Pages

31 May 2012

Tupperware Brands Carnival 2012

Nak pegi lah!
Nak carik rice dispenser.
3 bulan dah aku duk menanti kehadiran rice dispenser ni.
Asik out of stock. Bermacam speku yg aku dan rakan2 dah buat.
Adakah dia buat cam minyak n gula, dimana stock seme disimpan utk naikkan harga?
Adakah sbb dia nak buat design baru makanya seme stock lama kasik abis dulu?

Adoi. Kot yer pun takde stock, boleh tak dlm katalog ko tulis situ 'out of stock'.
Takde la orang duk bertanya nk beli mendalah tu kan.

Ah. Tupperware ni skang byk btul menda yg abis stock.
Bosan!

Saya Sudah! Anda Pun Tentu Sudah Kan?


Apa kah tajuk poyo camtu?
Haha.

Saja. Gedik.

Korang sure lama zaman antah berantah dah tukar Jusco Card kepada Aeon Card kan?


Aku je baru nak tergeheh geheh (ayat sebenar terhegeh hegeh) nak tukar. Takpe la. Expired card ni 31 May, jadi, 31 May la baru aku tukar. Haha. (itu pun sbnrnya dah lupa, mujo hari ni gak pegi situ). Ah. Skang da tak panggil Jusco kan. Dah guna Aeon. Senget2 mulut nak nyebut Aeon. Tkpe lah. Dah biasa. Sebut je JJ/Jusco.

Aku buat utk 3 tahun terus. RM24. Kalo nak buat setahun cam biasa - RM12. Harus la seme orang pun buat RM24 utk 3 tahun kan.

Yg penting dpt shopping bag kaler pink tu. Haaa... sapa tukar awal2 retu tak dpt. Sbb beg ni effective 1 May tu ari. Mujo ada stock lagi. Kalo tak, aku pun tak merasa. Ada kaler pink n grey so, harus la ai pilih pink kan. Hihi. Walo pun kenit je bag ni, tp takpe. Walo dah berlambak green bag/shopping beg ni, takpa. Ailoike je. 

Tapi kan, kalo nak suh orang guna bag ni, suppose dia bagi point la (utk ahli la kan) pada yg bawak beg ni. Baru la kita cam suka ja nak bawak beg ni. Tak kesah la Aeon ni ke, Tesco ke apa. Kalo buat camtu, sure orang akan igt nak bawak. Ni tak bawak, dah kena caj 2posen utk pastik bag (ari Sabtu lew)

Oh. Office da sunyi sedari pagi. Ramai pegi Kelate. Ada sukan ofis. Aku tak pegi. Ada kundury la uols. Plus my mom pun ada kat sini utk gi kendury tu nati. Kalo tak.... harus la ai turut serta. Bes tu. Walo pun nanti cam rasa terkontang kanting bila tgk seme orang duk kelek anak. Alah, kelek laki pun oke gak kan. Hahaha. Lps tu terasa cam loser (T____T)

Tiket Ke Melaka Wonderland

Hi, (gedik lak tulis 'hai' sbg 'hi'. Hoho)

Saya ada 2 tiket ke Melaka Wonderland. Yang saya beli di Groupon bulan 4 ari tu. [ rujukan entry : Groupon Deal (Again) : Melaka Wonderland ] Lps tu saya macam malas nak pegi pulak. Sbb rasa penat. Kalo tak saya cadang nak gi Melaka on 16 Jun. Tp cam penat dah. Every weekend tak dpt nak rest. Sejak bulan Mei lagi. Penat dah nak jalan2. 
Sbb lps ni akan ada promosi kerja kahwin di ofis - start 21 Jun - 2 mggu - tak rest lah. Lps tu nak bergedik lagi ke tpt lain. Dan lps tu dah puasa. Asik berjalan saja kerjanya. Bila nak rest? 


Ada tak sesapa berkenan? Saya nak let go je. Harga voucher RM18 (satu tiket). Saya beli 2 tiket. Yang berharga RM36. Tp kira cincai saya bagi 2 tu RM35 sudah. Ini utk adult. Kalo nak bawak anak2 kena beli lah tiket di sana.

Tiket ni valid smpai 13 Julai 2012.

Kalo nak tgk rate sebenar leh masuk link Melaka Wonderland ni.
*Nak untung gi weekend sbb masuk RM30/adult.

So, kalo ada sesapa nak, do emel me yer - cikstoberi@gmail.com. Kalo bebtul nak, saya akan emel je voucher tu selepas bank-in/transfer duit. Print je voucher tu then masa nak pegi tunjuk je. Begitu.

If takde yg nak, mmg kena pegi gak la. Pegi balik hari sudah la. Penat. 
Ke nak overnite. Eh?? (T____T)

30 May 2012

Langsung Tak WW : Pinggan Pun Jadi Hal

Terkadang, klaka pun ado tgk orang komen2 kat laman sosial ni. Esp laman sosial yg pemiliknya adalah dari golongan artis.
Aku kurang folo FB artis. Tp kat twitter n instagram ada.
Mmg ramai artis yg aktif kat twitter. Aku pernah folo Iqram Dinzly, tp aku unfollow sbb galak nau dia bertwitter. Cam 24jam je dia ada dlm tu. Pas twit dia, dia.. lps tu dia..dia lagi. Smpai penuh TL ngan twit dia smpai aku tak pasan twit yg lain. Malas haku. Lagi pening bila dia reply2 twit orang.  Cam Rita Rudaini tu, ada yg support, ada tuduh memacam. Hai.. entah la. Susah nak cakap. Kadang tu budak je pun yg menghamburkan kata2 tu. Yelah, budak2 je pun ada masa ngadap mendalah tu 24jam. Cam kekita ni, kengkadang je. Dan kalo bebudak tu, ignore jelah apa dia cakap tu. 

Lps tu kat instagram. Sini, kalo boleh aku malas la nak folo retis2 ni sgt. So, aku had kan. Kang asik ada gmbr derang je kat newsfeed tu. Eh. Ye ke newsfeed, ke nak panggil timeline. Entah. Tp pepaham udah la kan. Retis aku follow kat instagram tu (tp derang confirm tak follow kita punya) adalah Sazzy Falak, Fasha, Lisa ngan Dato CT (and Hanis Zalikha, if kita boleh gelarkan dia sbg artis, sbb da berlakon drama skang kan). Sazzy tu aku tak la minat sgt, tp aku sker sbb dia salu update gmbr twin dia yg dia hashtag as #imanlilytiararose. Comel tau! Lps tu Lisa sbb saja suker2. Tak la pun admire sgt ke dia. Dia ni kejap aktip, kejap tak. Lps tu aku follow Fasha. Ni memula malas, tp tgk kat twitter dia asik update gmbr kat instagram, lalu rasa cam kena folo gak utk tgk gmbr tu. Lebih mudah. Then paling latest Dato CT. Oh. Kalo nak folo DCT ni kena tggu approval dia dlu. Tp dia approved je.

Tp nama pun artis kan. Memacam la komen dapat. Ada skali tu gmbr Fasha Sandha ngan kawan2 dia. Pakai pun tau la cemna kan. Skali ada orang tarbiah kat situ. Kata begitu begini. Oke. Oke. Yer, mungkin aku la terkhilaf dalam menafsirkan. Mmg umat islam ni kena tegur menegur, kerana itu tanggungjawab sebagai saudara sesama islam. Tp entah ek. Aku nak kata tak sesuai nak tegur kat situ, tp kang kat mana lak nak menegur. Mungkin satu hari dia baca teguran tu, maka terus dia tergerak hati nak berubah. Who's know kan? So, takpe la kut. Teruskan menegur. 

Tapi.... yg paling tak bleh blah pinggan pun jadi isu.
Gmbr hiasan. Kredit : Here
Begini, ada la satu hari tu Fasha up gmbr lauk2 dia kat umah. Dia masak pun simple pajeri ke kari tah, ikan goreng, sambal ngan sayo ke apa camtu la. Sokay la. Orang2 pun komen kata sedap la apa la. Skali masuk komen kata Fasha patut pakai pinggan yg lawa sket la. Aku pun scroll balik ke atas (sbb komen dah byk ni). Aku tgk idak la dia pakai pinggan sompek ke, pinggan kantin sekolah kaler oren tu ke, pinggan putih biasa, ada satu yg melamine kut yg pada aku, normal lah kan. Makan ngan husband dia je. Lauk simple pinggan simple. Senang. 

Ramai la yg kondem balik pada si yg mengomen tu. (termasuk aku. huhu). Yelah, pinggan pun nak jadi isu. Apakah sbb dia Fasha Sandha maka harus pinggan mangkuk dia bertatah kan berlian dan berlapikkan emas? Sumpah pelik. Tp dah namanya artis. Seme la orang belek dan kelek. Ketiak lecak pun orang tengok kan. Itu lah yg harus dibayar dalam life derang.

Tp kalo si Fasha ni letak pinggan mahal pun kena kata gak. Mungkin dia akan kata, wah... lauk simple tapi pinggan mahal nak mampus. Entah ek. Ada je tak kena kan. Sama la jugak cam blogger2 ni. Up gmbr ngan pinggan lawa kata nak menunjuk, up gmbr pinggan buruk kata itu pun nak tunjuk
Gmbr hiasan juga. Kredit : Here
Tp tu lah. Setiap orang ada pandangan dan persepsi memasing. Sebagai public figure (artis) derang kena hadap dan telan menda2 tu seme. Lagipun tak berkudis pun kut kalo org cakap pasal pinggan tu. Dan utk para blogger ni pun sama gak. Ada yg tak suka, ada yg suka. Kita tak boleh cakap, ko tak suka ko blah, takyah baca blog aku. Tak boleh, sbb lagi dia tak suka, lagi dia suka nak baca blog tu. Percaya lah. Lagi suka dia nak stalk. Sbb ada bahan dia nak jadikan 'bahan'. Jadi, lantakkan lah. Kalo kita selesa ngan cara kita, teruskan.  Susah nak puaskan hati semorang.

Kadang seronok tgk gelagat orang ni. Memacam. Tu baru pasal pinggan, lum lelain lagi tu. Hari tu skali Lisa up gmbr dia secara penuh, leh plak ada orang komen cam tak senonoh sket. Eh. Aku nak tulis pun rasa cam tak patut. Lps tu cakap 'pandai Yusry'. Bodo. 

Tu lah. Hiburan adalah artis, dan artis adalah hiburan. Jadi, dgn mem folo derang ni terhibur gak la. 

Tak Berapa Nak WW : Gaji Pembantu Tadbir


Kredit : Berita Harian

CEUPACS minta kaji gaji pembantu tadbir

Wah.... rezeki mereka lah tu. Dgn gaji skang ni pun para pembantu tadbir dah napak mewah dah. Siap ber Tab, ber Note, ber Pad (eh, len macam plak bunyinyer ber - Pad tu. Hihi) bagai.  Eh. Bkn nak dengki la.
Rezeki memasing.
Alhamdulillah.
Bersyukur apa yg ada, yg penting jangan besar kerak dari periuk sudah.

Ha, tu la orang suh keja kerajaan takmo. Gaji sket la apa la. Tgk, kerani pun dah buleh smpai gred 42 tau. Haa... apa lagi, cecepat la mintak keja kerajaan.
Ni ofis aku ada kosong ni. Tgh duk iklan tu. Dlm paper Mingguan Malaysia lepas ada iklannya. Nak jadikan aku 'kabel' meh la.. tp kabel aku, kabel gentian optik ja la.. tak besau.. hahahahahha!

Wordless Wednesday : 147147

Screen-cap nombor yg cam bes je.
147147 pageviews (nak capture 141279 retu tak dpt)
1890 post (ni ada termasuk draft post nih)
552 follower

Wordless Wednesday : Bride's Family



[Awal2 ni je WW kot. Kejap2 lagi 'entry berjela Wednesday' kot. Jadi, mmg terhapa hapa sbb pagi WW, tup2 ptg dah takde. Tp takpe lah... bukan berdosa pun ye dop..??]

29 May 2012

Edisi Fridge Magnet Baru

Disaat orang ofis aku duk sebuk2 nak ke Kelantan, aku pun sebuk gak utk pegi ke arah belah2 sana nun. Hihiw. Tp sebulan slps derang pegi tu la. Hihiw. Lagipun, kalo takde apa2, kiterang ada Promosi Kerja Kahwin dari 21 Jun - 2 Julai. Lps pada tu baru leh jimba jimbo khennn... Dah start emel2 ngan tpt tu. Kira cam  dah pre-booked dah la. Cuma nak masukkan deposit ja. Skali bank dia RHB la pulekkk... adehhh..

Oke, lupakan pasal tu dulu. Simpan dulu kegembiraan. Skang nak tempek gmbo FM yg diterima. Yg slmt dah diletakkan kat peti ais. Lama dah dpt. Tak citer je lagi.

Yg ada gambau2 tu dari Eida Baharom. Menang GA dia dulu. Dia bagi byhand je masa dia dtg KL tu hari ngan  Zana n Zu (Cinta) serta mummy Nana [haha.. patut rasa cam kurang je sorang. hikhik..sori ye Nana.. tak lupa.. tp terlepas pandang. Ngeee]. Derang ni kengkonon nak kasik saprais la kat Kekda derang. Sbb aku janji ngan Zu je nak jumpa sbb nak pass kan bekas tumbler tupperware. Tp Zu time tu ada cakap 'kiterang'. Jadi aku dah syak misti ada yg ikut dia. Huhu.

By d way, tenkiu la susah2 uols turun KL ni... jauh tu.. dgn jem bagai lagi kan. Ye lah. KL, kalo tak jem, bukan  KL namanya. 

Lps tu dapat lagi kawannya iaitu FM Zoo Tepen dari Nad MamaZN. Tu adiah giveaway. Skali termenang uols.. eh.. ai bkn sng nak menang2 ni kan. Mmg la bukan sng sbb tak rajin nak masuk. Tu sbb si Nad buat yg senang je, harus la ai masuk. Hihi.

So, pada mereka, terima kasih tau.. ai sker je FM yg ada nama tempat2 ni. Tp FM gambau tu pun suka jugak. Cuma nati nak ubah tpt dia, mungkin akan diletakkan di ofis sbb gambau kengkawan kesayangan. Lebih molek kalo tidak diletakkan di celah dapo. Hihiks.

Herk. Aku tak anta lagi application UM tu. Adeh. Nak pikir tajuk research pun berbuih kepala. Adoi.... kentalkan lah semangat aku untuk antar application. Mesti boleh. Harus boleh! Semangat. [dan terus berlalu smbil menyanyi lagu "bangun..bangun.. bangun harimau bangun...."]

Edisi Bosan Lalu Beli Voucher

Sudah ku katakan. Lalala... lalala...♬ •♩ •.•´¯`•.•♭•♪
Sbb ku bosan. Dan nak mengembalikan mood kerja.
Maka ku berjalan2 ke 'alam maya'.
Pastinya ke web "shopping" kegemaran ku.
Dan klik klik... kaching.... baki Maybank2u ditolak. Senang nya la hai zaman skang ni kan. Duk setempat pun boleh kurang duit. Caiss..

So, hari ni berbelanja di MilkAdeal.
2 benda skali aku beli. Haish. Giler.
Memula beli mendalah ni.

Tak pasan pun ada. Bila jenguk2 ada plak. Beli je lah. Murah kot.
Kalo kat watson tu RM50 dpt 4 ketui je. Tu pun jenama Watson [eh. Ke Guardian. Tah. Itu lah lebih kurang. Rasa sayang sungguh bila skali guna kena buang. Lps tu sbb sayang, aku baru guna sekeping je. Padahal lama dah beli]
Tp rasa ada orang jual online lagi murah kot. Tapi takpe lah. Dah beli kat sini. Huhu.
Oh. Ada ke yg tatau apa mendalah tu. Itu hanya org ber TTC je tau.
*aku skang rasa dah jauhhhhh dari usaha TTC tu. Ni dh dkt 4 thn ni. Tetgk kang, da dpt cucu dulu. Acena? Pasrahhhhh. Eh. Redhooo.....*

Secondly, beli ni.
Ahah! Ni mmg my feveret la kan. Photo canvas ke photo book ke. Apa saja berkaitan ngan photo lah kan. Mmg nak beli photo canvas yg saiz kecik (12" x 12"). Tp retu tak nyempat, gi amik yg Weedoo nyer plak. Tu bukan photo canvas la tapi. Lps tu padan muka. Ha.. kau.. dah ada yg ni, 'terpaksa' la beli gak.
Rega seketui RM55. Tp aku amik 2 ketui. RM100. Penghantaran percuma. Oke. Bisa di atur. Gmbr, mebi letak gmbr Langkawi seketui n Krabi seketui, atau dedua pun gmbr kat Hongkong tu ari. Tp dah buat yg beso thn lps gmbr kat Hongkong. Tgk cena nati. Yg pasti. Ailoike. Haha.

Jadi korang nak tgk2 mendalah ni, bleh la klik MilkAdeal. Byk yg bes bes plak aih minggu ni. Aaaa.....

Ada lagi nak beli. Tp hold dulu. Nafsu menggebu2 nak beli voucher memacam nih. Giler!.
Yg groupon punya ni cam bes je.

Bra shell.
Senang nak basuh bra dlm washing machine. Yer, mmg aku berchenta je nak basuh bra secara hand wash. Kalo masuk mesin abis la wire dia tu. Pernah masuk dlm laundry bag tu. Tak mau gak. Kerepot2 jadinya. Haish. Mana buleh. Kang push up bra tu jadi sit up bra lak. Ngeee.

Tp cam mahal. Takyah la. Rerajin kan je lah diri basuh tgn. Bukan susah nau kan...? Pemaleh tul!

Edisi Hari Selasa Yang Macam Hari Isnin

Hye olss... 3 hari meninggalkan dashboard blogger.
Jenuh nak khatamkan balik. Ada dah baca sesket. Tp tak smpt drop komen lagi.

Adoi. Mengantuk la pulak. Ikut rasa mmg nak sambung cuti, tp takpe lah. Byk kali sgt pun dah cuti kan. Sakit perut pun yer gak ni.
Tah. Memacam hal.
Mak ada kat umah. This weekend kenduri kawen kat umah kazen lak.
Adoi.
Musim cuti2 ni, itu je lah agenda nyer.
Nenati lah citer wedding anak buah kat Taiping last weekend.

Org ofis duk sebuk nak gi Sukan kat Kelantan weekend ni. Urus setia pun seme dah siap nak pegi.
Weols berdua tak join. Sbb ada wedding tu lah. Mak pun ada kat umah.
Jadi, thn ni tak dpt la sertai. Takpe lah. Lama lagi kot service kat sini. Insyaallah.

Mengantuk. Brrr....

Oh. Pemenang GA Krabi. Thank you.
Saya dah dpt seme nama pemenang. Thank you sbb lelaju emel.
Jadi, takde la pemenang KIV nampaknya.
Lagipun, ada antaranya mmg dah ada alamat dlm simpanan.
So, senang dah.
Insyaallah, esuk atau lusa boleh gerak pun hadiah.

Adoi. Susahnya nak kembalikan mood ni.
Rasa cam ari senin plak...
*yawn*
Image : Google

25 May 2012

Perlindungan Data Peribadi


Apakah data peribadi? Ia termasuk akaun bank, kad kredit dan juga hal-hal berhubung kesihatan, jenis darah, pola-pola DNA dan sejarah kesihatan seseorang. Berhubung kesihatan, ia dinamakan data peribadi khas.
Menerusi akta ini, undang-undang melindungi seseorang daripada dipermain atau disalahgunakan data mereka diperkenalkan. Misalnya, semasa berurusan dengan orang tertentu yang menggunakan data itu mengikut selera perniagaan mereka. Antaranya, data peribadi itu digunakan untuk urusan-urusan melibatkan 'online' terutama kredit kad.
Jika penyelewengan data peribadi berlaku, mangsa boleh membuat aduan kepada pesuruhjaya atau Jabatan Perlindungan Data untuk membolehkan siasatan dibuat.
"Jika siasatan didapati membuktikan kesalahan pelaku, maka hukuman denda atau pemenjaraan boleh dijatuhkan. Pemenjaraan melibatkan purata antara setahun hingga tiga tahun manakala denda sekitar RM50,000 ke RM300,000," kata beliau.

Oke. Harus pun seme orang ada history yg rasa data peribadi kita diceroboh. Selalunya yang cam ni lah 'cik, cik berminat tak nak amik insurans dengan kita, bla bla bla'. Dia akan cakap tanpa henti dan kita tak boleh nak mencelah walo sepatah pun. Last last kita kata 'takpe, saya tak berminat' dan dia salu akan hempas telefon atau bernada tidak puas hati. Sgt choi kan?
Dan kita plak lps jawab call tu mesti pelik 'cemana la plak dia dpt no phone aku ni?'

Kan..? Sgt annoying.
Aku terpanggil nak buat entry ni sbb smlm ptg dpt sms. 
Salam Cik Ida. I'm xxx. BTW, I m a property consultant. If u wish to sell ur property, I would like to get your consent (if u agree), to represent u selling ur property at XXXX (if u wish to SELL). Wish to meet u up.

Wah... siap tau nama aku tu. Aku belum masuk lagi umah tu chekkk... pijak umah tu pun belum dah ko nak propose suh aku jual.

Memula aku nak tnya konon2 cam berminat. Berapa rega umah tu. Tp aku tnya dulu dia dpt mana no aku, walo aku da agak sure la dari agent/developer umah tu.
Skali dia jawab "one of my friend gave me. It's my job anyway, as a real esate man" Oh My Englishhh.. ahahahaha.. tu mmg sebijik bijik aku tiru SMS dia. Esate ni utk Asset ke atau estate? Ahaha. Dpt je yg tu trus cam nak menyirap lak aku (bukan minum sirap kat kedai yeh). Cam good good je 'esate man' konon. It's my job anyway hangguk kau.. ko tau tak ko dah ceroboh hak peribadi aku. Suka suki nak propose. Saman kang! Tp ye lah... dia bukan paksa pun. Kan dia kata if u wish. Tp tetap tak suka.... nati bila dah masuk rumah lagi la byk agaknya msg yang 'real asate man' bagi. Hahaha.... Yer, rega umah aku tu pun mmg dah naik 100k pun dari rega aku beli *tgk kat mudah.my* Tu blum lagi kalo dah renovate bagai kan.

Aku jawab - ok.

Lagi la bagus, sendiri mengaku kan. Tu yg aku terus carik Akta Data Perlindungan Peribadi dan nak tau apa antara isi dia. Ye lah, selama ni mmg tau, lagi pun Jabatan Perlindungan Data Peribadi tu pun satu kementerian ngan aku gak. Tp tak penah nak amik tau sgt. So, skang aku nak tau apa menda sebenarnya, dan cena kita leh claim seseorang dah dpt data peribadi kita.
Tp kalo ikut kan no phone adalah data peribadi dan tak mustahil selain dari no phone termasuk gaji dan sebagainya boleh diberikan kpd 'asate man' tu. 
"Wajar ditegaskan APDP mengandungi tujuh prinsip ulung yang wajib dipatuhi di bawah Seksyen 5 (1) demi menjaga keutuhan data peribadi," kata Rais. 
Pertama, seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain. 
Kedua, mesti mematuhi prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan. 
Ketiga, ialah prinsip penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.  
Keempat, prinsip keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau tidak hilang atau diberikan kepada pihak-pihak berkenaan.
Kelima, prinsip penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan. 
Keenam, prinsip integriti data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses. 
Ketujuh, prinsip akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Artikel kredit to : Utusan Malaysia

I ❤ Krabi Giveaway : Pemenangnya

I ❤ Krabi Giveaway
Pada hari Jumaat yang indah ni, mari lah kita announce kan siapakah yg akan menerima gift dari Krabi + Pangkor. Hihi. Semua pun jawab dgn betul. Dan ada yg terlebih tepat jugak bagi kadar tukaran wang tu. Hihi. Ekceli masa pegi tu, kadar tukaran 100baht = RM10 :)

Oke. Memula kita announce kan siapa penerima gajah cumil kaler merah ini.
Yg ni khas utk pengomen tegar kebun stoberi pada bulan April. Rajin dia ni, dtg baca dan drop komen. Boleh katakan setiap hari pasti ada komennya. [Saya kira secara manual yer *haha. gigih giler kot*] dan keputusannya.....

Oke, takpe.. KIV jap pemenang tu. Sbb beliau special. Hihi. Kita announce yang dpt FM Krabi dulu lah.  Mereka bertujuh (7) ni juga saya pilih dari yg rajin drop komen kat blog ni. Sebagai menghargai penat lelah mereka. Maka, ini lah nyer.
1. Masya
2. Anum
3. Sue-Rya Qistina
4. Eka
5. Carmello
6. Nad MamaZN
7. Cik Anita.

Dan 5 penerima keychain selipar cute dari Pangkor. 
1.  Chenta (MummyWannaBe) - thanks sbb rajin buat entry. 
2.  Alynnz - seofis ni, tp kat ofis jarang jumpa.
Nati tuntut kat tpt akak je yew. Hihi.
3.  Nory Zoulkefle
4.  joijoi80
5.  ekinashikin

Oke, skang boleh announce penerima gajah comel tu. Rasanya dia pun tau kot yg dia mmg rajin drop komen. Hihik hik... ya, tak lain tak bukan, beliau adalah
EIDA BAHARUM
Dia mmg cukup rajin komen kat sini. Sgt sgt berterima kasih pada beliau yg mmg tak jemu2 masuk blog ni. Hihi. Utk itu, terima lah seekor gajah dari Thailand. Nati dah lekap kat peti ais sila amik gambo yer. Jgn wisau, gajah ni tak perlu diberi makan. Hihi.

Jadi, kepada seme penerima gift bagi I ❤ Krabi Giveaway, sudi la apa kiranya meng emelkan alamat untuk dihantar gift ke - cikstoberi@gmail.com  dengan subjectnya "Krabi Giveaway" pada atau sebelum 29 Mei 2012.  Kalo takde, adiah akan diberi kpd yg di KIV [ehh..harus ada yg di KIV]

Till then, terima kasih daun keladi, kalo ada GA, sila lah masuk lagi.
Bye :)

24 May 2012

Hari Hari Ke Putrajaya

Hari semalam pun ke Putrajaya.
Hari ni pun Putrajaya.
Haih.

Dedua pun terpaksa menerjunkan bidan. Hoho.
Hari ni sbb aku blur tatau apa menda pasal meeting ni, maka aku heret skali assistant aku. At least, takde la aku sangap dan blur je sengsorang dlm tu. That's better sbb meeting 2 jam lebih uols. Demam!
Meeting yg mmg aku blur. Dah tu bil 1 pun tatau sapa pegi.
Ya lah. Suppose yang smlm tu tak kena pegi, tp bos MC. Jadi kena ganti pegi ngan TKP (O).
Lps tu hari ni pun suppose tak perlu pegi, tp sbb bos tak dpt pegi, lps tu yg kena ganti bos pun tak dpt pegi, maka... ai la lagi skali yg 'lucky' terpilih.
Haih.

Dah. Toksah duk haih haih la hai.....

Kata tugas dan tanggungjawab serta pemegang tiket SYMP (org govt tau la apa maksudnya ni).
Maka, pegi je.
Balik buat laporan mesyuarat luar. Dah. Settle.

Oh. Hari ni takde makan kat SABA. Ada sediakan mi goreng. Tp aku tak makan pun. Igt nak pegi makan skali ngan orang yg hantar kiterang. Tapi beliau puasa lak. Tak ngapa. Balik ofis, beli kat kafe saja.
Hihi.

Oh. Yg smlm tu, ada yg komen kata kut aku malu ke makan ngan bos kat Saba tu sbb makan Shawarma je. Malu??? Hihi. TKP nak blanja uolsss... takkan la malu. Mmg dah kenyang sbb masa meting tu makan nasi tomato. Korang ni, cam tatau lak portion nasik arab tu cena. Nak suh aku muntah belahak ke hapa kalo aku makan nasik arab tu lagi lps da makan nasik tomato. TKP bawak situ sbb driver lum lunch. 

Bagi aku yg tak kesah pun pasal makan ni, mmg tgk nasik arab tu pun dah cukup kenyang. Apatah lagi kalo nak suh makan lagi. Hah! Tulis pasal makan byk byk ni pun rasa nak terbelahak je.  Aku ni mmg bukan kesah pun pasal makan. Kalo dulu tu, mak aku siap marah2 sbb aku tak sker makan. (T____T)

Secara tak langsung, aku lalu gak la kawasan Hari Belia tu. Tp takde nak singgah2 pun. Tgk2 dari dlm keta je lah.

Itu saja. Laporan saya yang asik ke Putrajaya.
Suppose Isnin pun aku pergi sana. Ada course plak. Tapi, cuti kan. Ganti orang lah nampaknya.

I ❤ Krabi Giveaway : The Contestant

Ada 27 semuanya.
Terima kasih pada yg sudi join. Igt kut ada la 10 orang je join, tp Alhamdulillah.. ada la gak yg sudi dgn gift tak seberapa dari Krabi dan Pangkor tu. Walau tak la smpai beratus kan.

Jadi, mohon double check nama yer, takut ada nama tertinggal. Rasa cam dah takde.. tp mana lah tau. 

1.  Sue-Rya Qistina
2.  Unknown (Osmet Degree Mu)
3.  Mummy Wanna Be (Chenta)
4.  EIDA
5.  SyUhAdA
6.  Cik Anita
7.  Nad @ MamaZakwanNayli
8.  Masya
9.  ch@
10.  aLyNnZ
11.  BaTiK_PiNk
12.  AiTotYati Mat
13.  Nory Zoulkefle
14.  ChentaHati
15.  Carmello
16.  mahujadiibu
17.  Myself
18.  joijoi80
19.  ekinashikin
20.  Ria
21.  pnsusu
22.  Nana
23.  Lida Rahim
24.  anitadiana
25.  eKa
26.  Bitt (double IS)
27.  mrs. fidodido

Buat laju laju ni dgn harapan dpt announce pemenang hari Jumaat - 25 Mei 2012. Sbb hari minggu smpai la hari Isnin, tiada di KL. Kenduri kahwin anak buah. So, mungkin tak smpt nak online ke apa kan. *tatau kenapa, skang blogger tak leh view kat mys2. Grrr... nyampah. Tatau pasal. Tp web lain oke je. *

Edisi Cameron Highland : Heritage Hotel

Yey! Booking sudahhh....


Eh. Tp nama client lain je.
Ya lah. Bukan utk ai lah. Takkan ai plak. Lps cuti, cuti..lps cuti, cuti.. botak la kepala asik nak ber honeymoon je. Hasilnya takde pun. Haha. (sebelum orang caras cakap camtu, baik ai yg caras sendiri. Haha).

Oke, ni real honeymoon nih. Utk pengantin baru.
Hihi.
Hadiah utk anak buah ai - wedding present giteww... Yg sulung, dah nak kawen pun.
Bila tanya 'mu nak hadiah ke, nak sponsor honeymoon kat Cameron?'
Dia pause kejap. Mula la tu... mula la tu...
Lps tu baru cakap 'Cameron..Cameron la Ucu'
Eceh. Nak cakap honeymoon malew lew teewww...

Haha.
Oke, sbb dia nak yang sponsor honeymoon, trus la ai godek kat Agoda. Situ kan harga molek molek aja. Haha. Nak bagi adiah, tp nak rega molek sokmo. Eh. Harus la kan. Kata orang, biar berbaloi-baloi.

Sebenarnya ai nak bagi wedding present kat beliau bekas beras tupperware tu, tp asik la abis stok. Maka, tak jadi lah. Tu yg trus tanya dia nak apa. Almaklumlah, makciknya ini tokei tupperware, segala benda harus berasaskan tupperware. 

Eh. Ai pun tak penah duk Heritage Hotel ni. Bes ke uols?
Napak cam bes.
kredit : heritage hotel
Eh. Dok godek2 utk pengantin baru, ai pun rasa nak jugak gi Cameron Highland.
Tp kalo nak kena tempeleng ngan yamtuan besau terai la. Haha.
Eh, yamtuan ai tkde nak tempeleng ai. Tp mmg kena bebel tanpa henti 24jam sehari la. Sbb dia dah perkenankan utk pegi satu tempat tu. Wiwiwwwiiii... miahahaha.

Kbai!

I ❤ Krabi Giveaway

*sticky post until 23 Mei 2012*

Kling klang kling klang alexenderrr.....  (。◕‿◕。) 

Haha. Tetiba.... 
Saja....  nak launch Giveaway ni.
Yang tajuknya
I ❤ Krabi Giveaway

Syaratnya senang saja. Jawab saja 2 soklan ni kat ruangan komen.
Soalannya :
1. Namakan dua (2) aktiviti tour yang Pnstoberi buat di Krabi.
2. Rate tukaran wang ketika itu : 100baht bersamaan berapa RM?

Itu saja. Tinggalkan jawapan kat ruangan komen dan secara otomatik anda layak utk join Giveaway ni. Oh. Giveaway ni terbuka kepada semua pembaca "kebun stoberi" ini.

Hadiahnya tidak la grand. Cuma something dari Krabi ini je.


7 ketul Fridge Magnet Krabi -
keutamaan kepada yg jawab soklan di atas dgn tepat dan betul

dan;

5 ketul keychain. Tp yg ni bukan dari Krabi.
Ni dari Pulau Pangkor. Beli masa gi course yang kat Teluk Dalam Resort tu hari.

Oh. Ada seekor gajah juga. Haa... yg tu utk pengkomen setia bulan April lalu. Hadiah khas juri namanya. Tu pun kalo org tu join giveaway ni la. Kalo tak... kita cabut kan saja seorang nama yang bertuah.

Bermakna ada 13 orang yg akan dapat kesemua gift ni. Jadi, kalo lebih 13 orang yg masuk, mungkin kita buat cabutan bertuah lah. Kita tgk siapa yg bertuah itewww......
Jadi, kawan2 boleh memberikan jawapan bermula saat entry ini di publish hinggalah 23 Mei 2012 (7 hari).

Kalo rajin, nak buat entry kat blog pun boleh (tinggalkan link nak g jengok), kalo tak rajin, jawab sahaja la.. memana pun boleh lah...
 ❤ (。◕‿◕。) 

23 May 2012

Wordless Wednesday : Saba Restaurant

First time being here.
Itu pun bos belanja sbb ada meeting di Putrajaya.
Thank u bos!

p/s : Aku makan shawarma sandwich je sbb da kenyang.
*eh, betul ke namanya tu. Ah, belasah lah.

Wordless Wednesday : Tema Laut Dan Pulau

Kredit : Here
Tweheeheee......
Sememangnya tahun ni temanya laut dan pulau.
Terima kasih.
Sambung gelak. Tweheeeheee...

Wordless Wednesday : Jawatan Kosong

Jawatan kosong yang berbaloi baloi pendapatannya.
Gmbr diambil masa aku mencari jalan umah sedara kat Kuang.
Byk tpt (masjid) dah kan buat banner camni.

# Al-Fatihah utk arwah Norma. Aku mmg follow as SR kat blog Moon. Pepagi pun tgk kat blog Filla ada tulis, kat blog Moon pun da update gak.
Sedih. Mengenangkan anaknya yg masih kecil itu.

22 May 2012

Tudung Awning Lembut Itu

Sebenarnya kan... hihi.. pagi tadi kan... aku dah pun rasmikan tudung "awning lembut" dari Radiusite tu. Haha. Punya la tak menyabar kan. 
Eh. Tu pun sabo la kira tu. Kalo tak, dpt je smlm aku dah nak pakai dah. Sbb masa tu baju aku dah 'in' dah ngan kaler tudung tu. Haha. Apa punya pangai la tah. (T___T).

Tp bawak2 bersabar, so, hari ni baru pakai.
Ngeee....
Percubaan yg agak 'memberangsangkan'.
Just nice tudung ini. Aku sker. Dan selesa juga. Rasanya tak keberatan nak ulang beli. Tp dr Radiusite je la kot.  Sbb kang beli hok lain, tak 'sedap' plak.
Yg ni mmg selesa. Sesuai kalo dibawak gi bercuti ni. Eh...!

Haha.

Gambar??
Huwa... tak payoh la deh.

Aku dah tayang kat FB n Instagram pun. Takyah la nak tayang kat sini. Muntah belahak pulak orang kang. Yg tgk 'live' pun ada kan.
(jadi, kalo nak tgk kat Instagram, kena la find me and follow. Hihi. Aiols mmg aktip ber instagram yer. Hehari mmg ada gmbr dimasukkan dlm tu. Instagrammer addicted dah jadinya. Huahaaa.. kalo sudi, find me - pnstoberi)

Jadi, aku letak gmbr dari Radiusite ni jelah.
Yg kaler ni masih available. Rasa nak grab. Sbb baju raya aku kaler ni. Ngee...


Suka la uols. Sapa muka yg sesuai ngan tudung awning, sila la beli sbb bes!

## masih sempat nak join I ❤ Krabi Giveaway ni. Ayuh... join.. bleh dpt gift dari Krabi :)

Reason For Your Choice

Takde apa dah kot nak diblogkan.
Ada gmbr, tp FB kena block, jadi tak leh la curik gmbr dari FB aku tu.
Tggu la ptg2 kang ke.

Tgh duk pecah kepala nak nyiapkan application UM tu.
Ada byk lak soklan kena jawab.


Dan paling kasik picah itu kepla adalah :
"What research topic are you interested in? State reasons for your choice"

Walau aku nak amik coursework dan bukan research (nak amik research kena CGPA 3.75-degree, aku tak la sepandai itu. Huhu) Tp akan ada 2 paper research yg kena amik. Ala ala mini thesis gitew.


Jadi, aku nak pikir pasal research topic ni dulu.
Kalo boleh nak ada kaitan ngan tpt keja aku, dan libatkan juga NKRA dan libatkan juga social transformation dan pentadbiran.

Huh!. Blum masuk blaja lagi tu, dah rasa nak pecah. Kalo blaja. Haaa.... tp takpe lah. ai loike je. At least, boleh mempergunakan sket otak yg dah lama berehat nih.

Google
Saja tempek gmbr ni. Takde kena mengena ngan entry. Tp ada kena mengena plak ngan aku. Haha. Haha. Dan haha.

## masih sempat nak join I ❤ Krabi Giveaway. Jom... jom....

Edisi Resepi : Spegeti/Makaroni

Spaghetti Bolognese by Pnstoberi. 
Last week ku instagram kan gmbr ni masuk kat FB. Then Yan katanya nak resepi. Uhhai. Malu kot nak letak resepi. Simple bebeno ni. Bak kata Chef Ridz tu, semudah ABC kan. Hihi.
Rasa cam penah buat la entry resepi ni, tp tatau kat mana. Ada kat note kat FB, tp dah tatau nak korek cemana bila da tukar timeline ni.. Sebenarnya resepi ni kena kredit pada my fren - Zawidatul a.k.a Kekucingkatz. Dia yg bagi kat aku 5 tahun lalu (kot). Resepi ni suppose utk makaroni, tp aku buat utk spegeti jugak.

Bahan-bahan :
-Spegeti
-Daging cincang *daging cincang Ramly tu dah tak dlm kiub. Aku punya la mencarik2 tu ari. Rupanya dia dah buh dlm packaging baru. Jadi petak plak. Cam daging burger nyer packaging. Haih la.
-Sos spegeti Kimball (aku guna yg cendawan)
-Bawang besar holland (yg kuning tu)
- Bawang putih
-Italian herb
-Capsicum
-Mixed vege.
-Cendawan butang dlm tin
- Kiub ayam (kalo suka), sedikit garam
- Planta
*sebenarnya yg aku masak ni bahan tak cukup, capsicum takde, bawang holland takde, aku ganti ngan bawang biasa je. Kureng sebenarnya, tp oke la.. boleh je mydear makan. Hikhik.

Cara-cara.
- Rebus spegeti dalam air mendidih. Rebus smpai lembut.
- Bawang besar dipotong kiub. Begitu juga bawang putih, cendawan, capsicum. - tp tak dapat kiub pun takpe lah. Ikut sker cemana pun takpe.Nak hexsagon ke bentuk love ke. Ikut kesenangan memasing.
- Panaskan kuali, masukkan dua sudu besar planta *yer, aku buat spegeti ke, makaroni ke mmg tak guna minyak. Tp kalo nasik goreng, tak bes lak rasanya guna planta ni*
- Tumis sebahagian bawang besar yg dah didadu.
- Masukkan daging cincang. Masak bebtul smpai daging masak. Mmg takes time sket.
- Masukkan sos spegeti. Kalo minat masam2 boleh buh sos tomato sket.
- Kalo nak buat spegeti berkuah ni, buh air sket. Lps tu taruk garam sket. Campak la sebahagian atau 1/3 kiub ayam. Saja, buat rasa-rasa.
- Masukkan segala bawang putih, lebihan bawang besar tadi.
- Campakkan mixed vege, capsicum dan cendawan.
- Kacau-kacau. Taburkan italian herb. Byk2 pun takpe. Lagi naik bau 'italian' dia. Hihi.
- Dah siap.
Kalo utk makaroni, tak perlu buh air, lps masuk sos spegeti, dah agak menggelegak, masuk je makaroni yg sudah direbus.

Begitu je. Mudah banget utk disediakan. Tp masak spegeti ni memacam. Ikut la kesukaan memasing kan.  Ada yg taruk susu. Kalo nak buat seafood pun boleh. Letak la udang ke sotong ke. Kalo aku, ini je la caranya yg mudah dan seme bahan2 tu aku makan. Ada yg kisar tomato la, tp aku tak sker tomato, jadi aku pakai sos je. Dan kengkadang nak pedas, aku taruk cili padi. Hihihi...

## Masih sempat join I ❤ Krabi Giveaway. Meh try.. leh dpt Fridge Magnet dari Krabi ke... :)

21 May 2012

Dapat Dua Benda : Perfume & Tudung

Tweheeeheee.
U know what, ari ni i dapat dua benda yg best!
**Eh, apa hal nak ber ai yu, ai yu ni.**

Oke lah, oke lah. Normal mode.
Hari ni dpt dua benda.
Pertama.
Pagi2 dpt ini.

Mydear gi amik. Yg ni dpt hadiah dari InTrend. Lama dah suratnya smpai.

Tp baru p amik hari ni. Hadiah InTrend masa bulan Ogos 2011. 
Alhamdulillah... dpt gak la buat bekalan perfume ni. Jimat... jimat..

Rajin masuk contest?
Rajin yg kalo ada berkepentingan utk aku je.
Yg mmg aku guna, yg mmg aku nak menda tu.
Kalo takde kaitan, malas. Cam pencuci muka ke apa yg mmg aku tak pakai, mmg aku malas la nak join.

So, suka. Dulu aku nyer hantaran kawen pun adalah Elizabeth Arden. Niceee... skang ni perfume hadiah beday yg mydear bagi pun ada lagi. Yg Nina Ricci beli kat airport 2 thn lps pun ada lagi. Apahal tah aku jarang pakai yg tu. Tkpe.. suka kumpul2.

Mmg la ada orang kata bakpe nak pakai perfume ratus2 sedangkan puluh2 pun ada. Tp, yg ratus2 ni makan tahun kot pakainya. Huhu. Ye lah, yg sedia ada tu, bila dah lelama sgt pakai, cam jemu  plak, maka beli yg lain, dah jadi berlapis lapis plak perfume ni. Tp orang kata tu, alah membeli menang memakai.

Lagi, tghari dapat tudung plak. Ha.... ini bukan hadiah yewwww... ini dibeli. Rentetan dari entry ini. Dan hari ni dpt parcel dari Radiusite. Good then. Penghantaran yg cepat dan pantas. Bayar hari Khamis, then Jumaat derang hantar la kut. Sabtu, Ahad cuti, hari ni da terima. Yey.. suka.. suka..

Setakat ni Alhamdulillah, aku masih takde bad record ngan memana perkhidmatan belian online ni. Samada Fareeda, novel2, baju, tudung. Seme nyer bayar dan zass terus sampai. Sbb tu kalo ada orang beli apa2 dari aku, aku dah cam risau kalo lambat hantar. Termasuk la adiah GA. Mmg sungguh tak sedap hati. Sbb tu hari tu, masa Cha beli botol susu tupperware dari aku tu, terlambat hantar plak, sbb ada masalah teknikal sket, maka aku waive kan je kos penghantaran. Mydear pun kata, dah salah kita.. jadi anggap lah kos pos tu sedekah pada anak2 dia. Sokay la kan.

Jadi tu la 2 menda dpt hari ni. Satu tu hadiah dan pree, dan satu lagi beli la oii.. sapa nak kasik free. Hihi.

Karnival Jom Masuk UM

At last.

Terlangkah juga kaki ini ke Karnival Jom Masuk UM. Yang selama ni ku buat cam nanti, nanti dan nanti. Mmg ada je Karnival ni tetiap tahun bila derang dah open utk application. Selalu aku buat tatau je. Malas. Dan memacam hal ada bila tiba waktunya. Tapi, kali ni, Alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah utk aku pergi.


So, pergi. Dia buat hari Jumaat n Sabtu. Aku pergi Sabtu lah. Igt pepagi nak keluar, tp dek kerana menonton midnite yang balik nyer jam 2pagi, maka, mana mungkin nak bangkit awal. Huhu.

Layan drama seme dulu, kul 12 baru gerak. Tu pun singgah lunch kat kedai ikan bakar tepi IB tu dulu. Sodap...! Nomnomnom. Situ senang. Kalo weekend, org pun tak ramai, parking apa seme senang. Nak makan kat Kg Baru. Perghh.. sesakkk...tetambah plak dipenuhi ngan Red Warrior time tu. Heh.

So, smpai kat UM dalam kul 1 lebih. Dia buat kat Dewan Tunku Canselor. Seriyes. Menjejaki je kawasan U ni, aura dia len macam eh. Cam rasa, aku nak smbg blaja, nak blaja, harus blaja. Gitew. Keterlaluan ke? Tapi entah ek. Aku rasa suka je hidup sbg student ni. At least, otak ni berfungsi. Kalo keja ni tak la kata otak tak berfungsi, tp cam tak digunakan sepenuhnya. Gitu.

Karnival dia oke la. Ada gerai pizza hut, AnW. Ewah. Cam Hari Kraf plak yer. Ditambah plak ada jual keta Perodua n Proton. Preve' lah tentunya. Hihi. Aaaa.... oke, tu citer kemudian yer.

Masuk dlm tu dia bagi sticker and then register. Dpt beg. Masuk dlm dewan, carik je booth course aku nak. Booth Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Tanya itu ini then dia kata kalo register skang, application fee yg RM30 tu boleh waive. Register kat atas pentas.  Dan skang baru aku tau yg course utk post-grad hanya dibuat lepas waktu ofis. Maknanya takde istilah part or full time. Cam course yg aku nak amik ni - Master of Public Administration; kelasnya antara Isnin - Jumaat, 6pm-9pm. Tp aku rasa tak la sepanjang weekday tu. Ada hehari dia lah.

Then pegi lah naik atas pentas tu utk register. Tp time tu plak la hai ada persembahan akustik ke apa ntah dari pelajar UM. Atas pentas tu gak. Haha. Siap aku dah naik tangga nak naik atas tu, skali staff dia depang tangan. Staff dia (budak pompuan) tgh cakap2 ngan orang lain, tak cakap apa ni, tau2 je halang kiterang naik. Laaa.... Lps tu ada staff lelaki gitau suh naik ikut tangga belah lain sbb derang nak buat persembahan katanya. Cakap la, tak boleh cakap. Yg perempuan tu, ko tau ko takde manners bila main halang2 pakai tangan camtu sambil tak tgk muka orang. Takde budi bahasa oke. Gitau lah. Mula lah aku nak bebel2. Lps tu yg lelaki tadi, gitau suh amik nombor utk register. Aku gitau lah aku dah register, then dia kata takpe, amik resit je utk waive RM30. Ha... boleh pun layan leklok. Aku pun idak la diminta di layan bagai raja, tp adab tu kena la ada. 

Tp ni universiti kan, yg core-biz adalah tpt belajar, bkn tpt nak meniaga apa ke kan. So, pepaham je lah bab PR ngan public tu kan. Takpe... biar lah, itu cara tpt mereka.


So, tggu nombor dipanggil. Tak la lama sgt. Tp aku dpt nombor 57, masa duduk tu baru dlm no. 19 dipanggil. Aku cam eh, dari pagi tadi, baru no. 19. Tatau la kot dia pusing balik nombor tu kan. Atau kut dia kul 1 baru dia bukak ke. Tak ketahuan. Tp tak kesah la. Time tu la plak bebudak tu buat persembahan. Nyanyi lagu muka buku apa bagai. Dah la panggil  nombor guna suara je. Udah tak dengar. Lps tu tetiba senyap. Rupanya sistem down. (T____T).  Mujo technician dia baik2, dah oke.

Tak lama, no aku naik. Dia letak PC ada la dlm 5 bijik satu line tu. Ada dlm 5 line. Oke. Yg ni aku macam alahai... ko nak suh orang register, tp lps ko panggil nombor utk orang duduk, ko takde la sediakan orang assist. Kalo dia letak satu line tu sorang pun oke. Aku duk diam dlm 5 minit. Tak dilayan okeh! Aku tak kesah pun. Sbb aku dah register. Sblh aku org Indonesia. Baru nak register. Aku plak yg ajar dia. Aiyark. Tu la aku kata, bkn minta dilayan bagai raja, tp tolong la buat jadi 'sempurna' sket. Aku tau mungkin tak cukup orang. Lagi plak hari Sabtu kan. Orang taknak keja. Tp kalo dah buat tu, buat la leklok. Otherwise ko takyah suh online tang tu gak. Suh je bawak balik resit tu, scan sendiri. Gitu.

Dah takde orang layan, aku bangun, terpaksa cuit sorang akak ni. Ah. Aku panggil akak je, tatau la dia lecturer ke apa ke kan. Lps tu dia pass aku kat orang lain 'ha, ni.. xxx (ntah apa namanya tah) tolong tgk jap'. Aku gitau aku da register, then nak buat apa ni, masuk no resit ke apa ni. So, dia upload kan gmbr resit tu, then dia kata masuk no resit then tekan save n next. Lps tu tinggal terkontang kanting lagi. 

Hek eleh. Apa ni? Aku pun save lagi skali, log-out. Mujo aku da biasa ngan sistem tu. Maklum la, lama giler kot aku daftar dah. Huhu. Aku bangun, tnya kat staff blkg aku, da masuk no resit tu, oke la dah kan. Dia tanya sapa upload, aku kata staff situ. So, oke la dia kata. Lantak la. Ada, ada la dlm sistem tu. Takde kang, kita bayo je lah. Apa nak buat.

Tp tu lah. Kalo dia assist aku sedari awal, 5 minit je agaknya settle. Patut la lambat sbb takde orang nak assist. Hurm. Baru buat karnival camni, kalo buat karnival bertaraf national, yg masuk dlm kalendar acara tahunan negara entah la kan. Haha. Bkn la nak berlagak kata ofis aku ni biasa ngan event besar, yg mmg  takkan la jugak sempurna 100%, tp dgn customer kita takde la biar terkontang kanting. Sedaya upaya bantu.

So, dah settle turun balik, gi lak booth Fakulti Business & Accountancy. Tanya pasal Master of Management lak. Yg ni pun cam bes jugak la. Tp kelasnya Sabtu Ahad plak. Hurm.

Settle seme kuar, tgk Preve'. Hihi.
Ada incik my dear dlm keta tu. Huhu.
Dan ini yg diperolehi dari Karnival tu. Ngeee. Kumpul2 pen. Tu pun aku tak pegi setiap booth. Kalo tak lagi dpt banyak pen. Hihi. Tp setgh booth bagi gegula jer. Jimat kos gamaknya. :)


Mesti ada yg bertanya kenapa nak buat Master of Public Administration/Management? Pub. Admin adalah mmg course aku sedari diploma. Aku mmg kalo boleh nak continuous blaja apa yg aku dah blaja. Management tu mmg berkait ngan bidang keja skang lah.

Kenapa tidak MBA? Kalo itu soalannya, aku perlu tanya semula, kenapa aku perlu buat MBA? sbb course tu glamer, seme orang amik?? takde kena mengena. Aku bkn buat BBA, mahupun DBA. Dan aku bukan nak bukak bisnes bagai, so, tak perlu kut MBA. Orang lain nak buat, silakan.

Buat Master, PhD seme ni bukan sbb ikut ikutan orang. Bkn sbb orang lain dah ada Master, aku pun kena ada. Sapa yg buat ni mmg dah ada vision, mision and objective tersendiri. So, knapa aku buat course tu, kenapa aku nak buat d UM seme tu aku dah ada sebabnya. 

Jadi, begitu lah. Insyaallah, kalo ada rezeki, adalah.. kalo takde... takpe lah. Yang penting doakan yg semangat aku kental. Sbb dah 10 thn dah grad, dan selama tu gak la cecita aku nak further study ni tak pernah padam.

#kemasukan - September 2012, dan aku tgh pening sbb aku da beli tiket AA, bln Januari 2013. Yg mana kalo aku tgk calendar thn ni, time tu adalah exam! Tp tu pun kalo aku dpt sambung, jd tak perlu pikir lelebih sgt kot. Hihi.

20 May 2012

Movie : What To Expect

Atau tajuk sebenarnya What To Expect When You're Expecting.
Ah. Org lain sure tak 'expect' nak tinguk citer ni kan. Sbb byk lagi citer bes. Avenger la apa lah (yg pasti bukan Mantera la kan. Haha. Citer apa tu? Tomok lak tu heronya. T___T )

So, gi tengok hari Jumaat malam tu. Semata-mata kerana Bunga Bunga Syurga, aku tgk yg midnite nyer. Yg start kul 11.30pm. Phew... lama kot dah tak tgk tgh mlm ni. Mujo tak mengantuk. 
Kami kuar dlm kul 10. Igt nak makan roti canai dulu. Kat kedai feveret kami lah. Rest Syed @Doraisamy tu. Tapi jemmm... plak ngan tader parking. Terpaksa tukar tpt, makan kat mamak kat Imbi tu je. Tp dkt dah la ngan BTS. Kali ni aku tak beli trus tiket online, beli kat kaunter je. Phew... mujo sempat. 

*suppose entry ni buat kat blog khas 'sanun', sbb ada sesket pasal TTC, tp takpe lah. Sekali skala perlu juga citer pasal TTC dlm blog ni. Lagipun nak bukan nak citer sgt pasal TTC pun, ni pasal movie kan*

Sbb aku nak tgk sgt - harus la sbb citer expecting expecting ni kan. Lagipun aku ada buku ni.
kredit : Here
Tapi ni "before" la. Bila nak "when" pun entah lah.... hurmmmm.....! *doa.. doa*

Oke, back to movie. Pelakon dia bes bes.
kredit : here
Cameron Diaz - seorang trainer. Terlibat dlm program realiti tv ala-ala biggest loser tu lah. So, dia pregnant lps dia masuk rancangan realiti menari cam 'sehati berdansa'. Lps tu dia konflik sket dgn 'boyfriend' dia pasal nak sunat kan anak atau tak, sbb derang scan lelaki. Tp rupanya lepas lahir, dpt baby girl.

Kredit : Here
Elizabeth Bank - dia ni lak bukak kedai jual peralatan bayi dan ada buku cara susuan ibu. Dia ni TTC la. Kelaka bila dia set dlm smartphone dia date bila ovulate. Lps tu skali ada alarm gitau dah ovulate, dan dan tu la dia ajak husband dia. Padahal masa tu kat kedai, then husband dia nak gi mana tah. Haha. 
Aku pun ada download gak application utk set ovulate ni dlm myS2. Tp idak la ber alarm bagai. Itu kalo yg bayau kut. Aku dload application pree je *cheapskate. Miahahahah*  
Yg ni inspiration utk aku la. Sbb dia ngan asben dia dah cam pasrah. 2 tahun ni dia tak minum arak, last2 dia minum je. Lps tu dia kata dia taknak pikir dah about TTC ni. Kalo tak jadi, buat IVF je. So, dia minum arak puas2. Pedulik. Skali lps tu, buat UPT,  naik double line. Kemain byk dia buat test. Seronok gile dia bagitau kat asben dia yg masa tu tgh swimming kat pool. Heh! Sebak kejapp... seronok nya kan...

Kredit : Here
Yang ni plak kawen ngan orang tua. Husband dia adalah ayah kpd husband Elizabeth Bank tu. Kira cam mak tiri muda la. But, dia ni sempoi je. Dia pregnant kembar. Siap buat baby shower bagai-bagai. Orang kaya la katakan. Dia bersalin pun senang je. Skali bersin je. Hihi. Comel!

kredit : Here
Yang ni plak mengandung secara tak langsung. Jumpa kawan sekolah lama, main sekali je. Trus ter pregnant. Tapi dia bleeding, trus gugur. Jadi tak lama la dia pregnant. 
kredit : Here
Jlo berlakon sbg freelance photographer, lps tu jadi tukang bagi makan shark kat taman tema. Yg ala-ala Akuaria tu lah. So, nyer dia ni tak pregnant la. Cumanya dia mmg nak anak. Jadi amik anak angkat smpai ke Africa sanun. Husband dia lak cam taknak buat adoption ni. Konflik sket la. Yg lawak sbb husband dia ni ada kawan2 yg dah ada anak. Yg kalo kuar peptg duk bawak stroller bawak anak memasing. So, husband dia je takde anak. 

Paling bes aku rasa Elizabeth Bank tu lah. Watak dia cam menonjol sket. 
Dan terkesan di hati bila derang deliver lah. Cam alahaiii... entah ek.. susah la nak cakap. Hanya kami yg ber TTC je faham kut. Sedih pun ada. Mmg nak keluar je air mata ni, tp ku tahan jer. Huhu.

Oh, citer ni 18PL. Tp takde apa pun yg 18PL sgt. Takde adegan ranjang, takde citer melampau lah. Aku rasa citer melayu yg tidak dikategori kan lagi la lebih 'terbuka'. Cerita mana tu?? Pepaham sendiri sudah yek...
Alah, dah masuk Malaysia, harus la di edit sana sini. Kalo nak yang uncut, kena carik DVD dia la kot. Huhu.

Bagi aku oke la citer ni. Sapa yg TTC, takde citer nak tgk, boleh la tgk citer ni. Jadikan inspirasi utk kita :)
Dan aku takde nak bagi bintang2 pada citer ni. Dan diingatkan kalo nak tgk - Don't put High Expectation sgt yew. Nati bila dah tgk jadinya... alah, tak bes pun..entah hapa2. Sbb citer ni mmg bukan citer sedih, takde sendu sendu bagai yer. Cuma...mungkin yg dah lama TTC (3 yrs above) mungkin ada sekelumit 'rasa'. That's it.

19 May 2012

Keyword : Mencari Nurafliana??

Petang2 smlm da abis waktu kijer, bukak Nuffnang. Tgk analytics. (mmg jarang tgk earning yer. Sbb tau earning takde nyer banyak nau..bia dia dediam banak kat situ).
So, tgk keywords utk hari ni.

Oke, mari kita tgk. 
Asid folik d watson. Oke, mungkin ada la kot. Dulu, time aku duk citer pasal TTC. Skang ni dah ada blog TTC yg khas kan. So, no more citer TTC kat sini.
Lps tu gambar coretan mengantuk. Ayoo.. apakah itu?? Entry mana la beliau jumpa yg tu yer.. Haha. Klaka.
Tip mekap. Ini pun klaka. Ada ke dlm blog ni. Harus takde dpt spti apa yg dikehendaki. Blog ni bkn blog mekap mekap.
Katalog tupperware - ha, ni takpe la. Mmg la ada pun.
Tudung Rita Rudaini - tau entry yg mana.
puanstoberi - ha, ni mmg selalu. Takyah la google weh, buat bookmark je, takpun folo terus. Eh..? hahahahah. Yelah, susah2 je kan nak taip. Eh. Tentah ada orang nak stalk. Sbb tu dia taip. Eiii..ngeri uols. *Hahaha.. perasan..macamkan la retis nak ada stalker bagai. Artiskah kau? Bukan kan. So, diam. Tp lagi ngeri sbb aku penah jumpa dia taip nama betul aku, lalu dibawa ke blog ini. Hiii... takottt...
bihun goreng - ada la kot. Retu ada aku citer pasal bihun goreng.
pnstoberi.blogspot - Aik...tadi takde blogspot. Ni siap ada domain ni. Rajin tul nak taip taip.
rempah 4 sekawan - yer, mmg saya ada blogpost yg pasal tu.
rita rudaini pakai tudung - harus entry yg Teratak Shamsiah tu la keluar.
tudung - oh. too general. Nak carik pasal apa ni? tudung Fareeda, tudung Ariani, tudung dari Radiusite atau tudung saji??
Pokok Zoo - ni apa kes ni?? kenapa pokok zoo?? apa natang tu?? ada ke kat blog aku ni. Rasa citer pasal gi zoo pun takde.. ke ada.. eh, takde..tak penah aku pegi zoo heh sejak kawen ni. Miahahha.
Carlo Rino - ha..ni oke la. In fact, entry handbag Carlo Rino tu salu jadi top5.
Dan yg akhir. Ini mmg tak boleh tahan. Kut stalk aku sorang dah la. Ni nak stalk member ofis aku ni apsal. Nama betul dan penuh plak tu.
Nurafliana.
Haha. Sapa stalk adik aku ni weyy... baik ngaku. Smpai 2 kali plak tu carik. Haha. Nak gelak pun ada ha. Bini orang tu pun wes. Haha.

Dulu ada skali camni gak, member kawan porem aku. Naik nama dia 'perkahwinan xxxx'. Hahaha. Biar benar korang ni. Giler stalker camtu sekali kan. 

Ni pun kira ala-ala je kan, orang lain punya keyword, lagi memacam kan. Hai la hai...

18 May 2012

Edisi Hotlink Kaler Merah

Haha. Hotlink mmg la kaler merah pun. Manade kaler biru. Tu dah jadi lain.
Takde keja. Gi screencap blog sendiri.
Haha.

Bukan per.
Napak iklan Hotlink kaler merah itu sesuai plak dgn kebun stoberi ini.
Saja aku printscreen sbb tgk cam eh, sesuai pulak beliau tu disitu.

Tatau BE atau iklan biasa yg tumpang singgah kejap.
Malas nak tgk. Sbb rasa cam bukan BE.
Ada la seketul BE skang ni. Kalo BE tu tamat mmg boleh cash out dah.

Settle.

p/s :
# Esuk ada Karnival Jom Masuk UM. Harap2 bersemangat nak pegi (。◕‿◕。)

## Mlm ni Insyaallah nak tgk wayang. Citer What to Expect When You're Expecting. Maklum la..masih tak mengandung ngandung lagi, tgk citer orang mengandung pun jadi lah....

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign