Pages

27 February 2018

Happy Birthday Ayah Rizq!

Selamat hari lahir yang ke 39 ayah Rizq!
Hehe.
Sambutan cuma diner kat Putrajaya ja.
Kat hotel Pulse Grande (formerly known as Shangri la).
Eh. Okay lah food wise bufet diner dia.
Byk pilihan and sedap2 gak.

Bufet diner start kul 7pm.
Kami dari rumah kul 6pm.
Ada masa lagi, jadi benti jap kat area masjid.
1st time Rizq jalan2 Putrajaya ni.
Dulu mak ayah salu deting2 sini tau.. Hihi.
Dah kul 7pm, angkat masuk Rizq dalam kereta.
Mengamuk taknak masuk kereta sbb nak main2 lagi (T____T)
Sampai je Pulse Grande - parking.
Nanti ada buggy datang amik.
Dulu pernah lah gak makan sini. Ada la 2x kot.
Tapi, rasa macam takde la kena naik buggy bagai nak pergi ke area hotel tu.
Tak jauh, tapi kalau jalan sempat peluh tiak gak lah.
Terus je turun bawah kat kafe dia.
Dah ada nama.
Selesa amat sbb duk tepi tiang.
Pastu baby chair Rizq pun senang je letak.
Good.
Ada kids corner gak tau. Mean makanan utk kekanak.
Ala, fries je lah.
Cheat day utk Rizq.
Dia makan fries. Hoho.
Tapi, dia mmg taknak makan memanis.
Mak saja gak try suap agar2 / puding / serawa durian - mmg dia reject taknak.
Alhamdulillah ☺
Kiterang settle makan dalam kul 9.
Singgah area masjid jap.
Saja nak bawa Rizq jalan2 situ.
Ramai betul orang eh.
First time dia keluar smpai kul 10pm ni.
Jarang2 terjadi.
Ni pun dia macam dah mengantuk. Tapi tahan mata.


Kesimpulannya ~ happy birthday Ayah.
Hehe.

26 February 2018

#kaptenRizqkeSabah : Kundasang - Tip Of Borneo - Kota Kinabalu

Hari ketiga - 2 Disember 2017 (Sabtu).

Check out dari Kundasang.
Breakfast di Kundasang kafe dan teruskan perjalanan ke Kudat untuk ke Tip Of Borneo.
Jauh yang sangat jauh ya.
3 jam lebih perjalanan.
Itu pun ada berhenti henti.
Kalau pergi sendiri, memang tak terpegi ni.
Kalau dari Kundasang, turun semula ke arah nak balik KK, tapi nanti ada belok ke arah Kota Belud. Ambik jalan tu. Sunyi jalannnya. Tapi pemandangan sgt cantik. Masih nampak puncak gunung. Memang takde signboard pun tunjuk arah Kudat. 

Kita akan jumpa Tuaran - Kota Belud - Kota Marudu then baru lah Kudat.
Tapi, tak pergi pun pekan Kudat.
Just ke Tip Of Borneo tu ja.
Dulu, memang kami tak ke sini, so, memang nawaitu makRizq nak pegi kali ni. Masa carik pakej kat Matta Fair, memang takdak pun yg offer pergi Kudat ni. Hanya agent yg kami dapat ni ja ada Tip Of Borneo dalam itinerary dia.
Kalau ikut kan, kira kami da cover 1/4 Sabah dah tu. Haha.
Kalau pergi 5 hari 4 malam, boleh la pergi Kudat ni.
Kalau tak.. tak payah lah. Penat weh.


On d way, kami stop jap ambik gambar di Kota Belud.
Lawa pekan dia.
In fact, Kraftangan pun ada office di Kota Belud ni. Tapi entah kat mana tatau. Huhu.
Rasa macam penah pergi gak dulu. Sekali. Masa tu baru masuk kerja.


Singgah kejap beli jagung bakar. Sebelum area pekan Kota Marudu. Nanti kat satu roundabout akan nampak gambar jagung. Maknanya kawasan ni memang femes dgn jagung. Shld try. Don't worry mmg akan nampak macam was was, tp dia jagung ni dibakar skali dgn kulit. Peniaga2 situ tak pegang pun isi jagung tu.



Then diteruskan hingga ke Perkampungan Rungus. Rumah Panjang. Tiket masuk dah include dalam pakej. Boleh la tgk rumah panjang kaum Rungus. Tapi kami tak masuk pun. Nak cepat. Plus macam hujan dah masa ni. Just beli kraf manik kat situ. Murah sangat. RM2 pun dah dapat rantai tangan manik yg kemas buatannya. Sbb makcik2 yg buat.

Settle situ sambung lagi perjalanan ke Tip of Borneo. Masuk simpang situ, simpang sini, masih tak sampai. Signboard memang takdak ya melainkan dah dekat2 tu. Jadi, kalau pergi sendiri, berhati hati lah. Line internet pun kadang ada, kadang takde. 

Sampai je, terus pergi lunch. Ada kedai makan tepi laut. Tapi nya, menu tak banyak. Driver kami kata sbb jauh, susah dia nak dapat bekalan.


Dah makan2, baru pergi tgk hujung tanduk Sabah.
Masa ni cuaca mendung. Tapi berpeluh tiak juga dibuat nya.
View superb Subhanallah.
Duk situ dalam setengah jam then gerak pulang ke KK.
Singgah solat kat Kampung Matunggong. 
Dah selesai apa semua naik van semua dah, dah gerak dalam 15minit camtu lah, boleh plak sorang anak buah tertinggal sweater dia kat masjid tu. Ya Tuhaaan... tapi apa nak buat. Apaknya kata tu sweater beli kat Korea pulak tu.
Semua macam - ha.. nak buat cemna. Dah la jauh lagi perjalanan ni. Naseb lepas tu dak Rizq tido ja. Dah nak sampai KK baru dia bangun semula.

Smpai KK dalam jam 8. Mmg macam awal tp kat KK ni kul 6 dah maghrib. Jadi, serupa macam dah kul 9 lah.
Makan seafood.





Lps tu terus pergi homestay.
Kami stay di Marina Court.
Kalau famili memang elok lah stay sini. Fully furnished. Siap ada washing machine apa semua. Okay lah kan.
Lepas letak bag, kakak2 ipar pi shopping kat pasar Filipin. Kami dah tak larat dah. Tidoq lah lagi best.

Settle hari ke 3.
Esuknya kita ke pulau pula :D

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign