Pages

31 December 2011

2012


Celebrate nuyer bersama adik2  di putrajaya.. Slmt tahun baru seme..

Terjebak Ke MLM Finale

Sebenar entry pertama hari ni nak buat pasal Azam. Tp takpe. Aku extent la. Sbb nak citer pasal Maharaja Lawak Mega. 


Tetiba lak kan. Padahal tak penah tgk pun program tu. Ada la sesekali tgk kat U-tube. Maklum la... semikin, takde Astero Warene. Kalo ada superpack bleh la ada, sbb aku da malas nak downgrade da pakej aku. Upgrade pun idak juga. Ko tggu je lah masuk umah baru sok sok.


Ate nyer cena bleh terjebak lak.

Kisahnya bermula time BW ke blog Deqlis. Deqlis kata sapa nak tiket final MLM just drop komen. Aku pun cam eh, nak la terai. Tk pikir pun dpt ke tak sbb tgk da lewat aku drop komen. Tp tah cena, rezeki ada. Dpt la 2 tiket.

Jadi emel, msg Deqlis segala. Tp malam tu bleh lak my dear kata 'taknak pegi la'. Pulaknya. Memacam dia kata, tak penah tgk la apa la. Sokay la. Tanak pun takpe. Tp aku tetap bawak ja baju gi opis. Sbb sng, takyah balik umah. Dari opis ja ke Shah Alam. Pagi tu pun my dear kata 'tgk dulu tau nak pegi ke tak'. Aku tau dah. Kalo dia berkata2 begitu mmg la dia tak berat nak pegi. So, aku pun msg member aku si Dee. Dia pun cuti n dia bleh je pegi. Tapi nyer, choiiii amet tau bila aku gitau aku nak pegi ngan kawan aku, tetiba laki aku ni elok je kata nak pegi. Choii tak?

Dan aku pun ter tulis status kat FB. Skali Dee msg 'tkpe la. Kalo Reen nak pegi ngan Lan, pegi je'. Aku cam eh, alamak.. camne Dee tau ni. Eh. Aku la kan yg gatal tulis status berbaur kan perkara2 tu. Haish. Choi skali lagi.

Eh. Mana bleh. Da janji ngan kawan kan. Yg laki tu bkn la takpe, tpnyer dia yg 'bolak balik'. Kejap 'buat muka' tension cam terpaksa pegi, kejap nak plak. 

Jadi, dgn muka tebal nih, aku msg Deqlis tanya ada lagi tak tiket lebih. Kut ada yg tak redeem kat dia. Aku igt takde dah, sbb dia tak reply pun. Tup2 dia reply kata ada, tp duk atas la katanya. Tak kesah la tu. Bagi je lah ke laki aku kan. Tp Deqlis tnya nak 4 tak? Makna dia nak tmbh lagi 1 sbb ada org taknak. Aku pun tnya kat budak unit aku. Ada sorang nak pegi.

Maka, ptg tu berpergian la kami ber3. Yg sorang lagi tu naik moto je sbb umah dia pun area2 situ je. Amik Dee dulu kat BTS. Lps tu, maghrib da smpai Shah Alam. Giler awal. Igt kut jem ke apa ke, tp elok je clear lak jalan. Haha. Tersadai la melepak2 kat tangga smbil makan ayam goreng Uncle Bob. Tak memasal. Bak kata Dee, da umur2 gini, nak duduk pun takes time. Bila da duduk nak bangun pun susah. Faktor usia. Ya. Itu lah simptom2 nya. Agagaga.

Dlm kul 9 camtu Deqlis call nak bagi tiket. Org da makin ramai nih. Giler tercarik2 beliau. Katanya baju itam. Tak napak dah baju itam time tu. Haha. Mujo dia lambai2 agkt tangan. So, lelaju amik tiket kat dia. Empat2 tiket kat atas. Sokay la. Org da masuk da time tu.

Tggu dak Zaim plak. Tk smpai2 lagi. Tetiba tgh tggu tu, datang sorang laki ni, tanya kat laki aku
"ada tiket dah?"
Aku suspect dia nak jual je tiket dia. Maka seme2 kami kata "ada dah..ada dah"
Lps tu dia kata
"saya dpt tiket ni, duk kat bawah - Arena. Tp sy malas nak masuk, saya katerer"

Kiterang cam tercengang2 situ. Dia bagi kat laki aku. Dan luckily us - ada 4 tiket jugak. Haha. Rezeki namanya. Tunggu dak Zaim, tak smpai2 gak. Org seme da masuk. Maka, laki aku suh aku ngan Dee masuk dulu while dia tggu Zaim. 

Nak jadikan citer, leklok kami masuk, dewan da penuh. RELA yg jaga kat luar tu tak bagi laki aku masuk. Aku call lagi, sbb aku da cop tpt utk derang. Siap laki aku kata 'ada encik, kalo tak caya, encik ckp ngan bini saya ni'. Haha. Baru derang leh masuk. Choi tau Zaim ni. Haha. Tp lagi satu hal sbb org ramai sgt. Nak direct derang ke arah tpt kiterang kemain susah. Mula cam putus asa dah sbb tak jumpa. Giler time tu da nak start. Si Dollah cantik tu da siap count2 nak on air dah. Choiii betul..  Tp mujo jumpa. Cuak giler dah. Dan dpt la derang duduk sblm start.

So, itu la citer nya cemana kami bleh terjebak. Masuk pun da lewat. Mmg blkg2 la tpt nya. 




Tgk kat screen je. Kalo org, sure kata baik tgk kat tibi ja cemtu. Haha. Nak tibi apa  nya, mana kami ada Astero Warene *cam ulang je dah*.  Sbb AA ni yang jadi juri, seme pakat ada pasal Ombak Rindu dlm persembahan derang. Ngeee :)

Kesimpulannya. Mmg bes. AKu paling sker Jozan. Eh. Tetiba plak. Hahah. Tp mmg bes la Jozan tu buat lawak. Rasa kejang perut jap.

Tahniah utk Osbon yg menang walo dlm dewan lebey gamat bila Boboi yg buat persembahan. Sengit sgt derang tu.

Terima kasih utk Deqlis yg bagi tiket ni. Sgt2 hargai. Tp tak bergambar pun dgn Deqlis. Terkesima kejap sbb dia cantik sgt. Dan aku mmg mencomot la cam bibik ja rupanya. Nati bagai langit dan bumi. Huhu. Again terima kasih daun keladi yer Deqlis, kalo ada sudi ler bagi lagi. Eh..??

30 December 2011

Google dan Who Call Me??

Korang penah tak kalo ada missed call lps tu nak trace sapa, then google carik utk tau sapa.
Tp ni berkesan kalo nombor tu ala-ala no office la.

Smlm aku dpt no dari 03-277720300
Tp aku tak pick up sbb no cantik2 ni biasanya dari bank atau pun insurans.
Kuawasa nak layan.
Then ari ni aku try google.

Phew. Mujur tak jawab ko.
Sbb aku jumpa feedback memacam dari web whocallsme ni.


Call tu dari Maybank. Entah apa derang nak tatau la. Yg nyata mmg aku rasa tak rugi pun tak pick up. Nak apa lagi??

Dan ada gak aku search 2,3 nombor missed called yg aku rasa nombor dari office ni. Dan dpt trace gak. Sokay la kan. Kalo kita ada dpt missed called. Or ada nombor taknak jawab. Bleh trace kat whocallsme tu.

Memacam kan google ni bleh buat.
Tp jangan terkejut la kalo google sotong goreng kunyit kat google image tetiba napak org yg cam dikenali plak. Hahaha.


Sejak bila lak aku menyotong nieh...????

Kejadian disedari oleh adik unit aku time dia google imej 'sotong goreng kunyit'.
Choiii 45kali sbb tetiba aku plak yg menyotong. Hahahahah.
Hai la google..google...

Powder Ball

Gedik. Gedik.

Lepas satu, satu ada je mendalah aku rasa nak try kan. Cena tah nak buat.
Skang ni tetiba tingin nak pakai ball powder.
Ada yg biasa guna bedak bebola nih?
Hihi.

Retu la tgk kat In-Trend iklan dia. Kosmetik brand Farmasi ke apa tah.
Aku google jumpa yg ni
Cerita panjang kat sini - Farmasi
Sebut pasal Farmasi ni, aku baru tau ada produk brand ni. Haha. Tu pun CC unit aku yg gitau. Oh. Betapa aku tak alert dgn dunia kosmetik ni kan. Haha.
Tp aku hanya nak tingin nak try yg bebola ni je. Cam bes lak nengok nya.

Lps tu tgk lak kat Mydeal.

Ada promo gak powder ball nih.
Cam bes ja. Promo dia - Mydeal.

Pantang ja ada deal aku ni. Laju je. Isk... giler.. Jap..pikir dulu. Ada 11 jam lagi bleh pikir. Tweheheheheee.

Wrap Up 2011 - My Family n MySelf

Wrap up terakhir - Tentang famili dan diri aku sendiri.
Tahun ni takde apa perkembangan sangat pada famili aku.
Cuma belah my dear ada la.
Majlis perkahwinan Kak Nisah bulan Jun 2011.

Dan majlis pertunangan adik my dear plak bln November 2011.

Dan latest, result PMR anak buah aku kat Johor yg score 8A. Tahniah utk beliau.

Kalo nak kata berkaitan diri aku ada gak la. Aku mulakan treatment kat LPPKN. Tp sekerat jalan ja. Blum buat sepenuhnya.  Takpe, nati bebila aku pegi balik la.  Tak perlu nak citer here and there pasal LPPKN tu sbb 'di sini' bukan tempatnya.

Mansion atas kayangan??
Hampeh ah. Bayar deposit utiliti sudah dah. Kena bayar to MOF pun dah start bln Oktober tu. Nak masuk umah nya  biler??? aduyainyer ponnn... menyampah kan?? Tu maleh nak beli umah baru tu. Lambatttt beno nak masuknya. Heh!

Tu je la kot.

Moga tahun 2012 ni Allah memberikan rezeki utk kedua-dua belah keluarga menerima berita gembira dari famili aku pulak. Insyaallah....
Google

29 December 2011

Taknak Buat Entry Tentang Dhia

Ramai da buat entry Tentang Dhia episod akhir, jadi saya tak perlu la buat entry Tentang Dhia jugak.

Hampir semua shbt FB yg online time Tentang Dhia on air membuat status berkisarkan drama itu, jadi saya takmo komen apa2 pasai citer tu lagi sbb saya pun da letak status memacam.

Hampir semua shbt kata sedih dan menangis. Jadi saya takmo komen juga sbb cam biasa, cam tgk Ombak Rindu gak, saya tak menangis. Cumaaa..cumaa... masa last tu je setitik dua air mata mengalir. Sbb saya rasa, oh.. ini  lah dinamakan Sehidup Semati. Indahnya. 

Hampir semua termasuk saya la terutamanya yg geram mummy Zikir tak kena balasan Tuhan setimpal dgn perbuatan kejam dan laknat yg dilakukan. Jadi saya takmo komen lebih2 juga. Sbb mungkin pengarah mahu lari dari cliche drama2 melayu yg selalu buat - jahat harus dibalas kejahatan juga.

Saya takmo komen pasal citer Tentang Dhia yg ending dia yg alahai..mati jugak akhirnya. Berapa orang tah matinya. Tp citer slot Akasia (eh. btul ke Akasia?) ni mmg kebanyakan citer lps orang ni mati, org tu mati, dan begitu lah seterusnya. Tk percaya tgk la citer sebelum2 ni. Oh. Mungkin Nora Elena takde kut watak mati.

Dan mmg saya takmo buat entry pasal ending Tentang Dhia ni.

Sekian terima kasih.

*Apsal la tak buat Ku Salmi tu kena patah petir ke, tergolek terbako ke. Haihs... *eh. Tak puas ati lagi rupanya aku*
*Eh. Ni bkn entry Tentang Dhia kah??? Twehehehhehe.... 



Sila Bersabar dengan HRMIS

Phewww..... gilerss... 
sbb tu aku saja lengah2 kan nk buat. Sbb kalo buat, mmg pakat makan sehari la ngadap dia. Tu baru masuk kat bahagian kursus yg dihadiri. Blum lelain. SKT seme tu. Mmg pakat nak memaki2 je rasa kalo takde kesabaran yg tinggi.

Dah leklok buat nih. Isi segala. Tggl nak isi tarikh kursus ja. Bleh dia kuar pop up yg IE error ke apa tah tu. Klik pangkah (x), ha.. mmg pangkah la jadinya. Abis dipangkahnya seme skali. Bkk balik. Try lagi. Pun camtu gak. Try kali ke3 dgn niat 'sahaja aku buat menda ni, tp kalo tak jadi jugak mmg aku tak buat dah!'.
Ha... mmg dia ilang gak. Konghajooo..

Yg masekelah adalah dia kena guna IE je. Tau ja la performance IE cemana.

Trus guna PC clerk aku. Fuh. Seb bek mau. Tu pun time nak 'simpan' tadi tatau untung nasib dia. Rasa cam dah ada. Tp kalo aku bkk balik kang takde, mmg tak kuasa dah aku nak buat lagi.

Thn dpn takde dah kut mendalah ni. Sbb kan da tukar SBPA. Ke ada lagi?? 
Choi sgt lah mendalah nih!

Wrap Up 2011 : Karier

Google

Berkenaan karier. Not so much la yg berlaku tahun 2011 ni.
Takde apa yg perlu dibanggakan dan membanggakan.
Cuma tahun ni dengan rasmi aku bbtul 'mengendalikan' unit aku ni dari Jan till Dis.

Tetap buat menda yg sama. Bosan tak?
Entah ek? Ada yg aku suka, ada yg tak suka. Tp nak buat cena kan. Kerja is kerja. Aku sker je buat yg legal matters tu, tp ada la 2,3 menda tak berapa kena ngan jiwa. Tp, tak kesah lah tu. Tanggungjawab kan. Buat la sehabis baik.


Apa pun semua berjalan dgn baik. Dengan bantuan adik2 seunit aku.

Cuma... khidmat adik2 SPS ni berakhir 30 Disember ni.
Sedihnya la hai.
Tapi mungkin juga disambung. Hopefully la meke disambung. Lega sket hati aku kalo nak cuti. Eh?? Apa kaitan? Sbb nyer skang ni unit aku ramai la sket kalo derang ni ada. If not. Tinggal ber empat ja. Nak cuti pun tak sedap perut rasanya.

Lps tu supaya tak lupa, aku perlu tulis gak la. Akhir tahun 2011, skim SSM nak ditukarkan kepada SBPA. Maka, ramai2 kena sign kalo setuju nak SBPA. Dan bila da opt for SBPA, bleh pilih samada nak keja smpai 60thn. Maleh gak nak citer panjang2 pasal ni sbb seme ada citer kat entry yg ber link kan tajuk SBPA.

Pendek je pasal keja kan.  Pikir nak carik keja lain tu mmg tak la kan. Lagi pun duk dlm closed-service ni mana je ko nak pegi.  Nak tukar suka sama suka pun mmg takde harapan la. Tp pikir utk menambah ruang2 yg ada dlm resume mmg sentiasa ada. Tu citer lain plak.

Yg penting skang nak lengkapkan LNPT dlm HRMIS nih. Tak gerak2 lagi neh.. org lain seme da siap. Kiterang baru nak kedek2 buat. Huhu. Tp nyer, acena nak buat kalo duk 'hangggggg' ja. Aduhai.. mujo yg nak dinilai 3 org cuma. Fuhh....!

Utk tahun 2012, cam org lain gak, mesti berazam utk jadi pekerja terbaik kan. So, itu jugak la yg aku pikirkan. Sempena tahun ke 8 aku berkhidmat di sini dan berpegang pada slogan Berkhidmat Untuk Negara, aku mesti pikir, apa yg aku dah berikan pada tpt aku mencari rezeki ni, dan bukan apa yg mereka dah berikan pada aku.

That's it. Selamat bekerja. (^_^) dengan penuh dedikasi.

28 December 2011

Nasi Kandar Ayam Madu

Dah jumpa. Hihi.
Retu aku da terai 2,3 kedai nasik kandar. Termasuk yg femes kat Kudu tu pun da terai, tp takde yg buat ayam madu yg sesuai ngan tekak aku ni.
Yeps, aku sker nasik kandar lauk ayam madu. Tatau pasal. Tp mmg sker.
Skang da jumpa.
Dkt banget ngan umah.
Hihi. Nati tingin je nasik kandar leh lari je pegi.

Ari Sabtu retu lps penat menyerbu tu kan, tanya my dear nak lunch kat mana.
On d way nak balik, napak satu kedai nih.
Salu kami g malam ja. Makan sup. Atau popular known as Sup Jalan Doraisamy.

Skang dia da ada kedai yg lawa. Cantik dan selesa.
Maka nerai la nasik kandar.

Yey! Ayam madu sedap.. sukaa...

Nati nak repeat.

Aku lupa plak nama kedai ni. Tp kalo sapa tau kedai sup jalan Doraisamy tu, ha.. situ la kedainya. Ujung skali tu. Dkt ngan Papa Rich dan juga dkt2 area ofis Nuffnang tu. Hihi.

Eh. Rasa nak repeat lagi plak.

Apa Terjadi Pada Petang 14 Disember

Sambungan dari sini


Lps tu masuk umah cam biasa. Rutin biasa bila da smpai umah, harus masuk bilik letak hbag segala. Skali eh... Ada adiah atas katil. Hiwhiwhiw.... *gelak tutup mulut tersipu sipu*
Kotak cam besar kotak kasut tu elok ja berbalut. Hiwhiwhiw.

Speechless jap.

Mula pikir, pagi tadi rasa aku yg last kluar dari umah. Masa bila plak la osmet aku buat keja nih. Hiwhiwhiw.  Dia da duk rilek kat dpn tibi mcm takde apa berlaku.
Tak smpat tanggal tudung nih. Trus gi kat dia smbil tersengih2 mengusung kotak tu.

Hiwhiwhiwwww...

"Suka?" tanya beliau sepatah.

Hiwhiwhiwww... tak bleh nak jawab. Speechless katanya kan. 
Tak sangka dia nak bagi sbb dia kata nak bagi lps balik JB. (kan aku outstation 15-17 Disember tu). Amazingly surprising gitu rasanya. Haha.

Pandai gak my dear aku ni buat suprise yer. Not bad...! Haha. Tu la, kalo dpt lelaki tak romantik ni, sesekali dia buat camtu mmg la akan rasa mcm tak percaya. Hiwhiwhiw.

Bila da bukak tgk sesuatu yg mmg la aku idam kan lama dah. Sejak dari blum kawen ko. Huhu. My dear tau aku nak sbb aku ada beli yg kecik kat HongKong. Aku kata nati aku nak  beli yg besar kat Malaysia ja since rega pun lebih kurang.

Skali dia belikan. Terharu. Tergaru. Hiwhiwhiw.
*gmbr kat atas tu tak leh view kalo application FB di block. Tu gmbr dari FB. Tp salah satu isi dlm kotak tu adalah yg ini
Google
Aku duk tanya2 bila lak dia mem project kan seme ni. Katanya dia ke Sogo kejap. Patut la masa aku nak gi   PPUM tu keta takde. Aku call bagitau nak pegi, dia kata dia bawak keta ke luar. Tkpe la, sbb aku naik keta org lain. Rupanya time tu dia gi Sogo. Hurm. Pandai je pun nak pegi sendiri. Tp untung la sbb musim Xmas kan. Dpt la skali losyen ngan clutch beg BV. Hiwhiwhiw. Walo hanya BV dan bukan LV ai tetap la suka...

Hiwhiwhiw.

Taktau nak kata apa. Just nak ucapkan terima kasih byk2 pada my other half. Sbb walo mmg diakui tak romantik tp beliau amat la memahami. Itu lah sbb nya kita ditakdirkan bertemu kan. I Love U Strong lah. Haha. Eh. Tak bagi adiah pun love so strong gak. Hihi.

Maka befday ke32 ku mengukir satu lagi kenangan manis bersama insan tersayang :) *eh. tp jangan salah anggap, bkn sbb dpt adiah maka nyer jadi manis, jadi manis sbb my dear pandai gak meng happy kan binik dia ni. Terharu ai tauuu....

Wrap Up 2011 : Deals

Tahun ni pandai berjinak-jinak ngan deal plak.
Mujur aku cuma ter jebak dgn 3 je sykt deal.
Takmo aku pandang yg lain2 lagi. Kang lagi entah hapa2. Antara deal yg aku beli tahun ni.

Groupon
(1) Fotobook - 8.5” X 11” Personalised Hardcover Fotobook (Ecazstudio) - redeemed
(2) Fotobook - Personalised Photo Albums from Photobook Malaysia - belum redeem
(3) Fotobook - 11” x 8.5” Personalised Hardcover Photo Book with Durable Lay-Flat Pages 
(Time Ventures ) - belum redeem
(4) Cherating - 2D1N Stay for 2 people at 4-star Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating for 2 people + Buffet Breakfast - burnt dah sbb tak sempat masa.
(5) Buffet Dinner - [50% + 10% Off] 5-star Hotel Dinner Buffet OR Weekend High-Tea at Taman Sari Brasserie, Hotel Istana -  redeemed
(6) Gateaway deal - 4D3N Stay at xxxx + Daily Buffet Breakfast for 2 people - utk tahun 2012

MilkADeal
(1) Red Velvet Cup Cake - RM25 instead of RM50 for Sheznie’s Scrumptious Selection of Cupcakes, Pies, Brownies and many more. 16 choices available. FREE DELIVERY within KL & PJ [50% OFF] - redeemed
(3) Spa-  RM39 instead of RM373 for Facial Lifting + Sauna + Body Massage + Body Scrub + Foot Spa at The Royal Malaysian Traditional Spa, 2 Locations [90% OFF] - redeemed
(4) Design rumah -RM99 instead of RM1800 for On-site Professional Consultation + Furniture Layout Floor Plan using Autocad Space Planning + Quotation of Proposed Cost & Site Visit in Klang Valley (includes Klang/Putrajaya/Bangi) by Desigva Design, Damansara Perdana [95% OFF]  - burnt. Giler rugi...!

MyDeal

(1) Tiket wayang - Up to 43% OFF a Pair TGV Movie Tickets (except 3D and twin seats) @ TGV Cinemas for only RM16 instead of RM28! - redeemed
(2) Cake - 55% OFF Heaven Premium Ice Cream Cake @ LAQY (M) Sdn Bhd for only RM58.45 instead of RM129.90! - belum redeem
(3) Karaoke -Up to 54% OFF 3-Hour Karaoke Session + 4 Drinks + 1 Tidbits for 2 pax @ Red Box Karaoke for only RM48 nett instead of up to RM10 - belum redeem
(4) Photo Canvas -56% OFF 1 Personalised Photo Canvas (12" x 18") @ O Design for only RM79 instead of RM178! (size upgrades available) - redeemed


Bagus gak buat camni. Bleh tau mana yg blum redeem, mana yg dah redeemed. 
Tp mostly aku beli mmg yg below 100. Cuma kalo gateway deal tu lebih sket. Tu pun aku pastikan tak lebih 3 rat. Takut gak oh terlibat ngan online purchase ni.

Dan azam aku berkaitan menda ni, aku harap tahun 2012 aku beli yg betul2 aku rasa bleh pegi. Tak mahu rugi lagi akibat burnt dan tak redeem. Sakit ati je kang kalo teringat. So, skang ni kalo aku nak beli, aku nak pegi trus, atau pun aku redeem laju-laju. Takut kang ada lagi yg tak te redeem.

27 December 2011

Fenomena Mak Mertua Dhia

Ini bukan citer Tentang Dhia dah ni. Tp dah jadi cite Tentang Mak Mentua Dhia. Haha.
Giler seme berapi kat mak mentua nyer Dhia tu.
Elok abis je berderet komen kat FB pasal tu.

*Ni aku baru screen capture lps 3 jam citer tu berlalu*



Aduhai. Aku pun sama la. 3,4 status berkaitan aku up time citer tu tgh on air. (T___T).
Rasa bengap wasangap sgt Dhia ni pasai pa. Ikut p ja la seme ckp mak mentua hang. Lps tu bengap wasangap gak pi ajak si Azmi tu mai umah dok buat apa. Aduhai.
Duk bengap2 kan org dlm citer tu, rasa aku lak yg lagi bengap wasangap. Haha. Abis... da tau seme dlm citer tu bengap wasangap, yg aku duk sangap gak dpn tibi melangut citer tu. Hahah.

Owh.. khas utk peminat2 mak mentua Dhia.
Nah amikk...

Tatau ngan sapa tah beliau ni. Source : Here

Elok bagi la apa2 anugerah kat Liza Abdullah ni. Lakonan dia seme menjadik ja.

Apa Terjadi Pada 14 Disember

Ya Allah hai. Lupa da nak citer pasal ni. Kasihan.... tertangguh sehingga dominggu.
Sebelum ia makin menjadi membasi, baik aku up. Ini la akibat nya byk sgt menda nak citer smpai citer ni pun terlupa. Mana bleh terlupa sbb nati nak kena tgk balik citer ni.

Tanggal 14 Disember 2011. Slps cuti satu hari pada 13 Disember tu. Masuk ja opis, adik2 seunit duk nyanyi hepi beday. Haha. Ah. Unit aku ni mmg begini. Ceria sentiasa. So, aku pun ucap mekasih pada meke. Cuma hari tu opis macam berkabung sket sbb ada kematian salah seorang staff bahagian Rekaan. Pereka yg byk menyumbang idea kpd ofis kami. Al-Fatihah utk beliau.

Seterusnya agak kelam kalibut gak la pada hari tu.
Dpt news sorang adik unit aku admitted PPUM. Suspected denggi. Yg derang ni da gi melawat smlm nya (13hb). Aku tnya kenapa tak kabo ke aku. Jawapan derang - tanak kaco Kekda mau celebrate anniversary. Aduyainyer pun.
So, dlm kul 11 tu pegi la ke PPUM. Melawat adik tu.

Kul 1 balik opis. Tgk2 atas meja da ada kotak.

Kotak apakah?
Harus la kotak kek. Hihi.  Dan aku tau, ianya bukan suprise dari my dear. Hihi.



Tp seme cam sebuk2. Aku pun blum lunch. Maka aku kuar jap. Gi bli KFC. Blanja adik2 seunit aku KFC.


Bekas yg gambo Happy Feet 2 tu bes amat. Bleh letak apa2. Dia cam keras sket. Salu kan cam lembik ja. Letak beras pun oke tu. Eh. Tokei tupperware takkan letak beras dlm tu. Hahhaah.

Dah makan makan, baru la seme ada and baru leh potong kek. Sbb da waktu ofis, nak nyanyi hepi beday pun tak tak bleh kuat2. Haha. Lawak ah!

Gembira ja pompan ni potong kek. Haha. 

Takde saprais2 sbb ini mmg rutin unit kami yg aku terapkan sejak bln 1 tu ari. Ada je befday ahli2 unit aku ni harus ada kek serta sessi suap menyuap pada befday gal atau boy.


Sgt seronok la kan. Makan kek yg sodappp.... tenkiu seme yg sudi membeli kek bes nih. Seme rasa cam tak cukup plak. Haha.

Oleh sbb ni acara unit aku, secara otomatis my dear mmg tak terlibat. Aku ada la hint dia, suh dia plan ngan bebudak unit aku, tapi idak nya dia nak. Senang je dia kata 'heshh... bia la unit awak buat utk awak'. Wahh.. begitu.. dari pagi smpai ke petang aku tggu suprise dari dia. Apa pun tak boleh ada. Hahha. Sadisss.

Cam tahun2 sblm ni ada gak la dia suh org kedai hantarkan kek. Thn lps dia hantar bunga yg buat aku cam ilang semangat kejap. Ye lah. Tau je la my dear aku ni. Mmg cam mustahil dia akan hantar bunga. Katanya lebih baik dia blnja makan, bunga bukan bleh makan. Okehhh... saya akurrr... Tp oke pe org camni, so bila dia buat suprise baru rasa mcm eh, btul ke ni, btul ke awak bagi ni. Hahaha.

Tp aku bagi gak lah sket kek tu bagi dia merasa. Lps tu dah petang ni tunggu smpai la time balik, pun takde apa. Masa kuar keta nak masuk umah, ada la aku cakap 'takde pun suprise dari awak kan tahun ni'.

Dia selamba dia lah. Takyah la katanya..

Aku pun cam.. ala.. takpe la. Smlm pun da blanja diner bufet tu kan. So, redha. Tapiii... masuk je umah... Owhhhh...

Oke.. sambung nxt episod.

Alamat dan Hadiah

Calling for all the contestant for My Great Cuti Cuti Cinta.
Bagi yg belum menghantar alamat, sila le emelkan alamat laju laju ke cikstoberi@gmail.com yer.
Oh. Berkenaan adiah pemenang saguhati.
Ada yg booked adiah, ada yg belum.
Maka saya putuskan ikut first come first serve.
Mana yg tak booking tu, saya bagi je lah yer antara mana2 adiah tu.

So, ini adiah yg di booking dan senarai nyer.


Yang takde kaler tu mmg dah 'cop' adiah derang laju-laju n dapat la sbb 1st come 1st serve.
Yang kaler biru tu ada 'cop' adiah, tp tak dpt sbb org yg atas ni dah booking dulu. Jadi, adiah tukar yer.
Yang merah tu tak book maka, saya bagi je adiah yg ada yer.
Bleh gitu? Deal.
Oke, yg tanda 'x' tu sila antar alamat eh.

Seterusnya utk 8 orang pemenang hadiah utama.
Semua alamat dah ada. Dan yg tak bagi tu mebi akan diberi secara by hand saja.

Jadi, sapa-sapa tak bagi alamat, sila antau yer.
Ai da tak sabau nak antar adiah kat uols niehhh... :)

Sekian, makaseh.

Wrap Up 2011 : Percutian

Alhamdulillah, tahun ni ada juga kesempatan diberikan Allah utk aku gi bercuti cuti, jalan-jalan ngan keluarga, dgn yang tersayang.
Google
Kalau ikutkan sapa tak sker bercuti dan berjalan2 ngan famili kan. Seme orang camtu. Tapi, aku ni ikut rezeki yg ada. Kalo pikir bleh pegi, pegi ler. Takde la sbb nak bercuti, kena ikat perut, smpai kena tahan makan, nak satu menda kena tggu gaji, kena tahan apa nak beli semata - mata sebab nak bercuti. Mmg tak la camtu. Prinsip aku mudah - asal hidup selesa cukup. Aku tak sker, kerana nakkan satu menda aku tak dapat menda yg lain.
Pun tpt yg aku pegi pun tpt biasa2 org lain pegi juga.

1. Januari - Kundasang, Sabah
Sempena anniversary ke2 kami. Mmg kami akan extent kan percutian anniversary ke bln Januari sbb bln doblas adalah  bulan yg super-pack. Musim hujan lagi. Kata percutian anniversary, harus la exklusif sket kan. Namo la berebut2 ngan org tgh bercuti. Haha. Poyosss.. Maka pada 9 hingga 11 Januari 2011, kami ke Kundasang Sabah.  Melihat puncak gunung Kinabalu megah berdiri di hadapan mata adalah satu pengalaman yg sukar untuk dilupakan. Cerita tentang Sabah adalah di link Sabah ini.

2. Januari/Februari - Penang
Kali ini bercuti membawa mak ke Pulau Pinang. Alang2 ada cuti hari Wilayah. Balik kampung dan lajak ke Penang jap. Tp tak jalan mana sgt pun. Kejap ja pun. 30 Jan - 1 Feb.

3. Mac -Bukit Merah Laketown Resort
Percutian bersama mak juga. Kali ni disertai famili AbgCik. Kami ke Bukit Merah Laketown Resort. Tiket yg beli masa BMLR buat promo kat Maeps tu. Seronok jugak la walo abgcik balik awal sbb dia asma. Kiterang je la smpai ke Pulau Orang Utan seme. Hihi. Link citer : Bukit Merah

4. Mei - Palm Garden, Putrajaya & Bagan Lalang
Gedik tatau nak kemana masa cuti Hari Pekerja. Seme tpt da abis kena booking. Maka gatai booking Palm Garden Putrajaya. Saja, nak rilek2. Huhu. Dan esuknya tu lps checkout, ajak kakyong n famili makan2 seafood kat Bagan Lalang. Itu la pertama kali dlm idup aku ni ke Bagan Lalang. Kasihan.. kan?? Haha.

5. Jun - Bagan Lalang
Skali lagi ke Bagan Lalang. Haha. Ate'nyer sronok beno plak makan ketam kat sana yer smpai repeat. Iyer. Kali ni ngan adik2 unit aku. Tak seme dpt join. Tp seronok gak la ber pegian beramai-ramai. Thanks to Aishah - member aku yg keja LKIM. Sbb dia yg uruskan booking penginapan kat Camar Laut - Pusat Latihan LKIM. Cerita pasal percutian bersama adik2 unit aku ni : Bagan Lalang

6. Julai - Cameron Highland
Percutian ad-hoc ke Cameron Highland. Sebab apa ad-hoc? Sbb tetiba je aku rasa nak gi Cameron n tanya my dear, and beliau kata oke. Jadi, dah oke, trus booking la. Kira cam last minit la. 2 minggu je booking. Salu berbulan kena tunggu kan. Haha. Stay at Natasya Resort. 2 hari 1 malam mmg macam tak cukup. Memang bes Cameron Highland ni. Tp tak bleh la gi slalu. Nati bosan lak. Dia biar da lama camtu pegi, baru pegi.. ha, tu bes. Last aku pegi tahun 2006 tk silap aku. Mula dari sini la aku gelarkan seme percutian aku ngan my dear adalah Cuti Cuti Cinta. So, cerita Cuti Cuti Cinta Cameron ada kat link : Cameron Highland

7. Oktober - Hongkong
Boleh dikatakan ini lah Cuti Cuti Cinta paling great utk tahun 2011. Ini bkn azam utk tahun 2011 tapi impian sejak dari kecik. Nak gi Disneyland. Maka, entah cemna, tercapai plak tahun ni. Huhu. Secara tak sengaja beli air-tix masa bln Mac. Masa tu MAS duk buat promo dan entah cemana aku ter beli dan secara otomatik kena la ter booking gak segala hotel. Hihi.
Percutian 4 ari 3 malam di Hongkong mmg dirasakan bagai mimpi. Ada rezki nati bawa anak2 pula yer. Link segala cerita berkenaan Hongkong bleh tgk link Hongkong.

Dan itu saja la cuti cuti tahun 2011 ku. Last skali patut diakhiri ke Cherating. Siap da beli pun deal. Tp burnt sbb tak dpt masa yg sesuai. Sayang sungguh la. Takpe, tahun 2012 ni bleh la plak buat Cuti Cuti Cinta ke negeri2 pantai timur.  Hihi.

Hanya tu la tpt percutian yg aku mampu pegi utk tahun ni. Tak banyak pun mcm setengah orang yg tetiap bulan ada gi berjalan-jalan tu. Ikut kemampuan kan. Ada rezeki kita pegi, takde duk umah saja. Mengontok2. Tp kalo ikutkan ada antara bulan2 tu yg aku tak gi bercuti tu aku gi outstation utk urusan kerja. Jadi untuk tahun 2011, urusan outstation aku cuma sempat ke Langkawi, Penang dan Johor.  Suppose aku kena cover Perlis n Kedah juga. Tak smpat. Oh. SKT tak capai la tu napaknya. Ahaa... cena..?? cena???

Utk Cuti Cuti Cinta dari Januari hingga Julai tu, antara gambar-gambarnya aku dah abadikan dalam fotobook.  Cuma utk Hongkong mmg blum buat sbb aku nak buat khas satu fotobook. *tak abis design lagi yg tu. Aduyaiii*

Apa2 pun, utk tahun 2012, aku mohon pada Allah utk sihatkan tubuh badan aku, sihatkan suami ku, emak serta famili seme agar kami dpt lagi meluangkan  masa bercuti bersama.
Utk tahun 2012 juga da ada 3 percutian yg mmg dah di plan. Untuk bln Januari, Februari dan Mei. Selain dari tu, nati kita pikir. Hihiw...

26 December 2011

Berjaya Serbu

Saya dah serbu?
Anda??

Haha. Mengong.

Rentetan dari entry ari Jumaat tu ari, yg sebuk nak menyerbu tu kan.

Maka, hari Sabtu baru kesempatan menyerbu. Outlet nya biasa lah. Jalan TAR sana ler. Pegi pepagi lagi. Kuar umah dlm kul 9.45 camtu. Kul 10 dah smpai. Cam biasa parking kat CapSquare sanun. 

Memula masuk kat outlet yg tgh sket tu. Sbb situ nak carik platinum cam byk. Skali takde org layan ko. Aku da selak2 pun takde orang layan. Yer, mungkin saya kelihatan seperti tidak ingin berbelanja dan mungkin SA di situ tgk mcm muka bawak seploh hinggit tp sebok nak ber Ariani. Oh. Dia tatau aku dari rumah dah berniat, sahaja aku melangkah keluar utk membeli tudung sehingga RMxxx. Lama gak aku pusing2 dlm tu, mmg ramai pun time tu, tp takde SA pun yg tegur. Kut dia igt aku tak berduit tp nak carik yg platinum, aku pun saja la buat2 tgk tudung2 yg bhgn luar. Pun sama, takde org layan gak. Aku siap tanya dah selai tudung ni berapa. Acuh tak acuh SA tu jawab. "separuh rega". Owh, taknak layan yer. Okeh. Takpe. Kalo kamu semua taknak layan, lagi bagus. Niat aku dan duit yg aku da niat nak laburkan tu akan selamat. Just 1 thing je la aku nak tanya kat management nya, perlu kah melayan customer secara diskriminasi, kamu napak orang tu mcm bukan potential customer, pakai pun selebet2 takat t-shirt I Love Hongkong makanya kamu sudah ajar Sales Assisstant supaya tak perlu melayan 'budak' tersebut?

Maka, aku pun keluar. Tgk2 my dear ada kat kedai mamak sebelah tu? Minum. Mmg dia da ckp, awak masuk la carik, saya g minum. So, aku kata aku nak masuk kedai dpn lah. Masuk kedai dpn, org tak berapa ramai. Oh. Mungkin seme ke outlet tgh yg cam bes sket tu la. 

Masuk je ada sorang kakak tu entertain aku.

"Ha.. dik.. yg ni kalo adik bli satu separuh harga, tp lebih baik adik amik 4 sbb akan dapat free satu. Bla..bla.. bla.."

Oh. Aku perlu 'tangkap' SA ini sblm dia entertain org lain.
Maka aku suh bawak trus ke platinum. Sbb kalo time sale ni mmg target aku beli platinum ja. Yg lelain tu salu je ada sale. Akak tu pun bawak ke platinum. Ha. Mmg la aku beli sbb aku niat nak beli kan. Mampuih p la SA yg kedai satu lagi tu. Org nak bagi sales kat awak pun tak mahu kan. Sombong. Takpe, lain kali saya dtg kedai awak pakai baju lip lap lip lap yer. Bagi tau kat awak, saya ni konon nak beli ribu ribu, padahal satu pun saya taknak.

Hah! Dkt 2 jam akak tu layan aku. Dari niat nak beli cuma RMxxx, ternaik juga sedikit sehingga meng upgrade kan kad pink ke kad gold. Itu mmg tak memasal dan lari trus dari niat utama. Phew.... akak tu mmg bagus la PR and marketing dia. Siap aku amik no phone akak tu dan tau nama akak tu adalah Kak Nor. Mmg tak sombong langsung lah. Elok je layan.
Tkpe dik, try je, bkn paksa beli.
Tkpe dik, akak try carik kat sebelah sana.
Tkpe dik, pilih je, kang akak carik saiz.
Kejap2 dia kena pegi kedai sebelah n kat stor dia carik kaler n saiz.

Ha. Mungkin sbb dia agak senior, maka layanan dia bes, tanpa ada diskriminasi. Sbb walo ko tgk customer itu selebet thp budak lepasan SPM, ko tak leh anggap 'ah, budak ni mmg takde duit ni, bkn nak beli'.

Masa da bayar seme, salam2 ngan KakNor tu aku ucap terima kasih.
Tp dia kata
"Eh dik... patut akak ucap terima kasih"

See.. berbudi bahasa kan. Sbb nyer, dia mesti la dpt komisyen kan. Pada KakNor, terima kasih sbb sudi melayan kerenah saya yg mcm2 itu. Aku keluar dari situ bila org makin memenuhi ruang2 yg ada. Hampir jam 12 tghari. Sambil tersenyum puas.

Hasilnya

Campur2. Ada selai tudung ciffon 2 layer. Nak buat raya kononnya.*iyo sgt lah tu kan* Beli gak utk my mom n my MIL.
5 helai daripadanya jenis pendek. Aku mau 'gu' kan dgn shawl. Yang pendek ni murah ja. Beli 4 percuma 1. Hihi.


Shawl tu trus beli ja. Shawl murah lah kan. RM6 da dpt utk yg satin tu, yg chiffon tu 2 lai RM15. Hihi.

Lps ni setahun kot tak perlu jejak Ariani.
Muka mmg la ada senyium... tp lps tu baru cam ter kesima.
Eh. SBPA tangguh la. Gaji bln Januari nati gaji lama. Hahaha. Terus mode bertukar geram kat Q-pac. Grrrr... Hahhahahhahaha (^_^)

Wrap Up 2011 : Blogger

Owh. Agak terlewat pula tahun ni memulakan entry Wrap Up. Nak ujung2 ni, biasa la kan. Tahun lps pun ada aku buat entry wrap up. Tapi bila tgk2 semula, tahun ni cam tak byk menda nak di wrap up kan.


So, kita start wrap up dengan citer2 pahit manis as a blogger.


Kredit : Here
Gambar sekadar hiasan. Takde kena mengena. Dan jauh dari panggang dari api la kata aku dah jadi famous blogger utk tahun ni. Motip?? Hahaha. Tp mana tau satu hari nati perkataan 'pnstoberi' menjadi top ten dalam pencarian google. Kah.. perasan sgt tu. Hahahhahahaha..... mengong.. takde ke hingin la plak menda2 camtu, padahal blog tahap blog sampah sarap ja kot. Muahahahhaha.

Tahun ni mmg takde apa2 pun kenangan bersama Nuffnang. Selain dari byk contest dia aku tak join, tiket2 pree pun haram tak napak. Tahun lps mmg bes. Byk menda dpt dari Nuffnang. Tahun ni nan hado. Huhu. Eh... cop... yg Konsert Hore Hore bersama Aznil tu tahun ni kot kan. Jap nak carik. Ya...mmg btul. Bulan 3. Itu je la yg dpt dari Nuffnang tahun ni. Link : Konsert Hore Hore Aznil

Lagi pasal apa berkaitan blogger.

Oh. Tahun ni aku ada buat satu blog khas. Sapa yg tahu tu tahu lah kan. Dan dari situ lagi ramai kawan2 baru aku kenal. Yang sama berusaha, yg sama tak pernah kenal putus asa. Saling memberi semangat antara satu sama lain. Sempat la aku buat mini gathering dgn derang dlm bln Okt tu ari.
Kisah nya di link ini : Wetland

Kerana satu persamaan, maka ikatan persahabatan makin erat. Sungguh, aku bersyukur kerna dipertemukan dengan mereka ini.

Rasanya utk tahun ni, itu je lah pahit manis as blogger. Alhamdulillah... kebanyakannya manis la kan. Yg pahit2 tu letak tepi dulu lah. Malas nak ulas. Huhu.

So, moga tahun hadapan, masih ada la kekuatan nak terus menulis. Dan azamnya moga entry tak la terlalu banyak yang sampah. Huhu.

25 December 2011

Follower, Reader dan Silent Reader

Takat hari ni follower kebun stoberi ni ada empat ratus sembilan puluh satu orang. Nak kata pencapaian haibat bangat tu mmg tidak la kan. Aku pun tak penah mimpi ada follower ratus2 ni apatah lagi ribu riban. Orang lain siap beribu malah cam Hanis Zalikha tu ada 34388 (sehingga entry ni ditulis) follower.

Aku start buka kebun ni dlm tahun 2009. Masa tu mmg tak ramai la yg follow. Dan yg follow masa tu adalah org yg mmg aku kenal. Yg tak kenal ada la 2,3 kerat. Mmg aku tak penah promote la blog ni kat memana. Terus menulis dan menulis. 

Aku akui, follower aku ramai bilamana aku buat contest pertama aku. Contest sedondon raya tu. Masa tu la naik ratus2. Aku pun takde la paksa 'nak masuk contest aku sila follow... wajib follow..harus follow dan bla bla bla...". Aku siap ada adiah utk bukan follower. Tp meke memilih utk follow. Dan setelah diumumkan pemenang, ada antara meke yg tak menang maka meke memilih utk berhenti mem follow. Oke, feel free to do so. Aku tak kesah pun. Mungkin meke rasa, udah la follow aku, lps tu tak menang, lps tu aku tak follow pun blog meke. Dan bila baca2 blog aku ni meke rasa tak bes pun utk difollow. Jadi, derang pun opt out la kan. Tak ngapa. Terpulang. Rasa nak baca, baca. Rasa nak ikut, ikut. Then lps tu, any GA ke contest dari aku, aku tulis syarat dia terbuka kepada follower. Bknnya mesti jadi follower. Terpulang pemahaman memasing la ayat tu. (^_^).

Lagi satu mungkin orang  menyampah tgk blog aku ni yang entah apa-apa kategorinya. Aku sendiri pun pening yer nak mengkategorikan blog aku ni. Nak kata parenting jauh skali. Family pun idak. Kerja lagi la bosan nak story. Blog traveller? Heh, poyo sgt tu kalo aku kategorikan blog ni sbg blog traveller. Aku ni bkn la peng travel yg tegar. Setakat 2 bln sekali atau setahun 7,8 kali gi travel, lps tu jalan2 pun dkt2 sini ja, mmg tak la kata blog aku ni blog traveller. Jadi aku kategorikan je la blog personal. Seme citer sumbat dlm ni. Haha.


Bagi korang la kan, follower ni penting tak?
Penting la kan sbb ada follower, ada pembaca. Ada pembaca, ada lah visitor. Ada visitor, adalah duit masuk - bagi sesapa join Nuffnang atau memana iklan lain lah.

Tapi boleh tak aku kata yg follower ni bkn seme reader kita? Owh. Mungkin bagi blog aku ni ja kot sebab petua nak bagi orang masuk baca blog kita adalah merajinkan diri blogwalking atau nama pendeknya BW. Aku ni mmg maleh amat la BW. Aku BW gi blog yg ada kat side bar aku ni, and kat dalam dashboard aku la.  Selain dari tu jarang. Mengkalo aku da boran (boring + bosan) sgt, aku masuk innit and tgk blog mana yg bleh dibaca, lps tu aku kalo aku rasa cam eh, bes lak blog beliau ni, maka aku ketik la button follow tu.  Aku cuma join Innit ja dalam network blogger ni. Selain dari tu takde. Tp tu pun da setahun kot tak berusik nak ping entry. Aku ping blog weekend ja. Selain tu dari tak sempat lah.  

Prinsip aku dlm follow mem follow ni mudah ja. Aku rasa nak follow, aku follow. Dan jangan risau,, aku tidak menggunakan prinsip - I follow u, u follow me back okeh - yg mana aku harap org lain yg follow blog ni pun tak deal ngan aku camtu. Sbb tu la aku tak join segala network blogger ke apa bloglarian ke apa seme tu. Bukan aku sombong cakap aku ni macam baguih dok ada, tp nyer kang org folo, tp aku tak mampu nak folo acena?? Lagi hampeh kan pangai camtu. Dan hampeh juga sbb kang aku just nak meramaikan follower, maka aku ketik je la button follow tu, tak kesah la rupa mana kekdah blog tu.

Dan bukan bilamana aku tak follow tu aku anggap blog tu tak bes. Tidak sama sekali begitu yer. Kalo tak bes, aku tak letakkan di side bar aku tu. Ada blog yg aku tak follow, tp aku letak di side bar tu. Tu seme utk aku masuk baca yer. Sbb kalo follow pun kadang ada blog ter lepas pandang kat dashboard. Better aku masuk baca dari link kat sebelah ni ja.

Sebenarnya pun, blog aku ni, angka ja follower tu ja ratus ratus. Tp UV - Unique Visitor aku setiap hari adalah half dari tu ja secara puratanya. Sbb tu aku kata follower ni bukan seme reader. Apatah lagi yg jenis 'terpaksa' follow masa masuk contest tu ari.

Eh. Jgn salah paham plak igt aku mengkebulurkan org masuk blog aku ni hari2. Macam aku cakap tu gak la. Ikut suka hati. Ko suka ko masuk baca, tak suka tak perlu baca.  Takyah la kot nak print screen dari Analytical Nuffnang. Macam aku ckp tu la. UV blog ni dalam 200 ratus camtu ja sehari. Dan aku rasa juga 1/4 (atau mebi 2/4) dari UV tu adalah Silent Reader (SR) dan bukannya follower. And... mostly SR aku dari ofis aku. Aku tau ja tu. Hahahahha. Nak baca, silakan baca. Utk meke ni seme, walopun SR, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih daun keladi. Kalo bleh baca lah hari hari. Mana tau ada cerita panas menanti. Bleh la dibuat cerita dibuat gosip nati. Bersama sama rakan rakan sambil makan di pantry. Awww... Hahhahahaha.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih pada yg sudi singgah dan baca blog ni.  Sekian bebelan di ari minggu dan cuti 3 ari ni.

Image : google
*Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena ngan tajuk. Tgk program Maksima ke apa tah tadi. Derang buat sea walk kat Pulau Sapi Sabah. Terus hati meronta ronta nak pegi. Hahah.

24 December 2011

Pasti Boleh : Result PMR

Berita Penuh : MStar

Apa kata org tu - when there's a will, there a way. Ke terbalik? Alah, cakap melayu lah - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan.
Utk adik ni, mmg aku ucapkan tahniah. Sbb aku ni dulu PMR pun trok. Huhu. Nak gitau pun malu. Fadan la muka kan. 2A 6B ja. Haha. Mujo la jadik 'manusia' dah skang ni, kut tak... mana hala aku ntah.

Info ringkas mengenai autisme ni bleh baca kat incik Wiki ni - Autisme
Malahan, Albert Einstein juga dikatakan pengidap penyakit seperti autisme ini. Citer mengenai beliau bleh baca kat sini - Albert Einstein.

Jadi maknanya, satu penyakit atau pun kekurangan tu bukan lah penghalang utk kita berjaya. Btul tak?? Dan bila kita ditimpa musibah atau dugaan itu bukan lah penamat kepada kehidupan. Yang penting kena terus berusaha dan berazam. Insyaallah.... pasti berjaya. Ceaa..

Oh. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah utk anak buah ku - Farah Nabila yg sekolah kat Johor sanun, yg dpt keputusan cemerlang. 8A. Woimokk... pande'  nya kamu Farah. Retu aku ada cakap nak blanja beliau makan kalo dpt 8A. Atu dah nya, nak belanja kat mana ni? Jumpa pun time raya ja.  Nati la, ada rezeki gi Johor bleh la pegi umah abg aku tu - lama giler kot tak gi umah derang. Bawak mak skali. Tggu la pas setel pindah umah nati. Aduhaii... sakit paler ingat umah ni. Bila tah nak pindahnya.

Gamba curik kat FB beliau. Hihiks.  Kalo nak tau kiterang ni badan lebih kuang ja. Haha. Masa wedding aku dulu, elok ja dia pakai baju kurung aku. :D

Oh. Itu beliau bersama abgnya. Napaknya adik sudah kalahkan abg nih. Hihik.

23 December 2011

Screen Capture for Galaxy SII

Haha. Berbulan2 guna baru sedikit demi sedikit aku discover apa yg budak MyS2 aku ni bleh buat. Dan ini yg terbaru aku discover. Haha.
"How to capture screen from your Galaxy S2?"

Taraaa...

Haha. Org lain seme da tau, aku baru gedek2 nak buat.

Sonang bai tu je rupanya.
Tekan button home n button lock utk masa yg sama. Then lepaskan. Bunyi klik cam tgkp gmbr.
Nati dia akan tulis
Screen captured. Saved as image file. 
Hihi.

Sekian, tutorial dari saya yang jakun.
Miahahha.

Result My Great Cuti Cuti Cinta : Pemenang Utama

Sori banget seh sbb lama tul simpan result ni smpai kepam. Suppose ari Rabu announce. Sori dehh.....
Saingan nak carik pemenang antara 8 orang pemenang utama ni mmg la susah.  Seme nyer memberikan citer bes, menarik dan ada 'effort' yg tinggi napaknya utk menawan hati juri. Ecewah!

So, the result,
Kita mulakan dengan adiah dari tpt ke 8 dan ke 7 dulu. Yang ni bukan bererti citer tak bes yer, seme bes bes belaka, termasuk yg menang saguhati tu dulu.

Tempat ke 8 dan ke 7 adalah hadiah yang baru top up. Masing-masing akan menerima

Beg syiling ber zip - exclusif dari Hong Kong. Muat buh handphone. Eh. Galaxy S11 pun buleh sumbat ni. Tp GTab ataupun Ipad tak bleh la. Huhu. 
Pemenangnya adalah
Tempat ke 8 : Eka dengan Cuti Cuti Cinta dari Korea.
Tempat ke 7 : Nana Fauzana dengan Cuti Cuti Cinta dari Sabah. Dann..... sebagai menghargai Nana sebagai peserta paling pantas menghantar entry, maka akan disertakan adiah 'suprise' berupa Fridge Magnet yg juga dari HongKong :)

Hadiah tempat ke 6 dan ke 5 adalah : Bekas Tupperware 4 segi. Bleh bawak bekal nasik goreng ke opis. Huhu.
Tempat ke 6 : Cha dengan Cuti Cuti Cinta dari Langkawi.
Tempat ke 5 : Nana Aris dengan Cuti Cuti Cinta dari Bangkok.

Tempat ke 4 - Shawl
Dan pemenangnya : Eida Baharom dengan Cuti Cuti Cinta dari Pangkor.

Tempat ke 3 - Kain Batik Sarung
Dan pemenangnya : Sahabat baru kebun stoberi - Mikamusz dengan Cuti Cuti Cinta dari Amsterdam.

Tempat ke 2 - Sepasang Sutera Batik
Dan pemenangnya : Zana Adieyza dengan Cuti Cuti Cinta dari Cameron Highland.

Serta Grand Prize - hadiah tambahan juga - sepasang telekung

Dan pemenang Grand Prize yang menambat hati juri adalah



Ucapan tahniah dan terima kasih dari saya kepada semua pemenang yg sudi meluangkan masa, sudi membuat cerita yang menarik utk tatapan saya, tp maaf hanya ini je lah yg mampu saya berikan tanda menghargai kawan-kawan semua. Sila emelkan alamat kawan-kawan ke cikstoberi@gmail.com selewatnya-lewatnya 25 Disember 2011 utk urusan pos hadiah.  Kalo sapa yg nak jumpa direct pun bleh juga :)

Buffet Lagi

Mari ber buffet lagi. Haha.
Sudah terpikat lalalala dgn deal yg ni.

Memula igt nak beli then nak gi ngan adik2 seunit sempena nak makan2 sblm derang tamat kontrak. Tup2 tgk redeem nya start bln 1. By dat time, derang pun da tamat kontrak.


Jadi, beli je lah. Utk beday my dear sok bln 2. Haha. Aci??
Ke kalo tekak tingin nak gi awal, call je lah.
Kalo 2,3 bln lps aku giler deal photobook, skang duk giler nak try deal bufet2 ni plak.

Rega bleh tahan kan, so grab la.. bes kalo, bleh ulang, tak bes, tak perlu nak bising2, dpt half je pun kan.

Oh. Sapa nak gi bufet hotel Istana pun cam yg aku beli retu pun ada lagi.
Tp kat Mydeal.

Seyes bes bufet ni. Aku cam nak repeat, tp cam melampau la plak. Haha

Oke lah.
Ada majlis farewell jap lagi ni.
Sempena tamat kontrak adik2 kat Dept aku ni.
Utk unit aku je ada 5 org. Sedih giler kot ni nxt week. 30hb tu derang last.
3 thn da derang kat sini... owh.. sobssss :(

Bahagia Itu Pilihan Kita

Salam Jumaat.
Bahagiakah Tanpa Zuriat?
Haha. Tetiba tanya soklan cenggitu. Itu tajuk ranc. Semanis Kurma lah.
Tp bagus la rancangan tu. Baru je berapa bln lps pun ada dia buat topik takde zuriat ni. Sblm tu pun ada. Dan acapkali tu harus ada ayat2 Al-Quran dan beberapa amalan yg bleh dibuat.
Ada yg aku mmg amalkan, ada yg aku tau tp tak penah nak amalkan. Haha. 

Sedikit masa dulu, aku pernah up topic kat blog sama cam tajuk tu.
Jadi hangat ko... sbb nyer biasa la.. menda disampai2kan ni lah.
Tp tu pun da settle. Malas la aku nak pjg2 kat luar menda citer kat blog ni.
Ko baca, baca je lah blog ni. Tak perlu plak bila dah baca, lps tu ko rasa cam eh, aku tau je sapa budak ni citer, lps tu ko pegi tanya plak member tu btul ke dia ada kata camtu. Lps tu dah jadi boomerang. Menda tu dtg balik kat aku. Ek eh.  Kuwahsa tau aku nak layan. Engkorang duk jadi SR aku lps tu jadikan plak ramai lagi SR. Ha..bagus la tu kan. Yg untung sapa? Yg dpt duit Nuffnang sapa?? Haha. Eh. Cakap pasal Nuffnang ni, da sbln lebih ni aku tunggu cek nih. Byk tk byk la. Tp dpt la tampung sementara SBPA tangguh ni. Kut nak soping2 kat Langkawi sok. Oke, aku tggu smpai ujung bln ni, if tak dpt aku 'ticketing' sama dia. Haha. *segan rasa nak tnya kat Nuffnang, bkn ribu riban kan, tp ehhh... duit tu.. sapa nak bagi ko ratus2 hanya dgn membebel??

So, berbalik pada topik - Bahagiakah Tanpa Zuriat?
Jawapannya tepuk dada tanya selera.
Aku paling sker cara ustaz yg dijemput tu. Bes btul lah dia bagi penerangan.
Aku lupa lak nama dia. Haha.

Katanya, kalo ada je makcik2 yg sibuk lagi nak nanya bile nak beranak, bile nak beranak, tanya balik pada dia "makcik, anak makcik 5 org kat umah tu dah solat blum?"
Tu bkn marah tu katanya, sakit ati sket la. Haha.

Kalo tanya aku - harus la jawab Bahagia. Sapa kata tak bahagia kan?
Jgn pi tanya ke org lain tentang kebahagiaan kita sbb pelbagai jawapan yg akan dpt. Masuk bab control la apa la kan. Kuwahsa. Yg nyata kami suami isteri tau perjalanan idup kami. Kalo tak bahagia idak la hampir setiap bln kami berdua pergi bercuti.  Lebih baik aku gi hang out ngan member2 aku.  Jelesss leww tewww. Hahahah (T___T).

Memetik dari Forum Halaqah - Bahagia itu Pilihan
Jika kita tidak bahagia, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia. Jika kita malas, sebenarnya kita yang memilih untuk malas. Jika kita tidak kaya, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya. Jika kita tidak pandai, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai. Jika kita banyak masalah, sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.

Mahu bahagia atau tidak adalah pilihan. Yang penting itu harus memiliki kesedaran yang tertinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah SWT. Full stop.

Bye!

*Amalan, ayat2 Al-Quran yg dibagi dalam program tu akan diup dalam blog TTC*

Image : Google

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign