Pages

21 January 2014

Lazada : Tempoh Penghantaran

21 Jan 2014/19 Rabiulawal 1435




Mana slow juicer aku Lazadaaaa???
*sila baca ngan nada 'mana butang baju aku Pahhhh??*

Ha.
Takpe. Kita tengok dan lihat je yer.
Ada yg kata 2,3 hari dah sampai barang.
Ada yg kata lambat giler sampai.

Aku order pada hari Jumaat - 10hb (9.05pagi) 
Sabtu, Ahad - cuti. (Day 1, Day 2)
Isnin - tempoh bertenang (Day 3)
Selasa - cuti Maulud Nabi (Day 4)
Rabu - check tracking - masih step ke-3 'order is being processed at warehouse' (Day 5)
Khamis - check tracking - sama. Masih di step ke-3 (Day 6)
Jumaat - cuti  Thaipusam (Day 7 - oke genap seminggu ni)
Sabtu, Ahad - cuti. (Day 8, Day 9)

Isnin (Day 10)
Masih di step ketiga - tapi dia tulis dah di 'shipped' oleh logistic partner - TAQBIN - dan mengambil masa 1 ke 2 hari bekerja utk penghantaran area Lembah Kelang.
Selasa (Day 11) - hari ni - masih status yang sama.

Takpe. Aku biarkan je.
Aku nak tengokkk je cemna service derang kan.
Ini lah kali pertama aku buat belian online secara cash on delivery. Kali pertama belian yang agak tinggi nilainya. Berani sungguh lah kan. Dan juga ini lah kali pertama aku dengan Lazada. Kata orang tu - kali pertama tu lah penentu segala kan. Ada yang jatuh cinta pandang pertama kan. Baek. Kita tgk, jatuh cinta ke apa dengan Lazada ni kan.

Dan, sebab aku tak bayar, mungkin kerana itu, barang dihantar lambat. Sebab - tak bayar lagi, jadi sukahati lah nak hantar bila kat customer.

Namun,
Bila aku google, ada yg siap bayar pun - lambat jugak dapat.
Tetapi,
Yana (Masya) kata pulak, asben dia selalu beli, COD gak, cepat gak dapat.
Member aku pun kata - kawan dia beli hphone, kejap gak sampai.

Oke. Dalam kes aku ni, aku faham, barang lambat sampai  sbb byk Public Holiday (PH). Dalam emel dia pun ada tulis sbb festive season jadi barang lambat. Rilek la kan. Baru hari ke 11. Tolak weekend 4 hari, tolak PH 2 hari, baru 5 hari. Rilek lah. 5 hari tak sampai. Ala, tak bayar lagi mau bising2 kan. Lain lah kalau dah bayar.

So,
just wait n see.
Lps ni dah masuk Chinese New Year, Hari Wilayah. Lagi banyak Public Holiday kan.
Dan elok lah juicing challenge aku tamat.

Tapi takpe. Aku memang tak kesah tunggu tunggu ni. Suka tunggu tunggu ni. Takpe, sebulan lagi tunggu pun takpe. Ambik lah masa utk shipment tu yer.Mungkin warehouse jauh dari Kuala Lumpur ni dan mengambil masa yang laaaaamaaaa sangat. 

*punya la aku nak beli sgt slow juicer tu, smpai aku tak baca review blog orang - pastu bila dah baca, aku yang seriau.. brr.. 

4 juta komen

Namanya Slow jadi dia ingat lambat pun tak pa kot.

kalau dah bayar tapi tak terima juga nak buat macamana,

kalau dah bayar tapi tak terima juga nak buat macamana,

Norhashimah :
Hehe. Ye lah gamaknya kan. Slow juicer dia slow. Pastu sy ada order gak slow cooker - bkn je slow, langsung tak timbul. Mih mih mih.

Berkenaan kalau dah bayar, tak terima juga, call je lah Lazada atau live chat dgn dia. Biasa dia akan refund. Sy pernah juga kena - utk slow cooker tu lah :D
Baru lagi, dalam last year.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign