Pages

8 July 2010

~Pasal Kenduri Arwah~

Ayah yg telah pergi lebih 5 thn lalu.
Hemm...ayat cliche (cpt tul masa berlalu, tk sedar da 5 thn arwah tk bersama kami).

Apa pun, aku tak terkilan pun tak menghadiri family day opis aku (lagi2 bila rakan taulan tak dpt adiah grand prize. Hik hik hik)
Sbb mak mmg perlukan kehadiran kami.
Aku balik ngan anak buah (lelaki) sekali. Sng nak angkat2, basuh2 piuk. Huhu.

So, menu of d day adalah lauk2 kg saja.
Tiada ayam. Baguih gak la..tak larat da tala ayam jer.
Ni mak buat sempena nak nyambut puasa juga ni.

So, ini menu.

Utk makan pagi pun meriah. Tp tak smpat nak amik gmbr. Kakcik buat kuih kasu'i ngan kek pisang. Ada yg dtg bagi karipap la, apam la, bingka la. Pehtu ada bubur durian cicah roti lagi. Bykkk...

Mmg kiterang buat makan tgahari. Menu plan mak adalah ikan keli goreng cili, gulai lemak nenas ngan ikan masin, masak asam keladi, pucuk ubi rebus + smbl belacan, daging masak itam. Then ada jiran bagi ikan pekasam. Home made tu. Dia buat sendiri, dia yg mengail sendiri ikan tu. Sedap nyer. Sbb ikan baru. Tak bau, tak apa. Sedappppp...aku sker sbb derang goreng hancur2. Lps tu top up lagi dgn smbal nyior (kelapa) ngan ulam jering n timun. Ada jugak ikan sardin goreng. Uih..aku pun buat 'no hend' je makan dgn tetamu. Yelah..nati sng buat keja. (walhal tak tahan tgk hidangan suma tu)


Ok, kak ipar ku kata (bila tgk kat fb) pinggan putih bunga2 tu klasik. Susah nak carik skang. Huhu. Mak aku ada stok pinggan ni peninggalan arwah opah dulu. Aku da berangan, nati dok kondo aku nak pakai set pinggan nih. Eceh.

Jum layan gmbr je lah. Penat weh..sbb kiterang masak sendiri, then lps kenduri sibuk ngemas balik pinggan2 tu. Humang aih. My dear tetonggen-tonggen cuci piuk yg itam tu. Hiksss..

~Permata Yang Dinanti : Usaha~

Lama da tak update pasal Permata Yang Dinanti.
Entah. Terkadang aku rasa aku ni mcm nak taknak je berusaha.
Aku da keliru ni sebenarnya.
Nak citer pun mcm keliru.
Aku phm aku (mungkin suami juga) bermasalah dan da termasuk dlm gol 'istimewa' dan perlukan 'rawatan'. Tp takat ni aku rileksss je walopun dlm palotak ni memcm 'usaha' aku nak buat.
Aku ni tak bersungguh. Kadang aku rasa nak marah je dgn diri sendiri.
Pertamanya - usaha dgn Jamu Mak Dara - kedaung. Abis satu botol je. Satu botol lagi ada setgh. Aku tak makan.
Keduanya - Ada akak opis tu, dia g umrah then balik dia bagi pd my dear Kurma Muda Kering. Simple sgt cara pemakanan. Just blend je kurma tu lps tu taruk air, buh madu sket. Minum pagi n malam. Sekejap je makan. Lepas tu kedaung juga. Ada lagi dlm p.ais tu.
Ketiganya - Aku penah pegi kat tpt perubatan tradisional ni. Masa tu bwk mak berubat sbb mak takde selera makan. Nak kata bomoh ke apa ke aku pun tatau la. Tp dia berubat dgn bacaan2 al-quran juga. Yg bes dia mcm tau je apa2 ttg kita. So, dia bagi la menda2 aku ptt buat. Tp.. pun sama. Aku jd malas sbb nak perasap2 kemeyan. Ada ketidakselesaan disitu. So..kedaung juga.
Keempat - Nak buat ikut BBT- kedaung jugak lps aku tersilap beli temometer yg ada 2 titik perpuluhan je. Ptt kena 3 titik perpuluhan.
Takat ni, takat sethn setgh aku kawen ni itu la antara usaha aku. Dan antara dlm plan aku adalah nak gi Darussyifa dan fully modern treatment.
Yang aku bertahan adalah consume madu. Tu pun mmg sejak anak dara aku da consume. So, mcm da jadi tabiat aku. Ada jugak bc artikel yg kata madu pun salah satu usaha jugak.
Dan doa nabi zakaria tu. Tu mmg aku amalkan selepas solat.

Ni aku jumpa lagi petua. Sapa nak boleh cuba.

Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

credit to : http://thebest4u.wordpress.com/2009/07/09/petua-cepat-dapat-anak/

Susah juga kan takde anak ni. Tp..kira aku kes terpencil. Baru nak masuk 2 thn. Ada lagi yg lelain da 5 thn, da 8 thn malahan berpuluh2 tahun. Dan sekali lagi aku tekan kan, family aku, family mertua tak pernah rasa 'jengkel' dgn 'kelebihan' kami suami isteri. Yg tak tahan adalah org sekeliling. Tkpe lah. Berdoa. Mungkin satu hari nati, Tuhan makbulkan doa ini. Amin....

P/S : aku da register satu porem tu. Mengkalo la ternapak aku kat porem tersebut, bebuat tak kenal je lah yer. Nak meluahkan perasaan disamping org yg senaseb pulak. Mueheheheh.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign