Pages

28 August 2014

Jumpa Kawan Baru

Tahun ni tak buat acara makan2 skala besar, jadi takde la kenal ramai kawan baru.
Macam masa house warming (last 2 year), and makan2 last year, ramai gak ajak blogger. Jadi, ramai yg datang n dapat berkenalan. Walau ramai yg cam segan je sbb 1st time jumpa kan.
Eh, takyah la segan2. Datang je. Macam Su Su n Elina tu, mmg katanya setahun sekali la kita jumpa pun. 
So, tahun ni, buat makan2 skala kecil, jadi takde la ajak reramai pun.
Sapa free datang je.
Ajak juga kengkawan sekitar2 rumah.
Tahun ni dapat kenal lagi sorang kawan baru.
Actually pun dah kenal melalui blog kan.
Tapi, bila jumpa baru rasa cam ... 'mesra....'

Hihi.

Rasa ramai je kenal kot blogger nih.
Cikgu Azrine kita nih.
Kiterang sebaya tp beliau dah ada anak dara yg sama sebaya dgn salah sorang anak buah aiols.. oke..nangis tepi pintu ...





Sempat gak dia meluangkan masa datang bersama anak2 nya.
Yang ramah tamah kakcik tu. Comel sgt dengan keletah dia. Hihi.
Siap asyik usha kolam je. Huhu.
Oke. Nanti datang lagi rumah acik Ida oke. Kita mandi kolam.

Thanks tau Rine, sudi datang umah kite.
Sempat gak mintak cara2 buat cucur rangup sbb anak2 dia suka makan. Hihi.

edited :
Rine pun up entry lebih kurang waktu sama ngan aku up entry ni.
Cerita dia : http://azrinzfamily.blogspot.com/2014/08/jemputan-raya-rumah-blogger-puanstoberi.html

27 August 2014

Misi Mencari Kipas Siling

Haiyo. Baru 2 tahun ma... sudah kena tukar.
Grrr...

Kipas ruang tamu tu lah. Aku tak pakai air-cond kat ruang tamu. Jimat kos. Muahaha. Tak yah la kan. Guna kipas sudehhh... Lagipun aku pakai dua kipas. Satu belah tgk tv, satu kat meja makan.

Jadi, kipas yg belah tgk tv tu buat hal.
Tu lah. Beli lagi kipas yg bagai-bagai kan.
Yg flower bloom bagai kan.
Alah, yg lebih kurang camni lah.

Bila kita off, dia kuncup.
Bila on, dia kembang.
Ada lampu jugak.
Memula mmg la best. Cantik kemain kan. Bole kembang kuncup.
Sekarangggg.. pasang no. 4 pun macam no. 0.5 je speed nya.
Siap buleh napak bilah berpusing oke.




Jadi, sudah menimbulkan ke-rengsa-an pada penghuninya.
Terpaksa la carik kipas baru.
Eiii..
Geram tau. Geram.

Terpaksa buat misi mencari kipas pulak.

Dari Batu Caves smpai ke Jalan Kuching. Takkan sebijik kipas punya pasal nak pergi kedai lampu murah kat Puchong tu kan. Aku beli kipas bunga kembang kuncup tu pun kat Puchong la pun. Tapi, masa tu beli segala semua lampu sebelum renovate rumah. Berbaloi la pergi jauh2 tu. Ni nak beli seketoi. Dedekat sudeh.
Ada satu kedai kat area Tesco Selayang tu. CIMA ke apa ntah namanya.
Tgh buat sale.

Beli kat situ lah. Kipas biasa. Takde kembang kuncup. Katanya design tahun 2014.
Warranty motor 3 tahun.
Masa dia try on kat kedai tu cam laju gak lah. 
Best.
Panggil orang kedai tu jugak tukar kipas lama dan pasang kan yg baru nih. Upah RM45.
Heharap oke lah hendaknya. Tak kuasa lah kan acapkali nak tukar kipas je.
Tapi takpe. Kedai nya dkt dgn rumah. If rosak, orang kedai tu kata call je kedai.

p/s : Hari ni ngan semalam patut aku pergi kursus kat Putrajaya. Tp semalam terpaksa MC. Sakit perut serius smpai kena amik ubat kat doktor. Kena "cirbir" pulak. Aish. Ni ari pun rasa meletup2 lagi perut, so, myDH kata takyah pergi.. pergi kerja je. Kang satu hal pulak duk kuar masuk bilik kursus kan.

25 August 2014

Kisah Best Buddy Datang Beraya

Kami buddy, takkan terpisah.

Haha.
Ni kesah aku ngan kawan aku sorang nih la. Juwita namanya.
Nak kata BFF pun boleh, nak kata best buddy pun buleh.
Kiterang ni rapat mmg rapat, tapi masa kawen, takde la smpai jadi bridemaid apa semua tu. Eh, aku kawen pun dia tak dtg tau. Aku pun tatau nak rasa sentap ke apa. Haha. Tp, apsal ek dia tak datang masa tu. Katanya kad tak dpt. Eh. Ye ke. Entah. Boleh? Hahaha.
"Ta, kenapa ah kau tak datang kawen aku. Makna kata, adiah pun tak bagi ni kan. Jadi, anniv kami ke6 ni sila bagi adiah" Hahaha.
Tapi, apa pun, kami tahu, kami mmg best buddy, yg mana kalau jumpa sure kena gelak tanpa sebab. Apa ke menda ntah. Mmg dari dulu camtu. Terjumpa je - baru balik dari cuti sem pun, boleh berterabur ketawa tanpa sebab. Lps tu tak bole benti ketawa. Orang tgk, like, eh, korang dah kenapa ketawa macam giler. 

Ekceli, kami kawan sejak UiTM. Diploma. Sahabat kesayangan. Saling tahu kisah cinta zaman2 1st love dulu. Aww... dating pun sesama uols. Tapi memasing tak menjadi cinta monyet tu.. kasihan... kihkihkih.

Tapi, walau apa pun, kiterang still sahabat.
Mmg jarang jumpa walau rumah dedekat je. Kerja pun memasing area KL [dulu dia kat treasury, skrg da dpt tukar area KL dah].
Tapi, kalau jumpa mesti lama dan mesti ada je cerita. Suami memasing pun dah ngam. Apa lagi...
Tahun ni, ada jugak la jumpa dia sblm ni. Yg dia datang shopping masa HKK

Mulanya aku jemput dak Ita ni datang rumah aku last week - yg masa aku buat laksa tu. Tp dia boleh senyap je lps aku antar w.app. Aku dah nak sentap dah ni. 2,3 hari baru dia reply kata nak dtg this week. 
Lps tu masa datang, dia ngan laki dia kata "saja taknak dtg last week, sbb kiterang nak layanan secara privacy, nak tuan umah layan weols je"
Saja tau..pandai amik hati ne.. haha.


Tapi, mmg betul pun kan. Aku rasa, utk best buddy nih kena buat special utk derang je. Jadi, kita buleh layan derang sepenuhnya. Ni nati tak sempat nak sembang. Sgt tak best. 

So, ari Sabtu tu, aku pergi wedding kat Sg. Ramal dulu, pastu gi majlis berendoi adik unit aku kat Cheras. Jem cam biasa lah. Balik tu terus buat spegeti. 
Dia smpai dalam kul 6.30ptg. Mujo derang dapat masuk parking dalam.
Lepak2 apa semua smpai kul 9.00mlm.

Tkde byk tgkp gmbr. Ini je yg ada.
Mmg tak semenggah la mengkalo laki aku tangkap kan..
Satu tu, mmg aku tak semenggah dgn muka minyak2, peluh2 seme kan. Mmg nampak tembam. Lantak. Jangan tegur dan bagi tips kurus semua bagai yea. Aku masih dalam zone 'berat ideal'. Jangan risau.
Satu tu ngan anak2 Ita. Gegar pulak laki aku tangkap. Si kakak, Nadra n si kecik Syifa. Eh. Kakak tu aku lupa pulak namanya. Apa ah. Tp yg Nadra tu, geram tau..mulut pokpek. Kemain suka makan donut.

Masa derang nak balik la jadi citer nih. Siap salam, bagi duit raya, masuk kereta semua dah.
Sekali kereta tak boleh start. Aku ingat keta dia pakai push start button gak sbb bunyi cam guna button tu. Rupanya mmg tak buleh start. Bateri kong. 
Adoyai.
Lps tu banyak la keluar 'mujur' dan 'nasib baik' kan.
Sbb sblm derang dtg rumah aku, derang pergi MValley. Kalau jadi kat MValley, lagi leceh kan. 'Mujur' jadi kat rumah aku. Lps tu, 'nasib baik' depa ni dpt parking dalam. In case, kereta mmg tak buleh start, ada problem, kereta ada kat dalam, secure la sket kan kalau nak tinggal. Dan 'nasib baik' jugak rumah derang dekat. Pepehal kita bole antar.

So, dah try, tak buleh start gak, laki aku pun dah ckp ngan guard, nak tggl je kereta tu while kiterang hantar je derang balik. Rumah derang kat Kg Nakhoda je pun. Small matter. Sementara myDH amik kereta, dtg lagi satu guard kata dia nak tolong carikkan jumper. Ha.. gitew.

Jumper ni pun satu masalah. Kiterang ni dari kereta lama (keta lama tu 2x gak breakdown tak buleh start sbb bateri), smpai kereta skrg, tak pernah nak amik pengajaran beli jumper tu. Kalau nampak kat Jusco ke mana tu, tetap taknak beli. Konon nak beli kat kedai aksesori kereta. Ita pun kata camtu gak. Depa pun selalu camtu, dah tgk, tapi tak beli, konon nak beli kat tmpt lain. Sudahnya begitu lah.

Hai la hai jumper. Kiterang punya la ketawa sbb mmg sama je apa di pikirkan.
Bila tgk kereta orang breakdown sbb bateri, sure akan cakap ngan suami "kita kena beli jumper nih". Begitu lah berulang ulang dan ulang. Beli nya tidak jugak.
Sama la derang laki bini. Kena beli, kena beli. Tapi tak beli jugak. Haha.

Guard tolong tanya kat orang, sorang brother tu ada jumper.
Pinjam la kejap. Sambung dari kereta chemerah.
Dan buleh la start kereta. Kalau tidak derang dah berangkut2 nak naik kereta aku dah. Hantar derang balik je.
One more, aku perhatikan neighborhood KSU ni mmg oke lah. Mudah je nak tolong orang. Cam kes anak terperangkap dalam kereta tu hari kan. Laju je orang tolong. Yang ni pun sama, ada je yg tolong suluh ngan handphone la.. Alhamdulillah lah, walau orang kata duk area2 cam ni memasing buat hal sendiri kan. Buat hal sendiri mmg buat hal sendiri, tp kalau ada kes camni, ramai je sudi bantu :)

Kiterang ni kalau jumpa sure ada je peristiwa. Sbb tu tak buleh kejap2 je. Tak menarik. Haha.
Lps tu punya la plan nak gi makan seafood kat Bagan Lalang lah.
Nak lunch rumah aku lah sementara bagi anak2 dia mandi kolam lah.
Plan tu byk, jumpa setahun sekali je. Haha.

Nanti datang lagi tau.. aku masak siakap stim pulak. Hiwhiwhiw.

22 August 2014

Al-Fatihah Dan Stay Strong



Al-Fatihah untuk mangsa dan semoga segalanya dipermudahkan.
Utk famili dan semua waris, tabah lah dengan ujian Allah ini.
Allah pilih kita utk dugaan ni, kerana Dia tahu kita boleh hadapinya.

Utk sahabat - Zuzila. Tabah lah. Dan kuatkan semangat. 
#staystrong

Baca yg ni [masa raya tu hari], lagi rasa sebak. MAS juga lambang kebanggaan negara kita.


kredit all pics : MAS Instagram

21 August 2014

Edisi Realiti : Anak Terkunci Dalam Kereta

Selalu baca dalam paper pasal orang terkunci anak dalam kereta ni. Pastu pikir cemna la boleh terkunci kan. Tapi, bila jadi depan mata sendiri, ha, baru sedar, semua tu tak mustahil.

Petang semalam aku saksikan sendiri orang yg ter kunci anak dalam kereta.
Kisahnya petang smlm balik dari kerja (dalam 6.30 smpai rumah), kiterang decide naik tangga. Biasa naik lif, tp petang kan cam padat2 ngan orang amik anak semua kan, so, takpe lah. Kita naik tangga je. Tgkt 4 je pun kan. So, naik tgga hujung yg dekat ngan pintu rumah. Bawah rumah tu, mmg ada parking lot jugak.

Masa nak naik tangga tu, nampak sorang perempuan tgh duk nangis2. Asben tanya kenapa. Dia kata kereta ter lock. Kiterang pun cam oo...keta ter lock. Pastu dia kata, anak dia ada dalam tu. Aku terus 'hah! anak. Ya Allah'. Gigil kepala lutut jap.
Kira cam kiterang antara yg awal nampak lah. Ada sorang lagi brother tgh try korek2 tingkap belah pemandu.
Anak tu dalam umur 2 tahun camtu la. Kat tempat penumpang. Elok je dia berdiri. Tp ada nangis sesket. Mak dia mmg dah sedu sedan nangis nih. Cemna nih.
Aku suh myDH panggil guard dulu. Ye lah kan, pepehal ada guard senang. Nak mintak tolong ke apa ke kan.

Bila panggil guard abis la guard walkie-talkie guard lain.
Aku ni igt hammer je. Mmg pikir kena ketuk je cermin kereta ni.
Pastu bapak budak tu pun ada skali cuba nak bukak cermin tingkap sebelah pemandu. Kereta zaman sekarang yg siap semua safety features ni, igt mudah nak bukak gitu je. Kalau Wira ke Iswara lama dulu buleh la pakai kunci yg tarik tutup tu. Ni skrg dgn push start button lah, itu lah ini lah. Chemerah aku pun aku manade kunci manual. Kalau nak bukak guna kunci manual kena korek2 camna tah. Lagi susah je pulak.
Then, ada yg pergi call/panggil orang buat kunci ke pomen ke entah lah.
Mujo belum malam kan.

Lebih 20-30minit jugak la sementara nak tunggu tu. Orang dah mula ramai nih keliling. Ada yg suruh pecahkan je cermin, but, tak buleh la mandai kita kan. Tuan keta pun tak bagi izin lagi nak pecahkan lagi. Guard (supervisor ni, kira cam pakcik2) tu pulak kata, kalau dia nampak budak tu dah cam penat dan lemas, mmg dia pecahkan je.

Tetiba mak budak tu dah cam ilang punca. Suruh pecahkan je cermin. Pakcik guard  suruh aku tenangkan mak dia. Sbb kalau mak dia kelam kabut lagi anak nangis lagi teruk kan. Sbb aku antara yg awal, walau tak kenal dia, aku try la calm kan dia.. pujuk2 suruh doa apa semua. Dia pun terus attract anak dia dalam keta tu. 

Lps tu, cina pomen tu datang. Memula tak buleh nak masuk pulak kat gate. Pakcik guard tu siap g amik ngan motor kat gate depan. Haiyo. Dia datang je 'sori aa.. sori aa..' sambil sesengih. Alahai apek..cepat la bukak.
Like a hero, dia bukak dalam 5 minit je. Aaaaaa..... ni kalau curik keta sonang bebona nih. Aish.

Then selesai lah. Fuhh....

Wes, mmg gigil lutut aku, apatah lagi kalau mak dia kan. Tapi, kalau aku, takyah pikir panjang, kurang 5 minit aku suruh orang pecahkan je tingkap. Tak kesah la keta belum cukup setahun pun. Takpe. Duit tu lain cerita, ni nyawa anak. Lagi la orang susah nak dpt anak cam aku. Mmg no more bincang2 dah, no more tunggu2 dah. Yg penting anak tu dapat keluar.

Lps tu, mlm dapat berita ni pulak.
kredit : Metro
Ya Allah. Kebetulan betul. 
Tapi yang ni lagi kesian. 8 jam oke. Dalam keadaan panas semua.
Semoga syurga lah tempat anak ni.
Dugaan pada mak bapak dia. Semoga mereka bertabah.

Kalau dulu, bila baca cerita camni, aku mesti pikir cam tak logik tertinggal. Tapi lepas kejadian semalam, yg jadi depan mata aku, yg aku bantu tenangkan mak dia, mmg aku rasa aku tak boleh salahkan mak bapak. Cuai mungkin ya. Tapi, sapa yg giler sengaja lupa, sengaja biarkan anak. Ini ujian buat famili tu. Takziah dan Al-Fatihah.

20 August 2014

Wordless Wednesday : Sambal Hitam, Nasi Panas

Sambal itam. Timun.
Nasik panas panas.
Sesekali makan camni, mmg sodap!

19 August 2014

Isu Payung Lagi

Hadoyai.
Nak gelak pun ada.
Geram pun ada.
Menyampah pun ada.

Akhirnya Petronas buat pengumuman. Hari Isnin petang. Dalam kul 7 lebih tu. Memula dalam BM. Pastu tgk, dah dlm BI pulak. Pastu keluar balik yg BM. Apa ke benda entah.
Tu lah. Bak kata kawan aku tu, menda free kena cepat. Petronas pun kata camtu "first come first served". Jadi, bertabah je lah yer. Cuba lah jadi utk first served tu ye. Sila lah bertunggu tangga dpn muka pintu kedai Mesra. Kohkohkoh.




Aku nak merapu pasal payung ni pun dah malas.
Lantak hang la.
Ada lagi satu kad yg tak penuh dua cop. 3 Resit. Tapi, aku tgk resit akhir ada satu je. Dua lagi bukan resit akhir. Bila dia tulis perlu resit akhir tu, maknanya tak valid la resit yg dah di stapler pada kad tu. Ini lagi nampak nak manipulate, sbb resit tu bukan kita yg pepandai stapler. Kan orang stesen minyak tu yg stapler. Dah kenapa kau tak ketip skali yg 'final receipt' kalau itu kehendaknya. Bongok ah. Dari bikin panas bertekak situ, baik tak payah penuh kan. Macam kan kita hadap nau payung dia tu. Kita pun bukan lah kebulur sgt payung tu kan [kalau baca FB, yg owner/kerja Petronas ni anggap customer kebulur sgt payung depa tu], tapi yang menjadi isu adalah kenapa nak promo kalau tak mampu bagi dengan jumlah yg at least 50-80% dari kad yang dikeluarkan. Kami customer bukan bodo sgt nak memahamkan term "sementara stok masih ada", first come first served dan segala apa la term yg akhirnya akan buat customer juga hampa. Walau sementara stok masih ada, suppose ramai yg dapat. Let's say la 20% je tak dpt. Tp bila tgk feedback, ramai yg tak dapat dari dapat. Baru 2mggu selepas keluarkan promo pun stok dah abis. Pergi sana sini tanya takde, takde. Buat apa nak keluar beratus ribu kad kalau hadiahnya terhad sgt. Lain kali buat je lucky draw.

Ikut kat lah Petronas. Nak tambah stok ke, first come first served ke, resit akhir ke, buat lah. Malas dah aku nak isi situ. Nak kata boikot tu tidak lah. Tapi, byk lagi alternatif lain yg ada. Depa pun bukan ada effect kalau takat kita sorang customer lari. Melambak customer lain. Apa ada hal. Segala kereta kerajaan mmg dah sah sah wajibulgunnah isi Petronas. Jadi, apa depa takut customer lari sbb dek payung sebatang kan. Haha.

Lawak aih aku rasa. Payung punya pasal, berantakan semua orang. Yang orang kerja Petronas, kata customer takde adab maki2 depa [ada ke, entah la, tak pernah pulak aku nampak]. Suruh call Mesralink la apa la. Laki aku tu, bukan Mesralink je dia call, abis semua bahagian Petronas tu dia call. Haha. Adoyai... Yang customer pulak kata orang stesen minyak yg susah nak bagi. Ye la kot. Sebenarnya, setelah hampir sebulan, kami dapat jugak la redeem satu kad last week. Tu pun masa memula, orang tu kata takde. Payung abis. Pastu laki aku kata takpe lah kalau takde, isi RM10 je. Lps tu orang tu mintak kad, check2, suruh laki aku pergi isi minyak dulu, pastu kata ada lak payung. Hek ele! Kau nampak permainan dia. Dari situ, aku rasa, mmg kena permain dah customer nih. Memula kata takde, pastu kata ada. Boleh camtu?

Dah la.
Buat la apa kau rasa nak buat.
Bagi aku lak as customer yg selama ini setia tak belah bahagi berpuluh tahun lamanya, aku rasa byk lagi alternatif lain. Bukan pasal hadiah ke apa. At least, buatkan kita pikir balik - stesen minyak lain banyak, harga minyak sama, jadi......

Masak Dan Makan

Aku takde la rajin nau masak. Cuma kekadang 'nampak' cam rajin kan. Datang jin malas aku, mmg APTB. Tak caya, tanya incik suami. Haha. 




So, dari balik kg lps raya tu ari, smpai last weekend, jin rajin aku datang merasuk. Tetiap hujung minggu masak yg special [special tu pada definisi aku lah. Bukan la yg special macam nasi beriyani, nasi mandy bagai. Yang simple je pun]. Bermula dari bihun sup tulang, lps tu rendang kerang lah, then last Saturday - laksa. Oh. Sebelum tu, kekuatan laksa terletak pada....

Ha kau, sana sini orang heboh bercakap pasal bunga kantan yg melambong harga nya. Aku pun tatau boleh ke tak buat laksa tanpa bunga kantan nih. Boleh mmg boleh, tp mungkin kurang lah aroma ke-laksa-an-nya tu agaknya. Agaknya lah kot. Aku pun tatau. Tak pernah tak taruk mendalah tu.

Minggu ni aku buat lebih sket la masak tu. If makan sendiri, setgh kilo ikan pun cukup. Ni sbb adik opis aku kata dia nak singgah sesambil beraya rumah orang lain yg area aku tu, aku buat la lebih. Beli ikan dalam sekilo setgh. Laksa 2 bungkus.

Sebenar aku pikir nak wat mi kari je kan. Pastu cam ada yg request nak laksa. Sokay lah. 

Carik ikan, bahan2 semua kat NSK Selayang. 1st time aku shopping kat NSK nih. Oke gak kan kalau nak carik ikan ke apa waktu malam ek kat situ. Dia bukan 24jam. Aku pergi lps maghrib.

Kat situ jumpa lah bunga kantan. Rega masuk akal jugak lah. Kira oke lah dari sebatang RM10 kan.

Dah alang-alang masak, aku jemput lah sesapa yg dekat. Takde open house bagai lah. Aku sendiri rasa rengsa dengan open house ni sbb rasa cam jalan sesak giler bila minggu2 raya nih. Nak nyampai dari satu tempat ke satu tempat pun berejam. Jadi, buat masa ni, kalau buleh elak, aku elak lah utk buat any occassion masa bulan Syawal. Kesian ke orang yg nak dtg pun berhempas pulas.

Tapi apa nak buat. Ini lah style urban beraya kan.

Tak dijemput taknak datang.
Even sebelah rumah yg buat pun, kalau tak jemput, kita rasa taknak datang.

Tapi, bila dijemput, pun tak datang jugak. Haha.

Aku kan, kadang tu, mmg ada rasa 'eh, dia tak jemput pun kite'. Tp sebenarnya tu hikmah bila orang tak jemput. Sbb memenuhi undangan adalah wajib. Lain lah uzur ke apa. Tapi, kadang kita ada rasa malas nak pergi, contoh cam jauh giler kot rumah orang tu, dgn jem lagi, terus cam tak nak pergi. Maka, lebih afdol tak dijemput. Biar lah. 
Aku ni kalau org update pasal open house ke apa, tp tak dijemput, aku lantakkan je. Lagi bagus. Tak kuasa nak kecik hati ke apa.

Takde la nak cakap 'eh, tak jemput?'
Nanti bila dia jemput, kau nak datang ke? Tak datang jugak kheeennnnn.. Biasa dah aku tu. 
Bila tak jemput, mintak dijemput, bila dah jemput, banyak lak alasan nya. Jadi, elok lah kita berlapang dada if orang tak menjemput. Mihihihihi.


As simple as that, sapa nak dtg rumah aku, datang je. Taknak datang, nak buat cemna. Lagipun, aku dah segan jugak nak ajak orang datang rumah musim raya kali ni, sbb guard tak bagi kereta pelawat masuk. Bodoh gile sykt guard yg nih. Dulu oke je bagi masuk. Menyusahkan orang pulak nak carik paking, lps tu menapak nak gi umah aku. Sbb orang ramai sgt buat open house, dia tak bagi masuk. Nanti la nak report kat management.


Eh. Aku nak citer pasal apa sebenarnya nih ha?
Haha.



Dah la. Minggu ni tatau nak masak apa.
Tapi, tghari ada jemputan wedding. Lps tu umah adik unit aku ni buat kenduri akikah anak dia. Walau nampak 2 je tempat nak pergi, aku kena prepare mental n fizikal utk duduk dalam jem. Kompom punya lah. Sbb tmpt aku nak pergi tu, mmg tmpt yg meriah dgn jem nya. Jadi, tempat2 lain, mmg tak mampu lah. Cakap sesiang nih. Malam, JMB rumah aku buat jamuan raya. Ini best pergi  ni. Last year memacam makanan yg best. Siap ada lucky draw yg memang aku takkan lucky punya. Huhu.

Oh. Kawan lama aku kata nak dtg petang Sabtu tu. Ready spegeti je lah. If dia jadi datang, masak. If tak datang, bule simpan buat lenkali.  

18 August 2014

2 months until....

Daisypath Vacation tickers
2 bulan lagi. Lambat lagi.
Tapi, harus teruja kan.

Giler tak teruja. 
Aku ni pergi Genting Highland pun teruja. 
Kuikuikui.

Passport - checked [setahun lagi nak expired. Lps ni takyah renew dah la.. ihiks]
Visa - checked [awal giler buat sbb tmpt penginapan nak nombor visa]
Penginapan - checked [Malaysian Hall sajork, jadi lah]
Borang permohonan ke luar negara - half checked [baru hantar, biasanya lulus ja]
Borang insurans - half checked [baru nak amik sign Ketua Jabatan]

Lelain - itinerary tgh duk buat. Nanti nak pergi Matta Fair, tgk kot2 ada tour on d ground yg best.

Oh. Nanti ahkak cerita pasal perlindungan insurans ke luar negara atas urusan persendirian yerp (utk pegawai perkhidmatan awam - org gomen lew). Ahkak memang tak pernah buat sebelum ni. Bila dah jadi memacam yg luar jangkaan kita ni, baru rasa nak buat. Oh. Borang permohonan ke luar negara dengan travel insurance adalah dua perkara berbeza ye adik adik. Borang is mandatory, insurance ni, terpulang lah nak amik ke tak. Nanti lah ahkak buat entry khas okeh.

Jadi, doa semoga dipermudahkan. Takut nak teruja sangat walau dalam hati....  

Selesai Yang Wajib Untuk Tahun Ini

Alhamdulillah.
Selesai pun menggantikan 'hutang' utk tahun ni.
Lega rasanya.
Seperti biasa. 6 hari. Dan tahun ni dapat selesaikan puasa ganti pada bulan Syawal.
Syukur rasanya.
Tp, aku tidak lah puasa direct 6 hari.
Sbb ada majlis hari raya lah, apa lah kat ofis kan.

Antara yg aku buat masa berbuka ni.
Tetiba teringin bubur nasik. Motip sangat rasanya sbb aku bukan suka makan menda lembik nih. Tak pernah buat. Eh. Pernah la sekali. Lps tu, masa lps operation tu mak mertua buatkan. Seminggu je aku buleh telan. Tu pun sket je. Curi2 makan ngan sambal tumis baru buleh masuk. Then, kak ipar aku buat lak. Eh. Cam bes je beliau buat. Makan lak ngan ikan bilis tumis kering tu kan. Kalau buat camtu, ikan bilis dia still rangup macam ikan bilis goreng biasa je. Meh ai bagi resepi ikan bilis tumis kering. Best makan ngan bubur ke, nasik pepanas ke, buat sahur ke. Mmg ngam ho.

Ikan Bilis Tumis Kering

Bahan-bahan
Ikan bilis
Cili blender
Bawang besar (potong dua - hiris separa bulat)
Garam.
Minyak.

Cara-cara.
Basuh ikan bilis - goreng kan. Lps dah garing, angkat dulu. Gunakan lebihan minyak goreng ikan bilis untuk menumis. Tapi, jangan banyak sgt minyak. Kurangkan sket. Masukkan cili blender. Kacau sampai agak garing. Masukkan bawang yg dah dihiris. Masuk garam (sket je sbb ikan bilis dah masin kan). Then baru lah masuk ikan bilis yg dah digoreng tu. Gaul rata. Dah siap. 

Bubur nasik tu aku masak guna rice cooker. Hurm. Lama gak nak masaknya. Tapi tak la sehazab nak tunggu kalau masak guna dapur biasa kan. Even guna induction pun lama. Maleh ah nak buat selalu bubur ni. Lambat.....

Lps tu, hari last puasa, makan chicken chop.

Ngeh. ngeh. ngeh.

Makanya, settle lah puasa yang wajib untuk tahun ni.
Dan buleh la kita buat puasa sunat pulak (bulan lain pulak la kot.. bulan Syawal ni takde dah la. Huhu).

http://eemoticons.net

15 August 2014

Kerang Dan Cucur Ikan Bilis

Last weekend.
Tetiba cam teringin nak buat rendang kerang.
Sbb ada baca citer raya orang, ada buat rendang kerang.
Cam bes je nih...

Maka, beli 3kg kerang (siap kulit la kan, byk mana je pun dapat) 
1kg kite bakar, then 2kg kite rendang kan.
Bakar tu simple ja. Basuh bersih2. Gaulkan dengan pes ikan bakar adabi. Perap dalam 10minit. Then, bakar. Gitu je. Dalam 15minit camtu, dah ada kerang yg masak. Settle.

Yang bakar ni, sekali hadap je kami laki bini ratah.
Call mak, mak kata, nati dapat darah tinggi  baru tahu. Huhu.



Yang rendang, makan ngan ketupat segera.

Dari tghari sampai ke malam makan tu je. Huhu.
Aku buat rendang pedas Perak style je. Mudah dan simple.
Cuma aku tak kacau sgt masa atas api tu, tetau macam nak hangus je.


Lps tu ada buat cucur jagung. Ni bila entah. Tak ingat dah. Bukan la jagung sangat. Tapi ada buh ikan bilis, daun kucai, toge, bawang. Aku jarang sebenarnya buat cucur bagai nih. Entah. Rasa cam tak reti je nak agak2 sukatan tepung air tu. Tapi, bila dah try, eh, cam bes pulak. Pastu buat rangup2. Best nyehhh.. cicah ngan sos pun dah oke.

Cara aku senang je.
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Air
Serbuk kunyit
Bawang besar (hiris)
Ikan bilis/udang
Tauge
Daun kucai
Jagung (kalau ada, takde pun takpe)
Kiub ikan bilis (sedikit sahaja)
Garam
Serbuk baking powder

Cara-cara :
Bancuh tepung dengan air. Agak2 la. Tak pekat, tak cair sangat. Taruk serbuk kunyit. Agak2 jugak, napak kuning tu oke la. Jangan kuning sgt pulak. Tak cantik nanti. Masukkan sedikit baking powder (setgh sudu kecil kalau buat secawan tepung).
Letak secubit dua garam. Sedikit kiub ikan bilis (aku hiris sket je dengan pisau).
Gaul sebati.
Masuk la bahan2 yang digemari.
Cam aku buat - aku taruk bawang, ikan bilis, daun kucai, tauge dan jagung.
Then, panaskan minyak.
Biarkan minyak panas bebetul, then amik sesudu besar minyak yang panas tu, campur dalam adunan tepung (petua ni akak ofis aku yg terer masak bagi. Katanya nak bagi cucur tu rangup. Boleh jugak buat utk goreng pisang etc).
Dah gaul rata, boleh la masukkan adunan dalam kuali.
Guna sudu boleh, guna acuan apa pun buleh.

Jadi, begitu lah.
Minggu ni rasa cam nak buat lagi. Suka la pulak. Makan pepanas rangup2 tu.
Sapa nak merasa, singgah la rumah.
Ai goreng kan. Sap sap sui ja.

p/s : Hari Sabtu ni InsyaAllah, buat mi kari. Jemput lah singgah sesapa yg berhampiran tu. Petang la. Pagi ai nak gi facial dulu. Hihi. :D

14 August 2014

Kalendar Dan Cuti Tahun 2015

Tu hari tgk kat FB, ramai share kata tahun 2015 banyak cuti yang bersambung hujung minggu.
Aku cam ohh... takde la perhati bebetul.
Tapi, last week w.app ngan kawan aku kat Taiwan.
Dia tanya bila plak nak g Taiwan.
A ah kan. Sebelum passport aku expired tu, better aku pi sana sementara stok dia masih ada nih.
Huhu.

So, terpaksa la buka kalendar tahun 2015 kan.
Tgk date mana yg sesuai.
Tgk dari web ini - timeanddate.com




Bila tengok, oke lah. Banyak cuti yang jatuh hari Jumaat/Ahad. So, otomatik dapat 3 hari.
Meh nak highlight yang best2 tu.

Awal tahun da dpt cuti banyak.
1 Jan dan 3 Jan : Tahun Baru & Maulidur Rasul. Kalau mintak cuti hari Jumaat, dpt 4 hari direct.
1 Feb : Hari Wilayah (Ahad) - maka dapat la cuti Isnin tu.
19 & 20 Feb : Tahun Baru Cina (Khamis Jumaat). Meriah la, 4 hari direct free. Tp takyah plan nak gi cuti2 la nih. Sure jalan pun jammed, hotel pun padat. Lepak rumah, ontok2 ja.
1 May : Hari Pekerja (Jumaat) - direct la cuti 3 hari.
18 - 19 Julai : Hari Raya. (Sabtu Ahad). Ahad je la kita dapat injak ke Isnin. So, 3 hari cuti.
31 Ogos : Hari Merdeka (Isnin) - direct cuti 3 hari.
15 Okt : Awal Muharam (Khamis) - boleh mintak cuti hari Jumaat - dapat 4 hari. Huhu.
Dan penghujung tahun : 24 & 25 Disember - Maulidur Rasul (eh. Tahun ni 2x kita dapat sambut Maulidur Rasul) & Krismas (Khamis Jumaat) - sekali lagi 4 hari cuti free.

Huhu.
Amboi.. tahun ni pun tak habis lagi, dah gedik tahun hat tahun depan noo...  Hiihiii.
Plan..plan..plan itu penting.

Cuti sekolah takde lagi yer. Tu nanti ujung tahun plak kita update. Walau aiols takde anak sekolah, kena gak amik tahu sbb kalau cuti sekolah aiols takde nak booking hotel ke apa sbb aiols nak bagi peluang kat uols semua yg bawak anak2 bercuti. Hihi.

13 August 2014

Riang Ria Hari Raya

Ni masa majlis hari raya kat ofis (12.8.2014). Kali ni buat waktu ofis. Dulu biasa buat weekend. Tp buat masa ofis oke jugak sbb cam teratur sket.

Rasanya tak pernah dibuat jadi giler bergambar nih.
Tahun ni pecah rekod lah.
Beratus kot gmbr.
Gmbr masa majlis tak byk sgt, tp bila dah naik ofis, mmg bergambar je kerja nya. 
Sorry lah aiols memenuhkan wall FB n instagram uols dgn #harirayakraf2014 yaw. Hiwhiwhiw.

Gmbr masa makan mmg tak byk. Sbb, baik lah makan.
Lots of food. Kambing bako, satay segala lah.
Sebelum
Selepas.
Berterabur phone ha.
Ni sebelum makan. Boss da turun.
Kiterang bergambar dulu kat atas. Tak penuh satu dept lagi nih.
Kami #teampurple kat HR.
Lagi #teampurple
Baru dpt kumpul semua unit HR.
Eh. Boss tak ready pulak. Huhu.
Dapat monopod. Lagi la terus jadi 'hantu selfie'
Gedik buat duck-face
Suka sgt gmbr ni. Cam happy je weols.
Semua sporting.
Saja buat ikut tema.
Kali ni kat BKP, merah, pink, biru takde.
With adik anje2. Huhu

Banyak lagi. Tp cecukup lah ni dulu.
Kang menyampah pulak tak hehabis gmbr raya je kan. Hihi.

p/s : Aiols tak buat openhouse tahun ni, tapi sapa nak dtg, dipersilakan datang. InsyaAllah, kalau weekend ai masak best2 sket. Tapi w.app/msg dlu, sbb umah aiols pun tak buleh terjah camtu je kan. Nati kang guard tak bagi masuk pulak sbb tak tahu no. rumah. Huhu. 
Igt ujung minggu ni nak buat laksa, tup2 heboh sana sini bunga kantan takde stok (igt payung Petronas je takde stok. Haha). Jd kena carik makanan lain lah nak buat. Ke nak buat laksa jugak.. hurm...

Kisah Payung

Aku lupa nak buat entry pasal ni.
Haha.
Payung yang mengundang kontroversi neh.
Payung apa lagi kalau bukan payung Petronas.

Ni cop masa nak penuh kad pertama

Kami takde la pergi jauh nau. Takat KL - Raub - Kuala Lipis - KL - Perak.
Kad pertama abis kat Raub. Raya kedua. Cop pertama (4 cop) dapat hari Sabtu, sblm raya tu (aku igt sbb masa tu, asben sembang ngan orang dari Shah Alam yg nak balik Tganu, tp terpaksa patah balik sbb jammed nak masuk hway Karak yg teruk hari Sabtu tu). Nak redeem kat stesen Raub masa dah dpt semua. Takde stok katanya.

Masuk kad kedua.
Masa ni kat Perak dah kot kalau tak silap. Raya ke 4.
Lps tu nak redeem lah yg kad satu tu. Pun nan hado.
Taiping takde. Sungai Siput pun takde (raya ke 6).

Balik tu tanya kat KL pulak. Pun takde. Takde. Takde dan takde.

Bila aku post kat FB, ramai respond kata tak dapat jugak.
Dalam ramai2 tu, ada sorang je kata dapat.
Tgk kat FB Petronas lak.

Ramai dah bising.
Makna, ramai yang tak dapat, dari dapat.
Then yg terbaru, ada member kata dia dapat 2 payung dah. Katanya menda free kena lah cepat.
Cepat tak cepat. Takkan kita nak bertunggu tangga kat stesen minyak tu kot.
Tak kuasa la haih.

Husband tanya kat orang Petronas, katanya sehari derang dpt 2 kotak.
Satu kotak ada dalam 28 kaki payung camtu la org tu kata.
Jadi, pikir sendiri lah berapa orang customer je dapat. Tu pun naseb kut time tu pi isi minyak, then payung tu ada. If not, kau sanggup nak tggu? Kuasa la haih. 

Kisahnya, aku rasa customer pun tak hadap la payung ni sangat.
But, dah buat promo kan. Kita pun cuba lah nak dapatkan.

Memang lah kalau bawak kes ni kita tak menang apa, sbb dia dah tulis "sementara stok masih ada".
But, kalau rata2 tak dapat, apa kes?
Aku baca kat FB Petronas tu, owner stesen Petronas pun dah bising sbb derang kena marah dengan customer. Pastu derang suh call Petronas. Which, mmg my husband dah buat. Call nombor toll free tu, siap sistem komputer derang yg cakap kata payung tu takde stok ke camna tah. Susah nak dpt ckp ngan operator. 

Cemni lah. Next time jangan buat promo camni. Buat cam lucky draw yg derang buat dulu.
Kumpul cop, tulis detail, masuk kotak.
Yang tu kita pun takde la terasa sangat kan.
Atau, takyah buat payung. Buat pelbagai menda lain. Key chain ke, pen ke, pensel ke, air mineral ke. Abis2 buku nota. Tu kalau nak buat sangat la gift bagi kat customer.

Yang paling senang - takyah buat. Simple. Takde promo pun orang isi jugak minyak situ. Jadi, takde masalah kan.

p/s : Pergi la tgk kat FB Petronas. Mmg klaka. Komen2 pun dah jadi lawak. Asal Petronas up gmbr sure orang cakap pasal payung. Termasuk aku. Muahaha.
Ala payung..ketipang payung...

12 August 2014

Edisi Jalan Jalan : Travel Agent Or Do It Yourself ?

kredit : Here

Which 1 yang uols prefer?
Travel agent (TA)? Atau travel by our own (DIY) ?

For me, utk melancong atau jalan2 berdua nih, aku prefer DIY.
Aku ni nak kata kaki "traveller" tu tidak lah. Tp siapa yg tak suka melancong, bukan? Kalau ada kelapangan dan ada rezeki, mesti la kita nak jalan jalan, tgk tmpt orang. Tp kadang bajet tight, hati nak bagai-bagai. Maka, utk meminimakan belanja, kita buat la travel secara DIY. Nak kata backpackers pun, tak berapa nak backpack sgt la. Ini antara pengalaman aku travel dalam dan luar negara secara DIY. Kalau takat Cameron ke Genting ke Langkawi ke takyah la DIY sangat namanya. Itu mmg kita dah mahir kan. Walau ada jugak la buat research sesket. Meh aku share experience 'DIY travel' aku.

Kalau ikutkan, kali pertama aku bercuti ke luar negara dgn kengkawan adalah ke Bandung. Tahun 2010 (semua cerita, bule refer : Bandung Trip). Masa ni nak kata DIY pun tidak juga. Sbb kat Bandung kami ada tour yg bawak kami dari satu tempat ke satu tempat. Lagipun, pergi reramai masa tu. Kawan kawan, makcik kawan kawan, kakak kawan kawan, kawan kakak kawan kawan. Haaa. Ramai kan. Tp itu lah kali pertama pergi dengan kawan kawan.
Bermula dari situ lah, aku mula mengorak langkah utk 'berani' ke tempat orang secara DIY.
Ha, begitu. Kadang aku sendiri macam tak percaya yg aku buleh 'gamble' gitu je. Member aku pun kata "ko mmg gamble je". Haha. Gamble lah. Tp kena full preparation kalau nak DIY travel nih.
Rombongan CikReen Ke Bandung
Biasanya balik dari satu tempat, aku akan beli tiket ke tempat lain pulak.
Jadi, lps balik dari Bandung, aku beli tiket ke Sabah. Biasanya every January mmg aku jalan2 utk sambut post-wedding-anniversary celebration. Gitew. Sbb apa post? Sbb anniv aku bulan 12. Tahu sajalah bulan 12 tu cuti sekolah kan. Selain semua tmpat penuh dan ramai, mahal pulak tu harga hotel.

Jadi, seterus aku travel by our own - sememangnya hanya berdua - adalah ke Sabah. Atau secara spesifik ke Kundasang. Bulan Januari, tahun 2011. (cerita penuh : Kundasang). Walau negara sendiri, tetap lah kena buat 'homework' dulu. Kena refer blog2 orang dah pernah pergi. Carik info apa yg best. Mana penginapan yang best. Makan cemna. Tapi pergi negara sendiri takde la risau sgt. Sewa kereta - sesat pun buleh bertanya lagi. Dan kita pun takde rasa cam canggung ke. Bercakap pun bahasa sendiri kan.
Kundasang
Kan aku ckp, balik je dari bercuti mesti pikir2 nak pergi mana lagi kan. So, balik dari Sabah  'ter'beli pula tiket flight ke Hongkong. Masa tu, aku msg myDH tanya nak g HK tak. Tak terperanjat kawan tu, tetiba tanya nak pergi Hongkong. Ala, tahun 2011 tu tak berapa ramai lagi orang nak ke HK. Ada lah, tapi tak ramai. Sekarang, orang buat macam balik kampung pulak pergi HK tu kan. Beli tiket MAS bulan Mac, pergi bulan Oktober (cerita : Hongkong ). Ha, yg ni baru bebtul DIY ke negara orang. Dari carik info segala tempat menarik, cemna nak naik pengangkutan awam, nak stay hotel mana. Tapi, tak susah. Sekarang ada internet. Guna je lah. Aku byk refer dari forum CARI. Digabung dengan blog orang. Dengan bantuan google maps, lagi mudah kerja. Lps tu byk menda buleh beli online. Cam tiket nak masuk Disneyland ke (tp aku beli kat sana - sbb nak payung. Huhu). Memang la remeh pergi sendiri tanpa travel agent ni. Tp keseronokan dia tu lain macam tau. Contoh macam sebelum pergi kan kita dah carik2 info, lps tu tgk gmbr tmpt tu cantik, tmpt ni cantik, lps tu trus rasa tak sabar. Bila dah smpai kt tempat kita tgk tu - terus rasa cam syukur Alhamdulillah, ada jugak peluang tgk tmpt ni bebetul. Best kan. Kepuasan. Tu aku suka. 
Disneyland, Hong Kong
Tapi, pergi sendiri ni mmg kena well-organized. Mmg kena siapkan itinerary. Nak pergi memana naik apa, cemna nak pergi. Laluan apa. Tapi, kalau pergi negara well-developed atau developed oke lah kan. Yg ada pengangkutan awam efficient. Cam HK, Korea, Jepun. Tmpt lain, tak berani lah nak cakap. Kang kata cemna nak pergi Burkina Faso, payah pulak kan. Huhu.

Balik dari HK, beli tiket pergi Krabi pulak. Pergi bulan Mei 2012. Huhu. Dah ada pengalaman kat HK, takkan Krabi nak guna travel agent. Hotel aku amik kat Groupon. Murah banyak kot. (citer : Krabi). Kat sana baru kita amik tour yg nak pergi pulau atau pun naik gajah bagai tu. Mmg best! Lps Krabi ni, kiterang ke Redang pulak. Bulan Julai 2012 (citer : Redang). Redang ni biasa la kan. Terengganu je kot. Dah kenapa nak ber TA bagai. Pergi sendiri je. Naik bas je dari KL. Yang ni mmg ala-ala backpackers sbb kiterang booking Redang je, pergi K.Terengganu nak tido, tak booking hotel. Lps tu ada sedikit renyah lah. Nxt time, better don't. Nak pergi memana, booking terus. Jangan nak backpackers sgt. Sbb aku, walau pun jenis yg boleh gamble takyah TA, tp aku nak well-organize. Kalau tidak, buleh jadi rungsing.
Krabi
Tahun 2013 takde travel luar negara. Suppose aku ke Vietnam bulan Januari, tapi kansel sbb mak tak sihat, lps tu ada la menda2 lain yg buat tak dpt pergi. Hangus 500. Udah la dpt tiket 0 ringgit masa tu. Lepas tu aku operation pulak bulan Mei. Cuma akhir tahun ada family trip. Oleh kerana aku dah biasa travel, maka aku lah yg buat itinerary. Walau pun cuma ke Kelantan n Terengganu, tetap ada jadual. Tetap ada alamat2 kedai makan yg best. Makanya, kak ipar ku kata "Ida asyik bawak kedai makan yg ramai orang yer". Haha. Ye lah, aku sure carik yg femes ames punya. Tp bukan femes ames over-rated lah. Yg just nice kata orang tu. 

Bulan Januari 2014, kami naik cruise. Ini beli masa Matta Fair bulan Sept 2013. Cruise dari Penang-Phuket-Krabi-Penang je pun. 4 hari 3 malam. Yang ni mmg pengalaman super best. Cruise kot. Duk dalam kapal besar, tgh lautan. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Yg ni pun buat homework jugak. Eh, kenaaa... nak tahu kat mana nak parking kereta yg tinggal kat port, cemna keadaan dalam kapal, nak pergi mana kalau derang transit, makanan apa seme. Tp info pasal cruise sgt terhad. Jadi, aku dah cerita panjang lebar kat sini - Cruise
Superstar Libra Cruise
Dan..cam biasa..balik dari Cruise pikir nak kemana pulak. Dan terbeli jugak tiket. Hihik. Yg ni pun w.app myDH tanya. Terperanjat jugak dia. Dpt tiket harga yg agak murah walau tak dpt 0ringgit.  Cam biasa -DIY. Tmpt ni ramai dah pergi. Info banyak. Cuma, time consuming sbb pergi tak lama kan. Kena pepandai la adjust masa. Nanti ada Matta Fair, nak pergi tgk, kot2 ada tour yg best2 ke. Nak pergi bulan Oktober. Kemana?? Tungggguuu... Haha. Nyampah! Hihik. Penginapan, visa semua dah settle. Skrg tgh study route, carik info tmpat menarik dan nak buat itinerary.  Moga2 semuanya akan smoothly sahaja. 
Hint!
Jadi, kesimpulannya, kalau nak travel, ke luar negara, by own, oke je. Takde masalah lah. Sekarang ni sgt mudah. Dengan google maps, dengan web nya. Mmg info tu mudah la orang kata. Nak booking hotel pun senang sgt. Online je. Lps tu kalau nak airport transfer ke apa, beritahu kemudian thro emel je. Settle semua masalah. Kalau nak try, try yg dedekat dulu. Yg mudah pengangkutan awam. Lps tu dah boleh la pergi tempat2 lain.

Cuma, kalau bawak parents, bawak anak, mungkin susah la sket kan kalau nak DIY. Ye lah, kadang orang tua/bebudak ni tak sama ngan kita. Kita ni buleh je makan celah2 mana. Takkan kita nak susahkan derang cemtu. Kena la proper sket persediaannya. Ambik hotel best best sket. Yang ni kita tak boleh lah tight budget sgt. Kalau berdua - itu takpe.

Sbb tu kadang tu aku terpikir, Allah tak bagi aku rezeki anak sbb Dia nak tunaikan segala impian aku yg lelain ni dulu. Gi travel, gi jejalan. InsyaAllah, lepas ni ada rezeki anak. Dan kalau ada rezeki anak lagi best sbb nanti nak bawak anak pulak. Best! Tak sabar. Hehe.

Itu lah antara pengalaman aku travel secara DIY. Mostly mmg tak guna travel agent. Tp kalau nak gi umrah tu, kena la guna TA. Best sebenarnya travel sendiri ni. Kalau orang tanya kenapa nak travel sendiri? Jawapan dia kepuasan. Kepuasan dia mmg lain macam. Sbb tu ramai yg gamble takyah guna TA. Senang je - google - semua nya ada :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign