Pages

30 November 2015

Saling Berkasih Sayang

Bagus entry dari kawan saya ini [link].
Kita ni hidup bukan selama mana.

Bila bila pun kita boleh "dipanggil"
Hari ini elok bersuka ria, tup tup esuknya dah tiada.
Kes camni pun byk terjadi depan mata.
Kawan-kawan office pun ada. 
Tapi tu lah. Kadang kita terkhilaf.

Oleh kerana kita bebila pun boleh dipanggil, jangan lah kita buat angkara dengan orang2 kita tersayang. Dengan parents, dengan family. 
Pendek kata jangan ada dendam.
Itu satu hal lah dengan orang2 yang kita sayang.
Cemana plak dengan kenalan2 kita.
Apatah lagi dengan orang yg kita tak kenal sangat,
Tapi, tetiba entah kenapa kita rasa macam benci, menyampah dengan orang tu.
Tak tahu kenapa kita nak sakit kan hati orang tu.
Ada je cara nak sakitkan hati.
Komen menda2 tak elok. Balas berbual dengan nada sinis.

Kenapa nak hidup bermusuh-musuh.
Kenapa nak hidup saling membenci.
Dengan orang kita tak kenal pun kita nak buat angkara.
Kalau kenal pun, takde sebab dan alasan yang menghalalkan kita nak buat hal.

Entah lah.
Kadang terlebih "open" di zaman ni membuatkan kita makin kurang nak berkasih sayang.
Seolah sengaja mencari salah orang.
Kalau nak kata kerana laman sosial, nampak kita pulak yg bodoh sbb menda2 tu yang mempengaruhi hidup kita.
Tapi, kadang, betul pun.
Kalau rasa menda tu dah pengaruh hidup, lebih baik kita menjauhkan.

Sebenarnya hidup dalam menyampah ke orang, tak boleh tgk orang lebih, asyik nak kondem orang, ada je tak kena, mmg tak membawa ke mana.
Fikir balik yang atas tu lah. Kita hidup pun tak selama mana.
Anytime Allah buleh panggil balik.
Alangkah lebih baik kalau hidup ni terus dengan berkasih sayang.
Takde yang rugi kalau kita terus hidup berbaik baik.

Bak kata kawan tu
"Cherish your moment"

**
Surah Al Hujuraat banyak mengandungi kata-kata nasihat tentang cara pergaulan kita.
Antaranya ini. Elok kita jadikan pegangan utk hidup kita dan terus berkasih sayang.



Hari terakhir di bulan November 2015.
18 Safar 1437H

26 November 2015

PP Bil. 10 Tahun 2015 : Pemberian Khas Tahun 2015




Pemberian Khas RM500
Dibayar pada 4 Januari 2016.
Alhamdulillah lah kan.. rezeki juga tu... 
top up lah apa apa yg patut :)

23 November 2015

Big Bad Wolf December 2015


Yang ni pun menarik gak.
Dikelilingi dengan buku buku penuh se-dewan.
Best woo.
Last year gi ngan famili abg cik. Tengah malam kiterang pi.
Tak rasa mengantuk pun bila dah sampai sana.
Tahun ni tak tahu lagi lah.
Lagipun tak tahu apa buku nak carik lagi.
Tapi, nak carik ni.

Tengok lah keadaan.
Lama tu. Anytime je boleh pergi pun.
Dah la 24 jam kan.

Info [big bad wolf]

20 November 2015

Ekspo Buku PWTC



Minggu depan.
Nak pegi lah kejap.
Tapi yg ni tidak lah sebesar pesta buku yg bulan April tu.
Tapi, best jugak lah.
Tgk lah. Boleh lari naik lrt jap weekend tu.

17 November 2015

Dhia Sofea dan Memori Cinta Suraya

Hihi.
Ai..tetiba jadi peminat drama.
Ala.. mana yg rasa boleh tgk, ai tgk.
Mana yg macam tak kuasa mcm citer Mr Perfect ke apa ntah tu, tak kuasa lah. Dah la pelakon entah sapa sapa. Bagus pun masa maghrib citer tak best. 

Okay.
Memori Cinta Suraya.

Memula tgk citer macam tak best. Sbb masa kat Langkawi tu macam citer klise2 je.
Pastu follow macam eh, okay lah. Not bad.
Pelakon ramai.
Now ai record (tp being Astro yg giler tu. Ikut suka dia rekod camna pun. Kadang 8minit je dia rekod, 16minit. Eh. Suka dia je. Melampau Astro nih tau).
Ada 148 episod.
Now baru episod 60 lebih ke camtu lah.
Haha. Melampau banyak lagi.
Tapi, citer dia setiap hari Isnin - Jumaat. Sokay lah kan.
Cuma, petang kul 6 dia start. Tu yg cam kadang sampai rumah pun dah lewat.
Dapat tgk ujung2.
Bila record pulak ikut suka dia je.

Walau citer ni tak logik akal macam Watie Elite jadi mak Iqram Dinzly tapi, ah lantak lah.
Tapi, ke tu mak tiri. Entah. Tak tgk dari awal. So, ada macam blur gak lah.
Pastu yg si Zila Bakarin satu famili duk serumah ngan Ryan tu pun aku tak faham gak cemna depa leh duk skali. 
Takpe. Boleh la layan.

Dhia Sofea.

Ini pun sama. Ingat citer klise2, citer yg memula pompuan tak suka lelaki, pastu jatuh cinta. Citer pompuan gedik2, lemah2 gitu.
Tapi, tu ari tertengok kat hotel masa kursus kat Melaka tu.
Eh, layan plak.
Sbb citer dia macam laju. Takde macam nak tertunggu2.

Macam hari ni dia kena asid, sok tgk eh, dah elok muka dia.
Pastu macam masa Dhia kena kidnap tu pun, ingat dah bersambung dah. Rupanya tak.
Ailoike citer laju camni.
Pastu Amyra Rosli takde la cam watak2 sebelum ni yg ele ele lembik gitu.
Kali ni dia berani. Ailoike juga watak perempuan berani ni.
Takde rasa macam tertindas, lalu menangis mengenang nasib.
Dia cam citer penyiasatan plak sbb Dhia nak tahu sapa mak dia sebenar.
Okay lah. Tp citer ni pendek je. 15 episod je pun.
Dah nak abis dah ni.

Selamat menonton :)

16 November 2015

Selamat Hari Isnin


Selamat hari Isnin uols.

Brr... hari Isnin hari yg lemau.
Nati mula la mengantuk la apa la.
Banyak berehat sgt weekend skrg ni. Tu menjadi jadi.
Ingat nak keluar gi Perfect Living kat PWTC weekend tu ari.
Memang tak la.. maleh. Alah, nak carik pintu sebenarnya. Folded door tu.
Takpe lah. Nanti nanti lah.

Last week kerja 2 hari ja.
Jumaat tu masuk kerja pagi. Pastu gi klinik. Dapat MC.
Pastu kan ada berita CT Nurhaliza pregnant kan.
Hehe.

Memula ingat CT sendiri announce. Rupanya dari "sumber".
Tu aku kata tu. Susahnya menjadi Siti Nurhaliza.
Org awal2 pregnant ni tak boleh stress.
Heharap Siti okay okay saja ya.
Rilek tau. Keep calm.

Lepas tu macam banyak menda dalam schedule smpai bulan 12.
Next week ada interview HLP (Alhamdulillah, dapat temuduga).
Pastu kena buat ujian khas dia plak. Secara online. Aiyarkkk..
Pastu now ni lagi sebulan nak gi family trip.
Aku tak buat any preparation. Tiket feri patut kena booking dah ni.
Cuti sekolah harus la orang ramai.
Tak buat pun jadual apa seme. Main redah je lah. (T___T).

Aku kalau bangkit pagi Isnin ni sure cakap ke myDH
"lambat lagi eh nak Sabtu"
Harus la dia marah marah. Baru je masuk pagi Isnin.
Huhu.
Lemau la weh. Lemauuu.

12 November 2015

Susahnya Menjadi Siti Nurhaliza

Huhu.
Kecoh 2,3 hari lepas.
Sampai masuk paper sana sini.
Online lagi lah. Tak terkata orang bercerita kan.
Macam berita penting kepada negara nih. Huhu.


Aku mmg tgk IG gmbr susu kambing tu.
Lps tu baca komen mostly kata Siti mengandung.
Sbb minum susu kambing campur kurma.
Huhu.

Tapi, mmg susu kambing dan kurma minuman orang pregnant ke?
Aku rasa macam lagi tak lalu je kot kalau minum susu kambing ni.
Lelebih kalau awal pregnant. Bau je dah cukup la utk memualkan. Lain lah dah masuk 5,6 bulan tu.
Aku ni susu biasa pun rasa tak lalu apatah lagi nak susu kambing. Memang lah tidak jawabnya.
Pulak tu bukan kambing ni asasnya 'panas' ke. Sesuai ke orang 1st trimester makan/minum menda2 berasaskan kambing ni? Tak berani oiii....

Tu pada pandangan aku lah kan.
Kut mmg dia pregnant and RE/Gynea dia advise gitu, idak la kita tahu kan.
Atau dia dah pregnant 3,4 bulan ke kan.

Susahnya menjadi Siti Nurhaliza ya.
Ye lah kan.
Siti kan Msian sweetheart.
Semua orang pun tertunggu2 berita dia mengandung.
Dia kawen 2006 kalau tak silap. 
Lagi lama tu. Next year dah 10 tahun pun.

Apa pun, bertabah je la yer Siti.
Kita sebaya, tapi awak kawen awal 2 tahun dari saya.
Awak lahir awal tahun, saya plak akhir tahun.
Saya pun sama macam awak, pelbagai usaha juga dah buat utk dapat zuriat.
Ada rezeki kita, InsyaAllah, ada...
Kita doa banyak2 ya.
Dan mohon orang lain juga doa baik2 je utk kita :)

11 November 2015

Kursus Di Melaka

4 - 6 November 2015.
Di hotel Ramada Plaza Melaka.
Bengkel sebenarnya ni.
Bengkel Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia.

Kira cam membincangkan pelan sumber manusia kementerian.
Semua jabatan under MOTAC ada lah.
Course under MOTAC ni biasalah.
Bilik mesti sorang satu. Brrr..
Last year kat PD pun camtu.
Tapi, kali ni okay lah. Takde la terasa keseorangan sangat.
Hotel ni pun rasa macam "meriah"

Sbb ramai penghuni nya.
Pelancong2 mmg ramai.
Lepas tu dia macam hotel yg baru refurbish.
Masuk pun bau cam baru baru je peralatan.
Buka je tv terus ada greeting.

Bilik luas.
Siap ada sofa bed macam kat Avillion Admiral Cove jugak.
Silap masa check in tak tanya katil king ke apa. Ingat mmg dapat katil king la kan. Ah. Takpe lah. Malas nak mintak tukar since ramai kengkawan lain pun duk tingkat tu. Kang mintak katil king kena tukar tingkat lain pulak. Tak mau!

 Toilet pun okay. Luas.




Tak dapat pemandangan sungai tu.
Cuma nampak laut. Okay lah jugak kan.



Bilik course pun okay je. Lagipun konsep bengkel/discussion, so takde la rasa macam classroom ke apa kan.


Cuma, tandas kat bilik course tu cam hampagas sket la.
Bukan je takde hose paip tu, air pun takde.
Bukan maksud air takde. Ada la kat sinki tu.
Cuma, dalam toilet tu just ada toilet semata. Kadang, kalau toilet yg takde hose pun dia ada air keluar dari toilet tu kan. Ni takde. Giler ke hapa nak suh "salet" camtu je.
Idok le teman weh.
Sanggup teman naik bilik teman kat tingkat 12 nun. Haaaa.... 

Makanan pun okay. Byk choice.
Ye lah,banyak mana pun kita nak makan.
Cuma, ai tak makan nasik. Eh. Nasik hehari pun kita makan kan.
Kita makan la yg kita jarang makan. Giteww...

Penceramah dari INTAN.
Okay je lah. Pagi hari kedua tu dengar dia nyer talk.
Petang, grup discussion.
Siang aku aktif lagi utk join discussion.
Masuk malam aku dah rengsa. Haha.
Terus rasa cam nak tido je.
Tak sabau tunggu esuk nak balik.
Dan esuknya abis pun awal (hari Jumaat kan).
Driver pun siap ada dah kat hotel. Terus la desup balik. Hihi.
Pastu mintak kat boss nak balik rumah terus. Sampai ofis pun dah dkt kul 3pm. 
Nak rest. :D

Group photo.

9 November 2015

Giler la Siapa Yang Tak Suka Travel


Tajuk saja kasik propa.
Ai tgk kalau buat tajuk propa sket, harus macam ramai viewer.
Kalau tajuk ala ala pekeliling kerajaan, bukan saja baca, klik pun uols taknak.
Haha.
Pandai uols kan.
Nanti ai carik tajuk ala ala gosip kat Melodi lah.
Nanti ai nak buat tajuk "gosip terbaru opisku". Hahahhahaaaa.
Harus berduyun pembaca opis ai berebut nak klik walau ai baru publish satu saat. Hahahahahaaaa :P

Eh. Ai bukan nak kata orang yg tak suka travel tu gile.
Tu ayat cliche je tu.
Tapi, ada ke orang dalam dunia ni tak suka travel?
Ada ke?
Ada la kot. 1% cuma. 99% lagi, aje giler kalau tak suka. Hahahahhaa.

Ada waktu free2 sket, ai saja la masuk forum topic travel2 ni.
Tgk balik topic tempat2 yg pernah pergi macam Perth, HongKong, Krabi. Topic orang pergi umrah jugak.
Seronok tgk depa depa ni buat preparation. Siap ada itinerary apa semua.
Dalam forum pun selalu ada orang PM tanya keadaan kat satu satu tempat yg ai pernah pergi.
Ada yg emel juga tanya tanya. Yang ni biasanya lepas depa baca blog, depa akan emel.
Ai akan bantu mana yang boleh dibantu dengan sebaiknya.
Sbb ai pun sebelum nak pergi satu satu tempat, ai akan emel pada orang2 yg dah pernah pergi ni.

Ai akan jawab juga walau kadang soalan tu rasa macam, eh, awak boleh google ni.
Tapi takpe, ai suka je bila ada orang tanya. Even ai pun kadang lupa dan ai sendiri akan tolong google utk mereka.

Alah, bukan luak pun kan tolong orang.
Ai teringat satu kes ni. Ai baca kat IG seseorang. Dia ni kira macam selalu travel2 lah. Pastu ada la orang tnya satu soalan berkaitan ada satu event ni.
Pastu dia cam bebel2. Kalau nak jadi traveller katanya kena la google, kena pandai cari maklumat lah apa lah. Cemana nak jadi traveller kalau semua orang nak bagitahu. Dia macam marah.

Ai bila baca macam ehhhhhh..... apa ke benda lah dia ni.
Takyah lah nak hangin sangat. Macam lah kau tu glamer benau benau. 

Tak luak pun kalau kita gitau. Memang lah ada setengah orang ni, dia jenis malas nak carik maklumat. Tu biar dia lah. In case dia nak g luar negara secara DIY nanti pepandai lah dia nak hidup. Takyah lah kau sekolah kan pulak dia.

Orang camtu memang perasan bagus. Aku sket je lagi nak unfollow IG dia ni, tapi aku nak perati je dulu ke-poyo-an dia. Poyo kalau hensem takpe gak. Ini.. nan hadoo.. 
Eh. Kan dah ter mengumpat pula. 
Takde lah. Tak suka orang yg ek ek dan cas bagus nih.

Travel ai ke luar, mostly secara DIY. 1st time ai DIY adalah ke Hongkong.
Mula macam susah. Tapi, bila dah sampai tempat tu, otomatik kita akan jadi 'pandai'.
Hehe.
Percaya lah. Jadi, pada sesapa yg tak pernah lagi travel DIY, cuba lah.
Takyah la guna agen2 ni. Unless cam nak gi umrah tu, kena lah kan.

Sekarang ni aktiviti travel berehat buat sementara waktu. Takyah la ai sesusah pergi Matta Fair bagai dah. Rehat jap.
Akan bersambung maybe next 2 year. 2017 lah mungkin.
Dalam wish list ai, ai nak pergi Holland. Nak tgk tulips.
Atau nak pergi Tokyo Disneyland. 
Eh. Tu ari ada yg ciwi2 gambar Swiss kan. Itu dalam mimpi la gamaknya. Menangis lah nak merasa main salji kat Swiss cik kakkkk....
Eh. Ai ni Singapore pun belum jelajah lagi lah. Orang lain dah puluh2 kali pergi Singapore kan. Huhu.
So, after this, boleh sambung semula lah pengembaraan.
Cumanya kali ni mungkin pengembaraan ada sedikit berbeza :)

Next year, mak saudara belah myDH buat trip ke Bandung.
Ai pulak, kalau dah pernah pergi satu satu tempat, ai macam berat sket lah nak pergi lagi sekali. Kecuali Makkah dan Madinah. Itu takpe. Pergi banyak2 kali pun takpe.
Instead of Bandung, better pergi Lombok ke kan. Tak pernah pergi lagi.
Tapi, dah itu plan mereka. And on top of that, mmg ai tak dapat pergi pun.
Hehe. No need to cari alasan then.

Ai ada sorang member. Dia masih single. Merata tempat dah dia pergi.
USA pun dah pernah.
Weols (kengkawan dalam grup WA) seme jeles ke dia. Hehe.
Bebaru ni dia ke Perth. Padahal dah pernah pergi sebelum ni pun.
Weols tak tahu pun. Tahu tahu dia kata "ai kat Perth ni"
Best nya hidup.
Takpe lah kan. Itu dah rezeki dia.
Kita ni, dapat pergi 2,3 tempat pun dah cukup syukur dah Allah bagi peluang tgk negara orang.

Seronok kan. Giler la sapa tak suka travel. Semua orang pun suka.
Best betul. Kadang ai cam rindu2 nak travel, ai baca balik travelogue ai tu.
Sbb tu ai suka tulis detail2. Bila baca balik, ai sendiri akan rasa puas hati.

MyDH kata, Allah bagi kita peluang jalan ke sana sini.
Syukur. Rezeki Allah. Rezeki ada orang temankan utk gi travel (mostly travel wif husband. Sekali je ngan kengkawan. And now, kalau travel without husband rasa mcm tak nak lah kot).
Ai harap, Allah murahkan lagi rezeki weols utk travel lagi banyak tempat lepas ni.
Nak tgk keindahan ciptaanNya.


7 November 2015

Best nya Orang Konvo

Last month musim orang konvo kan.
Err.. tak termasuk konvo bebudak tadika lah kan. Hiks.

Seronok tgk orang berkonvo.
Jauh di sudut hati, terselit jeles.
Heh! Mau tak jeles. 
Rata rata kengkawan yg sama register kat UM tu ari seme pun dah konvo bebaru ni.
Cuma ada sorang kawan chinese tu dia konvo sebelum ni. Last year ke. Tapi awal la dari kengkawan yg lain ni.
Laju betul dia.
Kalau ikutkan ai pun dah konvo lah ni.
Dah ada Master Degree in Public Admin from UM.
Ecewah.

Okaylah. Mungkin dulu ada yg tahu ai further Master kan.
Siap tunjuk ID card bagai kat FB.
Pastu senyap. Haha. Padan lah muka. Haha. Now tkpe, dah tak main FB. Haha.
Orang belajar sekerat jalan kan. Memang lah tetiba senyap.
Muehehehe.

Bila orang tanya kenapa tak abis.
Ai jawab senang je - malas!
Haha. Orang akan blank nak tanya lagi bila dah jawab camtu.

Sebenarnya ada lah sebab musabab lain.
Tapi, sebenarnya mmg ai tak berapa nak rajin lah.
Ai ingat dulu, ai rajin. Rupanya... tak! Haha.
Orang kata, takde anak senang lah nak study.
Takde lah. Bukan pasal anak ke apa.
Ai cuma rasa, ai dah duk kat zon selesa, dah boleh jalan ke sana sini. Tup2 bila jadi student ni ai jadi terkongkong. Nak kena siapkan assignment on weekend, nak g library apa semua. Pastu pulak saing2 ai seme belum kerja. So, bila ai grup dengan mereka ni, kesian pula mereka kena ikut time ai. Kadang lecturer bagi soalan waktu office. Dia bagi kat dalam sistem pagi tu, then petang kena bentang. Kau rasa cemana? Nak tak nak kau kena juga amik waktu ofis cari bahan apa semua kan? 

Ai rasa kurang keberkatan bila bekerja sambil belajar ni.
Eh. Belajar sambil bekerja. Orang lain boleh, itu mmg depa superwomen.
Ai rasa something wrong somewhere bila ai kena tumpu cari bahan utk pembentangan masa ofis. Ye lah, soalan bagi dalam kul 10 pagi. Kul 6 ptg ni dah kena bentang dalam kelas.

So, cukup 1 sem, I quit.
Settle. Abis dalam 2k gak lah tuition fees tu ari. Haha. Ai bebuat pejam mata ja.
Lepas pada quit, ai gone thro buat operation laparoskopi. Kira macam ada something jugak lah lepas ai quit tu. Konon ai nak tumpu pada fertility treatment. Tapi lepas tu nan hado jugak, ai sebok balik travel sana sini. Itu yang ai nak sebenarnya kheeennnn.... Haha.

Sungguh la ai jeles dengan korang yg committed bekerja sambil belajar.
Dan ai jeles tgk uols semua konvo dah. Huwaaa.... 
Tapi, bila fikir2 ah lantak lah! Banyak lagi menda lain yg ai bole buat.

Ai mmg nak further. Kalau boleh mmg sampai dapat Ph.D. Tu mmg cecita ai sebaik saja grad degree.
Tapi, ai mmg tak nak kalau belajar sambil bekerja.
Ai nak buat full time.
Sebagai penjawat awam, ai mmg ada peluang itu.
Sbb tu bebaru ni ai ada apply HLP. Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa. Ai boleh belajar secara full time dengan gaji penuh!
Uols doa doakan ai dapat ya.
Ai nak sangat sambung Master dan buat full time tanpa ganggu waktu kerja.
Ai nak jadi full time student. Baru ai lega dan hati tenang.
Biar lah dah lewat. Biarlah dah dekat umur boleh pencen baru dapat Master. Takpe. 

Tapi, ai dah tak minta UM. Sbb dah malu. Haha. Tu ari kan tetiba berenti.
Ai ada minta 3 U yang lain. Seme pun dalam negeri lah.
Hajat hati nak je minta UWA. Cea.. nak Perth saja. Haha. Tapi usah dok merapu. Dalam negara sudah. 

Uols doakan ya ai dapat HLP tu.
Mekasih... :)

To my klik masa kt UM, Iza n Zaimah, tahniah dah konvo.
Akak tumpang happy :)


6 November 2015

Sesudah Kesulitan Ada Kemudahan


5 November 2015

Worth The Wait


4 November 2015

Tesco Online Kali Ke2


Baru 2x kali beli barang online Tesco ni.
Yang 1st dulu ada juga buat entry.
Mana tah. Malas nak carik.
Yang ni order lagi sbb masa tu jerebu teruk.
Malas nak keluar rumah plus mmg takde mood nak berjalan2 pun.
So, order online.
Kali ni bagus.
Memang depa hantar sampai depan pintu.
Dulu, guard tak bagi masuk. Dia park lori dia depan pagar, pastu kami kena turun pi amik. Masa tu mmg rasa serik dah takmo order sbb lebih baik la pergi je terus Tesco tu kan.
Dah kita sendiri jugak kena usung bebarang tu.
Rengsa betul masa tu. Rengsa dengan guard yg kerek tak bagi lori Tesco masuk dan juga org tu yg takde inisiatif nak antar barang sampai atas.
Sekarang guard pun dah tukar sykt lain. Guard yang ini elok sket pengurusannya.

Kali ni tetau dia call 'saya dah ada depan rumah cik Ida ni'.
Good.
Kita perati dari atas, lori dia mmg parking luar pagar.
Dia guna troli hantar barang kita.
Takyah la sesusah nak pikul beras segala kan.
Agaknya ada juga blok2 lain dia hantar jugak kan.
And kali ni semua barang di order ada. Takde yg dia ganti2.
Sokay lah.

3 November 2015

Kursus HR


Hujung-hujung tahun ni ramai yg pulun cukupkan jumlah ber kursus kan.
Ye lah, penjawat awam kan kena ada at least 7 hari berkursus dalam setahun.
Hurm. Masa buat application HLP tu ari pun depa mintak kursus dari tahun 2012-2014.
Mujur lah ai cukup semuanya 7 hari walau terkadang tu seminar sehari ja.

Okay lah.
Esuk course.
Ikut hati malas.
Tapi SYMP lah.
Pergi je lah. 2 malam je pun.

2 November 2015

Bila Udara Tidak Lagi Percuma

Dah lama sangat kita tak lihat langit mem-biru kan.
Sejak dari bulan berapa.
Ogos? Lepas raya pun dah nak start dah jerebu ni.
September mmg teruk sgt.
Oktober pun sama.
Tak pernah lagi jadi macam ni. KL terutamanya memang boleh dikatakan asyik lah bacaan udara tidak sihat dan sangat tidak sihat.
Sedih sangat, kenapa lah buat pembakaran secara besar-besaran. Macamana lah binatang2 dalam hutan yang terbakar tu survive... sedihnya buat bumi Allah yang indah ni jadi macam ni.
Ayat Al Quran yang sangat dekat dengan kejadian jerebu ni :

Dengan keadaan udara yang sangat tidak sihat, memaksa kami "membeli" udara yang bersih.
Dah lama niat nak beli.
Pernah pun buat entry.
Tapi tu lah. Asyik tertangguh.
Sampai satu part yg memang rasa udara bersih esp kat rumah memang amat diperlukan, jadi kita terus lah order.
Tapi, bila bendalah tu sampai, udara pun dah mula nak elok. Hihi.
Tak mengapa lah.
Elok je pun guna air purifier ni sementelah kedudukan rumah yg begitu hampir dengan highway. Dengan pencemaran karbon monoksida lagi, better lah guna air purifier.
Waktu ini dan pada masa hadapan pun memang udara bersih amat diperlukan.

Eh, nak cakap lah kan. Highway ni walau pun dah naik kadar tolnya, tetap la orang lalu jugak sampai jammed kan.
Takde effect pun. Mungkin la alternatif orang nak cepat. Tapi, kalau waktu kerja tu, pagi aku tgk stuck juga dalam jammed. Better lah lalu jalan biasa kut jammed gitu rupa. Dah bayar, jammed jugak. Waktu balik lagi lah. Nak keluar ke MRR2 tu, ya hampunnnn... berjela panjang jammed nya.
Itu takpe lah. Mungkin, walau jammed pun, cepat jugak sampai ofis/rumah.
Yang paling tak boleh blah kalau tengah malam - cuti pun highway ni tak pernah sunyi.
Memanjang je ada kereta lalu.
Kalau terjaga tengah malam pi toilet pun, sesaat pun takkan ada lah takde bunyi kereta.
Sure ada punya.

Eh. Dari nak cerita beli udara, ter cerita perihal lain plak.
Okay lah.
Perkenalkan ahli baru rumah kami.


Aires - "Petite Yet Powerful"

Petite macam tuan rumah dia jugak. Hehe.
Cukup lah yang kecik comey ni sbb dia buleh cover hingga 800sqf. Dah nak hampir lah keseluruhan rumah comey kami.
Baru je sampai. Okay lah. Kira pasang je siang dan malam waktu kami ada kat rumah.
Pastu bangun pagi tu rasa lah jugak udara tu macam "ringan" sket.
Cemna nak cakap yer, tapi mmg perasan lah ada beza gitu.

Oh. Macam water purifier Coway yang kami guna, yang ni juga kami amik sewa-beli.
Orang kata leceh ada monthly commitment.
Tapi, bila tgk service Coway yg bagus utk water purifier yang kami dah guna selama 3 tahun. Kami tak ragu utk amik sewa beli juga utk air purifier ni.
Beli sewa beli, Cody (org servis) akan datang 2 bulan sekali. Tanpa gagal. Dan servis tersebut, selama 5 tahun adalah free. Termasuk lah penggantian alat2 (filter) dalam tu.
Kalau beli terus - servis dah tentu lah kena bayar. Lepas tu kita ni commit ke nak servis setiap 2 bulan. Heh! Weols punya charcoal filter hood pun dah lama tak servis tu. Patut 6 blan sekali. See, sbb takde jadual berkala, kita pun buat2 malas. Sok rosak baru padan muka kan.

Okay lah sbb nxt month elaun perumahan kami dah naik. Dapat lah buat tambah2 bayar bulanan cik Aires comey ni. Hehe. 
Ini lah yang dikatakan bila udara bersih tidak lagi percuma (T____T).

Gambar pagi tadi before pergi kerja.
Setelah beberapa bulan tak nampak Genting Highland, pagi ni nampak jelas
(tp dalam gambar tak npk la).
Moga selamanya lah cuaca cantik begini.

1 November 2015

Welcome November

Welcome November.
Please be amazing.



Cepat cepat lah November.
Supaya kita cepat tiba ke Disember.
Hehe.
1 month to my bufday.
1 month to our wedding anniversary.


Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign