Apa itu LDR?
Mak mak bf sure tahu lah term ni, kan.
Ye lah, dulu masa jadi TTC'ian, pun byk term nak kena tahu.
Now, jadi mak (fully) bf pun, ada juga term2 yg digunapakai.
LDR is stand for Let Down Reflect.
Apa ke benda nya tu? Secara ringkas LDR ni adalah satu keadaan di mana susu kita turun mencurah2. Kalau yg biasa pam tu, masa nak LDR tu, kita dapat rasa macam nyeri je... ha lepas tu cam ayo terojun jadinya. Itu lah momen paling heaven dalam menge-pam. LDR lah punca untuk susu kita jadi banyak. Hormon yang membantu LDR ni turun dinamakan oxytocin.
Bagi mak mak mengepam ni, LDR ni paling dinantikan.
Kalau direct feed takde problem. Sbb sucking baby tu akan stimulate. Memang no prob at all lah orang kata tu. Biasanya kalau direct feed, bila LDR ni one side lagi akan menitik juga.
Dia akan jadi prob nak ada LDR ni utk mak mak mengepam. Aduh.. susah hati kalau LDR tak datang. Nak taknak memang kena ada LDR, baru hasil lumayan.
Bila nak ada LDR, kena ada oxytocin.
Nak ada oxytocin perlukan ketenangan.
Tu yang orang kata, tgk gambar anak, tgk video anak utk merembeskan hormon oxytocin.
Peringkat awal, masa baby baru newborn, atau masih dalam pantang, memang hormon kita tinggi lagi. Tak payah pikir2 pun, dia laju je. Once, Rizq Iskandar pernah reject one side sbb side tu dia tak bleh control. But now, side tu lah membantu utk mencukupkan keperluan dia sewaktu pam. Huhu.
Masuk peringkat umo 5,6 bulan, seterusnya dah masuk 1 tahun umur baby, hormon mula berkurangan.
Mula lah kita fikir susu tak cukup.
Okay, berkenaan susu tak banyak, susu tak cukup ni, nak taknak memang kita kena jaga makan. Dan perlu makan. Mak mak menyusu memang kena makan. Walau tak suka makan macam akak ni, tetap kena paksa makan. Itu je cara nya. Makan dan minum air secukupnya. Kalau minum saja pun tak boleh. Kena makan. Nasik terutamanya. Dan sayur2 hijau. Sawi, sangat membantu utk memekat susu. Kakak pun susu takde lah pekat sgt. Kakak tgk kat grup2 tu, siap jadi yogurt susu depa ni. Amboi aih. Kakak tak pernah dapat gitu. Tapi, kakak sangat yakin yang susu kakak membantu meningkat immune Rizq Iskandar. Itu kakak yakin. Alhamdulillah.
Okay. Kakak pun ada berdepan dengan situasi susu drop.
Semua mak mak menyusu pun ada rasanya situasi ni.
Rasa sedih, rasa risau semua lah ada.
Tapi, kakak malas nak fikir sangat. Naseb juga kakak ada stock frozen. Tapi, biasanya stock frozen kakak tak usik unless dah emergency sangat. Biasa stock chiller (susu yang tidak dibekukan - susu ebm boleh disimpan dalam chiller dan tahan 5 hari utk peti ais 2 pintu) memang ada. Tapi, masa Rizq Iskandar nak masuk setahun, stock chiller licin. Maknanya, setiap hari kakak guna chiller tu. Kakak terpaksa guna frozen. Bekalan Rizq Iskandar tak tinggi selepas dia makan. Kakak bagi pengasuh 4 botol x 3 oz setiap hari. Tapi, itu pun kakak tak dapat supply dengan stock chiller.
Kakak ingat sbb pam. Hantar motor pam pergi service. Dapat pam ganti, pun camtu gak.
Kakak dah minum. Kakak dah makan kurma, kakak dah minum susu kurma.
Why?
Buntu dah ni.
Tapi entah cemana, diilhamkan Allah utk sesuatu.
Kakak tergerak hati untuk buka zikir munajat di Youtube.
3 hari berturut2 masa pam kakak dengar zikir tu ikut sama bermunajat.
Dan Alhamdulillah. Susu kembali ke asal.
Kalau sebelum tu, dapat 2,3 oz je satu sesi, tapi lepas bermunajat, dapat kembali 4-5oz. Dan pernah up to 6oz.
Ya Allah.. nikmat mana yang kau dustakan.
Kadang kita terlalai, kita terleka.
Sebenarnya hati kita yang tak tenang.
Hati yang tenang hanya datang dari mengingati Allah.
Itu janji Allah untuk kita.
Kita je terkhilaf.
Kakak lah tu. Setiap kali pam asyik lah scroll FB, scroll IG.
Betapa ruginya masa 20minit tu hanya buat benda tak berfaedah.
Lebih baik lah berzikir.
Seterusnya masa bulan puasa ni kakak baca Al Quran sambil pam.
And yes. Itu lah janji Allah utk kita.
Dengan ayatNya memang hati kita tenang.
Kakak ada share ni kat grup bfmembers.
Dan pertama kali post kakak tu dapat likers yang tinggi. Huhu.
Heharap tips ni dapat membantu ibu ibu yang mencari tips untuk banyakkan susu.
Kita tak perlu susu yang banyak sebenarnya. Kita perlukan susu yang cukup untuk anak kita. Banyak kang, takut ter expired. Cukuplah jika dapat menampung keperluan anak kita. Sehingga umurnya 2 tahun.
Susu kita ada. Tapi biasanya susah nak keluar.
Kakak memang selalu ada rasa camtu. Esp kalau tgh terkejar2. Cam ari tu ada interview tu. Turun jap pam - pun mmg tak dapat byk. Sbb kita tgh kelam kabut. Dia mmg kena tenang2 je.
Bila tenang, LDR pun datang.
Bila membaca Al Quran memang kerap LDR datang.
LDR tu lah yang bantu susu keluar dan cukup utk bekalan anak.
Alhamdulillah.
Sehingga ini Alhamdulillah, susu untuk Rizq masih cukup. Terima kasih atas rezeki dan kurniaan ini Ya Allah.
Tips utk susu masih ada sehingga setahun - jaga waktu pam. Itu saja. Dan konsisten pam. Dan selebihnya makan - dan hati kena tenang.
Semoga kawan2 juga akan beroleh rezeki ini.
Rizq Iskandar - anak susu ibu, walau kecil badannya, tapi antibodinya kuat. Kali terakhir demam dan batuk ketika usia 5 bulan. Jarang kena selsema yang teruk. Cepat baik. Tak pernah demam kalau tumbuh gigi dan selepas cucuk vaksin.
Jadi, nikmat mana yang kau dustakan :)
Jadi, nikmat mana yang kau dustakan :)
Antara tips utk LDR ;
LINK
LINK
Terima kasih atas komen anda :)