Pages

28 October 2015

Bajet 2016

Oh. Lupa belum cerita rupanya pasal bajet yer.
Bila Nina Dessert of Life buat entry, baru ai teringat.
Sebenarnya, tak ada apa pun nak di story kan.
Sama je lebih kurang. Next year pun itu itu juga, last year pun itu itu juga.
Takpe lah. Meh kita list sket apa yg berkaitan.

Khususnya untuk penjawat awam lah (sbb ai penjawat awam. Dan lepas tu biasanya mmg ada terlibat dengan HR juga. So, nak taknak ai kena gak lah ambik tahu. If not, ai pun tak amik kesah. Hehe)

Antaranya :
*Penetapan gaji asas minimum - RM1,200.00
(banyak tu yer, ahkak dulu mula dgn gred 27 di tahun 2004 dengan gaji asas RM1,176.00 ye adik adik. Tu kira permulaan gaji diploma. 
Sekarang kelayakan akademi paling rendah is PMR (UPSR takde dah sekarang), which bermula gred 11 dan gaji RM1,200.00. Sila bersyukur)

*Menambah baik 252 skim perkhidmatan 
(masih tak tahu skim apa. Last year pun kata ada. Tapi hingga sekarang masih belum nampak apa-apa. Bagus jugak, kalau tak, ai and team yang akan tunggang langgang terlibat secara langsung)

*Kadar pencen minimum RM950.00
(kalau tak silap yg ini untuk orang yg pencen wajib. Rasanya lah. Untuk yang pencen secara pilihan (option pencen awal), takde rasanya. Takpe. Nanti tgk pekeliling)

*Faedah pemindahan gaji bersaman satu kenaikan gaji tahunan (1KGT).
(Oh. Thank u lah yang ini. Tak nak komen apa apa. KGT ai adalah pada April. Jadi, next year ai akan naik gaji pada April dan juga Julai. Alhamdulillah. Rezeki)

*Pegawai Contract Of Service lebih 15 tahun dapat serap tetap.
(yang ni office weols takde. So, tak berapa berkaitan).

*Bonus RM500
(yang ni takyah komen lah).

Macam lelain story, BRIM apa semua tu, maleh ai nak citer. Lari lari tutup telinga.

Tu hari ai tak pasan, kat web JPA pun ada suruh hantar cadangan untuk bajet ni juga. Kira cam apa cadangan dari penjawat awam. 
Takpe, next year ai nak hantar cadangan.
Ai nak cadangkan supaya penjawat awam yang buat Fertility Treatment di private pun boleh claim (now di LPPKN sahaja yang boleh claim), tapi tertakluk lah kepada satu satu amaun.
Cadangan saya : Misal kata (misal  kata bermaksud contohnya) buleh claim sehingga RM2,000.00 sahaja. Selebih nya kena tanggung sendiri. Ini adalah cadangan sahaja. Takkan jumpa dan takkan dengar dan takkan dapat kat memana pekeliling. Cadangan utk bajet tahun depan ke next next year ke. Cadangan yer.. Cadangan.. (saya cadang utk letak certain amount sbb taknak lah membebankan govt juga kan. Saya treatment under KL Fertility skrg and kos IUI yang telah dibayar adalah lebih kurang 5k. Dan kawan saya buat ICSI di situ adalah lebih kurang 20k. Takkan nak suruh govt tanggung semua kan. At least, sedikit pun tak mengapalah. Cadangan saya.. cadangan.. belum termaktub kat memana ni tau. Jangan hangpa pi tanya kat JPA plak sbb kata ada baca dalam blog ni. Saya tulih tu cadangan tau).

Ai dah rasa perit getir membayar secara cash utk fertility treatment di private ni jadi ai nak bantu adik adik yang akan datang ni pula. Mana tahu, ada rezeki boleh dapat. 
Lagipun Pekeliling Kemudahan Perubatan ni pun dah lama juga ni (PP Bil 21 Tahun 2009). At least, dah boleh di tambah baik.

Macam Dessert Of Life dia cadangkan dapat pengecualian cukai utk fertility treatment. Takpe, walau tak dipertimbangkan lagi, tapi mungkin akan dipertimbangkan next time.
Jadi, ai pun nak bantu penjawat awam lain yg nak buat fertility treatment di private. Sbb private prosedurnya cepat. Tidak lah mengganggu urusan kerja kita. Tak perlu asyik ambik cuti dan time slip.

Apa pun, ini rezeki kita.
Bak kata Nina, rezeki itu datangnya dari Allah.
Jangan ragu, jangan gusar.



3 juta komen

tak pernah lak dengar pasal had claim RM2,000. Sepanjang buat treatment di lppkn, IUI boleh full claim (ubat, check up dan prosedur). Utk IVF/ICSI boleh claim ubat, blood test dan check up. Kos prosedur tak boleh claim. Masa buat ivf/icsi kos ubat sahaja melebihi RM2,000...Alhamdullilah boleh claim.

Sokong untuk kos fertiliti di hospital swasta di beri pelepasan. Kerajaan belum bagi sebab belum ada kaedah untuk pelaksanaan. (nak control yang benar2 layak sahaja yang claim) - pandangan peribadi sahaja.

CIKPUANTIPAH :

Memang lah tak pernah dengar sbb itu baru saya nak cadangkan. Silap pemahaman kot ni yer.. hihi.. tak mengapa.

Saya dah buat 3 tempat - LPPKN, Dr Hamid and now under treatment dengan KL Fertility Centre - seme pun mmg tak boleh claim (LPPKN memang boleh, tapi saya tak abis buat treatment, jadi tak dapat la claim.. huhu.. salah sendiri.. tapi tak kesah lah pun).

Cadangan tu.. cadangan yg saya tulis tu.. sbb tu tak pernah dgr.
Utk refer pasal claim claim ni kena masuk Pekeliling yang saya tulis tu. Situ ada seme, bukan shj untuk fertility tapi juga utk kemudahan perubatan yang lelain.

Harap maaf kerana mengelirukan ;P

bagus! bila banyak demand utk mintak turunkan sedikit bebanan TTCian ni, mungkin baru govt nak tengok kot...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign