Pages

22 May 2017

My Precious Rizq III - Bersalin di UKMSC

[My Precious Rizq I]
[My Precious Rizq II]

Hehe.
Hari ni genap setahun Rizq Iskandar mengikut bulan Islam.
Setahun baru nak publish cerita ni.
Kena publish. Sbb ini adalah sejarah hidup :D

Minggu 38.
1 Jun 2016. Rabu.
Bersamaan 25 Syaaban 1437H (lagi 4 hari nak puasa).
Tarikh bersejarah.

Why elective ceaser?
Mesti semua orang akan tanya.
Atas nasihat gynea, dia kata go for ELCS. Kerana pernah buat laparoskopi utk cyst tahun 2013 dulu. Takut ada side effect kalau bersalin secara normal.
Dan pernah juga pergi check up di Hosp Tunku Azizah, Setapak. Jumpa Doc Zana. Dia kata memang kalau TTC'ian yg dah lama, mereka advise utk ELCS utk kurangkan risiko. Ini adalah Precious Pregnancy.

Jadi,
Setuju je lah.
Makanya, kita boleh pilih date.
Due date sebenar 16.6.16.
Tapi, bila dah ELCS, kami pilih 1.6.16. Memula doktor nak bagi 6.6.16. Kami takmo sbb itu 1st day puasa. Macam kelam kabut pula rasa (tapi, mmg kelam kabut juga lepas tu sbb 6.6.16 tu baby Rizq admitted HKL sbb jaundice. Huhu).

Pagi pagi dah gerak ke UKMSC.
Doc kata masuk OT jam 8.30.
Sampai je kaunter terus selesaikan semua urusan berkaitan wad apa semua, tup2 depa suruh masuk wad cepat2 sbb OT dah ready.
Hah!
Berdebar nya.
Masuk wad, tukar baju apa semua, nurse cucuk apa tu yg kat tangan tu. Dah la cucuk sebelah tak dapat, cucuk lagi sebelah. Aiyo.
Lepas tu dibawa turun. Dah la nurse macam tak cukup sbb ada patient lain juga ditolak. Last2 myDH tolak stretcher. Aih. Pening lah naik stretcher ni. 
Bilik OT memang guna bilik OT hospital PPUKM juga lah.
Cuma nya orang citer2, kalau kita patient PPUKM, ramai lah para doktor pelatih ni akan datang tanya2 kita. Tapi kalau kita ni patient dari tingkat 7 - UKMSC. Takde orang ganggu :)

Sampai tingkat 1, pakar bius datang.
Kenal kan diri dia, tanya itu ini. Tanya alergi apa apa ke.
Jam 9 masuk OT.
Kena bius half. 
Makanya sedar lah apa yg berlaku.

Oh ya. Oleh kerana ELCS, myDH boleh masuk bersama.
Dia pun tukar baju pakai cap apa semua macam doktor2 nak bedah tu jugak.
Hihi.
Doc suruh dia duduk kt bhgn kepala.
Jadi, dia nampak lah juga apa terjadi.
Doc tunjuk itu ini kat dia.
Sayangnya masa tu tak bwk phone pun nak rekod or ambik gmbr.
Rugi je. Entah la. Lupa. Kalau tak, mintak kebenaran kat doc kan. Hurm.

Perut digodek2. Boleh la nak tgk ikut lampu atas kepala tu.
Tapi, idak lah weh.
Ku tgk jam je.
Dalam 20 minit settle.
Jam 9.30 gitu baby keluar.
3.04kg.
Dia nangis ehek ehek gitu ja. Haha.

Pastu myDH terus azankan.
Alhamdulillah.. terima kasih Allah.

Fresh From Oven.
Ayahnya kata - keluar2 tgk muka sebeso pinggan.
Hehe.

Settle semua tu, rasa sejuk giler. Depa letakkan kat satu ruang. Selimutkan bagi panas. Ada rasa pening2 sket. Then lps tu ditolak ke atas semula. Oh, nurse letakkan baby kat sebelah masa naik tu. Tapi, masa nak ke lif nak naik atas tu kena lalu laluan orang ramai. So, orang tgk je lah kita ditolak.

Duduk di Wad Baldu.
Selesa amat lah weh. 
Ini lah yg ai perlukan. Sbb nak rasa duduk macam kt hotel. Sunyi, selesa, sejuk.
Orang boleh datang melawat bebila masa.
Husband boleh temankan waktu malam.
Mak tak larat jalan, jadi kena amik wheelchair. Bila amik wheelchair ni pun, myDH kata mudah ja sbb bagitahu nama nati dia akan keluar kita register kat UKMSC. So, derang pun takde hal nak bagi wheelchair walau bukan patient.
Nak balik pun, nurse tolak wheelchair and bawak turun bawah n tunggu sampai lah kereta yg ambik kita datang.
Kerana ini lah juga ai tak kesah pun bayar sket. Ai takde insurans yg boleh cover maternity ni. Memang semua paid by myself lah jawabnya
Ada orang kata "sakit bersalin sama je, bakpe nak bayar lebih2"
Sakit memang sama kak oii.. 
Tahap selesa tu tak sama kak. Ko try la tanya pengalaman orang bersalin kat HKL tu. Masa Rizq jaundice, aku memang sembang2 ngan ibu ibu lain. Haaa... dengar la citer derang yang bersalin kat HKL tu.
Dan kalau ada rezeki lagi lepas ni memang aku akan cari hosp private juga lah walau pun di hospital govt layak kelas pertama. Kelas pertama punnnn.. kau ingat available sentiasa ke. Penuh manjang lah. Kalau HKL tu kelas pertama, mmg bilik asing. Tapi bilik air share juga. Hiwhiwhiw.
Tapi lepas ni HKL dah ada FPP. Boleh consider juga lah since FPP pun macam pvte n bayar tak semahal pvte :)

Wad ni okay. Puas hati.
Makan tu.. tak berapa sangat lah. Tapi, boleh la. Lagipun orang pantang manade nak makan sgt kan.
Nurse pun okay. Kul 3 pagi ai tekan loceng pun derang dtg. Masa tu nak suruh dia ajar bf baby. Hihi.
Pepagi derang akan dtg kul 5pagi utk ambil baby dan mandikan.
Sampai kat kita dah siap lawa dah :)

Puding roti breakfast hari last nak balik tu.
My DH tido kat couch tu.



Keadaan bilik.

Bilik air

Selesa utk bf baby.
toiletries yang disediakan

Duduk di wad 2 malam.
Hari Jumaat tu doktor dah bagi balik. 
Cumanya baby kena check jaundice. Jadi, lewat sket keluar sbb nak tahu result. Baby macam ada jaundice tapi boleh keluar. Alhamdulillah.
Petang jumaat tu kami keluar dan status FB hari tu - "welcome home Rizq Iskandar"

Ini lah pengalaman bersalin di UKMSC. Total bil utk ELCS n wad 3 hari 2 malam adalah 7k (-+).
Oleh kerana elective ceaser, ai takde lah pengalaman mengerikan.
If emergency ceaser, yerp, mungkin agak ngeri kot.
Alhamdulillah semuanya okay.
Penjagaan ceaser pun okay je. Maybe sbb ada experience buat laps, so, boleh apply sket2.
So, lepas ni story berkaitan pengalaman di HKL pula sbb babyRizq kena jaundice sampai warded (T___T).

6 juta komen

how time flies kan...cepat je dah nak setahun berlalu...

satu pengalamman yang sgt berharga...dan alhamdulillah syukur ke hadratNya...dan semoga ida dapat menjadi ibu yg baik kepada baby rizq

ST :
Yer.. sekejap je dah jadi toddler dah :D

AZRINE :
Tq.. memang berusaha menjadi terbaik utk kurniaan Allah yang satu ini :)

Assalamualaikum ida...Alhamdulillah....finally jumpa juga blog ida...baru2 teringat mana la puan stoberi lama tak dengar khabar berita..tak perasan link blog dah bertukar....follow dan silent reader ida since 2014 sebab saya pun TTC juga....tapi suddenly lepas ida p umrah tak dapat update ape2 n fikir mungkin ida nak berehat dari blog....and finally tau dah ada babyRizq...Allahuakbar...terharu sangat baca2 semula blog ida....since jumpa tadi tak dapat move on lagi...masih membaca..tapi excited juga nak sampaikan salam tahniah...Doakan untuk ila dan suami juga ya..masih lagi TTC...n tika dan saat ini 6 tahun 11 bulan dan 4 hari..hihi...tapi kami dah ada sorang peneman duka dan lara kurniaan Illahi.(adopt)...Aisy Irfan Rizqin namanya...pun baru 1tahun 3 bulan..doakan kami ye ida....ok la, nak sambung baca..hihi
Salam penuh kerinduan,
Silent reader puanstoberi,
-ila-

FAZILAH AMAT :
Waalaikumsalam :)
HIhi.
Kalau tgk kat blog lama tu ada link ke blog ni.
Terima kasih kerana masih sudi keep in touch :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign