Pages

5 July 2013

Semua Online

Aku pembeli online tegar ke?
Rasa nya tak kot.

Smlm baca one artikel kat mag In-Trend [keluaran Julai] yg tajuknya sayang kan isteri klik klik kan (ye ke tajuk camtu. Betul kot). Mmg kelakar. Paling kelakar bila dia citer ada perempuan yg beli tupperware online pastu simpan kat opis. Siap ada satu lemari hasil belian barang online. Takut nak bawak balik, nati asben marah. Bawa balik satu, satu. Haha. Dan penulis tu pun kata dia nak g check ofis wife dia takut ada almari simpan segala tudung pelbagai warna dari Fareeda ke Ariani ke. Haha.
Ada kan org cemtu. Walau kadang tu duit kita pun, tetap gak takut asben bebel2. Aku pun segala belian online mmg boleh katakan 100% duit aku lah. Ye lah...aku tak cam org lain yg boleh harapkan gaji asben utk shopping. Gaji asben pun tak besau..sian kat dia. Lagipun, tkde masalah pun nak guna duit sendiri. Apadehal. Eceh! Oke, dah lain citer nyer ni.

Oke. Hari ni #ootd - outfit of the day aku adalah semua hasil belian online. Itu lah sebenarnya nak citer.
Gmbr takmo bubuh. Kat instagram dah ada. Cukup. Kang nyampah meluat sana sini nak letak.
Tudung dari Radiusite.
Dress labuh dari Zalora.
Cardigan labuh dari member. Online jugak lah.
Hihi.
Seme pun online.

Pastu smlm kan outstation [later citer]. Pagi ni tgk ada parcel poslaju.
Wiiiii....
Novel novel.

Ni takde plan nak beli. Tapi, cam bosan2 sbb lama tak beli novel, g kat Karyaseni, terus je pilih2, dan beli. Lantak ah. Bes tak bes tak tahu. Kalau baca sekerat, tak bes, takyah habiskan. Huhu. Dah 2 buah aku buat camtu. Aku baca sekerat cam tak bes je, pastu nak paksa abiskan pun tak boleh jugak, sudahnya lantak.. simpan terus lah. Malas. Nak jual balik murah2 ke apa mmg tak la. Walau tak abis baca sbb tak bes, tp  tetap menjadi koleksi kesayangan, mmg tak kan jual lah. Alangkan majalah InTrend pun aku usung bawak pindah, apatah lagi novel. 

So, takde la tegar sangat kan. Takat2 novel, takat2 voucher MAD, Groupon, takat2 Zalora, Poplook, Fareeda, Radiusite. Itu je pun. Takde la lagi sampai nak beli barang dapur online thro Tesco tu. Hihihi.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign