Pages

20 September 2019

Jetstar Penyelesaianku Untuk Bercuti

Alahai... I belum habis cerita pasal Pesta Sukan di Kuching tu ari. 
Tu lah. Busy nau lah sekarang.
Takpe.
Lemme share dulu with u guys something yang best berkaitan Sarawak ni.

Sekarang ni uols tak payah pening-pening nak cari tempat cheap atau booking senang sebab sekarang ni kita ada Traveloka apps. Ada lagi ke yg tak pernah dengan Traveloka? Traveloka ni web and apps yang boleh setelkan segala urusan booking and u guys boleh book cheap Jetstar flights online dengan senangnya. 

Okay jom tgk cara2 nak booking dengan mudah dan murah ni. Gitewww....
Sebelum tu i citer dulu apa yang u guys boleh buat kat Kuching. Sebab info ni agak penting supaya u
guys boleh plan apa nak buat kat sana nanti.

Currently u guys boleh ke Kuching dengan Jetstar sebab dia salah satu destination diorang. Kat Traveloka ni u guys boleh book flights to Kuching online and terdapat banyak pilihan yang murah. 

Antara tempat yang u guys boleh pergi kat Kuching ialah Muzium yang tertua di Borneo, Muzium  Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata u guys tentang bukan sahaja sejarah negeri Sarawak tetapi juga tentang budaya dan kehidupan masyarakat kat negeri ini. Antara koleksi yang dipamerkan kat sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD. Bila dah ‘penuh’ ilmu kat dada, u guys boleh menuju ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli cenderahati. 

Muzium ni dekat sgt dgn hotel weols duduk masa Pesta Sukan tu ari. Tapi, tu hari tgh renovation. Uols buleh call lah kot muzium ni utk tahu bila dah siap. Tapi, by next year mesti da siap reno punya. So, bleh masuk dalam itinerary uols jugak lah.


Dan yang ni temanya "tak sarawak lah tak ambik gambar kat sini" kan?
Haha.
U know what, dak kecik tu kemain sakan bila nampak cats ni.
Dia yg cakap "nak piece... " kat cats tu.
Haha.
Terjebak sbb mak dia selalu suruh posing.

Mercu tanda ini tak lain tak bukan adalah Tugu Kuching yang megah berdiri di hadapan hotel-hotel dan pusat membeli-belah bandaraya ini. Tugu yang berada di dalam roundabout ini dijaga dengan baik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sentiasa memastikan agar warna tugu ini tidak pudar. Sebab tu, bagi u guys yang nak bergambar di sini tak perlulah risau ya? Warnanya tetap vibrant bila-bila masa sahaja u guys bercadang untuk berposing di sini.

Ke mana nak pergi tanpa perlu keluarkan bajet di Kuching ni tapi dalam masa yang sama best bukan main? Jawapannya adalah Muzium Kucing! Jangan main-main, muzium yang juga terletak di ‘Kuching’ ini adalah muzium kucing yang pertama yang ada di dunia. Muzium yang terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas Bukit Siol ini menempatkan lebih daripada 3000 pameran yang menarik hati. Berkeluasan lebih daripada 1000 meter persegi, muzium ini memiliki 4 buah galeri yang didalamnya ada lebih daripada 50 pameran berbeza seperti jenis-jenis kucing, kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi. Tak ada apa lagi yang perlu u guys Google tentang kucing sebaik melawat muzium ini. Nak jadi pakar kucing? Sini wajib u guys pergi.

Muzium Kucing ni weols tak sempat pergi masa Pesta Sukan tu hari. Tapi, masa pergi tahun 2015 tu weols ada pergi. So, muzium kucing buleh masuk list sbb ianya unik dan takde kat tempat lain. Meowww... 

So, dah tau tempat2 menarik ni, moh la kita booking. Nak buat booking atau nak riki harga u guys boleh bukak link https://www.traveloka.com/en-my/jetstar dan u guys isikan info macam tarikh u guys nak pergi. Kalau nak pergi tu jangan pergi time cuti sekolah atau cuti raya kalau nak cheap. Tapi, kalau tak kisah atau time tu je uols boleh pergi, takde hal sebab u guys boleh buat perbandingan harga antara airline.

Jetstar ni sebenarnya Airline low budget yang based kat Australia. Pernah menang award pada tahun
2011, 2012 dan 2013 sebagai airlines low budget yang terbaik. So harga dia memang cheap. Dia cuma ada 2 jenis seat yang u guys boleh pilih iaitu Economy class dan business class. 
Tujuan Jetstar sebenarnya nak bagi u guys yang bajet rendah untuk dapat naik kapal terbang so sebab tu la dia agak cheap. Kalau u guys rasa nak makan boleh tambah sikit atau beli masa flight, kalau taknak pun boleh. Business plak lebih selesa untuk yang nak spend lebih tapi tak semua flight ada business class so u guys kena find out dulu sama ada tempat yang u guys nak pergi tu ada business class atau tak. Beza dia dengan economy class adalah berat baggage yang u guys nak bawak dan selesa seat dia. And of course terpulang kat u guys based kepada apa yang u guys nak.

Weols tu hari sbb ada meeting MBJ masa Pesta Sukan tu, so, tiket flight I office dah tanggung (tp anak n suami bayar sendiri okeh.. kena mention.. nanti acik bawang kata tak bayar pulekkk.. haha). So, next time, I nak try jugak Jetstar ni. Macam best je kan. So, jom!

Last but not least, pemandangan indah dari bilik hotel yg kami menginap masa di Kuching selama 5 hari 4 malam. Best weh Kuching! Serius.. orang pun semua baik2.


Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign