Pages

26 April 2010

~PnStoberi di Alor Setar~

  • Ada sawah padi yg saujana mata memandang
Tp nya masa ni derang baru nak tanam semula padi kut. So, tak buleh la nyanyi lagu ni.
"lihat jauh nun di sana tekun petani kerja, buah padi masak kuning, isteri kerja sama, potong memotong membanting padi nya..dulu padi ditumbuk inang tampi, kini mesin jadi penggantiiii..." Ha..korang ingat tak lagu ni. Masa dajah berapa tah.

So, lalu jalan lama pun ada hikmahnya. Sgt menarik. Jalan pun tak la stress sgt. Ok je.

  • Ada Muzium Padi.
My dear kata ada muzium padi. Tp tak pasti kat mana. So, napak signage. Trus masuk. Singgah je la. Menarik juga. Masuk RM3. Kalo bawak kamera harus di top-up lagi 2 inggit. Aku jujur. Tkde sembunyi2 nih. So. Kasik bayar je la.
Dia mcm bes sbb ada dia buat mcm menda berpusing kat atas tu. Ada lukisan2 pemandangan. Konon mcm kita tgk pemandangan Kedah la. Bes. Mungkin sbb ada mendalah ni dia jadi mahal. Tk la ada bagai2. Ada pasal padi je la. Ater..udah nama pun muzium padi. Lps tu lukisan2 pun byk. Buleh tk aku nak bagi cadangan. Apa kata kalo tpt2 yg derang duk letak lukisan tu space tu digunakan utk letak replika tanaman padi. Pehtu buat la sawah padi yg guna cara tradisional. Lps tu moden sket, lps tu makin moden. Ha..ada la sket pembelajaran interaktif disitu. Waah..interaktif katanya. Haha.



  • Ada Pusat Sains Negara.
Ok, tk penah2 gi PSN kat sini tup2 ter pegi yg Wilayah Utara punya. Best jugak. Baru launch. So, masuk adalah free. Ini utk kanak2 ok la. Mesti syiok sbb leh tgk memacam benda sains. Sains kan magic. So..menarik. PSN ni blkg je muzium padi tu. Paking keta kat muzium jalan kaki je ke belakang dia.
Yg ada balang2 mcm air tu tpt timbang berat air dlm badan dia. Memula ada cikgu tu timbang, tgk mendalah tu kemain tggi naik. Masa aku naik air tu tak naik tggi. Mcm dehidrat je aku nih. My dear plak syok main timbang2 berat badan kat planet lain. Yg napak selipar my dear tu masa dia jalan kat tpt ada mcm ada bayang2 air. Tp masa kita jalan bunyi mcm air berkocak. Science is magic. Huhu.
  • Ada gerai tepi sawah
Ini tak sengaja pun. Kuar je dari PSN udah lapar sbb da dkt kul 1. Misi mencari gerai makan bermula. Jadi nak pastikan mana tpt bes kita tgk mana tpt yg keta byk. So, jumpa satu kedai yg keta nya berderet2 paking. Patut la ramai. Mmg bes pun. Tepi sawah. Lauk2 kg. Ada ikan bakar. Nom nom nom. Aku tgk gak nama kedai ni tp takde lak dia tulis besar2 nama nya. So, aku amik kad dia. Nama dia Kafe Ole Nyiur. Tpt dia kat Jalan Putra, Alor Janggus. Mmg sedap dan org pun ramai. Mkn kat Jeti tu mcm tak puas sbb ramai2 kan..so, amik ikan keli bakar. Baru siap bakar. Besarrr punya. My dear amik siput. Tp bkn siput yg slalu jumpa kat pasar cokit. Ini aku rasa siput kat sungai tepi sawah tu kut. Aku tk reti makan siput walo berasal dari sg. siput. HiHowww...

  • Ada jalan nak pi highway.
Ok..merepek sudah. Huhu. Kami masuk tol Alor Setar. Dan tidak la lalu lagi berjalan2 di sekitar ALor Setar. Udah2 la tu. Lenkali pulak kami dtg lagi yer. Masuk tol dlm kul 2 ptg, smpai di KL sekitar 8pm. Ok la kan..just nice. Dlm 6jam. Berenti di RnR Sg. Perak dan Tapah.

Aku nak endingkan citer di Perlis dan Kedah ni. Nak buat entry Pahang plak. So, jumpa di Pahang pula ya. Akhir sekali, ini la souvenir utk adik2 unit aku yg dibeli di Padang Besar. Dah kira2 cam tk cukup plak. Tp mak kata "hai..jenuh la kalo ko nak kira suma dapat satu sorang" Hehe. Tp derang tk dpt key-chain derang dpt pelam sala. Kan?? hik hik


PnStoberi : ke Utara sudah, ke Timur pula ya...

~PnStoberi Di Perlis 3~

**Makan Malam di Jeti Kuala Perlis




Sebelum makan.
Order Ikan Gerut bakar. Tom Yam. Kerang bakar.
Sup Sayur. Kerang Rebus. Dan apa tah lagi. Lupa dah.

Tatau la betul ke tak namanya jeti. Tp makan seafood yg macam fresh gitu. Yang guna konsep pilih-timbang-masak-makan-bayar-terkejut dan berpeluh masa nak kuarkan duit yg mmg thp beratus lah [kalo mkn lebey 5 org la...].


Ok, makan secara berjemaah.

Lps tu trus balik.

**Ada buah mangga

Dan ini habuan memasing. Ini gmbr bila da smpai KL. Dpt satu family satu Malaysia satu guni 'sala' and 3 kilo Harum Manis berharga emas tu. Huhu. Harum Manis yg dlm bakul kuning n pink itu. Setap gilers.


So, esuknya perjalanan kembali ke KL. Sgt mencabar sbb memula tu follow je signage tunjuk hway ke KL. Tup2 smpai ke Arau. Then follow je. Tup2 tak jumpa da arah KL. Mula cemas sbb napak dia tulis Bukit Kayu Itam. Lps tu u-turn balik ke Kangar. Padahal rasanya mmg da betul jalan tu. Aku menyampah tul. Management PLUS sila amik perhatian. Tolong la bagi direction clear sket. Memula ada tulis arah ke KL, lps tu da lost. Tulis Bkt Kayu Hitam je. Cemas la org tatau jalan nih.

Tp ada hikmahnya. Sbb smpai simpang yg nak masuk Kangar tu ada simpang ke Alor Setar. So, decide lalu Alor Setar je. So, kami lalu ikut Alor Setar. Nxt entry adalah entry "Ada Apa di Alor Setar" pula ya.

Abis dh entry di Perlis. Laju2 buat sbb byk lagi entry jalan2 pas ni menyusul. Tk sgka bulan ni aku berjalan2 pada tiap2 minggu. Tpt2 yg jarang2 pegi lak tu. Emm...best sgt walo pun penat.

PnStoberi : seronok bila bersama keluarga.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign