"Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantinkan"
Antara petikan PP Bil 11 Tahun 2016.
Sebelum ni cuti kuarantin utk pegawai sahaja. Tapi sekarang telah dipanjangkan untuk anak yang sakit juga.
Pegawai yang layak - ibu dan bapa sah
(So, kira mak n ayah layak utk ambil cuti kuarantin ni)
Tempoh - 5 hari bagi setiap kes
(kalau mak ayah dua2 kerja govt mungkin ada kelebihan di situ. Harap jangan disalah guna pula.)
Umur anak - bawah 18 tahun, dan 21 tahun jika masih belajar. Tidak ada had umur bagi anak OKU yang OKU sebelum umur 21 tahun.
Senarai penyakit yang layak -
*HFMD
*Demam denggi dan Demam Denggi Berdarah
*Campak
*Chickenpox
*Difteria
*Malaria
Kesemua cuti ini perlu mendapat perakuan pegawai perubatan kerajaan atau pun swasta.
Tarikh kuatkuasa - 1.1.2017.
Bacaan lanjut :
Terima kasih atas komen anda :)