Pages

28 February 2013

Mimpi. Meeting. Serabut.

Pheww...
Serabut..serabut..serabut.
Apa tah yg aku serabutkan. Tp mmg serabut.
Udah la malam (bkn mlm sgt, pagi kot) tadi mimpi cam hapa je.
Cam aku gi satu rumah rehat ni. Kat kawasan hutan. Tp tpt tu cantik. Kawasan lapang. Rumah tu ada cermin, so buleh napak segala binatang dari dalam rumah tu. Aku napak lion, ada cam kancil meragut rumput, monyet (kat mana ada lion nih, sure bkn Malaysia nih. Hihi).
Lps tu tak lama, tetiba napak seme binatang kelam kabut lari. Siap ada kepulan2 cam asap derang lari2 tu. Ada gajah dan semua lah binatang2 hutan ni, macam dia turun dari satu tpt. Siap dgn monyet tu lari pastu kedepek, ter sangkut melekat depan cermin (ini katon dah ni). Memula sket. Siap aku suka la. Amik gmbr semua. Skali makin byk. Trus aku pun lari sama. Dari aku sorang (ke aku ngan asben, tak ingat), tetiba ramai cam sekampung. Lari lari lari. Rupanya tsunami. Tetau ada tepi pantai dah. Kami ramai2 duk kat situ. Kami selamat. Lps tu rupanya dekat plak dgn tpt yg aku tgk dari cermin tu, aku jengah2 jugak. Dah takde lagi binatang2.

Hai. "green" sungguh mimpi aku kan. Siap ngan binatang seme ada. Tp ini mimpi lps aku terjaga pada jam 5.35pagi. Bukan di bawah sedar dah. Ni mimpi ter berangan ke apa tah. Lps tu terjaga 6.30pg. Nice... mujo baju seme da iron. Kalo tak..merah lagi punch kad. Nice.... 3x yer anak2 punch kad merah. Cena ni? Org tatatertib lak smpai 3x merah. Huh! 

Tp green tu camni la lebih kurang.
Goggle
Aman, damai, tenang. Smpai skang aku masih terbayang.

Saja aku nk jot down mimpi tu supaya aku tak lupa.
Tp masuk keja, kelam kabut segala. Pagi gi meeting. Mujo bos pegi sama. Phew. Pastu udah la lama beno weh... byk agenda nyer. Siap break jap. Makan, smbung lagi smpai kul 1.30t.hari. Dari 9.30 pagi tu. Tak ngape ler kan. Udah namanya keroje. 
Tp bila smpai ofis, mmg serabut segala la sbb byk menda tak buat lagi. Udah la dgn rehearsal utk perasmian lagi nak attend. Mmg tak dpt attend la sbb tak makan, tak solat lagi. Terus sambung wat keja. 

Dah la. Nak rehatkan minda jap.
Nak g cuci2 mato jap kat bawah. Dah whatsapp ngan myDH. Jalan2 ngan dia skalik.
Nak tgk batik.
Eh?? (>_<)

##Mari ramai-ramai ke Hari Kraf Kebangsaan. Pelbagai barangan kraf yang menarik boleh didapati di sini. Maklumat lanjut : HKK 2013

Edisi Novel : Setia Hujung Nyawa & Gadisku Wan Adnin

Oke. Skang ni bila dah habis baca novel, aku nak buat review lah. Buleh? Buleh je lah. Bukan review sgt kan, it's more to macam nak mengingatkan novel aku dah baca, plus aku leh trace novel apa aku ada.
Baca novel ni kan, bukan sbb anak takde ke, sesaja suka ke, saja nak isi masa lapang ke apa. Baca novel ni sbb mmg minat, mmg sbb hobi dia baca novel. If bukan minat, ko kata la takde anak ke, byk masa lapang ke, kalo tak minat tu, tak minat jugak. Percaya la. Dah ramai aku tnya. Ada yg takde komitmen apa pun, suka baca novel? Tak kuasa. Pendek dan ringkas jawapan dia. Cam katakan org tu minat menjahit kan. Dia ada ada masa ke takde masa ke, dpt jugak dia menjahit. Siap terima tempahan lagi. Kata orang tu, apa pun bukan menjadi alasan. Bukan jadi APTB! 

Oke. Bertenang. Tak habis lagi walang rupanya kau yer. (T___T)
Settle sudah kedua2 ini
imej : goggle
imej : goggle

Keduanya aku beli online. Yang Gadisku Wan Adnin tu bulan Julai 2012 aku beli, baru skrg aku baru nak baca. Huhu. Setia Hujung Nyawa tu baru beli dan dlm 2 hari settle. Oke, meh review.


Setia Hujung Nyawa :
Aku tak tgk sgt yg drama dia kat tv tu. Mmg aku dah jarang ikut memana drama bersiri skang. Entah. Cam sama je drama skang. In fact, satu2 drama tu cam lebih kurang je jalan citer nyer. Oke, tu takpe. So, aku pun taktau lah samada jalan cerita dlm novel ni sama dgn drama tu. Aku baca pun lps drama tu abis. Ada yg kata kt novel ni Zain tak la dera sgt Ersalina. Tp oke la novel ni. Nice. Jalan citer menarik. Tak meleret. Buat aku nak tau jugak apa kesudahan (sbb aku tak tgk drama kan). Cam sweet je baca kisah suami isteri kan. Dan ada satu part yg si Zain bagi petua pada isteri dia tu, kami mmg amalkan sejak kawen dulu. Ehem! Ecewah! Petua apa tu? Haaaa....

Kesimpulannya, kalo kita beri baik, pasti balasan akan baik juga akhirnya. Insyaallah.


Gadisku Wan Adnin :
Oh. Mulanya aku sayang sgt nak baca citer ni. Sbb aku suka sgt novel Kak Su. Jadi, cam rasa sedihnya kalo dah abis baca. Boleh?? Tp baca gak la. Dah lama sgt tersimpan. MyDH dah warning, no novel2 kalo tak abis baca ni bila dah ada Pesta Buku nati. Gulp! Ada byk lagi tak abis woi. So, laju2 baca. Bes lah. Aku ni asal novel Kak Su seme pun bes. Buku siri remaja dia pun aku suka. Bias lah. Haha. Tp kali ni Kak Su byk cerita pasal yg zaman2 dulu kala tu. Tahun 1800-an camtu. Part yg itu dia tulis dlm bentuk dokumen la. Konon cam Adnin ni baca manuskrip/dokumen/naskhah/diari (entah, aku pun tatau nak kata apa) lama yg toknek moyang dia punya. Jadi, bila smpai yg tu, aku skip. Ngeeee... sori kak Su. Yg tu aku tak berapa nak minat. Sbb aku bukan nya sasterawan negara, aku hanya manusia biasa, menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa.... Hahahaiii... Tp itu lah dia nyer.

Kesimpulannya, kata orang tu, kalo itu bukan jodoh kita, dah smpai nak berjabat dengan kadi pun buleh tak jadi. Simple is jodoh kita tu mmg dah ditentukan utk kita. Biarpun terpaksa menunggu 5,7 tahun seperti Adnin dan Ahmad Akhtar.

So, skang ni tgh berhempas pulas membaca si debab ini
google
Tebal giler uolsss.....
Tapi kalo hempap kaki tak cagu sgt la. Sbb dia pakai kertas yg ringan tu.

Selepas WYY 9999?

Huwaa... sebuk aku nak bercerita sama kan pasal ni kan.
Byk pun blog dah up entry ni napaknya.
Plat apa selepas WYY9999 ??

Di tgk dari blog ini, ada siap skali dgn analisis nya..
kredit : http://faezzainal93.blogspot.com/2013/02/plat-apa-lepas-wyy-9999.html

Adakah begini
Atau begini
Atau begini

Tapi aku lebih suka style camni.
Yang ada abjad lain di belakang nombor tu. Style ah... hihik
Kredit : http://paktam2u.blogspot.com/2013/02/inikah-plet-wilayah-selepas-wyy.html
Hari tu aku baru napak satu dua keta ber plat WYA.
Tapi bila check kat web JPJ ni, saat aku menulis ni dah masuk WYB 1671

Laju btul no keta KL ni gerak.
Mungkin dlm pertengahan tahun dah habis WYY9999.
Dengar nya nombor tu pun akan di 'bid' macam WWW.
Tak kesah la. Jangan yg nombor slps WYY9999 tu di bida sudah.
Jadi, sudah boleh kumpulkan semua duit2 di celah2 bantal tu lah.

Eh! Ada kaitan??


Kbai!

HKK 2013 : Program Bicara Agama

Ini pun ada sempena HKK ini.
Moga2 takde clash ngan meeting ke hapa ke.. sbb saya pun mahu turut serta.

Anda bagaimana??
Tak mahu turut serta?
Nak  beli batik ke?
Hiwhiwhiw.
Saya sudah berpinar pinar bijik mata.
Anda tak mahu mencuba?

Dah. Autopublish.
Meeting nih. Meeting. Meeting.
Di kementerian.
Di Putrajaya.
Sedih. G sorang lagi ni.
Kbai!

27 February 2013

Edisi Lirik : Kehilangan (Firman)



Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

*Best lagu ni. Kalo citer2 sedih sure ada lagu ni. Rasa bebaru ni pun ada drama guna lagu ni. Drama apa tah. Lupa dah. Tp cam sedih kalo dihayati betul2. Tapi takde kena mengena pun. Dulu buleh la.. skang no more.. cewahh.. velagak!

Happy 34th Birthday, Husband

Ke 34 yaw. Fuh. 6 tahun lagi 40 yaw. Gerun tak? Gerun tak?
Hahahaiii... kemain nak gerun kan orang. Padahal aku pun aku turut serta bulan 12 sok.
A ah. Agak jauh juga rupanya perbezaan bulan kami ni. Ada la lebih kurang setahun. Dia dah nak berjalan, aku baru lahir. Begitu. (T___T).
Yerp. 24 Februari. Melonjak ke 34 tahun. Nampaknya ramai suami2 rerakan saya berkongsi date yg sama ini. Hihi. Happy Birthday juga kepada mereka :)

Saya takde celebrate sgt pun. Sbb on 24hb tu, mak nak datang, so kami advance kan lah ke hari Sabtu - malam. Perancangan utk 14.12 - anniversary - dibawa ke malam itu. Nak terai berwestern pula. Kebetulan dak Eida Baharum citer dia ada buat chicken chop instant. Jadi, satu kerja lah mencarik chicken chop itu. Hah! Bukan semua tpt ada yer. Dari Jusco ku cari, smpai la Tesco yg ada 2 line fridge beso tu pun takde. Ceh! Penat kaki ku. Dari nak suprise, terus tak jadi, sbb beliau pun turut sama mencarik. Aduyai.

Whatsapp ngan dak Eida, tnya kat mana dia beli. Dia kata Giant. Jadi, hari Sabtu pagi tu, awal2 dah ke Giant. Dan akhirnya jumpa gak. Phew.. (lap peluh). Itu pun tak byk. Ada kat celah2 tu je ha. Amik laju2. Udah la ada sorang cina tu. Ingat dia nak apa. Rupanya boleh dia meraih undi plak kat situ. Memula tak suspect pun. Dia tanya je apa benda aku amik tu. Aku pun gitau lah. Tetiba dia kata "oke la beli ini, lps ni u tau ka, semua barang naik kalo BN menang". Ah sudah. Laki aku dah cam terpaksa melayan. Cina tu bebel2 marah kat BN suh undi PKR segala kan. Pastu laki aku cakap "ai tak mengundi la. Ai tak register pun" Padan muka kena tipu. Pastu dia lagi naik marah. Dia bebel2 lagi u tak buleh itu macam.. bla bla bla nati u beli itu lagi mahal'. Kiterang blah dah la. Last skali laki aku bagi kat dia "kalo barang naik pun beli je lah, sekali sekala je makan. Apa susah" Adoii.. orang camni pun ada. Heh!

Lps tu cam teringin lamb chop gak. Salu tak penah terai menda2 camnih. Jadi, tgk ada kat Giant ada marinated lamb. Napak berebut2 orang amik. Eh. Sedap sgt ke? Harus terai. 
Aku ready nak masak ni seme pas maghrib. Cuma coleslow tu buat awal sket.

Alah, simple bebeno kome oii... sapa la kata cam haibat nau aku buat ni kan. Ko tahu, susah lagi masak nasik ayam tau. Ini tak smpai sejam siap. Tak caya cuba ler wey. Cuma aku cam mengada nak ber cocktail lah, goreng fries la, hash brown lah, tu yg jadi lama.

Apa yg aku buat : 
1) Coleslow - ni paling simple, potong kobis, potong carrot. Takde aku nak parut2 dah. Hiris je halus2 sket. Pastu tuang sos coleslow tu. Ni kena buat paling awal - letak dlm fridge. Nati nak makan baru kuarkan. Baru dap aaa.. juk jeee... ngeee =)
2) Chicken chop - Lorh, ni lagi la senang banget. Kuarkan dari plastik, goreng.
3) Lamb chop - dia dah marinated. Apa lagi ko nak buat. Kalo ada oven, masuk oven. Kalo takde oven, taruk je atas induction cooker. Guna pan leper tu la. Sapu margerin. Terbalik kan selalu. Dah siap. Kalo takde oven, takde induction cooker. Err... aku tatau la yg tu. Kalo nak masak atas dapo gas cemna. Buleh gak kut guna pan tu, tapi kena kawal api la. Cam induction cooker tu senang nak kawal. Lagipun dia masak rata.
4) Mushroom sauce - Pun senang. Bahan2 cuma (kena ulang balik kat Instagram tu ari. Huhu) - mushroom soup (aku guna yg instant punya ja - yg serbuk tu), fresh mushroom (nak pakai dlm tin pun bule), sos black pepper, bawang besar-hiris bulat/separa bulat, bawang putih - cincang ja. Cara2 dia - buh sedikit butter/marjerin dalam periuk ke kuali ke (periuk la, berhemah sket), tumis bawang. Sambil2 tu bancuh la mushroom soup tu. Ngan air suam. Jaga2 nati hangit plak bawang tu. Pastu dah napak kuning bawang2 tu, tuang je lah mushroom soup tu. Campak fresh mushroom/cendawan dlm tin. Aku sker cendawan, so aku pakai fresh mushroom. Tp mesti button mushroom. Jangan guna cendawan tiram yg cam ada dalam iklan usahawan cendawan tu. Tu nak buat goreng cendawan bule la. Lps tu masuk la black pepper. Mmg takkan jadi la gelap warnanya. Masuk la ikut suka kita. Tp kalo perut tak tahan, jgn masuk byk2. Kang angin cam aku kang. Huhu. Aku mmg tak guna garam ke ajinomoto ke kiub ke apa sbb mushroom soup instant tu dah masin amat. Kang ada yg darah tinggi kang.
5) Goreng fries/hash brown
6) Garlic bread
7) Fruit cocktail
8) Air mangga Peel Fresh.

Hasilnya.
Hohohoiii...

Abaikan. Lapik pinggan pun takde.

Close up sket. Lamb chop. Mmg sedap oi
marinated lamb kat Giant tu. Seriyes.
Rasa nak beli lagi. Tapi kang sakit perut cane?

Chicken chop yg dicarik sekitar KL.
Berjumpa di Sgor akhirnya. Haha.

Dan aku mendapat lagi satu hasil pada keesokkan harinya yakni di hari lahir myDH itu - aku tetiba sakit perut pas solat Subuh smpai terduduk tak boleh bangun dah. Niceee..... angin rasanya. Bila baring tak boleh berkalih dah. Terlentang lah gitu smpai ke petang time mak aku smpai. 
Tgk saja lah senarai menu. Byk nau. Smpai tatau apa yg menyebabkan aku terlentang gitu. Ada yg kata fruit cocktail sbb ada nanas dlm tu. Ada yg kata black pepper. Ada yg kata lamb. I dunno. Semua tu aku buleh je makan. Tp mungkin sbb aku makan dlm satu masa, bergelodaklah ia dalam perut tu. Memanjat2 mereka antara satu sama lain bila bertemu dlm perut tu gamaknya. 

Apa pun, utk satu2 nya MyDearHusband yang salu claim konon tak baca blog ni tapi blog orang lain kt ofis ni dia tahu je perkembangan. Haha. 
kredit : here
Adiah?? Belum bagi sbb kali ni aku dah blank tatau nak kasik apa. Tnya je dia nak apa, then nati g beli sesama. Dia nak sneakers sebenarnya. Tkpe, nati kita gi Al-Ikhsan carik sbb retu ada tgk, tp dia tak beli plak. Hurm...

Dunia : Daging Kuda Pada Bebola Daging


STOCKHOLM - Daging kuda ditemui pada bebola daging yang dilabelkan sebagai daging lembu dan babi yang dijual di kedai rankaian perabot Ikea, lapor agensi berita AP semalam.

Pentadbiran Veterinar Negara Zcech menyatakan, daging kuda ditemui pada bebola daging beku yang diperbuat di Sweden dan dihantar ke Republik Czech untuk dijual di kedai-kedai Ikea.

Sejumlah 760 kilogram bebola daging itu dihalang daripada tiba di kedai tersebut untuk dijual.

Jurucakap IKEA, Ylva Magnusson menyatakan, bebola daging itu telah dihantar ke Slovakia, Hungary, Perancis, Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Sepanyol, Itali, Greece, Cyprus dan Ireland.

Magnusson berkata, bebola daging itu ditarik penjualan di kedai-kedai Ikea di negara tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa di Denmark menyatakan, satu laporan polis akan dibuat selepas seorang penjual daging menjual daging kuda kepada kedai-kedai piza tempatan.

kedai-kedai piza itu ditipu kerana menganggap daging kuda tersebut sebagai daging lembu.

Ketua Penyiasat Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark, Michael Rosenmark berkata, beberapa sampel telah diambil daripada daging piza yang dikeluarkan oleh Harby Slagterhus menunjukkan ia mengandungi campuran daging kuda, babi dan lembu.

Penjual di bandar Arhus itu mendakwa pihak restoran mengetahui produk tersebut mengandungi daging kuda.

Pihak berkuasa di seluruh Eropah mula melakukan ujian asid deoksiribonukleik secara rawak selepas menemui cam puran daging kuda dalam produk beku daging burger dan lasagne. - Agensi

Kredit : Kosmo

****
Adeh. Deh. Deh. Adakah kita dah termakan daging kuda? Termakan kuda takde masalah kot kan. Sebab kuda pun mmg lah halal. Tp cara 'menghalalkan' tu? Haha. Takde kut kat Ikea Msia nih. Harap2 begitu lah. Tp aku takde la fanatik fan pun ke meatball Ikea ni. Setakat ni baru 2x je aku makan. Pun aku rasa suka tu bkn sbb meatball itself. Aku sker sbb kuah dia tu. Itu pun takat 2,3 ketul buleh la masuk. 

26 February 2013

Edisi Outstation 2013 : Sarawak

Memacam citer tertangguh. Hai. Dgn sakit perut. Hangin pulak kan. Nak citer apa dulu ni. Citer outstation Swak ke citer celebration besday myDH?
Takpe. Kita citer hok Swak dulu ya.

Hohohoiii... Ini bukan gi jalan2 ya. Ini gi atas urusan kerja. Tp sempat la gak beli2 menda yg wajib di beli kalo gi Sarawak kan. Apa lagi, harus la kek lapis and ikan terubuk. Jangan kata gambir Sarawak plak. Ups! Hahahaiii...
Pelik tgk kad tu  kena sumbat camtu ja. Buleh???
Pegi ari Selasa petang-19.2.2013. Flight nya jam 3pm camtu (KLIA). Smpai dlm kul 5pm. Org cawangan amik lah. Lalu terus ke hotel. Kami stay kat Riverside Majestic Hotel. Bes gak la. Dulu aku pegi tah mana duduk. Holiday Inn ke apa tah. Cam dah takde je dah hotel tu. Oke lah kan. Cawangan yg booking kan. Tp bilik bes la. Besar pun. Pulak tu cermin yg boleh napak pemandangan ada 2 side. Satu side napak sungai Sarawak (eh. ye ke?), satu side lagi napak Kucing anak beranak kat bulatan tu. Huhu.

Yang bagus siap ada jadual waktu solat. Good.
Ada sejadah jugak. Iron pun ada. Bagus.

Gmbr yang diwar-warkan di Instagram. Poyo ah!
Jadi, smpai je, aku trus google tpt makan. Jadinya pegi la ke seberang sungai utk ke food court belah sana. Haha. Tak memasal naik sampan plak kan. Tp oke lah. Dulu aku pegi tak naik pun. 50sen sorang. Yg si adik aku ni dah risau2 takut bot dah takde. Huhu. Aku pun tatau smpai kul brapa operasi dia. Tp dlm kul 7 lebih tu aku percaya ada lagi. Nak makan pun tatau nak makan apa. Igt nak makan laksa Sarawak tapi kang cam lapau plak tak makan nasik. So, nyer order nasik goreng. Kureng. Tp dah rezeki. Makan je. Tu pun tak abis. Tak plan pun nak beli kek lapis ke apa time tu.

Esuknya terus ke office cawangan la. Ada interview sebenarnya kat sana. Sbb nak carik utk jawatan pemandu, so pengurusan decide buat kat sana je instead of calon kena turun sini kan. Calon pun tak ramai. Panggil 10, datang 7. So, dlm kul 12 camtu dah abis. Maka, terus la gi jalan2 carik buah tangan. Huhu.

Memula derang bawak gi beli kek lapis. Gi kat Kek Lapis Dayang Salha. Tpt dia rupanya dpn ngan tpt kiterang makan malam tu. Tak byk pun aku beli. Utk ofis, pastu ada la bagi kat kak ipar sket. Kang bebyk bukan abis pun kat umah tu. Pastu derang bawak gi Pasar Satok. Haaa.... ni pasar baru. Tpt lama tu dah takde dah. Ni pun baru bukak Januari tu ari. Kira kami antara yg terawal lah. Ceh! Haha. Sini pun tak byk aku beli since, yg bawak tu bawak ke kedai yg biasa derang pegi, jadi dapat la murah2. Tu pun aku beli 20 inggit ja. Cam biasa, derang siap seal trus dlm kotak. Yg kek lapis pun siap seal trus. Mudah. Kalo kat sini cam jeruk Penang, kopok leko Tganu buat camtu kan senang nak usung. Tu hari masa gi Ganu senget2 bahu aku ngusung kopok leko. Huhu.
Lps tu aku suggest nak makan ayam penyet. Mula derang nak bawak ke Raja Ayam Penyet ke apa ke namanya. Tp tgk2 tutup lak kedai tu. Maka, makan kat restoran ni ja. Tp oke lah. Sambal dia sedap. Pasaipa taknak makan laksa Swak. Entah. Rasa nak makan nasik plak. Huhu. Atas flight, tak amik nasik lah.


Lps tu trus gi airport. Lepak situ walopun flight nyer kul 5.45 pun. Silap, sepatutnya buleh mintak derang bawak ke tpt2 jual souvenir ke apa ke kan. Awal dah smpai airport. Dlm kul 2 lebih dah check in. Tp ingat tak lama la. Skali flight delay. Wargh...! Jarang aku delay kalo naik MAS ni. Udah la masa check imigresen tu aku kena punggah barang dlm hbeg aku. Apakah? Dia kata ada bunyik. Tp tak dapat detect apa dia. Ek eh. Bukankah beg tu dah masuk dlm tpt scanner tu. Harus dia tahu apa yg menyebabkan menda tu bunyi. Kut ada pisau ke apa ke. Tp mmg takde woi. Abis aku kuarkan segala menda. Menyusahkan btul lah. Tak pepenah kena camtu. Ada napak muka penjenayah ke hapa? Tp dah tugas dia kan. Nak buat cemana. Tp yg menyampah tu, buleh semua2 imigresen tu duk keliling aku. Padan la muka terpijak kaki dia ngan kasut aku yg tebal tu. Muahahaha... sebuk lagi kan. Aku pun tatau apa yg bunyi tu. Mungkin tin gegula Extra tu kut. Entah. Tu aku bawak smpai HK retu pun takde masalah. Tahpehapatah!

Akibatnya, dok geram2 beg kena tonggang, aku merayau2 lalu terbeli ini. Hohohoiii... Memang tak memasal nih. Tp aku sker. Bau dia cam bau buah2, sport2 sket. Aku mmg kureng perfume hok bau bunga2 ke, vanila ke, bau feminin sgt tu. Tu sbb yg dpt free dari Intrend tu ari aku tak pakai pun. Nak ku lanting kan je lah ke sapa2 tu nati. FOC ja. Takde de nak jual2 de. Baru skali je aku rasa aku sembur.

Flight delay. 6.15 baru naik. Dan kesudahannya, kul 8.20 baru touch down. Oke lah tu. Kalo lagi lambat lagi pitam. Dan mujo driver yg tunggu pun tak kesah orang nya. Mmg kiterang booking keta ofis dah. MyDH tggu kat ofis ja.

Jadi begitu lah. Cerita ceriti outstation pertama utk tahun 2013 nih. Ada lagi ke outstation. Duk HR kureng sket kan o.s nih. Lain la unit lama aku dulu kan. 

HKK : Hari Kraf Kebangsaan


"HKK...HKK.. Apa HKK tu bang?"
Awal2 lagi dah ada iklan ni kat radio.
Lps tu kat tv pun dah bersepah gak iklan ni.
Yang Yana Samsudin ngan Johan Raja Lawak tu.
Mungkin ada yg terlepas pandang, jadi meh la aku iklankan sekali lagi dlm blog aku.

Ingat ya. HKK - Hari Kraf Kebangsaan.
Bermula 27 Februari 2013 (Rabu) hinggalah 11 Mac 2013 (Isnin)
10 pagi - 10 malam.

Kot ada yg tak pernah pergi. Lps tu cam taktau apa la yg ada kat HKK ni kan?
Oke buleh tgk web khas utk HKK 2013
Tema thn ni cubism - seme pun ber kiub kiub, ber petak petak. 

Sapa tak pernah datang tu, sila sila le jenguk sbb pameran ni mmg lain dari yg lain.
Bukan pasal "eh, aku tak suka la kraf - kraf ni.. tak minat.." Jangan begitu.. bila datang baru tau ya.. ini bukan sekadar kraf... percaya la. 
Mana nak dapat semua produk kraf dibawah satu bumbung?
Ha... masa HKK ni lah. Nak tgk perabot, perhiasan rumah, batik, brooch dari Sabah dan pelbagai lagi lah. Aku biasa bawa lawatan, dan pada yg 1st time datang harus cakap 'eh.... tak sangka sebesar ini pamerannya'. Yups, walo dibuat di sekitar ofis kami, tp mmg luas dan besar. Ko takkan buleh habis dalam masa sejam 2 kalo nak round. Tak caya tnya Ejamaria yg acapkali datang sini. Hihi (oh..skang beliau kat Jakarta yer..)

So, mari datang mari. Parking disediakan di kawasan berhampiran. Dun wori. Kami ada shuttle (van, Ezora, CRV) yang akan amik dan hantar. Takyah jalan2 kaki pun.  Utk lokasi dan tpt parking buleh tgk sini - LOKASI

Spti biasa - tugas aku masa hari perasmian and bawa lawatan berpandu lah (yg ni ikut jadual sepanjang HKK ni lah). Biasanya bawa Puspanita Jabatan. And esuk pun aku terlibat dah utk lawatan isteri KSN. Jadi, sesapa yg nak datang ramai2 - nak wat rombongan che kiah pun buleh.. meh isi borang kat sini - borang lawatan berpandu. Ada gift ya kalo buat secara rombongan nih. Dan kalo nak bes, meh ai yg jadi pegawai lawatan berpandu uols.. layanan baekkk punya. Haha :P

Oke lah tu. Cukup la tu promote kan. Nenati esok esok ai amik gmbr yg bes bes, tepek sini ya. Oh. Nak special diskaun?? Boleh.. tp kena contact ai la nak dtg tu... mmg biasanya kami staff derang bagi special price. Tp ada gak yg tak bagi. Tp apa adahal. Ada kurang lebih 450 usahawan kott.... buleh memilih dengan tenang dan senang. Oh. One more thing, semua tpt pameran dan jualan adalah ber air-cond ya... no peluh2 tiak punya. (>_<)

*p/s : Tuan kebun tak sihat. Angin satu badan dari Ahad tu ari. Ni pun tak berapa sihat. Sbb tu sunyi je blog 2,3 hari.


21 February 2013

Edisi Outstation : Sarawak

Hai uols. Tenkiu eh kerana sudi jengok2 kebun ni sepanjang peninggalan tuan kebun. Hohohoiii...
Alhamdulillah. Selamat pegi. Selamat kembali.

Ah. Berpergian pun satu hari ja. Lagi mau kecoh kan.

Nenati lah kita stori pepanjang perihal outstation ke Sarawak itu ya.
Kalo tak bos suh pegi sorang uolsss.. Jenuh2 ai mujuk bos supaya dibenarkan bawa 'teman'. Teman serumah, ai offer jugak. Tak mahu pulak beliau. Itu lah susah nya seofis uols. Kalo ofis lelain ai dah heret dah. Nati napak ada conflict of interest plak kalo ai heret beliau walo beliau bercuti dan tiket katebang ai tanggung. Apadahal kan. Dah siap tgk pun tiket - 3 rat je pun kalo naik AA. Tapinyer.. kalo guna waran, harga itu berganda yer uols. Ai dapat bawak adik unit ai dan oleh krn itu lah kami naik MAS. Guna waran lagi murah kalo MAS nih.

Hujan ja Sarawak. Jadi, takde la cam nak jalan2 sgt pun. Untuk itu, ai jugak mintak maaf. Tak dapat nak beli FM ke, keychain ke apa utk nak bagi uols Gift-Away ke kan. Sorry banget ye uols. Tak sempat. Ini sbb kerja. If kalo p holiday, ai pasti akan beli. Yg sempat ai beli kek lapis n terubuk masin! Haha. Oke je kalo uols nak terima adiah tu. Tp tak jamin la kalo da 'expired' by the time smpai ke uols.

Tapi takpe. HKK dah dekat. (HKK, HKK, apa HKK tu?? Hari Kraf Kebangsaan - ala.. kalo uols dengar Era, sure dgr iklan ni kan. If dgr iklan ni terus la tingat ai tau.. ahahahah.. pui..sapa tah nak igt ko kan). Nati kat HKK ai carik gift2 unik utk uols seme ya.. harus barangan kraf. 

Lps tu, hari ni suppose ai ada course. Protokol dan etiket. Eh. Begitu ke tajuknya. Begitu lah kot kurang lebih. Ai dah pegi salu pun ni. Mmg ada rasa malas. Sbb smlm pun flight delay. Penat tu mmg ada la kan. Tp kalo duduk je lagi penat kot. So, mmg ada rasa nak mintak ke bos agar dpt excuse dgn alasan - byk kot keja nak settle. Tapi, pucuk dicita ulam mendatang. Pepagi - bos call, kata batal course. Ai igt course tu yg batal, rupa-rupanya ai sorang je yg batal. Bagus. Hiwhiwhiw. Sbb bos kata pepagi ni kena jumpa big boss. Ada menda urgent perlu settle pastu pulak petang bos kata ikut dia g meeting kat KPKK. Meeting tu takde hal la, tp time dia sgt bes lah. Jam 4.30petang startnyer. Yer. Bes sungguh lah (-_-")

Sudah la hari ni punch kad merah. 8.08. Bagus kan? Yer, mmg bagus lah. Bangun pagi baru hegeh2 nak iron baju. Sudah tahu hari ni batik kan. Siap mandi solat semua tgk baju tu masih berkedut seribu. Apakah?? Ini misti aku tak terus jemur baju tu atau spin tp lambat jemur. Apsal dia berkeromot sgt. Tanya myDH dia kata mmg napak kedut - oke, carik baju lain - iron balik. Haaa.. kau.. kul 7.30pg aku duk iron baju. Ko mampu? Baju batik gak tu. Sebbek crepe. Jadi tak la susah sgt 

Jadi, begitu lah. Takde entry autopublish mahupun draft. Tak sempat. Walo ada menda nak cerita. Nati ya. Citer pasal Swak. Bes jugak. Lama kot aku pegi dulu. Masa tu kat aset. Nati nak pegi bercuti lah a.k.a Honeymoon. Hohohoiii...

Dan, amik la sekeping gambo ni dulu sblm ada entry lain ya. Igt nak tulis pendek, ini pun berjela. Apa je lah aku ni kan. Miahahaha.

Lapo. Nak makan. 
Kbai! 

20 February 2013

Edisi WW : Makan Makan

Old Town - Singgah minum petang balik koreje.
Suka roti kaler coklat tu.

Burgerbyte - Dato' Senu. Dinner. 
1st trial. Dkt ngan rumah.
Nati ai review.

Sizzling Yee Mee - AEON AU2

Apam balik rangup. 3 singgit.

Sorry lah kut ada sapa terliur ke, mengidam ke. Ah. Jangan kata org mengandung. Aku ni yg tak mengandung pun sering je terliur nak makan itu ini kalo tgk gmbr. Tapi makan nyer tak byk mana. Tapi.. apam balik rangup tu - beli 3 ringgit. Dan aku telan sebanyak 7 ketoi. Omnomnomnom :P

Edisi WW : Choco Almond



Stok ice cream mmg kena ada kat umah sbb aku salu je craving ngan mendalah nih.
Kon tu lama dah beli.
Nati nak beli scoop dia plak lah. Baru ada kesan dramatik - bak kata dak Elly - ex-osmet ku :)

Edisi WW : Colorful of Life


Colorful of life.
Haha. Tetiba.
Tuan kebun stoberi jauh nun di seberang laut.
Seme entry ari ni dtg dari gmbr kat instagram.
Yang dibuat ala-ala WW.
Dan di autopublish.
Thanks kerana sudi melawat kebun :)

p/s : Kalo ada kesempatan, buleh la beli ole2 dari seberang laut tu kan. 
Lps tu buat GA?? Ada yg mahu?? Hohohoii...

19 February 2013

Mencari Yang Halal Itu Wajib

Terkadang, risau dengan apa yg jadi darah daging kita ni.
Memang bab makan ni org akan sensitif (org Islam lah).
Perihal halal haramnya. 


Nak makan sure nak carik yang halal.

Sebenarnya sensitif bab ni. Yang nyata, kalo masih ada alternatifnya, carik lah yg benar2 diakui ke - halalan toyyiba - nyer.

Aku like juga page Sahabat Halal Jakim kat FB. Byk gak info dapat kat situ (gmbr atas tu pun dari FB tu lah). Antaranya perihal ni.
Laici label kuning.
Aku pun cam pelik. Sebenarnya byk brand laici kat pasaran. Tp ntah kenapa kilang tetap akan buat kaler kuning labelnya. Boleh katakan semua lah camtu. Apsal ntah. Org kompius pun yer gak. Cam masa Sahabat Halal Jakim ni kata yg brand cam dlm gmbr atas ni takde halal, ada yg kata ada tanda halal Thailand. Tu lah. Napak tin cam sama kan. 

Lagi satu, kenapa takde laici yg ditinkan di M'sia sendiri. Atau secara spesifiknya oleh orang Bumiputera kita. Ke ada cuma tak dipasarkan secara meluas. Bila tgk yg atas tu, mmg rasa taknak minum air laici kat kedai2 dah la. Kita mana tau dia beli brand apa kan. Satu lagi, aku mmg tak berapa suka sgt laici ni sbb dia lembik. Suka lagi longan. Dan aku salu beli longan brand Hosen nih.
google.
Dan sememangnya bukan ada halal Jakim. Tp ada halal Thailand. Harap2 takde la keraguan. Uhuks

Edisi PayPal Katanya


Emel ni mmg buleh org terpedaya.
Ye lah. Tetiba je kita terbayar ke akaun lain kononnya.
Tapi tak perlu la buat camni.
Napak beno menipu nyer kome oii...
Dah la hantar ke semua staff kat ofis nih.
Lagi lah menipu woi.

Bila bawak cursor ke link tu, mmg ter pegi tpt lain.
Jgn la sesekali ter klik plak.

Aku ni walo salu buat online payment, aku masih tak berani nak guna paypal.
Biasa mmg aku buat direct payment ja.
Memacam lah nak buat menipu orang hoi.
Byk nyer org jahat dlm dunia ni hoi.

Edisi Sabun Cuci Dan Muatannya

Masa nak susun2 barang lps beli, tanpa disengajakan terletak botol2 ni dpn pintu.
Masa nak amik tu, napak sangat bila dipantul cahaya.
Separuh je isinya.



Aku bukan major in Business Marketing.
Jadi, aku tak pasti, ada kah sememangnya ini marketing strategy?
Cecair pencuci ni hanya di isi separuh.
Aku tak kata pasal berapa liter dlm ni.
Aku pun takde la smpai nak sukat berapa liter kan.
Aku trust je la apa yg tertulis tu.

Cumanya, awat buh separuh ja?
Kenapa tak diisi penuh botol cam air mineral tu?
Dan kalo takut dia 'menolak' (walo aku tau, yg 'menolak' ni selalunya tempoyak je. Meletup pun boleh), at least takde la smpai separuh botol kan.

Igt yg pencuci ni camtu. Yg ni pun sama.
Tak berapa jelas sbb botol putih.
Tp had dia mmg atas sket dari label tu

Sebenarnya dulu aku pakai pencuci Attack. Yang ada skali dgn softener. Mmg bau dia wangi. Bes je. Tapi untuk kotoran degil (cea... cam iklan woh), dia 'kureng' sket. Tu yg aku guna Dynamo balik tu. Dia kan 'kuat'. Tp kuat sgt pun tak elok sgt sebenarnya. Cuma.. aku mmg tak sidai baju kat luar rumah yg direct matahari, so, tak kesah sgt la kan kaler luntur ke apa.
Google
Yg ni aku still guna. Tp cuma utk cuci pakai tangan cam untuk tudung awning lah. Wangi pun wangi. Kalo pakai washing machine - Dynamo ja. Pastu taruk Softlan. Dah. Tu je. Settle.

p/s : Hoih.. gmbr teleng. Tak sempat nak betulkan. Redha je lah yer. Tuan kebun stoberi sebuk nak outstation ne.

18 February 2013

Edisi Men-sumbang Suara : Sesi Pertama 2013

Hohohoii.. lama kot dah tak pegi melalak kat kotak merah.
Salu plan tak jadi. Plan tak jadi. Plan tak jadi.
Dah. Tak yah plan.
Terus jadi. Hahahaii...

Rasanya last year sekali je kot g kotak merah.
Tahun ni entah la.
Tpi skali ni pun agak puas ati gak la.
Cuma, lupa nak wat list lagu. Hohohoii.. ini semua poyo...! Nak berlist lagu bagai kan.


Cea.. nyanyi lagu Set Fire To The Rain (Adele).. konon nak jadi cam Shila Amzah kat Asean Wave la. Hohohoii.. poyo! Ini semua poyo! Nak nyanyi lagu Patah Seribu takde plak. Sudahnya aku pulun nyanyi lagu Kosong - 2x. Apakah?? Miahahaha.

Dpt bilik paling luas kat situ. Stock yg org booking wat bufday ke apa tu lah. Besau giler. Tgk Harlinda a.k.a Dee (geng karoke yg berkenalan hanya dari porem mesra dot net. In fact aku mmg ada ramai kawan2 dari porem tu. Nati bebila nak citer plak pasal ni. Huhu). Dia duk hujung sana, aku duk hujung sini. Lama tak pegi. Last time pegi mmg dia pakai touch screen tv. Tp kali ni tgk dah teratur sket la dgn list2 yg ada.

Oke what sesekali camni. Release tension per. Suara tak sedap takpe. Itu blkg kira. Lagipun mmg la buleh berlibur2.. takde anak katanya khenn?? Dan myDH pun tak kesah. Dia yg siap anto oke. Eh.. bukan aku paksa tau.. aku nak g naik STAR je. Dah dkt kan skang ni ngan STAR, dulu PUTRA.. tp dia tak kesah nak anto. Cuma balik mmg aku suh amik la sbb aku beli barang besar kat Sogo tu. Ala-ala comforter (matress cover lah) Jenuh nak usung. Hohohoii..

Dan terjumpa cadar ini.

Hoi! Mana buleh tak beli. Wajibbb beli... bkn senang nak jumpa. Lantak la walo byk btul dah cadar aku beli lately nih. Ini pun amik yg king size sbb kalo fitted ni mmg tak buleh yg queen walo katil ku itu saiz queen. Nati jadi baju singkat. Itu je masalah dia. Kalo tak masalah, mmg lagi byk la kot aku sambar. Hohohoii...

Katalog Tupperware : 11 Februari - 30 Mac 2013

Apa yang menarik bulan ini??
Bertema kan L.O.V.E
February - March 2013

 Penuh warna warni
Water Day Set : 4 biji
Free sebijik
RM84.80

Koleksi ini semua pun dah ada. Termasuk bekas sayur tu.
Dalam gambar cam saiz sedang-sedang kan.
Tapi sebenarnya besau. Buh kat fridge bahagian sayur tu, 
dia sorang je duduk situ.

 
Hohohoiii.... my feveret color.
Purple. Rasa cam nak je.. Uhuks.
Padahal dah ada yg gitu kaler oren.
Lunch set pepel itu - RM49.10

Wah. Ini mmg comel. Kalerful lagik.

Bekas beras - bekas minyak - bekas bawang.
Yang kaler merah bata tu cun plak. Aaaa.....
Rasa cam nak plak. Aaaa....
Salt n spice set : RM65.20

Lipstik yang ceria-ceria. Ko mampu nak pakai lisptik kaler ijo.
Muahaha. tp kuar kaler merah gak.

Dan spesel ada ini jugak.
Bagus ni nak tmbh koleksi Modular Mate tu rasanya.
Kabinet berselerak.

So, mari menjamu mata di online katalog ni - Tupperware.
Nak tanya harga utk lelain dan nak beli dr pnstoberi pun buleh. Pastinya ada diskaun spesel utk pembaca kebun stoberi nih. Boleh c.o.d juga bagi yg duk area KL. Hohohoiii.. promote..jgn tak promote....

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign