Pages

29 February 2016

Happy Leap Year!

29.2.2016

Kat google pun comel je kan.
Ada bunny melompat n menyelit antara 28 dan 1.
Selamat tahun lompat!
InsyaAllah, 4 tahun nanti kita berjumpa lagi :)

26 February 2016

100 Days Till Ramadhan


100 days to 6.6.16
Bersamaan 1 Ramadhan 1437.
Memang cepat masa berlalu.
Moga dipermudahkan segala urusan kita :)

25 February 2016

Be Happy Ten Times


-Bersangka baik dengan Allah-

p.s:
Memetik satu perbualan.
Situasi nya bertiga.

Mrs A : Minum la minuman *** tu, bagi bertenaga sket (maksudnya ada la minuman supplement tu, bagi tambah tenaga).
Mr B : Hai.. nak bagi tenaga apa. Tgk dah keluar dua dah. Tak tenaga lagi ke? (sambil jari tunjuk macam peace tu - maksudnya 2 anak la)
Me : (dalam hati - amboi.. eksen nya dia ni)
Mrs A : Bukan tenaga yang tu. Ni tenaga nak buat2 kerja ni lah. 
Me : Entah nya. Kita jangan lupa, kalau Allah kata takde tu, takde gak lah. Kuat bertenaga macamana pun, kalau Allah kata tidak, tidak juga. Jangan lupa, tenaga Dia tu lagi melebihi segalanya.
Mr B : (senyap.. diam tak berkutik).

Ada orang lupa kebesaran Allah bila tak pernah diuji.
Atau bila diuji, pun masih lupa dan masih takbur.
Ada orang ingat menda2 macam tu boleh dibuat bahan dalam lawak jenaka.
Ada orang ingat, bila dia dah ada menda tu, tapi orang lain takde, dia ingat dia dah dapat satu victory. 
Moga kita tak tergolong dalam orang2 yg lupa dengan kebesaran Allah.
Terima kasih Allah dengan ujian ini :)

24 February 2016

Buka FB

Setelah hampir setahun meng-deactivate FB, akhirnya active kan semula.
Kenapa?
Ada la sebab dan musabab tertentu.
Plus, dah temporarily closed IG. Jadi, berkuntum lah di FB balik.
Ya..ya.. ai mengaku, ai mmg tak boleh tak tgk laman sosial. Haha.
Okey, itu ai surrender.
Cumanya, kena ada salah satu. IG or FB or Twitter.
Tapi, kat twitter tak berapa nak aktif lah.
Ada lah. Utk bebel bebel. Situ takde ramai kenalan, jadi ai is seronok cakap apa2 aja.

So, after almost 1 year.
Alhamdulillah. Ai tgk ada perubahan pada FB.
Maksudnya pada kenalan ai dalam tu lah.
Ai pun tak ramai list of friends. Dalam 200 ++ je kalau tak silap.
Ai tgk no more orang mengadu domba.
Ramai juga yg dah tak up status.
Cuma share2 artikel. 
Nice!
Ramai yang pandai kontrol emosi dah (atau orang yg suka bebel2 tu ai dah hide kot masa sblm tutup FB dulu. Memang tak nampak langsung dah pun).
Walau ada juga yg macam ala ala nak "bubuh" kat orang dengan share artikel/motivation quote dan lps tu ujung-ujung letak quote "utk peringatan diri sendiri". Hehehe.
Never mind, if macam I cannot stand anymore, ai akan hide apa menda yg dia paparkan. Skrg kan boleh wat gitu. Sesekali kita stalk lah. Haha.

Kat FB skrg pun byk page orang2 yg memberi kan motivasi.
So, can follow them.
Ada sorang tu, aku suka update dia. Dia baru nak mulakan perniagaan. Meniaga nasik lemak tepi jalan. Cam best. Kalau tak silap dia ni kena berhenti kerja ke apa ke. Camtu lah. Best. Ailoike.
Then ada sorang cikgu. Aku dapat bila orang share2 dia bantu wife dia masa dalam pantang.
Yang ni mmg motivate. Bila aku scroll update dia yg lama lama, memang memotivasikan lah page dia. So, follow.
Kena follow orang orang camni supaya dalam news feed kita akan lalu menda2 yang memotivasikan. Dah kertu2 ni, takyah la tgk perihal artis ke apa.
Tapi, terpulang lah minat memasing kan.


My aunt, ai tgk selalu share pasal resepi masakan. Mana2 je beliau dapat agaknya. Setiap hari ada je. Awal2 pagi pun ada. Huhu. Jadi, ai takyah dah follow dah page2 resepi ni. Ai tgk je yg dia share lalu kat news feed. 
My brother pun selalu gak share resepi ni since wife dia rajin gak baking2. 
Pastu ada yg suka share tempat2 makan. Share tempat2 percutian. Okay jugak lah kan. 

Ada kawan cakap - dari FB gak kita tahu perkembangan orang walau dia tak update.
Contoh, macam orang ada anak sekolah, akan share menda2 bento, bekal anak.
Ada orang yg sakit ke, share2 berkaitan ayat2 penawar.

Tapi, berhati hati juga ya. Kadang orang boleh baca komen kita kat page lain.
Walau kawan2 kita tak follow/like page yg kita follow, tapi nampak juga komen kita lalu lalang dalam news feed kawan. Tetiba nampak kawan jadi pakar motivasi keluarga. Hihi.
Atau tetiba kawan kita reply komen tu atau bagi like. Ha.. kau....
Menda ni selalu terjadi kalau kat public page.
Godek2 lah supaya semua yg kita komen jadi private dan orang tak boleh nampak.

So, sekadarnya.
Gunakan sebaiknya.
Pepandai lah kita adjust.

Happy Birthday, Suami

Eh. Skrg orang tak panggil suami ya.
Orang panggil zauj.
Hahahaa. Pitam!
Ereb la sangat kan.

Okay lah. Just simple wish.
Happy 37th birthday for my dear husband.


Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.
Love u more, more, and more.
Hadiah tahun ni postpone dulu ya. On da way. Sila bersabar.
*wink.wink*
Kat facebook keluar balik throwback celebrate tahun 2012.
Hewhew. 
Zaman muka runcing2 n boleh pakai kurung moden lagi.


p.s :
Bila view balik, baru 5x je wish dalam blog walau dah 7x menyambutnya bersama (kalau termasuk hari ni, kali ke8).

23 February 2016

Hari Kraf Kebangsaan 2016




Jemput datang beramai ramai.

22 February 2016

Coklat Sana Sini

Mudah kan sekarang.
If rasa nak makan, order je.
Tu hari tgk kat FB ada orang share resepi cream puff choc ni. Eh. Kuasa lah nak buat kan. 
Apa guna ada kawan bakers kan.
Harus terus w.app dia, tanya boleh tak dia buatkan.
Mesti lah boleh... hihik.
Sedap woih puff choc dia. Cream melimpah2. Masuk peti ais, makan, macam makan aiskrim pun ada.

Lps tu, kalau nak kunyah2 cookies ke apa pun mudah ja.
Ni order dari member office.
Dia pun amik kat orang, so tak boleh nak promote ke apa.
Tapi sedap woih, sbb baru kan.. jadi, nikmat makan dia tu.. sebalang tu boleh sekali hadap.
Tapi berpada pada lah kan.. esuk esuk pun nak hidup lagi. Hihi.



19 February 2016

Surah Ar Rahman






18 February 2016

Kereta Dipanggil Balik

Cemana ghoper nya tu kereta dipanggil balik?
Meh balik meh...
Aduyai.
Rentetan dari kes ini lah.
Tak memasal kan?
Tapi, bukan je proton pernah panggil balik produk derang.
Brand lain pun ada. Honda pun ada.
Ikea pun bebaru ni panggil balik produk lampu dia kan.
(eh, tak boleh eh compared ngan keta ngan lampu. Ngeh ngeh ngeh)
Rilek rilek sudah.

Tapi, biasa lah. Orang yg nak kondem sure lah kata barang tak kualiti lah, apa lah.
For me, as golongan marhaein ni, weols okay je ngan Proton.
In fact, pada satu ketika, masa tu aiols sekolah lagi, depan rumah aiols penuh dengan kereta Proton becos 1 whole family guna Proton. Dari ayah aiols, smpai la akak dan abang. Haha. Ada la 5 bijik kot keta jenis Proton masa tu. 
Now, takde dah la walau masih ada yg guna Proton. Ada yg dah tukar keta luar. Aku dulu pun keta 1st bukan keta Proton n keluaran Msia juga.
Tapi, 2nd ni (bukan 2nd car - keta weols sebijik ja), weols amik Proton balik.
Dah 2 tahun guna. Penggunaan nak kata heavy tu tak la jugak. Sbb ofis kiterang dalam 8km je dari rumah. Cuma, once a month kami ada balik kg. Paling jauh keta ni pernah pergi Kelantan - Tganu. Yang terbaru bln 12 tahun lepas. Ke utara - Perlis, dan ditinggalkan di jeti selama 3 hari 2 malam. Kesian chemerah. Risau nak tinggal tu tak tau nak kata lah. Haha.
Masa gi Kelantan - Tganu tu, chemerah masih "dalam pantang" lagi. Hari ni dapat, esuk dah bawak jalan jauh. Mmg menanggung risiko btul time tu sbb kita pun tak berapa lagi "kenal" kereta kita kan. Alhamdulillah, okay ja.
Orang suka tanya "okay tak kereta tu? Ada problem tak?"
Takde. Takde masalah power window. Takde masalah push start button. Setakat ni Alhamdulillah okay. Oh. Cuma remote radio kat stering kereta tu macam giler sket. Itu je lah. Lelain, takde apa. Hantar servis ikut milage dia.

So, dalam kes ni, lps dapat berita, myDH terus call Proton.
Proton kata pergi check kat service centre.
Kau nak harap Proton yg akan call kita?
Proton mmg lah ada kita nyer data2, no fon apa semua (sbb setiap kali nak servis ke, lepas servis ke sure ada hantar SMS), tapi nyer, nak nunggu harap depa call entah bila plak kan. Beratus ribu owner tu.
Dah keluar berita camni harus semua orang pun gegar kan.
Lagi plak kereta aku pun milage dah nak dekat 40k.
Harus kita yg pro-aktif.

Takat ni, okay je ngan chemerah aku ni.
Dan rasa chemerah lagi stabil dan 'berat' dari keta Msia lelain.
Puas hati la kiranya bagi orang golongan marhaein ni. Huhu.
Walau kami ada tersuka yang ni.

Nenanti lah kan.
Lagipun chemerah bonet besar.
Kalau yg ni camna nak isi stroller gabak?
Eh..? Hahahah :P

Dr Natasha Dalam Rancangan Dr Muhaya Dot Com

Beberapa minggu lepas dah rancangan ni. Masa tu aku EL.
Jadi, dapat lah tgk rancangan Dr Muhaya Dot Com ni.
Ini pun sbb ter tgk iklan dia.
Aku cam tak perasan sgt masa iklan tu sapa jemputan dia.
Pastu, myDH kata "eh, awak tak kenal tu... tu doktor awak kan?"

Tgk balik. A ah la.. my lovely doctor.
Cewah. My doctor katanya.
Haha.
So, kita dah sesiap la rekod. Sbb rancangan tu waktu kerja kan.
Tup tup, ter EL pula hari tu. Jadi, dapat la tgk terus. Hihi.

Dr Natasha cakap pasal fibroid.
Di samping Dr Natasha, ada sorang bekas pesakit fibroid juga dijemput.
Kesian juga kakak tu. Fibroid dia dalam rahim. And, ada byk2. Pastu rahim pun terpaksa removed masa operation. Tapi, ovari tinggal.
Fibroid ni ada memacam. Dan kedudukan dia pun byk tempat. Ada dalam rahim, luar, kat dinding rahim.

Tapi, majoriti fibroid bukan kanser.
Dan kalau ada fibroid waktu pregnant pun, mostly tidak berbahaya pada kandungan. Esp yg bawah 5cm kata doktor.
Tapi, doktor kena pantau lah pembesaran baby dan fibroid tu.
Cuma, kalau fibroid tu kat bahagian bawah, mungkin akan ganggu baby nak keluar secara normal.
Sbb dah biasa dengan penerangan dr Tasha, jadi, mmg rasa best je lah masa dia terangkan tu.

Memula tu ada la dia introduce diri.
Dr Muhaya macam impress sgt bila Dr Tasha kata dia dalam bidang fertility, dan byk dah bantu pasangan yang ada masalah fertility ni. Terus cam sebak.. Huhu. Ye lah, me as one of her patient kan. Dr Muhaya pun sama jugak, semua doktor tugasnya membantu orang, kan?
Cuma, Dr Muhaya ni introduce Dr Tasha dari Pusrawi. Mmg Dr Tasha bertugas kat Pusrawi gak. Tp most of the time, dia ada kat KL Fertility. In fact, aku punya rawatan pun semua kat KL Fert. Tak pernah pergi Pusrawi.

Comel kan Obygyn saya?
Hikss..

Ada kot online kalau nak tgk rancangan ni.
Cuma episod latest ni belum ada kot.
Kena register baru bleh tgk. Nanti aku pun nak register lah gak situ.
Mcm byk gak topik2 menarik dalam bual bicara tu.

p.s :
*Blog Dr Natasha [drnatashanor]

17 February 2016

#jjcmpuanstoberi : Dagang Avenue Food Court

Siapa selalu lepak makan makan kt sini?
Weols 1st time sampai sini. Hihi. Last week pergi sana.
Itu pun sbb nak JJCM Pancake Krabi.
Alah.. dah lama pancake ni ada kat situ.
Tapi tak pegi pegi.
Sbb rasa area Ampang tu, macam hazab je nak pegi. Jammed lah, parking susah lah.
So, bila cuti CNY tu ari rasa macam KL lapang sket, maka jom lah kita pergi.
W.app myDH kata lepas kerja nak pegi makan pancake Krabi.
Tak pernah pun tunjuk kat dia sblm ni.
Terus je ajak kat w.app. Huhu.
Tapi, takpe lah. Waktu orang cuti, nak ke Ampang senang je.

Cuma, masalahnya kami tak berapa biasa area Ampang. 
Nak masuk simpang Taman Dagang pun dah terlajak lajak.
MyDH ni macam tahu.
Tapi, biasa lah kan lelaki. Mesti dia nak cam "eh, awak kata depan lagi simpang dia".
Padahal lps tu dia kata "rasa mcm simpang tu"
Dan dan play victim la kan. Nyampah tau. 
Kita pun mana lah arif area Ampang tu.
Kut area Kg Baru ke, Sentul ke Jalan Conlay tu boleh lah.

Entah kat mana entah food court nih.
Berpusing jugak lah.
Rupanya bebtul sebelah Galaxy Ampang tu yer.
Lps dah sampai, baru lah incik suami cakap, patut masuk ikut situ, pastu masuk simpang sini, pastu sini.. bla bla bla.
Pfttt.. ai is malas nak layan. 
Ai skrg mmg malas lah nak bertekak ke apa. Kalau ada rasa apa2, senyap je. Malas lah. Agaknya sbb faktor umur kot kan. Orang kata mood swing ke apa ke, tapi ai Alhamdulillah takde. Ai sendiri rasa perubahan tu skrg. Much better me now. Butttt.... orang dah kenal ai dulu mcm garang2 kan, jd depa ingat ai tetap camtu. Lantak lah. Tapi, ai rasa ai mmg malas nak bebising, malas nak mood swing ke apa.

Nasib ada parking dkt area food court tu. Sekarang mmg ada je rezeki camtu. Parking sure dapat dekat2.
Terus pi order pancake lah. Sbb itu pun tujuannya kan.
Sambil tggu order sambil tgk sekeliling. Yes, kami mmg tak pernah sampai kan. Harus macam ooo..memacam ada rupanya sini. Menarik jugak.

Tapi, kalau hari biasa, tak cuti tak apa, nak dtg lps kerja, rasa macam sesak juga lah.
Tapi, okay kot. Naik AKLEH. Lps tu nak balik terus naik DUKE.

Weols order banana nutella dengan special.
So, how pancake Krabi ni?
Ce tanya orang pernah makan yg kt  Krabi punya?
Huhu. 
Boleh la utk melepas rindu kata orang tu.
Lagipun nak carik kat mana lagi kan.
Cuma myDH kata "apsal makcik kat Krabi tu buat zap zap zap kejap je siap. Sambil sembang2 je"
Hehehe.
Makcik yg di refer oleh myDH adalah makcik Yaminlah yg femes di kalangan blogger yg pergi ke Krabi dan nak makan pancake. Hihihi.
Entah lah bang oi. Kat sana tu mmg dah kepakaran mereka. Tu yg zap zap je siap.
Tapi, ai is tetap rindu pancake Krabi sanun. Still lain rasa dia. Tunggu lah bebila nanti repeat lah gi Krabi. Tapi taknak pi island hopping ke apa. Just rilek2 saja. Nak amik resort2 yg mmg hadap laut. Rest n rilek 2,3 hari. Aaaa... bestnya..

Sebenarnya 2 hari berturut2 kami pergi makan sini.
Sesudah makan pancake tu, esoknya kami dtg lagi. Kali ni pergi malam. Dgn famili abgcik. Dia mmg datang rumah utk pergi makan2 ngan weols malam tu. Siap dia dah pesan, takyah susah2 masak. Kita makan kat luar. Sokay lah.
Pergi sana sbb rasa macam senang nak order apa2. Banyak pilihan kan.
Dan ini lah yg kami makan.




Ha kau...
Sate pun order. Tapi lambat sampai. Dan terpaksa bungkus. Tak berapa pun sate ni. Next time takyah order.
Abgcik nak try pancake. So, order lah.
Oh, kali ni cepat plak dapatnya. Mungkin yg hari sebelum kiterang pergi tu, dia baru nak siap2. Jadi, lambat dapat. Kali ni cepat je. Semua makanan pun cepat ja. Okay lah situ.
Cuma kalau malam, mmg hazabun lah nak parking. Ni pun pergi malam weekdays. Kalau weekend mmg lagi dabel hazab agaknya.
Ni pun pergi, ada orang dabel parking depan kereta kita takde tinggai no fon apa bagai. Isk.

16 February 2016

8.2.2016 : Selamat Bertunang


Ha..ni lah dia nya unplanned event family weols.
Takde angin, takde ribut.
Tetiba mau bertunang pula dia.
Adoyai.. anak anak..
Tapi, nak buat menda baik kan. Bakpe pula kita nak bising2.
Kita turutkan je lah.
Nasib lah mak sedara n pak sedara dia semua available.
Buatnya memasing dah berjalan sana sini. Memang takde sapa la nak jadi wakil.
Buatnya mak sedara dia ni dah smpai Holland ke. Haa... cena?
Haha. Tetiba Holland (yelah.. keukenhof tu dah nak buka dah. Plan nya ada lah pergi thn ni utk tgk tulips. Tapi, kita hanya merancang. Allah beri perancangan lebih terbaik dari keukenhof. Hihi).

Kisahnya my nephew yang bertunang. Anak kepada kakak yang sulung.
Memang tu ari dia pernah ckp nak tunang dalam tahun ni, and kalau boleh nak kawen hujung tahun. Tapi, senyap je. Takde pun cakap apa apa.
So, semua orang pun tak kesah lah.
Sekali hari Ahad (7hb) tu si kakaknya call aku, gtau adik dia nak bertunang esuk.
Hah! Esuk!
Terperanjat aku. Bukan je aku, si kakak dia pun sama. Semua tak ready. 
Mak depa, mmg tak berapa sihat. Jadi, mmg tak boleh nak pergi. Kebetulan ayah derang pun tak dpt gi sbb adiknya yg bongsu kena asthma.
Jadi, kakak dia kata mulanya dia je nak pergi ngantar, so nak ajak maksu dia ni skali.
Heh! Takkan kita yg memuda ni je.
Mesti lah ada orang tua.
Jadi, aku suruh lah call opah dia (mak aku lah). And call ayahcik (abg aku) yg mmg tgh duk bercuti kt rumah mertua dia kat Kuang.
Aku pun masa dia call tu macam dah terkeliru. Aku macam teringat depa nak buat kat rumah depa kat Perak nun. Anak buah aku kata, pergi rumah perempuan tu lah. Kat Sabak Bernam.
A ah kan..harus la pergi rumah perempuan. Haha. Dek kerana terkejut, tak bley nak pikir otak aku ni.

Depa mmg takmo hantaran bagai bagai katanya.
Hantar kek, coklat n buah ja.
Terus kelam kabut jap family kiterang hari Ahad tu.
Contact via call n w.app je lah.

Jadi, Isnin (8.2.2016) tu pergi la rombongan meminang nya. Dalam kelam kabut tu, 4 buah keta gak la. Abg aku kat Ipoh bawak mak, kiterang satu kereta, abgcik aku ngan famili dia and satu keta bakal pengantin. 
Kek aku bawak dari sini. Beli kat SR sudeh. SR Giant Batu Caves tu. Kena lah tggu kul 10 baru buka kan. Giant ni tak pernah tak ramai orang. Ramai sentiasa. Ni naseb baik tak ramai. Org tgh cuti kt kampung lagi gaknya. Dah la nak mencari riben pun takde.
Muju kat SR ada bunga yg letak kat kek tu. RM10. Belasah je lah.
Nak beli Choc Indulgance. Tapi SR sini takde utk 1 whole cake Choc Indulgance.
Maka beli Choc Banana ke apa ntah.
Belah perempuan pun bagi kek SR gak. Tapi choc indulgance. Hehe. Elok lah tu.

Kek dari belah perempuan. Harus SR juga lah kan. Huhu.
Depa pun gerak dr Ipoh dalam kul 10 lebih.
Abang aku dari Kuang gerak kul 9 lebih. Harus dia sampai awal kt tempat kiterang janji nak jumpa.
Yang lelain dalam kul 1pm memasing baru smpai ke tmpt yg dijanjikan.
Terus gerak ke rumah perempuan.

Us.
Simple je. Mmg rumah perempuan tu pun takde buat kenduri ke apa.
Lps cakap2 tentukan date apa semua - makan.
Mak aku yg sarungkan cincin.

Kisahnya, yang jadi tergesa gesa ni sbb yg bakal pengantin perempuan ni adalah pelatih kat Pulapol. Tgh dalam course lagi. Tak boleh nak sesenang cuti. Bakal Inspektor (skrg ni degree jadi Inspektor. Time aku dulu, degree dah jadi ASP dah). Dan nephew aku ni plak, nak jugak jadi polis. Tp dia tgh tunggu result dapat ke tak. In case dapat, bulan 4 masuk dan bulan 1 tahun depan keluar. Ikut term derang, lps abis latihan, tak boleh kawen selama 3 bulan. Jadinya, nxt year after bulan 4 lah baru boleh kawen. Begituuu...
Dah settled dah pun. Takpe lah. Buat gini2 pun senang jugak. Kalau tak, beria lah nak berhantaran memacam kan. Camni pun cukup dah.
Me - My anak  buah - bakal pengantin and bakal
anak buah menantu. Eh. Gitu ke? Hihi.
Lepas abis majlis, gi solat zohor kat masjid.
Pastu bahagi2kan makanan hantaran
Balik tu kami JJCM lah.
Singgah  beli kerepek.

Singgah beli bahulu.


Singgah beli mangga (takde gambau).
Dan singgah makan cendol n laksa.

Aku mmg suka ja bila sampai area sini. Byk kedai2 makan kan. 
Nak kata selalu dtg sini tu takde lah. Tp kalau takat Tjg Karang tu mmg ada lah. Kadang saja pergi nak beli ikan segar. Hihiw. Sesekali boleh la. Naik tol latar pun dah RM14 pergi balik. Tp nanti nak gi lah jugak lagi.

15 February 2016

Aktiviti Cuti 4 Hari

Phew... mmg syorga rasanya bila cuti free yang panjang ni duduk rest kat rumah je.
Korang yg balik kg ke atau gi memana time cuti ni, biasa la jammed tu kan. As expected harus la jammed and berjam jam korang atas jalan raya.
Takyah la bebel2 kat FB. Hehe.
Redha dan redah je le.
Aku dulu pun camtu. Masa jaman muda muda dah rasa camtu dah.
KL - Ipoh 7 jam masa cuti CNY ni mmg adat la. Sbb arah nak ke utara sana mmg packed sedari tol Duta tu lagi. Now, aku tak tahu lah berapa jam pulak sbb kereta makin byk kan. 
Lama dah aku tak keluar waktu CNY ni utk long distance travel. Tak sanggup lah weh. Rasanya lps kahwin, sekali je aku blk kg time CNY. Selebihnya mmg kami sebulat suara nak duduk rest kat umah je. Heaven woih.

So, buat apa 4 hari cuti.
Kita JJCM lah.
#jjcmpuanstoberi

Hari Sabtu (6hb).
Mmg dari hari Jumaat tu dah ckp ngan myDH nak makan nasi mmanggey. Ha. Betul ya. Bukan nasi vanggey. Mmg nasi mmanggey. Agaknya sbb memanggey (memanggil) utk dimakan. Dekat Sg Buluh sanun. Ala, sapa tgk JJCM bulan Januari tu ari mesti tahu lah. Kedai nya nama Warung Kita kat Kampung Melayu Sg Buluh.
Keistimewaannya ada air nyiur baldi.
Time orang tgh bersesak sesak kat highway kami gi JJCM ke sana. Stuck juga dkt MRR2 yg kat Kepong tu. Sbb jalan sempit org buat DUKE. Oh. Kat situ pun ada DUKE juga ya. Ingat ada MRT tu je tgh buat.
Smpai kedai dalam kul 1pm.
Senang je carik kedai ni. Nampak je banner dia dari jauh. Dpt parking kat area dalam kedai. Orang pun tak ramai nau. Kan dah kata semua tgh bersesak kat highway. Hehe.

Ini gambar kat FB mereka.

Ini yang kami makan pada hari tersebut.
Sbb orang tak ramai, jadi dapat cepat je makanan.
Dia takde order2 ni. Kena beratur utk ambik nasik n beratur utk ambik air.
Aku siap tanya kat myDH "orang yg isi nasik tu masam ke muka dia?"
Haha.
Abis, aku bc kat FB page kedai ni, orang komen kata staff yg isi nasik tu muka masam.
Apa la.. itu pun nak komplen. Bukan kita nak makan sebelah orang tu pun. Ye lah, mmg lah kena bermanis muka sket, tapi menda2 camtu.. alah, lantak pi kan lah. Agaknya orang yg komen tu pergi masa lps kedai ni masuk JJCM. Harus lah orang bertali arus. Ce pergi sekarang ni, dah okay dah pun.
Kami amik nasi mmanggey, air aku amik ABC Oreo. MyDH amik coconut shake. Tanya kenapa tak ambik air kelapa baldi tu. Entah, taknak plak dia. 
Nasi biasa lah. Yang sedap kuah and sambal dia. Nasik dgn ayam goreng. Tiada timun mahupun any sayur lain. Mmg itu lah semata pun. Better kalau dia letak sehiris dua timun. 
Coconut shake aku tak berapa gemar sbb kuat rasa susu. Aku mmg kurang gemar minuman yg rasa susu kuat nih. Ke sbb dia pakai susu tepung jadi rasa susu tu kuat nau. Tapi, okay lah. Boleh la.
ABC oreo, okay lah. Cam biasa lah ABC tu.
Boleh lah sekali skala datang. Jauh sket dari rumah.
Nak balik tu boleh tersilap jalan plak. Terus ke arah hosp sg buluh dan terpaksa masuk highway dan exit jalan Duta. Haha. Nak makan nasik pun beria masuk highway (T____T).
Malam tu pun tak masak apa. Pergi kedai Arab sbb nak stock up madu and makanan sunnah ni. Jadi,terus beli kebab sebelah kedai arab tu. Biasalah kedai arab pilihan kami mestilah Berkat Madinah kat Ampang tu. Sekarang dah besar kedai dia. Siap ada kedai kebab sblh dia dah. Sebijik la dia buat kedai ni cam kat Mekah sana. Rindu Mekah Al Mukarammah :(

Aku mmg tak boleh gi kebab depa ni sbb sos depa rasa masam sket.
Eh. Sos tertonggeng tu sbb nak keluarkan baki2 sos yg ada
sblm buka sos baru. Haha. Jimat oiii.. 

Hari Ahad (7hb) - JJCM nasik kerabu.
Ni takde lah JJCM pun. Just beli nasi kerabu utk breakfast.
Beli kat gerai depan sekolah Batu Muda. Ni mimi mak fayel lah perkenalkan tempat ni.
Murah kot nasik kerabu dia. RM2.50. Pastu nasik dia kalau makan pagi, mmg kau tak larat nak lunch dah. Kenyang sampai petang.
Lps tu lps zohor pergi Tesco beli barang sket, terus makan kat situ.

Hari Isnin (8hb).
Ha, ni memacam terjadi. Nanti kita buat entry lain.
Tapi mmg ada JJCM. Sampai ke Sabak Bernam halanya. Phew...
Nanti kita cerita ya... unplanned event. Haha.

Hari Selasa (9hb).
Tak jejak tanah dah.
Takde JJCM. Masak kt umah. Tapi idak la masak beria.
Sbb ada beli ayam kat Tesco hari Ahad tu, makanya masak ayam.
Tapi, teringat nak buat ayam masak bali yg orang duk viralkan. Sbb senang kan buat ayam masak bali tu.
MyDH keluar beli breakfast, minta dia belikan serai n daun kari ja.
Dah jadi ayam masak bali.

Cuma, ai ada alter sket, instead of dalam resepi suruh taruk belacan, ai gantikan dgn sedikit kiub ayam. 
And, ai ada letak sedikit oyster sos.
Not bad lah. Ada kelainan sebab ada aroma daun kari.
Tapi, myDH kata dia suka lagi ayam masak merah.
Okay.. tapi, ailoike ja..

Jadi, itu kesah 4 hari cuti ai di Kuala Lumpur.
Hari Jumaat sebelum cuti ramai kawan ofis tanya "tak balik kg ke?"
Bila orang kata nak rehat2 kat rumah, terperanjat plak. Okay lah, ai pun kata lah ai nak buat edisi JJCM. Tanjat ya sbb orang tahu yg kami suka jalan2. Tahun ni macam memerap je dan takde kemana.
Lorr... orang dah well planned lah. Kita tak suka nak ramai2, sesak2 kat highway tu. Nak gi toilet pun susah. Tetambah lagi skrg, mmg cannot lah wey. Kiterang kan dah balik kg sesiap masa cuti hari Wilayah. Nyaman je balik time tu.
Tapi, tak balik kg pun, jumpa gak my mom masa cuti 4 hari ni. Tu yg masa unplanned event tu. Nanti cerita lain. Hiks.

11 February 2016

Matta Fair Dan Pesta Buku 2016

Coming event yang mmg aku tak missed.
Tapi, tahun ni pesta buku mmg kena "missed out" la gak nya.
Sbb buatnya jauh nau.
Ai is sadddd...

Matta Fair


Cuti sekolah masa ni.
Rasa macam nak pergi. Umm.. nak pergi ke tak?
Orang mesti ramai. Tapi ai is suka ja. Best per. Senang nak gi. Naik tren. Gi awal2 atau lps asar.
Nak carik apa lagi?
Haha.
Nak tgk promo murah2 utk bln 4. Kat PD ke, kat Sepang ke. 
MyDH ajak makan ketam kat Sepang. Tp dia nak bermalam. Katanya Hotel Seri Malaysia cukup lah. Haha. Eh. Dapat Avani pun best kan. Tak pernah pegi situ.. siannya ai.. huhu :P
Keterangan lanjut Matta Fair - [link]

Seterusnya.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - PBAKL.
KL apa nya. Dah tukar tempat kat Maeps. Selangor tu bukan KL lagi dah.
Bila baca kat FB, ada orang komen - dia tukar tempat sbb kos sewaan PWTC dah naik.
Hurm. Ye lah kot. Macam event lain tu pendek masanya. Pastu ada yg berbayar nak masuknya.
Kalau dari dulu buat Pesta Buku ni berbayar pun orang tak kesah kot. Contoh, yg budak sekolah beruniform atau yg bawah 18 tahun kena kan lah singgit ja. Student U - dua ringgit. Public - 3 ringgit. Okay ja kot. Alangkan Matta Fair tu pun orang boleh je bayar kan. Sorang RM4.  Ada yg tak kesah pergi hehari (weols lah tu - last year. Dah RM16 kesitu ja).
Entah la. Maybe kalau tetiba berbayar harus orang bising kan.
Takpe lah. Buat lah mana yg patut. Kekadang kita harus juga berubah kan?


Tarikh Pesta Buku tahun ni : 29 April - 9 Mei 2016
Save the date utk peminat2 buku 

Kursus Protokol Dan Etika Tahun 2016

As usherette n team protokol, mmg office hantar pergi course ni every year pun.
Tapi, dah 2 thn berturut2 tak pergi sbb ada kerja urgent nak settle.
Boss tak lepas pergi walau pun mmg dept kiterang jugak yg jaga kursus ni kan.
Kena gak la tulis memo tunjuk sebab sbb tak attend course.

Tahun ni dapat pergi. Yey!
Best la course protokol ni. Ailoike ja.
Walau kadang menda yg sama. Tapi, byk dpt ilmu2 baru gak kan.
Tahun ni buat kat hotel Putrajaya-Bangi (dulu namanya Hotel Equatorial)
2 hari. Tapi tak menginap la. Datang pagi - petang balik. 
2 - 3 Februari.
Course by Cute Carry (En. Hafiz). Rasa ada kot yg pernah attend course grooming ke, image consultant ke dgn cute carry ni. 

Best I tell you En Hafiz ni.
Tak sempat mengantuk. Nak keluar gi toilet pun cam rasa sayangnya nak keluar. Asyik gelak je memanjang.
Haha.
Uols kalau office nak carik orang utk buat course grooming ke, boleh la contact En. Hafiz ni.
Carik je kat FB - CuteCarry.

Banyak jugak ilmu2 yg dpt.
Dia run course takde la macam course biasa2 tu.
Dia tgk tajuk course kiterang pun di gelaknya. Too gomen katanya. Haha.
Dia buat test tgk personaliti kita ni jenis klasik ke, simple ke, jenis suka gaya yg ada renda2, ropol2 ke.
Lps tu ada sorang tu personaliti dia klasik. Terus dia panggilnya kawan tu 'klasik'. 
Tapi, mmg tgk gaya, betul lah apa yg kita punya personaliti tu.
Takde la stick belajar cara protokol je kan.
Ada gak dia jemput make up artist utk belajar make up.
Menarik.

Makan makan cam biasa lah.
Lunch je la dpt makan kan.
Lelain tu - kudapan lah.
Tapi not bad jugak kudapan2 kt sini.
Sedap2 lah.
Opssieee... salah protokol makan kek ngan garfu besau tu. Hihik.

Gambar ni En. Hafiz letak kat FB dia.
Yg paling depan - kanan tu lah En. Hafiz nya.
Sempoi je dia. Dan best! Percaya lah.


p.s : Kursus pertama untuk tahun ini. Dah dapat 2 hari. Ngeh ngeh ngeh :D

10 February 2016

#koleksinovelpuanstoberi : Seperti Mencintaimu Ain

Menambah koleksi novel.
Sbb novel yang tak terhabis baca dulu, dah dibaca sket sket.
So, dah nak habis bahan bacaan novel. Kena stock up.
Tgk Kak Su promo Jemari Seni buat sale.
And walau beli online (termasuk pos) pun masih murah.
La ni, mmg maleh betui pun nak g survey2 kt kedai ni kan.
Seme pun aku nak online.



Beli direct kat Kak Su.
Kak Su [Noor Suraya] ni penulis dia lah.
Siap dapat sign terus. Hihi. Ai loike.

Tak baca lagi.
Tak tau kesah apa.
Adakah sambungan dari novel Keranamu Ain.
Keranamu Ain ni lama giler dah kot aku beli.. keluaran tahun 2001.
Aku mmg peminat Noor Suraya. Jadi semua koleksi dia aku ada.
Masa tu dia dgn novel creative lagi.

Oh ya.
Sedih betul lah.
Pesta buku tahun ni kat MAEPS.
Takde dah kat PWTC.
Sadis..sadis.

Tu yg aku drop komen kat page PBAKL tu.
Sekali ada yg nampak komen tu. Tetiba terus reply "tahniah Reen"
Der.. der.. takyah la reply situ terus.
PM boleh tak.. ate nya.. tu kan public page.
Ayoooo...

MAEPS ni mmg tak prefer lah.
Faktor jauh sket dari rumah tu tak la kesah sgt kan.
Tapi, terbayang jadi macam masa MAHA tu, mmg tak boleh imagine lah.
Dengan parking jauh. Pastu nak kena naik bukit nak gi dewan dia tu.
Hish. Mmg idak lah nak pergi.
Kalau PWTC tu, balik kerja pun boleh singgah.
Pastu kalau weekend kiterang pergi naik tren pun takde masalah.
Atau pergi petang2 lepas Asar pun takde masalah.
Maknanya tahun ni pecah rekod lah tak pergi Pesta Buku setelah bertahun tahun aku tak pernah missed.
Me is sad (T____T).

1 Jamadil Awal 1437H

10 Februari 2016
1 Jamadil Awal 1437H.
Memang tahun ni rasa cepat betul masa berlalu.
Lagi dikira lagi lah rasa cepat.
Apa pun, moga ada perubahan ke arah kebaikan yang kita dah lakukan seiring dengan masa yang berlalu pantas ini :)

Selamat datang Jamadil Awal.

5 February 2016

Happy Long Weekend #3



Yeah. 
Long weekend datang lagi. 
Ye lah.. lps ni kau tunggu la berapa bulan lagi.
Bulan 5 ada. Masa cuti hari pekerja tu. Hihi.

Oh. Cikgu cikgi seronok lah yer.
Seminggu cuti uols.
Tapi, kedengarannya macam tak berapa nak suka yer. Sbb kena konsep cuti paksa-rela yer.
Hehe. 
Bertabah je la.

Apa pun. Selamat bercuti.
Sapa balik kampung, sila bertabah dan bersabar.
Sapa gi bercuti pun bertabah gak la sbb ramai orang ni.
Sapa sambut raya cina - Happy Chinese New Year.


4 February 2016

#jjcmpuanstoberi : woop2lobster

Hashtag baru lagi. Sila jangan kecam. Hihi.
Puanstoberi idak la suka nau buat xtvt JJCM ni. Sbb puanstoberi bukan seorang yg suka makan2. Food is not my passion. Giteww. Haha. Poyo!
Tapi, kadang2  bila orang dah viral atau bila gi tempat2 bercuti ke, puanstoberi buat la jugak JJCM.
Kalau family trip, depa dah tau sure adik bongsu depa akan bawa tempat yg orang ramai, tapi belum tentu sedap (T___T). Kuikuikui.

Okay, kali ni jjcm tak jauh dari rumah puanstoberi.
Err.. bukan rumah kat KL sini, tapi rumah kat kampung di Perak sanun.
Menjadi sebutan sejak tahun lepas.
Tapi sengaja weols taknak pegi sbb katanya ramai orang.
So, kita pun biar lah orang reda sket kan.

Dah siap plan ngan abg yg duk kat kg tu.
W.app dia, kata kiterang balik cuti Hari Wilayah ni nak pergi makan lobster.
Abang aku pun okay lah.
Sekali tu.. 2 ari lps antar w.app, masuk majalah 3 pulak woop2lobster ni.
Apakah????

Tahu saja lah, bila dah masuk tv. Tak kira lah majalah 3 ke, jjcm ke. Harus orang menyerbu kan. Terus rasa punah harapan. Haha.
Ye lah, bila lagi nak pergi wey.. bulan 3 tak balik kg sbb cuti sekolah ada family trip. Depa dtg sini. Bulan 4 pun tak tentu lagi. Tengok keadaan. Bulan 5,6 dan seterusnya kalau boleh pergi yang paling cepat adalah bulan 9. Pergh!

Balik je abang kata kawan dia pergi hari Jumaat malam - orang beratur panjang giler. 2 jam dekat baru dapat makan!
Dan bila tgk FB page woop2lobster ni pun mmg betul.
Siap owner tu tulis, sesapa yg dekat tu harap tak dtg lagi lah. Bukan dia menolak rezeki, cuma dia takut orang tak selesa. Ha, begitu.
Maka, kami tak pergi lah masa malam minggu, which mmg tahu lagi lah hazab kan.

Kita try Ahad malam.
Lps maghrib keluar rumah.
Sampai je situ tgk mmg full.
Kak ipar terus masuk line beratur and kami gi carik meja.
Abang n myDH mmg segan2 je nak tggu meja orang. Abang siap cakap, nak gi kedai lain ke makan. Eh... mana buleh, dah masuk situ mesti nak makan situ kan. Kalau tak pergi lagi takpe lah.

Aku tak kesah. Memang style kena tunggu meja kan. So, aku tgk meja mana org nak abis makan. 
Mungkin dah nama rezeki kan. Dapat satu meja yg orang tu pun hanya 3 beranak. Meja pun tak kecah. Cuma kerusi je ada 3.

Takpe lah. Cop je meja dulu, nanti cari kerusi. Kami pun berenam ja. Cukup lah satu meja.
Dah dapat meja, gi kat kakcik yg tgh q. 
Apa nak order? 
Buka je FB dia. 

Pastu nanti owner dia gitau yg lobster ni rasa camna, lobster mana lagi best. Ha, gitu.
Dia ada 3 jenis lobster. Yang best adalah asian. Memang boston paling terbaik. Tapi, nak sedap katanya ambik asian.


Kami ambik set meatball, slipper lobster 2 set, asian lobster 1 set.
Jadik lah utk rasa rasa. Lamb chop ngan salmon dia tak boleh buat sbb tak dapat nak cater. Nanti lagi lambat dapat. 
Owner tu siap cakap, masa utk makanan siap dalam sejam.
So, takpe lah. Tunggu je lah kan.
Dia bagi resit n kad. Makna meja kami namanya K Diamond.

Nanti bila makanan siap, waiter dia akan hantar sambil sebut no kad kita.
Takde la smpai sejam pun nunggu.

Air kena order kat dalam - kat MH Cafe.
Ambik air jus oren je. Abis citer.

Okay tak?
Ni slipper. Tapi aku rasa cam tak berapa best. Cam tawaq ja.
Tapi, don't worry, isi banyak.

Ni asian lobster. Asian okay. Sedap.
Ala, nak makan byk pun tak boleh sbb macam muak muak gitu. Ada cheese bagai kan.
Tapi, okay ja. Sedap.
Overall utk lobster ni, ai takde nak komplen.
Dah la harga berbaloi kan.
Masa tgh beratur nak order, kakcik aku siap sembang ngan org belakang dia. Orang tu dari Penang okay! Semata mata datang nak makan lobster lps tgk kat majalah 3. Datang makan then balik Penang. Huhu. Gigih oi..gigih.

Cuma utk kedai air yg cafe tu - myDH kata dalam kedai tu macam becak2 sket. Depa gi tempat basuh tgn dia cam tak berapa nak memuaskan lah. Aku pun tak tahu lah cemana. 
Kalau betul macam nampak becak becak tu, harap diperbaiki lagi lah.
Lobster ni dah jadi sebutan dah ni. Kang dek kerana yang satu tu pulak, jadi citer lain.
Harus diingatkan kedai lobster n kedai air ni dua entiti yg berbeza.
Kedai lobster ni dia cam buka kat tepi kaki lima kedai cafe ni lah. Buka table camtu. Dan katanya nanti nak buka kat Ipoh juga. Hopefully dia ambik satu lot kedai which semua dia yg provide dan tak perlu order air kat kedai lain, makan kedai lain. Camtu baru nice kot.
Just my pandangan lah.

Sapa datang Perak, esp Ipoh, Taiping or Kuala Kangsar, boleh la cuba.
Senang je nak carik. Tepi jalan je. Waze je woop2lobster tu. Ada la kot. Atau google je MH Hotel Sungai Siput. InsyaAllah, sampai le kome. Dkt juga dgn Pizza Hut.
Tapi, buat masa ni orang tgh ramai. Apatah lagi cuti raya cina sok. Lagi la ramai.
Kalau nak dtg, setakat nak satu meja je okay kot. Kalau dtg segerombolan berbelas orang tu susah sket la nak dpt meja. Tu ari, ada se famili datang. Duk nunggu je orang bangun kan. Pastu last last gi makan kat pizza je. Kesian la plak. Harap2 dia dtg dari situ situ je lah bkn jejauh. 

Nah, ni gambar terang sket. Tadi malap malap belaka yer yob... hihi.

2 February 2016

#puanstoberisuka : Shawl n Dress Online

Giler. Memang giler.
Kalau before ni tergila ngan Lazada, minggu lepas plak asik parcel poslaju sampai.
Haha.
Lazada tu bebuat tk npk je emel dia kata sale CNY lah apa lah.
Kang kalau termasuk, sure ada je menda aku nak beli.
Heh!

Kisahnya nak carik instant shawl.
Dulu tak suka nak pakai instant shawl.
Tapi, tu dulu. Manusia boleh berubah seiring dengan keperluan (juga kehendak). Haha.
Nak carik instant shawl yg tak payah nak loop loop nih.
Yang tu mmg senang juga tapi kena gak betul sana betul sini. Dah ada yg tu. Beli dari Benang Hijau. Kali ni nak carik yg lebih mudah.
Meh la kita try instant shawl yg terus sauk je tu.

Tertarik dengan satu website ni sbb harga dia macam okay okay lah.
Yang lain tu macam mahal. Pastu kadang out of stock la apa la.
So, try beli tgk kat website ni. Tak pernah pun tgk. Sbb dia kat atas skali masa google "instant shawl", so try tgk.

Bila tgk eh, macam okay. 
Order kat web, tapi proof of payment apa seme send thro w.app.
Laju je dia balas kat w.app.
Beli kat ShawlHouse.
Aku beli dua. Tapi aku suka jenis simplyfit ni.
Aku ambik kaler ni.


Best la material kain dia. Cam jatuh gitu.
Pastu cam senang la nak adjust2. Kejap je dah jadi.
Okay, jadi kita bagi hashtag #puanstoberisuka
Yang selai lagi.. pun okay lah. Tp lagi best simplyfit.

Lagi satu parcel datangnya dari Kepala Bataih sanun.
Dress. Nak beli dress murah. Tapi bawah RM100. Tp nak dress muslimah. Bukan dress2 yg dari china, korea apa semua tu. Memacam. So, abis semua yg suggested post berkaitan orang jual dress aku follow.
Aku selalu gak la masuk tgk2 dalam FB skrg ni. Masuk gitu2 je la. Takde aktif nak post kat wall ke apa. Ada jugak terpost komen kat page2. Ku sangka takde orang yg "nampak". Ada jugak... terus ku delete komen tu. Kot ye pun yu kenal ai kan, takyah la uols nak reply apa apa? Terus PM boleh?

Jumpa satu. Macam murah sbb dia kata tgh sale. Termasuk pos lak tu.
Masa tu tgh cuti 3 hari tu. Tapi, kesah apa kan. Terus order dan bayar. 
Selamat di terima dah. Laju. Ailoike.
Ada website gak - NFH Boutique
Harus la ambik my fav kaler kan. Sebenarnya nak warna green. Hijau lite lite tu. Tapi abis la plak. So, terpaksa gak la ambik purple. Huhu.


Saiz S yg mmg just nice je lah. Cuma tang kaki lah. Kena alter gak. Tu mmg tak boleh buat apa dah. Cuma jubah aku beli kat Mekah je yg tak perlu nak potong kat bhgn kaki ni. Just nice je saiz S dia ngan badan n tinggi aku.

Jenuh oi. Jenuh. Cukup lah ni.
Entah bila nak insaf pun tak tahu lah. Padahal byk lagi nak kena savings nih (T_____T)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign