Pages

31 August 2011

~Wordless Wednesday 31082011~


Selamat Hari Raya.
Selamat Hari Merdeka.

30 August 2011

~Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011~

Selamat Hari Raya semua.
Da kenyang makan rendang ketupat?
Da puas beraya?

Kat umah, pagi tadi ada tragedi sket.
Mak tetiba bengkak kat buku lali.
Maka abang cecepat bawak klinik.
Ingt kut gaout ke hapa. Rupanya ter seliuh.
Mungkin mak tak sedar.

Lps dpt injection utk pain killer, da elok sket.
Doktor suh rehat.

Hurm.
Menu kami - lemang, rendang, lontong.
Trifle haku tak berapa nak memberangsangkan plak.
Geram haku.

Oke lah. Nak smbg beraya lah.
Oh. 1 more, kiterang seme maroon. Sgt suka. meriah je napaknya bila gi jalan raya se famili. Hihi

29 August 2011

~Gambar : Suri Cruise~

Tetiba nak carik gmbr Suri Cruise bila tgk kat blog JD
Da besar pun Suri ni. Dia lahir 18 April 2006, so da 5 thn lebih la umo dia pada thn 2011 nih.

Dulu kecik comey banget.
Da besar sket ni bukan je comey, tp da cantik.
Sok besar lagi sket terus jelita.
Eish. Harus bila peknen sok aku mau tgk gmbr budak ini saja. Hihi
(ewahh..tetiba bangan nak anak cam mat saleh plak yer).

Masa dia kecik mmg salu je tgk gmbr dia.

Masa ni sejibik cam pak ea.

Masa baby pun da pandai posing.

Sweet giler gamba ni. 
Nati nak wat photoshoot camni lah. 
*Tetiba*

Ni da besar sket. Comey jugak.

Gambar yg ni mmg glamer. 
Sbb dia pakai heels kan.

Another gambar yg manisss...

Gaya pandang pun da macam model dah ni.



The latest one

Dan ada banyak lagi gambar. Just google. Dan seme gambar ini adalah ihsan incik Google dot com.
Bleh dpt gmbr best jugak kat sini
http://www.zimbio.com/Suri+Cruise/pictures/pro
dan sini
http://suricruisephotos.blogspot.com/2010/11/suri-cruies-first-photos-published-in.html

~Pasal Pemilihan Broadband Baru~

Walo aku tau tader sapa dah nak baca blog time time nak raya ni, aku nak tulis gak. Huhu. Seme org tgh duk sebuk nak masak rendang segalak kan.
Aku...cam biasa... rendang, rendang la..blog tak lupa.
Oh. Ari ni Senin. Kut ada yg tgh keja, boring2 tu meh la baca entry haku nih.
Haha.

Eh. Apahal cam ketagih suh org baca blog nih??
Oke lupakan.

Hari ni Insyallah, hari terakhir utk Ramadhan tahun ni. Ramadhan pasti akan kembali, tp utk diri kita, ada kah kita akan berkesempatan bertemu dengannya pada tahun hadapan??
Oh. Kalo sempat, mlm ni aku wat entry "konvokesyen Ramadhan yer". Tgk apa yg dpt buat dan apa tak dpt buat sebagaimana di target. Aku mmg tak penahtulis nak target itu ini masa bulan Ramadhan ni (e.g : khatam Quran 30 juzuk bla bla bla) sbb  bila tulis cam poyo plak, dan bila tak dpt nak buat lagi dabel poyo. So, terus ada Ramadhan graduation/convo je lah yer.

Oh. Bkn ni yg aku nak repekkan. Masih lagi berkisar mengenai pemilihan broandband. Kalo dulu aku kata aku nak pilih antara DiGi n P1, kali ni dah termasuk 2 lagi pilihan iaitu - Umobile dan YES.

Umobile tu aku terpengaruh ngan iklan la. Kan duk sebut 'giler laju la, giler murah la'. Tu nati nak tanya lah kat kedai dia.
YES plak tgk Deqlis duk update kata laju.

Hurm. Aku kalo bleh nak carik yg takde kontrak punya, tp postpaid.
Sbb kuwasa lah kan nak pakai prepaid nih. Mmg tak kuwasa. Tepon pun, walo skang da tak guna sgt pun aku malas nak topap topap apatah lagi la kalo bband. Kang tetiba tgh online tetiba disconnect. Oh. Kenot kenot.. takkan nak patahkan lagi sim kad. Ate giler asik nak matahkan sim kad je keroje nyer.

Kalo yg Umobile tu leh tgk kat web dia ni

Dgn rega yg aku bayar pada selekom tu ari - RM68 aku dpt 5GB which ngan selekom 4GB.

Yg YES plak aku kena study dulu lah. Tk berapa nak paham plan dia tu sbb ikut dia tulis tu "pay as you use".

Da biasa online waktu malam, mmg sangap jugak. Bln puasa retu oke la gak, ni pasni da tak puasa, lagi la dabel sangap sbb aku ni tak berapa sker nak tgk TV.

~Artikel Ramadhan 29 : Adab Berhari Raya~

" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur."
Ayat 185, Surah al-Baqarah

Pertama:

Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.

Kedua:
Menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat.

Ketiga:
Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

Keempat:
Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Kelima:
Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya.

Keenam:
Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.

Ketujuh:
Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Kelapan :
“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah itu puasa setahun “ Riwayat Muslim.

Kredit : here

Malam Aidil Fitri

1. Banyakkan bertakbir.
Mulakan selepas salam pada solat Maghrib dikuti dengan bertahmid, bertasbih Takbir boleh dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama-sama keluarga. Pada zaman Rasulullah SAW takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Berdoa dan berbuat kebaikan pada malam raya.
Imam Syafie berkata doa itu mustajab pada lima malam berikut iaitu Malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri, Malam Hari Raya Haji, Malam Awal Bulan Rejab dan Malam Nisfu Syaaban.

Sumber : here

*niat mandi sunat aidilfitri :
niat dihati “sahaja aku mandi sunat aidilfitri pada tahun ini kerana Allah swt”.

28 August 2011

Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin (Ost Ramadan Terakhir)

Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin (Ost Ramadan Terakhir)

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......

*some info about Pompa Bensin - taken from their FB - Pompa Bensin

POMPA BENSIN is a special project band formed in Kuala Lumpur, Malaysia in 2009. The group consists of AzmAiza Y (vocals) and AG (bass, guitar, keyboards & percussion), Andra Ahmad (Vocals & guitar) and Aidan Haliqa (vocals). All four members are involved in songwriting and production.

Members    
A+ : AzmAiza Y (vocals) | AG (bass, guitar, keyboards & percussion) | Andra Ahmad (Vocals & guitar) | Aidan Haliqa (vocals)

~Artikel Ramadhan 28 : Adab Bermusafir~

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru rakyat Malaysia yang beragama Islam sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri supaya mematuhi adab bermusafir dalam Islam sewaktu pulang ke kampung dan kembali dari bercuti.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, dalam situasi menyambut perayaan dan kemerdekaan ini, umat Islam seharusnya mematuhi adab bermusafir dalam Islam.

Katanya, antara adab bermusafir ialah memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat, rehat secukupnya, membawa kenderaan mengikut had laju yang dibenarkan, mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta sabar ketika memandu kenderaan.

"Sesungguhnya sikap pemandu yang boleh membahayakan nyawa dan memberi kemudaratan kepada orang lain seperti memotong barisan berkembar, menggunakan laluan kecemasan, tidak menghiraukan kenderaan yang lebih kecil seperti motosikal dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya adalah satu dosa kerana mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan di jalan raya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya setiap pemandu perlu mematuhi adab ini supaya semua lapisan masyarakat dapat bersama berhari raya dengan selamat, penuh kesyukuran dan kegembiraan di sisi ahli keluarga tersayang.

Othman berkata, ketika bermusafir, umat Islam juga diharuskan untuk melaksanakan solat Jamak dan Qasar sekiranya perjalanan melebihi dua marhalah (89 kilometer).
Katanya, masyarakat juga digalakkan supaya berhemah dan bertimbang rasa kepada pemandu lain supaya semua dapat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.
"Antara adab bermusafir dalam Islam juga ialah apabila sampai ke destinasi, ucapkan syukur alhamdulillah dan kerjakan sujud syukur.

"Sebaik pulang dari kampung selepas berhari raya juga, disunatkan mengerjakan solat sunat qudum (ketibaan) di masjid atau surau yang berdekatan," katanya. - BERNAMA

sumber :berita harian

27 August 2011

~Pasal Baju Raya Kami~

Raya makin hampir.
Tak sabarnya nak pakai baju  baru.
Haha.
Mcm budak budak.
Tp tahun ni mmg tak sabar.
Sbb thn ni seme adik badik balik kampung saya.
Dan saya da kawtim ngan seme utk pakai baju maroon.
Salu ikut tema kuarga memasing je.
Tp thn ni saya nak seme ikut kaler yg sama.
Baru mcm bes.
Hihi.

Tapiii...sy blum basuh pun baju2 baru tu.
Adehhh.

Oke. Takde apa mau citer.
Nak citer pun takde org baca.
(eh. motip awak tulis ni utk org baca yea??)

Byk je idea ekceli
Sbb sari sblm balik kg retu ber bufet Ramadhan di Umai D'Lake Cafe.
Bes. Will be review soon.
Then jumpa adik blogger. Yg 'sekasut' dgn ku.
Pun will be review soon.

Oke lah. Nak smbg makan jeli kepala. Eh. Kelapa.
Sedap.dap.dap.
Patut mintak no. fon akak yg jual ni, sbb nati da abis puasa tatau nak carik mana. (T__T)

~Artikel Ramadhan 27 : Surah Al-Qadr~

بسم الله الرحمن الرحيم

Ertinya :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Surah Al-Qadr

26 August 2011

~Pasal Sangapnya~

Dah petang pun.
Byk nya up entry reni.
Sangap!



kredit : here
Oh. Dah nak last2 ni, badan aku btul2 melepek nih.
Ari ni rasa lembik tol.

Tetiba macam ter bau bau bihun goreng.

Tetiba rasa nak makan memacam.

Aduyai.

Mujo petang ni pegi buffet buka puasa. Kalo rezeki dpt la makan memacam.



Kredit : Google
Hurm. Ingat tadi sblm ni entry last b4 balik kg.
Skali ada lagi entry.
Sangap!

p/s : Zana, jap lagi kita jumpa ya.. Insyaallah..jgn terkejut tgk akak yg cam tong gas ni tau. Hik hik.

~Pasal Salam Raya~

Sebelum kita balik kg, kita up dulu 1 entry.
(maklum la.... bband da tak mandang skang kan)
But, kt kampung nati, Insyaallah akan update walo org lain takde mood nak ber blog.
Aku ada je mood dan masa tentunya. Haha.

Oh. Pagi td lps boring2 tu bos hajak pi salam raya kat satu opis nih.
Maka berpergian lah kami berbondong-bondong

Bos besau dept kami (Pengarah, BKP) adalah yg berbaju cekelat muda itu.

Meriah uols. Kalo org keja gomen tau la byk mana org kat Bahagian Khidmat Pengurusan. Sbb dlm tu la ada admin, dlm tu la ada HR segala.

Tp aku tidak lah berhati gumbira sgt. Masih ada sebal (wah..sebal..padahal baju raya smpai pat pasang. Haha).
Ada beberapa perkara tak setel pun kan.

Lps tu nak raya nati. Uhuks. Aku sebal btul. Aku da luahkan pun kat blog 1 lagi.
Hanya yg 'sekasut' je faham tentunya.



Kredit :Here
Apa pun, selamat hari raya seme. Gembira tu mmg gembira. Tp ada terselit gak sket2.
Semoga perjalanan anda seme selamat, begitu juga saya.

~Pasal Semangat Udah Ke Laut~

Semangat ke 'laut'....
walau pun kg aku takde kena mengena dgn laut. Sungai ada la kut. Haha.

Mmg kalo ikut kan igt ada smgt ke nak masuk keja?
Tp terpaksa la bebuat ada semangat.
Lemau!
Opis ni pun apahal tah cam kelam kabut je.
Kang lari balik kang baru tau.

Plak, rasa masa berlalu terlalu perlahan.
Haih.




Kredit : Google

~Artikel Ramadhan 26 : Duit Raya~

HARI RAYA Aidil Fitri bakal menjelma tidak lama lagi. Semua orang sudah pasti bergembira khasnya kanak-kanak. Seluruh umat Islam ternanti-nanti ketibaan bulan Syawal.

Kanak-kanak cukup gembira pada Hari Raya kerana mereka berpeluang mencuba baju baru, kasut baru dan jika boleh serba-serbi baru.

Pada pagi Hari Raya, selepas sahaja solat sunat Hari Raya, ibu bapa akan membawa anak-anak berkunjung dari rumah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai untuk berziarah. Ini memang digalakkan dalam Islam. Ketika berziarah, bolehlah bermaaf-maafan dan menyambung silaturrahim.

Bagi kanak-kanak, yang terpenting ialah mendapat duit raya. Duit raya, adalah berupa wang berbentuk sedekah yang dihulurkan oleh tuan rumah kepada anak-anak ketika berkunjung dan ini sudah menjadi tradisi. Anak-anak akan tersenyum riang menerima duit raya yang dimuatkan dalam sampul ini. Malah mereka berpeluang merancang mengumpulkan pendapatan hasil daripada 'pungutan duit raya' ini. Dengan adanya duit raya mereka berpeluang membeli pelbagai keperluan dan barang mainan dan sebagainya. Malah mereka bertanding untuk meraih duit raya yang terbanyak.

Pada asasnya, memberi duit raya dan mendapat duit raya tidaklah salah. Elok kita menggembirakan anak-anak. Bersedekah itu juga baik. Menerima duit raya yang dihulurkan secara ikhlas tidaklah ada salah apa-apa.

APA YANG SILAPNYA?

Namun di sebalik kemurahan hati tuan rumah dan orang-orang dewasa menhulurkan duit raya, ada kecenderungan sesetengah ibu bapa memperalatkan anak-anak berkunjung dari rumah ke rumah dengan niat khusus mengutip duit raya. Sesungguhnya mendapat duit raya tidak harus dijadikan matlamat sebaliknya ehsan kepada anak-anak.

Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak berkunjung dari rumah ke rumah dengan niat sekadar berziarah dan bermaaf-maafan dengan tuan rumah, bagi merapatkan silaturrahim. Seandainya dapat duit raya, ambillah dan jika tidak dapat, usahlah merungut apa-apa. Itulah yang saya ajar kepada anak-anak saya.

Jika anak-anak diajar mengutip duit raya, maka dalam minda anak-anak ini, berkunjung ke rumah jiran-jiran dan bila bersalaman dengan orang dewasa, mesti dapat duit raya. Jika tidak dapat atau diberi dalam jumlah yang kecil, mereka mulalah mengata-ngata tuan rumah sebagai kedekut dan sebagainya.
(aku penah kena yg ni wes, dgn budak2 ni, siap ckp 'rumah besar, tp bagi duit raya sikit' - masa tu aku bagi singgit kalo tak silap - tp dlm bentuk siling)

Hal ini sudah tentu bertentangan dengan prinsip pendidikan akhlak anak-anak. Menurut maksud sebuah hadis Nabi s.a.w., seperti diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., baginda bersabda:
"Muliakanlah anak-anakmu dan didiklah mereka dengan baik." (HR Ibnu Majah).

Diriwayatkan dari Ayub ibn Musa, dari bapanya, dari neneknya, Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya:
"Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu kepada anak yang lebih utama daripada sopan santun yang baik."

Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa ibu bapa harus melatih anak-anak berakhlak, bersopan-santun termasuklah ketika berinteraksi dengan orang lain. Jika ibu bapa mengarahkan anak-anak meminta duit raya, apatah lagi, selepas itu sianak itu merungut jika tidak mendapat duit raya, sudah tentu ini bertentangan dengan maksud hadis di atas.

Sikap anak-anak ini boleh menyebabkan tuan rumah yang mungkin tidak mampu untuk menghulurkan duit raya berasa malu. Selain itu, sikap ini juga menyebabkan anak-anak kita tergesa-gesa apabila berkunjung ke rumah jiran-jiran, sampaikan tidak mahu menjamah kuih, sebaliknya hanya inginkan duit raya. Lebih menyedihkan ada juga yang seolah-olah menipu apabila kembali semula dalam kumpulan kanak-kanak lain untuk mendapatkan duit raya lagi.
(yg dtg byk kali ni mmg kerap je jadi kat umah kg aku tu. Selalu sgt...tp bila da cam tu, kita ckp la, td dah dtg kan.. so, dia pun tersipu sipu lah malu)
Sumber : 
http://familiharmoni.blogspot.com/2008/09/rencana-khas-hari-raya-2-duit-raya.html

25 August 2011

~Pasal Deal : Manicure & Pedicure~

Ini lah jadinya kalo aku takde menda nak tulis tp nak tulis.
Sesaja tgk deal yg ada.

Kali ni, tgk ni plak cam bes.
Yg attract aku adalah word 'crack heel'.
Iyer uols. Aku da kena crack heel. Apasal tah. Dulu b4 kawen takde pun.
Skang je plak.
Hormon kot.

Oh. Aku tau. Mungkin sbb pas kawen aku kerap masak di dapur.
Hau hau hau. Bijak je alasan kan.

Maka, rasa nak terai lah.

Aiols mmg tak penah pun buat mani and pedi ni uols. Tp idak la berkarat kaki sbb aiols sagat dgn berus sabut. Hahaha.
Nak jugak terai halus muluskan jari jemari nih. Hihi.
Ok la kan rega RM30 tu kan? Tskkk..skk..sk....



kredit :here

*dari mydeal ni 2 deal ada lagi tak guna. Groupon pun 2. MAD tu cam kena leggo je. Huksss.

~Pasal Kad Raya Lagi~

Aku sebenarnya da takde idea nak menulis. Mujo sekeping kad pengganti diri ni menyelamatkan keadaan.


Poyo kan? setiap hari mau upload gambo kad hari raya. Haha. Aku upload yg kawan2 bagi je. Yg lelain tu idak la. Lagi  poyo kalo aku upload seme kad kad dari opis yg deal ngan aku kan. Haha.

Oke. Kali ni bkn dari blogger. Tp aku tau dia peminat pembaca setia blog Kak Ciken dia ni. Haha. Mengapakah Kak Ciken? Nenati aku cerita-in. Dari jauh maghi ni. Kelate nun. Hihi.

Aku kenal beliau dari porem mesra dot net. Lama dah. Time tu dia kije KL lagik. Hingga lah skang, persahabatan kami masih memekar. Miss u lah Ki. Bila mau turun KL lagik??

Sbb dia tulis situ 'sudah terima, baca, tayang kat kwn2, pastu simpan'
Maka aku kena tayang lah. Hihi.
Oh. Yg nampak dot com dot my tu  smpul kad raya. Ada wit aye uolsss. Singgit. Hihi. Maceh Ki.
Aduhai. Ini kes terbalik sudah. Dua org adik aku yg bagi aku duit aye. Dan skang duit aye aku adalah RM1.50. Oke what. Blum raya sudah dpt. Hihi.

Tkpe. Utk adik Ki dan adik Nita, nati kalo turun KL sila call akak laju laju. Akak blanja okeh.

P/S : Esuk buat reservation buka puasa di Umai D'Lake Cafe. Tatkala seme org duk sibuk nak balik kg, aku leh je lagi berjimba jimba nak ber buffet lagi. Haha. Zana, awak penah makan kat Umai ni kan? bes tak?? Dan kalo awak lum balik kg meh la berbuka puasa sama. HIhi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


Selamat Hari Raya dari kami,
Unit Pengurusan Aset, BKP
Buat pembaca blog yg se opis dgn ku.
(kad raya adalah hasil kerja adik SPS - Ros yg blog nya di sini)


Serta Selamat Hari Raya dari kami,
Puanstoberi dan Encikstoberi (haha)
Buat semua pembaca dan pengunjung kebun stoberi ini.

Hati hati di jalan raya
semoga anda selamat tiba 
di kampung halaman tercinta
dapat bertemu sanak dan saudara

~Artikel Ramadhan 25 : Pemimpin Dalam Islam~

Kepimpinan dalam kacamata Islam merujuk kepada kepribadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepemimpinan yang baik adalah:
  • Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan taraf dan derajatnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih, terutama dalam hal yang menyangkut masalah teknis, dan juga pengorganisasian pengurus dalam organisasi.

  • Mempunyai Aqidah yang kukuh. Ini bermakna bahwa seorang pemimpin yang mempunyai aqidah yang kukuh akan lurus dalam kepemimpinannya, karena dia selalu berpegang pada al Qur’an dan hadis dalam setiap tindakan dan keputusannya. 

  • Seorang lelaki. Disamping masalah kepemimpinan yang telah dicontohkan oleh Rasullulah saw, secara alami pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan dibandingkan dengan wanita dari segi kepimpinan.

  • Amanah. Sifat amanah adalah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya seseorang pemimpin mewarisi sifat tersebut untuk mewujudkan sikap kerja yang baik dalam berbagai urusan organisasi.

  • Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepemimpinan yang baik dan patut menjadi teladan oleh orang-orang yang dipimpinnya.

  • Bersifat rahim. Sabda Rasulullah s.a.w. ; perumpamaan seorang pemimpin dengan umatnya ialah seperti orang yang menghalau kupu-kupu dan belalang yang berkerumun dekat api. Pemimpin menarik umatnya dari belakang agar mereka tidak jatuh ke dalam api, tetapi mereka selalu terlepas dari tangan pemimpin. Sabdanya lagi, “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu mencintai dan Dia mencintaimu, dan kamu mendoakan dan ia mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah yang kamu benci dan membenci kamu…”.

  • Bijak dalam menangani masalah.

  • Sentiasa menyampaikan pesan-pesan dan perkara-perkara yang hak. Sabda Rasulullah s.a.w., “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.

Kredit :
http://alhijrah.cidensw.net/index.php?option=com_content&task=view&id=103

24 August 2011

~Pasal Perlu Settle Dulu~

Oh. Tggl 2 ari je lagi ari bekerja.
Ada menda2 yg perlu di settled nih.
Baik dlm bidang keja. Mahupun bidang rumahtangga.
Haha. Rumahtangga halanya. Poyo.

Bidang keja ni aku agak menyampah. Aku dah bajet tak nak last minit. Last minit jugak halanya. Bkn salah sesapa. Mungkin salah haku jugak. Hurm. Tkpe. Rasanya itu adalah under control.

Next thing bidang rumahtangga.
*Umah tak bersapu. Habuk merata ceruk. Nati balik cuti lagi byk habuk. Tatau bila nak sapu.
*Kain baju kena basuh segala. Takkan nak tinggal tak berbasuh (plan B : tk smpat basuh-bawak bakul2 skali ke kg)
*Baju baru tak basuh lagi - ni  mmg tak smpat dah ni - balik kg je basuh. 
*Barang2 nak wat triflle tak beli lagi - esok mlm. Samada JJ AU2 atau Care4 Wangsa Maju. Triffle nak wat utk raya kononnya. Da beli sesiap bekas kekecik yg utk dadih tu. Buat dlm tu senang.
*Igt nak letak 'batu' kat baju aku yg plain tu - sempat ke ta? kalo ke Wangsa Maju tu leh gak la usung baju tu skali.
*Dan last skali - sotong ada lagi rupanya dlm fridge. Acena? Maleh dah nak masak. Takkan nak bawak balik kg. Ada 2,3 eko je aku rasa. Haha. Tp kalo terpaksa. Usung je.

Dah. Oh. Aku balik nati tatau la jem ke tak. Ingat nak singgah sahur kat Mekdi je nati. Harap2 tidak la byk kenderaan kan. Eceh! bunyi cam kg aku tu jauh bebenau la smpai nak singgah sahur bagai. Haha. Oke. Saja. Nak seronok2 nak balik kampung. Huhu.

~Pasal Kad Raya Dari Anita~

Terima kasih Anita!

Kad raya da smpai.

Siap ada wit raya lagi.
lima puluh sen...lima puluh sen.. hihi.

Thanks tau Nita. Buat susah susah je. Hihi.
Dan Kekda sgt sgt hargainya.
Moga persahabatan kita ini berkekalan :)
Nati kalo dtg KL, sila roger akak, bleh akak blanja Nita :)

Sorry...gmbr menyakitkan mata.
CIk Nik tak bawak. Hanya bawak che biru je.
Maka gego gego blur la jadinya.

P/S : Nita, manade tulisan buruk, cantik la tu. Kemas je.

Nilai Sekeping Kad Hari Raya

Kad raya adalah medium penghubung ukhuwah yang menjadi pilihan utama sedikit masa lalu. Dimana mana kedai buku, di mana mana supermarket, pasti ada ruang yg dikhaskan untuk meletakkan kad hari raya.
Bermacam bentuk, bermacam saiz dan bermacam rupa.
Ada yg macam biasa. Hanya tertulis selamat hari raya




Imej : Google.com
Ada yg dikhaskan untuk sang kekasih, khas utk yg tersayang, khas utk suami,isteri dan sebagainya.
Ada pula yg bernyanyi nyanyi irama lagu raya. Yg paling glamer adalah muzik berirama 'selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria'.
Pulak di value added dgn lampu lip lap lip lap mengikut irama lagu tersebut.
Igt lagi lebih 10 thn yg lalu. Ketika aku masih di part 1, UiTM. Berdua dgn BFF ku, masa tu kiterang je yg poyo, yg ada bf duk jauh (kononnya). Maka, beli lah kad raya berlagu,berlampu ni utk bf tersayang. Lps tu jakun jakun buka katup kad tu time org da ttp lampu. Lps tu gelak2. Bengong oh. Haha. Mcm baru je, tp lebih 10 thn rupanya berlalu. Masih mentah lagi time tu. Umo pun blum 20.

Kemudian, teknologi makin berkembang, kehadiran SMS jadi pengganti kad. Tiada lagi sebok2 berlawan siapa dapat kad raya paling banyak. Yg banyak adalah SMS menjelang malam hari raya. Mcm2 SMS, smpai sendat talipon tu. Hinggakan network provider bagi msg yg mengatakan mereka tak dpt nak hantar report samada msg kita delivered atau tak. Yg nyata majoriti SMS tu adalah di 'send to many' secara pukal dan mungkin tanpa mengetahui pun pada sapa di hantar. Aku mmg jarang la antar SMS raya ni, kalo aku antar pun, aku akan mulakan dgn nama org yg aku nak send tu. At least, aku nak derang tau, aku mmg antar utk yg tertera namanya itu.

Seterusnya, mula dari tahun 2007, kehadiran FB makin menguasai medium perhubungan manusia. Aku agak lewat ber'main' dgn FB ni. Aku start ber FB hanya dalam awal tahun 2008 (igt sbb aku mula up gmbr adalah gmbr bertunang dlm tu - aku tunang April 2008). Dan dari menghantar SMS ber rega 10sen atau 1sen, org makin sng antar kad raya virtual melalui FB. Abis la kena tag segala. Maka penuh la 'picture of you'. Aduhh... tp ini mungkin ikhlas sket kut, sbb org yg tag tu mcm ingat la pada kita utk di tag atau di hantar kad virtual ni.

Tp sebenarnya walau pun ber SMS, walo pun di tag di FB, yg lebih menyerlahkan hubungan ukhwah ini tetap melalui kad raya (di baca : kad raya personal, bukan kad raya korporat yg dpt dari client wat so eva tu). Cuba lah. Pada masa ni mmg bukan sng nak menghantar sekeping kad raya.Antara prosedurnya.

1. Pergi ke pejabat pos (pergi ke post office, pada masa ini, di KL terutamanya, mmg bukan perkara enteng. Nak carik paking mmg la payah).
2. Amik no utk beli setem (stgh pejabat pos tak perlu amik no utk beli setem, tp majoriti mmg kena amik no)
3. Tggu giliran. Terkadang cpt. Terkadang smpai 15-20minit.
4. Beli setem. Dpt kerani pos yg lemah gemalai, nak beli setem 2,3 keping pun amik masa ber minit minit. Sila sabar.
5. Tampal setem. Harga terkini setem utk kad raya adalah 50sen.
6. Pos kan.

Mungkin prosedur ini lah yg membuatkan org leceh dan lebih mudah sekiranya kita 'tag' je kawan2 kita.

Tapi.... semuanya akan terbalas bila si penerima gembira dgn kehadiran kad raya yg di pos kan. Terharu bila sekeping kad kita dihargai. Persahabatan makin memekar.

Kegembiraan dikongsi bersama di sini dan juga di sini. Sememangnya aku happy bila org lain happy.

Maaf, tahun ni hanya 7 org saja (5 kad sahaja, 1 lagi kad beserta hadiah utk kemenangan GA yg belum dituntut dan satu lagi kad beserta saguhati bagi Edisi Menghargai Follower) yg dpt diberikan kad sbb nak warming up semula. Lama da tak pos kad raya (dibaca : kad raya personal. Kad raya opis melambak je da antar pada client n dpt pun byk jugak). Mungkin thn dpn akan dibuat lagi.

Dan kini ikatan ukhwah dan persahabatan terus bersemi,
dan itu lah nilai nya sekeping kad hari raya.

~Artikel Ramadhan 24 : Bersihkan Jiwa~

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Kebersihan batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya:

*Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati.* (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.

Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat riak, ujub, takbur, terlalu banyak cakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.

Dalam hal ini juga Allah mengingatkan manusia terhadap musuh dalam diri mereka yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.

Firman-Nya bermaksud:

*Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.* (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka dengan mudah mengikut telunjuk dan kehendak nafsu syaitan. Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati manusia dengan sifat tercela atau mazmumah. Apabila sifat ini berputik dan bertapak pada hati manusia, maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa saja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit hati.

Oleh itu, umat Islam hendaklah menguatkan iman mereka bagi melawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah.

Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.

Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit hati melainkan yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah.

Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah.

Jika penyakit itu melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah.

Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab itu.

Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, reda dan cinta terhadapnya. l Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan. Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh
terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan.

(bacaan seterus nya : http://www.al-azim.com/~beringin/bicara/taubat.htm )

23 August 2011

~Pasal I Am Officially.....~

Officially apa? married??
Haha.

Oke. I'm officially terminated my broadband. Haha.
At last. Setelah beberapa lama aku bertahan.
Dulu sbnrnya lagi teruk lembapnyer. Kadang smpai tak bleh connect langsung.
Tp aku bersabar.
Tp entah macamana. Suatu hari itu. Aku nk online. Tgk dia nyer signal adalah 'very good'.
Tp bkk FB melembap tahap apa entah. Bkn cipan lagi. Penggunaan aku mmg tahap yg mild mild je. Takde download apa2, bkk utube pun sekali sekala (mana nak bkk berkala kala kalo asik hang ajer)

Jadi aku meng geram lah.
Maka aku cabut je simkad tu dari 'rumah' dia.
Mula aku nak simpan, tp kang aku guna gak lagi.
Akhirnya aku zap zap zasss kan saja beliau. Ngeh ngeh ngeh.
Dan tadi. Aku da ke Celcom utk tamatkan riwayatnya bersama haku.
Dah 2thn stgh pun aku bersamanya.
Org Celcom tu tanya kenapa nak terminate? Aku senyum je. Sbb kalo bagitau apa apa kang dia suh tmbh plan la hapa la.

Ekceli dulu aku bertahan sbb aku nak terminate bila aku da masuk umah baru.
Kononnya time tu baru nak amik strimix atau pun Unifi.
Tapi da jadi camni.
Skang aku kena carik bband lain lah.
Tatau samada Digi kah. Atau P1 kah. Maxis mmg takde dlm list. Sorry yer incik Maxis. Bkn aku racist *tetiba*, tp aku rasa tak perlu kut byk2 sgt pilihan. Pening pala aku kang.
Tp cena? oke ke Digi kat area umah aku tu? Alangkan Celcom yg menara nyer sejengkal cuma dari umah aku pun lembss, ini kan pula Digi yg entah di mana2 tu kan.
P1 plak cena ? Ada yg bagi pendapat connection n customer service dia suck.
Hurm. Hurm. Hurm.

Buat masa ni mebi aku tak memerlukan sgt mendalah bband ni.
Sbb da nak raya. Dan balik kg cuti raya lama gak.
Kat umah takde masalah nak online. Kami online secara berjemaah anak beranak (nati kompem rupa CC umah mak aku and seme communicate thro FB je kang).

Tp balik sini sure la aku sangap bangap kan.

Mebi aku nak pakai balik pun either bln Sept or Okt. Ke tak perlu langsung smpai aku masuk umah baru?.
Bleh tu bleh kut. Tp bertahan kah?
Cena nak update blog???
Sbb biasanya mmg aku wat draf sesiap waktu mlm and publish je mana aku sker.
Huwaaaaa.......



kredit : here

~Pasal Iftar 2011 Bersama Adik Unit~

Seperti kebiasaan setiap tahun. Selagi aku dgn adik2 aku ni mungkin akan jadi tradisi kami. If aku di campak ke unit/bhgn lain nati mebi takde la kut. Tgk pada unit tu la. Cam skang ni walo dept kiterang paling besau kat opis ni, tp aku dlm sub-unit kecik je, sokay la nak buat pun kan. 

 Jadi, spti dijanjikan kami meng INTAI INTAI pada hari Khamis lepas. Di booked oleh adik clerk aku. Kiterang gi ber7 sbb org lain ada hal memasing. Cam Zaim katanya taknak terlepas ibadah terawih. Alhamdulillah lah utk beliau yg rajin mengumpul pahala di bulan puasa ni.

Heh! kemahin sker dia org tu eja btul nama dia. Salu tak betul katanya. Oke. Btul pun bkn bleh dpt diskaun. Hihi.

Bufet dia - makanan blh dikatakan agak byk. Tp dari satu tpt bufet ke satu tpt agak jauh la sket. Org tua cam aku yg maleh nak jalan ni, mmg tak byk la amik. Tp tu pun gagah gak la manjat tangga amik ABC. 
Kambing panggang segala, seme sebelah tasik sana nun. Kiterang duk belah sini.

Kambing panggang. Beratur org ngambik. Kiterang seme tak kuasa nak amik awai-awai. Da agak reda tu baru my dear gi amik. Tu pun jenuh beratur gak. Ramai peminat kambin ni yer. Hihi.

Aku tgk meja lain seme penuh smpai takde tpt nak letak tgn. Meja kiterang je cam ni. Hihi. Mmg motip nyer saja nak pegi, bkn nak makan sgt pun. Igt kita leh mentekedarah smpai RM48 hinggit ke.

Butter prawn ini bes la gak.

Penah masuk JJCM jugak. Owner kedai En. Baha yg jaga bebudak AF tu yer. Dia ada je kat situ, tp nyer idak la pulak dia senyum ke hapa pada org yg datang sini. Sbb masa kiterang masuk situ, cam ter cangak cangak la tatau nak ke mana, nak carik kaunter tanya kiterang nyer reservation, tader pun dia ke, staff dia greet kita ke hapa. Padahal ada je derang lalu lalang situ. Tkpe lah. Aku pun takde la diminta layanan VVIP. Pepandai la kita carik kat mana kaunter dan tanya mana meja kita.

My dear punya nasik dagang. Kelantan Delight banyak la sini. Ada laksam, ada nasi dagang, nasi kerabu seme. Tp aku mmg kureng Kelantan Delights ni.

Oke la makan kat sini. Ada yg oke, ada yg tak berapa nak oke. Tp biasa la. Puasa kan. Yg tak berapa nak oke tu pun mungkin terkena pada hari kiterang pegi tu je, hari hari lain oke je kut.

Juga, sapa da booked tu sila la dtg awal sket dalam kul 6 lebih camtu sbb parking limited sket. Masa kuar tu aku tgk ada keta yg paking kat tepi jalan je (sapa penah dtg sini tau la kedai ni naik atas bukit sket).
Tapi bagi aku lagi bes iftar kami thn 2009 dan 2010 dulu. Tkpe. Nxt year kita acu terai test kedai lain plak yer.

~Pasal Bahu Yang Memikul~

Membaca satu kisah lewat petang smlm, mmg menyentuh perasaan hingga tercetusnya status kat FB.
Org mcm aku ni, terkadang rasa ini lah dugaan kami lah paling berat. Dengan bertahun tahun dah kahwin, tp masih belum dikurnia cahaya mata, kadang diperli orang, terkadang org bertanya seolah2 tidak tahu  menjaga hati.
Tapi ada yg diduga lebih hebat. Lebih berat. Dan bila kita pikirkan, apakah kita boleh mengharungi dugaan sebegitu.
Semoga mereka itu terus tabah.

"Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul. Kalo kita rasa dugaan kita terlalu berat, masih ada insan lain yang diduga lebih berat. Moga mereka itu dikurniakan ketabahan"

Terima kasih pada kengkawan yg meng 'like' status ini.

~Artikel Ramadhan 23 : Nasihat Buat Isteri~

1. Jangan membiarkan suami anda memandang dalam keadaan anda tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.

2. Hendaklah senyum itu senantiasa menghiasi bibirmu setiap anda dipandang oleh sang suami.

3. Perbanyaklah mencari keridhan suami dengan mentaatinya, sejauh mana ketaatan anda kepada suami, sejauh itu pulalah dia merasakan cintamu kepadanya dan dia akan segera menuju keridhaanmu.

4. Pilihlah waktu yang tepat untuk meluruskan kesalahan suami.

5. Jadilah anda orang yang lapang dada, janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami anda kepada orang lain.

6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang anda miliki, janganlah berusaha melukai perasaannya.

7. Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.

8. Jangan engkau benarkan ucapan negatif dari orang lain tentang suamimu.

9. Upayakan untuk tampil di depan suamimu dengan perbuatan yang disenanginya dan ucapan yang disenanginya pula.

10. Berilah pengertian kepada suami anda agar dia menghormatimu dan saling menghormati dalam semua urusan.

11. Anda harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.

12. Janganlah anda menampakkan kejemuan padanya, jika terjadi kekurangan materi Ingatlah bahwa apa yang ia berikan kepadamu sudah lebih dari cukup.

13. Biasakanlah anda tertawa bila ia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Karena bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.

14. Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.

15. Janganlah banyak mengingatkan bahwa anda pernah meminta sesuatu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika anda tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.

16. Janganlah anda mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami anda dan ia tidak suka melihatnya.

17. Jangan lupa bila anda melihat suami anda shalat sunnah di rumah, hendaknya anda berdiri dan ikut shalat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.

18. Jangan berlebih-lebihan berbicara tentang angan-angan pribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.

19. Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.

20. Janganlah anda mengerjakan shaum sunnah kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah kecuali dengan sepengetahuannya.

21. Jagalah rahasia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.

22. Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahwa anda lebih tinggi derajatnya dari derajat suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.

23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka anda punya kewajiban untuk menjenguk bersamanya.

24. Sesuaikanlah peralatan rumah tangga anda dengan barang-barang yang disenangi suami anda.

25. Jangan sampai anda meninggalkan rumah meskipun sedang bertengkar dengannya.

26. Katakanlah kejemuan dan kebosananmu ketika ia sudah meninggalkan rumah.

27. Terimalah udzurnya ketika ia membatalkan janjinya untuk keluar bersamamu, karena mungkin ia terpaksa memenuhi panggilan orang yang datang kepadanya.

28. Hindari sifat cemburu, sesungguhnya cemburu adalah senjata penghancur.

29. Janganlah mengabaikan pemimpinmu (suami) dengan alasan bahwa ia telah menjadi suamimu.

30. Janganlah anda berbicara dengan sang suami, seakan-akan anda suci dan dia berdosa.

31. Jagalah perasaannya, jangan gembira ketika dia sedang sedih dan jangan menangis ketika dia gembira.

32. Perbanyaklah menyebut-nyebut keutamaan suami di hadapannya.

33. Perlihatkan kepada suamimu bahwa anda turut merasakan apa yng dirasakan sang suami tatkala ia tidak berhasil mencapai maksud dan tujuannya.

34. Perbaharuilah (tekad suami) ketika terjadi kegagalan.

35. Jauhilah sifat dusta karena hal itu akan menyakitkannya.

36. Ingatkanlah selalu pada suamimu bahwa anda tidak tahu (bagaimana nasib anda) seandainya anda tidak dipersunting olehnya.

37. Ucapkanlah rasa syukur dan terima kasih pada waktu ia memberikan sesuatu kepadamu

Dipetik dari  blog
http://aamanna.blogspot.com/2009/05/nasihat-buat-isteri.html

22 August 2011

~Pasal Bazar Ramadhan Di Ramadhan Ke 20~

Wah. Begitu. Tajuk jelas dan nyata. Haha.

Balik kg. Mak ajak kuar beli brg2 sket. Lps tu trus ke PaRam.

Cam biasa. Kalo ke PaRam sure aku blur nak beli apa. Tp mak aku cam xcited je rupanya. Hihiks.

Kat sini, 'kebesaran' org meniaga adalah LAKSA. Gerai laksa je aku agak memonopoli dalam 40% kut. Selang 2,3 kedai sure ada kedai  jual laksa. Sana laksa, sini laksa. Jadi kami pun beli laksa. Beli sket je. 1 paket-RM2. Tp byk. Leh makan 2 org. Ada telur gak - separuh.
Kalo kat KL yg femes adalah murtabak. Tp kat sini, takde wey murtabak. Ada satu gerai je. Itu pun ujung-ujung. Sbb da satu gerai je, mmg jadi gerai 'murtabak beratur' la jawabnya.

Oh. Laksa sini, laksanya dibuat dari laksa tepung beras. Mmg rata rata kedai jual yg mcm itu. Kalo tak sker mmg tak bleh makan lah. Cam aku, walo aku sker laksa kering (yg biasa tu la, yg kena rendam dan rebus tu), tp kengkadang aku teringin gak laksa basah ni. Cumanya, aku rasa laksa basah ni sesuai dgn kuah yg org2 situ buat je. Kut ngan kuah laksa aku, lain dah rasanyer. Mungkin da ilang pure nyer. Hihi.

Beli kuah chara berlauk jugak. 5 ketui - singgit. Lama da aku nak carik, tp aku tgk yg kat KL tak memberahikan pun, sini cam byk je dagingnya. So, beli. Makcik tu sporting. Dia napak aku amik gmbr dia kata 'napak lak tangan makcik dlm gambar'. Hihi. It's ok makcik, makcik ada FB? Nati saya tag. Hihi.
PaRam kat sini mmg dalam tpt berbumbung. Walo ujan, selesa lah. Byk gerainya. Kuih pun sesetgh gerai leh dpt 3 ketui singgit.
Sila tgk ada jual 'limas panas'. Ce teka ce teka apa limas tu?? hik hik. Ni pure punya nih. Hihi.

Oh. Lupa nak gitau kat mana aku pegi ni. Di sini lah. Gambar tak clear la plak kan. Tkpe. Abaikan.
Maka, ini lah yg kami beli. 
Yg tak kelihatan adalah air 'jambu rock'. Org gerai tu yg tulis begitu yer. Klass kau Jahh.. hahaha. Nampak laksa tu - puas hati kan RM2 begitu. Tp kuah agak lain. Aku rasa dia guna sardin tin. Tp abis ja. Haha.
Dan popia basah vs popia kering (upload on FB oredi) - utk Mekchu : adakah ini yg dimaksudkan dgn popia Kuala Kangsar sebagaimana pernah di update kan dalam status FB tak lama dulu. Hihi
Sedap oh popia nih. Nxt week balik kg mau me repeat beli. Jgn la org jual tu plak bercuti raya.

Maka,, itu lah kisah ke Bazar Ramadhan pada hari ke20. Sekian, terima kasih :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign