Pages

30 June 2014

Info Ramadhan : Minum Jus Ketika Bersahur


Amacam?
Ada rajin?
Huhu.

Walau aku bole dikira sbg "juicing addict", tp idak lah aku gigih kome oi nak ber juicing pepagi sesubuh sape'ie tu. Nak assemble juicer - pastu potong2 buah tu - pastu re-assemble balik juicer - basuh. Hui... idak la, dapat goreng ikan bilis pun dah syukur rahmat dah pepagi tu. Haha.
Tapi, boleh je kalau nak. Before nak tidur, bole buat juicing, simpan dalam peti ais - then minum lah masa sahur.
Bila aku baca komen masa Berita Harian ni letak kat FB dia - ada yg kata nati sakit perut pulak minum jus. Aku suspect orang tu tak pernah buat juicing lah tu.
Juice ni tak pernah buat sakit perut lah kalau kita tahu cara yg betul.
Kalau buat juice oren yang super masam, mmg lah.
Carik la buah yg manis, boleh campurkan.
Contoh epal merah. Atau carrot. Atau nak lagi bes, tembikai.
Tapi, epal, terutama epal hijau - kalau simpan, dia ada dehadrasi - tak cantik kaler dia.
Jadi, buleh je lah nak minum jus kalau rajin.
Nak try gak nanti. Tggu cuti weekend :)
Bukan gambar hiasan.
Gambar sendiri punya.
Huhu.

Halus sgt artikel atas tu.

Meh nak tempek balik.
Kredit : Berita Harian


Minum jus buah ketika sahur untuk kekal cergas - Pakar dietetik

2014/06/27

KUALA LUMPUR: Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.

Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.

"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.

Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.

Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.

Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.

"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.

Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.

- BERNAMA

Salam Ramadhan 1435H

Dah Ramadhan 2 pun.
Tapi takpe, masih tak terlewat nak ucap Salam Ramadhan



Sama - sama lah kita menambahbaik amal ibadat kita :)

27 June 2014

No telefon 03-21673000 : Jangan Pick Up

Kalau tak ingat no pepanjang tu, ingat no hujung tu je - 3000
Sila jangan pick up.
Scam.
Dia claim dia dari Ambank [bila google - dkt web Bank Negara Malaysia mmg nombor Ambank - tapi skrg no Ambank dah lain. Dah guna 1-300 tu]

Bukan kena kat aku, tp my boss la dapat call nih.
Dia claim dari Ambank - pastu ada hutang kad kredit 3ribu lebih katanya.
Pastu dia cam mesin yg sila tekan 1 utk bla bla bla, tekan 2 bla bla bla.
Pastu ada tekan 9 ke apa ntah yg buleh sambung cakap ngan operator.
Pastu boss kata dia takde akaun dgn Ambank.
So, dia terus senyap.

So, aku tolong google utk boss apa sebenarnya kisah.
Boleh tgk kat whoscallme ni.

Contoh cam ni :
just rec'd a call from this number, I didn't answer it but she left a voicemail.
saying I owe them RM3800++
the caller actually pretend to be like an automated operator...hehehehe...
gosh...I didn't have any connection with ambank

Lps tu ada yg kata camni :
I just received the same message 3.25pm.
Exact same story as yours. 
I called AMBANK, they said their mainline was hacked and asked us to ignore these people from CHINA/TAIWAN.
Be careful please.

Dari web sini tulis camni lak :
Scam Phone Number 0321673000, Claims to be AMBANK customer support wanted last transaction verify.
This is certainly a scam. He said there is suspicious activity and need to verify last transaction. He said I need to key in my card number and pin after a beep. That’s wicked scam! They save the numbers you key - in and would clean up your account!

Mmg around bulan Jun ni nampaknya mmg dia buat modus operandi camtu.
Dulu, dia cakap direct je konon kad kredit kita kena guna tmpt lain. Tp agaknya BNM dah dapat detect. Sekarang buat camni pulak.
Kuang hajaq betul lah nak menipu.

26 June 2014

Mushroom Soup to Mushroom Sauce

Petang semalam, lepas balik kerja, buat ni.
Meriah baq hang. Macam ada special occasion. Gitew.
Siap dengan float AnW.
Tapi takde apa pun.
Saja.
Sbb dah lama beli chicken chop ready made tu [brand Ayamadu - Maryland Chicken Chop. Tapi susah nak carik. Takat ni aku jumpa kat Giant]. Nanti puasa takkan nak ber chicken chop kan. Tak seswai. 

Eh. Jap, cam menyampah pulak aku tgk design dining table aku tu. Cam comot2 kan. Cam air tak dilap pulak. Eish. Tapi nak buat cemna. Sapa yg pilih design tu?? Sendiri khenn... Jadi, terima seadanya lah. (T___T)

Buat coleslaw yg simple. Ricik kobis, potong carrot, buh mayonis, buh lemon [terlebih masam pulakkk!!], buh garam secubit. Taruk dalam peti ais dulu.
Pastu baru buat kuah mushroom sauce tu. Aku kureng sket black pepper. Aku suka mushroom. Simple nau aku buat. Guna mushroom soup je. Pemalas. Mmg gitu lah. Patut homemade. Baru lah sihat kan.

Never mind, lemme tepek d resepi yah.

Mushroom Sauce.
Bahan-bahan :
*Button Mushroom [aku guna yg fresh - white button mushroom. Boleh juga guna yg dalam tin]
*Mushroom Soup [aku guna yg serbuk brand Campbell - ada 3 pek kecik dalam kotak tu - guna 2 pek. Buleh jugak nak guna yg dalam tin ]
*Black pepper sauce
*Butter / soft margerine utk buat minyak menumis
*Bawang besar - hiris kasar
*Bawang putih - tak letak pun takpe, tapi aku saja letak. Bagi naik bau.
*Serbuk lada hitam

Cara-cara.
Simple sesangat.
Panaskan periuk - masukkan butter - tumiskan bawang - masukkan fresh mushroom yang telah dihiris - bancuh mushroom soup dengan air panas (air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit) - masukkan dalam periuk - kacau (kalau pekat tambah lagi air panas) - masukkan black pepper sauce - tabur sedikit serbuk lada hitam. Api perlahan - kacau la sesket - nak bagi kaler dia pekat sket kan.
Sbb guna mushroom soup, tak perlu letak garam, tak perlu letak gula, tak perlu kiub segala, sbb mushroom soup masin woh. Kalau nak npk gelap sket, taruk beberapa titis kicap. Jangan banyak. Nanti manis sauce tu aku tatau. Aku mmg tak suka menda2 manis nih. Kalau buleh nak je aku letak cili padi. Tapi, cam melampau lak. Haha.

Jadi, pagi ni tadi pun bawak bekal mushroom sauce ni. Cicah dgn roti. Pun lazattt..

Sila lah cuba. Tapi tokleh la buat selalu. Processed food mmg tak baik utk kesihatan. Pesanan khidmat masyarakat dari tuan kebun stoberi :)

p/s : Dapat news yang membuatkan mood turn down [Feeling annoyed]

24 June 2014

Pesta Sukan Kraf 2014 : Jumpa Blogger n Makan-Makan

Oleh kerana bawa kereta sendiri, maka kiterang dapat lah menyelit2 kejap.
Gi makan.
Sampai je Melaka, lps check in, rest kejap, kiterang keluar makan.

Sbb hari Khamis, jalan clear lah kan.
Ce kalau weekend, mintak ampun.
Aku nak beli keria kat Limbungan tu.
Keria Hj Jalil namanya kan.
Sbb dah lama teringin.
Ni 1st time aku makan.
Oh. Aku tak brapa suka pulak keria style ni.
Sbb dia cam besar.
Aku suka keria kecik2 comei tu. Macam kat Coconut Shake Klebang tu ada. Ha, tu aku suka. Kat kedai kuih kampung tu keria kecik. Ailoike.
Tapi, ramai je suka keria Limbungan nih. Aku kan pepelik sket.
Abaikan deria 'rasa' aku. Sbb tu aku tak berapa reti nak jawab if orang tanya 'sedap?'
Sbb orang rasa sedap, aku kata tak - dan begitu lah sebaliknya.
Lagipun, aku bukan jenis 'pemakan'. Takde rasa nak bersungguh menikmati makanan. 

Lagi pelik sbb aku makan gula dia je. Isi dia aku tak makan. Haha. Lagi giler aku ni. 
Gambar takde - tapi uols gugel je lah. Tempat dia kat masjid Limbungan. Kalau dari Masjid Tanah tu, akan jumpa Tanjung Keling dulu, Coconut Shake Klebang dan jumpa lah gerai keria nih. Arah nak ke Bandar Melaka dah. Ada jual laksa gak. Kalau tak silap aku dia tutup hari Jumaat.

Esoknya Jumaat lepas tgk orang main badminton, berpanas tgk orang main futsal (kejap je pun..tp panas melenting), maka carik penyejuk badan.

Taraaaa..... ABC Tanjung dekat Lereh.
Antara yg glamer jugak.
Ada kawan aku pernah bawak sini. Lama dulu. Tahun 2005 kot. Tapi mula tu aku kompius. ABC Lereh ke ABC Tanjung namanya. W.app dia, tp dia lambat reply. Tapi, aku rasa betul dah. Tak lama tu baru dia reply "ABC Tanjung dekat Lereh" katanya. Ha, betul lah tu. ABC mmg sedap. MyDH order cendol. Kureng. Jadi, mai sini order ABC yer. ABC special ni mmg best!

Lps tu msg member aku orang Tjg Keling. Tanya mana nak beli lunch. Dia suggest kat food court Tanjung Keling sblh hotel - dpn pejabat pos katanya. Oke lah. Beli situ je. Tapau. Sedap. Not bad.

Malam tu gi makan kat Kuala Sungai Baru.
Tmpat yg pernah makan gak sekali dulu.
Tapi sedih. Aku makan butter prawn (yer, dalam gmbr bawah ni butter prawn yer..), ketam cili dan sotong goreng tepung. Mujo sotong goreng tu sedap. Mujo sesgt. If not, mmg sedih berganda.
Dah la tak banyak choice.
Pastu terpaksa berlawan dgn kucing.
Eh. Rimas haku aih.

Ustaz Kazim kata kalau ada kucing dtg mintak makan, bagi je. Dia bukan nak semua, dia nak sikit je rezeki kita. 
Jadi, ingat nasihat ustaz tu aku campak la kepala udang - skali kau - 5,6 eko datang.
Siap naik atas kerusi, panjat meja okeh.
Ha. Nak kata apa?

Tak best lah sini. Dulu cam banyak choice, now cam tak kuasa lah nak pergi lagi. Malas nak pergi jejauh cam Alai ke apa tu. Tu kan dah masuk bandar semua. Ni dekat sket dari resort.
Tapi kalau gini keadaannya, carik kedai char kwey teow lagi bagus.

Lunch hari Sabtu.
Sbb kite kelam kabut dek nak siapkan menda yg diperlukan oleh KP tu, sementara tggu assistant aku emel kan dokumen, aku g makan jap.
Ingat nak carik area Masjid Tanah.
Susah aih. Apa ke payah nau. Kuasa lah nak masuk KFC.
Igt nak gi area Alor Gajah. Nasi Ayam Nadia ke apa kan.
Skali on d way tu KP call tanya pasal dokumen. Trus berenti kat UiTM.
Hahahahaha.
Makan kat kedai makan Taman Dimensi. Tempat dating lagi di kenang. Muahahhaha.
Pang! Kena sepak ngan suami. Terus tersedar dari lamunan. Hahahaha.

Dulu ayam hitam tu mmg glamer. Skrg dah kureng rasa dia. Rasa ayam kicap biasa je.

Dan tak lupa.
Coconut Shake.

Aku rasa Melaka dah tak jadi bandar Asam Pedas dah.
Dah di overshadow oleh Coconut Shake (CS).
Agak semua gerai ada jual CS.
Kali ni aku tak beli kat Klebang neither Batu Berendam.
Beli somewhere dari Tjg Bidara ke Masjid Tanah tu je.
Sedap gak.
Bes sbb isi kelapa dia tak blend halus, jadi buleh gigit2.
Syok woo.
Beli kat gerai yg ada payung Wall's aiskrim :)
2x beli. Sebelum balik pun singgah beli lagi. Oh. CS mmg jadi top favourite aku lah pada masa ini. Walau aku tak suka air kelapa muda, tp CS mmg aku suka. Suka sgt!

Sesi bertemu blogger lak.

Ni jumpa Si Ila Kamilah. Asbennya staff Kraf gak. IT Tech kat opis kiterang.
Jadi, dia pun join lah Pesta Sukan ngan anak2 nya.
Anak dia yg kecik tu nak je kat orang. Cute je. Geram!


Pastu jumpa Yani Batik Pink. Ini adalah salah seorang rakan se-TTC-ian aku.
Sblm pergi dah texting Yani kata nak pergi Melaka. Ingat nak jumpa memana je lah kan.
Tup2 dia ajak lunch umah dia.
Huhu.
Org dah menjemput, mari lah kita pergi.
Masa on d way nak balik, singgah la umah dia jap.
Lagipun dekat je ngan Tjg Bidara. Kat Sg Udang. If katanya kt Merlimau ke atau area yg perlu merentas Bandar Melaka tu, mmg ada sedikit keberatan lah kan.

Thank u very much tau Yani.
Susah2 je masak tau. Dengan lauk pauknya. Dengan trifle nya.
Baru tahu full name dia adalah hampir sama dengan nama aku.
Hihi.

Nanti datang KL sila calling akak tau.
Boleh lunch umah akak lak. Akak buat siakap stim special. Mihihihi :D

Oh lupa. Ni pun blogger gak kan. Yang nama glamer dia Phat tu. Hihiw [Eh. Sejak bila mu tuka link blog ni. Cam tak link ke blog akak dah ni]
Tapi tak sempat bergambo dgn syaza yg cumil tu.
Dia pun staff kraf. Tp cawangan Pahang sanun.

Jadi, gitu lah.
Bukan saja untuk bersukan [mmg tak bersukan pun...], tp jumpa rakan2 lama dan juga rakan2 baru.
Gitew :))

Pesta Sukan Kraf 2014

Pesta sukan ofis aiols. Dan juga Family Day lah kiranya.
Tahun ni Pesta Sukan Kraf buat kat Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka.
Tahun ni aku join. 2 tahun lepas buat kat Kelantan. Aku tak pergi. Tak silap masa tu ada wedding anak kazen aku, jadi tak dpt join.

Kiterang bawak CheMerah sbb tak kuasa lah nak naik bas. Kang susah nak gi makan, ke sana sini pulak. Lagipun, aku takde prob sgt area tu. Kira cam familiar lah orang kata kan. 5 tahun katanya jadi kawasan jajahan. Cea. Citer 10 thn lps tu. Huhu.

Takde apa nak cerita sgt. Nak review pasal resort pun malas. Takde yg menarik. Resort ni oke kalau gi cam family day ni. Kalau kiterang berdua je, tak kot pilih dok sini.

Mari tgk gambar je lah masa sukan (juga utk rerakan opis yang tak pergi kan. Hihi)

Start Khamis. Kiterang bertolak dari ofis kul 1.
Ingat tak mo bertembung dgn bas.
Tapi rupanya sampai sama gak dgn bas.
3 bijik bas. Satu utk HQ, satu utk IKN n satu lagi utk Sabah n Swak.
Dah register, dapat baju, dapat no lucky draw, masuk bilik rehat jap.

Malam majlis perasmian.
Planning nya pagi Jumaat baru perasmian, tp sbb our KP ada hal,
maka di awalkan.
Team HQ kaler merah.
Temanya "we're wilayah!"

Siap ada bunga api masa perasmian.
Maklum ler, Melake.. Hehe

Tuan tanah selfie.

Malam tu ada acara gak. Salah satu karom.
MyDH main. Aiols tukang sorak jew..
Ngeh ngeh.

Esoknya ada lawan badminton, futsal n volley ball.
Buat kat Japeron Tanjung Bidara (kalau tak silap).
HQ menang bergaya.
Cewah!

Petang plak ada sukanika kat tepi pantai.
MyDH masuk acara mancing ikan 'papan'
Hihi.
Spti biasa, aiols tukang sorak (^^,)

Hari Sabtu.
Sambung lagi sukan. Tp pagi tu aku a lil bit kelam kabut 
sbb dpt new task dari KP. Pepagi lps bekpas, KP dah carik.
Mujo assistant aku tak pergi. Ada kat KL.
Maka berurusan by phone. Dan terpaksalah dia pergi ofis.
And mujo jugak ada CheNote8.0 aku.
Berguna juga nak send emel bagai.
Fuh.Fuh.
Gambar atas ni masa petang. 

Petang tu ada game berakit. Buat rakit, then berakit.
As usual. Aku tukang sorak lah.

Then acara kemuncak. Tarik tali.
Heh! kalah pulak team HQ. 
Kalah dengan team under-dog.
Muahaha.
Ada kisah lawak time tarik tali ni.
Takpe la. Itu namanya kenangan!

Malam ada dinner.
Muka dah merah2 sbb berpanas petang tu.
Malacca is very hot u know. Cewah. Haha.
Teringat masa sembang ngan sorang akak tu.
Dia asal Melaka. Pastu ada yang tanya dia,
"kak, sekarang Melaka musim apa?"
"Musim Panas!" katanya penuh konfiden.
Mauahaha.
Orang tanya musim buah apa, sbb nampak cam org jual durian.
Dia dgn kompiden ckp musim panas.
Adoiiii....

Tetiba nama naik dapat lucky draw.
Wah. Tanjat gegel.
10 tahun ai keja sini. 1st time ai dapat lucky draw.
Adiah grand malam tu - tv 46inci, full HD. Washing machine pun ada.
Peti ais pun ada. Bes kan.

Aku dapat ni.
Speaker.
Oke lah kan. Dapat menda yg takde.
Nak try letak kat tv lah. Buleh ke tak ni?




Maka, begitu lah ceritanya.
Ahad balik.
Kejap je rasa. Best jugak sekali sekala join menda2 camni kan. Bukan selalu pun buat. 2 tahun sekali. Jadi, if kelapangan, pergi je. Boleh kenal2 ngan staff cawangan lain. Selalu cakap on d phone je. Aku pun, orang buat admin aku biasa lah. Lelain tu jarang gak berurusan.

Tapi, derang ni kan jaki je ngan HQ. Sbb kiterang banyak menang acara. Hihi.
And,
Well, team HQ juara keseluruhan :)

Tahniah Team Merah.
We're! We're! We're Wilayah!

p/s : Next entry pasal jumpa blogger n makan2 masa kat sana.

20 June 2014

Persediaan Menghadapi Ramadhan



19 June 2014

Movie : Now You See Me


Smlm tgk movie Now You See Me kat Fox. Layan smpai kul 1pagi. MyDH tak eager pun nak bola smlm. Takpe lah. Boleh la layan jap.
Tgk kat Wiki citer ni tahun 2013. Baru lagi lah.
Citer pasal ahli silap mata.
Best la. Sbb citer macam suruh berpikir.
Aku suka je citer camni.
Sains fiksyen ke apa orang kata tu kan.

Lepas tu kan, tetiba aku cam teringat, mana la pergi MH370.
Sbb cerita silap mata kan. 
Lebih 100 hari dah.
Hilang langsung. Tanpa berita.
Sedihnya.
Kadang terbayang, kalau kita dalam flite tu kan. Cemana la agaknya.
Kalau bukan kita dalam tu pun, sedara kita ke, family kita ke.
Isk.
Mana la derang pergi.
Apa lah nasibnya. (ramai kata dah mati. Tapi.. entah)

Dulu, ikut gak la cerita2 dia.
Pastu bila ada timbul memacam versi, masuk hal politik semua terus rasa cam ah... malas nak follow. Takpelah, kita doakan saja, walau apa terjadi pada mangsa, biarlah semuanya baik baik sahaja.
Kita pun tak tahu, apa yg tersirat. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Buruk utk kita, mungkin ada baiknya kemudian hari.

Oke, berbalik pada movie Now You See Me.
Kalau citer omputih ni, kalau tak tunjuk derang hebat, mmg tak sah la kan.
Kereta pun, semua yg memahal terbalik terbako. Ce citer kita.
Pastu myDH kata 'ye lah, tgk la citer kita, ada ke citer Hantu Dalam Botol Kicap'
(T______T)
Bang, teruk sungguh perbandingan tu.
Bukan je bagai langit dan bumi dah tu.

Jauh. Sangat jauh nak dibandingkan dgn produk kita. 
Cerita kita simple - lps tu claim ada pengajaran. Jenis yg ah, takyah susah2 nak pikir, org datang tgk movie nak tenangkan pikiran, hiburan, buat pe nak pikir2 kan. 
Betul lah tu. Tapi, jgn la buat simple nau. Smpai orang terus malas nak pergi tgk.

Tapi best citer ni.
Aku suka.
Dan suka magician yang ni.


p/s : Nak beli tiket Transformer - dah nak booking - tunggu TAC kemain lama. Bongok Maybank nih.  Pffftttt...Nanti penuh dah. Orang nak pergi sebelum puasa.

#puanstoberisuka : Skincare Nour Ain

Ingatkan dah publish entry ni. Belum rupanya. Huhu.

Baik. Ini cerita skincare aku guna sekarang.
Mula pakai dalam bulan Oktober.
Ada entry kat sini.

Aku mmg pakai one set.
Dari sabun dia.
Pastu toner.
Pastu serum.
Pastu krim. Krim siang selalu pakai sebelum g kerja tu. Tp krim malam selalu skip. 

Paling bes serum.
Ailoike.
Dah masuk botol kelima pun dah.
Aku senang dapat stok sbb penjualnya budak opis je. Skrg dia cuti bersalin (Hye Alin!). Tp aku dah beli sesiap dah stok. Huhu.


Berjimat cermat aku pakai. Huhu.
Sbb dia sket je kan.
Botol pun kecik.

Dulu aku pakai set simplysiti.
Lps guna ni mmg tukar terus.
Cuma compact powder je guna SS.

Oke je Nour Ain ni.
Serasi lah dengan kulit aku.
Dan mungkin kerana skincare ini gak, dan juga dengan hasil juicing, dan jugak hasil minum air lebih 2liter sehari, kulit jadi makin floless dan sekata. Alhamdulillah.


Jadi,

#puanstoberisuka :)

18 June 2014

#puanstoberisuka : Lamb Grill & Coconut Shake

Lamb Grill.
Sedap (pada tekak aku lah. Lain orang, lain perasa nya kan).
Nanti bebila mesti repeat.
Aku pergi last Saturday.

Lokasi nya jalan Gombak (eh, betul ke jalan Gombak) hala ke hway Kuantan/UIA.
Yang ada Petronas n Shell tu (ada McD n Starbuck gak).
Tapi entah cemna aku terbengong jap, aku rasa cam kat jalan MRR2 arah Kuantan.
Kat situ kan ada jugak Petronas.
Tpi situ Shell, pastu Petronas kalau tak silap. Bukan dedua ada di tmpt yang sama.

Bukan situ. Dah terpegi situ. Situ yang ada skumvit n steamboat Rahman Place tu. Itu Taman Melati.
Satu hal kena masuk balik arah Gombak, U-Turn. Mesti myDH hamukan, tp dia diam je. Muehehe. Sori lah bang, binik mu teringin plak nak makan western.

Nama kedai Western Hard Rockers Burger n Grill Cafe.
Dia bukan kedai besar pun. Gerai je. Nak kata tepi jalan pun tidak lah. 
Kalau bebetul tepi jalan, aku pun berkira kira gak la kalau nak makan.
Eh. Bukan la mengada. Tapi, urmmm.. takpe lah. Lupakan pasal tu.

Aku makan yg atas tu lah. Lamb Grill. RM14 kalau tak silap.
MyDH chicken grill ke chicken chop. Berapa ringgit. Lupa.

Tapi, sedap. Portion mmg just nice (utk aku lah). Pastu sos sedap. Fries pun oke. Coleslow pun not bad.
Ailoike.
#puanstoberisuka.
Boleh pergi lagi.

Satu lagi.
Coconut Shake.

Gambar CS nya takde. Gmbr gerai dia je ada.
Jenuh nak carik yg best kalo kat KL. Ada lah. Tp melarat entah mana. Kang hamukan myDH pulak nak carik2. Kuasa.
Tpi, ni oke lah. Tak la jauh sgt dari rumah.

Dekat area belakang Giant Batu Caves.
Nak kata sebijik macam rasa yg Melaka punya tu, takde la.
Tapi, not bad. Oke. Boleh minum.
Tu hari beli kat area rumah - tak best. Orang nak buat, dia nak buat. Pastu tak sedap. Pastu lembap. Eh. Tulis camni macam orang kufur nikmat pulak. Haha.

Oke lah.
Esok weols g Melaka. Sampai hari Ahad. Ada family day kat sanun.
Yey. Boleh gi makan CS. Carik kuih keria. Tweheheheh.

#edit :
Aku buat orang confius pulak bagi landmark kedai western ni kan. Huhu.
Oke. Dia bukan Shell yang ada Skumvit tu. Itu Taman Melati.
Kedai western ni, kalau kita dari Gombak/Batu Caves, kena amik laluan arah ke Kuantan/UIA. Jalan tu pun still namanya MRR2.
Kalau dalam google map, buleh nampak Shell, MC Donald (dia tulis Mc Donalds Jalan Karak Drive Thru,) dan sebelahnya ada Petronas. 

17 June 2014

Kisah Si Penjual Juicer

Tahu tak, selepas aku berhempas pulas mencari slow juicer last year, tahun ni, berlonggok2 slow juicer di jual di sana sini. 
Kat Groupon tu boleh dikatakan setiap minggu ada jual.
Walau pun bukan brand aku beli, tp device nya kurang lebih sama, dan harga lebih murah.
Pfftt.
Nak kata apa lagi.
Redha je lah.

Ni kisah penjual juicer.
Tu hari aku pergi Jusco. Ada satu sykt ni baru nak perkenalkan juicer dia.
Dia tak panggil slow juicer. Dia panggil press juicer (or press something lah. Tah. Tak ingat).
Tapi, device dia, s.o.p dia mmg sebijik sama lah dengan slow juicer aku.
Aku saja try tanya.
Harga not bad. RM1050.00. Itu pun setelah diskaun. Kalau tak seribu berapa ntah. Lupa dah.

Bila dah harga mahal suppose kau kena bagitahu apa kelebihannya.
Kelebihan alat tu satu faktor lah.
Tapi yang penting, kau mesti tahu kenapa orang kena pakai juicer tu.
Kalau setakat "kak, blade dia tak tajam, dia boleh pusing elok je" atau pun "kak, satu lagi dia senyap"

Haha. Kau rasa. Kau rasa lah. Ada orang nak beli ke benda yang harga seribu hanya kerana blade tak tajam, dan guna kaedah pusing. Pastu sebab tak bising.
Ada orang kesah bising ke tak. Bukan kau nak tekan menda tu 24jam. Mesin cili pun bising, orang takde hal. Takat tret.tret.tret seminit 2. Sekadar menda tu senyap tapi harga beribu.
Pastu blade tajam ngan tak tajam tu. Alahai. 
Kalau aku lah. Aku pikir, baik aku beli juicer rega 2,3 ratus tu.
Sama je output dia kan - nak keluarkan juice. Haha.

Salesman yang jual ni sebenarnya kena carik ilmu sikit lah. Aku nak beli slow juicer pun aku godek serata alam tentang slow juicer nih. Sbb bukan seringgit dua punya harga kan. Paling mudah dan simple baca sini - slow juicer review
Atau pun nak tgk comparison - contoh buleh baca artikel ni - comparison

Memula kena bagitahu lah customer, apa kepentingan juicing.
Beza juicing dengan makan buah.
Dan hasilnya bila kita berjuicing. Paling mudah dan attract orang - bagi kurus dan muka licin. Kompom lah orang tertarik. Ni bukan tipu ya. Mmg kalau kau istiqomah, hasilnya itu lah. Berat badan maintain (tapi, makan kena jaga lah. Kau juicing, tapi mentekedarah nasik 4 pinggan sekali makan pun tak guna jugak) dan kulit muka jadi floles (pun kena jaga lah, jangan la makan menda oily sangat). Testimoni dari penulis sendiri (serta suami). Cea.. nak gitau kulit dah mulus lah tu. Sila jangan kecam dan muntah pelangi.

Lps tu baru terangkan beza juicer/food ecxtractor dengan slow or what u call press juicer tu.
Takat kau nak cakap, pasal blade, pastu akak nak try tak air jambu (yang jambu nya dah lembik ), tak payah lah dik.
Haha.

Bukan mudah orang nak laburkan duit ribu riban kalau tak pasti apa kegunaan sebenar menda tu.
Sbb tu, kengkawan yang tanya aku, perlu ke dia beli slow juicer ni, aku advise - kita try buat guna apa yg ada kat rumah dulu (e.g : blender/juicer adiah kawen ke). Try buat dalam 2,3 bulan. If istiqamah, dalam seminggu 3,4 kali buat, then u can opt for slow juicer. Kalau tak... tak payah la. Rugi je. Menda ni nampak senang - potong buah - masuk dalam juice - basuh. Tapi nak membasuh tu mmg kadang ada rasa malas. Sbb nak kena cuci bersih2. Kalau tak, nati kuman datang pada serdak2 buah yang tertinggal tu. Lps tu once a week, kena rendam air panas utk pastikan bebas kuman.

Slow juicer mmg agak mahal berbanding juicer biasa.
Tapi, ada je yg lebih murah. Mmg ada yang beribu, tp itu yang jenis lebih kurang camni. 

Juicer yang org tu promo tu mmg sama ngan CikTrio aku. Yang aku beli takde la smpai beribu. Heh!
Gambar dari Lazada. Aku pun beli dari Lazada.

Cuma, cik Trio blade dia full. Lepas tu ada jaring steel.
Yang orang tu promo to blade dia half, bawah ada jaring.
Itu je beza dia.

Takpe lah. Saja je cerita.
Lama tak tunjuk gmbr juicing kan. Kat i.g ada je.
Oren-Carrot-Tomato. My fav juice!

Timun-epal ijau-pear. Taruk samboi.

Stock buah yg selalu aku beli utk juicing.
Rendam dengan cuka utk basuh dia.

16 June 2014

Hijab Fair & Pekasam Daging

Sabtu - Hijab Fair.
Ahad - Pekasam Daging.

Tu lah xtvt weekend tu hari.
Hari Sabtu ke PWTC. Yang KLIHF tu.
Pergi dengan myDH. Syukur rahmat pulak dia nak teman kan.
Bukan per, sblm g pwtc tu ada pergi tmpt lain yg dkt2 situ gak.
Kami naik tren ja. Senang.
Tapi, malas nak citer ah pasal KLIHF nih.

Satu apa pun aku tak beli. MyDH kata "kita ni buat lawatan je eh?"
A ah. Buat lawatan, sambil bagi singgit sorang kat organizer (T____T).


Orang ramai giler. Nak tgk/belek produk pun payah. Jangan kata nak beli.
Aku nak carik dress sebenarnya. Tapi, apa pun tak dapat.
Pulak tu ada artis la hapa la kt booth derang. Lagi la cam trus blocked tak boleh jalan.

Eii. Kuasa lah aku nak pergi dah fair camni lagi.
Matta Fair, Book Fair pun tak cemni.
Bukan sbb fair tu takde tarikan, tapi fair camtu derang sewa banyak tingkat. Walkway luas. Jadi, ada la rasa selesa.
Ini... 
Dah dah. Malas nak citer.
Aku pun bukan hijabista tegar. Dah kertu ni, takyah nak hijabista sangat lah. Beli online lagi senang.

Keluar situ, masuk Franchise expo ke apa ntah namanya.
Masuk free. Dapat makan eskrem Tuti Fruiti. Kenyang gak. Haha.

Ahad.
Pekasam daging. Beli kat Pesta Kedah. Kat TTwangsa.
Event ni cam orang tak berapa tahu.
Aku tahu pun sbb aku follow i.g Nadya Nissa.
Nak carik laksa kedah. Lama tak makan.
Pastu jumpa pekasam daging.
Try rasa. Sedap pulak. Terus beli. Malam goreng. 
Sedap. Pastu ada rasa masam2 sket. Hiris nipis2, goreng garing.

Itu je lah. Xtvt weekend.
Weekend depan ada sukan n family day ofis kat Melaka.
Weekend lagi satu - dah nak puasa.

13 June 2014

KL International Hijab Fair 2014



Ada sesapa dah pergi?
Mulanya nak pergi waktu rehat tadi.
Tapi, kengkawan semua ada hal.

Takpe lah.
Esok pun buleh pergi.
Apadahal. Dokek yo umah ngan pwtc tu.
MyDH sure tobat lahum takmoh pergi.
Suh beliau hantar je atau drop kat lrt pun buleh nih.
Byk gak seller best yg masuk ni.

List yg bukak booth buleh tgk sini
http://www.klihf.com/exhibitions.html

12 June 2014

#greengardenpuanstoberi : Pudina

Hai.
Lagi 15 hari je kita nak berpuasa kan.
Jangan lupa. Malam ni, malam Nisfu Syaaban :)
Oke. 

Tu hari pernah buat entry konon berangan nak buat green garden on my balcony kan.
Kononnya je lah.
Pastu berangan nak beli pokok strawberry lah apa lah kat Cameron tu.
Tapi, sudahnya beli kaktus, rosemary ngan peppermint saja.
Hasilnya selepas 3 minggu pokok2 ni berhijrah dari Tanah Tinggi ke Rumah Tinggi. Huhu.

Pudina ni, sepasu RM5. Masa beli kat kedai tu nampak cam pokok ni dah lama. Cam ada kuning2 dah daun belah2 bawah. Tapi, try je lah. RM5 je pun kan. Ce beli daun dia kat Jusco tu. Ada 2,3 keping je dah RM2.50. Ini sepasu kot. Baru RM5. Jadi, try bela.
Ada sekali tu, daun kat pucuk2 tu layu je. Ingat dah nak failed dah mission aku ni. Rupanya dia panas. Aku siram air, terus dia segar balik. Oh. Rupanya kena bagi 'minum' hari2. Cina tu kata 2 hari sekali. Ye lah. Kat sana tak panas kan. Sini panas. Jadi, setiap pagi aku bagi dia minum dulu sebelum g kerja.

Pastu, aku taruk baja sket yg aku beli kat sana. Tu yg dia merimbun tu.
Serasi mungkin.

I love u lah Pudina - rimbun banyak2 tau.
Ni aku letak kat yard. Sbb situ pepagi mmg angin dia cam nyaman je. 

Lagi.
Rosemary dah hidup segan mati tak mahu.
Kaktus ada 6. Satu dah selamat. Lelain tak tahu.

Tetiba je berlubang tgh pasu tu. Apsal tah.
Aku tak siram direct pun. Just renjis2 je.
Entah.
Sebenar dulu semua ni duduk kat yard.
Tapi tu hari mak aku datang, malas aku nak sempit2 kan yard tu. Susah plak mak nak keluar masuk masak apa semua. Jadi, pindah ke balcony. Balcony mmg panas sket.

Nak tgk tumbesaran kaktus tu. If oke, baru aku nak carik bekas lawa2 sket.
Nak pergi Sungai Buluh la.
Jenuh nak ngajak myDH tu.

5 June 2014

Dapur : Bi-Fold Door & Anti-Slip Mat

Lepas satu, satu.
Begitu lah bila dah ada kediaman sendiri kan.
Ada saja nak di godek.

Now ni, dah nak carik bi-fold door pulak.
Bukan nak letak kat bilik air.
Tapi, nak letak kat dapur.
Ada masalah sket la pintu dapur yg nak keluar ke yard tu.
Tahu sahaja lah rumah atas rumah orang dan bawah lantai orang ni kan.
Sempit sekangkang semut.
Pulak tu ku longgok semua kat yard.
Situ lah washing machine, situ lah dapur gas.
Konon cam buat wet kichen lah situ kan.
Padahal. Nak keluar masuk susah.
Mak aku dah komplen. Bila nak masak tu, macam masak blkg pintu pulak. Pfttt.
Ustaz Kazim kata kalau mak duk ngan kita, jangan susah kan mak.
Jadi, ada lah alasan.
Muehehehe :P

Walau mak datang sekali sekala.
Muehehe.

Banyak yang lawa lawa pulak bi fold door nih.
Buleh tgk kat web http://www.reliancehome.com.my/

Kat Onitek ni pun bes bes jugak.

Kalau dapat buat camni pun bes.
Tapi, sure ribu riban pulak harga.
Hanging door nama nya.

Nanti lah. Nak pergi survey.
Bi-fold ni tak la mahal sgt.
Cuma, dari segi safety mmg la kurang kan.
Takpe. Dah ada grill sampai atas kat luar yard tu.

Macam cantik.
Ni kalau nak tukar pintu bilik air pun bes jugak nih.
Ni nak reno ni kena deposit pulak kt mgt. Pfttttt.........

Selain pintu tu, aku tgh nak carik pvc foam non-slip / anti-slip mat ni jugak.

Huhu. Jenuh aku google apa ke benda la nama tikar tu.
Pvc foam rupanya.
Mmg aku guna utk lapik lantai dapur umah aku.
Now dah 2 tahun. Kena tukar.
Dapur kecil, guna je lah lapik ni kan. Huhu.
Convenience jugak mat ni sbb dia buleh cuci.

Thoughtful Thursday - Have Some Consideration

Yer.
Ini blog kita.
Ini FB kita.
Ini Instagram kita.
Semua ini adalah akaun kita.
Kerana kita rasa itu hak kita, maka kita boleh mendabik dada dengan mengatakan "akaun aku, aku punya suka lah nak post apa. Kau tak suka kau boleh pergi berambus. Jangan tengok. Jangan follow"

Betul.
Dulu, masa memula join FB. Ada jugak rasa annoy dgn status orang. 
Tapi, terpikir. Itu FB dia - lantak dia lah nak tulis apa pun.
Kan?

Betul.
Tapi lelama, bila semua orang nak pegang kata-kata 'sukahati aku, akaun aku, aku punya suka'. Maka, timbullah pelbagai sengketa. Orang tu mula unfollow, orang ni mula di block. Main hide and seek.

Yer.
Orang selalu kata - rambut sama hitam - hati lain-lain.
Begitu lah kita di laman sosial kan.

Boleh.
Kita boleh kata 'sukahati aku, akaun aku, aku punya pasal. Kau tak suka, kau unfollow'
Betul.
Tapi, fikirkan semula untuk kami kita up setiap gambar, setiap status.
Niat. Nawaitu.
Kalau niatnya sharing. Salah satu maksud sharing - To allow someone to use or enjoy something that one possesses.

Aku sekadar mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya.
Dalam laman instagram, hampir 2k gambar yg di up.
Tu pun ada gmbr yg aku dah delete. Kalau tak, mungkin lebih.
Ini sejak tahun bila. 2 tahun lepas kot.
Entah. Tak ingat. Sejak android ada instagram lah (kan sblm tu hanya iphone user je boleh upload i.g)

Bukan tak boleh berkongsi suka duka. Boleh. 
Tapi jangan sampai berlebihan.
Terlalu ber-PDA (Public Display Affection - beratus gambar berpeluk, bercium dengan pasangan).
Terlalu excited dengan pregnancy (dulu jarang post gmbr, tapi sejak pregnant, gambar itu je lah di up. Takde gambar lain).
Terlalu excited menunjuk segala barang dibeli - Pandora lah, kasut Carlo Rino lah.
Terlalu sakan up gambar makanan - makan kek SR pun nak tunjuk, buat juicing pun nak tunjuk (eh, ni  utk faedah orang lain jugak -dimaafkan lah). Lelebih lagi kalau masak salmon, masak ketam (haha. Aku memang tak pernah masak salmon, tapi ada orang yg tak pepernah nak tunjuk dia masak, tup2 bila masak salmon, terus up. Haha. Faizdickie pernah buat troll pasal ikan salmon ni. Kuikuikui).


Itu lah dia.
Bukan tak boleh berkongsi.
Tapi "have some consideration".
Satu lagi, takut timbul ujub dan riak tanpa disedari.
Jangan selfish dek kerana memegang prinsip "aku punya suka"
Bila kita akan keluarkan statement tu, bermakna kita tahu ada orang telah mula tak suka.
(Seriously, sekiranya ada je orang keluarkan statement 'sukahati aku' tu, aku mmg terus unfollow, walau statement tu bukan utk aku - sbb pada aku - konsep dia mmg tak perlu orang follow dia).

Apa pun, lebih baik kita besederhana.
Tak semua kita boleh share, terutama di laman sosial yang mana majoriti nya kita tak kenal dengan lebih rapat.
Simpan sedikit ruang privasi utk diri kita dan keluarga kita :)


4 June 2014

Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?



Gambar last week (26 Mei 2014, kira-kira jam 6.45pagi).
Di ambil direct dari tingkap bilik kat rumah.
Hanya guna kamera phone.
Kalau ada kamera godang lagi cantik kan.

3 June 2014

Perkhidmatan CIMB Yang Lembap


Aku tahu, mmg tak bagus aku buat entry di laman sosial begini.
Mesti orang kata - ikut la saluran yang betul kalau nak komen pun.
Tapi, kalau dah ikut saluran yang betul pun, tapi buat hal lagi, maka terpaksa lah hadam cerita begini kan.
Kata bank tersohor kan. Sepatutnya, reputasi kena lah jaga. 

Baik lah, mari tgk kronologi aku berurusan dengan CIMB. Urusan ini adalah untuk aku menjelaskan semua bayaran seterusnya menamatkan kad kredit.

Oke, sebelum tu aku nak bagitahu, aku bukan tak cuba call nombor CIMB. Customer service ke. Card credit ke apa ke. Tapi, mmg tak akan dapat la bercakap dengan operator dia. Nak try berapa kali. Kalau bebetul emergency? Kad ilang ke cemna? Jadi, sebab itu lah timbulnya kronologi nih.

2.5.2014, 4.55pm (Jumaat) - Emel ke CIMB menyatakan hasrat untuk tamatkan kad kredit.
Seperti biasa tentunya kita akan mendapat emel segera begini
This is an Automated Reply to signify that we have received your email and we will revert to you within two business days.

8.5.2014, 2.55pm (Khamis) - dapat emel dari CIMB beserta borang untuk menamatkan kad. Borang perlu di emel atau di faks semula. Aku pilih utk emel. Scan dan emel terus kepada CIMB pada 8.5.2014 (hari yang sama) jam 3.02pm.

14.5.2014, 6.08pm(Rabu) - respond dari CIMB :

Salam Sejahtera.

Terima kasih di atas kiriman emel anda.
Kami akan kemukakan permohonan anda ke bahagian yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 
Sekian, terima kasih kerana berurusan bersama CIMB Bank.

Yang benar, 
XXXXX
Unit Sokongan Emel 
Khidmat Pelanggan

Dan seterusnya sehingga kini, aku tak dapat sebarang maklum balas berkaitan borang, mahupun permohonan aku tu. 

Oke, dalam pada tu, aku ada jugak hantar permohonan tu kat web CIMB. Kan dia macam ada inquiry form tu. Pada 5 Mei 2014 (Isnin). 
Dan dibalas melalui emel oleh customer relation unit pada 6 Mei 2014 jam 6.47pm - dengan mengatakan "we wish to inform you that we have forwarded this matter to our Credit Card Centre for their further action"

Sekali lagi, pada 27.5.2014 (regarding yg aku direct guna web CIMB tu gak), dapat pula dari Email Support, Customer Relation - dengan mengatakan "your request has been forwarded to the respective department for further action"

Jadi, persoalannya sekarang, apa terjadi pada permohonan aku. Sampai bila respective department atau Credit Card Centre atau 'bahagian berkenaan' nak beri respond? Sebulan? 2 Bulan atau 3 tahun?
Dari 2 Mei 2014 aku dok berbalas emel dengan mereka, sehingga nak masuk bulan Jun, aku tak dapat respond apa2 kecuali borang tu.

Heh! Uols selalu kata urusan kerajaan ni paling lembap. Paling banyak kerenah. Paling menyampah. Semua yang buruk lah. Kan? Kan? Kan?
Kalau swasta disanjung sanjung. Cepat lah, laju lah, efficient lah.
Muahahaha.
Aku pernah cerita pasal bank yg aku buat loan kereta lama aku tu. Pun camni gak. Siap dah pergi bank tu, tapi terpaksa balik macam tu je sbb ada menda tak siap lagi. Padahal dia kata 2 hari bekerja sahaja. Tu nasib baik kita ni ada kereta, dan dekat je. Ce kalau orang yg duduk jauh. Dah la bank tu mmg bukan ada kat merata tempat.

Oke. Skrg bukan nak cerita pasal bank tu. Tapi, pasal CIMB nih.
Jadi, cemana?
Kang balik balik sure dia kata - cik la salah, kenapa emel hantar, report kat web pun hantar. 
Padahal... nak mentekedarah duit interest kita lah. Rugi lah dia kalau kita terminate kan.

Nak call? Mmg tak kuasa lah aku. Beribu ribu kali aku call. Mmg takkan tembus punya ke operator. Jadi, nak taknak aku kena pergi bank terus which, aku tahu dah jawapan dia 'cik, cik kena pergi kat XXXX utk terminate (aku tak tahu la mana kan, sure punya dia kata dia tak boleh buat)'. Kompom. Mmg kompom. Bersedia lah utk itu. Dan sesilap haribulan kena cuti.

Kita ni guna medium emel sbb nak cepatkan urusan. Kata dah zaman i.t kan. Tapi, lagi menyusahkan ada. Kalau tahu, awal2 bulan tu aku dah pergi memana CIMB utk tanya cemana nak terminate.

Tapi, aku rasa mmg CIMB punya sistem zaman batu sbb itu hari, aku dah bayar pun masih nak call lagi mintak duit. Mungkin sistem bayaran dia pun update 2 hari bekerja jugak bukan on d spot. Blergh! Lembap!

***
Aku tulis atas tu draf last week. Tapi tak publish.
Update :
Pada 3 Jun 2014 jam 3.30 petang. Dapat call dari bahagian Cancellation - dia call bagitahu nak bagi rebet sbb aku dah cancel kan kad. Dia tanya jugak kenapa aku nak cancel kan kad tu.

Bagus. Ko call kan. Mmg kena lah. Aku cakap cemna card aku tetiba cancel pulak. Takde respond apa pun kat emel lepas aku hantar borang. Kata lah aku masih bawak kad tu - tetiba aku nak swipe tak boleh. Apa hal? Bodoh betul kan buat kerja. Mmg aku geram. Sbb selalu orang duk 'tenyeh' government la kerja lembap, kerja takde prosedur la apa la. Abis yg ini ber prosedur sgt lah?
Betul. Mmg betul aku ada hantar borang utk terminate/cancel kad tu, tapi, at least mesti la ada respond kata dah cancel. Dia boleh cakap - dah hantar borang tu makna dah cancel lah. Eh. Senang nya hidup kau kan. At least ada la respond, ni respond asyik fwd to respective dept je. Itu je la modal dia. Tau tau dah cancel dah.
Tahu nawaitu apa dia call tu sebenarnya? sbb nak offer plak rebate. Konon supaya kita cancel la nak terminate kad tu. Dia bagi cash 50inggit ke apa ntah. Pegi mampui la rebate kau tu kalau service cam hampas.
Dah la baca emel aku salah lagi. Pergi ke karangkraf pulak. Heyy... ini lah orang kata kerja swasta efficient kan. Efficient nya...  Agaknya sbb tu tak sampai emel ke aku. Derang pepandai taruk karangkraf. Heyyyy...
Pulak tu, dia berani tanya kenapa tak call customer service. Berani kau tanya kan? Kau try lah call guna phone kau sendiri. Dapat ke tak? Ingat aku nak guna kad kredit bank kau lagi kalau camtu. Yg tetiba kita tgh buat transaksi online, tup2 ada problem nak suruh cancel, tp nak call customer service tak dapat. Apa tah lagi kalau kad hilang. Huii... mintak simpang hokey.
One more, igt call tu free ke? Sila tgk bil dan nombor call centre utk kad kredit adalah fixed line. Bila fixed line, sebaik sahaja kita dpt line maka sila lah tahu bahawa setiap saat dan minit yg kita tggu utk disambung ke operator adalah berbayar oke. Bukti -

Saya nak tanya incik CIMB lah. Eh. Jap, bukan incik CIMB. Incik Octos-sotong icon CIMB (sotong konon - tangan byk cam sotong -tp kerja lembap tak guna jugak). Incik sotong nak tolong bayarkan bil saya tu?
Mesti incik sotong kata " alah, baru seringgit dua puluh satu sen. Takkan itu pun nak berkira?"
Wah. Tahu pun kan. Kalau interest satu sen nak kira ke tak? Nak kutip ke tak?
Naseb kau lah. Kau yg serah tengkuk ke aku. Jadi, naseb lah kan. Padan muka!

p/s : Aku igt orang yg call aku pompuan. Rerupanya lelaki. Suara macam pompuan India je. Masa aku amik nama dia - mulut aku ni laju nak cakap - eh, kenapa suara cam pompuan. Muahahaha.

p/s/s : Marah? Pastu kang cam biasa ada komen suruh bersabar la apa. Cop. Aku bukan nak marah sgt. Tapi, kalau dgn kronologi aku tulis tu, nak suruh aku peluk cium lagi bank tu? Dan lagi satu, aku menyampah sbb selalu orang kata kami kerja government ni la lembap, susah angkat phone, selesai masalah amik masa lama, tau makan gaji duit cukai orang bayar lah apa lah. Semua semua yg negative la government. Tapi kalau camni? Swasta kan.. dimaafkan. Padahal, sama jugak. Swasta lagi lah. Dari customer tu lah yg dapat income. Eii..!

p/s/s/s : Sapa yg tgh guna kad tu - carry on je - selama aku pakai hampir 10 thn takde masalah (tapi, harap tiada masalah kad hilang lah sbb nak call customer service mmg kau sempat pitam. Haha) - tapi, kalau nak terminate, aku nasihatkan terus je pergi memana bank derang. Lagi senang. Kalau camni. Masalah!

Bila baca ni - risau pulak aku (from here)

Nak taknak mmg kena pergi bank ni utk settle. Sbb kang tak memasal kena tax lagi. Bahaya btul lah.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign