. In fact, pernah bagi anak kawan yang nak susu. Bukan byk, cukup sekadar sekali kenyang. Bukan utk dijadikan anak susuan. Pernah beberapa kali juga curahkan susu ke pokok sbb stock expired.

Dan sy juga tak penah amalkan milkbooster utk maintain yield.
Jadi, cemana maintain?
Positif.
Nak kata saya makan byk, no.. sy bukan jenis pemakan.
Tapi, minum air is a must. Sehari di office mesti akan abis 2liter.
Cuma, bila drop ada juga sy makan lactation cookies (beli). Tapi tak nampak berkesan sgt pun.
Dan paling penting utk maintain adalah jadual pam.
Utk ibu bekerja jadual pam mesti konsisten. Kalau tidak .. yes.. memang akan kecundang.
Hey! Nak yang terbaik utk anak mesti usaha sket kan. Tak boleh la malas2.
Kt office, saya dan sorang lagi mommy yg masih mengepam. Jadi lah, buat kawan kan.
Tak susah pun. Amik masa 20minit ja. 
Utk ini saya ucapkan terima kasih utk boss yang memahami (boss sy lelaki yach.. hehe), then anak2 buah saya yg selalu back up. Kadang smpai ke tempat pam derang cari "kak..bos panggil"
Alhamdulillah lah, tempat kerja saya flexible.
Jadi, pada yg tempat kerjanya mudah utk pam, ambil lah peluang. Rugi nya kalau taknak pam. Rugi. Rugi.
Kat support grup tu, ada yg kerja tol pun mengepam. Askar pun mengepam. Nurse. Cikgu. Yang kerja kat pelantar pun usung pam tau.
So.. mereka ini lah menjadi sumber semangat saya.
Kalau derang yg kerja lagi susah, kenapa saya yg kerja office hour, ada tempat selesa (walau bukan bilik khas) cari alasan nak bagi anak FM.

Okay.
Dah panjang lebar berbicara tentang ni.
Saya nak cakap sesuatu - memang susah nak telan - memang akan mengundang kecaman - tapi percaya lah - seorang ibu mustahil tak boleh untuk menghasilkan susu untuk anaknya (unless memang dah di diagnose oleh doktor). Permulaan memang kita rasa susu kita sikit, tapi yg sikit itu lah keperluan anak. Saya sendiri pada awal nya ada campur formula, tapi sebaik saja anak berusia 30 hari, tiada lagi susu lain yang dia minum selain susu ibu nya. Utk hasilkan susu, kita perlu stimulate. Sucking dari anak lah stimulation paling terbaik. Masa anak 3,4 bulan, saya sendiri pernah fikir, tetiba kang susu tetiba takde cemna. Ish. Itu mustahil. Selagi ada demand, selagi itu lah ada supply. Prinsip dia mudah - bila anak dgn kita - direct bf. Bila anak takde dgn kita - pam. Itu lah konsep stimulation. 

Tapi takpe. Semua ibu pun perlu yang terbaik untuk anak.
No. Jangan silap faham. Saya tak pernah memandang rendah pada ibu yang memberi formula milk pada anak2. Dan saya tak pernah kata formula milk itu tak elok. 
Kalau nak tahu, anak susu ibu ni tend to dapat anemia atau HB Low which is jarang berlaku pada anak yang minum formula :)

Cumanya, anugerah Allah ini paling terbaik.
Usahakan untuk memberikan yang terbaik untuk anak.
Gagal kali pertama tak bermaksud gagal untuk selamanya.
Nak tahu kenapa saya maintain kurus dan lebih kurus dari dulu - rahsianya - breastfeeding. Makan lah banyak mana, lemak apa pun, semua akan jadi minuman utk anak kita.
Nak kurus?? - breastfeeding lah anak sehingga 2 tahun. Hehee :D

Till then, nanti kita jumpa lagi untuk cerita2 breastfeeding ni.
Ya. Saya memang suka ilmu baru ini. Satu keseronokan dan rezeki dari Allah yang tak semua orang berpeluang. 
Saya dapat peluang itu. Dan saya perlu hargainya. 
Ya, saya pernah tiada zuriat selama 7 tahun. Tapi bila diberikan zuriat, saya dapat fully breastfeeding anak saya sehingga kini, umurnya 17bulan. Dan InsyaAllah sehingga 2 tahun. 
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas peluang ini. 

Link rujukan untuk susu yang tetiba drop : 

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign