Kihkihkih.
Tetiba terus saya setuju.
Dah kenapa?
Semalam dah share kat FB.
Hari ni nak share kat blog plak.
Sbb rasa setuju sangat.
Sila baca artikel ini.
Hihi.
Kelakar tau bila baca.
Aje nye iyer pun.
Ramai nau share citer gi sana gi sini dengan beberapa ringgit sahaja.
Pegi Maldives dalam 2ratus pun ada kalau tak silap.
Hehe.
Mungkin ada yg betul dapat harga camtu.
Tapi, memang bukan mudah lah.
Dengan dapat tiket harga singgit setengah gak nya. Yang kena bersengkang mata tgh2 malam nak rebut harga murah tu.
Pastu kena usung segala makanan.
Kalau aku, memang aku surrender awal2 lah.
Takpe lah, kau pergi lah Zimbabwe tu dengan bajet seratus tu.
Sebenarnya percutian ni, tak kira lah dalam ke, luar negara ke, yang peri penting adalah keselesaan kita. Mungkin pada setgh orang - cara dia buat - dgn dapat murah tu - dia selesa. Tapi, mungkin tidak pada kita.
Jadi, tak perlu kita teruja sangat lah.
Tapi, ini tidak bermakna aku jenis pergi travel mewah.
Boleh tgk setiap entry travel aku. Jenis sederhana. Tidak mewah, tidak terlalu bajet smpai usung satu beg penuh makanan.
Kami pun kalau ke luar negara tu, takde lah asyik nak makan je. Being me yg tak kesah bab makan, makan sekali sehari pun takpe. Selain dari tu, alas perut pun okay. Makan choc energy bar tu, makan buah etc etc.
Macam kat Perth - kami gi restoran masakan Msia - sekali sehari - selebihnya makan roti, makan buah.
Macam kat Hongkong - pun pergi restoran Halal sekali - selebihnya makan roti (ha, roti ni mmg bawak dari Msia. Hehe)
Tentang hotel pulak - memang agak berkira sebenarnya. Kalau boleh memang nak dok hotel. Tapi hotel tak semestinya yg 5 bintang segala. At least ada bilik air sendiri. Macam kat hongkong tu, nak solat pun atas katil. Tidak untuk share bilik air (dah kena masa sewa Msian Hall Perth - dan mmg takmo dah la repeat gitu - susah..susah).
Sekarang dah ada anak. Tak tahu lah cemna. Yang pasti bajet harus bertambah. Kalau dia dah makan tak tahu la kena usung apa pulak kan. Tapi, utk waktu terdekat ni takde lah nak pergi jauh2. Kita try yg dekat2 je dulu.
Bak kata penulis tu :
Aku balik Sabak Bernam pun pergi balik minyak dah capai RM100! Tapi kau ke Burkina Faso hanya berbekalkan RM250? Sila meninggal!!
Haha.
p/s : Lama dah tak travel. Memang hati ni melonjak2 nak pergi. Tapi, utk permulaan kita kena try n error dulu. Dan untuk kali pertama, 5hb ni nak bawak kaptenrizq pergi hotel. Heharap okay lah kapten sorang tu. Kalau lulus then boleh pergi jauh sket dan boleh riki tiket dah. Haha.
6 juta komen
setujuuu juge!yg nmpk murah tu kos yg jelas 'mungkin', hidden kos mesti ade punye yg xdiambil kire..tapi mmg susahhhh la nak dpt bajet murahh sgttt g overC ni dgn harga mcm cuti2 local...
ape2pun rezeki dan keselesaan masing2 nak travel mcm mana..jnji gumbira dan enjoy kan!
alaaa...nk itutt kapten p cuti2an;)
saya pun setuju....nak balik KL pun belanjanya lebih rm300....ni kan nak ke luar negara....rm200++ jer.....elok sangat ayat...sila meninggal tu utk orang itu.....ahahahaa.....adoiyaiii.....[sambil menahan ketawa]
ahahaha, sila meninggal terus. aduh kelakar...
kita nak blk Jhr pun mengumpul bajet, pergi blk mahunya cecah rm300.
tangki myk besaq, belanja trio lagi, apatah laie nak poie jejauh...
boleh punya travel dgn kaptenrizq. mesti dia behave je.
tapiii kita dulu, arrizqi da 3 thn kot, baru lah 1st time poie holiday, Cameron je... sblm2 tu memerap je la kat rmh, sbb dorg tgh sama2 membesar, drpd kejadian tak diingini berlaku kat luar sana, ddk rmh sajalah. hiii...
Jom jom..ikut kapten pi cuticuti.. hikhik
ALIA :
Itu lah pasal.. ye ye je gi sana sini murah. pastu nati ada la orang akan teruja. huhu..
CHA :
Sekarang minyak dah naik rega lagi lah mahai bajet nya kan.
Tak tahu cemna ni nak bawak kapten nih. Moga2 behave lah beliau :D
Terima kasih atas komen anda :)