Pages

31 March 2010

~Syy...ini adalah rahsia~


~PnStoberi open Sesame~

Apa kes wat entry masa kat opis lak nih?? Ingat sng nak wat entry masa dlm waktu bekerja. Kena taip kat word supaya napak mcm kita tgh taip surat. Pehtu tepek lak dlm notepad. Pehtu baru tepek kat blog. Sbb tu aku jarang wat entry masa opis.

Tp ini da bergelodak jiwa. Sbb aku rasa aku nak open balik blog nih. Rasa "tersekat” dan "tersumbat” jiwa bila aku block blog ni [eh.it’s rhyme is it..block – blog].
Lps tu mcm entry2 org yg aku follow pun aku tak pi tgk sbb bila aku nak pi tgk aku mcm rasa tak aci sbb ada yg aku tak invite pun utk jd readers masa aku block tu [ada yg aku tatau emel].
Lps tu kesian juga kat follower yg ttiba tak leh nak masuk. [ada ke?? Ngehh...].
Lepas tu silent reader lagik [hah! Makin perasan plak puanstoberi ini seperti ada peminat rahsia]. Ehh..sapa kata takde..adoo...sbb tu aku block kan blog ni utk beberapa ketika. Sbb ada silent reader yg berstatus prihatin lah aku block kan dulu blog nih. Baca2 blog ni pastu spreadkan apa aku tulis.. wahh..glamer gitu kan pnsetobery tetiba. Kena freeze dulu lah. Mesti beliau tu tertunggu kan nak baca blog ni dan apa episod seterusnya. Tk senang duduk kah anda?? Bergelodak lah jiwanya nak spreadkan citer terbaru dr belog puansetoberry ni kan. Klik2 je dia ada tulis gaya gini : This blog is open to invited readers only. Ngehh...!!

Utk silent reader tersebut – ”jgn ingat saya tak tahu siapa anda..dan sy tahu anda dari mana. Sy telah dpt ”menangkap” awak!” Hahahah. Jgn tak tau ya..belog ini buleh trace anda dari mana. IP address anda sy tahu jugak. Hahahahaha..!!

Oklah. Nati aku citer yer kenapa aku block kan blog aku. Tunggu ya.. dan mungkin entry tersebut akan dikunci. Hanya org tertentu shj dpt kata kunci nya. Hahahah..mahu kata kunci kena blanja saya Oryza sativa Gallus domesticus. Hehehehe :P

PnStoberi : ini baru dugaan kecil. Ngehhh..!!

30 March 2010

~PnStoberi & Intebiu~

New post waktu lunch di opis adalah pasti macam merapu.
Dan selalunya pendek2.
Dan mcm takde citer apa nak citer, tp nak citer jugak.

Emm..pnstoberi dpt intebiu utk 41 ari Isnin dpn.
Rasa mcm m.a.l.a.s nak masuk.
Tp kalo malas kenapa ko mintak pulak kan??
Sng macam dulu..langsung tak mintak dan bila org pi intebiu aku haram tak kesah apa. Apatah lagi bila org dpt, pun aku tak perlu meleleh2 air idung, meratapi naseb kenapa aku tak dpt kan.
Jd skang mcm2 pikiran ada.
Nak pegi ke tak?

My dear kata "pegi je la..at least kita try"
Adik clerk kata " Akak kena pegi, kut tak sy seret bwk naik bilik intebiu"
Huhu. Udah la retu da ujung2 baru aku isi borang.
Ya. Mmg aku 50-50 je dlm perihal intebiu nih.

Pegi je la kan. Pakai baju batik. Tak perlu pikir2. Cuma jawab je bila berada dlm bilik tu.
Err..ada skeping speaking ke ah?? Emm..da lama tak berbahasa Inggeris ni mau ter kumat kamit nak menuturkan bahasa itu walhal dulu masa wat assignment n jawab exam berkajang2 diberinya. Sayang nye rasa..

Ok. Citer lain.
Last week balik Perak kan. Then Abg Nyah tegur gini "dah naik da pipi kamu"
Aku jawab "ha..mmg la..kan da gumuk nih"
Lepas tu Abg Nyah kata "ko byk makan ker?"
Aku jawab "entah la..kurang bersenam kot... [sila salahkan my dear sbb takmo joging kat TTwangsa or Taman KLCC] "
Abg aku smbg lagi "tu la..da berumo ni mmg badan senang naik"

Waduhh...tp kan...yelah..aku terpikir jugak..aku rasa aku makan sama je mcm dulu. Tah..apasal dia leh naik melampau smpai suma jeans suda kena beli baru suma. Saiz 25 bukan utk ku lagi.. Sgt sedih.

Lepas tu tadi KP lak tnya "Berat brapa skang"
Wahh..mereka suma berlapik nak kata aku da gumuk kan skang.
Tkpe la..nak wat cena. My dear pun naik jugak badannya. Tp aku sker sbb org kata aku pandai jaga laki. Slalu masak kat umah. Haha [sebenarnya derang tatau yg my dear tu jd tukang abiskan makanan aku. Hehe].

Atau adakah sbb aku masih tidak mempunyai anak makanya ttiba aku ter gumuk??
Ada kemungkinan tak??

Emm..tp ok gak..dulu susah nak cari baju dengan saiz yg bersesuaian..skang udah senang. Hehe.

PnStoberi : Gemuk tu kan tanda senang ati. Lalalalala :))

29 March 2010

~PnStoberi & Masak Lemak Udang~

Ini citer seminggu yg lepas. Yg masa ptgnya tu aku gi Belon Fest tu. Tingin nak makan udang masak lemak la plak. So, laju2 beli kat cokit. Bukan udang yg kecik2 tu. Tp udang besau tu. Udang apa ek org panggil? Bukan udang galah.Tah..tatau lah aku. Tp kalo beli, yg da siap masak tu, kat kedai seko mau cecah smpai RM1.50. So, baik masak sendiri- setgh kilo dpt lebih kurang 12 eko camtu. Baru 9inggit. Makan pun puas kan??

Geram je aku tgk udang2 ni..nom nom nom

Udang yg sedang dinyahtoksin kan. Haha. Memandai je aku nih.
Lemak berkrim. Berapa kalori la udang masak lemak ni yer??

Bukankah ia sesuatu yg sedap utk dinikmati.
Pedulikan ttg jumlah kalorinya.
Huhu.

--Versi terang benderang sakit mata--
Siap dihidang. Menanti utk dimakan. Nom nom nom

Dimakan bersama ayam goreng. Nom nom nom..

Ok..itu saja nak entry kan. Maklum la..blog aku ni jarang ada citer makan2, masak2. Jd citer pun as simple as that. Nak resepi2 bagai tu, tkyah la kut sbbnya aku pun acapkali nak masak aku gugel. Ngehhh...!!

PnStoberi : puas sebenarnya kalo masak sendiri :))

28 March 2010

~Mansion di atas kayangan: Am~

Ini sebenarnya tidak berkenaan dgn mansion aku lah.
Ini just info-sharing is caring.
Dapat dr paper last week-Saturday.
Bagus juga utk dikongsi-kongsi kan.

Tajuk dia adalah - Miliki Rumah Impian - Jangan buang masa terlalu lama memilih.
Blur plak hai gmbr aku amik nih.
Ok, aku ringkaskan la apa dia tulis tu.

Katanya harga rumah esp kat Lembah Klang ni makin hari makin meningkat sbb peningkatan pada kos bahan binaan,pembinaan dan upah pekerja.
Lepas tu dia kata, pernah tak kita terpikir yg harga rumah kekal jika dibeli 20thn yg lalu [tentu lah tidak bukan??] dan utk 20thn akan dtg adakah harga sama pada yg ditawarkan hari ni [juga tentu lah tidak bukan??].
So, dia kata ini lah menunjukkan bahawa apa pun keadaannya, janganlah menunggu masa bertahun2 akan datang sebelum mengambil keputusan utk memiliki rumah sendiri. Ini kerana dari bulan ke bulan, tahun ke tahun perbezaan harga rumah jadi lebih ketara.
Katanya lagi, harga rumah akan terus meningkat, apatah lagi jika di kawasan pesat membangun, dan amat menguntungkan kerana pada masa dpn nilainya pasti melambung tinggi
[ya..penting tgk lokasi sbb ada lokasi yg tidak memberangsangkan mcm umah my dear beli tu..siannn dia duk bayar je. Tkde org duduk, tk disewakan pun. Tp tatau la lps PM pegi retu dia jadi ok..lps tu plak mansion yg aku bli skang ni anggaran bila aku da abih bayar adalah buleh naik smpai half million..or mungkin lebih. Itu umah takde tanah..apatah lagi umah bertanah kan].
So, dia bagi tip2 membeli rumah impian.

a) Selak dan perhatikan iklan rumah serta jangan lupa cari maklumat mengenai kawasan perumahan yang dipilih di internet.

b) Perhatikan harga yang ditawarkan, lokasi dan kelebihan samada dari aspek komersial dan prasarana. Kena juga amik kira apakah laluan yg bakal digunakan untuk ke tpt kerja. Kalo KL ni kan suma tpt jem..so, try la tgk samada laluan2 yg buleh digunakan [ok..ada tips dari my pren-Hana. Dia kata kalo nak tgk tpt tu jem ke tak..ko kena amik cuti satu hari. So, pepagi tu try amik satu jalan yg menghala ke opis. Tgk jem ke tak..amik masa..then balik umah..kuar lak ptg kang. Tgk berapa lama kita leh smpai ke umah].

c) Buat perbandingan harga dan keluasan kediaman yang ditawarkan. Then buleh bawak family utk tgk kesesuaian umah tu. Yelah..bkn kita nak dok sorang2 dlm umah tu kan. Contoh walo mak kita kat kg kan..kena la tnya juga..buatnya kita nak beli umah kat tingkat 12, skali mak kita ni gayat orgnya..ha..kan..mau dia taknak ke umah kita nati..kita gak yg kecik ati [aku retu tnya jugak..then mak aku kata amik tgkt rendah2 suda..kalo buleh tgkt 1 pun tkpe. Hehe. Tp aku nak la juga ada view2 sket kan..so amik tgkt 3A [umah developer cino mmg takdo la tingkat ompek]

d) Dptkan maklumat mengenai kejiranan & keselamatan. Kat mana ada tadika, sekolah, surau dll lah.

e)Selepas segala-galanya selesai buleh la contact ejen hartanah dan buleh tawar menawar. Mungkin pemilik boleh nak bagi diskaun ke apa ke [ok..ini utk umah 2nd la kan]

f) Sekiranya umah baru [yg bakal dibina], pastikan pemaju yg berwibawa dan tidak ada sejarah pembinaan terbengkalai atau projek yg tidak memuaskan.

Itu lah yg dikatakannya. Mungkin boleh dijadikan panduan pada sesapa yg ingin membeli rumah. Aku dpt suma ni dari artikel 1klassifieds kat berita harian [Sabtu,20 Mac 2010]. Boleh juga tgk kat laman sesawang dia. Hehe - www.1k.com.my.

So, sapa nak beli umah tu..cpt2..buat tindakan dari sekarang sbb umah makin hari makin tinggi nilainya. Me myself pun da terasa rugi kerana lambat membuat keputusan untuk beli rumah. Tskkk..tp takpe lah..biar lambat asal selamat. Ngehh.. [err...relevan kah peribahasa tersebut??]

PnStoberi : da tgkt berapa da yer umah aku tu?? hehehehe

~Happy Birthday Fren!~

INI JUGA ENTRY MELEKAT SEHINGGA UJUNG BULAN
~sila scroll utk entry terbaru~

Patutnya entry ni aku buat awal bulan retu.
Tp dgn HKK nya yg tak sudah2 tu. Langsung terlupa sudah.
Ini bulan Mac.
Ramai rakan rapat aku meraikan hari lahir mereka pada bulan ini.
So, ini sticky post til abis Mac eh.
Khas utk korang.
Tanda aku ingat walo tak tgk kat facebook. Haha.
[Memang ada yg kadang incik fesbuk yg tulung peringatkan. Hehe. Ngelat di situ ya. Tp utk bulan Mac ni, Insyallah..tak yah tgk kat facebook pun aku ingat]

So, utk mereka ini :
  • Dee : 07 Mac
  • Zana : 08 Mac
  • Hana / Kak Sal [my boss] / Tim : 13 Mac
  • My BFF : Juwita : 15 Mac
  • Also my BFF : Zirah n Zatul : 28 Mac
Me, wish..
http://www.zedge.net/profile/angels_kiss/forum-posts/

25 March 2010

~Gemuk dan Gendut~

Skang ni mcm mula nak amik berat pasal apa yg dimakan. So, td gugel la pasal pemakanan. So, terjumpa web ini - health
Jumpa soklan mcm bes..so..amik tempek sini utk dikongsi bersama :

Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai gemuk dan gendut selepas berkahwin. Kenapa ia berlaku?

* Apakah ia merupakan keadaan semula jadi yang berlaku selepas seseorang itu berumah tangga?
* Adakah tabiat pemakanan rakyat Malaysia menjadi penyebab utama?
* Kenapa?
* Bagaimana dengan aktiviti seks? Adakah ia juga boleh dikatakan sebagai penyebab kegemukan dan gendut?
* Secara kasar, seseorang itu akan mengalami peningkatan berat badan. Peningkatan biasa
* Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?
* Apakah kurang mengamalkan gaya hidup sihat menyebabkan tubuh badan mereka membesar?
* Bagaimanakah mengekalkan bentuk badan ideal?

Jawapan

i. Perkahwinan bukan penyebab kenaikan berat badan. Bagi seorang dewasa, kenaikan berat badan selepas berkahwin bukanlah fenomena semula jadi. Kenaikan berat badan adalah akibat kurang aktiviti fizikal dan berlebihan makan.
Komen penulis : owh..bagi suami ini tandanya isteri rajin memasak..awwww

ii. Penyebab utama kegemukan di kalangan orang dewasa di Malaysia ialah 3 perkara iaitu

* Tahap aktiviti fizikal yang rendah
* Makan berlebihan
* Banyak makan makanan yang bergoreng atau berlemak.

Komen penulis : ya..saya akui..

iii. Kajian di Malaysia mendapati ramai orang dewasa yang tidak aktif dan cergas. Banyak masa diluangkan untuk menonton televisyen dan kerja harian yang dilakukan tidak banyak menggunakan tenaga seperti kerja pejabat, komputer serta kegunaan kereta untuk perjalanan. Oleh yang demikian, keperluan tenaga seseorang itu adalah rendah tetapi pada masa yang sama memakan makanan yang lebih daripada yang diperlukan. Apabila pengambilan tenaga adalah lebih tinggi daripada yang diperlukan, tubuh akan menyimpan tenaga yang berlebihan itu sebagai lemak dan berat badan akan meningkat.

Komen penulis : Pinjam sore upin ipin - betul! betul! betul!

iv. Tiada kajian saintifik yang mengaitkan aktiviti seks dengan kegemukan. Malah ada kajian yang menunjukkan aktiviti seks adalah satu aktiviti fizikal yang boleh membakar tenaga.

Komen penulis : upssss....ter lebey suda..hik hik

v. Bagi orang dewasa yang sudah mencapai berat badan normal (ideal) tidak harus ada peningkatan berat badan. Peningkatan berat badan akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Komen penulis : ok..sy akan sedaya upaya mengekal berat badan sy ini.

vi. Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air.Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.

Komen penulis : KIV utk digunakan apabila telah tiba masanya.

vii.Kurang mengamalkan gaya hidup sihat adalah di antara sebab utama badan menjadi gemuk. Gaya hidup sihat termasuk menjaga pemakanan, hidup secara aktif, memiliki kesihatan mental yang sihat dan tidak merokok.

Komen penulis : No komen!

viii. Bagi mengekalkan berat badan, seorang itu hendaklah memakan pelbagai jenis makanan. Jangan makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi. Kuantiti makanan seperti nasi hendaklah mengikut keperluan. Kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak dan gantikan minuman manis dengan yang kurang manis seperti air kosong dan jus. Puan juga harus jaga waktu makan iaitu makan mengikut waktu tetapi jangan makan terlalu banyak pada setiap waktu makan. Di antara waktu makan utama, makan buah sebagai snek. Elakkan daripada meninggalkan waktu makan untuk berdiet kerana jika tinggalkan satu waktu makan, anda akan merasa terlalu lapar pada waktu makan yang seterusnya dan anda berpotensi untuk makan berlebihan.

Komen penulis : sedang berusaha menjaga pemakanan pada masa ini.

Selain daripada menjaga pemakanan, aktiviti fizikal juga perlu ditingkatkan. Jadikan hidup anda lebih aktif pada setiap hari dengan melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti menaiki tangga, berkebun, mengemas rumah dan yang seumpama dengannya. Aktiviti ini boleh dilakukan secara berterusan atau terkumpul iaitu 10 minit setiap sesi sehingga mencapai jumlah 30 minit. Disamping itu lakukan senaman jenis berintensiti sederhana atau tinggi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Sekiranya anda melakukan senaman berintensiti sederhana seperti berjalan cepat, berbasikal atau bermain badminton ianya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit pada setiap hari. Badan perlu direhatkan beberapa hari dalam seminggu sekiranya anda melakukan senaman berintensiti tinggi seperti berlari dan bersenamrobik.

Komen penulis : ok..sok naik tangga k. hahaha..iyo lah tu..hiks hiksss

~taG : Award 2010~


Waahhh...dpt award lah utk tahun nih.. Tahniah! Tahniah! Ngeee...
Ok..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemberi award ni iaitu Cik Ejaa yang kiut miut ni, yang sdg berhempas pulas mendapatkan lesen P nye, yg berhempas pulas menghabiskan praktikalnya [err..betul kaa chek???] dan belajar di USM, yg sudah ada kekasih hati, yg juga senegeri dgn kak reen nyer nih. Ngeh. Ngeh. Ngeh.
[Ate' betoi ke apa tulis ni ejaa..akak nulih dari pembacaan akak je ni..betoi la gamaknya tu kan.. hehehe].

So, kalo dpt award mesti ada term n condition dia kan..ingat pree gitu leh dpt..ni buat nih syarat2 dia nih..

Syarat dia :

a) Thank & link the person that gave you the award.
Owh..tadi udah ckp terima kasih. Tp tkpe nak cakap lagi sekali. Thanks eh ejaa. Pehtu kena link kan yer. Ok..namo wat link camni- EJAA. tp nak link kan camni : http://cik-ejaa.blogspot.com. Ngehh..ok dak Ejaa??

b) Pass this award onto 20 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
Alamak!! banyaknya 20..aku nyer rerakan blogger pun tak seramai mana. Cena nih?? Tak pass tak buleh ke Ejaa?? Ok lah..oklah..ai terai ok.
-Dgn ini saya memberi award ini pada kesemua kengkawan saya yg sedang membaca blog ini tak kira dimana anda berada.


c) Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
-Errk..mcm tak relevan plak bila bagi jawapan sebagaimana di atas. So..kita tambah satu lagi term n condition leh ejaa??


d) Please paste this award in your sidebar and also put the name of the person that gave you d award.

Hik hik..aci tak??

PnStoberi : award pertama dua kosong satu kosong.

24 March 2010

~PnStoberi yang Bengang~

Bengang tak?? Ke bengong?? Ke bongok?? Muahahah..hahah..aha..ah..

Ok, apa korang rasa kalo terjadi mcm ni :
Baru lps makan2 kat kedai. Pehtu mcm rasa nak terkucil. Tp takmo la melampiaskan di mana2 petrol stesen mahu pun di memana kedai. Ok. Tahan je lah. smpai umah. Maka tahan je la dari Selayang smpai KL. Da smpai di rumah pula trus tak smpat nak tggu suami memasukkan keta kat tpt parkir, trus melompat kuar dari keta trus panjat tangga [fuh! naseb baik tgkt 1] lps tu nak masukkan anak kunci ke dalam mak kunci [mangga]. Tetiba tak mau terbukak pulak. Ha..cemna ko rasa?? Ni dah menggigil2 tahan ni. Elok pula napak sang suami berlenggang kangkong di bawah sana. Uii..mula rasa nak muntahkedarah dah nih.
Ha..sang suami pula menerai utk membuka mangga kunci tu namun tidak berjaya.
Jadi.."udah la tu..jum gi Petronas..g toilet..then baru nak pikir cemna nak bukak kunci nih"

Ok, sebelum tu..layan gmbr ini dulu. Iya..blog pnStoberi jarang-jarang ada gmbr makan2, minum2 ni kan. Hehe. Iya..sbbnya..PnStoberi ni bukan kesah sgt bab makan2 ni. Ada je kerenah kalo nak makan tu kan. So..reni rasa mcm nak tempek gmbr makanan plak. Nak rasa mcm blog2 lelain tu. Hehe.

Napak sweet kaler air minuman nih.


Ini lah kami order.
Kerang bakar yg sos dia tu sedap amat - sotong goreng kunyit -
erabu mangga yg delicesss - dan sup cendawan yg so-so lah.

Dan kami pun makan la kesemuanya sehingga habis. Alhamdulillah..semuanya RM23.00. Ok lah kan. Kami makan suma ni kat kedai yg namanya JOE Seafood. Nun kat Stadium Selayang sanun. Dekat ngan area2 kedai Pak Tam tu.

Kedai ni ekceli di recommend kan oleh wife KP kiterang. Sbbnya tadi gi melawat KP yang tak sihat. Memula pas keja trus pi hospital Selayang tp rupanya dia da discaj. So, aku takmo balik sesia..so..trus pi umah dia. Ye lah..dept aku da melawat tghari tu tp aku jadi petugas sambutan lak tghari tu. So, tk dpt follow. Ada lawatan dari Barcelona kat opis tghari tadi. Yg hok nama Rodriguez, Jose Maria suma tu..berbelit lidah bila nak sebut nama2 derang.

Jadinya..lps makan2 ni lah yg aku start nak terkucil tu. Tahan tu..punya taknak singgah memana.

So, lps gi Petronas tu kiterang balik semula ke umah. Try lagik bukak. Kut td pasal nak kecoh2 nak masuk jd takut dia tak buleh bukak. Tp try nyer try tak buleh jugak. So, nak cari gergaji besi. My dear kata mebi ada kat opis. So, gi opis. Carik2 takde..[aku da agak mesti takde..takkan la nak simpan gergaji besi kat opis..motip???].
Aku tggu je dlm keta sementara my dear carik tu..smbil tu call mak..nangis2 ngadu. Haha. Motip nak nanges2..giler ke apa?? Tkde makna aku nak nanges.
Tup2 baru terdapat idea nak mintak tolong kat abg guard opis yg duk kat area umah kiterang. Makanya dgn "maratol" dia pun membantu lah mengkopakkan kunci tu. Haha. Abis suma kuar dr umah tgk apa kejadian mengetok2 di malam2 hari.
Dan akhirnya terbuka jugak. Bkn mangga tu yg terbukak tp grill tu punya tpt kunci tu yg terkopak. Haha. Lantak la..yg penting dpt masuk umah.

Tp aku geram jugak la kan. Neber aku ni kan..elok je nyedan duk dlm umah. Rilekss je mcm takde apa2 berlaku masa kiterang ketok grill tu. Saba je aku.. pada hal anak2 dia la yg slalu hentak2 mangga tu. Mana tak mendalah tu ter gerak koordinasi kuncinya. Susah..susah.. [ok..ini kena rujuk entry aku yg lps..ada aku citer cemna kedudukan grill dan aku berkongsi grill yg tu dgn neber sblh umah].

Huii...mengong pun ada rasanya..lawak pun ada. Tp mmg aku nak tergelak ajer. Ms citer ngan mak pun tergelak jugak. Bukan per..aku rasa naper la mcm ter malang je. Udah la nak melawat KP kat spital..dia da balik umah. Balik umah punya tahan nak ter kucil tup2 tak buleh masuk plak. Tu pun seb bek la mlm kejadian ni berlaku. Kalo siang..mmg cuti tak memasal la gayanya.

Oklah..mengantuk..nak tido.

PnStoberi : Jiran sepakat membawa muafakat.

23 March 2010

~Permata Yang Dinanti : BBT~

Body Basal Temperature.

Sepanjang2 aku TTC ni, aku tak penah guna kekdah BBT nih [sebenarnya, aku pun bkn berusaha gigih sgt pun utk TTC..huhu]. So...bulan ni rasa mcm nak terai. So, td waktu lunch laju2 pi KLCC-Watson-beli temometer. Hik hik.

TTC guna kekdah BBT ni mmg mcm remeh sbb kena ada chart utk tick temperature tu. Pehtu pepagi ko bgn ko kena terus capai mendalah temometer tu then trus letak bwh lidah ke/celah tiak ke/bwh pelipat peha ke kan. Pehtu kena lelaju la tick. Ok, termometer aku ni guna celcius..so, aku kena convert kan ke fahrenhait. [aku rasa ada je temometer yg guna F nih..tp takpe lah..aku convertkan je nati].

Aku pun tak berapa reti la nak guna kekdah BBT ni. So..godek2 carik info. Info in BM mmg mcm tak membantu. So, terpaksa godek yg omputih punya. So, kat web ini mcm bagus info dia. Chart utk tick tu pun dia ada. Tkyah susah2 nak wat sendiri. Print je. Korang leh baca la kat sini : BBT

Start tick kan suhu ni dari 1st day period. Then pada suhu yg agak tinggi berkemungkinan itu lah waktu ovulasi. [tp kalo ko demam gigil2, mungkin juga suhu akan melampau tinggi dan tidak semestinya itu date ovulasi].

Tp aku nak tepek jugak DO'S n DON'Ts guna kekdah BBT nih.

Do's and don'ts of basal body temperature charting

Do take your temperature at the same time every day. You may want to set your alarm clock to wake you up each morning.

Do take your temperature consistently. You can take your temperature orally, rectally, or vaginally. Whichever method you choose, make sure you are consistent.


Do keep a chart beside your bed. Keep JustMommies fertility chart beside your bed at night with your thermometer and pen ready. It is important that you take your temperature while your body is at rest and rummaging around the house looking for your thermometer or pen may be the best way to get your temperature rising.

Do take your temperature after at least three hours of restful sleep. Try to get a good night's sleep before taking your temperature. If for some reason you did not get a lot of sleep or you
woke up frequently through the night, you should still take your temperature. Just make a note of it on your chart.

Don't get upset if you oversleep or forget to write a temperature down. The purpose of charting is to help you determine when you ovulate and to hopefully help you have a baby! If you forget to chart one day, just plot your temperatures anyway. Make a note of what time you took your temperature or if you skipped a day.


Don't drink, smoke or eat anything before taking your temperature. Hopefully, you won't be smoking if you are trying to conceive. Eating or drinking can affect the temperature in your mouth if you are taking your temperature orally.

Dan tak lupa...doa kepada Yang Maha Berkuasa. Moga dikurniakan baby secomel ini.
Dan aku harap yg rakan2 yang membaca setiap entry aku yang bermula dgn word ~Permata Yang Dinanti~ memahami bahawa entry tersebut adalah entry mengenai segala suka duka dan usaha aku dalam mendapatkan anugerah yang satu ini. Bukan entry mencalarkan maruah sesiapa. Aku mohon benar supaya difahami maksud itu dan tidak menjadikan entry2 tersebut satu 'isu' yang boleh memecah belahkan satu keharmonian. Aku pohon sangat2...sangat2..



PnStoberi : Bukan mudah menjadi seseorang yang "luar dari kebiasaan".

22 March 2010

~PnStoberi yg bengong!~

Meluat! [oh..aku sudah mengetahui satu menda yg aku cuba trace dari ari Jumaat ari tu. Muahahahahhaha....]

Sj nak citer yg pnstoberi ttiba mengong. Mengong giler lah.
Reni nak balik awal kiranya. Nak punch tak lebih dari 10min lps punch kad tu berbunyi2 nyaring. Da sesiap nih. Off pc, amik h/bag suma then masukkan hp dlm h/bag.

Lepas tu carik sesuatu dlm h/bag.
Eh. Mcm takde. Carik lagik. Mmg mcm takde. Tkpe..cuba lagik. Bukan mcm..tapi mmg takde. Waaa.. cemna nak balik nih??

Menda ini ha yang takde.. Duh!!!


Citer nye konon aku nak balik awal. My dear kat spital. Tgk boss yg warded. Tu dia kata kalo nak balik, balik la dulu. Pehtu aku pun sonok la nak balik awal. Then rupa2 nya kunci takde dlm h/bag yg aku bwk reni. Duhhh..!!
Lepas tu konon nak tumpang la Ita suh antar smpai stesen LRT. Dia kata leh je. Tapi..

Ini plak tak bawak. Ada dlm keta. Tah pehapa. Tah pehapa. Nasib aku perasan awal. Kalo sudah smpai umah lagi haru..duk la luar umah smpai my dear balik. Emmm..
Sudahnya..di sini lagi lah aku. Di opis. Smbil menulis blog. Tsskkk....

PnStoberi : Gitu la kat opis-saling sampai menyampai lepas tu smpai sudah tak abis..

21 March 2010

~Jalan2 carik Belon~


Belon yg tersenyum tu penah tgk kat TTwangsa retu.
Yang bawah tu-motip nak amik gmbr macam tahan nak terkucil tu? - tiada jawapan.

1. Gelapnya dunia [sila salahkan faizullah. Beliau yg amik gmbr ini]
2. Kekda : Nak call Ita jap.
Fara : cpt la Kekda..sakit bontot da duk atas rumput tajam nih
3. Kekda : Elo..elo..Ita kat mana nih?? Ha..da termasuk dlm belon??
4. Kekda : Owh..belon yg tgh terbang ado ekau la dlm tu. Ok. Ok.
Fara : Baik aku posing dulu.

Sgt suka gmbr ini. Ini yg aku syok pergi ramai2.
Sbb kalo dgn my dear mesti takde gmbr gini.

Gmbr gaya gini mesti takde kalo ngan my dear je.

Ramaiiii giileerrr umattt manusiaaa





20 Mac 2010.
Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya 2010
Turut serta Fara n Faizullah.
Orang adalah meramai giler. giler. giler.
Sebenarnya dari jauh tgk pun da ok. Lagi jauh lagi napak lawa la kan.
So, ini sebahagian gmbr. Ada lagi kat "adik nakal" aku tu [haha. Faizullah..ko jgn saman kak long tau..hik hik hik] - ok. suda update-suda di muat naikkan gmbr2 terpilih semasa di sana.
Ini adalah event yg aku rasa paling ramai manusia yg turut serta.

PnStoberi : Tidak utk tahun hadapan.Serik haihh!!

19 March 2010

~PnStoberi dan Entry Kata Kunci~

Penat seh godek2 entry yg da beratus2 nih.
Mujur juga kejadian ini berlaku masa entry masih dalam takat 200entry.
Kalo 500..seribu..haishh..

Annoying sungguh lah.

Tp terpaksa..kerana aku takmo apa jua luahan aku dlm ni da jadi tak tulin disebabkan menjaaga setengah pihak.

So, aku godek semula semua entry aku..dan aku da "kunci" kan entry yg berbau org sekeliling yg agak kurang memahami konsep blog..

Penat!! tp takpe..aku da belaja macamana nak buat entry ber kata kunci.

Nak kata kunci tu mintak la aku. Tentah aku sendiri pun da tak ingat. Hahahah.

PnStoberi : smpai bila la aku nak block blog nih..uhhh..sungguh tak suka apabila kebebasan peribadi sendiri disekat. Arghhhh!!!

~PnStoberi : Private kan kejap~

Segala kesulitan amatlah dikesali.
Ada perkara yg menyebabkan blog ini terpaksa di private kan.
Mohon maaf sekiranya kawan2 kena masuk melalui password.
Sy pun tak suka nak buat camni. Sgt annoying.
Tp buat masa ini terpaksa sehingga segalanya selesai.
Sy tk sangka blog saya ini tetiba hot.
Hmm...tk sgka..ada follower setia dalam diam rupanya [yg tentunya bukan korang2 suma. Hik hik hik].
Mungkin ini cabaran itu sy menjadi blogger tegar dan femes [muahahahhaa..sila la muntah darah].
Ok lah korang.. once sy open balik blog ini, sekali saya nak mintak maaf sbb mungkin ada entry yg memerlukan password pula.
Utk perkara ini..sy minta maaf bebanyak. Saya tahu mmg annoying..tp terpaksa sbb nya kadang2 kita tatau ada org nak menikam kita dari belakang.
Arghh..aduhh..duhh..sakitnya..

Oklah korang..ada 14 org je buleh view blog ni..so..tak kemana la nuffnang aku tu [eh..bukan dulu kata takde niat pun nak kumpul hasil nuffnang..hahahahha]

~Seronok kan duk KL~

Haha. Tak memasal.
Tolak la pasal jem tu. Itu mmg takleh elak da kalo ko duk kat KL nih.
Tp kadang2 ada masa yg kita tak expect..ttiba tak jem. Smooth je. Tup2 5 minit da masuk lorong nak smpai umah. 10minit da buleh smpai sblm citer Na O Mei start [eh..aku tak sker pun tgk citer ni..saja tulis..tak bes ah cam Balqis dulu]
Bkn apa..bes kat KL ni ada memacam pameran.
Kalo sblm ni ada pameran kat opis aku iaitu Hari Kraf Kebangsaan tu. Lepas tu iaitu last week ada Matta Fair n Pameran Pengantin kat PWTC [sedey..tak dpt pegi..nak pi tp my dear bantai tido plak..tp takpe la..sbb ptg tu kan dia nak drive balik Raub. Tkpe nxt other time keh]
Lps tu minggu ni ada hot air balloon kat Putrajaya n Pesta Buku.
Yey!! ai loike..ai loike.

Esuk Insyallah nak pi Hot Air Balloon tu lah. Then Ahad Pesta Buku.
Syok ah...

Tu je nak citer..lagipun da kul 2.37pm baru gedek2 nak wat entry..td kemain lama rehat takmo buat. So...pendek je lah entry dia.

Nati kalo aku jd pi tpt2 tu..aku amik gmbr. Ajak adik dept IT aku tu skali. Leh dia bwk DSLR. Leh amik gmbo cecantik. Tu pun kalo dia pi lah..kalo tidak..guna che biru olimpes aku tu sudaaaa...

PnStoberi : tahniah utk kawan aku yg sudah 6 minggu tu. Moga2 pas ni berjangkit ke aku pula ya!

18 March 2010

~Permata Yang Dinanti : Minum Madu~

kredit pic : here


Korang boleh telan tak madu. Manisss....
Dulu aku mcm tak sker. Tp ada satu thp tu aku mcm nak makan utk jadikan supplement. So, dah leh makan. Kadang campo ngan air nescafe ke milo ke..sedapp..nom..nom..nom..
And aku leh jugak makan camtu je. Lagi berkhasiat.

So, skang ni tgh nak beli madu lebah original nih.
Kat mana nak beli ek??
Kalo buleh nak made in M'sia punya la.
Ada gak kat supermarket2 tu yg luar negara punya..tp kalo da terdesak sgt buleh la.
Jgn kata suh beli madu yg buat kek/kuih tu. Namo aku..wat sakit buah pinggang je [oh. ini aku bc kat artikel kat paper yg madu jenis tu kandungan gula dia amat tinggi] Dun ever la telan camtu je madu yg jenis buat kuih tu. Wat penyakit lain plak kang.

Retu aku ada beli kat pameran apa ke tah. Lama dah. B4 kawen dulu rasanya. Ok madu tu. Insyallah ori la sbb dia buat satu test madu original tu yakni aku terkagum dgn kuasa Tuhan gak la. Jadi skang ni kalo nak terai tgk ori ke tak aku da tau cemna. Slalu org kata kalo tak kena hurung semut tu madu asli..tp..org tu kata..menda manis sure semut suka..tp kalo kat madu ni, semut dtg dia akan mati sbb madu ni bersifat panas. Lagi satu yg aku kata terkagum tu kalo letak sedikit madu ni dlm air sejuk yg diletakkan dlm mangkuk then kocak2 skit then dia akan terbentuk heksagon mcm sarang lebah tu. Eiii..kagum lah. Try la buat air gula yg lain camtu..takkan jadi de camtu.

So, apa kena mengena plak dlm episod menanti permata ni kan. Sbbnya ada ramuan yg perlu aku minum dgn madu nih. Nati aku ceritakan ramuan apa ya..sbb ini pun mcm terharu juga. Dlm duk ada org kata mcm tu mcm ni, ada hamba Allah yg baik hati, balik dr Mekah belikan kami samting. Mmg tak mintak pun..tp ttiba dia bagi. Alhamdulillah..tu aku rasa walo aku ditimpa memacam dugaan tp dalam dugaan tu pasti ada terselit kegembiraan.

Berbalik pada hal madu tu kan. Aku try search "beli madu asli" tup2 terjumpa blog ini-MADU. Ahah! dia jual madu ya. Emm..aku da emel pun ke nida ni. Tgk cemna nati..kalo tak jumpa jugak madu dlm masa terdekat ni aku beli je lah kat dia. Rega pun mcm ok.

Terjumpa juga petua ini dlm blog dia. Mungkin kita leh share bersama. Ada byk lagi khasiat madu ni..ni aku amik yg berkaitan dgn topik je la kan. Korang leh baca kat sini- Penggunaan madu

Mandul:
2 sudu besar madu yang diamal setiap malam sebelum tidur membantu menyuburkan anda.
Mengamalkan serbuk kayu manis juga membantu memperkuatkan rahim. Bagi yang sukar hamil, cuba sapukan madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis pada gusi, dan biarkan bercampur dengan air liur anda dan barulah telan.

Jadi, buleh la try..mana tau ada rezeki kita kan.

****

"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu Madu dan Al-Qur'an."


Qoute from here - madu lagik


PnStoberi : Semanis madu..awww...agagagaga

17 March 2010

~Mansion di atas kayangan: Pembiayaan~

Lama da tk citer pasal umah kan.
Ok. Kita citer pasal pembiayaan pula ya.
Pembiayaan ni kira tpt yg memberi pinjaman utk kita beli umah tu la.
Rasa2 aku la..kalo tak silap la kan, kat Mesia ni ada 2 jenis pembiayaan je la kita leh pilih.
Satu dgn bank komersil, satu dgn kerajaan lah.
Dgn KWSP pun buleh..tp idak la buleh buat sekaligus punya pembayaran. Mebi utk deposit ke apa ke buleh la kan. Dan bukan juga dinamakan pinjaman sbb kita guna tu duit kita.
Dan mungkin juga tidak pada pinjaman ahlong. Haha [konon lawak lah..]

Tapi pembiayaan dgn kerajaan tu hanya faedah utk yg bekerja dgn kerajaan je lah.
So, sekiranya anda adalah seorang yg menggunakan terma "S.Y.M.P", aku rasa better gunakanlah kemudahan yg diberikan ini. Mudah. Tak pening2 sgt kepala hotak nih. Dan buleh buat full loan.

Ok, nak tau korang nyer kelayakan berapa ratus ribu nyer rumah sila baca di sini- KELAYAKAN.
Usah risau anda P n P ke, sokongan ke apa ke..dia ikut gaji bukan ikut gred. So, kalo ko keja da lama lagi tinggi la kelayakan korang.
Dan satu bonus juga sekiranya pasangan anda pun berada di sektor awam ini. Buleh buat combined loan. Silap2 buleh beli bungalow. Hahahaha.. Tp aku tidak la membuat combined ini kerana pada masa hadapan, buleh buat loan guna nama suami pula. Bukankah itu satu pelaburan bijak?? [Hahaha..cam bengong kan?].

Lepas da tau kelayakan tu makanya berani kan lah diri anda untuk membuat keputusan. Ala..pejam mata je lah kan walo ko kira2 bajet mcm tahap2 nyawa2 ikan dlm kolam takde oksigen tu kan. Aku memula cam pening jugak sbb pikir nak byr hampir separuh gaji tu. Dan lebih 100% kenaikan dari pembayaran umah sewa skang ni. Tp takpe..rezeki Tuhan ada dimana2.

Bila da buat keputusan, da booking ngan developer, gedebak gedebuk itu ini, maka kita isi lah borang permohonan. Tp sebelum isi borang, kita akan dpt agreement dulu. Lepas dpt agreement baru kita isi borang permohonan pinjaman ni. Kena cpt2 ok sbb nati kena penalti. Aku rasa agak kelam kabut jugak sbb da ujung tahun kan, dgn bos cuti la apa la. Da terlewat nk antar. Lepas tu ttiba dapat surat suh bayar 8k. Ha..terkejut... Rupa2nya sbb developer tatau aku nak pilih loan mana kan..then dia antar je la suh byr 8k tu. Itu adalah duit permulaan bayaran. [aku lupa bayaran apa ni..dokumen tu kat opis la plak].

Borang permohonan korang leh tulis tangan or taip trus. Aku trus taip je kat excel yg treasury da bagi tu. Segala mak nenek borang berkaitan korang leh carik di sini -BORANG.
So, bila da isi suma ni, trus lelaju anta ke treasury. Tp kalo nak suh developer anta pun buleh. Aku pun mintak developer tolong antar kan ke treasury sbb derang da biasa kan. Kita anta kang kemana2 lak halanya. Tp bagus jugak anta sendiri sbb sng kita nak dptkan sapa officer in caj yg handle loan tu. Sng la nak call ke apa ke kan.

Jadi lepas anta permohonan, tunggu la seminggu 2. Nak dptkan kelulusan permohonan. Tunggu surat ini yer.
Ok. Nxt entry aku citer isi dalam surat kelulusan itu pula ya.

PnStoberi : Tak semudah membeli aset beroda empat tu yer..

16 March 2010

~PnStoberi gi Melaka~

Atas urusan kerja.
Bukan p bercuti.
Kerap lah gi otsetesen [hancus bahasa] Melaka nih.
Asal gi Melaka je aku, asal aku je gi Melaka. Ha. Gitu.

Tp..tidak mengapa. Aku sokaa ajerk.
Sbbnya....
Aku pernah menumpang di bumi Hang Tuah itu selama 5 tahun.
Menimba ilmu di situ. Owh.. Miss u so much UiTM Londu!!

http://www.abuseman.com.my/pendidikan.htm

Aku google gmbr ini sedaya upaya sbb skang keadaan hdpn ni sudah berubah. Ada mcm tangga tradisi umah Melaka tu. Udah cantik. Tp masa aku duk kat situ, gitu lah gayanya. Ada gmbr aku kat dpn pintu masuk tu. Tp idak la aku rajin nak men scan bagai. Bia situ dia duk dediam dlm album.

Kalo gi Melaka je haros aku nak pi Alor Gajah. Lagi pun mmg cawangan kiterang kat situ.
Hehe. Nostalgic lah kalo p pekan AG tu. Skang ada KFC dah..dulu kalo nak makan KFC nun kena pi Masjid Tanah. Lps tu tau jelah KFC pekan kecik2 ni, ayam dia pun kecik je. Tak pun kalo da kuar bandar tu, makan KFC kat MP lah [ceaa.. MP katanya..Mahkota Parade lah]. Masa tu manade kebesaran lain da kat Melaka tu. Gi Banda Melaka yg ada The Store tu then Banda Hilir. Haishh.. memori tul kalo ingat.

Masa dip mmg kemana2 gi naik bas lah. Sanggup tu tukar bas 2,3 kali nak p Bandar Hilir tu. Aku mmg sker outing dan peneman setia ialah Juwita. Tp kami idak la minat main bowling ke tgk wayang ke. Just outing window shopping. Selain tu kdg pi Jusco Ayer Keroh.

Tp bila wat degree n final sem tu ku sudah ada boipren yg ber kereta. Cecewah.. Haha. So, mcm berlagak namo naik bas dah. Gi memana pun naik kereta lah. Bes bila ada bf berkereta ni sbb masa degree kiterang duk umah sewa kat taman..taman..udah lupa la plak nama taman tu. Ha..Taman Dimensi. Dkt je. Jalan kaki je pi kelas. Tp kalo kelas kul 2 tu kan panas thp berpeluh tiak kan..so, bila time aku mengadas tu suh la bf aku amik. Hikss...Lepas tu pulak guard situ tegas amat. Tak buleh naik keta ber2 laki pompuan je. Pehtu ada sekali tu kena tahan.. pehtu bf aku sound balik guard tu 'abis..takkan saya nak bawak 1 kelas dlm keta nih'. Hehe. Guard UiTM ni mmg ada kuasa beso la kan nak tahan2 org nih. Salah je.."saman". Penah gak aku n bf aku tu kena tegur sbb duk sebelah menyebelah dlm library. Sehhh..org nak blaja lah..bkn nak buat apa2. Ceh.Ceh. Ceh!

Lepas tu da blaja2 kat library sambung lak belaja kat pantai Klebang tu. Eh..ye ke..bukan. Bukan.. kat Pengkalan Balak. Tp ye ke belajar. Nan ado..duk tgk matahari terbenam. Giler.. tp situ aku mmg tak pegi dah la. Eh. Ada skali. Masa tu ngan adik2 porem mesra aku. Thiaki, Ani n apa tah nama lagi sorang tu.


http://www.mkstreet.com/2009_04_01_archive.html

Ini la mercu tanda Alor Gajah. Kat keris ni aku penah bergambar ni. Dulu kat situ siap ada mini zoo. Ada la burung merak seko 2. Ke skang ni pun ada lagik zoo mini tu.

Dulu kalo pi Alor Gajah tu..abis kelas kul 12 slalu pi makan nasik ayam Nadia. Tatau la kedai tu ada dak lagi sbb tadi aku tak lalu dpn tu. Kedai dia kecik je. Dpn stesen bas. Sedap nasik ayam dia. Itu pun time menumpang keto bf aku tu lah. Ajak suma osmet2 ku lain. Hik hik. Bekpas pun kadang pi Alor Gajah jugak. Dkt dgn post opis tu. Makan roti canai. Heii...syok ah bila pikir balik. Tu yg aku suka je tu kalo nak p Melaka. Mmg memorial lah kata org.

Tp dulu..masa blaja dulu kan..kalo da kuar Hway Simpang Ampat tu..mmg da terbau je UiTM tu..rasa malas giler nak balik. Tambah lagik masa dip [yelah..ms degree kan da ada sumber semangat katanya..masa dip sumber semangat aku kat KL..so..mmg tak sker la nak balik Melaka].

Skang ni kalo kuar je hway tu macam ada satu "perasaan" lain. Entah..tatau nak describe cemana, tp aku tau korang2 pun sama camtu. Mesti tetiba feeling mcm dalam ati ada taman {kuii..ini ayat che sue slalu guna nih}

Byk lagi memori kat Melaka nih. Yelah 5 thn kan. Dulu aku rasa Melaka tu jauhhhhhhh sangat dari Perak. Tp bila da duk situ..Eh. Mcm dekat. Siap leh balik ttiap bulan tu. Hehe. Nati lenkali aku citer lagik.

Aku rindu lah zaman belajar tu. Rindu sesangat. Rindu keadaan duduk blok Balqis tu. Rindu time belajar kat library. Rindu masa dating-dating tu. Hahahahhaa.. takde lah..sesekali tu tingat tak ngapa la kan. Lagipun bf aku tu pun dah jadi ex aku skang kan. Masih keep in touch. Masih jadi kawan. Tkde masalah [ya..aku takde masalah berkawan dgn suma ex aku]. Dia pun da ada family sendiri. So..takde la apa pun. Cuma..kadang kalo da pegi tpt2 memorable tu dia otomatik la tingat kan. Tskkk.. hik hik hik.

PnStoberi : sempat beli gula melaka..buleh buat cendol cam kat blog maria tu. Ngeh. Ngeh. Ngeh

15 March 2010

~PnStoberi n Pulau Idaman~

http://www.asiaexplorers.com/malaysia/pulau_perhentian_kecil.htm


http://instameme.com/pulau+perhentian


http://www.panduanpengantin.com/honeymoon/


Terliur aku nengok gmbr ni weh.
Ini mmg idaman ni dari dulu. Sgt2 teringin nak pegi sblm kehidupan menjadi ber3 nih.
Sementara org tu kata aku "tak bahagia" kan.

Bes tak pulau ini??
Mmg dari belum kawen aku da teringin tp sbb rasa mcm susah je, so..da lepas kawen da ok la kan.
Harus aku "mengiau2" di telinga my dear utk kami pegi ke sana nati.

Aku mmg sker laut2, pulau2 nih [dat y la aku hanimun pun kat pulau..tp pulau pangkor la sajork..takde la hebat haibat ke luar negara kan..huhu..siannn].
Eh. Tp bukan laut pun sker juga. Mcm air terjun ke sungai ke. Err..aku mmg sker tpt air2 ni..tp kadang mcm takut juga bila nak jejak kaki ke dalam air sbb aku takut kut ada halimah jongang ikan besar ke gigit kaki. Tp bila da berendam..tak ingat da suma tu.
Bila da tak dpt pegi suma tpt semulajadi tu, gi theme park pun ok jugak. Huhu.

Sapa penah pi Perhentian nih??
Ce cerita sket ke aku cemna keseronokkannya tu.
Aku tau Dee penah pegi. Jd buleh dptkan maklumat dari dia.

PnStoberi : syoknya la hai..emmmm..da berangan da nih.

~PnStoberi dan Pesta Buku~



29th KLIBF 2010 Details

Date: 19 - 28 March 2010

Venue: Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, Malaysia.

Time:

  • Mondays-Thursdays (10.00am - 8.00pm)
  • Fridays-Sundays (10.00am - 9.00pm)


Korang suka??
Aku suka dan ini adalah acara wajib aku pada setiap tahun utk di pergi kan [aiyokk..takde tatabahasa langsung]. Since 2002 ke 2001 ke mmg aku pegi pun.
Aku suka buku dan suka pegi tpt byk buku.
Aku tatau la cemna perasaan aku tu.
Tp aku leh mcm jadi giler kalo aku tgk buku byk2. Ini mmg lain dari rasa masuk shopping mall tgk ada sale! sale! sale! tu.
Aku rasa mcm nak beli je suma.
Even kalo pi kedai mamak jual2 majalah tu pun aku leh rasa nak beli buku itu ini.

So, jgn lupa korang yer, pada peminat2 buku especially nyer.
Meh kita ramaikan majlis.
Aku, Insyallah pegi on Ahad 21hb tu kut.
Suh my dear antar je. So, dia akan tinggalkan je aku kat situ.
Lps aku da puas2 duk dlm tu, call dia dan dia akan amik.
Hehe. Mmg biasanya aku pi sorang je.
Sbb org ikut mmg akan rimas tgk aku yg berpusing2 dlm tu.

Tp, kalo ada sesapa nak pegi on d date yg aku nak pi tu, gitau la.
Kut2 leh kita berkenalan2 dgn lebih dekat di situ.
Awww...getik lah.

Ok..aku tak sabar nak pi..Yey!!

Sila tgk web ini utk detail nya - PESTA BUKU

PnStoberi: nak wat sticky entry gak la utk ini. Hehe

13 March 2010

~Permata Yang Dinanti : Thanks Korang~

12 March 2010

~PnStoberi dan Kebahagiaan~

Mungkin relate dgn entry smlm.
Mungkin juga tidak.
So, tadi gugel jap tentang artikel kebahagiaan.
Lalu terjumpa laman web ini - BAHAGIA

Artikel ini menyatakan ada Tujuh Indikator Kebahagiaan Dunia
[ini aku ringkaskan. Kalo nak baca, terus la klik artikel yg aku link kan tu]

Ibnu Abbas ra. adalah salah seorang sahabat Nabi SAW yang sangat telaten dalam menjaga dan melayani Rasulullah SAW, dimana ia pernah secara khusus didoakan Rasulullah SAW, selain itu pada usia 9 tahun Ibnu Abbas telah hafal Al-Quran dan telah menjadi imam di mesjid. Suatu hari ia ditanya oleh para Tabi’in (generasi sesudah wafatnya Rasulullah SAW) mengenai apa yang dimaksud dengan kebahagiaan dunia. Jawab IbnuAbbas ada 7 (tujuh) indikator kebahagiaan dunia, yaitu :

Pertama, Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur.

Kedua. Al azwaju shalihah, yaitu pasangan hidup yang sholeh.

Ketiga, al auladun abrar, yaitu anak yang soleh.

Keempat, albiatu sholihah, yaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita.

Kelima, al malul halal, atau harta yang halal.

Keenam, Tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama.

Ketujuh, yaitu umur yang baroqah.

Dan. Mmg relate la dgn entry emosi aku smlm kan.

Amik indikator ketiga.

Ketiga, al auladun abrar, yaitu anak yang soleh.

Saat Rasulullah SAW lagi thawaf. Rasulullah SAW bertemu dengan seorang anak muda yang pundaknya lecet-lecet. Setelah selesai thawaf Rasulullah SAW bertanya kepada anak muda itu : "Kenapa pundakmu itu ?" Jawab anak muda itu : "Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah udzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah
melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, ketika sholat, atau ketika istirahat, selain itu sisanya saya selalu menggendongnya". Lalu anak muda itu bertanya: " Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk kedalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua
?" Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: "Sungguh Allah ridho kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orangtuamu tidak akan terbalaskan olehmu". Dari hadist tersebut kita mendapat gambaran bahwa amal ibadah kita ternyata tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun minimal kita bisa memulainya dengan menjadi anak yang soleh, dimana doa anak yang sholeh kepada orang tuanya dijamin dikabulkan Allah. Berbahagialah kita bila memiliki anak yang sholeh.

See..ada ke dia ckp indikator kebahagiaan adalah dgn adanya anak. Dia kata "adanya anak yang soleh". So, pd insan yg mengatakan aku tak bahagia tu, aku doakan agar dia didiklah anaknya sebaik mungkin hingga menjadi anak yang soleh dan solehah. Kalo tak..ko tak dpt capai indikator kebahagiaan yg ko cakapkan tu.

Kemudian, pergi ke indikator pertama.

Pertama, Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur.

Memiliki jiwa syukur berarti selalu menerima apa adanya (qona’ah), sehingga tidak ada ambisi yang berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangatlah cerdas memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apapun yang diberikan Allah ia malah terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Bila sedang kesulitan maka ia segera ingat sabda Rasulullah SAW yaitu : "Kalau kita sedang sulit perhatikanlah orang yang lebih sulit dari kita". Bila sedang diberi kemudahan, ia bersyukur dengan memperbanyak amal ibadahnya, kemudian Allah pun akan mengujinya dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Bila ia tetap “bandel” dengan terus bersyukur maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Maka berbahagialah orang yang pandai bersyukur!

Aku rasa aku tak perlu lah huraikan ttg artikel ni kerana sumanya lengkap disitu. Di tpt yg aku bold kan tu, tu la paling tpt utk aku pujuk hati aku. Sekiranya aku bersyukur slalu dgn apa yg Allah tentukan utk aku, aku da capai pun indikator kebahagiaan aku. Tp pada org yg mengata aku tak bahagia tu..dia patut cermin dirinya semula.

Aku rasa aku nak emel kan artikel ni pada org yg kata aku tak bahagia tu. Biar dia sedar sket.

PnStoberi : thanks pada yang memahami. Sgt2 menghargai segala komen2 korang..

11 March 2010

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign