Pages

20 March 2015

Bye Kesayanganku.

Entry khas untuk kesayanganku. Sbb kat sini je boleh pahatkan segala kenangan. Pahat halanya.
Ini lah kesayangannya.
Gambar last dengan kesayangan. Sobss.

Cik kelabu. Atau cik kotak kasut (ni kengkawan yg panggil masa memula beli dulu).
18.1.2005 till 18.3.2015. Oh. Aku pun tak perasan tarikh 18hb tu sama.
Sedih kan berpisah dengan sesuatu yang kita sayang apatah lagi sesuatu yang ada sentimental value (bak kata Kiki Peugeot Steering lock dulu, tapi idak la pula pernah aku nak men-nyetering-lock kan orang).

Kesayangan sangat.
Maklumlah, harta pertama atas nama sendiri.
Bila nak update pengisytiharan harta pun rasa cam wah..bestnya dah ada reta sendiri. Gitu. Haha.

Dan lebih menjadi kesayangan sbb ianya adalah hadiah dari arwah ayah.
Masa ni aku baru kerja setahun.
Tapi, sebab aku bebising susah nak balik kg naik bas, so, amik keputusan nak beli kereta.
Aku ingat lagi, last aku balik kg, naik Transnasional kat Pudu Raya. Lepas tu bas lambat. Delay. Katanya bas tak cukup sbb angkut budak2 PLKN (masa tu PLKN baru nak mula kalau tak silap. Depa tak de bas khas lagi). Boleh lak camtu. Tau je lah Pudu Raya masa tu. Bukan selesa cam sekarang kan. Lama tunggu. Berdiri. Pastu renyahnya rasa. Dan itu lah akhir aku naik bas ke kg. Lepas tu terus ayah belikan kereta ni. Bukan la dia bagi gedebuk cash nah amik duit ni gi beli kereta. Ayah bagi downpayment yg buat aku bayar bulan2 dalam 300 lebih ja. Eh. Masa tu kereta mahal lagi kan. Persona pun rasa tak mampu milik. Pastu masa tu belum ada Saga BLM ke, Myvi ke. Ada pun Kancil, Kelisa dan adik beradik dia tu lah. Kancil ayah aku mmg tak bagi sbb aku drive sengsorang lalu ikut hway. Katanya bahaya keta kecik. Pastu ada gak la aku nak kelisa. In fact ayah aku yg pergi survey. Tapi, tak jadi pulak nak ambik Kelisa. Ter minat kotak kasut ni plak. Tapi, masa tu kereta agak tinggi harganya takde pulak orang bebising. Oh. Masa tu takde FB lagi (",)

Lebih yang buat aku sedih dan sayang sangat kereta ni, lepas 5 bulan aku pakai kereta ni, ayah meninggal *sebak*. Mujur sempat la bawak ayah  naik kereta ni. Hantar mak ayah ke airport nak gi umrah. Mmg aku jarang jot down pasal ayah meninggal. Sbb aku tak suka nak ingat. Dan mmg aku tak pernah ingat exact date ayah meninggal. Yang aku tahu bulan 5. Sbb aku tak mahu sedih bila sampai kat tarikh tu. Ayah meninggal mengejut. Sbb tu aku terkesan sgt. Dan sampai sekarang aku macam tak boleh terima. Tapi, aku percaya setiap kejadian ada hikmahNya. Cuma, aku masih tak nampak/ taktau apa hikmahnya. Takpe. Allah Maha Mengetahui. Al-Fatihah utk arwah ayah *sebak lagi*

Okeh. Okeh. Takmo citer pasal tu. Sambung. Dengan kereta ni lah aku ke hulu hilir dari aku bujang sampai dah kawen. Sebelum kawen mmg setiap bulan balik kg dengan dia lah. Single lady driver katanya. Laju tak la laju sgt. Tapi dalam 120-140 tu mmg biasa lah. Sorang pulak tu kan. Aku sampai kg 3 jam. MyDH skrg bawak 4 jam (T____T). Kesayangan aku ni gak tahu macam2 citer aku. Haha. Ye lah, pergi dating apa, semua lah dgn dia kan. Selamba pergi antar bf (ex lah sekarang ni) balik, pastu balik KL sengsorang. Malam pulak tu. Eii.. mujur takde apa2 tau. (i know u reading this, my ex. Hahaha).

Lps tu jalan2 ngan kawan. Sampai lah ke Bukit Tinggi, PD, Melaka bagai. Dah kawen pun masih lagi gi jalan2 ngan kengkawan bawak dia jugak. Eh. Merata lah. Cuma, rasanya dia tak pernah pergi Johor lagi. Betul tak. Rasanya betul. Kalau belah selatan, paling jauh dia bawak ke Melaka. Kalau Pantai Timur - Pahang. Utara dia jejak sampai Padang Besar malahan Wang Klian. Huhu.

Citer pasal kesayangan kotak kasut aku ni byk kat blog lama. Masa guna blogdrive. Aku pun dah tak ingat apa ntah nama blog aku tu. Senang sgt bawak dia ni. Ringan je. Pastu senang nak selit2. Orang kata tak pick up. Eh, okey je la. Nak pick up gi mana pun. Keta skrg enjin turbo pun tak guna jugekk...
145537km. Byk la sbb tiap bulan kg.

Kesayangan ni tak penah mengada ngada rosak teruk. Eh, ada ada. Sekali tu, masa aku blaja kat UM. Merasa lah seharian dia tido kat UM. Sbb rosak dan tak buleh jalan. Siap pomen yang datang amik. Muehehehe. Pastu dia ni pulak sangat sensitif, jangan la cakap eh, lawa la keta tu, best jugak kan. Esuk lusa sure menangis menitik2 air mata (leaking la tu). Mmg aku perasan. Tp masa beli che merah dia macam redha. Huhu.

Beliau juga free xciden dan free saman. Eh eh. Jap.. saman tak free. Ada skali kena. Wah. Not bad jugak ya. Sepanjang aku drive balik KL-Ipoh tu, takde kena pun. Walau kadang ternampak jugak abang polis bawah flyover. Aku terkena skali je. Kat jalan dalam. Exciden pun takde. Tapi, ada kena cium sket la bontot dia dek teksi kt jalan sultan ismail. Haih. Geram tul rasanya ngan makcik bawak teksi tu. Masa tu berenti kat traffic lite. Dia pi sondol. Mula tu takde apa la kan. Tup2 dia pi report polis. Tah pehapa tah. Kau yg langgar kau la kena bayar saman kan langgar keta orang. Tp aku tak claim insurans apa pun. Ms tu dalam setahun kot aku guna. Dan sampai la skrg kesan tu ada kat bumper. Tahan woh kesayangan aku nih. Rilek je dia takde apa pun.

Masa beli che merah aku mmg tak niat nak jual. Sayang. Nak pakai dua dua kononnya. Tapi, mmg tak guna la. Jarang bawak. Dah aku ngan asben satu ofis.

Lama aku amik keputusan utk  Let it go, let it go .. Can't hold it back anymore
Beli che merah bulan 11 tahun 2013 n now baru aku let go beliau. Setahun lebih kan. Itu pun sbb mmg kami totally tak gunakan dia dah. Pastu nanti lagi langsung tak buleh nak jual. Takde harga. Plus parking kat umah aku mmg hazab. Kesian juga dia. Dr tak bergerak, elok lah kami Let it go, let it go .... Can't hold it back anymore ....

Mula aku cakap kt MyDH saya taknak pergi masa jual dia nanti. Tapi, tak boleh plak. Owner kena bagi thumbprint. Sbb skrg ni terus direct sistem JPJ katanya. Takkan nak suh myDH kerat thumbprint dan bawa ke kedai tu kan. Terpaksa lah. Sedih sgt. Dah la masa tu orang kedai tu nak antar kami balik dgn kereta tu. Sekali pintu belakang tak boleh buka. Kedua dua nya. Dia merajuk okeh. Mmg la pintu belakang tu prob. Tp buleh je kalau nak buka dari dalam. Ni tak boleh langsung. Huhuhu... Sedihnya *sebak lagi*

Sapa tak sedih kan. Itu lah sedikit tanda kenangan dari arwah ayah. Tapi, aku macam dapat rasakan yang ayah aku pun setuju dengan keputusan ni. Mcm terngiang2 ayah cakap "jual je.. tak guna pun kan". Tu yang aku kuatkan hati utk jual. Lagipun duit yang dapat ni, aku nak buat something yang berfaedah. Tidak utk beli menda bukan bukan. Muga dapat rahmat dariNya. Harap yang membelinya dapat jaga dia sebaik mungkin.


Bye cikAtoz kesayangan. Genap 10 tahun 2 bulan kita bersama. Terima kasih atas khidmat yang diberikan. Moga kita bertemu lagi satu hari nanti. Love you. Forever.

11 juta komen

first car, dah banyak kenangan sebab lama bersama... memang sentimental kan...

huhu..sebak plak baca...tp masa dtg umah saya tu, pakai che merah kan?heee.;)

ST :
Btul. Macam dah memahami kita dan dia ada jiwa dah.
Sedih nya..

NAD :
Masa tu masih dengan cikkotak kasut nih. HIkhik :D

haih sedih pulak membaca entry ni sebab saya pun ada kereta kesayangan juga, dan kereta pertama. banyak betul kenangan. tak leh imagine kalau lepaskan ia pergi. ecewah.

Ala sedey..tp mcm dh dpt hint ape akak nk buat dgn duit tu..ngeee

10 tahun??macam baru je nampak.pandai ida jaga kereta...hehehehe

Cantik lagi keta ni.. We all pun ada keta first yg disimpan.. Tp syg nak jual.. Dah agak2 buat hal.. Pegi ofis yg dekat dlm kawasan rumah je pun, cuma byk guna keta nak anta bdk2 ke sekolah. Hurmm nak let it go pun syg sbb keta first beli as husband n wife..

samela aset pertama kite pun kereta juga..dari thn 2008...ade la kdg2 tu terpk nak tukar sbb guna 2 pn mcm mmbazir je..tp hold la dulu..berat je rs hati..byk jasa dan kenangan

Cantik lg ketenya. Sayangkan nak jual. Tp kalau dah ada niat yg baik tu teruskan lah.

Sebak jugak baca citer awak ni

Kereta pertama ku kancil merah mak belikan. Thn 2006 beli. Yg 3rd hand aje.. Setahun lepas kawin 2009, jual.. Dpt duit buat dpayment beli kete baru. Tp menjejes ayo mato masa nak jual tu. Walaupun buruk dan murah, tp itulah y byk sentimental value. Tah mana laa pegi kete tu skrg. Pernah jumpa kat kelantan sekali, terjerit2 mcm org gila je aku.. Hahaha

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign