Pages

30 April 2012

Edisi Pengantin Baru : Nurafliana

Selamat Pengantin Baru Afliana.

Kami kat opis panggil Yana/Liana. Tp kengkawan dia panggil dia Nana. Dia ni bff nyer si Nana Ibu Damia n d'gang tu. Kami dulu satu unit. And masuk awal2 masuk keja dulu, mmg aku rapat la ngan dak Nana ni. Celebrate beday sama la apa la. Sbb beday dia dkt2 ngan beday aku. Skang da tak unit sama, pulak dgn tanggungjawab makin bertambah, jadi jarang la nak jumpa2, sembang2 cam dulu.

Berkesempatan la gi makan kenduri nya 29 April. Meriah. Ramai tul orang walo aku smpai dkt2 nak kul 3pm dah. Orang masih ramai. Bajet smpai lewat sket da kurang lah. Rupanya tak.
Tp takpe. Asal dpt jumpa pengantin pun dah oke.

Aku rasa ini la kenduri paling cepat aku balik. Smpai je pengantin tgh sanding. Amik gmbr sat. Hadiah pun kasik ke Nana Ibu Damia je. Aku da tak napak dah mana mak pengantinnya. Mujo ada Nana je. Huhu. Lps tu trus makan. Makan pun laju2 sbb ada orang nak duduk. Lps makan, amik gmbr ngan pengantin jap. Pastu balik. Dah. Settle.


Panas weh... tp mujo tak peluh tiak sgt la. Peluh je la. Tak la smpai lecak. Haha. Ai pakai stick deodoran uols. Tak la lecak. Haha. *eh. tp org kata tak elok plak pakai deodoran yg sekat kuar peluh tu, nati jadi tak sihat sbb peluh tak kuar. Pulak hai. 

Eh. Pehal citer ketiak lecak lak ni. Yg ni kasik je 'mek berdua' tu je cerita tu kan. Huhu.

So,  utk adik ku Liana - Selamat Pengantin Baru ye yunk. Moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

p/s : skang trend semorang sanding pakai dress dan lelakinya segak ber tuxedo yer. Aku tingin gak dulu nak buat, tp kalo buat time tu, mesti kena pandang serong. Tp my dear cakap "ala..kan da merasa, masa malam potong kek ngan bukak adiah tu" Hihi.

Foreign Exchange Rate Today

Mahai la pulok currency exchange mggu ni.
Takpe lah. Nok wat lagu mano..
Tukar aje lah deh.
Kredit : BNM
Ni rate kat BNM. Kalo gi Money Changer lagi la mahai.
Takpe lah. Mujo gi tpt takdok nak soping2 sgt. Nak rehat2 kan mindah je.
Sok sok la tukar. Ampang Park je. Ramai kata situ antara rate rendah. Lagi kat area Masjid Jamek/jalan TAR. Tp mmg tak kuasa la nak kesana.

Edisi PABKL 2012

Dlm pada duk risau2 nak kuar umah, akhirnya kul 4ptg aku kuar gak. Tabley tahan. Pertama, sbb blum lunch, kedua, oh. Aku tak mampu lagi menahan godaan utk ke melihat buku buku yg banyak di setiap sudut, 'menghidu' bau buku yg indah tu. Yer. Aku mmg gile kan buku!

Aku duk follow perkembangan via twitter (#kltu) n FB PDRM, which aku rasa situ je aku boleh trust. So, tgk lps zohor tu cam dah oke. Maka, siap2 la nak pegi. Skali time aku nak pegi tu la (dlm kul 4pm), benteng2 kat Dataran tu mula di ceroboh. Masa aku dah kuar la baru baca kat twitter yg LRT Masjid Jamek tutup. Fuh. Tp kami naik kereta ke PWTC. Alhamdulillah. Oke. Sbb aku mmg dah ada tetgh KL. Paking kat hentian Putra tu. Mujo ada parking.

Org pun tak ramai sgt walo pada mula bhgn bawah tu cam sesak. Tp bila naik tgkt 2, (tgkt 3 bhgn international aku tak p pun), dan masuk kat hall Karangkraf, tgk org tak berapa ramai. Tp tahun ni pun cam pempamer pun tak berapa nak ramai. Yg seberang sungai tu pun takde. Biasa kat situ pun ada.
Dpt buku free kalo beli majalah kat Karangkraf.
Kali ni mmg aku tak berapa nak tgk novel sbb aku ada 5 buah novel yg elok masih berplastik dan tak dibuka. Kan hari tu aku duk giler beli novel online. Dah tu ada 2 buah jugak yg dah bukak plastik, tp tak abis baca. Cena boleh jadi dua? sbb aku baca separuh cam tak bes je, so, bukak satu lagi. Huhu.


Aku hanya beli buku agama (Psikologi Iblis), majalah ujang lama - lps tu dpt paper beg, ngan majalah Apartment Impiana. Itu saja. Aku nak beli Ensaiklopedia Solat tu. Ada yg jual dgn 10% discount and ada yg bagi 15% discount. Mmg nak beli dah. Tp sbb lps tu aku masuk makan kat SR, maka cash tetiba kurang. Tkpe. Nak beli boleh pegi lagi. 1hb ada, 5hb pun ada lagi. Aku rasa buku tu cam harus ada je utk rujukan. Bes plak nengoknya.

Lunch kul 5 lebih. Kesian.
Serasa nak pegi lagi. Sbb cam tak puas. Minta my dear dropkan aku nati. Dan aku boleh jalan2 sendiri. 1hb atau pun 5hb. Still sempat sblm bertolak ke Krabi. (yerp. 1 week to go... Moga dipermudahkan semuanya. Insyaallah)

29 April 2012

Mentua Tersepit

Last week masa kt kg, tgk drama kat TV1 yg kul 10pagi tu. Tajuknya Mentua Tersepit. Lakonan Didie Alias, Kazar, Joey, Leez AF. Ulangan kotnya. Tp aku tak penah tgk lagi.
Citer kelakar, tp aku tersentuh hati.
Kredit : Google
Citernya mengisahkan sorang mentua, yg sayang pada kedua-dua menantu perempuannya. Menantu sulung (Leez AF), kira cam anak orang kaya, selalu bagi duit, bagi hadiah pada mentua kalo blk kg, tp masih takde anak (see, kejap je dah tau kenapa aku tersentuh hati walo tgk citer klaka). Dan menantu kedua lak (Noor Khiriah), dah berenti keja sbb tgh mengandung anak sulung.
Mak mentua ni sebenarnya sayang sama je dedua menantu ni. Tersepit bila menantu kedua dia tu nak bersalin dan berpantang kat umah dia. So, dia cam rasa yg menantu sulung ni akan terasa la kalo dia melebihkan menantu kedua tu. Dah la menantu2 dia ni pun sesket asik nak memerli sesama sendiri.
Menantu sulung tu tak reti masak, kemas umah pun malas. Smpai  kan laki dia, yang keja cikgu cam tertarik pada cikgu lain. Tp tak serius la. Sbb dia sayang ke bini dia lagi.
So, si menantu sulung ni pun dah malas nak balik kampung sbb dia rasa rendah diri tak boleh  nak mengandung. Padahal mak mentua dia tak penah pun kata apa. Dia je terasa sendiri. 
Smpai satu hari tu, laki dia ajak balik kg dia taknak. Dia kata nak kuar ngan kawan2. Laki dia pun balik la sendiri. Skali kawan2 dia tak jadi nak kuar. Dia balik kg. Tp seme orang takde sbb derang kuar g pekan. Merajuk la si menantu tu sbb orang tak bagi tau nak kemana.
Lps tu baru la si  menantu ni tersedar. Dia nak jadi rajin. Kemas2 umah segala. Buatkan laki dia bekal bawak gi sekolah, tp tu pun tak sedap jugak. 
Akhirnya kedua-dua menantu ni baik bila mana, menantu sulung ni hantar biras dia ke spital bila dia sakit nak bersalin.
Aku touching masa part kat spital tu. Cam seme orang seronok2 tgk orang baru lepas bersalin. Yang kita cam kecikkkkk je rasaaaa.. Ha, begitu.
Kut ada sapa tak tgk lagi citer ni bleh klik kat sini - RTM Telemovie
Uhu. Aku pun baru tau, RTM dah ada ala2 tonton tu gak yer. Good. 

Tu lah. Aku duk pikir gak, walo pun hanya drama biasa biasa je. Tp ada la sedikit input pada aku. Kita ni walo ada kekurangan, kita kena gak 'tampal' kekurangan tu ngan kelebihan. Cam citer tu lah, kat tempat keja tetiba ada cikgu lain himpit, bagi bekal la apa la (tp dlm citer tu, rupanya cikgu pompuan tu pun tibai bekal anak murid dia. Hihi), suami ni lama kelamaan pun jatuh suka.

Memasak. Aku tak kata perlu dan wajib utk isteri memasak. Tp itu adalah salah satu kepentingan dalam rumahtangga. Kalo tak, takkan org tetua dulu kata - kalo nak ikat suami, ikat dari perutnya. Mmg la suami akan kata, tak kesah la tak  masak. Tp larat ke nak kt makan kedai hehari. Yer, kengkadang kalo balik lambat mmg penat. Tp kalo cam aku yg takde anak ni, bleh kot slot2 masa sket. Kalo tak dpt masak utk mkn mlm, mungkin kita leh sediakan bahan2 utk masak awal pagi. Bangkit awal sket. Utk buat bekal bawak ke ofis. Nasik ngan sardin pun suami dah sker kut. Tp kalo dpt asben yang 'malu' nak bawak bekal tu payah la sket. Tp tak ramai kot bilangan yg malu tu, yg rasa bangga ada la bila mana org kata 'rajin nye bini ko masak'.

Haa... bab bangun awal pagi utk masak, aku surrender sbb aku ni mmg tak boleh nak bukak mata pepagi utk masak. Jarang2 aku buat kecuali kat ofis ada buat potluck ke apa, itu boleh la sekali skala. Tp ada je org ofis aku buat camtu. Katanya 'saya da biasa kak, bangun kul 4,5 pagi tu'. Seriyes, aku mmg tabik hormat. Aku tak leh lagi buat camtu. Mungkin ada anak sok, aku buat begitu.

Aku pun skang dah jarang memasak. Tp cam kesian lak kat suami walo dia tak penah la bagi arahan diktator - masakkk..kena masak hari ni. Lps tu rasa cam bersalah plak asik nak beli je. Lelaki ni kebanyakannya tak kesah pun kita masak apa. Goreng telur pun dah cukup katanya.  Mmg dah lama aku tak beli barang basah sejak Hari Kraf tu ari. Sbb masa Hari Kraf mmg kami all out kat ofis termasuk Sabtu Ahad. So, tak bleh slot in. Lagipun petugas ada kupon makan malam. So, abiskan kupon tu dulu lah. 

Lps tu skang weekend pun asik takde kat umah. Hari tu ada beli ikan. Keras kematu ikan tu duk dlm peti ais 3 minggu. Tak elok pun kan letak lelama. Tu tak masuk cili aku dah blend dkt sebulan dlm peti ais. Ha. Aku mmg blend cili sbb aku tak berapa suka cili boh tu. Seyes tak suka. Nak masak bagi cpt ni sng je sebenarnya. Cili blend kan sesiap. Kalo 'rajin' sgt cam aku ni, blend la sket je. Kut tak kang, abis beku dan putih2 lak atas dia. Tp kan, kalo simpan dlm bekas TUPPERWARE, takde menda tu seme. Tahan lama. Confirm. Eh. Ter promote lak. Huhu. Ikan bilis beli yg dah siap kopek. Kalo masak hari2, bawang2 pun bleh blend sesiap. Jadi keja jadi cpt. Cam aku, aku ada blend serbaguna tu, jadi kalo nak numis2 buat sambal, putar je seme dalam blender kecik tu. Siap. Buat sambal belacan pun aku blend. Mmg tak sesedap menumbuk tp boleh la. Bulan puasa, menda tu la menyelamatkan aku. Sempat je masak utk berbuka walo aku smpai umah kul 6ptg.  Last year mmg cipta rekod tak ke pasar ramadhan. Dan tahun ni harap2 rekod tu bertahan.

Lps tu kalo tak berapa  nak suka memasak, kita carik plak bab lain yg kita suka. Mengemas contohnya. Kena sentiasa pastikan umah kemas selalu esp bilik tido.  Bab ni aku pun tak la pakar tp aku mmg pantang tgk katil tak kemas. Cuma skang umah aku mmg napak berselerak sbb barang makin banyak, umah kecik. Tatau nak sumbat mana. Dgn kotak tupperware besar godang. Aku nak kemas, tp dah nak pindah, so, aku pikir tunggu kemas time nak pindah nati lah. Bila tahun tatau lah. Tp ujung mggu, kalo aku ada kat umah, mmg aku kemas.

Kerana 'kekurangan' yg ada ni, mmg akan buat kita rasa rendah diri, tp jgn kerna 'kekurangan' ni akan bagi alasan pada suami. Kita ada kurang tang sini, tapi kita ada kelebihan tang situ. Begitu lah. In case kalo dia nak carik pasal, dia akan rasa tak smpai hati.

Cam semalam lah, dlm paper Utusan. Bab apa tah. Yg ada kisah2 rumahtangga tu. Citernya suami isteri tu da kawen lebih 20tahun. Lps tu tetiba mentua (mak suami) suh anak lelaki nya balik kampung sbb nak suruh suami tu kawen dgn sepupunya yg baru kematian suami. Kira nak suh kawen dua la. Alasannya, dulu patut anak lelakinya tu kawen ngan sepupu tu, tapi mak mengalah bila anak lelaki tu nak kawen ngan isterinya. Sbb tu mak dia nak suh anak dia kawen lagi bila sepupu tu dah takde suami.

Tp si suami taknak. Walo mak dia memberikan syarat, kalo dia taknak ikut cakap, mak dia tak izinkan jejak umah mak dia. Suami tetap tak mahu memperduakan isterinya. Dan mmg derang sefamili tak balik slps kejadian tu. Walo napak cam anak derhaka, tp aku salute suaminya. Sbb kalo dia mengikut cakap mak dia, mungkin dia akan kehilangan isteri, malah mungkin anak-anak juga. Sbb anak2 pun dah besar. Mesti nak ikut mak. Tp bila dia tak ikut cakap mak dia, ikatan ibu dan anak tidak akan terputus. Lambat laun, ibu tu pasti akan menerima juga keputusan anak dia.

Assumption aku pada citer ni, if kita sbg isteri memberi peluang pada suami utk memperlihatkan 'kekurangan' kita, mungkin suami tu mudah ikut cakap maknya. Kalo isteri tu tak pandai jaga makan pakai suami harus suami dia tak teragak2 buat keputusan. 

Tentu ada 'kelebihan' pada si isteri yang menyebabkan si suami memilih utk terus hidup bersama isterinya walo terpaksa ingkar pada arahan ibunya.

Hah! sori, udah rasa cam ruangan siantan atau dicelah2 kehidupan la pulak. Sekali skala berceloteh panjang di hujung minggu bes juga. Ahaks. 

Kbai.

28 April 2012

Mereka Memang Gigih : 28042012

Aku seboleh bolehnya mmg malas nak buat entry ni. Tp rasa cam nak kena buat jugak. Last year aku tak buat. Lagipun time tu aku balik kampung. Ni da sementelah aku kat KL, dan duduk plak bebetul tgh KL yg menyebabkan aku pikir 39kali utk ke Pesta Buku, maka aku nak catat gak la dlm kebun stoberi ni.

Yg aku pikirkan adalah - apa yg org2 berhimpun siang tadi - 28 April 2012 di sekitar2 KL ni, dapat?
Kepuasan? Hanya tu saja. Lain-lain? 

Malas aku nak kata BERSIH 3.0 ke point 5 ke Duduk Bantah ke apa ke. Yg nyata mmg tak napak apa pun kebaikannya. Yg join seme ni tak rasa menyusahkan orang ke? Sedari pagi aku tgk twitter #kltu duk cakap roadblock di sana sini. Esp nak masuk ke pusat bandar. Yg aku geram tu, aku nak gi pasar cokit pun susah. Langsung tak masak utk lunch (cea...saja carik alasan. Huhu) sbb tak gi pasar.  Takde la. Kalo bukan pasal nak ke Cokit tu pun, tetap aku rasa menyusahkan banyak pihak. Derang ni langsung tak rasa bersalah ke. Tak kata la peniaga jalan TAR tu kan. Tu mmg kena tempias abis la. Takde pasar malam mahupun org membeli belah ke Sogo. Tkpe la yg tu, mungkin boleh bagi orang rehat sehari, tp nyer in case ada kecemasan ke, nak gi spital ke apa ke, dah jadi satu kesusahan plak sbb road block sana sini.

Oke. Skang put aside perihal parti politik ke apa. Jgn kata aku keja kerajaan maka, entry ni bersikap bias. Tidak begitu. Aku rasa, tak kira parti politik apa pun, yg kita mahu adalah keAMANAN. Ada ke orang tak suka hidup dalam AMAN? 

Pelik sungguh lah. Dan semakin pelik melihat kegigihan mereka semua ini. Kata mereka, kalo takde kat situ  (kat tpt perhimpunan) jgn bising2. Jadi, kita yg tak gigih, yg tak sanggup nak berpanas kepalahotak ni, yg tak sanggup berpeluh2 tiak bagai, elok lah memuji kegigihan mereka ni.


Gigih sungguh memanaskan bontot atas jalan tar. Kalo aku mmg idak la. Ni tghari  ni. Gigih gigih.

Ni pun gigih jugak. Takpe lah. Mungkin mereka ada pegangan dan prinsip yg sgt sgt perlu diperjuangkan dan hanya cara begini saja yg ada untuk memperjuangkannya. Biarkan. Mereka ni mmg aku pasti takkan mintak keja kerajaan kalo dah kalo dah tamat belajar nati (sekiranya derang ni belajar la kan). 

Lagi yg gigih. Bersama anak-anak juga. Biar anak ini kenal erti perjuangan. Bagus. Bapak yg sudah mencorakkan masa depan anaknya.

Gigih buang kawat berduri tu. Ni kalo upah kat kebun kelapa sawit mak aku tu oke jugak ni. Suh tolong buh kawat berduri ni keliling kebun.

Kena pancutan air dan gas pemedih mata. Apadahal. Teruskan perjuangan. Gigih. Gigih.

Yang buang sampah ni  pun gigih juga. Bagus la kan. Bagi la kotor tpt ni alang-alang dah KOTOR kan nama negara. 

Gmbr ni takde la gigih sgt. Cuma aku nak fokuskan pada adik yg tetiba kepala nyer terjengul dari balik iklan telefon bimbit tu. Ko dah kenapa dik?? Haha. Ni namanya perjuangan berani berani takut. Tp kalo tgk memacam yg boleh dikategorikan dari gmbr atas ni. Siap ada pakai baju hujan. Kaler kuning gak. Persediaan awal sebelum dipancut. (eh. 'berbunyi sesuatu' plak ayat ni)

Tapi tak boleh lawan kegigihan pakcik sorang ni. Siap duk dpn polis tu, posing lagik. Tp kalo baca komen kat FB mmg klaka la. Ce klik sini.

Dah. Byk lagi gmbr bleh tgk kat blog2 ke forum ke. Ni seme aku amik kat FB PDRM. Tp yg jadi dpn Sogo tu mmg menyakitkan hati. Lantak la kata putar belit cerita ke apa. Tp menda tu tak seharusnya jadi. Apa ke tetiba naik antu camtu. Yg tu bukan gigih. Tu gile.

Lps tu biasa la. Merata kuar video ngan gmbr  polis pukul orang la apa la. Haha. Gelak je lah kan. Pepandai la orang yg menengok tu menafsirkan yer. 

Tp ada satu gmbr ni mmg lawak. Tatau la bebetul ada 'power rangers' kuning. Atau derang saja tempek. Last year punya derang tempek gmbr bumble bee. Huhu.

Kredit : Mynewshub
Skang kita pikirkan bersama, adakah dgn kejadian dan kegigihan semua umat yg join perhimpunan ni, dapat menyelesaikan segala perjuangan2 ini.

Kredit : google

But then, ada satu emel yg kawan aku share kan. Aku tak pasti dia dpt dari mana. FB kot. Mungkin ada yg dah baca. Ekceli panjang. Tp aku amik yg atas je. Sbb entry aku kali ni pun dah berjela. If korang nak baca selebihnya, copy sket memana ayat dia then google. Aku rasa ada. Good point utk direnungi bersama.

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

## to my dear sista - Nurafliana, selamat pengantin baru. Senang nak igt date anniversary, sbb bersekali date dgn Bersih 3.0 ni. Teheheeee.....


Edisi Krabi : Groupon Sangat Membantu

Disaat saya sedang sebok mencarik2 info, tetiba Groupon datang memberikan satu info berkaitan Krabi. Ianya bagaikan summary bagi info yg saya da dpt. Sgt bes. Dan yg lebih bes, penginapan di Krabi pun adalah voucher dari Groupon juga. Rega sgt la berbaloi baloi.


Bukankah seme gambar2 ni membuatkan saya sgt memerlukan masa berlalu begitu cepat, dan bila smpai ke sana, berharap jam itu terhenti seketika (ko apa kes, nak jadi org Thai ke nak suh jam tu terhenti??)






Byk lagi gmbr dan info di Gateway Guide by Groupon. Not just Krabi, also Indonesia n Cambodia pun ada. Just check it out. 

Oh. Sblm tu. Ramai yg igt Krabi tu adalah sebuah pulau. No. It's not "Krabi Island". Sbb aku search pun salu ada org tulis as 'Krabi Island'. Kalo dlm map ni boleh napak, Krabi town tu di tanah besar. Dan area Ao Nang (which penginapan aku nati), adalah sgt di tepi pantai (just like Chenang di Langkawi). Sbb tu hari tu tpt tu effect bila ada gegaran. Cumanya, xtvt kat sana byk melibatkan pantai cam island hopping which mostly akan dibawa ke Koh Phi Phi Don tu. Itu lah yg island nya :)

Kredit : Krabi Maps
Tak sabarrrr... cuma, xtvt air cam island hopping n snorkelling tu mungkin aku pertimbangkan bila smpai kat sana. Kena gak beringat2 sama. Kalo tak kita naik gajah sudahhh....

kredit : here
Doakan semenya akan berjalan lancar. Insyaallah...

27 April 2012

Edisi Mak Bee Dari Kedah

Hoho. Tetiba edisi Mak Bee halanya.
Eh. Org Kedah tak makan kuah rojak Mak Bee dah yer? Sbb masa kat imigresen kastam, org imigresen kastam tu siap cakap (atau sindir ke tatau la. Sinis je bunyi nya)
 "Beli mak bee yer, kami org Kedah tak makan Mak Bee, manis" 
Lps tu dia tgk aku beli dlm bekas besar tu, dia kata 
" larat nak makan byk2 tu"

Haha. Sedih dgn org camni kan.

Pertamanya - lantak hang la tak makan Mak Bee. Manis? Bukan aku nak tala hari2 buat air ke apa. Oke, aku harus memandang dari sudut positif. Pegawai imigresen tersebut menasihati.
Keduanya - susah hati pasaipa aku beli byk ka sket ka. Aku beli mesti la ada sebabnya. Hang jeles pasaipa. Ghamai lagi saudara mara yg aku nak sedekahkan kuah rojak tu.
Eh. Terus tertukar slang.

Yer. Aku pun salu dgr skang ni, org Kedah mmg tak beli Mak Bee dah. 

Tapi tak kesah lah kan. Dah smpai Kedah, itu je yg glamer nya pun nak dibawa sbg buah tangan. Lps tu org cawangan pun takde la nak kata apa. Suh beli tpt lain ke apa. Bukan aku nak balun Mak Bee tu hehari pun kan. Aku pun tak kesah Mak Bee ka, Mak Bedah ka, Roziah tu ka, asal kuah rojak. Tp ada gak kuah rojak yg cam cilanat rasanya yg menyebabkan baik aku buat sendiri cicahnya dgn kicap campo gula campo cabai burung tu. Lagi sedap.

Oke. Kami dibawa oleh driver cawangan Kedah ke rumah Mak Bee tu trus. Kira cam tpt dia buat la. Berkotak2 oke Mak Bee ada, tggu  masa je nak org amik. Aku beli setgh kilo (dlm bekas besar tu). Nati baru aku masuk dlm bekas plastik tu bagi2 org. Assistant aku beli yg bekas biasa tu. 12 bijik dia beli. Sebijik dpt RM3. 

Eh. Ni outstation ke jalan jalan? Haha. Yer, kami amik flight paling awal. Jam 8 sudah landing di bumi Kedah. Singgah makan roti canai jap. Smpai cawangan derang jamu makan lagi sbb derang mmg ada perhimpunan. Aaaa...kenyang. Makan sket je nasik goreng, ratah ayam. Buat buat keja seme. Meeting, then g ziarah staff cawangan yg sakit, then lunch. Lps lunch tu wrap up seme apa yg dibuat, dlm kul 3.30 settle. Mmg kena settle la sbb Kedah tutup ofis awal hari Khamis. Derang 3.30pm da balik sbb Jumaat cuti. Bleh lak aku pun lupa. Huhu. 

Dah la flight balik kiterang kul 8.30pm. Nak tukar 3.40pm tak dpt. Kalo MAS oke je. Dia kata nak tukar dlm tempoh 48jam. Haha. Dpt tiket tu pun kurang 48jam cekkk... 

Tu yg kiterang smpat ke rumah Mak Bee la, Pekan Rabu la apa tu. Huhu.

So, my 1st time ke Pekan Rabu. Ada eskalator nak naik dari parking seberang jalan tu. Kagum jap uols. Teheee.  Apa je menarik kat Pekan Rabu tu? Ntah. Aku belikan kuih loyang kat adik2 kat ofis je. Tatau apa nak beli situ. Kat situ Mak Bee dapat 3 bijik RM10.

Lalu kat menara KL Alor Setar. Lalu je la. Tp cawangan tgh set up nak buat pameran kat situ. Ada pameran apa tah. Ada Nat nat nama pamerannya.

Jadi, begitu lah. Kisah seharian di Kedah. Aku mmg jarang ke Kedah ni. Kira Kedah yg Alor Setar ni lah.  Kalo Langkawi pun Kedah gak kan. Tp tu cam tetiap tahun pun pegi. 
Cawangan Kedah. Angin kuat masa ni.
Ni pun da nak masuk 9 thn keja, Cawangan Kedah tu baru 1st time aku jejak. Cawangan lain seluruh negara dah pegi termasuk Kota Belud sanun. Bleh lak Kedah tu tak penah smpai. Huhu. So, dgn pemergian smlm baru la sempurna seme cawangan opis aku da pusing. Ehhhh.. ada lagi satu lah. Betong, Sarawak. Tp tu just inkubator. Bkan pejabat cawangan. 

Coming nak settle Kelantan, lps tu Sabah Sarawak pun dah lama tak buat pemeriksaan aset. Adehh.....

Review Makan Makan : Benteng Kuala Kangsar

Maaf.Maaf.Maaf. Nak buat review tp tatau nama kedai. Adeh.
Tarikh kejadian adalah masa balik kg weekend tu hari.
Abg Cik ajak gi makan2 kat Benteng. Kakcik kata sengaja tggu kami balik kg baru nak pegi makan makan.
Tptnya adalah nun di Kuala Kangsar. Org biasa pegi tau la bila sebut benteng. Tepi sungai. Menyediakan makanan panas-panas, masakan Thailand. Bebudak ofis aku pun, kalo outstation, biasanya malam2 derang makan kat sini. Letaknya kat blkg kedai2. Parking ohsem. Senang banget. Tp kalo malam meriah kedai ni. Siap ada wifi bagai.

**edit :
Takut ada yg tersalah faham, kedai  ni  bukan kedai yg macam food court, yg ada jual laksa, cendol, rojak yg kat tepi sungai tu yer. Tu lain. Tu kat Lembah, dkt ngan kedai2 jual kraftangan. Tu rasanya tak bukak malam. Tp yg ni kedai/restoran sebuah je. Dia takde laksa bagai. Dia jual makanan thai. Trade mark kedai dia - masak di Siam, Makan di Kuale. Jumpa blog dia, tapi dah tak update lama dah - restoran Benteng. Ni ada gmbr dari blog dia


Anak buah aku lagi sorang tak ikut. Sbb dia eksen. Katanya jemu dah. Dulu time duk hostel kat Clifford tu salu 'fly'. Ewah.Ewah. Kemahin ko yer. Alah, sebenarnya da beso. Taknak la ngikut2 orang ni. Maklum la, da lepas SPM kekdahnya. (-_-")

Memula abg cik nak makan nasik ngan lauk2. Tp sbb kami kenyang, maka seme order yg panas2 je lah.
Memacam. Dgn mi ladna lah, nasi goreng ladna lah, nasik goreng ikan masin lah,bihun tomyam, nasik goreng ayam. 
And mine is.

Mi Hailam. Sedap. Masam. Pedas. Manis. Masin. Seme cukup la kata orang tu. Napak cili padi berselirat tu. Mujo aku tak mintak 'mi hailam pedas', kut tak mau ter cerry berry esuknya. Huhu.

Dia guna mi kecik2 tu. Mi sanggul ke apa tah. Bukan mi biasa tu. Sbb tu sedap. Tp sket je sbb bahan2 da byk. Tak kelihatan mi nya kan. Sedap.

Dan ini takde kena mengena ngan restoran Benteng ni.
Spti biasa, kalo balik kampung, weols akan singgah sini dulu before balik KL.
Gambar mcm bulan lps gak. Huhu.

Laksa + ABC. Giler panas pada hari tu. ABC je lah ubatnya. Dan laksa still sedap melekat. Kedai ni pun aku tgk da macam kedai 1 Malaysia. Segala cina, india seme boleh join duk makan sini.


# entry dlm draf. Tak smpat nak buat entry baru hari ni. Balik dari outstation byk lak keja lain ngan anak buah yg banyak dah cuti n akan cuti. Takpee...takpe.. kowang cuti la dulu. Sok sok, korang da masuk ai plak cuti yer.. ai mmg cemtu. Org cuti, ai tak cuti, org tak cuti, tu yg ai cuti... teheee (",)

26 April 2012

Homedec 2012 : KLCC



Eh eh. Ada Homedec yer.
Tak pasan.
Tp date diganjakkan.
Aaaaa.... aku tau sbb apa.
Takut org tak dtg sbb Bersih lewww tewww.
Hihiks.
Yer. Aku pun mungkin tak kuar umah 28hb tu. Punah harapan nak g Pesta Buku.
Tp kalo da ptg2 cam da reda tu, bleh gak jengah.

Bes Homedec ni. Riki2 barang utk deco deco deco. Amik alamat kedai segala.

Mmg aku sker gi yg camni. Selain Homedec ni, Perfect Living pun aku sker gi gak.

Tp kali ni tak dpt g la kot.
Lagi pun entah bila 'mansion' aku tu boleh masuk.
Org ramai duk tnya2 bila nak masuk sbb tgk umah tu da siap 'siaga' dah.
Entah apa lagi masalah tu. 
Malas nak pikir. Sobssss.....

Tp by d time aku masuk umah tu, rega nya mungkin akan up. Tgk kat Mudah, btul ke boleh up smpai gitu reganya? Jual kang tau la.. Lps tu nak merempat kat mana lak?? Bawah jematan??

Day Trip To Kedah

Sekali lagi menggunakan khidmat Firefly.
Second time. 1st dulu ke Penang. Last year.
Kali ni ke Kedah. Kebetulan arah utara jugak.

Seme atas urusan kerja.
Urusan cuti cuti cinta belum pernah lagi.
Tp nati nati kalo ada tpt yg bes dgn harga yg bes, boleh diconsider gak.
Oke je naik firefly ni. Naik pun kat Subang Airport. Takde la hiruk pikuk sgt mcm kat LCCT.

Kredit : FF
# subuh buta da kena siap siap sbb keta ofis dtg pick kat umah kul 5pagi.

25 April 2012

WW : JalanRaya, LebuhRaya

LebuhRaya
JalanRaya
LebuhRaya

Proton Preve'. Hikhikhikkkk.....

WW : Awan Nano Nano Nano

April 22, 2012
April 22, 2012

Senja - April 21, 2012

Selingan WW : Do You See Me?


credit : joyinmyjourney 

“Don’t Ignore People With Infertility – Do You See Me?”
April 22, 2012 by joyinmyjourney

When I was talking with my four pregnant friends and you came up to us and said, “Aw!  Look at all the pregnant women!”  Did you see me?

When you, my good friend who was once in my shoes, listened to me time and again talk about the pain of my infertility, yet one day said, “I think you need a support group.”  Did you see I stopped calling you for support?

When you laughed about getting pregnant with your sixth child and said, “All he had to do was look at me!”  Did you see me force a smile and wish it were really that easy?

When I was standing around my five expectant friends, you took note of their pregnant state and then looked at me saying, “What are you doing here?  Wishful thinking?”  Did you see me quietly excuse myself so I could run to the bathroom and cry?

When we got together for ladies fellowships, did you see I didn’t say anything because the only topics of conversation that came up were your pregnancy stories?  “Just call me Fertile Myrtle!”  “I’m so ready for this morning sickness to be over.”  “Hubby ran to the store and got me ice cream at midnight!”  “I felt her kick for the first time!”  “I feel like a beached whale!”

When our group of friends went out to lunch, did you see how I felt excluded when all anyone could discuss were the latest and greatest books and blogs on parenting?

When you talk about how everyone is pregnant – “Don’t drink the water!”  Did you see me?  I’m not pregnant, but I want to be.

When you opened gifts at your baby shower, did you see me in the crowd, trying to share in your joy, all the while hoping I could be next?

When the mothers were asked to stand in church on Mother’s Day, did you see me – sitting – hoping not to burst into tears and not wanting anyone to feel sorry for me?

When all you posted on facebook were pictures of your ultrasounds, updates of your cravings, photos of your pregnant belly month by month, posts of registering at Babies R Us, doctor visits, and Baby Center, did you see I am one of your “facebook” friends?  Did you see I had to limit your updates?

When God finally blessed you with a baby after your struggle with infertility, did you, of all people, see me?

If you do see me…

Don’t ignore me.  To ignore is not to know.  Don’t refuse to take notice of me and my infertility.

Think before you speak, if you must speak at all.

Don’t isolate me.  Try to imagine what it could be like if you were in my place and what you would want someone to say.

Remember I confided in you because I thought you were my friend.

Don’t dismiss my infertility – I may be in the minority, but I still have feelings.

Take a moment in private to tell me you hope I am next.

Don’t make mindless comments about your ability or my inability to get pregnant.

Write a heartfelt note to encourage me not to give up hope.

Think about excluding me from your baby posts so I won’t have to limit your updates.  Or try to understand if I don’t “like” or comment on them.

Don’t disengage me from conversation – take notice there are many interesting things to talk about in addition to pregnancy and babies.

Let me know you are praying for me – and then pray for me.

Don’t pretend that I have never talked to you about my struggle.  I made myself vulnerable sharing that with you.  Can you show balance while rejoicing in your pregnant/mommy state but also by being mindful of my infertility?

Consider that even if you don’t know I am struggling with infertility, there’s a good chance I am.

********
Suppose aku paste kan menda ni dlm blog 'khas' tu. Tp kali ni aku rasa 'lebih berani' utk share kat sini. Tika ini, setelah hampir 4 tahun, aku dah lali ngan org ignore atau tak ttg infertility ni. Sebenarnya lebih kpd
'malas nak pikir apa org kata, lantak hang la situ. Sebok sgt hal org beranak ke tak pasaipa?, jumpa je tanya, jumpa je tanya. Takdak soklan lain dah ka dlm dunia ni?. Apa ko rasa ko dah hebat sbb ko/bini ko bleh beranak? apahal sebok sgt entah. Org camtu terlebih ignore la plak. Aku tak perlu org terlebih ignore ni sbb sebenarnya dia mmg terlebih sebok jaga tepi kain orang'

Dah tersementelah tertulis pasal ni, aku share sket. Last week, ada buat perjumpaan. Ada la org tu, lama kot tak jumpa. Tp dia tau la aku kawen bila. Dah tu sempat gak tanya 'takde lagi yer?'. Lps tu senyum2 sumbing. Aku cuma menggeleng je. Apahal ada org camgini dalam dunia yer?. Kesian pun ada. Lantak la situ. Kalo aku marah, aku pun jadi level dia. Biarlah situ. Ko boleh assume apa saja. Yang pasti aku tau, Allah dah ada perancangan yg terbaik utk aku.

Tp segala yg penulis di atas ni tuliskan mmg betul. Sebetul-betulnya. Itu lah yg kami (TTC'ians) rasakan pada satu2 masa. 

Aku redha. Jika ini mmg Allah tentukan utk aku. Merasai "keistimewaan" diduga dgn dugaan sebegini. Kerana Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan. Dan Allah tahu apa terbaik itu kita. Itu pasti.

Sungguh kami tak minta disimpati. Cuma, doakan lah kami juga akan melalui pengalaman itu.

# komen disable utk cerita berkaitan TTC.

WW : Ipoh, Kuala Lumpur

IPOH - April 21, 2012

KUALA LUMPUR - April 22, 2012
KUALA LUMPUR - tak igt date!
# jem Maybank2U ari ni napaknya. Seme serbu sbb gaji baru kan. Huhu. Kena hold dulu lah seme pembayaran online. Kang tak memasal 'hang'. Alhamdulillah. Gaji baru, serta KGT juga. Pelarasan?? Tu kena tanya full govt. Kami seme selamat dahhh.... Huhu (T____T)

24 April 2012

Isteri Solehah

Tersentuh hati melihat status ini di FB

Wan, maaf sbb copy-paste status Wan kat FB di blog akak ni.
Tp hati akak tersentuh sgt bila membacanya.

Bersyukur, kerana perginya arwah diakui isteri solehah oleh suaminya sendiri.
Insyallah, syurga lah tempatnya.

Tersentuh hati.
Melihat diri sendiri di sisi suami.
Memang tak layak lagi digelar isteri solehah.
Ya Allah. Ampuni lah dosa aku.

Tetiba sebak.

# FB rakan sekerja yang xciden last week.


Sweet Like Corn

Tehee. Yer. Aku mmg penggemar corn. Atau dlm bahasa kita jagung lah. Baik jagung rebus, jagung bakar, puding jagung, agar2 jagung, bubur jagung, coklat jagung, susu jagung etc etc.

Tapi hari ni rasa jagung ni sweet sgt.
Al-maklum lah, tetiba incik other half yg bagi waktu lunch tadi.
Sweet nya...

Haha. Oke, kalo dipikirkan secara logik akal beserta rasional, takkan bagi jagung pun sweet.
Haha.
Itu lah perangai sang isteri kan. Kadang2 suami belikan bedak sejuk pun rasa sweet. 
Entah ek.
Masa aku amik gmbr ni - instagram kan - upload FB, mmg aku rasa cam, hek eleh, jagung je kot. Harus org kata apa la yg sweet nya sgt.


Tapiii.... 

bila si suami keluar, membeli makanan kegemaran tanpa dikirim atau disuruh.
Dan tetiba bagi kat kita.
Terus cam terharu. Walau pun hanya setongkol jagung!

Ye, suami saya bukan seperti suami orang lain yg gemar membuat kejutan menghantar sekotak coklat, se ketol tedi bear besar pemeluk mahupun se pasu bunga ros kaler pink.

Dan bila tetiba terjengah dia mengunjukkan bungkusan yang berisi jagung ni, terus rasa cam... oh...


Dah la. 
Lagi aku tulis, lagi aku merepek.

Kali ni aku tak reti nak express kan bagaimana.
Yg nyata, aku rasa sgt terharu walo hanya dgn setongkol jagung.
Mana yg paham tu paham la. Mana tak paham tu buat tak paham je lah.

Errr... tetiba je bagi setongkol jagung ni... tau la kan.. tau la... lambat lagi nak dpt tu.. Gaji pun belum dpt ne.. Hahahhahahaaaaa 

Pompuan kan. Hal setongkol jagung pun tetiba leh jadi sweet dan dijadikan entry. Lagi2 pompuan sengal stoberi cam haku ni.
Oke, sekius me..bagi laluan.....

Edisi Pangkor : Gambau jer

Masa course kat Pangkor tu aku tak bawak kamera pun. Kuawasa la nak usung cik Nik tu. Kang gedebush lak dlm laut masa nak naik bot satu hal lak. Ye lah. Selama ni beg besau ada org lain tolong usung. Ni aku bawak sendiri. Terhegeh2 la kau situ. Tu pun mujur tak pikul iron bagai kan. Hoho.

So, ni gambau2 masa kat sana. Guna myS2 saja la. Setgh aku da masuk kat entry2 lain kan. 

Aku lum masukkan lagi gambau di kat FB. Dah la kawan2 tu pun ada yg tak smpat aku nak amik FB derang. Tak buleh la nak tag tag.

Ni time balik dari beli ikan bilis tu. Kat mana tah. Atas sket dari Teluk Nipah tu.



Ni nak balik dah. Bergambau dulu dpn chalet 'bertuah'. (-_-")


Ni dgn adik dari bahagian sumber rasanya. Da ready nak naik bot. Bot kaler kuning tu.
 Masa ni bot tak jalan lagi. Duk dlm bot tu awal-awal. Pastu dah rasa cam pening.
Itu saja lah cerita ceriti Edisi Pangkor. Ada lagi nanti, tggu bulan Disember yaw. Insyaallah, dgn izin Allah :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign