Pages

16 September 2010

~Pasal Pengisian Di Hari Malaysia~

Yeah. Selamat Hari Malaysia suma.
Pertama kali kita bercuti pada 16 Sept (eh..befday Sara la ari ni-Hepi Befday Sara!!-eheh..budak unit aku dan bekas anak buah aku dulu)

Jadi, apakah pengisian anda pada Hari Malaysia ini?
Saya?? Ter isi jugak la. Tkde la makan-tido-tgk tibi-berak je. Dari jam 11 pagi hingga ke 5 petang. Malam pun kalo tak ada juga pengisiannya, tp man man la. Esuk my dear keroje, pehtu nak drive balik kg. Kena rehat secukupnya juga. Risau kang skang ni. (Al-Fatihah utk mangsa yg terbakar kereta tu. Sadis dan ngeri sekali. Dah mmg ajal, kalo dia tak pusing balik pun mesti ada penyebab lain)

Ok, kita mulakan pengisian saya. Oleh krn pada awal nya planning saya adalah hari ni saya nak kembali ke kampung tp sbb my dear kata esuk balik je dgn dia, so..kita shift plan sket utk berjimba-jimba. Kita karoke dulu. Hihi. Lama tak karoke nih. Cam biasa, gi ngan shbt karoke ku la iaitu Dee kat tpt biasa kami la - Kotak Merah.

Oleh krn mood masih hari raya maka lagu pilihan pun byk lagu raya.

Itu Dee tgh nyanyi lagu Nazam Lebaran ke apa ke tah. Yg bwh aku duk nyanyi duet lagu Gelora. Lagu wajib neh. Kui kui kui. Smpat call mak sblm start tu. Gitau tak jadi balik ari ni n gitau tgh karoke. Mak kata beria ber karoke nyer. Haha. Biasa la. Bila ckp karoke msti org igt tpt tu mcm tak baik utk dikunjungi je kan. Jgn risau la mak. Ini tpt karoke keluarga ni. Tidak ada langsung rasa mcm scary ke apa nak masuk. Aku penah la skali gi karoke kat Yow Chuan (tingat Hana kata Low Chuan instead of Yow Chuan-dia gabungkan Low Yat ngan Yow Chuan. Hik hik), situ mmg rasa samting la. Pulak tu takde remote nk pilih2 lagu. Tekan2 mcm keyboard komputer tu. Tkpe la..tak nak pegi dah. Tp dah berkubur pun Yow Chuan tu. Da jadi projek Double Tree pun skang kan kat situ.

Cam biasa kiterang mmg amik yg ada set lunch punya. Aku amik nasik ngan ikan keli sambal cili padi. Dee amik nasik goreng cina. 

Aku nyer tu dlm 14++, Dee nyer 12++. Haha. Mcm giler je makan ikan keli smpai dkt nak 15inggit kan. Tp no hal lah sbb bilik pree. Kira caj bilik mmg da ada dlm rega makan tu. Ok la kan. 2 jam melalak. Byk gak lagu dpt. Paling bes nyanyi lagu Bertakhta di Hati, Senja Nan Merah, Halaman Asmara. Smpai serak sora. Huhu.

Lps abis karoke trus zas pi bangunan berhampiran. My dear da tunggu kat sana. Mula nak gi ngan Dee, tp dia kata nak balik Banting (herghh..tetiba scary je tulis Banting..hihii). So, my dear la temankan. Mao potong rambut. Lama da nak potong asik tertunda je. So, skang...nah amik..!! Pendek dah. Salu aku potong kat Derrick Team tu. Blum kawen dulu salu la buat treatment la, SPA rambut la..tp pas kawen mana sempat je. Wash n blow pun kadang2 je. Ada kedai baru sblh Derrick Team tu, jadi kasik terai la situ. Aku buat wash-cut-blow RM33. Ok la. Kalo kat Derrick Team RM48. Tp aku rasa..pas ni aku nak buat kat DT je la. Bukan tak bes situ. Tah..mcm tak berapa nak selesa la. Citer pasal potong rambut ni nati aku buat satu entry lah. Hehe.

Then oleh krn da potong rambut yg perlu di blow, lelaju nak pi carik something yg memudahkan aku blow rambut ni. Jadi ke AU2 kita.

Kat sana tu beli apa yg dikehendaki lps tu singgah beli my feveret 'Epal Besar'. Nom nom nom..dap nyer chocoholics..tskk..igt nak beli 2 je tp tak pe la..rasa yg lain2 jugak. Da siap beli tu nak balik la. Lalu kat dpn pentas yg ada kat tgh2 tu. Ada pertandingan teka kuih raya la plak. DJ tu tgh carik2 org. Tau je la JJ AU2 ni kan tak berapa nak ramai. DJ tu panggil2 la my dear. Aku suh je my dear masuk. Hihi.

Makan kuih raya smbil ttp mata n teka kuih apa. 8 jenis kuih. 

Aku napak ada kuih kepek pisang, tat nenas, btg buruk tp my dear kata takde. Hihi. Ada 5 peserta. Suma akak2 je, ttiba my dear masuk. Apa lagi, kasik snap la. Haha. My dear dpt sagu hati. Sorang je pemenang. Dapat la voucher seploh inggit. Haha. Lawak lawak.



Jadi abis la Hari Malaysia yg di isi dgn xtvt personal ajer. Kalo tak mlm ni nak beraya umah my bes pren poreber, tk tgk lagi anak dia yg baru lahir tu. Dah sebulan lebih dah. Tp mlm ni dia ke klinik plak.. So, nyer nxt week la kut. Mao tak muat gak baju yg aku beli utk anak dia retu. Umm..

Apa pun Selamat Hari Malaysia kawan2. "Genggaman tangan mu semangat ku oh terus membara...."

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign