Pages

17 February 2017

Tahniah Tuan Zahir!

Ni pun, kalau tak jot down, memang tak ter cerita.
Ini salah satu memori dalam famili. So, kena pahatkan dalam blog jugak.
Sekarang ni blog dah mandom kan.
Semua orang pun macam dah tak update.
Hihi.
Takpe, walau cemna pun, ai akan update juga.
Sbb, kat sini lah boleh simpan sedikit sebanyak kenangan kita.

So.
Ini cerita 4 Februari yang lepas.
Anak buah dah tamat latihan polis.
Memula tu kami cam nak pegi ke taknak pegi.
Sbb event tu start pagi.
Takde masalah utk kaptenRizq sbb beliau mmg morning person.
Bangkit awai walo ari cuti.
So, dia kui 6 dah bangun.
Bila dia dah bangun, kiterang decide pegi je lah.

Mandikan dia, siap2 dia, baru kiterang mandi.
Kul 7 keluar rumah.
Smpai jalan semarak tu dah jammed.
Tambahan plak jalan tgh dok construction.

Masuk je kawasan Pulapol tu, nampak parking dah takde.
Alamak, cemana ni.
Kakak bakal inspektor ni plak dari Puchong. Lepas subuh baru gerak. Lagi lambat.

Kite gerak gerak juga lah ikut flow kereta yg banyak2 tu.
Tup tup ada polis ni buka laluan utk buat parking.
Rezeki kami lah (mmg selalu lah gini, rezeki si Rizq ni sebenarnya ni).

Tak lah jauh sgt nak jalan kaki. Alhamdulillah.
Time ni tak panas lagi. Belum pukul 8.
Tapi, khemah dah penuh.
Bakal bakal inspektor pun dah beratur menanti ketibaan VVIP derang.
















Jadi, kami duk luar khemah.
Kang kat dalam berkuap.
Dak Rizq okay ja.
Smpai lah masa dia nak tido n feeding.
Sbb mmg dia bangun awai, tapi dia akan tido balik dalam kul 7pg camtu.
Naseb baik juga tempat kami lepak tu ada bangunan. Bawah tu ada surau pulak. Cun sesangat lah kan. Ada kipas apa semua.

Walau pagi, tapi tetap panas.
Ada sorang dah jatuh pengsan masa nyanyi lagu negara ku.
Dia cam pitam kot.
Lps tu dia boleh bangun balik. And sambung nyanyi. Hihi.
Aku cam, eh dia ni buat gimmick ke apa ni. Hehe.

Dah nak settle baru jumpa anak buah lagi sorang tu.
Kami je lah yang pergi pun.
Kakak ai, iaitu mak kepada anak2 buah ni, tak sihat.
Tu yang ai pun cam kesian juga, dah la mak dia tk dpt dtg kan. So, kami lah wakil.
Oh. Tunang dia pun ada. Tunang pun inspektor juga.
Nak kawen bulan 4 ni. Naseb la dok kena posting jauh2.
Depa dua ni dulu ambik course engineering. Entah kenapa minat polis entah.
Takpe lah. Ada lah yang ikut jejak arwah atok depa yg join badan beruniform.
Atok depa ni dulu askar.
Nanti ada kaptenRizq nak jadi pilot TUDM lak. Eh! 


Okay lah. Bukan senang nak masuk Pulapol ni kan.
Dan rupanya, baru kami tahu Pulapol ni boleh tembus Titiwangsa.
Mueheheh.
Mana tahu, bukan selalu masuk dalam tu. Kan?
Kalau tahu, baik masuk ikut situ ja. Hihi.

Tahniah inspektor.
Sekarang dah posting pun.
Jauh.
Jauh dari famili.
Jauh dari tunang.

Takpe. 
Tabah kan hati.
Sekarang amanah negara terpikul di bahu mu.
Doa dari kami sentiasa mengiringi setiap langkah mu di sana.


Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign