Pages

3 September 2021

Lebihan Bayaran Balik LHDN 2020 : Curtain

Baru I perasan. Rupanya I takde buat any post tahun 2021 ni.
Last post pasal vacuum.
Ingat ada story pasal birthday Rizq. Tkde rupanya.

Tkpe. Nanti I post jugak. Memori tu kan.

So, meh citer dulu apa yg beli lps dpt claim income tax tahun 2020 tu ari. Sbb last year I beli vacuum cleaner kan. Robot vacuum n cordless vacuum. Smpai skrg pun masih guna. I puas hati je. Baca kt group FB, depa kata cordless mcm tu tak power lah apa lah. Lantak. I guna ok je. Sbb bukan guna utk heavy duty. Rumah pun guna vinyl floor. So, tak susah menyapu, tak susah mengemop dan tak susah menghampagas. Hahaha. Lagi pun I guna bersama robot vacuum. Mmg kebersihan maksima lah. 

Tahun ni, dpt rebate income tax tu, I beli curtain. Setelah sekian lama tak berganti curtain. Haha. Oleh kerana I puas hati dgn service MK Curtain, I amik kt situ jugak lah. Bawa saja ukuran lama tu ke kedai depa. Tkyah depa nak dtg ukur kt rumah musim2 Covid ni kan. I tempah masa bulan 3 tak silap. Masa tu belum PKP lockdown 2.0 tu lagi. Seminggu siap. I pi kat branch dia kt Ampang. Senang. Pilih2 fabrik, bayar. Nati mggu depannya dia call suh amik. Dah siap. Pastu pasang la sendiri. 

[I duk tgk kt FB semula nak carik gambar langsir tu. Tkde rupanya. Rasa penah upload. Kt WA status barangkali. So, takde lah gambar langsir nya. Tu malas tu nak tulis blog ni. Gambar dlm fon, nk transfer pulak 1 hal jugak]

So, recommended lah kalau chuols nak buat langsir kt MK Curtain ni. Kalau 1st time, uols panggil je dia mai umah ukur. Nanti simpan ukuran tu. Next time nak buat lain, bawa je gi kedai dia ukuran tu. Harga dia berpadanan lah dgn fabric dia. Ai buat utk sliding door (blackout curtain) dan langsir utk 3 bilik. Harga total dalam 2k. Day curtain I tak buat dah sbb dah ada.

2 September 2021

September 2021




Hye gaisss....
Ya Allah... lamanya tak menulis blog.
Surface Interface pun dah lain ha. Macam tak biasa.
Pastu macam tak pandai dah nak tulis panjang2. Sbb da biasa tulis pendek2 je mcm kt FB [I tak berapa aktif skrg ni kt IG]

Tgk kt reading list pun, ramai kawan2 dah tak update blog.
Relevan lagi ke blog ni uols?
Relevan lah.
I masih dapat je lagi emel2 yg org dpt info dari blog ni.
Makna, blog masih relevan.

Tp tu lah. Nak menulis tu cam malas kan.
Pastu, nak kena buka laptop / PC.
Nak menaip kat phone mcm tak puas pulak.
Pastu, nak tambah2 gambar pun cam leceh jugak.
Kat FB tu senang je.
Haha.

Uols semua sihat ke tu?
Dah vaksin?
I da settle 2 dos. Da lepas pun 14 hari tu.
Tp jgn risau. I tak kecam org tak amik vaksin. Pilihan memasing kan.
I dulu pun takut2 juga nak amik.
Tapi, amik je lah.
Lucky, I dapat vaksin kt hospital swasta yg dekat ngan umah.
Lega u.. sbb mmg takmau pegi PPV mega tu. Risau. Ahaha.
I mmg ada minor paranoid nih.
Pastu, kami suami isteri dpt hari yang sama. Tp takde la pegi sekali, kan.
Satgi siapa pula nak jaga Rizq.

Ah.. sebut pasal Rizq. Dia skrg dia 5 thn.
Patut thn ni dia pra. Tp tu lah. Sebulan lebih je sekolah tu ari.
Pastu, takde dah. Cuma PDPR je lah kt rumah. Lucky juga sbb sekolah dia takde online2 ni. Just amik buku utk buat homework. Nanti cikgu bagi video thro WhatsApp.

So, cemna WFH uols?
Ahahaha. Pening kan.
I yg ada anak sorang ni pun pening.
Kalau WFH, mmg takde lah nak masak bagai. I mmg order FP ja. Sampai Rizq pun da tau.
Siapa kata org WFH tu makan gaji buta I mmg rasa macam nak "luku" kan je kepala dia.
Meh try tgk WFH sini. WFH ni makna ko mmg work 24h. Ha..gitu lah perumpamaannya. Hahahah.
Kami kt ofis still bergilir2 lagi. Mmg tak max la masuk ofis. Sbb kes ada je. Risau juga.
Tp, nak buat cemna, kan. Life must goes on.

Ok lah.
I saja nak panaskan enjin je ni.
Nanti I menulis lagi.
Byk cerita ingin dikongsi kan.
Menarik tertarik kau mmg d bomb!


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign