Pages

30 December 2016

Wrap Up 2016

How time flies.
Bye 2016
Tahun yang membawa penuh erti.
Oleh kerana nak buat entry pun susah sekarang. mari lah kita wrap up secara pukal sahaja.
Macam last year pun, secara pukal juga.
Kali ni kita pukalkan mengikut bulan pula.

~Januari~
Tiada apa2 event besar berlaku. Tiada percutian anniversary seperti tahun tahun sebelumnya kerana bulan 1 ni dah pregnant 4 bulan lebih.

~Februari~
Bulan bufday myDH.
Celebrate bufday myDH kat mana eh?
Lupa. Haha.
Ada satu event family masa bulan 2 nih. Rombongan meminang anak buah ke Sabak Bernam. Masa raya cina. Rombongan meminang dan terus bertunang. Mengejut ja. Takde plan takde apa, tau tau nak bertunang. Hai. Bebudak zaman sekarang ni.
Kek pun beli kek secret recipe ja. Weols sponsor cake.




~Mac~
Trip ke Melaka bersama mak n family abg cik. Beli voucher masa kat Matta Fair tahun 2015. Pergi Gold Coast Melaka. Best!.
Masa pergi ni minggu ke 27 pregnant.
Lepas tu beli kuih keria senang je. Takde la cam sekarang ni.
Pelik eh. Dah lama kot glamer kuih keria ni, apsal skrg baru nak viral beria.


~April - Mei~
Tiada apa yang menarik. Kerja macam biasa. Ada pekeliling baru untuk upgrade gred2 tertentu. Agak busy juga hujung2 sebelum cuti bersalin tu.
Bulan 5 sempat menyelit buat maternity photoshoot. Hihi.
Dalam tgh musim panas berbahang masa tu.
Naseb la nakkkk... haha.

~Jun~
1 Jun 2016 - Kehadiran Rizq Iskandar dalam keluarga kami. Rezeki dari Allah yang ditunggu tunggu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Berpantang dalam bulan puasa.

~Julai~
Hari raya pertama kami bergelar ibu dan ayah.
Belum habis pantang masa ni. Huhu.
Beraya di KL saja. Tapi seronok. Ramai sedara mara datang.
Maklum lah. Nak tgk orang baru, kan? Hihi.

~Ogos- September~
Masih dalam maternity leave. Serta unpaid leave (cuti menjaga anak) sebulan. Menjadikan 4 bulan bercuti! Seronok dapat mengulit baby sampai 4 bulan. Alhamdulillah.
Balik kampung sebulan.
Thank u pada adik2 unit di ofis. yang byk beri kerjasama masa akak cuti ni.
Memang tak fikir langsung pasal kerja.
Semuanya mereka settle kan sendiri.

~Oktober - November~
Dah masuk kerja.
Lemau. Huhu.

~Disember~
Rizq da masuk 6 bulan.
Bufday ibu.
Anniversary ibu n ayah.
Percutian famili ke PD.

Tahun ni memang rasa masa berlalu begitu pantas.
Tgk balik wrap up 2015.
Sebenarnya masa menulis tu, 4 month of my pregnancy :)
Cepat kan masa berlalu.
Sekarang Rizq Iskandar dah nak masuk 7 bulan.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.


Untuk rakan2 yang lain.
Teruskan berusaha dan berdoa.
Yakin. Allah akan makbulkan doa pada masa yang terbaik untuk kita.

27 December 2016

PP Bil 11 Tahun 2016 : Kemudahan Cuti Kuarantin

"Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantinkan"

Antara petikan PP Bil 11 Tahun 2016.



Sebelum ni cuti kuarantin utk pegawai sahaja. Tapi sekarang telah dipanjangkan untuk anak yang sakit juga.

Pegawai yang layak - ibu dan bapa sah
(So, kira mak n ayah layak utk ambil cuti kuarantin ni)

Tempoh - 5 hari bagi setiap kes
(kalau mak ayah dua2 kerja govt mungkin ada kelebihan di situ. Harap jangan disalah guna pula.)

Umur anak - bawah 18 tahun, dan 21 tahun jika masih belajar. Tidak ada had umur bagi anak OKU yang OKU sebelum umur 21 tahun.

Senarai penyakit yang layak -

*HFMD
*Demam denggi dan Demam Denggi Berdarah

*Campak
*Chickenpox
*Difteria
*Malaria

Kesemua cuti ini perlu mendapat perakuan pegawai perubatan kerajaan atau pun swasta.
Tarikh kuatkuasa - 1.1.2017.

Bacaan lanjut :

23 December 2016

#MyTravelokaEscapade : I Need A Holiday Lah

You need a holiday lah!
I need a holiday lah!

We need a holiday lah!
♥♥♥

Yey! Mari lah semua kita ber holi holi day.
Dah lama sangat tak travel ke luar ni. Tahun 2015 pergi Umrah. Then, rest smpai sekarang. Eh. Tak boleh jadi ni. Dah lama sangat rest ni.
Memang dah gatal sangat kaki tangan semua nak klik klik beli tiket. Haha.
Lagi lagi bila dak kecik Rizq Iskandar a.k.a #kaptenrizq saya dah besar sket. Dah boleh bawak gi travel.
KaptenRizq kalau bawa dia jalan jalan, dia behave je.
Takat ni dah 2x try bawa dia bercuti.
And, Alhamdulillah. Dia sangat baik. Tak banyak ragam. 
So, lepas ni buleh la mak n ayah bawak awak naik katebang plak kan.
Hihi.

Dalam tengah gatal tangan kaki semua, tup tup ada contest #MyTravelokaEscapade by Traveloka. Pernah dgr kan Traveloka?. Alah, web yang kita boleh beli tiket flight, hotel apa semua tu. Pastu menawarkan harga yang terbaik dan ditambah pula"harga yang jujur" . Apa kita nampak, itu lah kita bayar. Takde la nanti ada lagi GST tak include lah apa lah.
Tak caya. Tengok lah ni.


Apa pun, korang gi je web Traveloka tu. Try klik klik cari date and tempat kita nak gi. Tak pegi pun takpe. Saja je klik klik. Hihi. Eh. Ai selalu tau buat gitu. Terapi tu. Muehehehe.

Okay, sekarang mari lah kita mencuba nasib.
Untung-untung boleh bercuti secara free. Ye, free! Kita kasik bold n kaler merah sket. Hihi.
Mana kita?
Saya pilih TOKYO!

Ya. 
Dah lama saya plan nak ke Jepun. Atau secara khasnya ke Tokyo.
Memang dalam angan-angan ni.
Salah satu sebab - nak pergi Disneyland Tokyo.
Kredit : Here

Sapa taknak pergi Disneyland?
Memang childhood dream kata orang tu.
Kami suami isteri dah pernah ke Disneyland Hongkong.
Tu pun dah rasa best sangat dah.
Apatah lagi Disneyland Tokyo ni kan.


Masa pergi Disneyland HK dapat ambik gambar ngan Minnie Mouse. Seronok kemain siap frame bebesau. Haha.
Tokyo Disneyland adalah antara Disney Park yang terbesar. Dan Disney Park pertama di dunia yang dibina di luar US. Dibuka pada tahun 1983. See, dengan info bagai ku bagi dah ni.
Nak pegi! Nak pegi!
Lagi bertambah teruja nak ke Disneyland sekarang sbb dah ada #kaptenRizq.
Ya.. bawak anak lagi la best (ke mak jugak yang lebih teruja nanti).

Selain Disneyland ni, boleh juga tengok keindahan alam.
Sapa tak nak pergi tengok Gunung Fuji.
Fuh!
Gila kau taknak pergi kalau dah tengok gambar secantik ni.
Meleleh air liur tau. Haha.
Giler. Ya. Saya memang segila itu kalau bercakap perihal travel nih.
Tgk gambar pun memang menggamit2 nak ke sana di buat nya.

Tak buleh jadi ni.
Haha.

Lepas tu Jepun (Tokyo) ni ada 4 musim.
Kita boleh lah melihat keindahan ciptaan Allah di sana.
Ada musim bunga, musim luruh, musim panas dan musim sejuk.
Teringin nak pergi masa musim bunga. Cantik sangat sangat lah.
Tak pun musim luruh. Cantik juga. Musim panas pun okay kot. Alah, kita kat Malaysia pun dah biasa panas kan. Takpe je kalo kat sana panas. Tapi musim sejuk pun best.
Kalau orang dah bagi free, mak tak kesah pi musim apa pun. Ngeh ngeh ngeh.

Selain tengok keindahan alam, kat sana pun shopping heaven gak.
Apa tu yg orang selalu cakap tu - Shibuya, Akihabara.. entah lah. Memacam nama ada. Best!

Pendek kata semua lah best kat Tokyo ni. 
Memang menjadi tempat impian lah.

Mana tahu ada rezeki nak bawa Rizq Iskandar dengan #MyTravelokaEscapade ni kan. Hihi.

Eh. Uols taknak cuba ke? Mana tahu menang percutian idaman ke. Ha.. try try. Jom try.
Just tulis blog ja. Kalau malas, just share kat FB ja.
Senang saja!
Masuk web traveloka blog ni untuk tengok detail dia.


Jom.
You Need A Holiday lah!

21 December 2016

Rutin

Rasa nak menulis plak.
Ada masa waktu lunch ni sket kan.
Saja borak borak pasal rutin sekarang ni.
Setelah lebih 3 bulan masuk kerja.
Bercuti selama 4 bulan lebih, memula masuk memang rasa lemau habis.
Kalau buleh nak ambik unpaid leave sampai 3 bulan.
Biar sampai baby umur 6 bulan kan.
Tapi. Cam melampau la pulak. Hehe.

Sekarang ni. Balik kerja harus la tak lengah lengah lagi.
Ada la sorang staff tu pernah tegur "amboi, sekarang balik awal ya"
Alah. Tu saja nak suruh orang jawab "nak amik anak la.."
Sorry ye tuan. Bukan begitu jawapan saya.
Jawapan ku mudah je 
"Ate.. dah berbelas tahun dah saya balik lewat, bagi lah orang lain pulak balik lewat"
Ha. Begitu. Terdiam terus. Lalalala. Sebok!

Jarak office ke rumah babysitter (BS) pun dalam 10min-15min gitu.
Masa ambik kaptenRizq dia da siap mandi. And biasanya bs dah bagi susu apa semua.
Tapi, kadang dia cam nak ngempeng dalam kereta gak.
Kadang dia nak main2 je. Bagi la dia kotak ke apa ke. Suka je dia.
Kalau jammed, dia rimas sket lah sbb kereta tak gerak.
So, mak nya lah akan nyanyi ke apa.
Dia paling suka lagu "tepuk amai amai" dengan "papaku pulang dari kota"
Oh. Mak duduk belakang ya. No no no. Big no utk duduk depan. Samada letak kapten dalam baby car seat atau pangku. Yerp. Pangku pun suppose big no no tau. Tapi, sbb jammed blh la pangku kat belakang. Tu pun with extra cautious sbb takut brek mengejut.

Sampai rumah biasanya dalam kul 6 suku, 6 setengah camtu lah (cuti sekolah blh smpai kul 6pm).
Terus keluarkan ebm masuk dlm chiller.
Masukkan ice pack dalam freezer.


Bag yang mak bawa gi office. Comel sbb boleh gak bawa gi meeting or kursus. Orang tak tau pun beg mak mak menyusu. Hihi.
Senang sbb muat double pamp and accessories, ice pack satu. Tapi, ebm kena letak dalam storage plastic. Kalau dalam storage bottle tak muat.
Tapi, mak lagi suka guna storage plastic, sbb kalau bottle dia cam lelemak tu melekat. Sayang lah lelemak tu. Dah la lelemak mak tak byk. Rugi lah kalau terlekat kat botol. Rugi. Rugi. Rugi.

Lelaju mandi while ayah tunggu kan dak Rizq.
Lepas mandi (solat Asar dah buat kat office), masukkan storage bottle and feeding bottle dalam air panas yang dah campur dgn cecair pencuci botol tu. Rendam jap.
Lepas tu settle kan beg kapten ke rumah bs untuk esok. Keluarkan baju dia dah pakai, ganti balik pampers yang dah guna (biasa letak 5pcs - mmg tak bagi siap satu beg sbb nak pantau berapa dia guna utk sehari), letak baju baru.
Masa ni biasanya dah nak maghrib. Kapten mula ek ek ek sbb dia nak tido.
Dia dah biasa tido selepas maghrib.
So, samada feeding dia sebelum solat maghrib or kalau dia blh tahan, ayah dia main main dulu ngan dia, boleh la solat dulu. Sbb kalo feeding utk dia tido malam ni, dia ngempeng blh tahan lama. Dalam one hour pun blh.
Dah tu, kadang mak pun tertido lepas letak dia atas katil. Haha.
Tapi, kalau tak tido pergi lah cuci bebotol semua and masuk strelizer.
Yup. Ini paling rutin.
Rendam - cuci - sterilizer - keringkan.
Memang part paling malas.
Ada yang kata "patut part ini husband yang buat"
Up to you. For me - lagi puas hati buat sendiri. Sebenar, storage bottle bs dah basuh, tp balik rumah bilas2 then sterilize.
Setiap hari ada 4 bijik storage bottle, 1 feeding bottle and double pump n accessories. Sekarang di tambah pula dengan storage food and storage botol 2oz utk letak susu yang akan bs campur dengan food dak Rizq. 


Then makan.
Lps tu ambik bebotol dalam strelizer utk "hang"
Kena buat awal utk bagi botol2 ni cepat kering.
Utk pump, kena bagi kering cepat sbb awal pagi nak guna.


Biasa dalam kul 11 dah kena masuk tido sbb kena bangkit awai. Sebelum tido kena iron baju dulu.
Kaptenrizq tido dari lepas maghrib tu sampai ke pagi.
Tapi, dia akan bangun setiap 2jam utk menyusu. Tu mmg rutin dia.
Biasa kul 10, 12, 2 dan 4 pagi. Memang cam tu lah lebih kurang je. Dia tak nangis pun. Tapi, kita sedar je bila dia gerak2 tu. Then dia feeding tak buka mata pun. Huhu.
Kul 5.15am - angkat kapten utk feeding dia sambil pam (tandem)
. Cam biasa, dia tak buka mata gak. Hihi. Have to sbb nak dapatkan ebm fresh sebotol. Agak lambat kalau tak tandem. Must do yang ni. Kalau tak mesti cam sedih, tapi Alhamdulillah, takat ni tak pernah gagal untuk dapatkan ikut supply sekali dia minum. Kadang berlebih. Depend apa makan malam or siang tu. Hihi.

Lepas tu mandi.
Tapi, sekarang kapten dah makan - so, pergi masak bubur dia dulu. Takyah mandi dulu.
Sambil masak tu kemas2 botol dia, then solat Subuh dulu. Lps tu baru blend bubur dia. Alhamdulillah, lega sgt beli Beaba Babycook sbb dia blend halussss sgt. Takyah nak tapis2 lagi dah. Tak renyah. 
Settle semua ni baru mandi. Masa ni kapten biasanya dah bangun. Dia lepak2 je atas katil.
Then kita dah siap2, pegi wash dia apa semua. Tak mandikan cuma tukar pampers and wash je.
Last sekali sebelum keluar baru siapkan susu dia.
Dulu, buat awal, lps tu masuk fridge balik. Tapi skrg mcm dah lewat. Kang punch card merah lak. Haha.
So, last sekali baru settlekan susu.
Kalau guna frozen ebm, cairkan sesiap (malam bawa turun ke chiller - bangun pagi kalau tak cair lagi, rendam kejap dalam air - air biasa, jangan air panas. Setengah orang akan lalukan bawah air paip. Mak malas nak tunggu camtu. Hihi).
Susu kapten - 1 feeding bottle (ni fresh ebm kul 5pagi tu), 4 storage bottle (chiller n frozen). Dalam 3oz setiap sebotol. Dan bertanda nombor. Masuk dalam cool box. Bila masuk cool box ni bs tak perlu masuk dalam peti ais dia dah. Letak 3 ice pack.



Begitu lah rutinnya.
Sama macam mak mak yang lain juga.
Part paling remeh adalah basuh botol n pump yang banyak2 tu.
Kalau kat grup FB tu, ramai yang cam malas je nak basuh2 tu.
Haha. Memang lah pun. Bercinta. Tapi, enjoy je lah.
For me - enjoy je motherhood moment ni.
Lagi lah kita yang TTC'ian ni kan. Tetiap hari minta. Dah dapat, enjoy je every moment. 
Never ever lah nak merungut penat ke apa.
Kerja ni kalau kita jadikan ianya satu yang gembira, maka gembira lah ia.
Kalau rasa ianya beban tu yang jadi penat.

Takat ni Alhamdulillah.
Syukur sangat dengan rezeki dari Allah.
Up to 6 and a half month and kaptenRizq still ebf. No fm.
Moga berjaya lah hingga mak dapat PhD kan :)
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas moment terindah ini :)
Ni lepas dah ada floor baru, mak terus buat baby corner.
Hehe.
#doa saya sentiasa mengiringi rakan-rakan TTC, agar dapat menikmati pengalaman ini juga. InsyaAllah. Teruskan berusaha dan berdoa. Allah Maha Mendengar.

Masih Tak Sempat : Birthday, Anniversary

Huwa.
Tak sempat juga.
Cerita ceriti makin bertambah.
Tapi, takde kesempatan nak menulis.
Bila ada kesempatan macam takde mood pula nak menulis.
Nak biarkan blog ni, cam sayang pula.
Tapi, serius. Sayang pula tak jot down kesah kesah kaptenRizq.
Lepas tu, akhir tahun biasa kita buat wrap up.
Ala....
Nanti lah kita cari masa.

Kali ni pun byk cerita nak tulis.
Cerita famili vacation kat PD. First time for kaptenRizq gi cuticuti ngan sedara mara. Lepas sorang, sorang dok dokong dia. And dia cam biasa. Sempoi je. Takde ragam ke apa pun.
Lepas tu cerita pasal rumah dah siap pasang laminate floor (tak memasal!).
Cerita raikan boss yang nak bersara.
Semua ni, semua best best belaka.
Tapi tu lah. Takde masa lah sangat.
Sekarang ni cam cramp nau kat office dengan meeting bagai bagai.
Ni jap ni ada meeting ni. Esuk petang ada lagi.
Tu ari ada beli kat Groupon, voucher spa kat hotel sebelah.
Entah bila nak redeem pun tatau.
MyDH kata, gi lah waktu hari Jumaat.
A ah kan. Ye tak ye.
Eh. Voucher ni nak claim kat myDH lah since dia tak bagi apa2 lagi waktu bufday tu ari. Ada la. Sebiji kek makan makan kat PD. Hihi.
Ha. Anniversary pun tak buat entry, birthday pun tak buat entry ek.
Selalu tetiap tahun buat.
Lupaaaaa....!

Jot kat sini je lah.
13 Disember 2016.
Happy 8th Anniversary to us.

Diam tak diam dah 8 tahun.
Tahun ni, hadiah paling berharga dari kami adalah hadiah kurniaan Allah SWT.
Rizq Iskandar.

Dan juga.
14 Disember 2016.
Happy 37th birthday for me!

3years more utk tukar no kat depan tu.
But.. its okay.
Walau pun, tahun 37 ini baru dapat bergelar "ibu", 
Walau orang lain anak nak masuk U dah.
Walau orang lain anak dah bersunat bagai dah.
Alah. Takde hal lah. Rezeki orang ni kan lain lain.
Allah tahu apa terbaik untuk kita.
So, chill.

Terima kasih pada kengkawan yang wish.
Kat FB, mmg ai disable reminder utk birthday.
So, takde la wish berderet2. Haha.
Sis memang nak konsep, orang ingat lah. Tak ingat takpe, takde hal punya.
Kah kah kah.
#sismemangpoyo
#sisbajetglamer
#nakkecamsiskecamlah

Rasa nak pergi bercuti lagi lah!
Nak rest duduk ontok ontok dalam bilik ja.
Hurm. January paling bagus nak pi rest nih.

9 December 2016

Happy Long Weekend

Hai uols.
Rasa macam lama dah tak menulis memacam.
Kekangan masa.
Kat ofis agak tight schedule sbb ada menyelit pumping session.
3session.
Tak blh la nak berlama lama.
Memacam nak cerita sebenarnya.
Nak citer pasal kaptenRizq yang dah 6 bulan.
Nak citer waktu introduce solid food kat dia.
Nak citer pasal tiles kat rumah yang meletop n pecah.
Nak citer laminate floor.
Nak citer pasal office.
Nak citer itu, nak citer ini.
Tapi tu lah.
Nak buat draft pun tak sempat weh.

Nanti nati lah yer.
Minggu depan ni akak cuti. 
Cuti cuti bersama family.
1st time for kaptenrizq bercuti ngan opah and sedara mara dia.

Till then,
happy long weekend uols.
Esp Selangorian - untung arrr (-_-)


7 December 2016

Rawatan Fertility : Private or Govt

Jarang sekali saya berbicara perihal fertility dalam blog yang satu ni.
Saya memang dah ada blog khas utk memperkatakan soal fertility, malah journey saya as TTC'ian pun ada kat sana.
Tapi, terkadang perlu juga bersikap lebih 'open' dalam perkara ni.
Biar pun, adakala dikatakan 'meroyan'. Takpe lah. Orang tak rasa, memang tak tahu. Letak lah apa pun, kalau kita tak pernah merasai bagaimana rasa orang tu janganlah cakap apa apa.
Jadi, kalau ada yg rasa saya 'meroyan', dengan hormat saya pinta jangan teruskan membaca entry ni.
Tapi, sekiranya anda bukan seorang TTC'ian, dan nak baca juga, dengan hormat saya pinta, baca lah dengan minda terbuka.
Bukan dengan minda sempit dan asyik menyalahkan kami dengan mengatakan kami sering meroyan.

Rawatan fertility? Swasta atau kerajaan?
Saya tak mahu bercakap faktor bajet atau pun faktor kewangan, sbb saya pasti sesangat, TTC'ian memang takde masalah tentang bajet ni.
Percaya lah cakap saya. Pergi lah berkawan dengan memana orang takde anak, memang takkan ada masalah kewangan ni pada mereka (Agaknya kerana itu lah mereka ini insan terpilih).
Hampir 100% TTC'ian minat mereka adalah travel. Esp ke luar negara. Dalam negara toksah duk cakap lah kan. Memang setiap bulan ada je bercuti ke mana mana.
Tanya lah memana rakan2 TTC'ian - sapa saja tak pernah pergi oversea?
Takat2 Krabi/Singapore tu macam ulang alik je. Ada yg tiap tahun pergi pun.
Ini lah dikatakan rezeki memasing.
Tapi, ini bukan lah bermakna kami banyak duit. Kami takde rezeki anak, tapi rezeki dari bentuk utk pergi bercuti ke luar negara, Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Dan juga rezeki dari Allah utk buat rawatan.
Jadi, saya percaya rata rata TTC'ian memang ada bajet untuk buat rawatan di klinik/hosp swasta.

Saya pernah pergi kerajaan dan juga swasta.
Tapi, saya tak pernah pergi hospital kerajaan (GH).
Jangan tanya mengapa, sbb saya tak punya jawapan.
Saya pernah buat treatment di LPPKN (kerajaan). Tahun 2010. Itu lah kali pertama saya kenal rawatan fertility.
Di LPPKN, rawatannya cepat. Nurses pun baik baik saja. Kalau baca dari blog yg pernah buat treatment situ, ubat2 nya pun hampir sama dgn ubat yg saya gunakan di KL Fert.
Utk yang bekerja kerajaan, kita boleh claim ya sekiranya buat rawatan di LPPKN. Tapi tertakluk kepada Pekeliling Perubatan.

Setelah LPPKN, saya "melompat" pula ke klinik Dr Hamid. Swasta. Tapi kat sini nak tunggu utk berjumpa doktor pertama kali mmg lama. Tak tahu la skrg macamana. Sy pergi sini tahun 2013. Kat sini juga lah saya buat laparoscopy.

Kemudian, saya "berehat" dan kembali dengan rawatan di KL Fertility pada tahun 2015. Kat sini paling best! Klinik best, nurse best, doktor best. Semuanya laju. Takde tangguh2. Saya tak berpeluang pun nak "berehat" dan lengah2 since doktor yang suruh kita cepat cepat. Hihi.

Itu lah pengalaman saya selama mendapatkan rawatan utk fertility ni. Saya culas. Ke sana ke mari. Hihi.
Tapi, saya ada rakan yg buat 2nd fertility treatment di salah sebuah hosp kerajaan. Dia bercadang utk buat IUI. Dari saya belum mulakan rawatan di KL Fert, hinggalah saya buat rawatan, hinggalah sekarang, baby saya dah 6 bulan, treatment dia belum selesai. Asyik asyik dengan clomid (utk info, sepanjang saya TTC, saya tak pernah consume clomid. Tak tahu kenapa, semua tempat saya buat rawatan tak pernah bagi saya clomid. Bagus pun. Sbb clomid tu side effect dia pun tak berapa bagus juga).
Masuk tahun ke3 dah dia treatment kat situ. Jadi, saya simpulkan utk 2nd fertility mungkin derang tak buat tergesa gesa. Maybe lah kan. Tapi, kerajaan ni giler lama lah prosedurnya. Kalau ada masih ada masa, masih boleh menunggu, silakan lah. Pun, utk govt staff semuanya ditanggung. Kan?

So, tepuk dada tanya iman, tanya poket, tanya selera.
Allah beri kita ujian ni bersebab. Makanya, laluilah dengan penuh kesabaran disamping terus berusaha.
InsyaAllah ada sinarnya di kemudian hari.
Saya doakan :)

**p/s : Entry ni dah lama dalam draft. Buat masa tgh pregnant, tapi tak publish.

2 December 2016

Sabar





Utk rakan-rakan TTC saya - sabar dan terus berdoa.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Percaya lah, selepas kita melalui jalan penuh berliku ni, Allah akan permudahkan jalan seterusnya untuk kita.

1 December 2016

1 Rabiul Awal, Welcome December

Hari ni 1st December 2016.
Bersamaan 1 Rabiul Awal 1438. Senang ingat. Sama je ngan bulan omputih. Hihik.

Dah Rabiul Awal weh.
Lps tu Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban.
Dan Ramadhan.
Aaaa... 5 bulan to Ramadhan.
Ganti puasa belum buat sehari pun lagi.
30 hari okay -_-"
Takpe. Next month kita start okeh. Gigih ni gigih. 

Bulan December is "my month"
Hihi.
Bulan ini ada hari saya beralih tahun.
Bulan ini ada hari kami beralih anniversary.


Dan mulai tahun ni, December juga adalah bulan "half of the year" utk si kapten Rizq ☺



Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign