Pages

29 February 2012

Wordless Wednesday 29 Feb 2012 (3)


Sampai skang kompius, cemna aku asik ter dayung ke tepian tebing ja???
Again..... 
rugi woh sapa tak pegi tu (yg dpt tapi tak pegi tu ler)

Wordless Wednesday 29 Feb 2012 (2)


Kan dah kata, sapa yg dapat pegi, tapi tak pegi tu, mmg la rasa rugi.
Mana nak carik main paintball yg pree.
Dah la 1st time lak tu.
Dan aku mula ter jatuh 'chenta' ngan game ini.
*kena carik team la pulak kan. Huhu*

Wordless Wednesday 29 Feb 2012


-Course yang aku akan rasa rugi kalo aku tak turut serta-

28 February 2012

Perihal Hari Lahir Beliau

24 Februari. Sudah 33 tahun husband ku. Sudah tuwa itu taw. Hawhaw. Tk mengapa yaw. Bulan doblas nati I folo yu yaw asben. Hawhawhaw. *giler ke hapa nak letak w seme perkataan*

So, apa yg ai buat utk beliau? Memacam sebenarnya. Haha. Tp 'hadiah' yg betul2 'hadiah' takdak sebenarnya.

Bermula dgn meng order kek dari Mydeal
Igt sebulan dua ai order ni? No.No.No. Dari bln 8 thn lepas lagi. Haha. Sbb tgk due ada lah 26 Feb 2012, maka beli lah utk ari jadi asben ai tu.
*e-Voucher is to be redeemed from 26th August 2011 until 26th February 2012*
 If rasa nak guna awal pun tak kesah. Tp ai tak rasa pun nak guna. Maka, ia adalah rezeki utk my dear lah. 

So, ari Selasa (21hb) call Laqy ni. Order flavor yg nak. Bleh tgk flavor kat web dia - heaven. Tp skang ai tgk dia tgh buat web baru kut. Tp takpe, leh tgk FB dia gak. Jadi kata nak amik hari Khamis. Sbb, walo beday sebenar hari Jumaat, tp pikir susah lak nak gi amik sbb nak solat Jumaat bagaikan. Tp mujurlah kata nak amik ari Khamis, sbb ari Jumaat tu ai da pegi kursus. Course tu hari Rabu baru dpt memonya. Mujur. Mujur.

So, gigih ngambik kat Puchong sanun. Yg takde saprais sbb ai mmg tak reti g Puchong tu. Harus la g skali ngan my dear. Kalo nak deliver RM30 cajnya. Tak mengapa. Kami amik. Adoi. Mmg agak menyesat la. Tp mujo myS2 bantu. Huhu.

Utk deal yg ni mmg ai puas hati sbb dpt kek 1.8kg! Bes giler. Ai order Tutti Frutti Flavor. Bukan rasa cam Tutti Fruiti tu. Tp ni eskrem pelbagai flavour cam paddle pop tu. Sedap..! Asal ada kaitan ngan eskrem, ai mmg tak kesah uols...

So, inilah rupanya.


Pagi tu, ada perhimpunan bulanan. Salunya bila perhimpunan ni, sapa befday bulan tu ada sebut nama n naik pentas la utk potong kek ramai2. Skali nama asben tak dipanggil. Huhu. Tp takpe la, ai dah belikan kek lagi special utk dia. Tak kesah pun la, mungkin terlepas pandang dan ai bukan la nak lebih sudu dari kuah, tapi.... ahh..pikir sendiri ah. Nak tulis kang jadi isu plak. Kan ramai rakan sekerja baca blog ai ni. Ceaaa....perasan.... hak tuiiih...!! Jadi, meh lambai2 utk rakan2 seopis yg tgh duk baca. Peace...  

Oh. Sapa nak beli kek ni pun bleh lagi. Skang tgh ada deal ngan Groupon plak. Rega pun sama ngan ai beli tu. Ce klik sini - heaven ice cream cake

So, abis pre-birthday tu, skali lagi ai menggunakan khidmat voucher utk mengsuprisekan my dear. Kali ni khidmat Groupon plak.
Ai grab deal yg comel2 masa VDay ari tu la. Kena pulak time ai pegi course. Memang suprise menjadi sgt la.
Tp hampir2 kantoi gak sbb masa dlm keta nak amik kek ari Khamis tu, org kedai bunga ni call, nak confirmkan balik. Ai nak confirmkan nama penerima tu pun susah sbb dlm keta. So, tawakal je lah menda tu smpai ke tgn befday boy. Huhu.

Ai order dari Poetry of Flowers. Pilih yg ada coklat. Satu lagi ada tedi bear. Tp utk suami elok lah bagi yg cekelat tu. Yg ada tedi bear kang entah kemana2 plak diletaknya.

Plan itu sgt menjadi. Since ai bertolak ke course tu dlm kul 10 lebih, ai msg akak yg satu dept ngan my dear sesiap. Suh dia amik gmbr n mms kalo bunga tu smpai. Dlm kul 12 lebih, akak tu msg kata takde. Tp tak lama pastu akak tu mms gambar n my dear msg. Hahahah.
Dan utk ni, ai ucapkan terima kasih pada Mai, sbb kalo tak, time tu opis pun da tutup (Jumaat - lunch kul 12.15, org tu smpai dalam 12 setgh kot)
Dari kawan2 kat dept my dear, derang kata dia sgt suprise. Hihi. Dia tertanya2 bila ai pi beli. Hihi. Tu la. Dia taktau bini dia giler beli deal. Kalo bleh seme nak guna deal.

So, kalo takde course, mlm tu ai plan nak deting2 tgk wayang. Tgk Adnan Sempit 2. Itu pun mujo jugak. Kalo tak, hari Rabu tu selamat dah ai nak beli tiket. So, yg tu kansel.

Cuma, ada lagi satu je lagi, kira cam hadiah utama gak la. Kami akan ke sini. Insyaallah.

Ini pun mujo gak. Ai booking pada 10 Februari. Ini pun ai dpt idea dari Groupon gak. Tp bila tgk cam sama lebih kurang je ngan rega biasa (sbb ada surcaj kalo check in weekend), so, ai masuk trus web tpt tu. Bila da masuk web tu, kehendak jadi macam2 plak. (tu yg kuar entry kehendak vs keperluan tu)

Igt nak amik date 25 Februari. Tp bilik yg ai nak tu, takde. Penuh. Phew. Yg ni mmg ai sgt2 bersyukur. Sbb kalo nak kansel blh buat dlm masa 72 jam yakni bersamaan 3 hari. Kurang 3 hari dia caj je trus credit card. Let's say lah ai dpt pegi 25hb dan ai dpt memo kena pegi course tu hari Rabu, mati tak leh nak kansel. Mmg la tahap menangis dibuatnya. Dulu bleh la burnt je yg ke Cherating tu. Itu takpe la, suku je dari harga yg ni. Kalo yg ni mmg tahap pitam 72 jam kalo di caj tp tak duduk.

Itu lah kan. Sebenarnya Allah dah tentukan perjalanan hidup kita. Dia dah plan yg terbaik utk kita. Kadang kita tertanya2 kenapa kita tak dpt buat itu ini, tp sebenarnya Allah lebih mengetahui. Utk itu, walo ai tak dpt pegi public forum kat Damai tu, walo sedikit ralat, tp ai jadi tak kesah pun. Sbb Allah lebih tahu kenapa dan mengapa.

Eh, lain plak citernya.

So, ada sorang yg bagi idea hampir2 tepat dgn plan ai buat ni. Kek-coklat-bunga. Dan kemudian ada sorang lagi bagi idea pun hampir tepat jugak utk plan ke3 tu. Maka 2 org ni akan dpt adiah 'misteri' tu yer.

Itu lah saja sambutan utk insan yg paling ai sayang dunia akhirat, selain mak ayah ai utk tahun ni. Ai harap dia sker la semua yg ai buat utk dia. Dan ai harap kasih sayang antara kami akan terus bersemi utk selamanya dan dikurniakan rezeki yg kami nanti2 kan itu tahun ni. Insyaallah.

27 February 2012

Perihal Idea Hadiah Birthday

Thanks sgt2 pada 33 orang yg memberikan idea. Really appreciated. Terima kasih juga kerana sudi melayan untuk memberikan idea.  Insyallah, idea tu seme akan digunakan pada masa akan datang. Takyah pening2 lagi kan :)
Dan entry bersama idea kawan2 tu akan "digantung" kat tepi side bar cam contest sedondon tu ari. Mana lah tau, kut dpt membantu rakan2 lain yg dah takde idea nak bagi apa pada si husband ter chenta, bleh la carik2 idea kat situ. Eceh.

So, sebelum umumkan pemenang misteri, juga 10 yg terpilih, meh kita tgk jap antara idea2 dan komen2 yg diletak.

First, ramai yg memberi idea perfume. Ada 4 org. Idea yang baik, tapi saya simpan dulu idea tu sbb masa kat HK retu dah beli perfume. So, thn ni tak beli la perfume sbb perfume beliau byk lagi. Hihik.


Seterusnya idea yg tak pernah saya terpikir pun. Huhu. Dan kalo yg bagi idea ni tambah kata bagi buku agama, atau pun buku2 sirah Rasullah pun oke kan. Tapiii...tapiii.... my dear tu sgt kurang membaca. Satu habit yg amat berlainan ngan si isteri yg amat la gemar membaca. Tp idea tu mmg bes, lain dari yg lain.

Ada yg bagi idea jam tangan. Hik hik. Kalo utk tahun ni mungkin tak la, tp saya simpan utk tahun2 akan datang. Kalo sapa pembaca tegar blog ni tau lah yg saya baru je bagi jam masa wedding anniversary yg ke3 bln December tu ari. Ala, yg masa saya g JPO tu. Huhu. (ewah, macam kan la ada org nak ingat)


Ha...yg ni pun lain gak. Tp awwww.... Suami saya bkn jenis yg romantik yg thp bleh pakai baju camtu walo pun dia tak kesah pakai baju apa. Kalo dia nak pakai baju kaler sedondon pun dah satu rahmat rasanya. Tp kalo t-shirt I love u, u love me ni... Hikhik. Oke, tak bleh nak imagine *tingat masa kat Langkawi ni ada satu couple ni - baru kawen la kot - pakai baju ala2 camtu. Hikss... But, gud idea then. Yg cincin tu boleh dipertimbangkan.


Yg ni.... awwww..... hikhikhiksss... *speechless*

Yang, mana ideanya Yang??? huhu.... tak perlu buat entry pun Yang, yg penting cadangan. Tp takpe, usaha tu ada. Tp penyertaan terbatal ye dik sbb apa yg diperlukan takde (apa yg tak diperlukan pulak ada. Huhu). Tp jgn serik, lain kali join lagi yer :))
Yg ni pun, kali ni terpaksa dibatalkan penyertaannya. Tp btul la tu kan, sbb antara syaratnya adalah drop komen, maka drop komen je lah. Cuma tak memberikan idea je. Terima kasih jugak diucapkan sbb sudi singgah dan trus drop komen. Err...gud luck tu n the best tu utk apa yer?? Utk sambutan beday suami saya yer. Mekasih yer :) 


Ha, ni kawan lama aku. Baca je trus cam tersembur ketawa haku. Hihi. Takde pun la lawak ideanya. Tp tah.... terus aku cam terhibur lak bila bacanya.

Ada yg kata bagi haiwan. Pun gud idea juga. Tp malangnya, suami saya ni, kucing pun dia tak berapa sker. Bila saya sajes nak bela hamster ari tu pun dia reject.  Nak bela ikan pun dia kata 'tak payahlahhhhh' Kemain panjang "lah" nyer tu. Hihi.

So, jawapan sebenar next entry nati. Sbb byk plan plak utk beday thn ni, maka adiah misteri tu jadi dua. Kebetulan ada yg bagi idea apa yg saya plan tu. Jadi, saya pilih dua yg paling ter awal bagi idea tu.

Sekali lagi, terima kasih pada yg sudi memberikan idea. Dan dari 33 penyertaan tu, 2 terpaksa dibatalkan. Maka tinggal lagi 31 penyertaan. Dua lagi berpeluang dapat hadiah misteri. Maka saya akan pilih 10 dari 29 orang utk Souvenir dari Langkawi.


Thanks again :))


Perihal Cemna Boleh Jadi Spam


Ruangan komen ada 3.
Published.
Awaiting Moderation.
dan juga
Spam.

Tapi yang memelikkan aku adalah.
Kenapa bleh ada komen ke spam ni (rujukan : gmbr atas)
Kat ruangan spam, mmg jarang-jarang aku bukak.
Skali kau.
Haa..... ada 16 komen dalam kotak spam tu.
Sejak dari thn lps pun ada.
Agaknya ada yg igt aku delete komen2 derang.
Padahal yg ter masuk dlm spam tu adalah org yg biasa komen je pun.
Apahey ke pulaknya dia jadi spam??

Motip????


26 February 2012

Perihal Balik Kursus

Selamat sudah berkursus.
Team building tp ditransformasikan menjadi
Program Kecemerlangan Diri dan Organisasi.

Bes...!
Mmg la bes.
Tp seluruh badan da sakit2.
Biasa la... badan da berumur. Eceh!
Bukan tu saja pakej dgn lebam segala. Huhu.

So, skang kena qada blogwalking.
Dan himpunkan segala citer.

Walo 3 ari tak menulis, tp rasa citer berjela ni.
Bkn je citer program tu.
Tp citer suprise beday my dear lagi.
Tkpe.

Oh. Nak umum result Giveaway Souvenir Langkawi lagi yer.
Oke. Tkpe, takde poblem tu.

So, utk kali ni kita persembahan kan dulu teaser yer.
Yer, kerana mendalah tu lengan mendapat lebam.
7 jenis cabaran high-rope kena buat. Yg atas ni salah satu.
Tak gayat (jika dibandingkan dgn canopy walk kat Poring yg mmg rasa nak patah balik tu), tp mmg mencabar la dgn jarak kaki yg 'kemetot' ni kan. Haha.

Oke, then... nati sambung lagi cerita cerita yaw.

*Thanks to management krn beri memilih saya utk join course ne. Byk yg dipelajari*

25 February 2012

Giveaway : Souvenir Dari Langkawi

*sticy post smpai 24hb. Drop komen n dpt adiah. Hihi*

Nak Bagi Hadiah. Nak Bagi Hadiah.

Ada sapa mau???

Haha. Actually kan, aku nak bagi souvenir ni lama dah. Dari aku balik Langkawi lagi bulan Januari lagi tu dah.  Tp time tu aku tgk ramai rakan2 TTC duk buat GA (Zana, Eida Baharum). Maka aku hold dulu lah.
Lps tu langsung ke terlupaan.

Nak bagi hadiah ni juga sempena :
*Sempena kedatangan BEliau yg pertama utk tahun ni. 
*Sempena cheque Nuffnang yg pertama diterima ari tu. 
*Sempena genap 8 tahun aku bekerja di tpt aku mencari rezeki ini pada 16 Feb ari tu
*Juga sempena menyambut hari lahir insan tersayang pada 24 Februari ini.
Kemain banyak sempena nya. Haha.

Alahai, sblm tu aku nak gitau sesiap le, adiah ni biasa2 je. Mungkin ada yg kata 'tak menarik', tp bagi aku menarik atau tak hadiah tu bukan ukuran, yg penting keikhlasan aku dalam menghargai pembaca2 yg tak jemu membaca bebelan aku di kebun stoberi ni. Yang aku tak pernah lupakan setiap kali aku bercuti. Dan keikhlasan orang yg sudi menerima hadiah tu :). Nak bagi seme mmg tak terjangkau la, tp mana ada rezki tu dpt la.

Ni standard Giveaway je ni. So, bila Giveaway,  takde la bagai-bagai sgt. Suka suka je ni sbb mmg niat nak bagi souvenir dari Langkawi tu ari.

*Drop komen beserta URL blog sahaja
Sebab aku ni salu je pening2 nak bagi adiah apa menjelang beday mydear, maka nak la mendapatkan idea canggih2 dari kengkawan. Ni baru beberapa tahun, udah la anibesari pun ada adiah, so da tatau nak kasik apa.
Jadi drop je lah komen kat bawah ni mengenai "idea/hadiah bes untuk meraikan harilahir insan tersayang".
Contoh : "Kekda, apa kata bagi adiah jam kali ni, bila dia tgk jam, maka tingat la dia pada Kekda"

Sesapa ja bleh komen, samada follower tak follower.  Asalkan bila diumumkan as penerima hadiah ni, dapat respond. Tp jgn lupa, letak URL blog ya. Sng kalo nak follow up suh bagi alamat ke apa kan :)

Seorang utk satu komen.  Kalo byk kali, hanya komen pertama saja dikira.

*Souvenir utk 10 orang
10 orang yg bagi komen paling bes akan dipilih utk menerima souvenir dari Langkawi ini. Souvenir apa, kita rahsiakan dulu bleh? Kalo reveal ada yg kata tak menarik plak. Agagaaaa..... kalo da dpt tu, tak menarik pun kena terima jugak. Kalo taknak mendalah tu, bleh buat GA bagi orang lain plak. Agagaggaa..... (o_O)

*Hadiah Misteri
Sebenarnya ketika ni mmg la aku dah ada idea/hadiah untuk insan tersayang tu, tp kalo ada yg komen menepati apa yg aku plan kan tu, ada hadiah misteri untuk beliau. Hadiah apa tu?? Tokei tupperware haruslah kasik tupperware. (^_^).  Tak menarik? Tak menarik sudah, nama ko bedah. Lalalalalaaa.

Jadi, sapa yg sudi, mari lah bagi idea anda. Boleh mula komen sebaik saja entry ini dipublish hingga la tarikh keramat insan yg saya sayangi tu. 24 Februari 2012 (maknanya jam 11.59 - 24 Februari).
*semua komen akan dipublish, tp komen tak berkaitan tidak akan dipublish.
*kalo takde sambutan, let go je la pada yg rajin dtg komen sini. Huhu.

24 February 2012

Selamat Ulangtahun ke 33

Google.
Special 4 my dear husband,

Selamat Hari Lahir ke 33.
Moga dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki.
Moga tahun ini ada rezeki kita yg kita nanti-nantikan itu.
Ampun dan maaf di atas segala salah dan silap sepanjang tempoh kita bersama ini.
Dan semoga hubungan kita akan diredhai Allah sepanjangnya dan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.


Sayang selamanya.


-----------
*tau beliau tak baca pun, tp sahabat2 yg membaca ni, tolong gitau beliau yer (u.p : Kak Nurul & Zura. Hihi). Ini pun salah satu suprise gak. Hihikss...

*takde auto publish entry sepanjang Team Building ni. Dan mungkin takde entry la kot sepanjang 2 hari tu. Tgk keadaan cena.


23 February 2012

Al-Fatihah

Dari pagi tadi duk napak ramai yg post berkenaan adik Faris (arwah). Tak punya kesempatan nak baca sbb sebuk ke sana sini.
Aku follow gak citer adik Faris ni 2,3 ari yg lepas.

Dan bila dapat baca kat blog Mazidul, tersentuhnya hati ni.
Memetik tulisan Mazidul
Sebagai ibu, tentunya Zuraine bersedih. Hanya naluri ibu memahami sepenuhnya perasaan wanita berusia 38 tahun itu.

Walau belum berpeluang merasai 'naluri ibu' tp hati aku turut tersentuh. Mungkin aku tak memahami sepenuhnya tapi aku dapat rasakan kesedihan itu.
Ketika ini, aku dan rakan2 yg TTC memang merasakan diri kami lah yg paling terduga kerana tidak dikurniakan cahaya mata. Belum berpeluang mendapat nikmat naluri ibu, tp Allah Maha Mengetahui.
Sekiranya diuji begini, adakah kami akan dapat menanganinya.

Aku paham, dugaan ini lebih berat dari dugaan yg sedang aku tempuhi sekarang.
Dugaan kehilangan mmg satu dugaan yang sangat sangat 'menyakitkan'
Aku sendiri pernah mengalaminya. Lebih2 lagi dalam keadaan yg tak disangka.

Kita hilang pen yg berapa ringgit pun bleh rasa stress, apatah lagi nyawa yg dikongsi selama 9 bulan.

Aku meminjam semangat insan2 yg diuji ini. Kerana aku tahu, kehilangan adalah sesuatu yg lebih perit dari belum menerima sesuatu. Jika mereka kuat, aku pun boleh kuat untuk menghadapi dugaan yang Allah berikan ini.

Allah menguji setiap hambaNya mengikut kemampuan. Itu pasti.

Diharap keluarga arwah adik Faris akan tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah

Perihal SBPA : Gaji RM700 - RM2500

kredit : SInar Harian
Halus sgt eh? Tkpe, klik link tu je untuk bacaan penuh.
Aku nak quote perenggan akhir je nih.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga... apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.

Haha. Abis tu smpai bila nak abis? Nak tukar pulak kalo ada menda tak setuju. Nak ganti terma baru lagi. Sbb tu aku cam malas je lately ni nak update pasal SBPA ni sbb bukan pasal SBPA pun. Pasal tuntutan itu ini dari Cuepacs je.  Seboleh2 mungkin nak gaji setara je tak berlebih2 antara satu jawatan ke satu jawatan.

Entah malas aku nak komen lelebih. Kang hapa2 lak pula jadinya, walo ada je terpendam aku nak tulis. So, just wait n see lah.

Tp jgn smpai org 'luar' tgk kita ni cam takde apa tuntutan lain, selain gaji, gaji, gaji dan gaji. Byk lagi yg lain kot yg bleh dituntut untuk menjaga kebajikan penjawat awam. Naik gaji = naik barang, so pi mai pi mai cam tu gak la.

Sekian.

*disable komen*

Perihal Wacana Eksekutif INTAN


22 Feb - Alhamdulillah, diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu yg aku rasa cukup bagus dan baik. Kadang kita ni tau menda2 tu, tp tak mengamalkannya. Atau kadang saja malas nak buat. So, menda2 camni mmg bagus la. Dapat refresh balik dan belajar menda baru pulak.
Manusia.... kan mudah lupa. So, perlu selalu diingatkan.

Tajuknya Kuasa Minda dan Perwatakan Pemimpin Berkesan. By Ybhg. Prof Dr. Muhaya Muhamad. Dkt INTAN Bukit Kiara sanun.  Agensi aku anta 3 org. Mula bkn aku pun kena, ada yg lain, tp sbb dia tk dpt pegi, aku ganti. Jadi, takpe lah. Dpt ilmu kan. 


Penceramah mmg bes la kan. Salu gak tgk Prof ni kat Astro (Prima ke Oasis ah?) Ala, kalo program dia sure dia ada suh org luruskan tangan ke tepi. Pastu dia test. Masa kita lemah, masa kita kuat.

So, masa ceramah ni dia buat gak la.

Nak tulis pun, kang berjela2 aku citer. Cuma apa yg boleh disimpulkan dari ceramah ni, apa yg kita buat adalah bermula dari dalam. Kira aura/roh dalaman akan mempengaruhi fizikal kita. Kuasa dalaman sebenarnya kuat dari kuasa fizikal. Sbb tu dia buat contoh luruskan tangan tu. Bila kita pikir pasal yg gembirakan hati kita, maka fizikal kita jadi kuat. Prof tu nak tolak tgn org tu pun payah. Tp kalo kita pikir kesedihan, pasti kita otomatik jadi lemah. Begitu lah.
Pendek kata kita kena positif. Kita ada masalah pun kita positif, kita rasa susah pun kita positif, kita takde anak pun kita positif, pendek kata seme la positif. 

Keyword dia - Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. So, u're what u're thinking. Dan lakukan semua kerana Allah.

22 February 2012

Forum to Team Building

Suppose aku keluarkan entry pasal Public Forum ni. Tp aku da delete.


Lps dpt memo yg ni.

Sobssss.....

Balik je ceramah Wacana kat INTAN tu, atas meja da dpt memo gi Team Building plak.

Aku bkn tak sker.
Sker je.  Lama da kot opis aku ni tak buat Team-Building. Kat Morib tu plak kan. Bila lagi nak pegi merasa sana.

Tpnya pegi pada date beday my dear asben.
Aku plan malam tu nak gi ngedate tgk Adnan Sempit la.
Mujo la aku tak beli tiket lagi sbb aku pikir, reni baru nak beli.
Fuhhh.... 
Dan mujo jugak aku tak buat satu lagi plan weekend ni.

Cuma tu lah, ada sedikit 'ralat' bila tak dpt pegi Public Forum tu.
Cam bes je.
Tkpe lah, nati call je lah. Tanya cena kalo nak dtg consultation je.

WW #1/2012 : Ping Pong For Dummies.

Oh. Ini memang mengarut.

Ada2 je tau.

So, skang nak carik buku.
Ping Pong For Dummies.
Tgk kat youtube pun ada.


Catalog Tupperware : 13 Feb - 31 Mac 2012

#sticky entry. Entry baru sila roll ke bawah*

Kling klong kling klong *effect bunyi loceng lah kononnya.

Catalog baru sudah keluar. Meh jamu mata meh.
Byk yg menarik dan colourful utk bulan ni.
Katalog Tupperware dari Feb 13 sehingga 31 Mac 2012.
Tema nya Refreshingly Cool. Maka byk produk air yg ada rega spesel.

Sila jamu mata dulu

Kalerful. Ada free tumbler lagi.

Ni mmg bes la. Skang mmg aku guna fridge water bottle tu.

Oh. Retu kat Disneyland tak dpt beli ni.
Kat Tupperware pun ada.

Yerp. Produk tupperware yg ni mmg kedap.
Tak bleh masuk angin maa.. Org malas cam aku ni mmg
sesuai. Goreng kopok byk2 pastu sumbat dlm ni je.
Balik keja trus makan smbil tgk AKASIA. Haha.

Yg biru tu pun kedap gak
Gift utk newborn. Cute mute.

Wah. On the go lunch set sgt la menarik hati.
Dah la kaler tema aku kawen dulu.
Kuning Purple. Bes woh. Siap ada beg comel.
Kalo bawak dlm LRT pun tak la segan.
Tupperware okeh. Hahaha.


Banyak lagi yg menarik utk bulan ni.
Jemput jamu mata dulu di catalog online ni.
http://tupperware.com.my/catalogue/index.html#/category
Lps tu kalo ada berminat dan nak tau harga, contact je lah. Thru emel/FB/phone.
Pasti ada rega spesel utk pembaca kebun stoberi nie.
Penghantaran terus bagi pembeli sekitar Lembah Kelang (esp KLCC area, tpt lain pun bleh consider gak).
Eceh.... Sekius me.. bagi laluan jap kat consultant tupperware yer. Hoho.
(-_-")

Perihal Nana Dan InTrend

Haha. Skali trus jadi perihal Nana.
Ni aku la ni. Tah pehapa la tah.
Smlm ptg la nih. Dah abis opis. So, bkk jap FB. Tgh duk berbalas2 komen tu dpt call. Aku tgk caller tu as "Nana Blogger".

Caller : Kekda, InTrend tu gambar dpn sapa?
Aku : Eh, nak wat pe InTrend?
Caller : Nak tgk gmbr la.
Aku : Eh, bukan ada gambar akak dlm tu. Gmbr kawan akak la.
Caller : Eh, ni Kekda kan. Nak tgk gmbr yg akak kata dlm tu la.
Aku : *Baru cam tersedar dari lamunan. Hahah. *
Aku : Ni Nana kan.... ooo.... sori sori..akak igt member akak tadi.
Kah kah kah. Berdekah2 aku ketawa. Hamik ko.

Mengong ptg2 kala plak nyer.
Si Nana tu adalah Nana Ibu Damia. Bleh aku tune otak aku yg caller tu as Nana Aris, which is kawan blogger gak. Tp tu aku tulis Nana-TTC (skang not TTC anymore. Wink.Wink. Hihiks). Lps tu aku pikir, eh apsal plak si Nana ni nak tgk InTrend. Bkn ada gmbr sapa pun yg dia kenal. Tu yg aku duk cakap bkn gmbr aku, tp gmbr kawan aku. Aku cam pelik la kenapa si Nana ni eager nak jugak tgk gmbr dlm tu. *hahahaha. aku tgh taip ni pun nak gelak*
Mmg la si Nana Ibu Damia refer ke aku pasal majalah tu sbb aku yg duk alert kat dia kat FB. Jadi, harus la dia call je aku tnya cover sapa. Sng dia nak carik kan. Yg aku lak bleh blur bengong camtu plak.

Yg si Nana pun kata dia cam pelik aku ckp camtu. Siap dia lak gelabah, btul  ke tak yg dia call ke aku. Hahahaa... mengong aku neh.

Dah betul camtu baru la aku berpijak dlm alam nyata. Kabo ke dia cover InTrend tu Najwa. Dia kata takde lagi kat kedai dia carik. Tp dia dpt gak beli akhirnya.

Adoi...akibat nama Nana ni aku jadi mengong jap. Kat FB 3 org kawan yg nama Nana. Tu pun skang Nana da tukar jadi Ibu Damia. Kalo tak bila aku taip Na.... zup zup dia naik 3 nama tu - Nana Aris, Nana Aflianaz, ngan Fauzana. Haha. Adoyai..

Ni mesti sbb kena main pingpong utk sukan opis ni. Lalu trus jadi onggiler. Hahahaha.

Semuanya gara-gara page inilah. Hahhaha
Nana Afliana, nati akak bawak majalah ni amik otograp yeaaaa.... HUhuhuuuuu...

Eh. Cop Micah Mekchu pun ada gak featured kali ni dlm InTrend. Napaknya kali kedua blog Churaliya tu featured dlm InTrend. Glamer uolsss... Hikhik
Ala....sengetttt...naper???? Huhu.


*Suppose nk wat Wordless Wed, tp jap2 lagi lah. Tk kesah la kan walo pepagi dah jadi Bebelmore Wednesday. Agagagagagag (T________T)
*Jap gi ada Wacana kat INTAN, Bukit Kiara, penceramah adalah Dr Muhaya. Bes. Bes. So, kalo tetiba ada entry tu kira autopublish le yer.

21 February 2012

Perihal Liyana : Vanila Coklat

Sakit hati dgn Liyana dalam Vanilla Coklat???

Geram kan rasa bila dia da dapat memporak perandakan rumahtangga Zara n Amir.

Jadi, kalo kita rasa geram, mmg la lakonan Nabila Dally ni  berjaya. Dulu masa citer Qalesya pun aku da geram2 da budak ni. Huhu. Masa tu dia jadi apa tah, tak igt.
Tp gedik2 camtu gak la. Marahkan Qalesya tu ha.

Tp not bad gak la dia berlakon kalo gedik, buat org geram ni. Dlm Vanilla Coklat ngan Qalesya (2) mmg dkt2 nak sama dia nyer watak.
Rupanya dia penah masuk Pilih Kasih juga yer. Tak tau pun. Yelah, tk tgk pun. Huhu.

Oke, ni biodata dia. Kredit : 
http://buzzera.blogspot.com/2012/01/biodata-profil-bella-dally-nabila-dally.html

Biodata Profil Bella Dally

NAMA SEBENAR: Nabilah Ali Dally
NAMA KOMERSIAL: Bella Dally
TARIKH LAHIR: 27 September 1991
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu-Pakistan) dan ibu (Pan Asian-Filipina)
ASAL: Kota Kinabalu, Sabah
PENDIDIKAN: SPM
KERJAYA: Pelakon dan model
PENCAPAIAN: Finalis Pilih Kasih musim pertama, 2009 (menduduki tempat keempat)
DRAMA: Qalisha 2, 6 Progresif, Serapah Darah Bulan Madu, Inspirasi Varsiti, Sehelai Rambut Dibelah Tujuh, Jangan Bunuh Matahariku dan Vanila Coklat
FILEM: Seru dan Gila-Gila Remaja 2 (baru selesai penggambaran)

*aku rasa misti Zara n Amir berbaik bila dapat tau Zara pregnant. Heheheeewww.

Perihal TreatsPoints Maybank

Aku rasa tak penah kut lagi redeem TreatsPoints (TP) dari Maybank ni. Ke penah? Tp CIMB penah la. Yg ni tak igt. Tp Tp TP aku idak la byk. Jarang pun guna CC Maybank. Lps tu kad Maybank biasa tu, aku guna kat JJ or Sogo je salunya. Since aku tak tukau2 lagi kad tu pada kad ceri, jd tak byk tpt leh guna as debit card kan.

Tp takpe. Aku tgh view2 mana yg berkenan utk aku redeem ni. Tp ni la antara yg aku nak kot.

Backpack.
Since bag skang ni cam dah putus tali blkang tu, maka mmg rasa nak beli baru. Tatau besa mana ni. Yg ni leh pegi kedai dia trus. Maklum la, byk lagi nak travel ni kan. Nak travel naik ketapi lagi nati. Eh??


Giordano Backpack (BP0128)
Made of 1680D Polyester. Size: 34 x 12 x 47 cm. Colour: Red/Black.
TreatsPoints13500NSHS1206
HotDeals7250TP + RM30HNS0206

Laptop Bagpack.
Pun cam cantik. Tp utk laptop je plak. Mana muat nak buh baju segala. Tp nak redeem pun cam murah je pun. Ke bleh redeem2 kedua2 ni skali. Huhu.


Maybank Laptop Bagpack 
Polyster 1680D double knitted, lining 210PU, 13"Wx18"Hx5.5"D, Embroidery 6cmW, rubberised zipper puller
TreatsPoints6000On the Spot
HotDealsOn the Spot

Travel Case.
Pun cam bes. Senang letak apa2 dlm tu kalo nak travel. Eh. Cam la salu nau travel.

Travel Case - Hot Pink
Travel Case
TreatsPoints16000On The Spot
HotDeals8000TP + RM40On The Spot

Ha...piuk steamboat.
Lama kot dah nak beli. Tp blum beli2 lagi. Gi pun blum pindah lagi pun. Nak guna bila kat umah baru sok je. Kut buat housewarming ke kan. Paling bes yg ni la. Tp kena tambah duit kutnya. Tak cukup lagi point smpai 25k tu. Huhu.


PENSONIC STEAMBOAT PSB128S
•1600W •3.8L •Adjustable Temperature Control •Short Heat Up Time •Removable Stainless Steel Pot for Easy Cleaning & Storage •See-Through Glass Lid • 370mm (W) x 340mm (H) x 130mm (D)
TreatsPoints25980DC0090
HotDeals12990TP + RM64.95HDC0090

Mana satu nak tukar ni. Tkpe, pikir dulu, mana yg kehendak, mana yg keperluan. Kalo ikut keperluan, tak perlu kuar duit, backpack atas skali tu la. Tp tu lah... dah namanya asik pikir kehendak kannnnn........ Hahahahhaa (^_^)

Perihal Simplysiti : Dermagic

Kuasa iklan. Huhu.
Tetiba rasa cam eh, nak terai lah.
Padahal aku tau dah apa yg serasi ngan muka aku nih.
Saja gatai kan.
Last 2 year, masa SS ni baru kuar, aku beli la yg C Bright tu. Memula cam oke la. Tp da pakai 2 pek cleansing foam tu baru cam perasan, kalo ada parut2 jerawat bekas-tangan-gatai-aku-kutil, dia takmo ilang. Tp loose powder dia aku sker.
Lps tu aku kembali pada Loreal. Maleh. Seme guna Loreal semula. Tp, eh skang ni, cleansing foam aku pakai Safi Rania. Konon nak berseri cam RCW la. Phuiiii..... Ngehngehngeh.

Oke tak kesah. Kulit muka aku ni mmg tahap tak kesah. Ko letak la apa pun, Insyallah oke je dia. Cuma kadang ada yg cam tak berapa nak berkesan. Nak jadi rengsa ke apa, naik jerawat takde la. Alhamdullillah. Skang ni aku rasa cam gatai nak try Dermagica tu pulekkkk.
Masekelah.
Adakah sbb dia kata dpt menghilangkan stress?
Takde la sgt *tp nak gak try kan. Kut2 bleh ilang stress.
Cam bes sbb dia kaler fefel. My feveret kaler of coz..... hahaha.

So, cena? Ada yg dah penah try?
Wohooo.... kehendak seme ni..kehendakkkkk......

20 February 2012

Perihal Novel : Noor Suraya & Anis Ayuni.

Aku percaya ramai blogger2 ni adalah kaki novel. 
Aku pun sama la tak terkecuali. Dulu mmg sker baca dan sker beli. Tp skang da kurang sket. Cuma beli kalo penulis yg aku sker.

Smlm tgk penulis feveret aku kat TV - Anis Ayuni. Yerps. Bleh katakan byk gak novel dia ada dlm koleksi aku. Lps tu cam terpikir, why not aku kumpul seme koleksi novel dari penulis yg aku minat rather than beli novel yg aku tatau cemana gaya bahasanya.

Takat ni novel yg ada byk koleksinya adalah Noor Suraya. Mmg minat btul ngan hasil tulisan dia ni. Smpai buku dia yg utk kanak-kanak pun aku beli. Apa ke tajuk dia ntah. *yer, aku mmg ada penyakit lupa segala tajuk buku.
Google
Paling bes adalah Surat Ungu Untuk Nuha. Sker betul aku dgn citer ni. Pulak tu aku order by pos, maka dpt sign Kak Su n perca kain ungu. *kenapa ada perca kain ungu? kalo baca citer ni tau ler. Hihiks.
Kalo tgk novel Noor Suraya ni cam dia nyer watak tu setiap novel tu cam sama je. Cam ada kesinambungan la. Tp kalo tak baca novel2 terdahulu pun takde masalah. Oke je. Cuma kalo baca tu lagi bes lah. 

Noor Suraya
Nyanyian Tanjung Sepi ni paling tebal. Dan bes jugak. Aku nak ulang baca, tp mmg tak terbaca. 
Dan Jaja n Din juga bes. Memula baca kat blog dia je sbb dia tulis kat blog, lps tu harus la beli. Ni beli kat Pesta Buku tahun 2010 (kot). Again...masalah aku ni.


Cuma ada 2 buah novel yg aku takde (tp aku da baca. Pinjam dari opismet).  Tanah Adriyana n Rindunya Kian Membara. 

Seterusnya Anis Ayuni. Pun sker. Gemersik Kalbu retu kan citer dia. Tp lain sket la citer tu ngan novel dia. So, ada 4 lagi novel Anis Ayuni aku takde iaitu
1) Kau Kekasihku - tahun 2006
2) Seribu Kali Sayang - tahun 2008
3) Sungguh Aku Cinta - tahun 2009
4) Saat Kau Kata Cinta - tahun 2010

Oke, ada yg buku lama tu. Cam mustahil aku nak dptkan. Tp kut ada nak jual 2nd hand utk buku yg lama tu, bleh la aku consider walo aku mmg kalo bleh nak yg baru. (Pulak dahhhhh.....)

Paling aku sker novel Anis Ayuni adalah


Juga

Aku pun igt2 lupa citer dia cemana. Tp yg Manisnya Cinta tu mebi sbb ada memori aku p beli kat Pesta Buku ngan ehem ehem ehem. Maka, trus jadi suka. Hahahahah.  

Ada lagi 2 orang penulis yg aku sker. Next nati plak baru buat entry. But then, idea baik gak ni. If takde idea nak buat entry, bleh la bebel2 pasal buku2 yg aku sker ni. Ngeh.ngeh.ngeh.

Selamat Pengantin Baru : Fida & Haziq

Lama dah tak pegi kenduri kahwin. Yelah, kawan2 mmg mostly abis da..seme da kawen. Yg opis pun rata-rata da settle. Paling rancak, mmg tahun aku kawen tu. Tahun 2008. Bleh katakan mmg ada je jemputan tetiap bln. Kalo cuti sekolah lagi la. Berlapis2. Skang da kurang.
Yg kawen sekitar2 tahun 2008 ngan aku tu pun skang seme mengendong anak. But for me?? 
Ah. Lupakan, namo selit citer berbaur emosi plak di sini kan.

So, menghadiri kenduri adik manis aku sorang ni. Affida. Sabtu - 18 Feb.



Ya, beliau memang manis berlesung pipit. Ramai oh cuba nak mengorat beliau masa dia keja kat sini. Masa aku jumpa dia retu, (masa outstation ke Pahang), ada yg bagi no phone kat dia time kiterang makan. Manis cam gula ini orang. Hihi.
(dan sblh dia tu masin, tkpun masam. Da tau gomok lagi  mau berkebaya bagai kan. Agagagagaaa. Lps tu bershawlicious bagai. Aww..aww...)

Tp ni kenduri kat belah lelaki. Yg belah dia kat Kuatan, aku tak dpt pegi, balik kampung time tu. 4 Feb kalo tak silap aku. Time tu yg cuti dabel tu kan. Kalo tak, mmg bleh la pegi sbb kenduri aku kat Perak tu ari pun dia dtg.

Ekceli dedua pun kenal. Fida ni dlu satu unit ngan aku masa dia memula masuk opis aku ni (thn 2007 kot). Lps tu dia tukar bahagian, then dia berenti bila dpt keja kat Unimap. Jadi pegawai library kat situ.

Dan pasangan dia-Haziq pun seopis gak ngan kiterang.
Entah bila mereka menyulam cinta, tatau la. Haha.

Suka sgt ngan tema derang ni. Moden kontemporari. Haziq ohsem, dan Fida sgt gojes. Sker sgt.
Kek derang pun cantik. Aku dtg da agak lewat. Tau je lah Sabtu tu KL ujan lebat, dah tu jemmm plak. Maka kul 3 baru aku menjelma. Kek pun da siap potong. Tp kek dia adalah sebegini. Ohsem.
*hasil cilokan gambar dari FB tukang amik gambo tak rasmi derang. Huhu*



Apa pun, Selamat Pengantin Baru buat Affida dan Haziq.
Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign