Pages

30 November 2012

Doa : Ketika Stress

Tarik nafas jap..

Aku berdoa aku jangan la stress.
Lately ni mmg kelam kabut dibuatnya.

Ari ni kena pegi course (lagi!).
3 ari.
But in the same time, esuk n lusa ada kelas ganti. 3 jam - 3 jam.
Selalu takde kelas weekend, minggu ni plak ada.
Aduhai. Mmg cabaran kan.
Presentation term paper lak tu.

Aku kena committed utk kerja, and in the same time, kelas pun tak boleh diabaikan. Mujor lah course hanya di Putrajaya. Buleh la ulang alik. 

Jadi, elok lah amalkan ayat kat atas tu. Supaya hati menjadi tenteram. Insyaallah.

29 November 2012

Nak Tambah Atau Nak Let Go Saja?

Sebenarnya aku tgh dilema.

Smlm ada aku post kat FB yg tetiba aku sedih.
Oke la. Terus terang la kan.

Ini berkenaan tiket flight tu lah.
Yg ditakut2 sgt tu berlaku jugak akhirnya. 
Exam aku mmg jatuh dalam date yg aku pegi.
Satu subject lepas - mmg bes, a day before. Tp satu lagi tak lepas - a day before suppose aku balik KL>

Sangat sangat la terkilan.

Tapi nak buat cemana.
Sbb tu la aku tak suka beli tiket awal sgt. Maknanya kena tggu berbulan2 baru nak pegi. Ini la 1st time aku beli tiket yg tempohnya lama (HK tu lain la.. tu naik MAS). Bulan 5 ke bulan berapa tah aku beli tu. Bulan 5 la kot. Balik Krabi tu.


So, nak buat cemna?
Burnt?
Atau top up lagi?

Dilema lah. Nak let go 500 atau pun top up lagi dlm 700.

Biar rugi 500 dari beribu abis kut kan.
Mmg mahal la sbb change flight fee je sudah RM400. Lebih dari rega tiket asal. Bkn ada apa pun yg bes kat sana pun.
Patut lah hati aku ni macam tak excited je. Borang permohonan ke luar negara tak isi, tempat2 pun survey2 gitu ja. Mujor hotel tak book lagi. Tapi..sedih la.. sbb da berangan nak tempah dress kat sana. Sobsss... *eh, kata tak survey, tp tahu jugak kat sana buleh tempah baju bagai. Hoho :P


Tambah ke burnt?
Tambah ke burnt?
Mmg kalo ikut hati tambah je,

tp kalo ikut side yg 'putih' katanya let go je lah.
Nanti lain kali pegi.


Lagipun ujung bulan 1 nak ke Langkawi lagi kan.
Dari aku top up 700 lagi tu, better aku buat beli Vision segala tu kan.

Biar lah RM500 tu.

Kan?
Betul ke keputusan aku ni??
Oh delima btul. Kenapa harus jadi camni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya kan. Pikir positif saja.. huhu

Edisi Poyoness : Top Loading Washing Machine


Nak tulis ke tak, nak tulis ke tak?
Haha.

Bagi 'pang' skali baru tahu ni kan.
Kuikuikui.

Smlm tempek gambau ni kat instagram.

Dgn captionnya - At last, setelah 3 bulan mendobi. Welcome aboard my new baby. 

Nati bising housemate aku tu. Awak ni... seme nak citer katanya.
Kuikuikui.


Kannn...? Poyo sgt lah apa seme menda dibeli nak citer dlm blog.
Eh.. tak semua lah!

Tapi ni kategori poyo kutnya kan.
Dari itu mari kita namakan entry cenggini sebagai poyoness Thursday. Miahahaa.

Haaa... akhirnya uols.. 3 bulan oke hantar dobi.
Igt aku rajin nak menyagat2 kain tu. Kuasa. Kecuali 'adik adik' tu basuh sendiri la. Kalo itu pun nak dobi, itu melampau sgt malasnya. Lagipun takkan nak campur adik2 tu ngan baju lain. 
Malas nak pikir2 dah. Yg lama tu tgh dok carik orang utk jual murah2 je.
Retu ada jumpa org yg amik barang letrik lama ni. Tatau lagi cemna.
Elok lagi hok tu. Sayang juga, tp tu lah... mungkin smpai di situ je perkhidmatan dia dgn kiterang.


Yg ini kami pi carik Ahad tu ari.
Ahad - byk kedai letrik yg tutup. SengHeng dah survey - cam mahal plak.

So, ke HLK plak. Agak murah sket la.
Tp survey lain, beli lain. Biasa la tu. Aku cam nak Samsung (cam penah citer dulu). Tp bila tgk2 berminat plak yg lain. Pensonic oke, murah pun murah. Tp cam tak berapa nak heavy duty napaknya. Cuma HLK ni lambat sket kalo dia nak hantar. Sebijik je ke pun lori hantar barang dia? entah aku pun kurang periksa lah yg tu sbb katanya amik stock kat Balakong ke mana tah. Pastu lori tu lah hantar area Selangor seme. Hai.. takkan sebijik lori hantar seluruh KL n Selangor. Agak2 sket bai... so, kalo korang beli kat HKL HLK, sila tanya dia hantar barang kat mana dulu. Kalo tak, jenuh nak tggu. Sbb kita keja, mmg susah nak kena ngan timing dia. 

Tanya kat salesman tu, mana yg elok sket. Dia kata ramai orang amik Toshiba n LG. Tp oleh kerana kami nak jenis drain-hose penyambung air kat luar, maka amik LG (WF-HD850FS6 Motion Washer)
Lagipun dia tak terlalu kecik, tak terlalu besar. 8.5kg. Oke la kalo ada anak nati kan, nak basuh baju byk2. Hihi. Suka gak sbb kaler grey - mmg tema bhgn dapur aku ni adalah grey. Peti ais, kitchen kabinet, coway. (cuma bekas beras je lah tak grey. Huhu)
kredit : LG
Smlm da rasmi dgn membasuh telekung dulu. Amik berkat sket. Hihi. Tp air membuak2 keluar kat yard tu sbb hose penyambung (sbb kena extend hose tu) tu cam tak berapa nak ketat. Haih. Satu hal plak kan. Tkpe, kita beli lain yg tu nati.

Harap2 bertahan lah ia berkhidmat utk kami sekeluarga. Cewah.. keluarga tu.. (^^,)

**ada citer sedih ni.. sobss... tp bebuat happy je lah.. anggap je tiada rezeki. Huhu (T__T)

28 November 2012

Bkn WW : Cabaran Belajar dan Bekerja

Salah satu cabaran masa belajar dan bekerja ni adalah bila ko susah nak reach rakan2 sekelas. Pergh!
Apa nak kata bila pagi baru tgk ada topik utk kita present secara grup (berdua) dan ko pulak takde no phone grup-mate tu. Herghh..!

Satu Malaysia aku pusing carik nombor orang tu (oke, exaggerated) 
Aduhainya pun.

Nombor org lain yg aku simpan pun takde nombor kawan tu. Aduhai.
Aku plak, instagram dia aku add, tp nombor tak simpan. Lagipun tak sangka pun sbb suppose aku present ngan orang lain.
Skali nama lain plak naik kat spectrum tu.
Oh. Utk kelas ni, lecturer masukkan topik n siapa nak present thro website yg namanya Spectrum. So, tgk kat situ je lah. Smlm aku tgk takde, pagi ni tgk baru ada. Choi 3kali!

Tp mujo la ada rerakan yg very helpful.

Thanks to them.
Dpt gak aku reach akhirnya.



Buat je lah sambil2 kan.
Case study plak tu "u're required to advice the top management to reduce resistant to change..bla..bla..bla.."


Hurm. Mmg itu salah satu cabarannya sbb dulu masa fulltime sng nak access kengkawan (and oso lecturer). Skrg dgn kekangan masa segala, mmg cabaran lah aku rasa. 

Tapi.... sedar tak sedar, lagi 2 minggu kelas dah habis utk sem ni :)

Kejap je kan. Lps tu bulan 1 exam (gegar.. rasa cam blank je.. lama giler kot tak masuk dewan exam. Eh, ada, exam jabatan. Tu pun lamaaaa dulu dah. Sbb ada PTK yg aku malas nak amik. Haha)

Lps tu bulan 2 dah jadi senior. Ceaa..


Eh. Oke lah.. citer pjg2 plak. Nak edit2 sket lagi. Pastu dah. Present je lah petang kang. 
Good luck utk diri sendiri. Dan berdoa agar tidak lah hujan ptg ni.

Kalo tak.. pitam.. smlm pun 2 jam nak menyampai ke umah aku dari ofis. Tu kuar kul 7.30pm tu. Haih.

WW : Spageti n Megi Goreng


Ini masa jammed terhapa hapa hari Khamis lps balik dari Ganu tu.

Ini pagi Sabtu - yg ujan renyai2 tu.

WW : Massage Owl

Tak memasal.
Konon offer Watson - half price.
Tp cute.. ailoike.
Tekan kat bulat2 tu nati dia gegar gegar. Hihi.

27 November 2012

Edisi Plan For 13 December

Disamping kesibukan aku ke sana sini (owh..nama naik lagi utk gi course kat Marriot Putrajaya plak weekend ni. Bukan course sgt la. Bengkel ke makmal ke apa tah. Tapi utk Perancangan Kerja Tahunan. Aku ada kelas tu hari Sabtu n Ahad tu. Presentation lagi. Tp takpe... plan leklok, Insyaallah seme akan oke), aku masih blank apa nak buat utk our anniversary. Blank. Se-blank blank nya. Nak gi makan kat hotel cam dah tepu (cea.. mementang ada course sesaja skang kan). Nak gi dinner saja saja. Ada la 2,3 tempat dlm cadangan cam makan Chinese Dish kat Shahrin Low tu ke, atau Arabian Dish kat Hadramawt ke. Tapi, 13hb atau pun 14hb adalah hari2 yg bakal jammed atas jalan. Nak pulak kalo hujan petang tu. Mmg buleh pitam dlm keta dan mood terus hilang berterbangan. Kejadian last year masih menghantui. Hilang mood segala.


MyDH nak overnite kat memana hotel. Tu macam aku kata kat atas tu la. Buat masa ni aku dah tepu nak ke hotel lagi. Lagipun... alah.. kat umah pun buleh buat cam hotel kan. Nak terjun kolam pun dah ada kat umah. Cuma, bath tub je lah takde. Haha. Tkpe, nak sangat leh buat bath tub guna tong besau simpan air tu. Haha. Lagi satu, nak simpan duit pun yer gak. Sbb bulan 1 tu adalah bulan utk shopping2. Kena simpan duit. Kena!  Nak ke HCM lah, pastu nak ke Langkawi ngan famili. Itu mmg nak soping je tujuan dia. Nak beli pinggan mangkuk piuk belanga (so makcik makcik khenn). Haha.  Maka, simpan duit.


MyDH ada cakap juga - buat candle lite dinner kat umah. Hurm... macam bes juga. Aku google2, ramai juga yer buat candle lite dinner ni. Ada yg buat suprise ke husband. Oke... kira nak suprise susah jugak kan. Tapi... kalo buat, aku suprise kan apa aku nak masak. Ha.. bes jugak kan. 
kredit : here
Oke.
Mari kita plan resepi apa nak buat.
Nak lagi poyo, mari kita buat ala-ala kat hotel.

Kuarkan makanan course by course.
Haha.



Tapi bes jugak kan.
Oke lah.

Dah. Kira confirm lah tu. Haha.
(iyer..iyer je.. skali aku malas, gi makan KFC je lah.. hahaha)

Selitkan kad ni skali. Aww... 'nakal'.. hahaha

Edisi Majlis Persaraan : Terengganu

Lepas pulang dari Sabah bah, ke Ganu kite la pule..
Kejadian pada 22hb. Ada majlis persaraan staff kat cawangan sana. Ni kira aku pegi sbg wakil pihak pengurusan Ibu Pejabat lah kiranya. Gi ngan my assistant. 
Pegi balik hari je. Tak larat dah wes nak tido bagai. Jadi, day trip sudah. Lagipun last week aku masuk keja 2 ari je yer. Huhu.

Naik kul 8pagi, balik kul 4ptg. 

Makan nasik dagang walo pun aku bkn suka sgt.
Nani makan nasik lemak. Eh.. itu kat KL pun byk. Hihi.

Tak memasal! Belasah lah. Bos dah buatkan
speech note. Ai baca je. Haha.
Awat da rupa bergaduh je aku ngan org sebelah tu.
Sorang pandang sana, sorang pandang sini. Hihi.
Penyampaian GCR dan gift kepada pesara. 
Sebelum balik smpat singgah beli kopok jap. Nak pegi yg glamer tu. Apa ke namanya. KBB ke apa tah. Tp situ, kena booking. Kami pegi pagi tu nak booking, tp tak dapat. Dah habis. Nak beli on-d-spot buleh, tp kena beratur amik nombor. Ko mampu? Mmg tak la kan. Kang ada yg terlepas flight. Jadi, kami beli kat tempat lain je. Org Ganu kata skang org tak beli kopok Losong dah. Oke... ikut je, asal dpt beli kopok. Huhu.

Dan as a result - penuh peti ais haku. Segala udang kering, ikan bilis, ikan masin dari Sabah retu pun dah mempelopori peti ais, ni kopok lak penuh kat tpt freezer tu. Tu tak masuk pau beli kat Tjg Malim tu hari (eh, blum citer yg tu yer). Syana kata org rajin peti ais penuh. Hihi. Org tak rajin la peti ais penuh. Menda2 kering camni org tak rajin je suka beli. Tahan bertahun tu. Tu ikan masin segala tu bila nak abisnya entah la tu. Mmg makan tahun tu. Rasa, yg aku beli time gi Kundasang tu ari pun cam ada je lagi. Ahahahaha :P

p/s : simpan la cuti banyak2 utk GCR yer.. nati kalo panjang umur, dah pencen, byk dpt tau :)

26 November 2012

Edisi Persidangan Di Sabah

Sabah Bah!
Menghadiri persidangan pengurus sumber manusia. Anjuran kementerian. Satu jabatan/agensi antar 2 wakil. Sorang pengurus sumber manusia, sorang lagi pegawai pengiring. Aku harus la yang pengiring tu kan. Takkan pengurus sumber manusia. Hahau. 
Duduk dah belakang. Jgn byk songeh. Kementerian
dah tanggung. Pegi flight ada tibi. Hihi. Tgk Happy Feet.
Bertolak hari Ahad - 18hb dlm kul 2pm. Sudah la mengong. Terlupa bawak sandal. Aku pegi tu pakai sneakers je. Dah naik flight baru tingat. Abis, takkan nak ber sneakers kalo sudah berbaju kurung. Mujo bos ku itu baik dan kami pun mmg ada ofis cawangan kat sana. Bos lak penah jadi Pengarah cawangan sana. So, mudah lah. Bila smpai kat Sabah, ada org cawangan dtg kat hotel - amik kiterang dan carik kasut aku. Ceh! Termelayang RM34.00 membeli sandal. Effect tu bajet nak beli ikan masin. Hoho. Sudah la bila tanya kedai2 biasa tu saiz kecik takde. Mujo ada kat BATA.


Stay 2 malam kat The Pacific Sutera, Sutera Harbour. Cam bes je kan bunyinya. Hihi. Bes la jugak. Cuma sbb kiterang conference. Breakfast dpt la makan kat kafe dia. Cam dinner malam yg pertama tu, disediakan kat dewan khas utk kiterang. Limited la pilihannya. Then lunch esuknya pun camtu gak.
Perfecto! Seme ada. Cuma kat toilet tu takde paip. Potong!
Perfecto gak!. Bilik luas. Me duk ngan peg. dari Aswara.
Dapat view taman. Kalo tggi ni seaview. Tp duk tgkt 3,
tak napak laut.
Malam kedua tu, bes la makan. Sbb ada dinner wif KSU.



Makan secara course by course. Merana perut duk tunggu satu, satu menda datang. Hihi. Kenyang makan lauk je. Kat meja ada taruk chopstick je. Kami mintak je sudu n garpu. Huhu.



Ni yang last. Mmg tak larat dah nak makan pun sbb da
kenyang makan lauk pauk.
Derang sempat juga bagi kiterang soping2 jap petang lps pembentangan paper work. Sempat la kaut2 ini seme. Hihiw.


Oh. Tahun lepas, awal tahun ke Sabah (Kundasang), tahun ni plak akhir tahun ke Kota Kinabalu. Maknanya, tahun depan kena repeat ni. Pulau plak kan. Bes! Bes!

Edisi Membela Guppy

Oleh kerana dah melabur kepada seketul akurium, maka harus lah dicari 'penyeri' nya kan. Retu masa beli, org tu bagi skali ikan. Lps 2 ari 'termati' plak ikan tu. Huhu. Sbb masa tu tak letak oksigen tu lagi.


Dulu kat umah lama, aku ada je bela ikan. Tp camtu je lah. Bela-mati-bela-mati, smpai la akurium tu pecah. Lps tu masa amik seme barang kat umah lama tu ari, jumpa balik segala aksesori bela ikan tu. Water pump-oksigen dia apa seme tu ada lagi.


So, ari Sabtu, gi carik ikan kat jalan Pasar. Aku cam tak berapa nak percaya beli kat situ sbb situ la aku bela asik mati je kan. Tp ye ke sbb itu, atau aku yg tak reti nak bela? Aku rasa aku kena beli buku kuning yg tajuk ada 'dummies' tu kan. Fishkeeping for dummies ke apa. Huhu.

Beli 17 eko. Muahaha. Memula tu, beli kat satu kedai ni. 7 eko - 5 guppies n 2 eko ikan lain. Pastu beli yg longgok2 - 10 eko. Tp yg longgok2 tu bukan elok sgt. Tp takpe lah. Lps tu p beli pump lain sbb yg lama tu cam dah rosak. So, skang buih2 gas tu adalah byk. 


Takpe, mari lah kita cuba membela dulu kan. Tgk lama mana buleh bertahan. Tp sehingga semalam (beli ari Sabtu), 4 ekor dah 'meninggal'. Hoho. 

Harap2 yg lain tu, elok lah dia. Dan harap2 dia buleh breeding. Wah.. cecita tinggi.


Info basic mengenai penjagaan ikan :

23 November 2012

All About My Wife (in-flight movie)

Smlm dlm flight, dpt tgk tv. Tgk movie la kan.
Pegi - flight takde tv, tp balik ada.
Cam ke Sabah retu, pegi ada, balik lak takde.

Aku tgk citer ini
kredit : Here

All About My Wife.
Tp dr KT ke KL je kot. Ada la 55 minit je. 

Tak sempat abis.
Tapi aku tgk citer ni cam bes je.


Sapa penah tgk. Bes tak?
Aku rasa mmg bes. Sbb kelakar. Tgk half pun cam bes. Tak terasa dah smpai KL. Rasa cam awat la kejap nau ni. Padahal masa nak pegi tu sempat terlelap.


Dia mengisahkan pasangan suami isteri ni. Suami tu terjumpa isteri dia kat Jepun. Waktu tu isteri dia innocent abis. Skali dah kawen 7 tahun, perangai terserlah. Pening kepala suami dia. Anak takde (ha... aku mmg sker la citer berkaitan sket ngan aku ni kan). Pastu isteri surirumah je. So, suami dah tak tahan sbb isteri ni ada je nak bebel. Rajin masak. Asik nak suh makan je. Smpai dia buat jus, pastu suh asben dia minum walo tengah berak. Haha. Mmg lawak ah. So, suami ni nak mintak cerai. Tp tatau nak buat cemana. Dia nak buat marah2 pun, kena marah balik. Bila comp suami ni ada buat projek kat Jepun, suami ni pun mintak nak pegi. Konon ingat nak tinggal isteri dia la. Skali dia sampai je rumah kat Jepun tu, tetengok bini siap smpai dulu dah. Siap masak segala dah. Haha. Mmg lawak ah.
Masa kat Jepun ni gak dia jumpa jiran - seorang lelaki casanova. So, dia anak amik peluang suh laki ni flirt wife dia lah. Supaya wife dia yg akan mintak cerai. Tp pompuan ni tetap la 'selenga' dia.

Ha... takat tu je aku tgk. Tgh 'klimaks' kata orang tu kan. Tup2 dah kena turun flight. Tu yg buat aku nak carik gak movie ni. Sbb aku nak tgk betul ke tak derang cerai. Aku rasa tak kot. Mungkin si casanova tu cuma akan buat derang berdua berbaik semula. 

7 tahun kawen, tp takde komunikasi dua hala. Sorang memendam rasa, sorang rasa semua perbuatan dia betul je. Tu la sebabnya. Bes ah. Walo kelakar tp ada la pengajaran dia kan.

Jgn tanya aku sapa pelakon2 dia. Harammmm aku kenai sbb aku bukan Korean die-hard fan.


Harus carik DVD dia nih (masih tiada blu-ray, jadi DVD dulu lah)


Kat mana plak nak carik nih.
Pasau malam je lah. Ada tak?
Haha.

*apsal bila tgk movie dlm flight aku rasa movie tu bes je. Retu time g HK tgk citer apa yg penguin tu. Mr Poppers eh. Ha, yg tu aku siap beli balik DVD tu sbb nak tgk lagi skali. Haha. Gilos.

Hikmah Di Sebaliknya

Satu memo sampai di atas meja.
Menatap nama tertera membuatkan aku 'sebu' seketika.
Kes yang bakal dikendalikan oleh aku.

Tetiba pikiran macam terganggu.
Pelbagai andaian 'kalau' mula dipikirkan.
Dan mungkin juga, Allah nak tunjukkan inilah 'hikmah disebaliknya' yg sering aku cari jawapannya.

Dan sebagai seseorang yg pernah 'rapat' dgn dia, tetiba aku jadi 'blank' dengan tindakan yg patut diambil. Tp aku tak boleh nak jadi 'bias'. Tp mmg prosedur biasa juga lah yg aku akan ambil. 
Jadi kaunselor - cuba utk memotivasikan semula mereka (walo aku mmg tak born-to-be la utk jadi listener and kaunselor ni kan. Haha).
Cuma tu lah... 

Aku tahu dia mmg mengikuti tiap entry aku.
Jadi, aku harap, dia berubah lah.
Jangan smpai perkara ni menjadi 'nanah'.
Bukan pada dia je, pada yg lain2 juga.

Jangan lah mengambil mudah semua ini.
Tak hadir, ponteng kerja, ingkar perintah. Semua ni tindakan yg boleh terus ke tindakan tatatertib. Fikirkan lah consequences. Kalo dari apa yg aku ikuti masa course Tatatertib yg diberikan oleh JPA tempoh hari - mudah je orang JPA ni nasihatkan - buat apa nak simpan kakitangan bermasalah ni - hilang satu berjuta di luar sana yang menunggu.



Sayang lah kerja. Kerana dari rezeki ini lah kita akan menafkah kan keluarga kita. Terutama kita yg menjadi ketua keluarga.

Kalo dah ada punca rezeki lain, beredar lah cara baik. Ikut lah prosedur yang sepatutnya.
Bukan dengan cara dihantar memo ke Bahagian Sumber Manusia, bukan dengan cara dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib.

Tolong lah ubah kelakuan. Kalo tak mahu bertanggungjawab pada jabatan, setidak-tidaknya kita ingatlah yg kita masih ada tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Kerja kita bukan saja dinilai oleh penyelia kita.. tp masih ada lagi penilaian yang lebih besar 'di sana'. 
**********************

Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.

22 November 2012

Edisi Penimbang Merah Saya

Yang aku order masa dpt RM10 diskaun tu.
Dah dpt.
Mmg comey. MyDH kata cam ipad. Sbb bila tolakkan yg scale penunjuk (petak atas tu) dia cam kecik comey je.
Tp cam rosak. Takde bateri kot. Nati lah p tukar bateri. Retu dah timbang. Dah turun sket. 47kg. Nati turun kan smpai 45kg. Bawah lagi takmo la.. cukup2 la dulu, aku dah keding. Hihi.

Edisi MAHA 2012

Aku suka pegi mendalah ni.
Walo orang ramai nak giler.
Bak kata bos aku, tinggai keta 4km, beratur 4km, sudahnya jalan kaki 8km. Huhu.
Ye lah, park keta mmg jauh dah. Dah tu beratur nak naik traktor segala tu berapa punya panjang. Tu tak kira org buat muka 'selanga' potong q. Dah tu, lagi senang jalan kaki je lah. Haha.

Rasa setiap kali penganjurannya mmg aku pegi kot.
Haha. Rajin nya la hai. Sbb dia 2 tahun skali kan. Seme orang pun suka nak pegi.

Pegi weekend lagi hazab la kan. Walo kul 8 pagi dah tercegat situ.
Eh. Takde masa operasi dia plak kat atas tu. Kul 10 kan dia buka.

Tkpe, kali ni nak tukar plan.
Nak pegi after office. Sbb dia smpai kul 10.
Walo mmg rasa tak sempat, tp pegi carik apa nak dibeli je.
Takyah nak meninjau satu2.
Tapi ye ke??

Info lanjut : Maha


21 November 2012

KL - KK - KL - KT - KL

Mengantuk giler.
Smlm touch down dr KK jam 8.00pm.
Balik ngan bos. Sbb memula mmg MyDH nak amik, tp keta ofis kosong, so tumpang bos je lah. MyDH tunggu kat ofis. Tumpangkan skali ada staff dari ASWARA tp drop dia kat stesen LRT jer.


Then, hari ni mmg kecah hidup jap. Maklum lah. Berapa hari dah tak masuk ofis.

Sebu jap tgk try-in. Tp takde la byk menda sgt pun, tp tetap cam terkejar2. Nak makan pun gitu2 je.
Pulak tu waktu lunch lari jap balik umah KB. Owner datang. Cewah. Owner tu. Padahal akak ipar sendiri je. Dia dah renovate, then barang kiterang ada lagi dlm tu. By 1st Dec dah ada owner baru. Oh.. sebak jap. Haha. Dan dan... tp yer lah, tu tpt pertama yg duduk masa smpai KL nih. Mmg takde kemana lah. Situ lah. Pastu pindah jap. Tp kejap je. Tak berapa bulan balik semula ke situ. Dan diam tak diam, lebih 8 tahun menetap di situ, 4 tahun as single, 4 tahun as 'double', triple je tak sempat (^_^).

Esuk.
Penat kan??

Oleh kerana itu, demi kerja, aku terpaksa korbankan kelas mlm ni.

Tak larat. Ni rasa berjalan pun nak tutup mata je.
Smlm pun, smpai umah dah kul berapa. Walo touch down kul 8. Tunggu beg segala (beg aku plak yg paling last kuar, hampagas sgt), nak menyampai KL bagai, kul 10 lebih baru smpai umah. Kemas itu ini, kul 12 gak tido.

Pastu, utk pagi esuk, jam 6.00pg da gerak. Naik kenderaan ofis jugak. Tggu kat umah jer. Awal sgt.
Mmg aku taknak amik bermalam. Nati lagi penat. Ni biar penat sehari je.


Weekend, buat assignment jap. Dah janji grupmate.

Pastu nak amik barang2 yg kat umah KB tu. Melambak lagi. Nak humban je mana tak guna.

Dan tadi, bos gitau mungkin nama naik utk satu lagi course next week - weekend.
Gulp!
1hb dan 2hb tu aku ada kelas ganti - siap ada presentation okeh. Cenggana?
Kalo takde sgt, mmg kena lari jap la gi kelas, pastu masuk balik. Tu pun kalo tpt course tu mmg tak tukar la, kalo idak... tu nati kita pikir lah.
Wohooo.... mmg bukan senang weh. Kerja dan belajar.
Fuhh... *lap peluh merecik*

WW : HampehECards #1

Hihihi.
Hihihi.
Dan.
Hihihi.

20 November 2012

Edisi Pretty Hot

Yang dpt dari contest InTrend dulu. Lama dah simpan.
Skang baru nak pakai.
Mmg wangi. Tp aku kureng sket lah.

Mungkin sbb aku tak pretty. Dan juga tidak hot. Lalu tak suka. Haha.

Aku sker bau yg mild2 sket, tp tidaklah terlalu lembut sgt. Cam vanila tu aku tak sker pulak. Bau buah aku sker. Yg macam ala2 aktif la. Dan kalo rose (yg bukan tengit, tp mild) pun buleh consider. 

Aku mmg tak stick to 1 types, 1 brand. Skang ada 3 aku guna. Ikut mood nak pakai mana. Satu yg adiah beday myDH kasik tu ari - Bvglari. Then yg aku beli 2 tahun lps kat airport dulu. Haha. Giler lama tak terabis. Epal Nina Ricci. Ha tara bau2 itu la aku sker. Jimat duit dah takyah beli dah. Tapi rasa cam nak beli je lagi..bln 12 ni memacam perfume kuar skali ngan adiah sempena Christmas. Bes!

Edisi Makan-Makan : Restoran Syed


Kalo tgk kat FB ke instagram ke salu je aku update aku makan Restoran Syed ni.
Satu satunya kedai mamak yg aku rasa selesa. Huhu.

Smpai yg tukang jaga lauk tu dah kenal la kiterang. Kakak..kakak.. dipanggilnya aku. Haha.
Napak nau salu bertebeng ke situ.

Lps tu dah pindah bln 9 tu, dah jarang pegi. Sbb cam takde masa, pastu cam dah jauh sket dari umah baru ni. Idak la jauh, tp kalo dr KB dulu mmg sgt dkt la.

Lps tu pegi, tgk dah advance. Wah. Macam kat pizza. Order, then dia tekan2 kat komputer. Kuar ketas di print. Hihi.

Masa ni tingin makan tandoori. Dap!

Kalo nasik kandar pun aku suka sini. Ayam madu is the best. Taktau tpt lain, tp aku dah try byk tpt, seme tak memenuhi citarasa aku. Apa ke pelik derang buat ayam madu. Tp sini - bes. Itu tekak aku lah. Aku ni kan pepelik, org tak sedap, aku sedap, orang sedap, aku kata tak sedap.

Roti canai, kuah dia pun bes. Tp megi goreng kureng sket. 

Pendek kata ni mmg mapley pilihan. Haha. Ada Halal Jakim jugak. No worries. Tpt nya kat Jalan Dooraisamy. Dkt2 dgn ofis Nuffnang jugak. Dan dkt club yg ada kes tembak2 tu. Huhu. Yer, kalo mlm tpt ni mmg la tpt club, bar segala. Kalo dtg weekend-malam, mmg tak dapek la parking. Kat luar kedai ni plak ada kedai yg glamer dgn sup dia tu. Tah..jarang aku makan sup tu. Ada la sekali dua. 

19 November 2012

Edisi Pasar Malam : Popia Goreng

Skang hari Jumaat takyah thinking thinking nak masak apa.
Sbb ada pasau malam bes.

Tapi kalo tetiap mggu pegi pun jemu jugak.
Tapi tak kesah la.

Yg wajib beli adalah ini.

Pada lidah aku lah sedap. Sos dia pedas dan popia goreng tu mmg rangup. Seketul limaposen.

Tapi kalo pegi mmg memacam beli. Kadang ada gak terbazir. Not gud..not gud. Tp mostly makanan sini oke lah. Boleh ditelan lah. Pizza slice pun ada jual. Sedap gak.

Edisi Makan-Makan : Naili's Sentul


Berapa lama tak makan sini?
Lama dah kot.

Aku tau tpt ni mmg lama sgt dah. Awal2 dia bukak dulu la. Masa tu abgcik n kakcik yg bawak. Time tu anak buah aku- dak Fatin tu - yg skang dah dajah 5 - kecik lagi. Baru 3.4 tahun kut. Which masa tu dia nak limau ais, dia seluk air tu amik limau, then dia perah2 balik dlm air n keliling meja. Syabas. Haha.
Lps tu pegi lagi dgn bf (ketika itu). Haha. Beberapa kali la juga. Haha.
Kami panggil tpt tu restoran nyamuk sbb ada nyamuk la plak.
Tp kira abis romantik la kiranya sbb pilih tpt tu. Haha.

Lps tu ada la sekali 2 pegi dgn kengkawan.

Ngan myDH. Ini la 1st time. Hari Sabtu.10.11.12 tu ari (eh. Aku pun tak pasan aku pegi date cantik itewww). Dah dkt sgt dgn umah kan. Jadi, mari kita pegi.
Masa g tk ramai org lagi. Dpt tpt duduk yg bersila tu.

Nak makan lamb chop. Nak makan lamb chop. (hehe. ada orang dok eiww..eiww..eiee.. ai tak makan kambing, skali lamb chop makan. Haha. Urban gitulah..kambing tak makan. Lamb makan. Hohoho. Aku oke je. Kambing ka lembu ka makan seme, tp sbb aku tak suka makan2 sgt, jd aku tak amik kesah la pasal makanan ni. Asal ada, oke dah)


Sori ler gmbr tak memuaskan. Pakai S2 je pun. Bukan Note2 mahupun S3. Takde la nak bawak kamera godang plak hai nak melantak kt tpt yg sekentut je pun dari umah. Lagipun sapa biasa gi Naili's ni tahu la cemana gaya kat dlm tu. Agak kalo kelkatu jatuh dalam tu pun tak pasan. Haha. Tp mana nak ada kelkatu sbb takde lampu. Ngee.

Tp lamb chop mmg sedap. Lembut sajork. Aku amik gravy dia mushroom. Sbb tingat masa kat hotel KSL JB tu hari. Cam sedap sungguh la sos mushroom. MyDH memalu plak nk order bagai. It's on me oke.. tp dia amik Chicken Chop. Tp lamb chop aku tu pun half aku kasik ke dia. 

Lps tu terpikir, baik g sini masa anniversary.

Me : Patut kita dtg sini masa anniversary kan. Cam romantik jugak tpt ni.
MyDH : Anniversary kita cuti, booking hotel lah. Hari Jumaat tu.

Ha...masa kat sini la dpt idea nak gi hotel tu.

Me : Ek?? (cam tak caya lak pakcik ni yg bagi idea. Hihi). Lps tu kita booking utk candle lite dinner skali kan? hihi.. (saja cakap, tp tak kuasa la kan. Igt kenyang ke makan candle lite dinner, aku penah g skali, masa valentine.. seketui2 dia bawak course. Pastu secoet je. Udah la menda2 sayur mayur yg aku tak makan tu. Kuasa)
MyDH : Gi yg dekat2 je. 
Me : Pullman Putrajaya?
MyDH : Oke gak tu.

So, begitu lah terkeluar idea nak gi Pullman tu. Hurm. Aku ada kenalan kat Pullman tu. Tp cam segan pulak. Tetiba nak tanya ke dia plak. Dah lost contact seme. Tentah dia pun dah tak keja situ (T___T).

Oh. Kembali ke cite Naili's - oke la. Aku minum air jus longan. Dekat nak satu tin buah longannya. Puas hati. Ye lah, rega pun RM8.90. MyDH minum jus epal asam boi. Dia siap letak serbuk asam boi tu (tetiba aku kecur. Haha). Pun rega sama. Total utk 2 org dlm 60++. Owh. Skali skala buleh, berkali kala, pitams.

p/s ; Adik2 TTCian, nati kita gather kat sini plak. Amacam?? Masa beday akak ke. Hikss... :D

18 November 2012

Edisi Ziarah Ukhwah Dan Cendol Bakar

Berapa hb ni yer. Lupa plak dah. 5 November kot.
Ke Sg. Besar. Ada urusan rasmi. 
1st time being there sebenarnya.
Aku penah gi smpai Kuala Selangor tu je. Depan2 tu tak penah.
Nati lah, bila ada masa, 1 sweet day, nak lalu kut situ smpai Perak.
Bes jugak tgk kg orang.

So, ke sana with my dept-mate. Dia tahu jalan. Suppose ada driver pegi skali, tp last minit tak jadi. Ada je kan. Tu malas aku nak mintak driver. Bla..bla..bla.. (membebel dlm bahasa yg tak difahami). Tp takpe.. dept-mate tu buleh bawak. Udah la keta (ofis) tu pelik. Meter minyak tak naik. Duk statik je. Mujo nak balik tu isi, kalo tak ada yg menolak kat LATAR. Huhu. Jadi, merasa drebar gred 41. Ko hado?? Hahaha.

Tujuan utama kami nak ziarah ofismate yg terlibat dgn accident bulan 4 tu ari. Tragedi negara juga kiranya sbb ada kat front page akhbar utama citer dia. Aku penah buat entry pun. Sapa yg igt lah. Ofismate kiterang tu cedera, then wife dia meninggal on d spot. Meninggalkan2 anak yg masih kecil.

So, ofismate ni masih tak buleh nak kerja. Jadi, skang, sbb dah duk HR kan, kena la pegi. Selain, ada la nak dptkan sumber2 'primer' dari dia. Ye lah, memacam versi plak duk dgr, better kita gi sendiri. Org mmg suka buat speku itu ini macam kan derang dgr dr mulut dia sendiri. Lagipun, dah jadi sumber sekunder plak.

Duk sana, sembang2 ngan dia. Eh. Bukan sembang je. Siap makan tghari di sana. Huhu. Masa kami smpai anak2 dia takde. Gi klinik. Skali masa kami tgh bersembang, anak2 dia balik. Tetiba aku sebak masa anak2 tu panggil "ayah..." Alahai... sebaknya.. nak menitis air mata. Tp apa ke hal kan. Aku rasa kesiannya mereka, suppose salu org panggil mak dulu.. ini terus terjah ayah je. Sobsss (-_-)
Anak yg sulung atas riba dia, then yg kecik, yg aku dukung tu. Kecik satu lagi tu, sepupu derang. Mujo duk dekat2 je rumah. Ada la kawan bermain kan.

Balik tu kami sempat singgah Cendol Bakar. Hihiw.

Ala, glamer dah kan. Ada drive thru lagik. Kami drive thru lah. Dah la ujan renyai2 time tu. Aku amik cendol vip kalo tk silap. Basic je la. Tp ada selasih. Rega tah..lupa dah. Huhu.

17 November 2012

Kereta Anda, Identiti Anda

Hari tu cuci kereta.
Mmg lama pun aku dah tak cuci kereta sendiri.
Selalu bawa ke kedai atau kalo balik kg, myDH cuci cuci sket.
So, retu kat kg cuci sendiri sbb da kotor benau. Cermin belakang dah rupa masuk dlm bendang je sbb berdebu. Ye lah..asik ujan je kan.

Bila aku cuci, habis la seme menda khazanah yg ada kat celah2 dashboard la tepi pintu, kat seat tu seme aku godek dan buang. Ntah hapa2 la. Dgn kertas iklan pinjaman berlesen la apa la (yg salu derang kepit kat wiper (punya la aku mencarik apa nama menda ni. tingat visor plak. Haha) ). Semua transit situ sblm buang, tp salu entah bila nak buang. So, kemas2. Sticker pun aku dah ubah. Sbb bila aku drive, ada sticker cam terhalang pandangan. Maklum.. pendek. Haha.

So, bila dok godek2 sticker ni, aku rasa seme detail pasal empunya keta ni ada kat sticker tu. Bahaya juga kan. Mana lah tau.... tetiba ada org call kita, dah tau seme segala pasal kita. Kut la kan. Orang skang macam2 dia buleh buat. Ha..jgn pandang remeh.

Keja mana : Ada tempek situ sticker pejabat.
Duduk mana : Tertempek plak nama kawasan rumah dgn jelasnya.
Belajar mana : Pun ada situ gak.

Hurm.
Tu lah. Dulu yg sapa analisis jenayah tu dah pesan, kalo pemandu pompuan jgn buat keta fancy2 sgt. Cam kaler pink, siap ngan tedi bear bunga segala tu. Napak sgt pemandu pompuan. Bahaya, apatah lagi kalo drive sensorang. Retu aku ada napak kat hway, keta jenis aku jugak, kaler pink, siap langsir bagai. Lps tu ada bulu2 atas dashboard kaler pink juga (dulu aku penah sajes kat myDH kata nak carik bulu2 tu kaler merah n putih - kaler stoberi - dpt tentangan hebattt.. ahahah.. alah, org saje nak test je..)

Apa pun, berhati hati di jalan raya. Sentiasa ada rasa curiga. Pesanan khidmat masyarakat dari Pnstoberi. (",)

Gmbr hiasan. Ehsan : Google

Edisi Melilit Tudung

Kredit ; Groupon's FB
Cute kan. Simple je. Nati buleh terai.
Tp awas, silap flip nati jadi kang pakai selimut atas kepala.
Kuikuikui...

16 November 2012

Edisi Photobook : Due tahun 2013 lah!

Kuikuikui.
Mengong.
Ini ada kaitan dgn entry tersilap design photobook ni.
Hua hua hua.

Tp ada kaitan juga dgn tabiat suka membeli photobook.
Oleh kerana dah byk sgt membeli, aku da tak igt mana aku dah redeem mana belum.
Mengong.

Rupanya, yg aku design 1st tu mmg betul saiz photobook tu.
Phew.. mujo aku tak buang lagi design tu.
Sbbnya aku da re-design balik, aku dah redeem siap, skali time nak masuk code tu dia reject. Try - reject - try - reject. Berkali kali pula. Trus aku emel ke Pixajoy (yer, ini photobook kedua aku dgn Pixajoy, sbb aku suka kualiti gmbr dia).
Sambil2 tu, aku tgk semula aku punya order. Ada 2 order. Aku dah rasa, code yg aku masukkan tu aku dah redeem. Muahaha. Yer, aku pasti. Aku dah redeem buat gmbr masa kat Krabi. Awal2 lagi aku dah redeem yakni sebelum ke Redang! Miahahaha. Dah tu cemana?

Service Pixajoy amat memuaskan. Tak lama lps aku emel derang balas emel aku tu. Laju. Dan spti yg aku jangka..mmg code tu dah di redeem. Haha. Mengong btul.

Aku pun balas, bagitau aku confused sbb ada order 2 photobook tu hari. (cover malu lah. Haha).
Tp Su Yin (org Pixajoy) ni rajin pula. Minta plak code aku yg lagi satu, dia nak check (skali dia gunakan.. ha.. ayok.. hihihiw)
Aku pun bagi, dan dia reply kata yg tu due dia 23-2-2013. Yer, tahun 2013 yer. Haha. Yg aku duk kalut pasaipa. Buleh letak segala gambar lagi. Tp yg ni limited sket. Dlm 30page camtu je. Yg hok aku order 1st tu, dpt 40page. Nak buat 30page pun buleh, tp dpt album besar saiz A4.
Tapi, tak pe lah. Dah siap pun aku design gmbr kat Redang. Nati hantar je lah.

Lps tu nati utk anniversary ke Vietnam ke Langkawi ke apa seme tu, beli lagi satu. Kuikuikui.
Napak cam ada iklan photobook baru tu. Hihi.

Tengok.. mmg tak serik serik..

Edisi Kasut : Jenis-jenis Kasut

Ini namanya High Heeled Shoes jenis "PUMPS". Yg ni mmg selalu je ada jual kat kedai2.


Ini juga High Heeled Shoes. Jenis "SLING BACKS". Kalo aku, mmg ini lah yg byk dlm koleksi kasut ku.

Ini pun dikategori kan High Heeled. Ini namanya "Wedge Sandals". Hok yg aku nak carik tu. Dulu cam kureng suka. Skang dah suka. Hihihi.

3 atas tu seme pun jenis "High Heeled". Skang kita tgk jenis "Flat Shoes" pulak.

Ini namanya "Flip Flop". Alahai..nak panggil selipar pun boleh ni. Tp nak urban.. panggil lah Flip flop. hihihiw.

Kemudian, flat shoes ni ada juga sneakers. Ini contoh "SNEAKERS". Kasut utk bersukan pun buleh juga ni kan.

Ini pula dipanggil "Espadrilles". Owh..baru tahu nama dia gitu. Derang panggil kasut kungfu je ni kan. Huhu.

Ini kasut pengawas. Hihi. 
Oke. Ni namanya "Mary Jane".

Yang comel ni, seme orang pun tahu - "Ballet Flats". Tp smpai la ni aku takde 'kekuatan' nak pakai kasut cenggini. Hehehe. Adakah aku takut 'semakin rendah'. Hehehe.

Ini je lah dulu. Ada byk lagi. Boleh tgk kat web ini : Heels. Seme info pun aku amik dari web itu juga.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign