Pages

28 May 2015

Membina Keluarga Bahagia

Sharing knowledge.
Last Saturday (23 May 2015), berkesempatan menghadiri sesi menambah ilmu. Dan ada sedikit santapan jiwa juga. Heee.
Tapi, kali ni santapan jiwa berbayar sbb anjuran swasta.

Masa sebuk2 dalam bilik intebiu tu ari, dik Yani [link : Batik Pink], bagi w.app, dia kata ada seminar kat Hotel Royal Chulan.
Aku cakap eh, tu sebelah ofis akak ja.
Tu yg dia share ngan aku tu, katanya.
So, begitu begini, deal lah. Since aku duk memerap dalam bilik intebiu 2,3 hari, minta tolong dia registerkan n bayarkan dulu. 
Utk dia n asben, and aku n myDH.
Bayaran RM100/person, but weols register awal dapat la RM50/person.
Sebenarnya sbb tgk tajuk dia banyak ke arah fertility, so, tu yg kitaorang pun join.


Program start petang.
Suruh dak Yani ni parking kat ofis aku.
Siap bagi map cemana nak dtg ke ofis. Sampai pun dia dgn jayanya.
So, kami gi lunch dulu. Dekat2 ofis je lah lunch nya pun.
Then dalam kul 1 tu kami register dulu, 
Dapat la satu folder yang ada memacam dalam tu.
Letak barang dulu, pegi solat Zohor kat ofis.
Kebetulan masa tu kat ofis aku ada KPJ buat event apa tah. Depa sewa.
So, buleh la tengok2 dulu event tu.
Dah solat baru gi balik ke hotel.
Participant tak la ramai sgt.

Tapi, penceramah best2 jugak.
Sesi 1 - Topik Persediaan Kesihatan Untuk Hamil - Dr Wan Elly. Gynea dari Hosp UMRA.

Sesi 2  - Doktor Natasha. Dia ni doktor kat KL Fertility Centre. Bila dgr talk dia lah, buat aku rasa wait no more untuk treatment ni.
IVF kat KL Fertility ni lebih kurang 17k. 



Lepas tu tea break.
Sedap la pulak laksa Johor hotel nih..
Hurm... nak makan lagi takde masalah kan. Sebelah je dgn ofis. Tapi nya.. takkan nak order laksa Johor semata.. Heeee.

Pastu continue.
Sesi 3 - Puan Fiona Tahir. Ngeee.. ni adik kepada kakak ipar aku sebenarnya. Dulu pernah pergi housewarming dia. Tapi, masa ni cam segan plak nak say hi hi ke dia. Dgn rupa aku comot momot time tu. Dah la dia bagi talk pasal imej2 bagai ni kan. Heeee :D


Best sesi dia, tp sbb masa tak cukup dia cam laju2 je lah.
Sesi 4 - Ada penerangan produk HPA.
Sesi 5 - Talk dari Dato' Dr Fatma El-Zahra tentang tips mendapat zuriat soleh dan solehah. Yang pasti katanya, nak dapat zuriat soleh dan solehah, mesti lah dari ibu bapa yang soleh dan solehah juga.


Dan layan gambar kami.



Secara keseluruhan, okay lah.
Ya, I can't wait anymoreeeee..
Harus buat sesuatu. Haruss...


27 May 2015

#puanstoberisuka : Kumpul Handsocks Dan Socks

Ada ada je kan.
Yer, ini kegilaan terbaru.
Kegilaan mengumpul handsocks.
Dan juga socks.
Ini contoh stokin pink yg ai beli. Semua pinkkkkk (nada usop wilcha)
Heeee.
Masa aiols masuk kat IG gambar ni ramai nau
berkenan ke selipar pink tu. Heee..
Pitam weh. Pitam.
Eh, ni kira okay lah kan.
Dari kegilaan sebelum ni mengumpul tupperware.
Tu lagi parah. Heehee.

Kegilaan ini bermula bila terjebak membeli kat satu IG seller ni.
Macam ni lah nak jadi seller. Baik je budi pekerti.
Dari w.app pun kita buleh tahu.
Bila baik camni, berkali kali pula orang repeat order.
Gitu.

Pastu laju pula servisnya.
Hari ini order - bayar - esuk dah sampai.
Comel2 tau handsocks n socks adik ni jual.

Memula ai beli handsocks dengan socks.
Masa tu dia buat kombo set.


Lepas tu ai repeat order lagi beli handsocks je sbb dia buat sales.
Lagipun rasa macam tak cukup je handsocks je yang ada. Sbb nak match ngan baju kita pakai kan. Heee..... ngada sgt kan. Padahal buleh je pakai hitam or coklat. Matching je ngan seme.
Sbb rasa selesa handsock dia ni, dan selesa gak berurusan ngan dia.
Bila repeat order, dia bagi sepasang lagi handsocks as free gift.


Dulu mmg pernah beli gak socks n handsock ni.
Lama dulu dah la. 2 tahun lepas ke setahun lepas camtu lah.
Tapi, masa tu tak dpt nak istiqamah sgt kan.
Now, tu yang ter cari cari balik IG shop yang best jual2 menda camni.
Tu terjumpa IG seller nih.
Sapa suka socks n handsocks, buleh la cuci cuci mata kat IG adik ni
Link [ harmoneecloset ]

Jadi, kita bagi hashtag
#puanstoberisuka

Thank u Mira...
Akak doakan murah rezeki awak :)



26 May 2015

Pengatin Malam Dan Sawadikap

Last weekend bersantai santai di rumah saja.
Eh. Jap. Ahad la bersantai. Sabtu tu ada program.

Then, dpt tgk tv dari pagi sampai lah ke malam.
Tapi, macam takde citer menarik je kan walau kita ada beratus siaran.
Jadi, malam tu duk tekan2 channel ter tgk citer Pengantin Malam.
Aku cam eh, citer ni baru lagi ni rasanya. Yg ada kontrovesi sket tu kan. Yang DD jeles ke ND tu. Ke bukan citer ni. Entah. I dun folo lah sgt lah hal retis skrg ni.
Entah bila dia dah masuk tv tak tahu lah.
Tak pernah tgk plak.

Okay. So, tgk lah citer tu. Katanya masa promo dulu seram niihhhh citer nihhh.
Filem mmg lah genre seram. Cewah, guna ayat orang pilem - genre.
Tapi, citer haiiii... mengapakah suka sgt letakkan perempuan ni cam takde maruah je.
Wanita penggoda suami orang - rela bersekedudukan tanpa nikah - dijadikan perempuan simpanan - then mengandung - bila mengandung si lelaki taknak kahwin dgn dia - last2 mati - jadi hantuuuuu.
Apa apa lah.
Betul la, mmg la ada je kes orang goda suami orang apa seme ni, tapi takyah lah kot buat citer camtu. Atas alasan nak jadikan pengajaran kepada penonton?
Takyah la kot.. takkan pengajaran dia - kau jangan ambik suami orang - nanti kau mati jadi hantu.

Masuk lah sedikit elemen agama. Apa salahnya.
Masuk rumah, bagi lah salam. Banyak betul adegan si suami buka pintu rumah tapi langsung tak bagi salam.
Dah la pelakon ada 2,3 orang je.

Paling lawak, last2 lelaki tu jadi giler, dan hantu tu dapat duk ngan lelaki tu kat wad giler
And they live happily ever after....
Haha.

Tapi, aku je le kot menyampah tgk citer camni.
Dah tu - 4 hari tayangan dapat 1 juta uolsss.


Dan selepas citer tu ada citer Adnan Sempit Sawadikap.
Ini pun byk kali tayang kat tv dah, tapi kali ni je aku dapat tgk dari mula sampai abis.
Ini pun MIG punya.
Dan aku rasa citer ni lagi baguih la dari Pengantin Malam tu.
Mmg la nampak kebangangan jugak sbb pi letak anak atas carousel tu.
Tapi, takde la tahap menyampah nak tgk nya.
At least dia ber genre komedi. So, dia nak buat elemen komedi lah kan.
Sokay lah. 


Skrg ni mmg dah lama kot aku tak tgk wayang.
Rasa macam nak tgk, tapi tak tahu lah citer apa.
Citer melayu, takpe lah. Sok sok ada je kat tv dah. Cam citer ni seme lah.
Tahu tahu udah keluar tv.
Kalau dulu, tunggu raya baru keluar tv.
Now, entah bila2 je tup tup eh, dah keluar.

Eh. Dah nak raya dah kita ni.
Baju raya dah siap?? Ai dah siap... ngeeeee :D

25 May 2015

Indahnya Perjalanan Ke Syurga, Hebatnya Dugaan Di Dunia

Sharing knowledge.
Last week berpeluang ke Persidangan Tahunan Agama Puspanita.
Entah naper, tetiba je rasa nak pergi.
Agaknya sbb otak pun dah tepu duk ngadap perihal interview je kan.
So, nak pergi release jap, takde memikirkan hal kerja.
Boss pun kasik pergi, so, pergi.
Di Putrajaya sanun.
Seharian lah di sana. Dari pagi sampai lah ke petang. 




Masa sesi pagi mmg tajuk dan penceramah agak best.
Menjelang petang. Biasa lah. Lemau. Heeee. Weols lah. Bukan tajuk ceramah atau penceramah yang lemau. 
Participant mmg ramai. Dalam 1,500 orang camtu.
Kami dari ofis berenam ja. 

Dua orang lagi duk belakang. Ni kiterang duduk kira agak depan lah ni.

Sesi pagi ada pembentangan.
Dimulakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Kemudian ada satu tajuk pembentangan yang menarik "Baik Buruk Di hujung jari : Berdakwah di Media Sosial"

Ha, ada kaitan dengan kita sebagai blogger ni kan.
Ustazah tu bagitahu sejauh mana media sosial ni membawa manfaat atau darurat pada kita.
Ustazah kata jangan merosakkan maruah ketika menulis.
Jangan banyak mengadu domba di FB, di laman sosial.
Ajar hati agar niat yang baik-baik, pos apa yang baik dengan niat yang baik, dengan tujuan dakwah.
Ustazah bagitahu, FB ni dicipta oleh Yahudi. Asalnya dari amalan puak Yahudi yang meletakkan nota di "wall". Nota tu semua ada lah, nota kesedihan, nota kegembiraan dll. So, ini lah diaplikasikan di FB. 
Heee.. selamat di situ, kerana dah 2 bulan aku dah tak berada di "wall".
Ada rasa aman dan tenteram.
Ye lah, ustazah pun ada cakap - kadang kita tgk kawan tulis kat wall "hari ni aku pakai tudung 8 tingkat, tapi ada orang jeles"
Lepas tu kawan sepejabat lain macam rasa eh, dia kata kat aku ke. Eh, dia ingat aku jeles kat dia ke. Dan bermacam andaian yang akhirnya membawa kepada persekitaran yang tak menyenangkan.

Menda tu mmg biasa kan. Sorang ni tak tuju pun pada sesiapa, tapi sorang ni terasa, lalu dia balas, bila orang tu balas, lagi menyakitkan hati. Eii.. mmg tak boleh blah bila jadi camni. Better takyah on FB dah. Nak hubungi - w.app ada, msg ada. Takde FB tak bermaksud kita jadi katak bawah gelas, byk lagi medium lain yang ada sekeliling kita. For me - ai deactivated FB sbb ai rasa FB byk yang "lagho" dari "tak lagho". Sound so cliche kan. Satu hari nanti maybe aku activated kan balik. May be. May be not. Takat ni aku rasa selesa tanpa FB.


Seterusnya ada forum - bicara srikandi - Aku ingin menjadi seunggul Khadijah, sebijak Aisyah. Tajuk yang best jugak. Esp bila buat umrah tu ari, rasa makin dekat dengan nama nama ini. Ustaz Ajib memberikan tips untuk rumahtangga
*Mengungkapkan (ungkapan kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak)
*Sharing (berkongsi apa saja. Share cerita, share masalah. Jangan pendam, jangan rahsiakan).
*Understanding (saling memahami)
*Forgiving (sentiasa meminta maaf dan memaafkan).

Lepas tu ada talk dari Baitulmal, Yayasan Waqaf Malaysia dan Amanah Raya.
Last sekali ada ceramah agama.
Ada gak sesi cabutan bertuah. Dalam beratus nombor, satu pun tak kena kat kami semua. Hahahaha. Mmg jarang2 ianya terjadi. Memang dan memang. Hahahaha.

Alhamdulillah. Sesekali kena ada gak santapan jiwa ni. Semoga kita istiqamah dalam menuntut ilmu bekalan akhirat kelak.
Nanti ai sharing lagi satu santapan jiwa yang attend last week jugak.

22 May 2015

Makan Makan : Salon Du Chocolat

Kejadian yang dah berbulan.
Bila check balik blog, eh, takde rupanya entry ni.
Masa tu busy ngan HKK, buka jawatan kosong serta persiapan nak umrah. Agaknya lah.

Jadi, mari lah kita bercerita.
Tarikh kejadian - 13 Mac 2015 (ingat sbb gambar dalam phone, ada date. Hiwhiw).
Tajuk kejadian - belanja Dee sempena beliau.
Tempat kejadian - kat Quill Mall

Sebab dah berbulan kejadian nya, maka tempek gambau je lah.


Weols berdua ja. Jadi ambik ini je lah.
Itu pun dah tak termampu nak abiskan.
Yang panjang tu je abis. Yang petak, half bawa balik ke ofis.


Sedap. Ai mmg sker je menda2 berunsurkan coklat cair nih.

Macam coklat bar tu kureng sket.
Boleh la, tapi kalau cair2 camni mmg suka lah!

Kalau dah teringin sgt, ai cairkan je coklat, pastu makan ngan roti. 

Jangan tanya mana sedap.
Dip n Dip ke sini? sbb tak pernah makan kat dip n dip.
Lantak la tak trend ke tak urban ke.
Jauh dari rumah n ofis dan takde sebab nak ke tempat2 tu hanya nak makan cekelat.
Not worth..not worth esp utk orang yg tak heran pasal makan cam aku ni.
Ada, ada lah. Takde, takpe. 
Happy birthday Dee.
Gila lama baru ai nak up entry. Sowiii.. Hihi.
Ni mmg teman kategori bff alam maya la kiranya sbb kami start kenal dari alam maya.
Now dah lebih 10 tahun kot berkawan.
Beliau ni merata ceruk alam dunia dah berjalan.
Masa aku gi buat umrah tu ari, dia gi Scandinavia (ha, nak eja pun aku google cemna eja nya. Haha). Hampir sebulan kot dia kat sana. Melancong je tu. Sebelum ni melancong ke New York. Kau hado gi melancong ke New York. Berangan buleh la kan. Haha.
Selamba mamba ini orang dan buat kami2 jeles manjang ngan beliau. Hihi. Rezeki beliau lah sbb nak gi umrah beliau belum ada mahram lagi.
Ai doakan nanti u dapat tunaikan umrah dengan mahram (ijab kabul) u satu hari nanti. Tu hari pun ai dah doa kat Jabal Rahmah dah :)

p/s : Ni nak gi dating ngan beliau jap lagi. Luncheon. Nak tgk apa dia bawa utk aiols dari Scandinavia. Hahaha.

p/s/s : Jangan lupa, travel itu juga seperti membaca buku.
travel qoute

21 May 2015

Order Sandwich Pedas Berapi

Trend uols trenddd....
Trend food pack yang di delivery trus sampai depan idung.
Begitu.

Kali ni ai try order sandwich.
Mula cam ala, sandwich kot. Takkan itu pun nak order.
Tapi, dah namanya pemalas lipas cam ahkak ni, sandwich pun ahkak order.
Ada ku kesah.
Ada orang tanya 'wah, inti apa sandwich tu sampai 70 hinggit"
Inti tuna. Ada salad, ada bawang, ada cili, ada tomato.
Order sbb nak bagi kengkawan se dept HR makan sandwich sempena 1 Syaaban.
Hihi.

Beli 36 ketul.
24 ketul RM35
12 ketul RM25.
RM60.
Plus delivery caj RM10.
Total RM70.
Tiada GST. Hihi.

Dia memang jual dalam kotak 24pieces (L) dan 12 pieces (M) sahaja.
Kira ai beli satu kotak L dan sekotak M lah.
Ni kotak 24pieces



Dari Garsa Kitchen.
Ini plak saiz kotak yang ada 12 dalam nya.
Ada bermacam pilihan.
Uols pilih lah apa spread kegemaran uols.
Lepas tu w.app - bagitahu lah nak hantar mana, pukul berapa - lepas tu dia confirm kan - lepas tu tunggu je lah rider dia hantar.
Cara bayaran COD. Macam pizza tu.
Tapi, kalau camni, jangan kau buat peleceh pulak dengan orang tau.
Duk elok2 orang tu dah siapkan berkeping2 sandwich kau, kau buleh buat tak tahu. Tak angkat phone bila rider dah sampai. No no no. Jangan buat begitu ya. Sekali buat begitu, tak berkat idup nanti.

Instagram klik : garsa.kitchen.
FB pun ada. Search Garsa Kitchen (ai dah takde FB. Malas nak kasik link, nanti ai tgk muka FB tu, ai jadi nak masuk balik plak. Bahaya).

Sedap.


Ai pilih Tuna On Fire sbb ai mmg suka yang pedas.
Tapi ini extra pedas nih. Ai yang tahan pedas pun rasa pedas, apatah lagi orang tak kuat pedas.
Berlari kengkawan ai pergi carik air. Hiwhiw.

Okeh. Next time ai dah tahu apa nak buat kalau ada potluck.
Order ni je. Takyah ai bangun sesubuh buta nak masak bagai kan.

Tu lah, ai dah kata ai mmg pemalas. 
Jadi, tokleh wat hapa la.

Tujuh puluh hinggit pun tujuh puluh la..
Janji ai dapat bagi kengkawan makan.
Kata orang tu sikit sama dirasa :)


20 May 2015

Banyak Guna Data Plan Bulan ni

Huwaa... semua pakat dah antar reminder
Ini jarang2 berlaku.
Padahal now lagi lah tkde view FB bagai.
Aku masih belum deactivate FB. Sebulan lebih dah.
Jangan lupa password sudah.
Entah. Rasa okay je kot tak bukak FB.
Tapi, tu lah, rasa susah bila ada homestay ke yg guna FB sebagai medium utk tgk promotion dia. 

Awal lagi nih. Tapi seme dah guna nak sampai 100% dah.
Huwa... sangap la pas nih...

YES.



Ini mmg cam pepelik sket.
Aku pun cam eh, baru pakai kejap dah telan abis 80%.
Yang ni mmg jarang pakai sbb nak kena on kan dia nyer  huddle bagai tu. 
Macam leceh kan.
Tapi tu lah. Guna kejap2 pun cepat nau abis.
Rasa macam 2GB dia nya data plan.
Takkan habis begitu cepat.
Berkira kira nak terminate sebenarnya. Dah la skrg ada GST bagai.
Tapi cam rasa dia back up plak if data plan lelain dah abis. Tapi, dia pun abis dulu.
Acena?
Terminate je lah kot kan. Okay, will be consider.


DIGI.

Ini mmg jarang lah hantar reminder.
As aku guna line ni kat cikepal6 ja.
Situ ada w.app n instagram ja pun.
Data plan kat Digi ni 3GB.
Jarang view laman web lain kat situ. 
Ni agaknya sbb donlod apps tu ari masa boring kat bilik intebiu tu ari kot.
Mihihi :D

UMobile

Ini sebenarnya mmg takde kegunaan dah.
Tapi, tak buleh nak watpe sbb phone besau tu mmg guna nombor nih.
Takkan nak terminate. Nombor tu nak guna.
Nak taknak, kena lah teruskan.
Ini aku dah downgrade kan. Hanya 1GB je tinggal.
Tapi, mmg selalu gak lah abis cepat since sini aku selalu meng-google dan baca forum dan baca blog orang kalau kt rumah. Hiwhiw.

So, total internat aku guna 6GB rupanya.
MyDH kata "tak cukup? Awak nak guna berapa? 10GB?"
Amboi bangggg... pedas tauuuu...

Pffft Sangat Perangai Tau

Korang aware tak apa maksud sebenar pfft nih?
Haha.

Tu ari lah. 
Masa dalam bilik intebiu tu. Dah boring2 tu. W.app ngan grup unit. Ni grup mini lah kiranya. Ada 5 orang.
Pastu ter masuk la perkataan "pffft" ni.
Sekali ada adik aku yg luhur pi carik maksud dia.
Haha.
Sbb dia kata 2x kak Ida guna perkataan tu. Gigih dia pergi google.


Tertahan tahan nak gelak dalam bilik intebiu tu tau. 
Hahaha.
Tak tahu plak ada maksud sebenar dia.

Hahaha.
Aku gambar kan pfft tu cam "hek ele sangat perangai"

Atau macam dah annoying giler dah.
Ni dari urban dictionary.
Kira macam bahasa slanga je lah pfft nih.


Dah.
Jangan nak pfft sangat perangai ya.


19 May 2015

Temuduga Mode Is On

Last week till Monday tu ari busy dengan temuduga.
Bermula 13 Mei sehinggalah 18 Mei.
Temuduga. Temuduga. Temuduga. Dan temuduga.
Jawatan Gred 41, jawatan Gred 27, Jawatan Gred 17 dan jawatan gred 11.
Dari pagi sampai petang.
Paling lama adalah sehingga 6.30 petang.
Walau duduk je dalam bilik temuduga tu, ingat tak penat ke.
Penat menunggu, penat tgk gelagat orang. Hihi.

Takde apa nak komen untuk temuduga kali ni.
Okay je lah.
Now time untuk buat analisa pulak.
Siapa yang mmg ada rezeki tu, ada lah rezekinya. Orang kata tu - mmg dah tertulis rezeki kan.
Yang penting, jangan main potong rezeki orang.

Last weekend seronok betul bermalasan di rumah.
Pheww.. dah lama tak bermalasan sebegitu rupa.

Hari Sabtu pergi FRIM jap. Takde naik canopy walk tu pun. Just jalan2 naik bukit tu ja. 
Hey, semua dah GST jugak FRIM ni. Nak bawak masuk kereta pun dah ada GST 6%, dan nak naik canopy pun dah kena GST gak (dulu - RM5, skrg dah jadi RM5.30 sorang).


Ku lihat hijauuu... 
Nak tenangkan pikiran setelah 3 hari bertapa dalam bilik temuduga.
MyDH 1st time pergi sini. Dia kata okay lah kalau nak pergi sebulan sekali ke sini.
Hari Ahad duduk rumah je.

Oh ya.
Nak ucap selamat hari guru. 16 Mei tu ari.
Pada kengkawan blog yang bergelar guru.
Saya dulu pun pernah bergelar guru. Kejap. Setahun. Ngeee

1 Syaaban 1436


Sebulan lagi to Ramadhan .


Semoga kita dapat menambah baik amalan kita :)

18 May 2015

Gel Heel Liner

Lama  bertahun dulu, ada dak Rose gitau.

"Kekda, kalau kasut tu macam longgar, beli gel, pastu lekat kat kasut. Nanti okay lah"
Aku pun cam okay, okay.

Tapi, tak pernah rasa nak carik pun.
Bukan taknak carik, tp selalu macam lupa.

Dari dak Rose tu kerja kat kraf, sampai dah berapa tahun tah dia berenti, tak berbeli lagi gel nih.
Tapi, tu ari masa kat Tesco, ternampak. Lalu ambil terus.
Macam mahal. Kalau beli dulu mesti takde GST lagi mendalah ni. Haha.


Tepek kan kat kasut.

Bukan sbb kasut aku longgar.
Tapi, sbb kasut aku macam menggigit kaki. Sakit lah.
Dah pakai socks pun rasa sakit.
Petua orang 'gigit kasut tu sebelum dia gigit kita'
Tak tau lah sapa punya idea petua gini.
Dia nak troll ke apa entah lah.

Aku pernah la buat skali.
Sekali tu je lah. Kuwasa aku aih.
Macam hapa je nak gigit kasut. Pastu tak mahu jugak pun.
Melecet jugak.

Jadi, okay lah kot mendalah ni. Tu ari pakai gi meeting, okay dah..
Tak sakit melecet dah.
Maklum lah, ai baru berjinak-jinak ke arah pemakaian kasut bertutup nih.
Dulu manade. Sampai tak perasan pernah beli kasut bertutup.
Simpan kat opis dalam kotak.
Bertahun agaknya dalam tu. Bila buka balik tgk dah eh, ada kasut rupanya. Dah siap bersopak sopak dah. Haha.

Nak mencari kasut bertutup dgn saiz cinderella ni pun hazab jugak. Eh, menyampah pulak kan tetiba nak mengaku kaki saiz cinderella. Hak hak hak.
Satu festival city ku jelajah setiap kedai kasutnya.
Semua takde saiz. Mencik betul.

Saiz 4/5 tu susah nak carik ke? Bukan ke orang ramai saiz 6/7 ?
Sudahnya jumpa di Sogo.
Ha. Sekali dua pasang ku beli.

Puas hati.
Dedua adalah selesa.
nasib baik.

Enjoy your life.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign