Pages

30 June 2012

Edisi Honeymoon Orang, Bukan Honeymoon Saya

Dh lama nak share gmbr ini olang. Huhu.
Sebulan pun dah berlalu. 

Ini gambar2 anak buah aku kat Cameron Highland. Wedding gift yg aku kasik utk bermalam di Heritage Hotel tu. Ala, 1 nite je pun adiahnya. Huhu. Tu pun nak kecohhh la maksu oii...! (T_____T).


@Heritage Hotel

Woho.. room service 4 diner. Lawan tokey ni.
Pastikan ni tak caj dlm bil ai yer. Hihi.

Derang gi Big Red

Beliau.

Dah. 
Gmbr orang kan. Takkan mau share banyak2 lak. Haha. Tp cam bes je Cameron ni.
Thn dpn lah atau tahun tahun dpn lagi lah baru repeat Cameron ni. Pegi kerap2 sgt pun tak bes juga.

Edisi Flaming Crunch

Korang da try KFC baru tu?
Flaming Crunchy ke apa tah namanya.
Tgk ramai da update pasal KFC ni.
Jadi, ntah cemana, setelah berbulan lama, akhirnya aku 'mencemar duli' gak menjejakkan kaki ke KFC - semata mata nak rasa KFC baru tu lah. Kut sedap nau kang tak merasa lak kan. Kan kalo KFC rasa lelain ni dia kejap ja.
Jadi masa puasa last Thursday gi beli utk mkn buka puasa.
Tak lupa gak my feveret eva lah.
Cezi Wejes. Huhu
Kelabu - da aku edit ngan instagram
Sebenarnya bukan la berbuka dgn KFC ja. Balik tu aku sempat masak. Daging masak kicap ngan sayur bayam. Ada gak ikan kering kecik2 tu. Tah. Bila tahun punya ni. Ada ja dlm esbox tu. Kasik abis kan. Sok nak pindah sonang. Haha. *cam kan la nak pindah dah esuk*
Selera tajam. Maklum la. Buka puasa. Eh. Tp aku smpai umah dah kul 6. Smpat lagi masak. Oke. Gud. Ini praktis bila bulan puasa nati. Tp masak simple camni mmg boleh la kan. Sap sap sui sajork. Harap2 thn ni aku boleh buat cam thn lps. Masak setiap hari. Hihi. Sbb tu lah tak boleh pindah lagi sblm puasa sbb nati jem. Umah situ jauh sket. Sket ja. Ngeee.

Oke, berbalik ke review Flaming Crunch KFC tu. Urm. Cheesy Wedges sedap! Lama tak makan. Ayam. Urm. Kentang putar tak smpat makan. MyDH tala sengsorang. Cam rasa nak merajuk. Haha. Ayam. Urm. Roti tak makan. Taktau. MyDH kut makan abiskan. Kenyang. Nasik lagi. Ayam. Hah. Susah nak review bab ayam ni.

Takpe la. Tak berahi dah kut nak beli lagi. Maaf yer. Semenjak 2 menjak ni mmg saya bias. McDonald juga pilihan hati. Crunchy apa je pun. Tah....

Dan esuknya plak (Friday), adik2 unit belanja KFC. Lagi. Igt cukup lah sudah. Tak mahu repeat. Tp meke dah blanja. Sbb kan aku last day di unit itu. Jadi, makan. Meke beli combo. 

Tiada pilihan. Ada drumstick n bhgn yg byk isi tu. Tiada pilihan. Aku mmg tak suka drumstick. Aku sker wing. Skali woh. Oily nya part kulit drumstick tu. Hoh!

Kenapa yer. Ayam KFC ni cam berminyak lah. Lps tu dia cam lembap2. Which McD tu dia cam kering sket. Pun lagi aku rasa isi dia juicy la. Terasa la rempah tu. Cam manis2 je isi ayam tu. Isk. Dulu mmg aku tk 'berahi' sgt ayam goreng McD ni. Tp skang sebut je dah cam terliur. Isk. Udah tingin plak ayam McD. Dahhhh.... Bila la nak pantang fast food ni. Ni pantang gak. Pantang sebut....... (T______T)

*lapau nasik. Jap lagi nak turun bawah. Acik bawah ni ajak makan kenduri umah dia. Pegi ler. Idup bermasyarakat sket. Hihi. Nati dah nak pindah dah. Huhuhu.

29 June 2012

Edisi Mansion : Bayaran ke 10- 100%

Rentetan dari entry ini.
Juga luahan hati ini.

Akhirnya penantian berakhir.
Alhamdulillah.

Mmg due 4 hari.
Cheque kluar on 28 Jun.


Sabar. Mmg la sabar. Kalo tak sabar pun nak buat apa.
Kalo tak sabar, takde ke tunggu smpai 3 tahun ni.

3 tahun yer. Baru rumah tu complete. Hoh! lama giler kot kalo beli umah takde tanah nih. Mujo takde delay ke apa. Kalo tak..

Apa pun, bila da 100% bayar ni, baru la boleh buat appoinment dgn developer utk amik kunci, check defect apa seme. 
Oh. Yg last 10% tu la dpt balik. Rebate utk bumi tu. Ha. Dpt la tokok tambah sana sini kan. Sbb aku buat full financing (ambik harga asal).

Maka, lps ni "pengembaraan" bermula!


* Pengembaraan la sgt kan. Boss da warning, by 2nd July kena ada dlm bilik baru dah. No more duk bilik lama. (sbb selang sebuah bilik ja). Dah ada tugas. 5 paperwork katanya nak bagi. Mmg takde dah la nak ngelat ngelat tgk web pasal rumah2 ni. Kat umah je lah. 
*Sebok mengemas hari ni. Weekend dtg lagi utk bagi clear 100%. Peh. Aku rasa dah berguni kertas aku shred, tp tak surut2 pun. Sapa kata leh paperless?? Hurm....
*Oh. Terima kasih pada Chinta yg keja kat BPP sana. Segan tau nak call dia. Tp nak gak tau kat mana stuck nya. Jadi, dia ada bantu gak. Terharu bila dia kata 'apa guna ada kawan'. Oh. A lot of thanks dear :)

Tazkirah Jumaat : Kekurangan Itu Kelebihan


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).

kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??
BERSYUKUR!
ya, itulah yang seharusnya.

tapi...

bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?

saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.

Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al Baqarah : 177).

saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:
"after every storm there is a rainbow"

Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji Tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.
Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.

Ingat kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

renung renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]

sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.

nota: bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran."

Kredit : Iluvislam

28 June 2012

Edisi Groupon : Mani-Pedi

Lama tak bercerita pasal Groupon kan.
Duk sebuk hal mansion @ KSU je kan. 
Ahah. Pasni aku standkan mansion aku as KSU ja ya.
Itu mmg nama sebenar mansion (singkatannya saja lah).

Melihat deal ini


Serasa cam nak beli plak.
Semenjak menjak buat mani pedi kat Krabi dulu, rasa cam bes je buat mendalah ni.
Belai2 jari jemari yg tak berapa nak mulus.
Ada hand n foot massage juga.

Tapi.
Cam ada seriau sket lah. Kut terjadi cam potong rambut tu ari.
Tapi.

Ini Groupon kan.
Salah satu comp deal yg boleh dipercayai.

Hurm.
Pikir dulu lah.
Tak bley boros2 sgt skang ni.
Byk lagi yg penting.
Tapi 38hinggit je kan. 
Ngehngehngeh!

p/s : TTC Corner, jom beli.. leh kita pampered kan diri sesama. Girl's day out maybe. Hihihiwww... (",)

Sesapa mau ber manicure pedicure, sila lah ke link Groupon ini - Classic Mani-Pedi.
Ayuh, memanjakan diri kita. Lama ni, smpai 6 Oct leh redeem :)

Edisi Pindah Randah

Seme pun jumpa, seme pun tanya.
Bila nak pindah?

Lps tu aku macam blur2. Derang ni tanya pindah office [dibaca : pindah unit] atau pindah rumah?. Eh. Mana derang tau aku nak pindah rumah [pembaca blog je yg tau. Haha].

Takat ni masih lum packing apa apa. Kemas pun belum.
Yg sudah cuma Nota Serahan Tugas.
Tapi itu pun belum di compile lengkap.

Kalo boleh nak buat sebaik mungkin, maklumat semua ada dlm tu, beserta skali data akaun, fail meja, lengkap seme dibinding supaya yg menerimanya nanti tak la kalut. Aku harap ianya juga vice versa. Kut tak aku plak pitam kang. Huh.
Google
1 Julai (err.. I mean 2 Julai lah).
Tempat baru. Environment tak berapa nak baru. Huhu.
Kena dtg hari minggu ni utk kemas-kemas. Kang ada yg dihalau secara hormat kang sbb tak kosongkan bilik. Haha.
credit : here
Juga pun tak lama lagi Insyaallah, pindah rumah plak.
Tempat baru. Environment pun baru.
kredit : Here
Alhamdulillah. Byk yg 'shift' tahun ni.
Moga ada rezeki nak shift title dari berdua ke bertiga plak kan. :)
kredit : here

27 June 2012

Edisi Mansion : Luahan Hati

Tahu tak. Semakin lama membuat survey-an *sesuka hati menambah imbuhan* semakin byk plak menda yg nak dibuat.
Dulu igt nak buat cabinet yg custom je dulu. E.g : Kitchen Cabinet (KC), Built-in wardrobe ngan TV panel. Tp bila dah baca baca baca. Bukan itu yang penting. Ada lagi yg penting sebelum masuk rumah yakni ceiling!. Eh. Bukan lah rumah ku takde ceiling. Itu mustahil sbb ceiling ku adalah lantai orang dan lantai ku pula ceiling orang. Tp ini plaster ceiling (PC). Bila dah ber-PC harus la kena ada Cornice. *tetiba trus rasa nak ada kuasa cam pari pari - buleh tukarkan daun kepada duit. Huhu*

Perlu menda tu sebelum masuk rumah. Bak kata rakanku, Hana - nati napak cam rumah sewa. 
Huhu.. Yelah. Takkan nak buat lampu seketul camtu. Umah dah cantik *eh..cantik kewww??? Choiii* Skali pandang atas tengok.

Yelah, aku pun mau la lampu downlight segala. Yang tanam dlm siling tu. Huhu.
Itu baru pasal yg atas bumbung. Belum lagi pegi ke daerah2 lain.
Bilik tido. Bilik air. Living Hall. Dining Hall. Yard. Balkoni.
Seme tu perlukan aksesorinya tersendiri.
Wallpaper. Cat. Wiring. Grill.
Mmg la tak wajib. Tapi perlu. Sementelah dah nak buat renovation kan. Trus je buat skali. Sok sok kat mana plak nak merempat sementara kalo baru hegeh2 nak buat.

Kalau boleh mmg semuanya nak.
Tengok E-Catalog dari Hauz Depot ni mmg la lagi seronok.
Semua ada di situ rupanya.
Hurm. Kena pegi gak Hauz Depot.

Tp bkn yg kat jalan TAR punya tu. Tak puas. Nak pegi yg kat Damansara sana tu. Dkt ngan area IKEA tu. Eh. Kenapa aku tak ghairah nak pegi IKEA ek? Entah. Dulu mmg suka. Skrg ni rasa macam ada banyak lagi pilihan lain.

Dah la. Membebel ja. Nak buat, buat je lah. Membebel2 sini pasaipa.
Tapi kan, aku ada jumpa blog ni.
http://blog.mohdimran.com/category/casa-idaman/
Detail giler citer dia. Bes baca. Sesuai sbb umah dia pun ala ala umah aku jugak.
Dan dia pun tak kedekut info. Emel ja tanya, dia bagi tahu beli itu ini kat mana.
Tapi... beliau bajet tinggi tu. Hihiks.

Oke lah. Apa pun, macam aku ckp sebelum ni, Alhamdulillah, rezeki rumah cinonet ni. Bajet tu tak la 'kasar' sangat. [dan sbb tu la memacam kehendak aku ni. Haha]

Haih. Tak sabar rasa nak start renovation ni. Nak zahirkan segala idea yg dah lama terperam dlm otak ni. Huhu.

*hingga ke saat aku menulis, BPP masih tak hantar final payment pada developer. Dah 3 hari lepas due date. Aku pun taktau nak buat apa. Selain menanti dan terus menanti. Mmg terkilan. Sbb suppose start 27hb home owner dah boleh ambil kunci. Tkpe lah. 3 tahun boleh bersabar. Takkan seminggu dua ni tak boleh bersabar. Aku berdoa agar pegawai BPP yang uruskan ni terbuka hati utk mempercepatkan prosesnya :(

Edisi Dress Dari Whitesoot

Di kala seme orang ber poplook, tetiba aku nak bebel perihal baju dari tpt lain plak.
Haha.
Aku pun ada register dgn poplook. Tp being me yang saiz 'kemetot' tp 'cumil' ni (haha. Muntah la...ai tak kesyahhh), rasa cam tak bleh la ngan saiz derang. Kalo skirt tu harus labuh. Ouch.

Jadi, ai ada satu tpt yg saiznya mmg kena lah ngan ai.
Iaitu whitesoot
Mostly mmg baju dia one saiz saja. And it's my size! Harus ailoike. Haha.

Ai dah beli 3 lai dari whitesoot ni. Dan seme memuaskan hati ai. Alhamdulillah.
Ala. Nak tunjuk gmbr pakai dress yg dibeli. Tp takde lak gmbr yg leklok.

Ai beli yg ni

Blouse.
Carik gmbr dah takde plak kat web dia. Habis dah kot. Ke ai tak perasan. Jadi ai tempek gmbr lama ai lah. Rasa pun dah ada buat entry kan. Ulang tayang. Haha. Blouse tu mmg bawak g keja sbb lengan panjang dan loose.

Then ai beli ni,
Cardigan.
Selesa. Masa ai g outstation pun ai pakai. Masa g Krabi retu pun pakai. Eh. Ada kot gmbr kat Krabi retu ngan cardigan ni. Tp mls lak nak godek2 balik. Boleh pakai ngan long skirt gak.

Lps tu smlm ai baru terima dress yg ini. Huahuahua.



Kuikuikui. Sbb nak Cuti Cuti Cinta kan. Harus baju ada tema cuti cuti gak. Tp idak la ai pakai camtu ja. Tau la nak mix n match kan sesuai dgn cara penggayaannya. Hihik.

Igt nati nak beli yg ni plak lah
Kimono inspired Drape Cardi


Cam bes.

Jadi, sesapa rasa badan dia saiz cam ai, sila lah jamu mata. Bes. Takat 3x amik ni, service derang mmg tak menghampakan. Hari ni order, dia bls emel, byr dlm tempoh 24jam n trus dia hantar. Aku retu agak lmbt byr, tp mungkin sbb repeat customer, maka dia bagi can gak la lewat sket bayar tu. Hihi. Tp tak lama la. Lewat sehari ja.

All pic originally from whitesoot and mine.

Edisi Mansion : Mengira HP Aircond

Haha. Tetiba plak jadi technician air-cond.
Motip?

Tp bes ah. Byk ilmu dpt bila survey hal rumah ni kan.
Kali ni kita tgk pasal air-cond plak.
Maklum lah. Selama ni rumah tak ber penghawa dingin katanya. Haha. Kasihaannn....

Oke. Skang nak tau, berapa HP air-cond diperlukan utk bilik beradu yg comel tu.

Mudah ja.
Aku da kira kira. 1HP pun da cukup.
Sebenarnya takyah kira pun tau. Bukannya luas nau bilik tu. Apakehal plak nak smpai 2HP. Mau pepagi tak leh bangun sbb frost!

Haha.

Lagi info pasal air-cond ni, bleh selak kat Houz Depot ni.
Eh. Bes oh. Rasa tak sabar nak pegi Houz Depot. Aku rasa segala bala lah ada kat situ.
Tgk katalog dia, siap trus leh buat bajet satu rumah. Haha.

*oh.Alhamdulillah juga beli umah kecik2 ni. Seme pun cost saving and within budget. Suka :)

Edisi Bawal Crown (Ada Yang Nak Beli?)

[update : hanya selai je tinggal iaitu kaler hijau]


Jadi peniaga tudung plak ke?
Haha.

Tidak la.
Lama dah beli. Banyak gak. Igt nak buat meniaga la kononnya. Tp aku rasa aku bkn ada talent nak meniaga. Amik byk2, lps tu aku sendiri yg amik. Haha. Lps tu bagi orang orang juga. Maka tinggal yang ni.
Normal mode instagram
Hijau - Coklat - Purple - Biru.
Purple itu mmg cantik [dah katanya aku ni peminat purple], tapi aku tak amik sbb aku dah melambak tudung kaler purple. Tp bila aku up kat FB, anak buah aku nak plak. Maka purple tu dah tak available.

Hijau n coklat tu bunga dia cam cekak. Elok atas kepala sebaris je. Cam tudung aku salu pakai tu. Contoh begini. Haha. Nak jugak
Yang purple dan biru tu plak bunga penuh sket atas kepala.

Tapi yang coklat tu dah selamat di jual. Ada yg berminat.



Harga tudung ni RM45 includes pos.
Buat masa ni ada complimentary brooch. Free. Saiz brooch ni sedang sedang. Bkn jenis anak brooch. [mungkin brooch ni nati nak buat adiah GA atau pun contest juga]



Jadi, skang ada kaler hijau n biru je. Tp kalo ada permintaan dan berminat nak kaler2 lain, bagitau lah. Mungkin aku leh dapatkan utk raya punya plak.

So, kut ada yg berkenan emel je yer : cikstoberi@gmail.com

Oh ya, mebi ada yg kata boleh dpt lagi murah. RM20 pun dpt kan. Tp tgk kualiti kain la jugak kan. Yg ni tudung bawal ori n ada jahit tebuk lak kat tepinya. Mmg senang nak pakai dan bentuk. Aku jenis tak pakai anak tudung. Dan oke je dia terbentuk.

26 June 2012

Edisi Penginapan Di Melaka

Kali ni stay di hotel Iris. *sebenarnya aku da lupa nama hotel ni. Mujo ada gmbr kat kafe dia. Maka, igt balik haha.*
Iris - tingat nama anak Izan Cik Mot yg comel iteww.. Hikhik.

Oh. Bajet hotel sajork ya sbb bkn pegi utk Cuti Cuti Cinta. Ni saja Suka Suka Cinta ja. Haha.
Ala ala butik hotel cam yg aku stay kat Tepen tu ari.
Tp ni mahai sket la. RM150/nite. Include breakfast. Itu hari RM100. Pun include breakfast.


Kamiorang walk in saja kali ni. 
Lokasi hotel ni kat Melaka Raya. Tp belah dalam2 sket la. Tapi kira oke la. Takde serabut2. Boleh ja jalan kaki nak gi Dataran Pahlawan. Tp mmg peluh tiak kalo nak p Jonker Walk. Huhu. 

Secara keseluruhan. Oke la. Bilik pun besau.
Tak macam kat Tepen tu ari. Sempit sgt tu.
Luas. Siap leh letak toto lagi kalo ramai.

Ni otel apa tah ni.
Ada pemandangan laut gak. Haaa... ko mampu duk otel bajet ada pemandangan laut. Haha. Tp sblm pemandangan laut tu napak la bumbung2 kedai. Haha.

Oke. Not bad lah. Staff dia pun mostly melayu. Parking pun senang. Sbb dia kawasan lapang utk parking (khas utk yg sewa situ). 

Tetiba da tingin nak wat pintu b.air camtu lak utk umah baru.
Tehehehee :P
Kira oke lah. Takde apa nak bising2 kan. Makan pagi pun just nice ja walo tak byk pilihan [eh. jgn byk bunyi lak..ni kira pun syukur satu rahmat dah lah]

Ni link web dia kut nak riki - Iris Hotel

p/s : Nxt time, utk Cuti Cuti Cinta nak p Hatten Hotel plak. Dkt banget ngan Dataran Pahlawan. Hihiwww...

Happy Blogging!


Yang mana bes??

Orang follow kita tapi tak masuk baca pun.
Atau
Orang tak follow, tp mereka ini adalah silent reader yang setia?

*wink.wink*

Aku follow sbb aku suka.
Dan kalo tak follow pun bukan bermaksud tak suka.
Sbb ada jer yg aku jadi Silent Reader.
At least, kalo SR tu, masuk kuar blog kita maka bertambah gak view.
Dari beratus ratus malah beribu follower pun bkn seme tu pun masuk baca.
Kalo baca pun, baca tajuk je. Lps tu komen menda yg dah tertulis jawapan nya kat entry (tak baca lew tewwww.... trus je jump kat komen... no no no... kantoi oke kalo buat camtu..)

Aku pun tak pernah sekali pun memaksa orang follow back. Samada FB ke, twitter ke instagram ke.
Jadi, aku harap ianya 'vice versa' jugak.

Lagi tulis camni
kredit : Here
kredit : Here
Lagi aku tak buat kang. Huhu.

Tapi ai takde hal lah. U nak follow, follow lah. Taknak pun takpe. Nak jadi SR pun takpe. Nak drop komen pun oke, taknak pun takde hal.

Yg penting kita
kredit : Here

Edisi Dari Selat Ke Klebang (Review Coconut Shake)

Masih lagi di Melaka.


Masjid Selat
Sedikit info Masjid Selat, leh baca link ini.

Lama dah kut kan. Baru berkesempatan melawat.
Lawa.
Ni cam masjid terapung kat Penang tu jugak.Yang kat Tanjung Bungah tu.
Masyallah...mmg la cantik. Nyaman berangin ja.

Dari Masjid Selat ni kami ke Klebang. Utk p tgk muzium kapal selam ni.
Yg baju purple itu suami saya.
Tahun 2010 dulu kami p Melaka takde lagi mendalah ni. Tpt dia kat pantai Klebang yg ada 1 Malaysia tu. Kena masuk ujung skali. Jalan pun tak elok lagi. Berbatu batu. Ceh. Awat tak turap sket?


Bayaran masuk - RM1. Masuk je lah. Walo takde apa pun. Padang pasir dgn seketui kapal selam tu. Huhu. Panasss! Masa ni ada bertekak sket ngan myDH sbb syiling 40sen pun takde. Org yg jaga kaunter tu la, asik nak duit kecik ja. Dah ko tau ko seketul je ada kat situ, sila la tukar duit sesiap. Ni kita plak yg kena carik duit kecik. Dah tak memasal kami lak bertelagah. Aku takde duit kecik, siling ada la. Tp tak cukup 40sen. Memasing ada seploh hinggit. Itu yg jadi hal. Geram jugak aku kt tukang kutip duit tiket masuk tu. Kut takde sgt, takyah masuk lah. Apa lah! Ni Perzim ke sapa jaga ni, sila tgk yer. Dun expect seme orang pun ada duit kecik. Kata melancong, harus seme pun duit besar. Sila sediakan duit kecik utk org tukar. Lain lah ko kedai runcit. Boleh la amik gula2 ke apa ke.

Dah. Takyah lama-lama. Nak makan coconut shake nih. Haha. Memula mydear kata tak payah lah. Hah! tak payah??? Dah lalu tak payah plak. Apa kesss??

Oh. Klebang Original Coconut Shake ni kat tepi jalan nak ke tpt kapal selam tu lah. Kalo kita dari bandar Melaka, this kedai on ur right side, tp kalo dari Masjid Tanah, kedai ni belah kiri lah. Dkt stesen minyak Caltex.


Jadi, singgah. Orang dah ramai sbb da tghari. Tgk lak orang dah beratur panjang. Paking keta kat tepi jalan. Nampak dia tulis, bungkus diluar, makan dan minum sila ke dalam. So, jalan kaki sket. Ohhh... ada tpt paking yg luas lagi. Tak tau plak.

Menarik da bomb!
Situ ada la makanan yg simple2 cam nasik lemak, mihun, mi goreng yg dah siap bungkus. Dan ada kuih muih gak. Trus amik dan carik meja. Lps tu takyah order air tu. Ada je pekerja dia pusing2 bawak air. Cakap je coconut shake dua trus dia letak. Hihi. Bes. bes.

Dpt pun merasa. Apa yg menyebabkan sedap?
Aku rasa sbb kita leh rasa isi kelapa dia tu. Mean, dia tak blend seme isi kelapa tu. Boleh gigit lagi. Sedap la. Siap kami tapau lagi.
Pulak tu bila tapau satu lagi, orang kedai tu tanya kalo dia nak bagi air kelapa free nak tak. Kami pun oke je la. Seplastik besar dia bagi. Tingat pulak yg Eida kata elok minum air kelapa kalo dah 'bersih'. Seswai la. Right timing. Ngeh ngeh. Alhamdulillah.. Mekasih pada kedai Klebang Original Coconut Shake. Ngeeee.

*gmbr tak berapa clear - bawak kamera - tp malas nak guna - skang mmg amik gmbo guna mys2 sbb buleh trus instagram kan. tehee :P

25 June 2012

Edisi Jonker Walk

 Apa yg bes?
Ntah.

Mmg 5 tahun jadi warga Melaka, tp mmg sekali pun tak penah jejak Jonker Walk nite market tu. Eh. Zaman tu dah ada ke?

Lalu, trus terasa cam harus pegi. That's why la ai nak stay area Bandar Hilir. Hihiw.
Apa yg menarik?
Haha. Saja la. Menyesakkan diri kat situ.
Takde apa pun nak dibeli.
Tp barang cam unik2 gak la.

Dan tetiba aku terasa Dejavu di Ladies Market, Hongkong.
Haha. 
sbb seme pun peniaga cina.

Apa aku beli?
FM gmbr kebaya ngan FM mangkuk siya. Haha.
Itu saja.

Eh. Ada lagi satu.
Tp tu beli kat kedai tepi tepi tu.
Mydear yg blanja. Handbag comey ada reben-reben.
Hihi.

Nati lah bila pakai, aku war warkan. Sbb cam bes. Dia cam beg kain gitu. Suka suka.
Tenkiu abam! Haha.
So, itu lah. Entah. Dah la, sekali pegi cukup la Jonker Walk tu.

Oh. Lokasi Jonker Walk adalah kat seberang sana sungai sekiranya anda dari bangunan merah merah tu (stadhuys ke apa nama bangunan tu). Situ lah. Nite market ni buka Jumaat, Sabtu n Ahad. 8pm - 12am. [saja bagi location sbb kut ada orang tatau. Haha. Sbb aku pun tak berapa tau exact location dia ni]

Iklan Merah Di Kebun Stoberi

Salu tau dapat iklan merah.
Retu hotlink.

Skang ada CIMB,
ngan CocaCola plak.


Sesuai. Mak sokak nokss...

Haha. Iklan singgah kejap tu.
Bukan BE agaknya.
Tah. Dah lama kot aku tak check BE ke ME ke apa seme tu.
Lantak kan situ. Ada adalah, takde pun tidak mengapalah :)

Review Makan-Makan : Ikan Bakar Crystal Bay

Rata rata seme pun kata tak perlu pergi ke Umbai skang ni utk makan ikan bakar kat Melaka. Skang seme orang dah makan kat Crystal Bay.
Ceaaa... jadi harus la men-try-kan diri makan kat situ. Walhal, kat Umbai tu pun tak penah pegi. Huhu.

Aku mmg tak bleh nak imagine where's Crystal Bay ni. Ada yg kata dkt Alai. Apa ni, Alai ke Crystal Bay. Which one. Rupanya, alamatnya adalah begini Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka

Laluan nyer sama je nak ke Umbai. Aku gi ngan anak buah aku yg blaja kat UTEM. Lps mandi manda kat Melaka Wonderland tu, amik dia kat umah sewa kat "Bear Hill". Haha. Dia la tunjuk jalan. Katanya dia pun tak berapa tahu. Tp boleh la sket2. Masuk lebuh AMJ tu, amik jalan nak ke Teluk Mas (eh, btul ke ni), then ada cam pintu gerbang tulis Crystal Bay.  Kalo dari AMJ tu before Umbai lah. Ada gak signage tulis Medan Ikan Bakar. Masuk la. Dia dalam kawasan perumahan Alai Perdana kalo tak silap lah. Mmg kena masuk cam area perumahan baru napak medan ikan bakar tu.

Byk la kedai2 situ. Cam food court. Ada cam sungai gak. Tpt nelayan2. Then ada seberang sungai tu pun ada kedai gak.

Tp oleh kerana dari review orang kata pegi la kedai Ala... Kasim, maka aku pun pilih kedai tu. Padahal time aku smpai tu dah 6 lebih. Kedai lain dah ready utk pilih ikan. Tp kedai Ala Kasim ni tak ready lagi. Siap kami duduk dulu. Haha. 


Lps tu dalam kul 7 baru kuar ikan2 dia. So, kami pun pilih2 lah. Sbb hanya bertiga, idak la amik byk. Amik ketam 2 eko - goreng cili,

pepahat- pun goreng cili, tp takde pecah telur. Igt nak buat cam kat Bagan Lalang tu. Sedap tau pepahat goreng cili pecah telur ni. Nyum nyum nyum. Tp dia tak boleh buat. So, goreng cili gak la.
Ikan cencaru 2 eko - bakar. 




Sotong - goreng tepung.


Aku tgk orang lain pepahat tu buat rebus je. Errr.. rebus..sedap kah? Kan pepahat ni cam ada rasa lembik2, pasir2 gitu..nati kang rasa pasir plak.

Masa kami nak makan tu nasik lemak tak smpai lagi. Tp sokay la makan ngan nasik biasa. Tunggu tak lama la sbb kami pun sampai awal. Orang kedua yg order.

Kedai ni dah di over-rated sgt kot. So, bila aku baca ramai kata sedap sedap.. aku dah tune otak aku sedap. Malah mungkin lebih sedap dari kedai yg salu aku makan kalo pegi Bagan Lalang (Senandung Malam). Tu yg bila dah rasa tu cam.. oh.. kenapa aku tak try kedai lain. It's not tak sedap yer. Sedap tak sedap tu subjektif.


Oke je. Rasa seme oke. Tp mungkin orang kata sedap, aku igt cam sedap sgt lah kan. Cicah kicap ikan bakar sedap. Sotong goreng tepung pun double thumb-up. Sedap. Sama gak rasa cam kat Senandung Malam. Cuma ketam n pepahat tu, kalo dia leh goreng cili ngan telur tu, mmg sedap lagi lah.

Cuma tang kebersihan tu. Kami amik air jug. Sbb sng kan. Walo pun 3 orang. Tp jag nyer.. alahai.. ni mesti tak basuh pakai sabun bebtul ni. Main celup2 air gitu je. Presentation ni sebenarnya kena jaga gak la. Tgk bawah pinggan yg ada ikan bakar tu rasa cam adoii.... awat ni, tak basuh pakai sabun ka?? 

Tapi, yg besnya adalah harga. Mmg murah woh. Aku pikir utk seme2 aku amik tu hampir la RM100. Sbb ngan ketam pepahat bagai. Skali RM60 sajork. Aaaa...muwah.. bab ni mmg tak leh lawan Bagan Lalang. Walo Bagan Lalang tu dikategorikan murah jugak, tp ni lagi murah woh. Aku penah makan dlm kuantiti camni gak, berdua, cuma ikan tu ikan pari, rega RM70 lebih kat Bagan Lalang (bkn Senandung Malam tulah).

So, sapa2 nak terai makan ikan bakar sini. Boleh ja. Boleh gak la terai kedai lain2 tu. Sama ja kot. Takpun kedai seberang sana sungai tu. 

Kalo takde GPS cam haku ni, yg guna Maps Application, tulis lah Taman Alai Perdana, sbb kedai ni dlm area perumahan tu. Oh. Paking berbayar jugak yer. RM2

p/s : aku penah gak terai Muara Ikan Bakar, Jeram. Pun tak menepati citarasa. Cuma situ butter prawn adalah tarbaekk...  Takat ni paling bes bagi aku adalah Senandung Malam, Bagan Lalang. Tapi, tu bagi aku. Bagi orang lain mungkin tak, sbb darjah kesedapan  dan ke'best'an tu berbeza beza kan :)

Slmt makan ikan bakar!

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign