Pages

10 July 2010

~Pasal gi muzium negara~

Ini berlaku bila ni ah?
Ujung bln 6 retu rasanya. Wiken yg b4 aku balik kg. Ha. btul la tu ujung bln 6. Berapa hb tah. Lupa dah.

Kecoh..gi muzium pun mao stori stori kat sini kan.
Pegi tak plan pun. Balik dr PJ tu lalu dpn muzium, napak banner Pameran Keranda, so trus sajes kat my dear n dia pun ok trus je belok ke muzium. Huhu.
Paking da bayar eh kat muzium ni. 2 inggit. Patut pameran keranda ni da abis. Tp derang xtend. Tp tanya dulu kat budak jaga paking tu. Dia kata ada lagi. Smpai 18 Julai (ok..sapa tak pegi lagi, sempat lagi pegi yer).
So, paking then terus gi kat tpt pameran tu.
Bayar lagi. RM2 utk seorang dewasa. Utk kamera kena up lagi singgit. Aku tak byr bcoz aku mmg takde niat la nak bergambar dlm tu.

Oih. ingat kan pameran tu dlm muzium. Maksud aku dlm bangunan muzium itself lah. Rupanya kat bawah tu. Aku rasa mmg pameran berkala dalam bangunan tu. Ala. kecik je tpt nye. Ada la sekentut je. Maksudnya, ko kentut kat pintu masuk smpai pintu kuar masih berbau. Atau ko kentut kat pintu masuk, boleh dgr kat pintu keluar. Haa...gitu la dia nyer perumpaan. Tp aku idak la kentut pulak kat pameran tu. Jgn buat begitu ya..tidak sopan. Buatnya ter bangun makhluk makhluk yg derang letak dlm tu lgi naya.

Masuk je dlm tu diiringi dgn bunyi-bunyian yg..yg..yg apa eh? mengerikan? menyeramkan? menginsafkan? entah la..tp ada la sound2 effect.

Dia buat pameran keranda dari zaman neolitik, mesolitik, paleolitik suma tu. Pastu cara2 pengkebumian dalam budaya melayu, cina, india. Nak kata takut tu tak la takut sgt, tp seram2 jugak la. Ada satu tu dia buat mayat kat atas pokok. So, boleh terkejut.

Tp aku tak la seteruk ada satu kapel tu. Aku yakin mereka bukan suami isteri tp pakwe dan makwe sbb nya makwe nya tu adalah terjerit jerit, gedik gedik yg buat tinger aku berbulu. Konon mcm takut la sgt. Dah takut watpe ko masuk. Tunggu je la luar. Bodoh giler aku tgk. Kejap2 dia kata - eii..takutt..nanak la pegi situ..namo..takutt...jum la kuar..jum la kuar. Aku rasa nak je tepuk montot dia pehtu buat tatau. Konon cam ada menda la yg buat. Baru padan muka dia. Tolong yer. Jgn la gedik2 camtu. Geli aku tau..da tau penakut sila jgn masuk.
Aku mmg takde nak amik2 gmbr. Tanak aku. Kang balik2 aku tgk ada entiti lain plak, cena?? jadi aku amik gmbr kat luar2 je.

Eh. aku penakut pun takde la smpai nak tarik2 baju laki aku. Tkde la menjerit2 aww..aww..namo..namo..takut.. aku panggg jugak sekali kang. Gedik tau..gedik. Laki aku pun kata gedik. Tp aku rasa pakwe dia tak kata gedik sbb mungkin lebih suka sbb dipeluk2 gitu. Hieee.. ku masuk kan dalam keranda emas tu baru dia tau.

Lps da tgk pameran tu ada lagi pameran negara2 Asean. So, kasik masuk saja sbb pree. Pun sekentut je pameran nyer. Dah tu macam nak masuk muzium bebtul tu. Skali kena bayo lagi 2 inggit ke berapa tah. Jadi..tak yah lah (eh..kira bawah satu kementerian takde diskaun ker? huhu..2inggit pun nak diskaun, sekeh kang). Next other time lah. Dah tu, dkt nak 10 inggit la plak utk muzium je. Nati2 lah. Bawak anak2 buah ke nati. Lagipun baru lagi aku masuk muzium nih. Dulu ngan bf lama thn 2005 dulu. Hahahahaaa...... Baru ker??? org tu pun da beranak renek dah. Ekekekeke.. eh. motip?

Lps tu masuk muzium org Asli plak. Ini pun bukan saja sekentut tp se dehem je. Haha. Tkpe la. Kata pree kan.

Dah kuar dari muzium tu, beli eskrem roti. Nom nom nom. Sedap..makan plak diwaktu panas2 tu. Jadi sambil makan eskrem kita layan gambar2 yg diambil. Eh...

Ini dkt dlm pameran Asean tu. Baju aku kedut seribu. Baju ni mmg tak iron. Sbb nyer aku balik PJ pakai baju kurung sbb nak gi kenduri. Lps abis kenduri salin baju ni. So, takde kuasa lak nak iron2 bagai. Kasik pakai je. Lantakkk...!

Waka waka eh eh. Masa ni England lum kalah.


Pintu masuk muzium.
Jadi rakan-rakan marilah kita ke Muzium Negara.

~Pasal Gi Floria~


Kali ke3 diadakan (2007, 2009 dan 2010)
Dan kali ke3 jugak aku pegi.
1st year tu aku pegi ngan Fida, akak dia, Wani, Wan n Azlan.
Masa tu igt lagi. 31 Ogos. Which malamnya tu kiterang gi nyambut detik 12 t.mlm kat Dataran. Ni aku ada citer kat blog lama lah.
Then last year pi ngan my suami lah. Ate..dah bersuami katanya.
So, thn ni again..ngan my suami jugak.
Suka kan aku menda2 camni? Haha. Walo ku tahu akan peluh tiak namun ku gagah jugak utk pegi. Mmg bukan ada apa. Just tgk bunga, bunga, bunga dan bunga. Huhu.

Kali ni aku pegi on d 1st day. Dah tu sementelah aku da kuar, terus la pegi. Kuar pagi tu ngan Dee (akan ada citer di lain entry).

Org tak berapa ramai kat tpt taman2 yg ada hiasan2 bunga tu. Tp org meramai dlm pavilion (khemah hok besa tu). Berebut2 nak amik gmbr dgn 'aligator/biawak bunga'.

Utk keterangan lanjut leh tgh web nih : http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html

Takde citer apa sgt pun. Jadi tempek gambar sudeehhh..

Comei tau ladybird neh. Rasa nak peluk peluk


Ni la aligator ke biawak ke tah yg disalut bunga. Ramai nau nak amik gmbr ngan binatang ni. Kena tunggu sorang sorang amik gmbr. Sorang amik gmbr, yg lain duk tgk je. Kalo aku..aku segan. Jadi perhatian plak. Hehe.


Turtle ni pun disalut bunga bungaan


Ciken litel..... ai loike...loike..


Gadis dan bunga.. lalalallaa..
Ok. Dah habis. Cepat cepat pegi. Smpai 18 Julai.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign