Pages

27 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : Makkah (Umrah dan Masjidil Haram)

Waktu solat dan perbezaan waktu
Perbezaan waktu Malaysia dan Mekah/Madinah adalah 5jam. Maknanya waktu di Mekah/Madinah lewat 5 jam dari waktu Malaysia. Katakan kat sini 10pagi, kat sana baru 5pagi. Tetapi, waktu solat dia pula cepat 1jam dari kita. Contoh kat sini zohor dalam 1.20t.hari, kat sana 12.20 dah masuk waktu.
Waktu solat kat sana yg ada ditampal di dewan makan. Kat lobi pun ada jugak.
Waktu Sholat ya.

Umrah
Umrah wajib akan dibimbing oleh mutawif sebaik saja kita sampai ke Mekah. Kami buat jam 2.30pagi dari hotel. Selesai umrah dalam kul 7pagi. Tapi kami buat sendiri je since mak guna wheel chair. Tempat tawaf guna wheel chair di tingkat 2.
Ikut lah buku panduan yang dibekalkan utk kita tu. Kalau jemaah negara lain macam Indonesia tu, dia buat dalam grup dan baca pun kuat kuat (myDH kata dia terngiang ngiang yg depa baca Subhanallah, Walhamdulillah....).
Utk tawaf dan saie tu kalau tak ikut bacaan dalam buku tu pun takpe. Baca lah apa2 yang kita tahu. Surah Al Fatihah, Al Nas, Ayat Qursi etc.
Umrah kedua, umrah sunat bila kami ada program ziarah dan berniat di tempat yang namanya Ja'ranah. Mutawif bawa. Satu grup semua pergi. Bas hantar balik ke hotel. Masa sampai hotel dah nak masuk waktu zohor. Sapa nak pergi terus buat tawaf buleh je pergi dgn ustaz. Tapi, kami buat lepas zohor. Sebelum masuk waktu Asar dah siap semua. Kami bersolat di bukit Marwah. Alhamdulillah :)

Masa kat tingkat 2 lepas tawaf
Umrah ketiga, umrah sunat dan berniat di Tanaim. Pun bersama mutawif jugak. Satu bas gerak bersama. Dalam kul 7.15pagi dah gerak. Solat sunat dan berniat di Masjid di Tanaim (Masjid Saidatina Aisyah). Lepas tu bas terus hantar ke bawah masjidil haram. Masa nak naik ekslator ke atas tu ada jubah arab perempuan tersekat kat ekslator. Ha... terperanjat semua. Depa punya jubah kan mmg meleret. Seme terus cam fobia.

Mak tak buat umrah sunat yang ni. Masa kami tawaf n saie, mak duduk baca Quran dalam masjid.

Pakcik itu photobomb photo kami.
Please, excuse the botak man. Hihi.
Dia terus botak lepas selesai
umrah wajib tu.
Lepas tu, bagi yang nak buat umrah sendiri lagi, boleh ambik teksi ke Tanaim (untuk berniat umrah). Harga pergi balik dalam 50riyal. Jangan bayar dulu. Bayar masa nak balik. Teksi akan tunggu kita solat sunat - dan minta hantar terus ke Masjidil Haram. Biasanya teksi mmg ada je dekat2 area hotel.

Dalam umrah ni kita kena jaga pantang larang kita dalam ihram. Dalam kursus umrah bab ini paling ditekankan oleh ustaz. Jadi, kursus umrah sebelum pergi tu penting ya sebagai persediaan kita. Jangan tak pergi.

Bersolat di Masjidil Haram
Sekarang kalau duduk di hotel yang dekat masjid pun, kena turun awal juga sbb pintu masjid ditutup sejam sebelum masuk waktu (masa kursus Umrah tu Ustaz Daud dah pesan - kalau tk silap katanya 5/8 ruang masjid dah ditutup). Sekarang pembinaan mmg tgh besar besaran. Ruang solat untuk wanita sgt terhad. Jadi, datang lah awal. Dapat kita beriktikaf dalam masjidilharam. 100,000 ganjaran pahalanya. Baca Al-Quran, tunaikan solat sunat.
Berceracak kren kat sana
Waktu Subuh. Kul 2.30pagi dah gerak.
Kalau nak selesa, datang lah 2 jam sebelum. Tapi, tu pun tak boleh guarantee juga. Orang Arab/negara2 lain ni dia tak kira, kalau dia nak duduk, depan kita, atas saf tu pun dia boleh duduk.

Keadaan dalam masjid.
Ada sekali tu, jemaah India rasanya. Boleh duduk depan hidung aku. Dah nak masuk waktu solat masa tu. Tempat dah penuh. Kalau sorang takpe la. Ni 3,4 orang. Selamba je dia duk lepak depan kiterang. Atas tempat sujud tu. Duduk je takpe. Siap baring! Hadoi. Sabar je lah.
Sebelah aku masa tu orang Indonesia. Makanya kami pun bercakap la cemna nak sujud semua. Dan mereka pun agaknya sama lah. Cakap cakap jugak. Depa ni mmg tak kira. Yang dia tahu dia nak menyelit. Masa tu waktu Asar nak tunggu Maghrib.
Kat Masjidil Haram, pintu masuk wanita dan lelaki sama. Tak macam kat Madinah.
Jadi, kat sini senang la nak tunggu. Cuma, phone tu penting lah kalau nak call suami suruh tunggu kat pintu berapa. Kami selalu masuk dari pintu 86 atau dari pintu King Fahd (yg ni jauh sket. Kalau mak tak pergi masjid baru kami masuk ikut sini sbb orang tak ramai sgt ikut pintu ni).

Me, in front pintu 74
Telefon buleh je bawa masuk dalam masjid. Cuma yang perempuan ni ada guard check bag. Dia tak buka pun beg, just rasa2 je dari luar.
Di masjidil haram ada sediakan plastik untuk simpan kasut. So, kalau tak bawak uncang pun takpe. Ambik je plastik. Bawa kasut masa kita solat. Macam kami, dah masuk dalam plastik/uncang, kami buh dalam beg galas yg Andalusia bagi masa kat airport tu :)

Waktu balik. Ramai. Penuh.
Oh ya. Jangan lupa belajar cara-cara solat jenazah. Sbb kat sana every waktu selepas solat ada solat Jenazah. Ada dalam buku panduan.
Hari Jumaat ada sujud tilawah (sajdah) - boleh belajar dari link shafiqolbu ni.
Takde bacaan Qunut pada setiap solat Subuh.
Dan imam takde baca doa selepas solat. Baca je lah sendiri sendiri. Kan tempat mustajab tu.

Tawaf sunat
Kalau buat tawaf sunat ni tak perlu berihram. Pakaian kita solat saja. Boleh la buat sebelum masuk waktu solat. Atau bebila masa pun takpe.
Kami sempat buat 2x.
Pertama kami buat dalam jam 8.00 pagi. Lepas Subuh balik hotel - breakfast, then keluar balik. Kalau nak buat tawaf/umrah sunat, time ni mmg paling elok. Sbb orang tak berapa ramai. Bukan tak ramai. Tapi kurang sedikit berbanding petang atau malam. Mungkin masa ni ramai yg gi makan, pergi Tanaim, rehat selepas subuh dsbnya. Boleh la kalau nak menyelit ke Hijr Ismail/Multazam/Hajar Aswad.
Muka lega dapat buat tawaf sunat.
Kemudian tawaf sunat kedua kami buat sehari sebelum buat tawaf wida (tawaf selamat tinggal). Masa tu bawa emak, terus buat lepas solat Subuh. Emak duduk menunggu kat kt tmpt orang solat depan Kaabah tu dan kami terus buat tawaf. Masa ni agak ramai (sebelum pukul 8. Start tawaf dalam kul 6 lebih).
Lepas habis tawaf mesti tak lepaskan peluang
ambik gambar Kaabah.
Boleh tgk kat tv ni. Beza sungguh waktu pagi dan waktu petang.
TV hotel masa kat Mekah mmg ada channel ni je.
Ini pagi - dalam pukul 8 lebih. Masih ada ruang.
Kawasan yang sama. Ni tak silap selepas Asar.
Takde ruang langsung dah. Sangat ramai.

Pengalaman bersolat di Hijr Ismail
Hijr Ismail adalah termasuk dalam kawasan Kaabah. Maka, kalau kita sedang bertawaf, jangan masuk dalam kawasan Hijr Ismail. Tidak sah tawaf.
Jadi, selesai tawaf (kalau buat tawaf sunat) atau selesai tahlul (kalau buat umrah), boleh la ambil peluang bersolat di dalam Hijr Ismail.
Dipetik dari blog go-umrah
Oleh yang demikian, tidak sah tawaf di dalam Hijr kerana ia termasuk dalam Kaabah dan sesiapa yang ingin bersolat di dalam Kaabah, dia boleh melakukan solat di dalam Hijr kerana sebahagian daripadanya ialah Kaabah.

Kata Sayidatina Aishah r.ha: “Suatu hari, saya ingin memasuk kaabah untuk bersolat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. pun memegang tangan saya lalu membawa saya masuk ke dalam Hijr dan bersabda (maksudnya):

“Solatlah dalam Hijr ini kalau kamu mahu masuk ke dalam Kaabah kerana ialah sebahagian daripada Kaabah, tetapi kaummu (Quraisy) kekurangan belanja ketika membinanya maka mereka pun mengeluarkannya daripada binaan Kaabah.”

Berkata Abdullah bin Abbas r.a.: “Bersolatlah ditempat solat orang yang terpilih dan minumlah minuman orang yang baik.” Orang ramai bertanya Ibn Abas: “Dimanakah tempat solat itu?” Jawabnya: “Di bawah Mizab (saluran emas).” “Dan apakah minuman itu?” Jawabnya: “Air zamzam.”

Mmg sukar nak masuk ke kawasan Hijr Ismail sbb ini adalah salah satu tempat mustajab doa. Memula husband macam putus asa sbb kami dah masuk tapi di tolak keluar. Aku ajak juga lagi. Caranya, kita tunggu hujung skali lengkungan tu. Beratur je situ. Sbb orang depan akan masuk ke belah dalam dalam dan kita akan dapat turn untuk masuk. Bila dah masuk dalam lengkungan tu, agak lapang. Dan bersolat lah. Kami bergilir. Mula asben kepung aku, then aku pulak tunggu asben.
Bawah pancur emas. Subhanallah.
Sebak sangat rasanya.
Terima kasih Allah atas peluang ini :)
MyDH solat.
Lps solat tu nak keluar agak sukar. Dan sementara nak keluar tu dapat kami pegang Kaabah. Alhamdulillah, terima kasih Allah (ada gambar, tapi mata sembap. Sebak sbb dapat solat di tempat yang antara mustajab doa).

Multazam dan Hajar Aswad.
Multazam kami tak dapat sentuh. Multazam ni tempatnya antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah. Jaraknya cuma 2 meter. Jadi, agak sukar. Masa kami cuba pergi ada grup jemaah India duk menempel situ. Mmg takde lah peluang. Takpe lah. Berdoa setentang dari nya pun cukup lah. Itu pun dah cukup dekat, kan? :)
Hajar Aswad pula, asben tak cuba pun. Tapi, masa kami nak ke Multazam tu, ada la orang Indon menyapa 'pak, mahu ke hajar aswad'. Awas ya. Indon ni nampak macam nak bantu, tapi dia peras kita lepas bawa cium hajar aswad tu. Ada yang kata buleh cecah smpai 1000 riyal. Ada yang kata sampai terpaksa bagi jam segala sbb dah takde duit. Wallahualam. Menda ni pun bukan wajib dan dah sampai jadi mudarat pulak kalau kena bayar beribu. Jadi, kalau nak cuba cium hajar Aswad ni kita cuba je sendiri. Sebelum pergi tu solat taubat, solat hajat mohon Allah permudahkan. InsyaAllah, ada peluang.

Pengalaman solat Jumaat di Masjidil Haram
Kami sempat solat Jumaat di Makkah. Alhamdulillah. Mmg tak lepaskan lah peluang ni. Tapi, harus diingatkan, di sana, hari Jumaat adalah hari cuti umum. Maka, orang2 Arab ni tersangatlah ramai yang menunaikan umrah, yang keluar bersolat Jumaat.
Orang mmg terlampau ramai. Dan pintu masjid ditutup seawal jam 10pagi. Yer, 10 pagi!. Waktu solatnya 12.23 tengahari. 2 jam lagi pintu dah tutup. Mujur kami dapat ke ruangan bawah (bawah tanah). Tp takde karpet. Duduk di atas marmar putih yang sejuk sangat. Huhu. Sabar lah. Ini antara dugaan kan. Sudah lah masa tu mak tak ikut. Keseorangan saja lah lps myDH ke ruangan solat lelaki. Mujur ada sorang makcik dari Johor yang anak lelaki nya letak sebelah aku. Kalau tidak, mmg ada sedikit rasa gusar lah. Sbb dikelilingi orang Arab yang sewenang2 nya melangkah dan menepis kita.
Jadi, kalau ada kesempatan, ambillah peluang solat Jumaat ni, dan belajar serba sedikit caranya dari Malaysia.
Bawah tanah. Pun penuh sangat.
Orang balik solat Jumaat.

Okay, dah panjang sgt pulak.
Kita sambung lagi next entry.
Kalau ada yg nak tanya buleh je email/w.app. Atau tanya je di ruangan komen. InsyaAllah saya akan jawab.
Tips nanti entry last saya letakkan sekali harung ya :)

5 juta komen

suhanallah...murah reeki reen dapat solat di hijir ismail. I x dapat... harap2 nanti ada juga rezeki nk solat di situ...

seronoknya baca pengalaman kekda.. x sabar nak baca next entry..

ST :
Mmg berhajat dan mohon sgt Allah permudahkan masuk kawasan Hijr Ismail tu. Huhu :)

SUE :
Sesama.. hope korang pun mendapat umrah yang maqbullah :)

NAD :
Semoga satu hari nanti Nad pun dpt jejakkan kaki ke sana :)

Bila baca terus rasa sebak.....inilah tempat yang paling rindu untuk dikunjungi.....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign