Pages

31 October 2010

~Pasal Berpaut Di Dahan Cinta~

It's Sunday. And Karaoke again. Ngeh he he. And shopping day too. Ngeh he he.
Eh. Ramai tul yg update blog reni eh. Biasanya kalo ari Ahad cam mandom je takde entry baru. Tp tgk tadi, rajinnya kengkawan update. So am I lah. Kena lah update gak.
Last day of October today.
Esuk da masuk bln baru. November. Eh..gaji awal ek bln ni dengarnya (org gomen la - btui tak kengkawan yg buat gaji??? ).  Sbb raya aji. Ala..tak beshnya la gaji terlalu awal ni. Nati nganga nak tggu gaji bln 12. But then gaji bulan doblas ada top up RM500. Alhamdulillah...
Jadi sbb bln dpn wiken ku adalah packed, karoke dulu mggu nih. Nati gatal2 lidah payah lak.
Cam biasa, gi ngan rakan se karoke ku lah yakni Dee.

Mula nak amik yg kul 11, tp Dee terlewat n aku pulak dah syok tgk drama kat TV1 tu..so kul 12 baru gi. Bes gak drama tadi tu-Bunga Rampai Musim Tengkujuh. Citer kelakar pasal cina buta. Hoih..ada lagi ke org nak ber cina buta skang nih??

Karaoke session 12 - 2 pm. Syiok. Release tension. Dpt bilik besau pulak. Salu kalo 2 org, dia bagi kecik je.

Skali dah baru plak program pilih2 lagu tu. Mcm lembap plak nak sesuaikan diri. Udah ada gmbr2 kat artis. Dulu ada nama je. Bila tukar nih? Rasa retu aku pi time cuti ari Malaysia tu still lama lagi.

Dee amikkan gmbr aku. Masa ni layan lagu Dayangku Intan.



Aku berpaut di dahan cinta...cewahh..

Dee buleh tatau pulak lagu ni. Bila tang corus baru dia kata "owh..lagu ni..tau tau". Haha. Aku mmg layan je lagu 70an, 80an ni. Semi-oldies la..tak la oldies sgt. Ngeh he he.

Saja amek gambau bebanyak. Esuk ada contest lagi, leh join. Retu tak join. Hoho.

30 October 2010

~Pasal Genting Highland Lagi~

Baru je plan nak ke Genting, dikejutkan dgn berita kemalangan ini. Kemalangan maut melibatkan bas lagi. Kali ni bas persiaran/bas rombongan pulak. Kesian bebudak ni. Baru seronok2 kat Genting, tetiba diakhiri dgn tragedi camni.
Berita di sini - Berita Harian
Berita terbaru kata driver takde lesen memandu pun. Sungguh kah? mmg menakutkan. Ditambah plak bas tu sememangnya ada poblem brek. Waa...sgt bahaya kan.

My dear kata, ok, kita tukar plan. Gi PD jer.
Sekali lagi, jawapan aku tetap sama "namo..nati ada binatang gigit kaki"
Huhu.

Ala..kalo just pi Awana tak tggi pun. Belum book lagi ni.
Aku nak book under Astounding Awana Savers tu, tp tatau TnC dia. Adakah suma org leh dpt rega tu or ada kena pakai members card ke apa. Nati Senin baru nak call Awana tu tanya. Kalo guna rega tu mmg dpt la murah sket dari rega biasa. Oleh kerana aku nak pi tu wiken, dah tentu dia termasuk dlm peak season. Kalo tak peak season mmg rega dia berbaloi baloi.

Dah riki2 review org yg pegi Awana. Ramai yg bagi + review. Bagus.
Try dulu tnya. If takde choice sgt, duk ajer lah di First World. Or, carik tpt percutian lain. But then di mana?? Selain PD n Melaka. Any suggestion my dear pren???

~Selamat Pengantin Baru Sarah~

Musim kenduri kawen dah tiba. Kad2 jemputan dah mula diterima. Dah bila musim ujan ujung2 tahun ni kena la bertemu musim ujan jugak. Pepagi ni tadi ujan melebat giler. Heemm...kena campak baju pengantin atas atap napak gayanya nih. Huhu.

Ari ni - 30 Okt 2010- memenuhi jemputan kenduri rakan seopis.
Harus pegi sbb dulu dia dtg umah aku, then bekas anak buah aku gak. Lagipun dkt je.
Pegi pun da kul 1 lebih. Seb bek tak panas kan. Kut tak...harus peluh tiak bagai.

Tema pengantin merah-putih. Uik..mengambil tema sempena piala Malaysia mlm ni ker?
Huhu. Kelantan katanya. Ok. Takde kena mengena.

Elok pun kami dtg lewat sket sbb pengantin bersanding dlm 2.30ptg.
Aku cam biasa la..harus nak selit2 masuk amik gmbr pengantin. Huhu. Entah..suka je nak wat collection gmbr2 pengantin ni.

So, tgk gambau je lah kita.

Dimulakan dgn pengantin lama. On d way. Nak tgk muka beso pinggan ke beso talam. Hua hua hua. Motip laki aku bawak keta smbil tido tu. Ngeh he hehe..

Yey!! kawen. kawen. kawen.


Selamat Pengantin Baru. Selamat menempuh alam baru. Dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.

29 October 2010

~Pasal Upin, Ipin, iPhone dan Israel~

Eh. tkde entry utk ari ni.
Ok. Bagus. Banyak sgt entry bln ni. So, mau dikurangkan sket.
Ekceli pagi tadi dh nak buat entry baru. Tp masa tak mengizinkan.
Tghari..cam biasa la..kalo takde menda takkan ku duduk kat opis la kan. So, ke JJ Maluri kita. Ngeh he he. Beli adiah kengkawan yg nak kawen. Biasa lah...musim mengawan kawen dah tiba. hohoho.

Nak tunjuk kat korang emel nih. Korang ada dpt tak.
Ce takes time baca jap (ce itu adalah loghat org Perak bagi cuba).
*****************
Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku
benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “ Aku
suka Israel.”

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada
baju Ipin.
“U” bermaksud “USA”
“I” bermaksud “Israel”

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi
dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai
jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,
Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan
akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah
agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘Israel’.
4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakan
Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat
kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.


ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSIKAN
BERSAMA***

WASSALAM..


***************************
Itu lah kandungan emel aku dpt tu.
Perlu aku komen ke?? paling tak buleh blah part yang dia kata solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.  Ok, mari kita google apakah syarat sah solat. Dpt ini dari al azim dot com. Takkan tak boleh dipercayai sumber ini sbb ada tercatat Jabatan Mufti Negeri Melaka kan.

 SYARAT SAH SOLAT
 * Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:

          1. Suci daripada hadath kecil dan besar.

          2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

          3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.

          4. Menutup aurat.

          5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).

Taktau lah nak kata apa lagi dah.  Upin Ipin pun dah masuk ini cerita. Tak buleh ke derang positif kan pemikiran jadikan U tu Universiti dan I tu Institusi (tp seeloknya tk perlu nak pikir secara berlebih2..anggap je la sekadar hiburan..asal jgn melalaikan dan melanggar perintah Tuhan sudah)
iPhone4 pun jadi mangsa. I dkt iPhone tu bukan ke menunjukkan information. Bukan ke ada i-tech, i -pad, i-tunes, ivillage dll. Sama la mcm k, e suma tu. Dehh...
Byk lagi maksud2 dlm Al-Quran tu kita boleh kaji dan aplikasi kan selain dari menyemakkan pemikiran kata itu tak boleh, ini tak boleh. Itu idea isreal, ini idea komunisme.
Takpe lah..pilihan juga di tangan memasing kan. Nak antar emel ni pun pilihan memasing jugak. Kalo aku pilih tak hantar pada org lain pun pilihan aku jugak kan. So, sapa nak emel ni..amik lah..pi antar pada kengkawan. Takut nati solat tak sah pulak 40 ari 40 mlm. Kahhhhhh...!!!

28 October 2010

~Pasal Nak Merehatkan Minda~

I need a rest!
Dah lama tak lepak lepak, golek golek dlm bilik hotel.
Kalo lepak pun atas dasar outstation. Owh. Itu adalah tidak bes.
Last lepak di hotel adalah di hotel Cemerlang Bandung bln 8 ari tu.
Bes tu bes la, tp itu bersama rakan2. Berdua duan bersama my dear rasanya belum ada utk tahun ni.
Betul ke takde? Jap nak recall. Zet..zet..zzzt...zttt... ok..mmg takde. Jalan2 thn ini adalah ber over nite di rumah-rumah shj, bkn di hotel.

Jadi retu dah plan ngan my dear utk carik tpt menenangkan minda. Penat dah kepala hotak neh.
Yg tak jauh sbb nak rilek2 satu mlm shj.
My dear kata PD. Ku namo namo namo sbb takut binatang gigit kaki.
My dear kata takyah la mandi. Ah. Mana buleh, ku ini kan giler tgk tpt mandi manda. Mana buleh dh smpai tepi laut tapi tak mandi. Kerugian.
So, rasa nak pi Bagan Lalang. Ada hotel Seri Malaysia kan.
Tp bila pikir..ah. namo namo namo sbb aku nak duk kat hotel tinggi2.. baru lah bes.

So, kata sepakat diambil tuk gi Genting. Yeay!
Plan adalah hanya utk lepak hotel shj tnpa gi main2 kat theme park tu.
Mula aku pikir First World je lah.
Lps tu masuk RW nyer web, gatal la tgk hotel lain.
Then dpt tau yg skyway pun maintenance until 21 Nov. (ah..asal aku pegi je maintenance, asal maintenance je aku pegi..last year pun camtu gak).

Lps tu aku gatal2 search kat Awana.
Eh. ini bes. Kebetulan plak kan skyway rosak kan. Eluk la tu.
Naik Awana Skyway pun buleh kalo rasa nak pegi. Kalo rasa taknak kita leh pegi memcm tpt lain kat situ.
Tambahan pulak aku tgk menda ini. Eh.. aku kan berhantu dgn subject matter ini.

Buleh baca kat sini utk keterangan lanjut - Awana. Gmbr pun sama amik dari sana.

Tak tau pulak kalo nak tgk gajah kat Kuala Gandah tu buleh lalu ikut sini. Lps tu byk jugak tpt menarik. Baca punya baca restoran frog porridge pun ada. Bukan la kat dlm hotel tu..tp ada dkt2 situ. Erkk...

Balik nati nak sajes kat my dear.
Kalo dia ok, buleh booking online sahaja sbb dpt rega murah.

But then, nak tnya sapa penah duk Awana nih?
Best tak?? berbaloi2 tak dgn rega yg kita bayar itu?
Cam 1st World tu mmg haluih la bilik std dia. Itu utk lepak2 afta main kat theme park tu ok la. Nak merehatkan minda tak dapek la.

Owh. ini adalah pre-honeymoon sempena lagi sebulan ulangtahun ke2 perkahwinan kami.
Honeymoon bebtul adalah masa bln 1 nati-Kundasang.. (alamak! tak book lagi..alamak!)

p/s : ini juga utk menenangkan ati aku yg sedih tak dpt nak pegi Digi Event esuk tu. Sedih tau. Siap org NN call utk reconfirm btul ke aku tak nak dtg sbb dia tak dpt emel aku. Bagus kan derang. Sobsss... tkpe arr..event lain, kalo kena tpt nya..aku pegi lah..sorang pun gamble je lah.. sobssss. sila jgn blacklist saya ye pihak Nuffnang. Sobbsss...

~Pasal Filem The Entrapment~

Motip aku nak tulis pasal pilem yang dah lebih 10 thn pun.
Motipnya adalah smlm baru aku tgk citer ni. hohoo.
Ketinggalan zaman? ya lah tu. AAK?? hahaha.
Baru aku tau citer ni buat kat KL eh.

Ok la kalo buat KL, tp kalo KL zaman nak masuk millenium masih ada tongkang2 tu, celah bedah mana gamaknya. Sungai Kelang kah?
Lps tu pulak dari kelong kelong tongkang sungai tu napak KLCC. Waahh..bahagia lah.
Lps tu pulak duk kat umah buruk berhadapan dgn KLCC. Wahh..adakah di Kg Baru? Agagaaaa.
Then tulis stesen LRT PUDU tapi amik nya di Bukit Jalil. Tp ini tak kesah la. Citer melayu kita pun byk camtu. Konon cakap Kedah, tunjuk sawah padi. Tup2 kuar teksi putih merah plat KL. Mana lagi tu. Sg Besar la kan. Tak kesah la.

Org lain dah lama kritik2 pilem ni, tp aku..after 10yrs baru nak kritik. Lantak la. Again. AAK.
Lantak la, masa pilem ni  kuar aku still kat uitm final year. Tak ke diendah pilem2 camni. Kalo tgk pun sekadar berdeting detingan. Mmg tak kuasa nak jadi pengkritik pilem ke apa ke.
Tp kan..cena aku tak perasan langsung pasal citer ni. Cam mustahil nau. Takkan katak bawah tempurung sgt aku kat London tu kan. Sdgkan citer Anna and The King aku tau dan gi tgk.
Tak kira la kan.  Tp apa2 pun org luar ni takkan nak tunjuk wajah sebenar negara kita nih.
So, kita la yg akan menunjukkan wajah sebenar kita. Sbb tu dalam filem, tagline derang adalah Filem Kita Wajah Kita. So, pikir pikirkan lah.

p/s: Apsal ada lain2 poster eh? Yg ini sure utk keluaran Malaysia, kongkonon habis haibat dah Catherine Zeta Jones berlakon di Malaysia. Hahahah.

~Pasal Meja Di Lap~

Hai uols. Lambat sket meng update. Terlewat sket masuk opis reni but then still smpat. 8.59am 7.59am uols. Haha. Abis..dah gerak kuar umah pehtu pusing balik masuk umah. Sakit perut la plak. Haha. Org tua kata tak baik pusing balik umah kalo dah kuar kan..Ahh..pedulikkan..abis...takkan nak kata punggung kepala punggung kepala spjg jalan ke opis lak kut. Haha. Ok..lupakan pasal itu (eh..korang amalkan tak petua tu..kalo rasa nak ter ber**, tp jauh lagi toilet ke hapa, kita cakap punggung kepala punggung kepala byk2 kali. Aku dlu salu gak amalkan esp kalo dlm bas ekspress. Haha. Satu lagi org kata pintal ujung kain ke ujung tudung ke. Haa..gitu..tp itu aku jarang amalkan.. tak kuasa la plak..kang berkedut2 baju ke tudung tu. Huhu)

Bila dah lewat makanya masuk opis kena buat keja dulu. Diskas diskas dulu. Buat keja dulu then kul 10 baru aku bekpas. Ha..ni baru pas bekpas lah nih. Nasi Goreng Sardin. Sedap uols. Byk giler plak tu. Aku call je akak kantin bawah ni, pehtu turun amik lah. Ada lagi tu..kang lunch smbg makan.

Kalo org tgk setimbun nasik tu ada la komplen2 lagik. Kata aku dpt keistimewaan la apa la.

Betul uols.. pasal lap meja pun buleh jadi issue. Kata aku dpt keistimewaa meja di lap lah apa la.

Retu kan masa promosi ada jualan gerai makan kat bhgn luar. Kira open utk sementara bawah khemah tu kan. So, biasa la kalo time tu, sure mcm tak terurus sket. So, ada satu ari tu aku n bebudak aku turun makan. Dtg la sorang peniaga tu lap meja tpt aku dan kengkawan duk. Itu pun buleh jadi isu uols.
Katanya sbb aku ni jaga n selaras gerai2 makanya aku dpt keistimewaan tersebut. 
Kah..kelaka kan uols. Yg org tu lap ko napak. Yg aku lap sendiri ko tak napak pula ya. Nak jadikan kebetulan masa tu org tu tgh nak angkat2 pinggan dia, so dia lap la trus meja aku duk tu. 

Memasing yg buat keja tentu lah kadangkala dpt sedikit keistimewaan atas penat lelah kita melakukan keja tersebut kan.
Tak pe la..aku ni takde kehingin pun nak dpt keistimewaan camtu. Tu secara kebetulan je. Mana aku tau dia tak lap meja ko. Kalo aku tau, aku suruh la gak. Dah derang tak panggil, dia tatau la meja korang kotor.  Bongek giler aku rasa isu tu.

Lps ni dlm meting aku nak cakap :
"Bos, kita rotate kan je keja2 masa promosi ni. Ada org jeles kat saya sbb meja saya kena lap waktu saya dtg makan kat situ. So, saya nak la bagi org tu rasa plak keistimewaan tu"

Tp..ingat..ko nak keistimewaan tu ko kena la gi cokit beli lapik meja tu, gi alaskan. Sebelum tu ko dah kena jumpa suma2 yg nak meniaga tu, kena bahagikan tpt secara adil sbb kalo ko dpt peniaga yg cerewet seinici kurang pun dia akan kira. Pagi2 dah kena cop tarikh pada kupon utk serahan lps jam 5 pada petugas. Setiap hari kena check kebersihan kawasan, longkang, bersedia  utk menerima segala komplen baik sekecik2 kuman mahupun sebesar2 gajah. Kalo rega makanan tu mahal ko kena deal ngan penyewa tu utk turunkan rega, lps tu kutip balik kupon tu pada peniaga tu setiap hari, tempek pada ketas, kira, hantar pada akaun utk dikeluarkan cek. Bila dah dpt cek kena call balik penyewa tu utk amik cek. And kena dtg setiap hari tnpa henti dan kena tunggu smpai abis function sbb takut2 kang ada lagi aduan rakyat. Bila dh abis suma, ko kena kutip balik kesemua alas meja, bersihkan pulak utk kita pakai another function.

Ok, pas ni aku akan serahkan suma keja tu utk di handle pada org yg timbulkan isu lap meja tu.

Aiols tak kesah pun..takat hal lap meja..aiols kat umah lap satu umah pun tak heran.. nati aiols dtg umah uols dtg lap meja umah uols plak yer. Aparaa...hal meja pun leh jadi isu. Felik tau!! Ke nak report kat SPRM kata aiols dpt keistimewaan sbb meja di lap. Hahahahhaha...sakit perut aku thn ketawa oih.

Dah..nak smbg keja..jumpa lunch kang.. ngulor jeeee... :P :P

27 October 2010

~Pasal Nak Pegi Ke Tak~

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the DiGi Angels Internet Gathering happening at;

Date: 29 October 2010
Time: 7 pm - 10 pm
Venue: Grand Modesto's, Jalan P. Ramlee (click here to view location map)


Huk huk..skang udah ada rasa serba salah plak.
Tu la retu gatai anta emel kata nak pegi kan.
Bila dah dpt rasa serba salah pulak.

Sbb dia kata :
Please note that this is a individual invite only.

Maknanya dia tak kasik bawak kawan. Sobsss...
Aku tak penah ke sana. Dan aku tak biasa keadaan kat situ.
Juga aku bkn kenal sesapa pun. Padan la muka aku kan..tak nak ramah2 dgn blogger2 otai.
Dah la ada 50org je. Karang lelain tu suma dah mengenali antara satu sama lain. Aku?
Ye..kengkadang aku extrovert. Tp aku ni extrovert bilamana org lain introvert. Kalo org lain dah extrovert, aku akan jadi introvert otomatik. Sobss. Sobsss.

So, setakat ini keputusan aku..aku let go je lah peluang kali ni.
Kalo tak antar confirmation emel by 2pm esuk, otomatik dia akan revoked n bagi peluang ke org lain.

Sobss...sobss..sobbsss... melepas peluang nak menang gajet2 bes...sobss sobss. (eleh..mcm la kalo pegi tu mmg dpt mendalah gajet tu..hohoho)

~Pasal Lagu Kalau Berpacaran~

Kalau Berpacaran Ana Raffali Sohaimi Mior Hassan Altimet
Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x

*****
Lagu kegemaran pada masa ini. Best kan. Trus la di WinAmp kan. So, dpt trus liriknya.
Mcm rasa nak joget2 angkat kaki ke belakang je kalo dgr. Haha.
Ala2 ai ai twist la. Ngeh he he..

~Pasal Tajuk Sama Lagi~


Pagi ini bkk dashboard keta blog, tgk ada 2 rakan yang meletakkan tajuk yg sama.
Cuma yang membezakan adalah tanda soal - ?
Ingatkan ada contest berkenaan sayang ke apa ke kan.
Tp mmg derang bercerita pasal SAYANG.
Salu btul terjadi kebetulan gini kat dashboard ni
Aimi A.Z kata Sayang?
Cik Awynn kata Sayang.

Ok, tu dulu sbg warming up hari ini. Ngeh he he.

~Pasal Checklist Hadiah~

Utk korang2 yg menang contest ai ari tu, ai nak checklist ni samada uols da dpt adiah tu or belum.

Grand Prize Winner - Sutera Batik Ijau : Erin- Adiah tlh dismpaikan secara by hand di LRT Kg Baru. Ya..mmg terharu sungguh tgk tpt pemberian hadiahnya. Tkpe..asalkan beliau sudi bertemu ngan Kak Reen beliau yg gumuk cam tong gas nih. Mekasih ya sudi jumpa kak Reen. Jadi adiah Erin - checked.

2prize winner - T-shirt 1 Malaysia : Farah - blum disampaikan. Terharu dgn adik ni sbb dia sendiri yg kata kalo nak antar adiah dia by post mcm tak berbaloi2 sbb dia study di UM dan umah akak dia ke sapa ke di Setapak je. So, sgt menghargai kesudian beliau juga bersabar menanti utk dptkan date utk berdating.

3rd prize - Kaftan Batik : Axelida - pun blum disampaikan. Dia suh pos je. Tp ku pulak rasa tak berbaloi sbb jarak nak ke post ofis adalah lebih kurang je nak carik dia sekitar KL nih. Lebih baik jumpa je bagi by hand. Kan lebih mesra. Ke u namo mesra mesra dgn ai???? hiks hiks hikssss

Adiah khas (follower sedia ada):
Imanmom - checked- Ini consider pos laju sbb beliau duk nun jauh di Pahang sanun. Kak, nati kalo org nak gi GRC buleh la koling2 akak eh. Entry di blog beliau :
http://tungkukayu.blogspot.com/2010/10/hadiah-puanstoberi-dah-sampai.html
Safinaz di Gombak- checked. Adiah diposkan. Dah smpai. Ini pos perlahan je, tp serupa itu pos laju maa. Satu hari sudah terima. Sudah bagus itu Pos Malaysia. "like". Entry di blog beliau :
http://safinazhanum1.blogspot.com/2010/10/alhamdulillah-hadiah-dah-diterima.html
Ejamaria - checked. By hand masa beliau dtg promosi tu ari.
AyangAizul di Shah Alam - checked. Dia inform dah smpai.

Adiah khas juri :
1 - Hezesuze - checked. Jumpa-bagi-by hand. Entry di blog beliau :  
2 - Nana di Keramat- checked. Entry blog beliau.
http://ibudamia.blogspot.com/2010/10/dah-dapat-adiah-puan-stoberi.html
3 - Akma di Shah Alam - checked. Dah inform kata dah smpai.
4 - Cutemum di Kajang- checked. Entry blog beliau.
http://mamiuyun.blogspot.com/2010/10/hadiah-misteri.html
5 - Lynluvein di Putrajaya- checked. Beliau inform di FB. Seb bek smpai sblm beliau fly ke Romania. Betul kan Lyn, Romania?
6 - Izan - Takde kabar lagi.
7 - Izfanora - Pun takde kabar lagi. *update* - checked-dah terima
8 - Cyera Cullen - Pun takde kabar lagi.
9 - Lyafrina - Pun takde kabar lagi. Ini paling risau tak smpai sbb beliau paling jauh di pos neh. *apdet* dah selamat diterima. Lega rasa.
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/10/special-winner-sedondon-seirama-of.html
10 -Anie - mmg blum pos sbb katanya pos je ke kg beliau kat Ipoh sanun sbb dia nak berpantang di sana. Nati Kak Reen pos kan a.s.a.p eh.
Emma & Aisyahimran - mmg blum dpt dikesan.

Pada yg saya belum dpt kabar berita itu, sekiranya sehingga Jumaat ni masih tak dpt, beritahulah saya. Saya akan belikan hadiah lain dan hantar kpd korang secara by hand. Kita jumpa lah di mana2 yer. Tp eh..kalo yg kat Terengganu mcm Lya tu, saya terpaksa la guna pos laju. Saya rasa bersalah kalo adiah tu tak smpai. Macam ada ter hutang pulak.

Dan pada yg dah terima tu, saya minta maaf sbb hanya hadiah tak seberapa tu  je dpt saya bagi pada kawan2 semua. Malu plak rasanya bila derang buat entry tgk hadiah mcm 'alamakk...malu nyer'. Org lain suma kasik adiah grand2 giler. Aku ni mampu bagi bekas hp, bekas tisu, pencil box jer. Huhuhu... sori ye korang.
Dan hadiah tu mmg pelbagai. Tp percayalah adiah mmg dipilih secara rawak kpd setiap pemenang tu dan harganya mmg lebih kurang sama.

Ok, jgn lupa ya..pada yg tak dpt sehingga Jumaat ni, sila gitau saya ya.. saya janji saya belikan hadiah lain. Tp kena jumpa jumpaan lah. Kang tak sampai lagi plak kang. Byee byee

26 October 2010

~Pasal Papa John's Lagi~

Haha. Jgn meluat. Jgn meluat. Again. Papa John's.

Igt link ini - Juri contest. Kan dah janji dgn adik2 juri neh nak blanja derang. So, waktu lunch tadi pegi la ke BTS. Mmg dokek yo dgn upis den, kurang 10 minit leh smpai. Tp waktu balik, jadi jauh lah sbb dgn jem la hapa la.

Ok la, kali ni takde citer citer lah. Sbb sama jer kan. Jadi kita tgk gambau je lah yer.

Kami ber5. My dear takdok. Dia taknak pegi.


Pegi ber5, tp amik set utk 6 org. Faizullah kata dia lapa. So, dia lah yg perabiskan 2 gelas air coke tu. Hoho.

Add on jugak mushroom soup yg setap ini. Aku plg sker mushroom soup kalo dtg sini. Sbb bes. Mushroom byk dan tak masin. Tp kalo dah sejuk, pasti rasa geli geman masuk tekak. Ayam tu aku rasa bes lagi spicy ciken wing kat pizza hut. Itu tidak dinafikan. Tp yg lelain mmg aku lebih sker Papa John's ini.


Lepas makan. Wah..licin pinggan memasing.

Eh. Ini aksi apa? Aksi mahu mengecilkan muka yg bulat. Padahal...ko cover muka, napak lengan besau buluh betong tu. Seb bek gambau ini tecit. Ngeh ngeh ngeh he he he.

~Pasal Mak Ta Ke Mekah~

Ini citer pada 20.10.2010 retu.
Tk smpat nak publish awal2. Baru nak citer.
Okeh ini masa mak sedara my dear which kiterang panggil Mak Ta nak gi Mekah. She's single mother of two sons. Suami dia lama dah meninggal. Muda lagi. Tp dah berpeluang menunaikan haji. Bes lah. Aku kalo tgk org pegi, sure rasa mcm nak pegi jer. Retu masa aku pegi tu kecik lagi. Belum baligh kata org. Ngeh he he. Tp mcm kesian je tgk bwk beg besar2 tu. Masa aku gi dulu ayah aku ada. Dia kuat lagi masa tu. Dia la usung suma beg kiterang. Mmg kalo turun naik bas tu mmg kita kena uruskan sendiri la beg kita. Moga dipermudahkan la segala urusan mak sedara ku itu. Aminnnn. Jadi tetamu Allah kan, sure la dipermudahkan.

Aku tak antar smpai KJ pun sbb Mak Ta kena daftar dlm kul 1.30pg. Ada function masa tu kat opis mmg la tak leh nak cuti ke hapa kan. Pulak tu,kalo nak cuti, sure la kedua-duanya cuti. So, kami amik keputusan gi ziarah dia kat umah dia kat Kelang sanun je. Belikan satay Samuri kat hentian Awan Besar, bwk gi umah dia. Mak Ta mmg dah tak lalu nak makan dah. Rezeki org2 yg ziarah dia lah kan.

Jadi tgk gmbr2 sahaja la. Ramai dtg nak antar pemergian Mak Ta jadi tetamu Allah.

Mak mentua ai masak pulut ngan rendang daging. Rendang daging tu sedap amat. Siap derang bekalkan. Tu plastik putih tu ada bekalan kiterang lah. Ngeh he he. Mak mentua ai yg tgk dok sandang beg tu, n Mak Ta adalah yg pakai tudung ustazah halijah tu. Hihiii... mak mentua ku yg suh dia pakai camtu..dia pakai ajer la. Dah akaknya suruh kan. Comei Mak Ta.

Ni suma family my dear. Aku mmg tiada dlm gambar sbb malam tu tetiba aku rasa mcm gemukkkk giler. Tak hengen wes aku nak abadikan kegemukan aku dlm kamera org lain. Naseb baek jugak la sbb org yg pakai tudung kelabu tu dah masukkan gmbr tu dlm FB dia. Aku napak sbb dia tag Mak Ta. Puh..seb bek. Kut tak msti org kata 'ni budak gemuk comot mana la ko kutip amik gambo nih". Idak la aku weh. Udah la dia tak kenai aku. Tp aku tau itu adalah sedara mara mak mentua aku. Cuma aku tak berapa nak mengenali beliau je.

Tak caya aku gemuk giler mlm tu. Nah amik gmbr ni. Motip kalo pakai skirt je sure jadi gemuk giler. Haishhh... Ni kalo letak kat FB ni sure berderet komen 'ko mengandung ker?' 'ko pregnant ker?' 'ko hamil ke?'. Haishh..lagi sekali. Tak tertepis tu dibuat nya tu. Jadi letak sini. Korang2 tau kan aku tak mengandung. So, sure korang tak tanya. Ngeh he he he. Dah le lupa nak bwk compact powder, lipstick suma. Elok je muka tanpa sebarang mekap lps solat camtu. Mmg tak kuwasa la kan aku nak tempelkan gmbr tu kat kamera sapa-sapa. Eiii..idak la teman wehh... Hohohoooo....

Masa ni nak kuar umah dah. Ayah mentua azan. Ada prosedur dia. Yg nak ke Mekah tu kena kuar last skali. Pehtu yg lain suma beratur panjang2 smpai ke kereta. Haha. Idak la teman tau cenggitu caranya. Aku pegi dulu cena ah? Tk igt..dah 20thn berlalu.

So, didoakan semoga Mak Ta mendapat haji mambrur. Dan pada sesapa saja yg pegi ke sana, moga mendapat rahmat Allah secara keseluruhannya :))

~Pasal Supplement~

Aku ni ok je kalo nak makan supplement nih. Takde poblem. Sng je telan.
Tp yg poblem adalah kedisplinan aku dlm mengamalkannya.
Seriyes. Mmg aku ada poblem tang tu.
Pasal tah. Langsung tak displin.
Camtu gak ubat kalo aku demam ke apa.
Kadang saja buat2 lupa nak makan. Apatah lagi kalo dah sihat (kan antibiotik tu arahan doktor kena habiskan walo dah baik kan).

Dulu aku makan gak vitamin brands Kordel's. Executive B namanya. Ada B Complex, C & Minerals Formula. Katanya utk Exec2 yg sibuk la. Walo aku bkn Exec sbb opis aku ni mmg takde Exec pun, tp aku telan gak la supaya ada tenaga. Tp skang aku tak brani lah sbb aku rasa menda tu membantu gain weight aku ja. Yelah..nak bagi tenaga kena la makan, nak makan kena la ada selera. So, mendalah ni mmg bantu aku naikkan selera lah. Dulu b4 kawen bleh la sbb masa tu berat 37kg, skang ni dah lebih 10kg better tak payah nak bantuan bantuan bagai. Kang dari tong gas naik ke tong dram naik kepada tong..tah tong apa tah. Jgn tong sampah cukup.
Kredit : Kordel's
Lps tu dah kawen aku start makan Asid Folic, aku mls dah nak makan supplement lain.
Tp aku mmg sker makan (minum) madu. Bermula dgn madu tualang yg Mesia punya smpai la skang ni aku consume Manuka-Honey Mart. Aku tatau la apa perubahannya. Tp aku rasa ok la kut. Mmg rasa kulit mcm supple sket. Takde la kering gersang kan. Dah abis pun satu botol ni. Nak beli lagi. Retu ada promo. Dpt la murah sket. Share ngan kawan aku kat LKIM sanun tu. Kena tggu promo lagi la nak napaknya nih. Oh. Nak tau pasal manuka ni, sila surf web ini - manuka honey mart
Kredit : HoneyMart

Skang aku dah terpengaruh plak ngan iklan yg uruf2 kuar kat PC tu. Yg panahan mentari memanah mata tu. Haa... Inner Shine Pati Beri lah. Aku tak penah consume any Inner Shine brands ni sbb aku rasa cam mahal jer. Plak tu aku ni dah la tak displin. Nak nak makan sgt, lps tu ku biarkan sepi di pinggir sawah meja. Tp sbb terpengaruh ngan iklan tu, pastu pulak retu pas raya mata aku mcm buat hal, tetiba mcm kelabu je rasa, aku rasa aku perlu buat sesuatu. Nak minum air carrot tp cam malas nak blend dah (eh..baru tingat aku ada blender serbaguna tu. Huhu..lama dah tak buat air soya. Kan..aku dah kata, aku ni mmg tak displin). So, kasik terai lah ini plak. Dulu Diana Danielle pun tak dpt pengaruhi aku, tetiba uruf2 kuar dari PC tu dpt mempengaruhi aku.

Jadi td dah beli kat Guardian. Esuk pepagi minum. Mmg semangat. Tp kang lelama aku malas lah tu. Harap2 tidak la sama nasib dia mcm vitamin, JMD dan lelain tu. Mmg rugi tol. Beli, makan/minum sket je, pehtu dah xpired buang trus. Trok kan?

And the Winner of the DiGi iPhone 4 is…

Tajuk kat atas mmg aku kopipes sebijik2 dari emel yg nuff kasik.
Cam biasa la..mesti teruja nak tau sapa menang walo tau harapan mmg setipis kulit bawang la kan.
Kalo ada nama aku masuk list sure aku blanja suma follower aku nih.
Hahaha.
So, ini lah calon2 pemenangnya :

Tp bukan semua. Hanya sorang yang akan dipilih pada hari Jumaat ni utk membawa pulang iPhone4.
Di Grand Modesto's.
So cam biasa kalo masuk contest Nuff ni, walo kita tak menang dia sure akan panggil utk datang event yg berkaitan. Lps tu masih berpeluang adiah gempak2 jugak.
Mcm yg aku pi event Sony retu. Tp takde luck nak menang jugak..sob sob sob.

So, dia kata 50 emel terawal akan dpt jemputan utk DiGi Event kat Grand Modesto's ari Jumaat nih.
Hemmm...Grand Modesto's yea..
Hemmm...adakah aku antar emel utk dptkan invitation tu?
Kita tgk dan lihat je lah yer.
Terkejut laki aku bila aku tnya boleh tak aku nak pi Grand Modesto's. HaHaHa.

25 October 2010

~Celcom Blackberry Torch 9800~

We really are spoilt for choice nowadays when it comes to purchasing smartphones. So many brands, so many models, so many fancy features… but make no mistake, nobody does smartphones like one of the pioneers in the market – Blackberry. And if you were always on the fence about which smartphone ‘camp’ you wanted to join because you were undecided about going with a touch screen or a physical keyboard, your dilemma is now solved with the debut of the new Celcom BlackBerry Torch 9800!

Haa....dah tulis bahasa omputih skang. hu wu wuwuu..

Hahahahaa...merepek..tu aku kopipes dari board Nuffnang. Nak masuk lagi contest Nuffnang. Kali ke3 aku mencuba. Lantak la ada beribu malah berjuta contestant sekali pun, aku nak cuba jugak.

Kali ni syaratnya adalah :
2. Write a blog post telling us what you love about the Blackberry Torch 9800, and also share the Celcom Exec 50 plan with your readers.

Sila lihat tu, Nuff kata beritahu kami apa yg anda cinta (?) tentang Blackberry Torch 9800 dan kongsi perihal Celcom Exec 50 plan dgn anda semua yang membaca blog ini. Okeh,cinta itu boleh la didefinisikan sebagai suka, sayang, berahi etc etc. (Motip aku nak translate kan syarat tu? ngehh..merugikan ruang tol).

Ok. Kenapa saya cintakan Blackberry Torch 9800 nih?
Satu yg paling utama adalah saya tak penah memiliki lagi apa saja yang berkaitan dengan Blackberry. Kata lah yg botak (bold), melengkung (curve) mahupun ribut (storm) itu. Mmg saya tak pernah ada. Eh..tp saya adalah yg bunyi beri beri jugak. Haa...sure korang tau.. apadia??

Ya..blog saya ini lah.. pnstoBERI.blogspot dot com. Ngeh ngeh ngeh ngeh.

Oleh krn saya tak penah memiliki hatta satu jenis pun dari family Blackberry ni makanya perlu lah saya berangan utk memiliki si adiknya yang bernama err..lampu suluh (torch).
Lagi apa yg saya cinta ber kenaan BB Torch 9800 ini :
*sbb ia ada touch screen dan juga keypad. Saya penah pakai handphone touch (censor actually), dan juga keypad. Skang saya mahu kedua-duanya. Jadi kalo malas malas nak taip boleh sentuh je, kalo malas malas nak sentuh, taip saja. Bes kan? Sure!
**Lps itu, kameranya adalah 5MP. Ko tak mahu? Kalo aku, aku mahu..tak perlu aku usung kamera lagi. Ada 512mb memory on board. Lps tu dpt lagi 4GBeMMC + 4Gb media card. Ko mahu? Sure!
**Jgn lupa. Ada WiFi jugak. Tadi dah kata tak perlu usung kamera, skang tak perlu usung lappy lagi. Mudah kan? Sure!
**Nak ber facebook lagi la mudah. Mmg tugas dan tanggungjawab dia lah kan utk memudahkan korang nak ber laman sosial. Bes kan? Sure!
**Sbb dia adalah touch screen, screen pun luas jugak. Ko nak potrait kan dia pun buleh, nak landscape kan dia pun buleh. Sukahati kau lah kan. (eh..bunyi mcm nama blog lama aku dulu. Haha). Bes kan? Sure!
**Dia ia amat ringan giler iaitu seberat 161.1g sahaja. Tk smpai sekilo pun kan? Sure!

Skang kita masuk bab pasangan yang akan dipasangkan dgn BB Torch 9800 ini. Kalo ada telefon tapi takde talian samalah mcm makan nasi tanpa lauk. Ha..gitu. Jadi mari kita pasangkan BB Torch 9800 ini dgn Celcom Exec 50. Aku juga adalah pengguna Celcom. Tak percaya. Mari cuba dail. 019-tekan tekan la sampai pingsan. Hohoho...

Celcom Exec 50 - Absolutely Simple katanya. Ya..mmg simple sbb :
~ RM50 sebulan pehtu ko buleh call serata alam dgn kadar RM0.15 seminit. Lps tu boleh dpt diskaun pulak tu. Ko tak mahu? Kalo ko guna antara RM60-RM79.99 ko akan dpt 10% diskaun, dpt 20% diskaun kalo ko guna antara RM80 - RM149.99 dan kalo guna RM150 ke atas otomatik ko dpt 30% diskaun. Tak suka?? Sapa tak suka diskaun angkat kaki.. ngeh he he. Sapa yg suka gayut gayut mmg sesuai plan ini utk korang.
~Lps tu da register Exec 50 ni tetiba ko akan dapat Free Celcom Broadband Basic Plan for 1 month (with speeds up to 384 Kbps). Ok, lps ni buleh ber blogging smpai pitam. Haha.

So, BB Torch 9800 yg hebat ini mmg sesuai dipadankan dengan Celcom Exec 50 yang hebat ini juga. Yelah.. pasangan harus lah sepadan dah sama hebat. Rite??

So, dipersembahkan Stoberi Blackberry Torch 9800



Dan pasangan sehidup sematinya.

Maka...namanya adalah Celcom Blackberry Torch 9800.
Oh lupa nak gitau..Celcom akan launch kan semua ni pada 29.10.2010.

~Pasal Onn Jaafar ke Jaafar Onn~

Ini kes terjadi masa tgk berita yang ada citer pasal Perhimpunan Agung UMNO retu. Kan masa tu berita suma pasal ini je.
So, ini perbualan kami somi isteri.

Isteri : Awak tau tak apsal PM kita dah ada 6, tp Presiden UMNO ada 7.
Suami : Tau la..kan sorang tu tak jadi PM, tp jadi Presiden je.
Isteri : (dalam ati..ok la kan..tidak la buta sejarah kan..hihiikks). Sapa yg tak jadi PM tu?
Suami : Ala..tu Jaafar Onn tu lah.
Isteri : (owh..tahu nama gak..btul lah tak buta sejarah..tp eh..apsal semacam je nama tu). Ehhh..apahal pulak Jaafar Onn...awak ni merepek kan.
Suami : Eh..eh...silap..silap...Onn Jaafar la..ha..betul Onn Jaafar.
Isteri : (tak kata apa dah..gelak mcm org giler..ngeh ehehehehee...)

Ok, kenapa beliau jadi Presiden tp tak jadi PM? Aku pun tak reti nak terangkan. So buleh baca kat sini - incik wikipedia. Selain tu pinjam la buku anak2 buah yg nak amik PMR ke SPM  ke untuk baca. Ngeh he he... tu la pasal. Dulu belajo utk pass peksa je kan. Ini la jadinya.

Subjek Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus pada tahun 2014. Eh. Ke thn 2013. Pada pendapat aku, bagus la sbb makin lama kang makin dilupakan sejarah negara ni. As for me, Sejarah aku tidak lah cemerlang. Masa PMR dpt B n masa SPM hanya dpt 3. Tp aku mmg sker subject Sejarah. Kengkononnya org kata nak jadi loyer kena cemerlang Sejarah. Ngehh...

Tp aku kenal lah ini yang nama dia Onn Jaafar.
Copy - Here


Dan ini Jaafar Onn

Source : Here


~Promosi Kraf Tekstil 2010~

*Entry sticky post. Entry tak sticky ada di bawah*


Promosi Kraf Tekstil 2010 anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay


Sila sila lah datang. Nak membeli ke. Nak menjamu mata ke.
Segala berkaitan dgn tekstil. Songket, Tenun, Batik dan segala lah.
Ada juga xtvt2 lain yang menarik.

Bermula 13 Oktober sehingga 25 Oktober.

Owh...kalo ada sesapa nak dtg dan kemudian nak membeli kan, cam biasa...helo helo lah pnstoberi eh. Atau emel je pun buleh. Buleh la pnstoberi jadi tourist guide kan..then kut nak dpt staff price tu buleh la sesekit. Pnstoberi Insyaallah,..mmg ada je la waktu promosi tu nati.  Termasuk Sabtu n Ahad. Biasa la..sure la kena stand by. OT mmg la OT. Tp tu pun leh claim cuti je. Tp takpe la..ada ramai yg bantu nati.
Atau kut tak buleh nak dtg..nak kirim pun buleh. Salu je tolong kawan2 gini. Just gitau nak kaler apa, bajet berapa, nati saya MMS atau emel kan gmbr. Kut berkenan..buleh la beli. Just bank-in duit then nati penghantaran secara poslaju akan dibuat.

So, more info..there.. - PROMOSI KRAF TEKSTIL, KRAFTANGAN MALAYSIA

24 October 2010

~Pasal Redeem Redeem~

Ari ni baru berkesempatan nak bkk bil2 yg dtg.
Biasa la. Dah gaji harus la melangsaikan hutang-hutang keliling pinggang tu.
Kalo pakai online ni mmg tak tgk bil la kadang tu kan.
Kadang mmg byr je lebih. Sng. Takde la mekak mekak nak suh bayar bayar kan.
Cam bil tipon. Mmg aku byr lebih. Nyampah aku tgk bila smpai msg yg kata bil anda tlh smpai ke had kredit limit. Sila buat bayaran bla bla bla. Nyampah hamat. Bayar lebih. Kut nati bil terlebih tak la rasa sakit sgt.
Retu aku kena 3rat masa gi Bandung. Hoho. Tp seb bek tak rasa sgt sbb aku da biasa bayar terlebih. So, baki nak kena bayar tu sket je.
Oh. Bkn nak citer pasal tu.

Nak citer pasal redeem points ni.
Aku baru tgk points Maybank. Tkde la smpai thp belas2 ribu. Baru 9k camtu.
Selama ni ada gak aku rasa tingin nak redeem. Tp tak redeem pun.
Cena ah nak redeem?
Aku tgk ada yg boleh trus ke kedai tpt nak redeem tu. Or p kat maybank kad centre sanun.

Dlm byk2 tu, yg aku rasa bes adalah tupperware n voucher.


Voucher ni bkn per, kut nati aku nak buat contest lagi ke kan, leh dijadikan hadiah ni. Ngeh he he.
Tp paling rasa nak redeem tupperware tu lah. Mmg hajat hati nati kat umah baru nak start wat collection tupperware nih. Tp Awas! bekas tu tak buleh la dijadikan bekas nak kasik org bwk balik makanan ke hapa. Mmg kemana hala lah jawabnya. Mcm kat umah mak tu. Bising dia tupperware dan tipuware dia ilang tak dpt dikesan. Abis tu anak menantu bwk balik makanan, pehtu tak pulang balik. Aku kalo bawak balik KL sure aku bawak balik ke kg bekas tu. Ye lah..nati sng nak buh apa2 utk bawak balik lagi. Hihi.

So, utk org, nati aku beli khas tipuware okeh. Ala,hok bekas putih tahan masuk microwave tu pun ok per. Beli byk2, buh kat umah, bagi je kat org nak bekal apa2.

Pehtu tgk kat CIMB plak. Ni aku ada c/credit points je. Mmg tak byk lah. Takat 2,3 ribu je. Tp aku tgk brochure dia buleh top-up ngan duit. Ada gak tupperware. Aku rasa nak buat camni lah. Aku nak wat collection tupperware ni dgn me redeem points ni dulu kan.

Tp lama tak masa nak dpt menda di redeem nih? Tk penah lah aku buat. Cam Maybank tu kan dia salu buat treat fair kat MV kan. Tp tak penah aku rasa nak pegi pun. Points bukan ada puluh2 ribu smpai leh nak tukar dgn microwave ke apa ke kan. So, dari bersesak2 ramai2 tu better aku tgk dia nyer web je nak tukar apa. Tp tu lah masalahnya...mcm tak reti plak nak me redeem. Sapa ada pengalaman. Meh la share.

23 October 2010

~Tag : Award : Dari EKA~

Ngeh he he. Terima award dari kawan baru lagi. Retu dapat award blog hebat (ceaaa...). skang dpt award 'online best friend award'.
Dapat dr cikgu EKA kita ni. Mekasih yer dik..igt juga Eka ke akak yer. Ngeh he he.

Ok. cam biasa, dpt award harus ada assignment. Meh kita buat.

1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this
  • Eka ni Cikgu.
  • Eka ni suka posing-posing. Memacam gmbr ada kat blog dia ni.
  • Eka ni cikgu kat Sarawak sanun. Lama2 pandai ckp bhsa Iban dia nih. "auk indaii..." hihi
  • Eka ni kawen sama bln ngan saya, bln 12. Anniv dia 6/12, saya lak 14/12 (ek eh..ni citer pasal Eka ke pasal saya)
  • Eka ni asal Penang. Anak Mami ka Eka?? bukan noo... tak mcm anak mami pun dia nih. Lawa. Putih je. Cute juga. :))

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...
Auk Eka.. ngeh he he..ini soklan feveret kalo kena tag kan. So, nak carik yg dulu2 dah malas. Jawab semula lah.
  • Keja govt ღღღ
  • Suka pegi ber holiday holiday ღღღ
  • Umo lagi 2 bln masuk 31tahun ღღღ
  • Giler ber blog tp tidak la tegar sgt  ღღღ
  • Tak suka sgt tgk tivi tp lebih sker surf internet ღღღ
  • Paling obses dgn bhn bacaan. Sker giler membaca. ღღღ
  • Sempoi je orangnya tp jgn la stress kan saya, harus jadi tak sempoi ღღღ
  • Saya rasa saya seorang yang extrovert, tp kadang2 introvert jugak. Hihi ღღღ
  • Kawen lagi 2 bln masuk 2 thn tp masih takde rezeki utk menimang cahaya mata. ღღღ
  • Suka jugak karoke tp dgn org tertentu sahaja. Malu oih. Suara mcm katak pggl ujan je. ღღღ
3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them.

Cam biasa..saya malas link..but u noe hu u r kan...
♪♫♬ - Kawan yg saya br 1st time saya jumpa last week - Hezesuze - uols buat yer tag award ni..
♪♫♬ - Sorang lagi kawan yg saya jumpa last week. Ejamaria - nati ada promosi dtg lah lagi yer
♪♫♬ - Sorang lagi kawan yg saya jumpa Ahad lepas di LRT Kg Baru - Erin - sila amik award ini yer.
♪♫♬ - Rakan sedari porem mesra dot net dulu - Ryn / Xyn1428 - buat lelaju..lama dah tak update tu.
♪♫♬ - Kawan se UiTM Lendu, tau pun dlm blog ni - Safinaz - silakan amik award ini dan tepekkan di blog.
♪♫♬ - Adik yang sker ijau (eh, ye ke..belasah je lah) - Ejaa - sila amik yer yunk. Award khas tuk awak.
♪♫♬ - Tak lupa rakan yg juga cikgu - Irtiyah-  Kalo berkesempatan terima lah award ni yer cikgu. Hihi.
♪♫♬ - Adik yg juga keja gomen - cikbedahlaser - amik award ni cepattt
♪♫♬ - Adik cute sy yg saya rasa masih bersedih atas sesuatu dugaan yg baru menimpanya - Anitadahah - amik award ni..jgn sedih2 ye yunk.. kami2 kan ada..
♪♫♬ - Kawan yg dah tak lama lagi nak melahirkan 1st baby, didoakan moga selamat. Blog beliau adalah di private kan. Silakan amik award ni cikcha..

Ok..da siap assignment Eka. Pada sapa yg dpt award tu, kalo rajin buat la tag ni..tak rajin pun takpe..saya tak kecik ati.. :))

~Pasal Perkahwinan : Part 2~

Ok. Kita smbg la cite kawen kawen nih. Retu pasal tgkp muat eh. Aku benti kat mana eh retu. Owh. Yg kata kalo tak kawen tu bukan penyudah kehidupan tu kan. Oh. Seblum tu, nak ucapkan trimas kepada pengkomen2 entry tersebut. Suma bagi pendapat memasing, saya suka. saya suka. Thanks eh. Nati kalo kelapangan saya masukkan komen2 tu dlm satu entry khas.

Ok berbalik pada kesah kawen kita. Di mana tadi. Oo..tang kalo tak kawen bukan penyudah kehidupan. Ya. Betul. Jgn risau la kalo kita ni tak kawen2. Jgn la tetiba jadi kelam kabut tgk ada kengkawan yg sebaya dah beranak pinak. Tgk kat FB kawan tu anak2 dia dh besar, kita ni masih lagi tercari2 pasangan idup. Ah.. lantak kan situ. Itu rezeki mereka. Rezeki kita sapa yg tau.

Ye lah. Mungkin ada yg kata, 'eleh..dia sng la ckp, dh kawen kan'. Btul la, aku mmg dah kawen, tp tau tak aku kawen umo berapa. Selangkah lagi kaki nak masuk 3 series tau. Tu pun seb bek aku lahir bln 12. Kut aku lahir bulan 1, thn ni kawen, thn dpn da genap 30thn. Ha. Sapa tak risau wes time tu. Aku pun risau. Mak aku lagi la risau. Udah la ayah aku tak sempat  nak nikahkan aku kan. Tp mak aku tak penah la mengajukan kerisauan beliau tu kat aku, mungkin dia taknak aku risau, tp aku tau dia risau (eh..berapa byk risau daaa).

Aku penah bertemu ngan insan yg risau amat tak kawen. Telefon aku gitau dia risau tak kawen, SMS itu ini. Penah skali tu dia SMS ke call tah menyatakan kerisauan dia. Masa tu aku igt lagi ari Ahad. Kan dlm paper ari Ahad tu ada ruangan cik kiantan ke apa ke tu. Yg org ngadu, then ada yg bagi jawapan tu kan. So, kebetulan pulak masa tu ada kuar permasalahan pasal kawen ni lah. Aku pun kata kat dia, pi beli paper sekian sekian, baca mukasurat sekian sekian. Aku tatau la dia baca ke tak. Hihikks. Dan skang org yg risau2 tu pun dah kawen. Suaminya hensemmmm... berpelajaran tinggi, keja pun beso. Ha..apa lagi. Tgk, Tuhan mmg nak bagi yang terbaik utk kita. Sbb tu di lambatkan nya jodoh tu. Tp tak lambat mana pun. Aku ni lagi lambat ha..pulak tu dpt org yg tak kenal spongebob. Ehh..eh..ter melalut.
Gmbr hiasan-makan beradap di opis plak. Huhu.
Then aku jumpa gak org yg aku napak tak risau, tp sebenarnya dia risau. Bila dia risau dia mcm ter cari cari sapa la leh jd calon ni. Dia kejar laki tu pun takpe. Kuar smpai tgh mlm ngan lelaki yg diminatinya yg mana aku rasa laki tu taknak pun ke dia. Sudahnya takde apa2 ngan org tu, kawen ngan lelaki lain. Tkpe la..dah jodoh katanya. Tp ingat..jgn bersusah seorang diri, jgn bergolok gadai sebelum & selepas kawen dan yg penting jgn mendukung biawak hidup di bahu anda (eii..geli oih..tetiba terbayang biawak komodo di selepangkan dia bahu ku ini. awww..gelisss nyerrr).

Jgn kata plak aku takde kawan yg umo dah 30++ tak kawen lagi. Ada... tp aku suka lihat cara dia. Dia dah ada umah sendiri, dia jalan2 seluruh dunia ngan kengkawan dia. Have fun, gi sana gi sini. Takde hal pun. Yelah, mungkin dlm hati dia ada taman sapa yang tahu kan. Tp dia tak la menunjukkan "alamak..cemana ni, aku tak kawen lagi..mati la..mati la". Aku pulak jeles kat dia. Gi Europe tour lah, gi Vietnam la. Mana negara la dia ni tak pi agaknya. Huishh...bes gilak. Aku nak ikot..tp aku mampu ke Bandung je ngan dia. Huhuhuuu..

Aku dulu pun ada target gak. Konon nak kawen masa umo 26thn. Ceh. Ada target konon. Sekali tersasar 3 thn. Ngeh hehe. Tak payah bertarget2 lah hai. Jodoh pertemuan ni suma Allah dah tentu. Mmg kita usaha, tp kalo itu bukan utk kita maka bukan lah. Sama juga mcm zuriat kan. Kalo Allah kata belum lagi maka belum lah lagi. Tp ingat...usaha tu mmg kena ada. Jgn ko duduk saja, tggu pinangan memana anak raja kan. Sama gak mcm nak dpt anak tu. Dah tau sethn lebih tkde anak tu pepandai la pegi sana pegi sini carik rawatan kan. Takkan nak main dan main dan main je. Eh. Eh.. 

Bila masa target aku dah ter lari sket tu takde la aku meratap hiba ke apa kan. Walo ada sekelumit rasa mcm 'alamak..bila la aku nak kawen ni' kan. Life must go on. Kita carik la sesuatu yg menghiburkan kita. Make new friends. Kuar ngan derang. Yups. Aktiviti sosial (ceh..sosial katanya..jgn so sial sudah yer) aku byk aku buat dgn kawan yg bukan kawan pejabat, bukan kawan sekolah dan jua bukan kawan se UiTM. Aku byk hang out dgn kawan alam maya. Haha. Aku ada kawan rapat dari porem mesra dot net. Sedari tahun 2005 camtu aku rapat dgn derang. Yg boleh share sesama masalah. Mmg bes lah. Karoke pun mmg wajib dgn derang nih. Tgk movie together gether. Shoping2, makan2. Berjalan smpai ke Cameron, ke Penang, suma dgn derang. Derang pun masa aku kawen, tunang pun dtg dr KL nih. Sayang derang ni. Hugs kuat2 utk derang (they know who they're).

Sebenarnya kalo kita rasa susah, ada lagi orang yang susah dari kita. Kita lambat kawen, ada lagi lambat kawen dari kita. Jd toksah nak bimbang2. Yang paling penting kita kena bina hidup kita ni sesempurna yang mungkin. Ya..aku tahu bukan sng nak mencapai kesempurnaan tu. Tp kita try la buat our dream come true. Takat mana yg boleh. Mcm beli umah tu kan. Dh keja sethn 2, boleh la beli umah. Lagi plak thn dpn nih, bajet 2011 retu dah umumkan pasal pembelian umah buleh  buat loan 100%. Dulu staff govt  yang pinjam ngan MOF dpt kelebihan nih. Tp skang suma dah dpt. Tp kena la ada dlm 2,3 ribu gak dlm tgn walo 100% loan. Yelah..legal fees lah, S n P lah, stamping fees lah dan etc etc. Aku ngan bebudak baru masuk ni mmg aku advise beli umah dulu. Yelah..aku dah rasa menyesal dan sakit dah. Keja dah 6 thn baru nak merangkak beli umah. Pulak tu umah makin mahal makin mahal. Tp biasa la..bebaru masuk, suma mcm tak hal je. AKu dlu pun camtu gak bila org advise. Rasa mcm ''eh..apahal aku lak nak beli umah, bio  la laki aku beli" tu utk pompuan la kan. Utk laki mesti rasa ''eh..bia la aku beli keta dlu, baru nak pkir pasal umah". Ha..beli la keta tu. Keta makin lama makin susut reganya, umah baru setahun dah naik reganya. Pikir-pikir kan lah.

Eh. Dah kelain citer nyer kome.. ok lah. Got to go lah. Lagi panjang lagi lebih merepek nya lagi menyampah org nak baca. So, kita jumpa di lain part plak. Mungkin citer pasal perkahwinan pasangan seopis. Haaa... Ngeh hehe.

22 October 2010

~Pasal Caca Marba~

Eh. Apsal aku ada di opis nih time nie??
Slalu aku la org ter dahulu yg kuar sebaik sj tepat jam 12.15 kan.
Berderet2 dgn adik2 aku tu.
Kali ni..hah! amik ko..kena tggl sorang2..senyap sunyi..suma kuar dah. Aku je tinggal.
Yelah.. it's Friday uols.. and it's PayDay today..
Sapa mao duk melengu kat opis nih uols.
Aku je masih setia. Tp kan..semenjak 2 menjak ni mmg jarang la aku kuar ari Jumaat.
Kut tak pjg je langkah. Ke JJ Maluri lah, ke KLCC lah, Pavi lah, paling2 kurang pun Ampang Park. Tatau la apa nak dicarikan? Ngeh he he.
Tp yelah dah tua tua (eh..tua kew??) ni rasa mcm malas je nak merambu2 kalo takde menda nak dicari neh. Penat lah.
Ye ker sbb tu aku ada kat opis nih?? Sebenarnya aku ada keja perlu di settlekan. Patut ari ni due kena hantar, tp aku da mintak kat urusetia antar ari Senin. So, aku ada ari ni, esuk n Ahad utk settle kan gak. Esuk dah la kena duty usherette pulak. Ada fashion show n wife Menteri dtg. Kena pakai pario?? Umm..seb bek takde masalah. Ku mmg ada je pario batik. No hal lah itu.

Smlm ada perhimpunan bulanan. Ada gak majlis utk staff yg da keja lebih 25thn. Wah..bes kan? Diraikan. Dpt sijil dapat jam jugak. Roscani tu.. bes bes. Terpikir2 gak aku..smpai ke aku keja kat sini smpai 25thn. If 25thn lagi umo aku adalah 56 thn which kalo ikut pencen ada lagi 2 thn (yups.. walo aku masuk b4 thn 2007 ke 2008 tu yg boleh opt nak pencen 56 or 58 tu, tp aku tak buleh pilih dah lps lantikan ke jawatan baru tu ari. So...duk la ko smpai 58 thn di sektor govt ni yer). Paling lama ada akak tu. 36 thn koo.. masa tu aku pun lum lahir lagi dia dah keja. Ada yg 34 thn dan ada gak masuk sebaya ngan umo aku. Perghh..bagus kan. Paling bagus kalo ada yg dari bawah dan skang dah masuk kump P n P. Tu maknanya mmg bermula dari bawah. Ini kira bukan start keja govt. Ini dikirakan service di agensi aku ni sahaja.

Lagi nak citer apa. Sakit kepala la plak. Ini kena scan kepala nih. Bahaya kepala2 nih. Tmbh lagi tingat kisah adik kak ipar aku retu. Eh. Smlm aku terai tgk blog dia. Dah takde. Maknanya ada yg dah delete kan blog tu. FB pun aku rasa dah takde. Tp kan..aku terpikir gak. Kalo aku pun 'pergi' secara tiba2 camtu, sapa nak tutupkan blog aku ni? (aku pun tak reti cemna nak closed akaun ni..aku tau, kalo nak senang taknak org trace tukar je nama blog ni) sapa nak terminate akaun FB aku tu. Aku ckp kat my dear pasal ni, aku kata nati aku bagi dia segala p.word berkaitan yer (kecuali maybank2u). Hahaha..

Ok lah..lapo..nak turun bawah jap..beli makanan. Solat, then smbg keja yg aku nak buat tu. Smbil tu tgk la gmbr2 makanan di bawah ni.

Ciken cop yg hanya ada masa promosi je. Sedap plak aku tgk.

Me wif Fara. Aku sker gmbr ini sbb napak kurus. Ngeh he he

Ini apa ni? tonggeng ayam? Tongken ayam? Brutus? Aku pangil bontot ayam ja. Haha. Tp aku tak pandai makan mendalah ni. Sila tau yg sos kicap dia tu setap giler. Nati aku nak beli sos tu je sbb dia leh thn lama. Simpan dalam peti ais. Leh wat nasik ayam atau makan dgn tempura sotong ke ayam ke udang ke. Nom nom nom

Adik2 se unit aku. Dia nyer leh tongken ayam tu.

Again. Crispy ciken cop-RM6. Bes kan? Sedap tu. Yazed Steak House. Ada gerainya kat Uptown Damansara sanun.

~Pasal Hari Ini Hari PayDay~

Haa..kengkawan gomen mesti sengih smpai ke tinger la reni kan.
Maklum la gaji nya udah di masukin.
Ngeh he he he.
Eh..ke ada yg blum dpt. Sbb aku bdn berkanun. Kadang mmg dpt awal dari org lain, kadang lambat.

Tp kali ni agak awal sbb nak suruh kami2 berbelanja kat promosi yg sedang berlangsung nih.
Yelah..kata agensi peneraju kraf, haruslah kena sokong kan.
Tp..sebenarnya aku dah pun menyambar seketui baju kurung batik-crepe.
Yg dah siap jadi baju.
Senang. Kang kalo aku beli belum siap, pastu aku simpan, pastu aku dah mcm rasa 'eh..cam tak bes je kain ni nak buat baju' mau aku buat contest lagi kang. Ngeh ehehe.
Tu pun kat umah ada lagi 2,3 pasang tak buat baju lagi. Bila tahun nak antar aku tatau. Lantak situ. Kut susah2 nati bagi je mak mentua ke hapa ke.
Oleh itu, mmg target aku, kalo nak beli pun, nak beli yg dah siap.

Aku beli sepasang baju kurung, n satu lagi baju sahaja which boleh pakai ngan kain lain.
Yg baju kurung tu kaler padelpop lagik. Kali ni byk kaler padelpop. Ekceli aku kalo batik mmg tak berkenan kaler2 terang ni sbb aku sker dia napak xclusive. Tp nyer dah derang kata 'cantik..cantik', aku amik je lah.
Eh. Motip nak citer beli beli ni apsal.
Tajuk kan pasal pay day.

Dah la..jap lagi, cam biasa la, kita ber maybank 2 u la napaknya.
Ptg kang la..after opis..la ni sure sesak ni suma org nak buat online transaction.

Bayar bil c.c, ptptn (haa..kantoi, blum abis bayar lagi walo dh lama abis blaja), bil astro, bil bband yg lembap tu, bil itu bil ini..sudahnya tinggal berapa je nih... cena nak gi bercuti neh? Eh. eh... eh..hihihihihi... :P

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign