Pages

8 November 2011

Perjalanan Pulang Ke KL

Balik je cuti panjang / public holiday mesti seme org tanya
'jem tak balik semalam?'.

Atau ada yg citer
'aku balik semalam... 7 jam ko dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur'
(eh. ko tido kat RnR ke hapa lama beno)
Sekadar contoh. Huhu.

Aku cam biasa. Rilek je. Sedari awal da tetapkan dalam hati
'sila redha jika berlaku jem'.
Aku da tune da otak agar tidak berkeluh kesah kalo terlibat dgn jam.
Sbb aku balik kul 4pm. Mmg time jam la kalo ikutkan.
Balik ke kampung tak kenala sbb aku balik petang raya (Ahad).
Beraya umah in law dulu. Hujan je la cuma waktu masuk hway tu.
Lain, Alhamdulillah, smooth je perjalanan. Sambil makan kepek pisang yg dibekalkan oleh mak mentua. Eceh.

So, balik KL tu da get ready.
Sbb aku masuk dari Jelapang, tol masuk adalah kat Ipoh Selatan.
Bila da nak smpai tol tgk keta yg dari arah Penang tu da beratur panjang kat lane tengah.
Alamak. Berdebau debau rasa. Takkan dari tol dah jem.

Ha. Hujan plak kan. Lagi la sedap.
Dan bila dah touch TnG mmg keta terus tak gerak. Jadi cam 'bottle neck' la jawabnya.

Lagi berdebar debar kan. Apa kes ni.
Kata my dear 'tumpo la kalo ghopa ni'. Cea..tetiba dan dan berbahasa Perak beliau.

Tp mujur tak lama. Ada keta rosak rupanya.
Ke xciden. Tah. Keta rosak kut.
Itu pasalnya.

Lps tu da oke.

Cuma ada beberapa tpt la keta gerak perlahan.
Dan cam biasa, ramai la guna lorong kecemasan.
Being my dear yg cool, mmg tak la dia guna lorong kecemasan.
Aku pun tak bagi. Tak sker ah.

So, biarkan meke memotong guna laluan kecemasan.
Dan lps exit mana yer, Behrang ke Slim River ke tah.

Ha. Amekawww... padan muka kena saman. Haha.
Gegar2 aku amik. Kang polis tu tahan kiterang lak kang langsung tak payah.
Rasa nak je benti kat keta tu cakap
'hihi. padan muka'.

Tu la tak sesabau kan. Dah tau reni mmg keta banyak, nak cpt, balik la awal. Amik la ubat.

So, kami smpai lewat sket je dari biasa.
Tapi takde la keluh kesah dalam jem.
Just nice je. Salu 3 jam lebih, smlm jadi 4 jam.
Sokay la kan.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign